TERKINI :

Sunday, May 26, 2013

Tak Mustahil Bos SPR akan menipu sampai dia mati...!!!

Bos SPR akan menipu sampai dia mati...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri, memang pakar dalam kerja-kerja menipu dalam setiap kali diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK).

Demi memastikan Umno/BN terus berkuasa, ahli-ahli Suruhanjaya bermula daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, hinggalah kepada Ketua Tempat Mengundi, sanggup melakukan penipuan demi penipuan.

Dosa dan pahala sudah tidak wujud dalam kamus SPR yang kini lebih tepat dipanggil Suruhanumno Penipu Rakyat. Tak menipu, bukan SPRlah namanya.

AWAS BN & SPR - Taklimat #siasatpru13 dan penyerahan file kes penipuan pilihanraya kepada sukarelawan


Taklimat #siasatpru13 dan penyerahan file kes penipuan pilihanraya kepada sukarelawan.

Pasukan yang terdiri daripada peguam, auditor, dan aktivis ini sedang bertungkus lumus mengumpulkan bukti dan menyusun kes untuk kita bawa petisyen ke mahkamah.

Doakan yang terbaik buat mereka. Rafizi Ramli.

Dok kalut bab perjanjian ANWAR & NAJIB laa pulak... Ada aku kesah..!!

Pembongkaran perjanjian rahsia Anwar dan Najib tidak mengejutkan

Sekarang terbit isu baru tentang perundingan sulit di antara Najib dengan Ketua Pembangkang, Anwar untuk menghormati keputusan pilihanraya yang ke 13 yang lalu. Perundingan itu diatur oleh Jusuff Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia yang telah berusaha mengadakan perjanjian di antara kedua-dua belah pihak. Kedua-dua Najib dan Anwar bersetuju untuk menghormati keputusan pilihanraya itu, tetapi Jusuff mengatakan Anwar telah memungkiri janji beliau untuk menghormati keputusan pilihanraya yang telah diadakan pada 5hb Mei lalu.
Begitulah politik di negara ini. Kedua-dua bergaduh, tetapi minta orang luar untuk mendamaikan dan membuat perjanjian senyap-senyap dan selepas itu tidak menghormati perjanjian. Itulah namanya ‘janji politik’. Cerita perjanjian ini tersiar di seluruh dunia. Tidak perlu kita marah kepada sesiapa di seluruh dunia sebabnya pihak di sini yang meminta orang luar dari negara ini untuk mengamankan kita.
Apabila bekas Naib Presiden Indonesia itu membuka segala rahsia dan perjanjian sulit itu, kedua-duanya menafikan memulakan tidak memenuhi janji. Najib terus terang menuduh Anwar yang tidak memenuhi janji untuk menerima keputusan pilihanraya itu dengan bergerak beramai-ramai untuk berhimpun menentang keputusan pilihanraya itu. Sebaliknya Anwar memberikan alasan yang beliau tidak dapat meneruskan perjanjian itu kerana BN telah mencuri kemenangan Pakatan Rakyat.

Nie baru betoi BN SENANG... JPJ KEDAH tak kata apa lagi EXCO BN dah tak sabaq nak pasang AES...!


Alhamdulillah..amannya bumi malaysia...setiap hari baru 10 orang wanita kena rogol....!


Pulun daftar pemilih yang baru....supaya dapat tawan Kedah semula...!


Tumpu Daftar Pemilih Baru Untuk Atasi Penipuan Pilihanraya


Nak tau sebab apa BN berjaya di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor.

Nak tau kenapa Pakatan Rakyat berjaya di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang?

Jawapannya mudah.

Di 3 negeri PR berjaya menang gemilang itu, mereka telah mendaftar pengundi baru lebih ramai dari Barisan Nasional.

Di Penang misalnya kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan khas untuk proses pendaftaran pemilih. Mereka telah mendaftar beratus ribu pendaftar baru.

Begitu juga di Kelantan. Di sana, aktiviti mendaftar pemilih baru adalah aktiviti lumrah PAS Kelantan sejak tahun 1990 lagi. MEreka tidak pernah berhenti mendaftar pemilih baru.

Antara Ke'femes' Ust Fathul Bari dengan Ust Seorang nie?

Seorang 'ustaz' yang agak 'femes' , tp sngt penakut ini (cakap je lebih) , aku mula tidak suka dia saat pertama kali aku dgr satu klip video dia,kuliah atas kapal dan isinya penuh dengan perkauman ..

Time tu ada juga sahabat dari PAS share video dia yang lain , tp aku tak pernah ambil peduli .. Aku lebih respek dan suka dgn fathul bari berbanding ustaz hipokrit ni ..

paling kurg ilmu agama yg disampaikan fathul bari ada yg aku simpan dalam minda dan hati , lekat... cara mengajarnya menarik ..

Then saat ustaz hipokrit mula kondem kuliah kuliah agama tok guru nik aziz .. aku mula benci dia ..

Sekarang .. syukur .. makin ramai org benci dia..

Sahabat Sepondok...!

