TERKINI :

Wednesday, May 22, 2013

Alhamdulillah.. minyak orang kaya dah turun 20sen..


Ada berani ka POLIS tangkap NAJIB & MAHATHIR...!


Tamrin cabar polis tangkap Najib, Mahathir

Oleh ARIF ATAN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dicabar menangkap dan menahan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana mengeluarkan kenyataan rasis sejak keputusan PRU13 diumumkan, tegas Dato’ Tamrin Tun Ghafar.

Beliau juga mendesak supaya polis juga menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad serta bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Noor Abdullah yang turut memberikan komentar berbaur hasutan perkauman barubaru ini.

“Merekalah (Umno-BN) yang mengapi-apikan hubungan antara kaum di negara ini sebaliknya kita (Pakatan Rakyat) menghormati semua kaum,” jelasnya ketika berucap di Dataran Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar anjuran PAS Kawasan Batu, 18 Mei lalu.

Nak boikot? Suka hati kamulah

Anak Malaysia,

Selepas berakhirnya PRU yang lalu, telah ada dua isu boikot yang ditimbulkan oleh pro Umno-BN. Yang pertama ialah seruan mereka supaya memboikot apa-apa perniagaan yang berkaitan dengan orang Cina. Yang kedua pula ialah saranan memboikot syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

Apakah kesalahan kedua-dua pihak ini sehingga mahu diboikot? Tidak lain tidak bukan hanya kerana mereka menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat. Orang Cina tidak melakukan apa-apa kesalahan melainkan hanya kerana mereka tidak mengundi Umno-BN – hakikatnya bukan mereka sahaja, malah ramai juga orang Melayu bandar tidak pengundi Umno-BN! Bagi Air Asia pula, syarikat mereka mahu diboikot hanya semata-mata menyelar media rasmi Umno-BN kerana menyiarkan berita yang bersifat perkauman. Salahkan Azran kerana menolak wujudnya sikap rasis?

Blackout505 Kedah - hentam Zahid, solidariti buat Adam

Blackout505 Kedah hentam Zahid, solidariti buat Adam

kedah black rally 220513 4Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'.

Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum.

Tiupan vuvuzela, kibaran bendera parti PAS-PKR-DAP, rentangan sepanduk "Bebaskan Adam Adli" dan nyalaan pemetik api oleh hadirin menjadi tanda sokongan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Kepong.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, dakwaan rakyat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan adalah tidak benar memandangkan rakyat tidak mempunyai apa-apa senjata seperti pihak berkuasa.

Bapak MB KEDAH semeja dengan puak SYIAH laa pulak..!!!


JAKIM KATA SYIAH SESAT...........
CAI UMNO KATA MAT SABU SYIAH.............
TUP2 MAHTHIR SEMEJA DGN SYIAH..............

Antara himpunan aman dan keganasan...!!

Oleh Roslan SMS

Saya mungkin jadi tidak popular kerana posting ini. Tetapi saya sebagaimana anda semua masing-masing punya hak dan kebebasan bersuara. Hak dan kebebasan itu sewajarnya dihormati kecualilah sekiranya ia bertentangan dengan undang-undang dan peraturan Negara.

Kerana itu selaku seorang blogger contohnya, beliau perlu bertanggungjawab di atas segala yang ditulis dan diterbitkannya. Jika melanggar sebarang undang-undang atau peraturan, blogger tadi perlu berani bertanggungjawab sebagaimana ia berani mengeluarkan pandangannya itu.

Politik keganasan contohnya, adalah sesuatu yang ditolak rakyat Malaysia. Perhimpunan aman walaubagaimanapun yang menyuarakan hak dan tuntutan tidaklah termasuk dalam kategori ini. Jenis politik keganasan adalah menghasut hadirin bangkit menentang dengan cara tidak demokratik, menggunakan tangan dan tidak undang-undang.

Umno semakin jadi 'parti kampong'?


1.       Salah satu hakikat yang terserlah dalam PRU ke-13 lalu ialah Umno-BN (UBN) semakin jelas telah menjadi ‘Parti Kampong’. Penulisan ringkas ini bercadang untuk menguatkan hujjah kepada tesis dan penemuan ini.

2.       Penulisan saya dengan tajuk ‘Najib semakin seksa selepas menang’ ingin dipanjangkan di sini. Sesungguhnya tajuk ini boleh sahaja dijadikan antara buku yang boleh diterbitkan pasca PRU ke-13 ini oleh penulis-penulis tempatan.

3.       Setelak debu peperangan mendap dan euporia ‘kemenangan’ mula pudar, Najib terpaksa berdepan dengan beberapa hakikat yang sangat mengugah dan menyeksa jiwanya.

