TERKINI :

Thursday, May 23, 2013

Aduhai MUKHRIZ...bila BN nak buat petisyen takan nak suruh hang pun lepas jawatan..!!!

 
Cuba hangpa baca dua artikal nie kemudian baru buat perbandingan dan fikirkan guna akal yang allah beri untuk menilai apa yang dikatakan oleh MB KEDAH sekarang nie...
Apabila PR nak fail petisyen maka MB KEDAH yang baru pun bersuara dan siap mencabar apa yang dikatakan oleh PR.....
  • Datuk Mukhriz Mahathir
    ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencabar pakatan pembangkang agar melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak boleh menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kemudia hangpa baca yang bawah nie pulak...

UAI mengulas isu video Ustz Kazim "Hudud pilihanraya"


Video Ust Kazim

Pasca PRU-13: Demokrasi akan mekar atau layu ?

Oleh Mahdzir Ibrahim

PRESTASI Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu sebenarnya tidak lebih baik daripada kekalahan dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU-12. Tetapi kali ini BN menggambarkannya sebagai ‘kemenangan’.

Pakatan Rakyat (PR) pula digambarkan sebagai kalah kerana hilang Kedah dan gagal merampas Perak sedangkan kerusi Parlimen PR meningkat. Silap mata ini sekadar menyedapkan hati juak-juak UMNO, itu sahaja.

Pola pengundian

Jika membaca hujah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Sdr. Saifudin Abdullah yang tewas baru-baru ini, beliau memberi analisis bahawa terdapat dua jenis pola pengundi. Mereka yang mengundi atas dasar pembangunan (politik pembangunan – jalan raya-letrik-api-air-infrastruktur) dengan mengundi atas faktor demokrasi (politik demokrasi – kebebasan-keadilan-ketelusan-kecekapan-polisi yang lebih baik).

Kegemilangan negara berakhir jika pemerintah lupa, alpa - Raja Nazrin

IPOH 23 Mei - Kegemilangan sesebuah negara Islam boleh berakhir jika pemerintahnya terlupa dan alpa terhadap nilai-nilai asas yang menjadi instrumen penting kepada kegemilangan negara itu, titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Baginda bertitah, pemerhatian terhadap dua lokasi yang pernah mencipta sejarah kegemilangan Islam iaitu Kota Samarkand, Uzbekistan dan Empayar Ottoman, Istanbul memberi peringatan bahawa kealpaan pemimpin membawa kepada berakhirnya kegemilangan negara berkenaan.

"Kegemilangan kota sejarah yang terkenal sebagai pusat dan laluan perdagangan utama, pusat perkembangan pelbagai ilmu dan amalan pelbagai agama itu berakhir apabila berlakunya konflik dalaman pimpinan negara itu yang mengakibatkan berlakunya ketidakstabilan politik.

"Ia (termasuk) kegagalan melakukan pengubahsuaian selaras dengan perkembangan teknologi pengangkutan laut yang jauh mengatasi tahap efisien laluan darat, lalu menjejaskan kemakmuran ekonomi yang mereka pernah nikmati untuk sekian lamanya," titah baginda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ke-183 di sini, hari ini.

DAP, PR rangka pelan UBAH Putrajaya, Sabah pada PRU seterusnya


KOTA KINABALU, 23 MEI: Pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat (PR) sedang menganalisis keputusan Pilihan Raya Umum Sabah untuk merangka pelan tindakan bagi memulakan kempen susulan bagi memenangi hati majoriti rakyat negeri di bawah bayu itu kerana pilihan raya seterusnya akan menjadi dua perjuangan untuk UBAH di Putrajaya dan Kerajaan Negeri Sabah.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, perkara yang perlu diberi perhatian pada keputusan pilihan raya Sabah termasuk kekalahan besar Presiden UPKO dan Menteri Kabinet, Bernard Dompok di Parlimen Penampang.

Menurutnya, kemenangan tipis Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan di Parlimen Keningau dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan semata-mata kerana undi pecah di kalangan oposisi.

BN pun dok nak fail petisyen keputusan PRU13... semoga berjaya...!!