Tranformasi ok, kami bukan Tranformers atau Megatron...!

nukilan Guru Kecewa,

Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang.

Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.

Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.

Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli.

Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar. Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji.

Benarkah Kerajaan Mukriz turunkan kouta Rumah Bumiputera dari 50% ke 30% semula atas desakan Gerakan..?


Siapa kata MELAYU sokong UMNO????

Melayu lebih ramai tidak undi BN berbanding Cina


Abdul Aziz Mustafa, 26 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Umno bukan lagi suara untuk majoriti Melayu kerana 3.57 juta orang Melayu tidak mengundi parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Beliau berkata, di Semenanjung, lebih ramai pengundi Melayu yang menolak BN berbanding pengundi Cina.

"Berapa ramai orang Cina tidak menyokong Umno? 80 peratus dari 2.84 juta? Itu hanya 2.27 juta. 2.84 juta adalah 30 peratus dari pengundi di Semenanjung seramai 9.45 juta.

"Orang Melayu yang menolak Umno dalam PRU13 ini lagi ramai. Di Semenanjung jumlah pengundi ialah 9.45 juta. 70 peratus darinya Melayu yakni sekitar 6.62juta.

CIMB antara penyumbang BN MENANG

Tanpa "CIMB", undi popular BN mungkin hanya 30%

Salmiyah Harun, 25 Mei 2013

PETALING JAYA: Kehadiran kartunis politik Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar telah mencuit hati kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Nasional Keadilan apabila beliau meminta rakyat menolak 'CIMB'.

Beliau yang dijemput khas untuk memberi ucapan di dalam kongres pada mulanya membuatkan para hadirin tercengang sebaik menyebut rakyat harus tolak 'CIMB'.

"CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh," katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan.

Katanya, sekiranya BN tidak menggunakan 'CIMB' ini mereka mungkin hanya akan dapat 30 peratus sahaja undi popular sahaja.

Tegasnya dalam sejarah perjuangan tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan majoriti rakyatnya.

Mahfuz - "Apa yang berlaku ialah akibat perbuatan Umno sendiri..."

| Print | Umno jangan berlakon, rakyat tolak politik ganas

Abdul Aziz Mustafa, 26 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Umno jangan berlakon dan mendakwa kononnya rakyat yang bersalah kerana parti itulah yang memaksa mereka turun ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Datukl Mahfuz Omar.

Malah, katanya, penangkapan demi penangkapan tidak akan dapat meredakan kegelisahan rakyat terhadap perbuatan Umno yang merampas demokrasi dan keadilan.

"Apa yang berlaku ialah akibat perbuatan Umno sendiri.

"Jangan salahkan rakyat, Umnolah yang memaksa rakyat lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keadilan yang dirampas oleh parti itu," katanya.

Kisah menyisihkan orang mantan MB di Johor & Kedah..!!

JOHOR : PROSES PENYISIHAN ORANG-ORANG GHANI OTHMAN. KEDAH : PENYINGKIRAN REKTOR KUIN ADALAH PERANGKAP PENTADBIR NEGERI.

Kejayaan mengambil alih kerajaan oleh mana-mana parti politik bukan bermakna satu kebabasan untuk membalas dendam dan merasa gah dengan kuasa sehingga melihat kebaikan itu satu keburukan dan keburukan pula dipolitikkan semau-maunya. Keseluruhan rakyat yang memilih kerana mereka mahu melihat kebijaksanaan dan kewarasan pemimpin itu memimpin mereka.

Kadangkala kita tidak faham tentang sikap berpolitik dalam negara ini dengan sikap dendam mendendam. Politik dendam ini sebenarnya tidak terbatas di antara BN dan pembangkang sahaja tetapi yang lebih pelik ialah dendam mendendam di kalangan parti BN sendiri.

Di Johor umpamanya kini sedang berlaku penyucian orang Khaleed Nordin terhadap orang-orang Ghani Othman. Orang-orang Khalid sedang menidakkan jasa-jasa Ghani sehingga ke tahap kononnya Ghani pro kepada koporat China, Lim Kang Hoo berikutan projek Dangga Bay. (The Eradication Of Datuk Ghani Has Begun).

PAS lahir pemimpin berkebolehan

Oleh Nuriz Zain

BERAKHIRNYA PRU 13 yang telah berlangsung dengan jayanya menunjukkan bahawa PAS dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan mampu menggalas tanggungjawab yang besar. Dengan adanya pemimpin yang bersikap berwibawa mampu membawa rakyat ke arah kesejahteraan negara malah dapat membentuk kerajaan yang berkelayakan.

Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik mestilah mempunyai tanggungjawab yang besar malahan mendahulukan rakyat daripada kepentingan diri sendiri, mereka perlulah memiliki mentaliti yang kuat dengan adanya kebijaksanaan dalam membuat sesuatu perkara melalui tindakan rasional berdasarkan pertimbangan ilmu pengetahuan.

Di samping itu juga, apabila telah membuat keputusan dengan tepat maka haruslah pemimpin itu mengambil risiko atas apa yang diperlakukan itu dan sanggup bergadai masa dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...