4.   Persetankan ‘kata-kata nista’ pembangkang tentang Kabinet XXL yang baru dilantiknya. Pelbagai kritikan termasuk kelompok pengamal serta pensyarah-profesor undang-undang yang mempertikaikan kesahihan kaedah melantik menteri dari kelompok senator yang belum lagi mengangkat sumpah sebagai senator.

5.       Persetankan apa jua cemohan rakyat tentang ‘tsunami Cina’ ciptaan Najib sekaligus menampakkan dendam kesumatnya terhadap etnik ini serentak menajamkan lagi garis perkauman. Persetankan gagasan ‘Blackout 505’ yang cuba diketengahkan bagi membangkitkan kesedaran rakyat tentang pilihanraya sarat penipuan.

6.       Persetankan ‘Tribunal Rakyat’ cadangan Bersih dan masyarakat sivil. Persetankan panggilan ‘Kerajaan Minoriti’ walaupun jelas dengan ukuran ‘undi popular’ di semenanjung dan seluruh negara.

Alhamdulillah...akhirnya rakyat Malaysia yang miskin pun berjaya menjadi penyumbang kewangan negara..!!!

GST: Rakyat miskin pun kena bayar cukai
Oleh Dr Rosli Yaakop

Kumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF) mahu semua negara di dunia melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP - Goods and Services Tax) dengan alasan supaya sistem pencukaian menjadi seragam di seluruh dunia “to create a more level playing field amongst trading nations.” IMF mendakwa bahawa sistem cukai langsung yang masih diamalkan oleh banyak negara sedang membangun telah digunakan untuk “menyorokkan” dasar perlindungan perdagangan yang mereka amalkan.

Ia memberi contoh cukai yang tinggi dikenakan oleh sesetengah negara sedang membangun ke atas otomobil import telah menghalang pertandingan sihat di dalam industri otomobil dunia dan memaksa penduduk sesebuah negara sedang membangun menggunakan kereta keluaran dalam negara sendiri yang bermutu rendah berbanding kereta import dari negara maju. IMF berpendirian bahawa CBP pro-perdagangan bebas dan setiap negara – miskin atau kaya - hendaklah melaksanakannya. Penulis menghidu maksud tersirat dari dasar ini tidak lain ialah untuk mengekalkan penguasaan blok Barat ke atas ekonomi dunia.

Relax la GUAN ENG... 48.67% rakyat MALAYSIA cool jaa depa kena GST...!!

'GST akan beban setiap rakyat M'sia RM1,000 setahun'
 
Setiap rakyat Malaysia akan dibebani dengan tambahan RM1,000 setahun jika kerajaan mengenakan kadar 7 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

dap special meeting 110313 lim guan engMenurutnya lagi, kadar GST itu akan membolehkan kerajaan persekutuan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 setahun seperti yang telah dijanjikannya, kerana kerajaan akan memperolehi balik RM5,000 setahun dari setiap isirumah menerusi cukai GST.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, BN akan meraih keuntungan yang besar manakala rakyat yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, akan rugi besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakankan baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST 7 peratus.

Aduhai BN.. Biarlah RAKYAT saja yang hangpa tipu.. jangan AGUNG pun hangpa mau tipu jugak..!!!

5 anggota Kabinet tidak sah!!

Lim Kit Siang mendakwa perlantikkan 5 anggota Kabinet Najib adalah tidak sah. Mereka ialah dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri iaitu Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Seri Abdul Wahid Omabr serta tiga Timbalan Menteri iaitu Waytha Moorthy, Datuk Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sebabnya mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sebagai Menteri atau Timbalan Menteri tetapi mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator. Kenapa kerja memalukan ini boleh berlaku dan boleh memalukan Yang di-Pertuan Agong sendiri.

“Sepanjang 56 tahun Malaysia merdeka, ini merupakan kali pertama saya melihat situasi sebegini kerana ini merupakan kesalahan besar membabitkan perlembagaan. Mengapa ia berlaku sekarang?

Penangan Adam Adli...

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
22 Mei 2013 
http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/969441_521076317950878_965452689_n.jpg 
 
SHAH ALAM - Susulan penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan, dunia siber malam tadi seolah-olah "dibanjiri" dokongan tidak berbelah bahagi kepada anak muda ini.

Tidak cukup kata-kata semangat di laman sosial Facebook, Twitter, blog, malah ribuan dari pelusuk tanah air, tanpa mengira kaum, berhimpun di hadapan Balai Polis Jinjang dan di beberapa lokasi lain bagi memberi sokongan kepada Adam Adli.