BN kaji fail petisyen keputusan PRU13

23 Mei 2013
Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk memfail petisyen atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lepas.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata panel peguam parti sedang meneliti perkara terbabit.

"Kita sedang lihat kesemua kawasan yang kita menang dan kalah tipis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13.

SPR - Tak puas hati jumpa di mahkamah..!!

SPR : Kalau tak puas hati, inilah masanya guna undang-undang
JAMILAH HAMZAH
23 Mei 2013
Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya yang diamalkan perlu diubah dengan menggunakan pendekatan undang-undang bukan "turun ke jalan raya".

Timbalan Suruhanjaya SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Malaysia mengamalkan sistem "Westminster" di dalam pilihan raya di mana kemenangan sesuatu kuasa berdasarkan majoriti kerusi Parlimen dan Dun yang dipertandingkan.

Menurutnya, undi popular tidak diambil kira di Malaysia untuk menyumbangkan kepada kemenangan pilihan raya lalu membentuk kerajaan.

"Sistem dalam pilihan raya terbahagi kepada dua, satunya menentukan kemenangan melalui majoriti mudah berdasarkan kepada jumlah kerusi yang dimenangi.

'Sekarang pun rakyat rasa dah duduk dalam hutan'

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu untuk menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini "duduk di dalam hutan" kerana sememangnya Malaysia sudah pun seperti berada dalam hutan.

Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba, sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara berleluasa.

"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba, "political animal in the jungle"," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor semalam yang berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".

Bekas peguam N. Pathmanabhan dan 3 pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati

Pathmanabhan dan 3 pekerja dihukum mati

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Tara tu ja tahap pemikiran Mukhriz ni yang depa kata hebat sangat tuu...!!!

mStar melaporkan:
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencabar pakatan pembangkang agar melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak boleh menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau turut meminta pakatan pembangkang agar tidak terus mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu undi popular.

"Tidak wajar untuk mereka memaksa kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di negeri yang dimenangi. Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan PRU13, termasuklah di negeri yang mereka menangi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. - mStar.
Tara tu ja tahap pemikiran Mukhriz ni yang depa kata hebat sangat yang baru dilantik jadi Menteri besar Kedah tu.

Yang aku herannya, takkan orang macam Mukhriz pun punya pemikiran standard blogger dan facebooker penchachai Umno BN ja. Penchachai Umno BN memang selalu sangat guna ayat bangang macam ni.

Aku katakan bangang pasai depa ni beraksi bangang tak mau faham keadaan sebenar yang Pakatan Rakyat suarakan.

Kita tak setuju dan tak iktiraf keputusan PRU13 pasai Umno tipu dan depa jugak bekerjasama dengan SPR untuk menipu. Bukan maknanya negeri yang Pakatan Rakyat menang tu Umno tak tipu, depa tipu jugak tapi depa tak mampu tipu sampai tahap depa boleh menang pasainya margin sokongan kepada calon Pakatan Rakyat di negeri-negeri tu cukup tinggi mengatasi kemampuan Umno untuk tipu.

Seorang pencuri diambil menjadi 'Anak Angkat Masjid'


Pada suatu hari, seorang budak lelaki telah ditangkap oleh ahli jemaah masjid kerana telah mencuri duit dari tabung masjid.  Apabila mendengar berita tersebut, ahli-ahli jemaah masjid yang lain menjadi marah, malah ada yang mahu memukul budak lelaki tersebut.

Pengerusi masjid apabila mendengar hal itu, telah meminta semua bertenang, bersabar dan jangan memukul budak itu.  Beliau meminta supaya budak itu dibawa kepadanya untuk disoal selidik.
  • “Adik, kenapa adik mencuri?”  tanya pengerusi masjid tersebut.
  • “Ayah tak bagi duit.  Esok cikgu nak duit kena beli buku.”  jawab budak lelaki tersebut.
Si pengerusi masjid apabila mendengar penjelasan budak lelaki tersebut, lantas sebak lalu menitiskan air mata.  Beliau sedih kerana pada saat masjid dapat berbelanja membeli makanan yang banyak untuk ahli jemaah berbuka puasa, tetapi ada rupa-rupanya anak kariahnya yang tidak mampu membeli buku sekolah.

