TERKINI :

Saturday, May 25, 2013

ADUN SERI SERDANG akui gambar yang SPR analisa 'blackout' itu dari kawasan beliau...!!!

KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANG
YB NOOR HANIM ISMAIL
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR

Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3. “Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu. Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut. Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti. 

YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434
KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANG
YB NOOR HANIM ISMAIL
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR


Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3. “Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Koleksi Gambar Suasana Rakyat Malaysia di Perhimpunan Aman Black505 Amcorp Mall

Untuk Tatapan semua..koleksi dari fb sahabat...
Live dari Amcorp Mall: Kehadiran terkini dianggarkan 50 ribu orang.
Live dari Amcorp Mall: Kehadiran terkini dianggarkan 50 ribu orang.

Peluru habis, palembang tak alah jua... namun Lawan tetap Lawan...!!!

Oleh Aspan Alias

Selama ini kita merasakan kekuatan gerakan perubahan ini begitu efektif dan perubahan itu tetap berlaku dalam pilihanraya yang lalu. PRU 13 pun sudah selesai dan kita telah mendapat keputusannya. Hasilnya PKR tidak menerima keputusan pilihanraya kerana mereka percaya ada berlaku penipuan besar dalam pilihanraya itu. Sekarang rakyat berpusu-pusu berhimpun di mana-mana, di Pataling Jaya, P Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan dan yang terakhirnya di Kuala Terengganu. Malam ini ada lagi perhimpunan di ‘vicinity’ Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Itulah demokrasi dan tidak ada salahnya mana-mana pihak mengadakan perhimpunan itu untuk meluahkan perasaan bengis dan marah kita. Lagi pun sememangnya sudah biasa kita bersama dalam perhimpunan seperti itu. Bagi diri saya yang tidak ada apa-apa ini pun telah menjelajah dan menjejaki kaki dibanyak tempat dan daerah untuk memberikan penerangan betapa perlunya perubahan dilakukan dinegara ini. Tidak ada rasa letihnya semasa itu kerana semangat untuk berubah itu sememangnya begitu tinggi dan ditambah pula dengan sambutan yang begitu menggalakkan.

Siaran LANGSUNG Pesta Himpunan #SUARA RAKYAT 505 DI PADANG HADAPAN AMCORP MALL

LIVE streaming at Amcorp Mall now : 

 [http://www.mobtv.my/] 
 

Khalid : “Saya Kedekut Kerana Saya Jaga Wang Rakyat”

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 01
PETALING JAYA 25 MEI : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menerima teguran beliau seorang ketua kerajaan yang ‘kedekut’ dalam menggunakan dana negeri kerana wang itu adalah kepunyaan rakyat.

“Tuan-Puan ada mengatakan bahawa saya sangat kedekut,itu saya terima sebab bukan duit saya,” kata beliau dalam ucapannya di Kongres Ke-9 Parti Keadilan Rakyat di sini.

Abdul Khalid, yang selama lima tahun berjaya meningkatkan rizab Selangor dari RM 400 juta ke RM 2.6 bilion, berkata sikap menguruskan wang rakyat dipelajari dari ibunya.

“Sebab saya hendak ceritakan bahawa saya di didik oleh ibu saya ketika menjadi pengurus PNB berkenaan pengurusan wang yang besar sehingga beratus juta.

Tsunami tauke Cina berlaku di Petronas?

KUALA LUMPUR: Sekumpulan kaki tangan Petronas menyifatkan 'tsunami tauke Cina' kini sedang melanda syarikat minyak nasional itu.

Mereka hairan bagaimana Dialog Group Berhad tiba-tiba dikategorikan sebagai syarikat "tier 1" sedangkan, mereka mendakwa, ia bukanlah syarikat yang benar-benar berpengalaman dan layak untuk berada pada kategori itu.

"Adakah Dialog diletakkan secara misteri dalam kategori 'tier 1' kerana syarikat telah dirundingkan sebagai pihak yang mendapat manfaat utama di lapangan minyak D35 pesisir Bintulu?" salah seorang dari kumpulan kaki tangan Petronas itu mempersoalkan.

Nik Abduh - Selamat berhimpun dan semoga pulang dengan pahala berganda daripada Allah

Selamat berhimpun hari ini. Semoga pihak keselamatan memberi kerja sama sehingga perhimpunan aman di Malaysia menjadi simbol amalan demokrasi yang dituntut rakyat semenjak sekian lama.

Saya yakin, dengan nasihat berterusan pimpinan PR agar menolak unsur-unsur keterlampauan dalam sebarang perhimpunan di jalan raya, perhimpunan hari ini akan berlangsung aman, bahkan akan sentiasa bertambah baik. Pihak kerajaan mestilah memainkan peranan utama menjamin keselamatan para peserta himpunan. Mereka adalah rakyat yang berhak dihormati untuk berhimpun dan berekspresi.

Unsur keterlampauan yang mengajak kepada kerosakan dan nafsu sentiasa wujud dan akan sentiasa wujud. Dalam wilayah politik yang masih aman seperti negara kita Malaysia, suara dan ajakan kepada hukuman di jalan raya ke atas pemerintah yang zalim adalah salah dan mesti dihindari.

[LIVE AMMCORP MALL] YB AZMIN pesan mai awai sikit...takut tak dapat masuk..


Tujuan Utama Turun ke Ammcor Mall petang ini..!

tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:

1) menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
2) menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
3) menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.

Apabula BN dijadikan parti tunggal maka tamatlah riwayat UMNO..!


Cadangan BN Sebagai Parti Tunggal : UMNO Sudah Sampai Di Jalan Mati


Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.