Nyalaan lilin dilakukan sebagai simbolik kepada bantahan penahanan Adam Adli.

Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis masyarakat juga terus mengecam di laman sosial masing-masing, mendakwa penahanan Adam Adli sebagai bersifat terpilih dan zalim.

"Najib janji mansuh Akta Hasutan tapi kini tahan pemimpin Mahasiswa Adam Adli disiasat bawah Akta itu. 1 lagi BN tipu," tulis pemimpin DAP, Nga Kor ming menerusi laman mikro Twitter miliknya malam tadi.

Hadiah Kemenangan - Gaji Pokok KM SERAWAK lagi tinggi gaji PM NAJIB..!!

 
Ini baru GAJI POKOK belum dikira lagi dengan ELAUN PAKING, ELAUN BAJU, ELAUN MILLAGE, ELAUN TELEFON, ELAUN MAKAN dan macam-macam ELAUN.....

“Ayuh buat debat saya dengan Mukhriz,” - P/Jaya Kedah yang baru Datuk Mahfuz Omar


Blog tuntelanai.blogspot.com


ALOR SETAR: “Ayuh buat debat saya dengan Mukhriz,” kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap pada Himpunan Black505 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, malam tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak membenarkan penggunaan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti untuk perhimpunan itu.
Mukhriz dilaporkan berkata, ini kerana perhimpunan itu bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan.
 
Justeru, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menggesa Mukhriz mengingati kembali apa yang pernah dilakukan oleh bapanya, Tun Mahathir Mohamad memburukkan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu.

[Terkini] Ucapan TG Nik Aziz - Kita pegang kerajaan bukan nak cari makan, tapi nak cari pahala


Tahan Adam Adli, adakah BN takut?

JAMILAH HAMZAH
20 Mei 2013
SHAH ALAM - Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan.

Menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah, Nasrudin berkata, apa salah Adam ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda Pas Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media yang dihantar kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Jangan dok kira POLITIK PILIHANRAYA dengan SPR menipu saja..tengok bab lain sama..!!!

Jangan seluruh perjuangan hanya untuk belek 'peti undi'

(Nota: Tulisan ini sama sekali tidak ditujukan kepada gerakan membantah penipuan PRU13 - Black 505, teruskan!) 
(Hiasan)

Islam adalah addin yang syumul (lengkap dan menyeluruh). Rasulullah SAW memperjuangkan kesyumulan Islam. Selepas kewafatan baginda, Islam dipertahankan oleh pemerintahan yang dipimpin oleh Khulafa' ur-Rashidin. Pemerintahan Islam sambung menyambung selepas itu. Khilafah Islam yang terakhir ialah kerajaan Usmaniah Turki. Selepas itu tiada lagi kerajaan yang mendaulatkan kesyumulan Islam.

Muncul selepas itu ialah jamaah-jamaah yang berjuang ke arah perlaksanaan Islam yang syumul. Bermula dengan pembinaan peribadi Muslim sehinggalah kepada cadangan pembentukan sebuah negara Islam. Di Malaysia, PAS adalah satu-satunya jamaah Islam yang memperjuangkan kesyumulan itu.

Nak Senang lagu mana nie..sana sini pencuri..???

Taman Kemuning jadi tumpuan pencuri besi
Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2013
Taman Kemuning jadi tumpuan pencuri besi
Roslan menunjukkan alat komponen kereta yang sudah dibuka.
 
KULIM - Taman Kemuning merupakan kawasan tumpuan pencuri besi, di mana masalah kehilangan alat ganti kereta sering berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Sehingga kini beberapa kereta yang diletakkan di luar bengkel bagi tujuan baik pulih sering menjadi mangsa individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab apabila komponen kenderaan mereka dicuri.

Sehubungan itu, polis bersama Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sentiasa mengadakan rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan itu terutama pada waktu subuh untuk memastikan masalah itu dapat dibendung.

Pendang - Garisan pembahagian jalan mengelirukan

Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2013
Garisan pembahagian jalan mengelirukan
Garisan pembahagi jalan yang mengelirukan pengguna.
 
PENDANG – Garisan pembahagian jalan di laluan Pekan Pendang ke Sungai Tiang berdekatan medan selera Majlis daerah Pendang (MDP) di sini didakwa menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Penduduk, Mohd Fuad Lazim, 40, menyeru agar pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera demi keselamatan pengguna di laluan itu.

Katanya, pihak terbabit sepatutnya lebih peka atau prihatin dengan keadaan jalan di kawasan pekan yang menjadi tumpuan pelbagai kenderaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...