Setelah disoal selidik akan latar belakang budak tersebut, si pengerusi masjid tersebut kemudian menyatakan sesuatu yang di luar kebiasaan, iaitu melantik budak tersebut sebagai ‘anak angkat masjid’.

Antara Senarai yang depa dok sembang "PASAIPA KEDAH KALAH"..???


Air Asia menipu..kata penumpang malang isu di Vietnam tempohari..!!!

Izan nafi terima bantuan AirAsia
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my

Izan Suhaila Mohd. Ali bersama anaknya, Maryam kecewa dengan 
layanan buruk AirAsia ketika berada di Vietnam.

SEREMBAN 22 Mei - Penumpang malang pesawat tambang murah AirAsia, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, menafikan menerima sebarang bantuan daripada syarikat penerbangan itu selepas dia dan anaknya Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, dihalang menaiki pesawat di Ho Chi Minh, Vietnam untuk pulang ke tanah air baru-baru ini.

Malah, kata Izan Suhaila, dia kecewa dengan sikap lepas tangan AirAsia ketika berada di Vietnam dan berasa dipermainkan selepas hanya menerima panggilan daripada syarikat penerbangan itu yang menawarkan tiket percuma selepas selamat tiba di negara ini.

"Saya tegaskan di sini, tiada apa bantuan pun diperoleh daripada syarikat AirAsia selepas saya dihalang menaiki pesawat penerbangan itu. Tiada siapa yang membantu saya daripada syarikat berkenaan.

MCA Kedah masih menolak jawatan EXCO Kjaan Negeri

MCA diminta selesaikan segera

ALOR SETAR 22 Mei - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir meminta MCA membuat keputusan segera berhubung dengan pelantikan wakil parti itu dalam barisan Exco kerajaan negeri.

Tegas beliau, ini kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Kedah, masyarakat Cina tidak mempunyai wakil dalam barisan Exco bagi membantu kerajaan negeri.

"Saya menghormati keputusan MCA tetapi pada waktu yang sama saya harap mereka dapat membuat keputusan secepat mungkin kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kita di sini Exco dilantik tiada wakil daripada masyarakat Cina," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Baru-baru ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memberitahu, partinya tidak mahu wakil daripada MCA dilantik dalam Kabinet kerajaan dan Exco kerajaan negeri berikutan prestasi buruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kerajaan Kedah secara tradisinya mempunyai 10 Exco tetapi pada 15 Mei lalu hanya lapan Exco yang dilantik tanpa wakil daripada masyarakat Cina dan India.

AWAS !!!! APABILA mati hati...!!!

Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR
SUATU hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?"

Murid-muridnya menjawab: "Ya."

Guru yang bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."

Hati manusia

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk. Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kita tengok MUKHRIZ nak selesai macamana pulak masalah Pusat siber ‘kebal’ buka 24 jam..???

Pusat siber ‘kebal’ buka 24 jam
Wartawan Sinar Harian
22 Mei 2013
Pusat siber ‘kebal’ buka 24 jam
Pusat siber yang didakwa dibuka 24 jam dan menjadi lokasi kanak-kanak serta remaja melepak.
 
KUALA MUDA – Sebuah pusat siber di Taman Seri Bayu di sini didakwa masih dibuka 24 jam sehari walaupun banyak rungutan dan aduan dibuat kepada pihak berkuasa sehingga ia turut menjadi tarikan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun.

Difahamkan, lokasinya yang terletak di laluan masuk utama ke Taman Seri Bayu, Taman Seri Bayu II dan Bukit Bayu itu memudahkannya menjadi lokasi persinggahan kanak-kanak serta remaja.

Waktu operasi sepanjang malam turut dikaitkan dengan bunyi bising apabila menjadi lokasi untuk remaja melepak selain menimbulkan kekecohan sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Pengerusi Rukun Tetangga Taman Seri Bayu, Mohd Razali Samsudin berkata, ibu bapa dan penduduk membantah sekeras-kerasnya pembukaan pusat siber berkenaan yang ternyata tidak mematuhi undang-undang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...