Pada saya, ini menandakan bahawa UMNO sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia. Sekalipun UMNO menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan Barisan Nasional di parlimen membuktikan bahawa UMNO hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar. Golongan inilah yang masih termakan umpan UMNO sehingga tertelan dengan mata kail.

PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, UMNO akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang. Di dalam syurga dan neraka kelak, penghuninya tidak ditentukan atas nama bangsa. Rasulullah SAW di dalam bulan Rajab ini diisrakkan oleh Allah SWT ke langit dan baginda telah diperlihatkan syurga dan neraka. Carilah di dalam hadis berkenaan kisah ini, tersuakah kita dengan kalimah bangsa sebagai faktor penghuni syurga atau neraka? Sedikitpun tidak, tetapi UMNO berkokok membela Melayu bagaikan itulah segala-galanya bagi UMNO tanpa menyedari bahawa tempikan seperti itulah yang menjadi punca pemecah belah masyarakat.

Dari Amcorp Mall... rakyat dah mula sampai dah..!!


Persediaan Perhimpunan Rakyat di Dataran PJ


Wartawan Malaysiakini 4:29PM Mei 25 2013

Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Kepada Shamsul..jangan dok sembang jaa buat ke hara


5 strategi pastikan PR menang PRU14


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Mei 2013PETALING JAYA - AMK PKR menggariskan lima pendekatan sebagai gerak kerja dalam memastikan kemenangan total PR dalam PRU14.Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin berkata, kemenangan pada hari ini perlu diisi sebaiknya sebagai bekal untuk dibawa pada PRU14.

Kajian pasca PRU13 menunjukkan pola pengundian berbeza antara kawasan bandar dan pinggir bandar (kampung).

Isunya masih sama iaitu kurangnya akses maklumat kepada masyarakat kampung.

“Program AMK Masuk Kampung perlu dipergiatkan dengan pemasaran secara gerila di kawasan kampung bagi memberi maklumat kepada masyarakat pinggir dan luar bandar,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu juga menegaskan, usaha itu berikutan kajian Merdeka Centre menunjukkan pengundi wanita cenderung secara majoriti untuk tidak mengundi PR berikutan kekurangan medium informasi yang sampai kepada mereka.

Jangan la dok hina mantan MB... sehuduh dia dari pandangan anda nak habaq mai huduh lagi UMNO


Isteri kesal Azizan dipersenda


ROSLINDA HASHIM 25 Mei 2013 ALOR SETAR - Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.

Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.

Jangan jadikan guru punching beg bila mereka tak sokong UMNO BN


Jangan Lepas Dendam Kepada Guru


RENUNGAN SENJA

Kegagalan UBN untuk mendapat majoriti 2/3 di parlimen dan kekurangan undi popular buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya menjadikan beberapa jabatan dan individu tertentu yang sedia menjadi perkakas buruk (baca juga perut labuh) kepada parti itu bertindak diluar batas kepada pihak-pihak yang disangka tidak memberi sokongan hatta walaupun sesama seprofesyen.

Salah satu kumpulan yang menjadi mangsa golongan menjadi perkakas buruk kepada UBN ialah, masyarakat guru. Pilihan raya tidak memberi keadaan kondusif buat golongan ini. Pilihan raya yang merupakan intipati kepada sistem demokrasi negara ini tidak menjamin hak kebebasan untuk mereka bersuara. Malahan pilihan raya menjadi malapetaka buruk sekiranya parti yang memerintah tidak menang. Mereka dijadikan "punching beg" oleh bos-bos atau orang atasan.

Guru adalah sebahagian pengundi yang berotak dan dapat menilai sendiri untuk memilih calon atau parti mana yang relevan mengikut keadaan semasa. Mereka adalah pengundi yang tahu membuat penilaian dan bukan jenis 'lembu rumput cerut'. Tetapi sayang pengokongan ke atas mereka secara keterlaluan membuat aset yang ada kepada mereka untuk menjadi pemilih yang tepat disia-siakan begitu saja. Lebih malang lagi mereka dipaksa hidup-hidup melakukan apa yang mereka tidak 'hingini'.

Kouta Rumah - Dulu 50% untuk Bumiputera BN akan ubah semula ke 30% Bumiputera.... Terbaik..!!


Nilai semula kuota perumahan


ROSLINDA HASHIM 24 Mei 2013 ALOR SETAR - Polisi perumahan kerajaan terdahulu akan dikaji semula supaya lebih kondusif dengan situasi semasa termasuk menilai semula kuota lot bumiputera kepada kuota asal iaitu 30:70 peratus bagi semua projek perumahan.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, polisi baru yang akan diumumkan kelak lebih pro-pembangunan selain mengutamakan keperluan penduduk.

“Kita akan dapatkan maklumat dan pandangan dari Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) bagi memastikan kelancaran pembangunan ini di Kedah.

“Kita akan bincang semula kesesuaian dan buat keputusan yang menepati kehendak semasa,” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2013, mewakili Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, di sini semalam.

Alhamdulillah.. mesin buat duit melalui saman (AES) akan di pasang di Kedah

Kedah sedia laksana AES

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI 24 Mei 2013 ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya.

Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak.

“AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.

“Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azizan Redha...!


Azizan: Reda kaki dipotong


GEORGETOWN - Hari ini genap 17 hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi penghuni Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau kini masih lagi dipantau rapi oleh 10 doktor pakar antaranya kardiologi, ortopedik dan diabetes dan selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis dihidapinya pada 9 Mei lalu. Selepas mendapatkan rawatan yang terbaik di HPP, kini keadaannya semakin stabil dan beliau sudah sedar namun masih berada dalam keadaan yang masih lemah.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan kini sedang menjalani rawatan mencuci luka di kakinya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...