TERKINI :

Tuesday, May 21, 2013

Bila Zahid Beri Amaran Jangan Main Api.. - MSO

MENUNJAH RASA                                                                                

Zahid Hamidi nampaknya terus mencipta dan membentuk identitinya sebagai menteri yang bengkeng dan pongoh. Tidak sampai 72 jam dia meminta mereka yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya negara ini agar keluar dari negeri ini dan mencari negeri lain yang lebih sesuai, hari ini dia herdik media massa pula.

Zahid berpakaian tradisi Jawa.
Tindakan Zahid ini agak kontras dengan menteri lain yang kelihatan lebih tenang dan bersikap rasional dalam memberi kenyataan bersikap apolegetik pertama sebagai menteri? Masing-masing cuba memberi penjelasan cara baik kepada rakyat agar memahami situasi pilihan raya dan menerima keputusan dengan baik.

Berbeza dengan Zahid Hamidi. Apakah peraturan telah menetapkan demikian seseorang yang menjawat Menteri Dalam Negeri harus ada stail tersendiri, kelihatan tegas dan bengkeng agar orang takut? Boleh jadi juga. Disebabkan Zahid tidak ada misai dan janggut untuk menjadi perisai keberaniannya maka dia kena mengeluarkan kata-kata yang bengis.

Hari ini Zahid dilaporkan memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini agar tidak membuat laporan dengan memutar belitkan kenyataan. Kata Zahid, "anda (wartawan Malaysiakini) selalu putarbelit kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tidak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.

"Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya, anda tulis elok-elok". Begitulah amaran dan herdik Zahid dipetik.

Nik Abduh dah seotak dengan Kazim Alias... Gopoh kena kat hang..!!!

Nik Abduh ~ takut pandu teksi sendiri kerana takut kena tahan di jalanraya!

oleh alhusseyn51.blogspot.com

Setelah korang baca kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS dientri aku sebelum ini di sini, lain macam pula bunyi ahli parlimen kita nih!

 Dia kata buah tak cukup masaklah, gopohlah ....adoi..sengalnya!

Kroninya yang kini jadi MB Kelantan pula kata ' pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Hoi mangkuk hanyun! Janganlah terikut-ikut dan terpengaruh dengan pemikiran otak udang Kazim ala Kazam tu yang kata pilihanraya itu hanyalah kerja 'memangkah' sahaja ....

Korang ingat demokrasi tu apa? Perhimpunan juga adalah hak yang diberikan sebagai amalan demokrasi.

Korang hanya mahun peluk bini dan tunggu 5 tahun lagi baru nak gulingkan kerajaan haram ini?
Mana ada berlaku huru-hara sejak berlakunya beberapa siri demonstrasi sebelum ini?

PAS & PKR tolak guna jalan raya dan kekerasan.. mereka pilih 'demokrasi'..!!

Pas tidak sokong kekerasan, pilih demokrasi
MOHD RIDUAN SALLEH
19 Mei 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali 
 
SHAH ALAM – Pas berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro-PR untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas berpendirian begitu kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU13.

Menurutnya, oleh sebab itu, Pas sekarang masih mengumpul bukti yang didakwa berlakunya penyelewengan di seluruh negara pada PRU13 lalu.“Pas berpendirian tidak akan bersama dengan perjuangan kumpulan ini. Memang terdapatnya perasaan tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya tetapi Pas akan mengambil pendekatan mengikut saluran undang-undang dengan mengemukakan petisyen.

Bakal SENATOR dah angkat SUMPAH jadi KABINET NAJIB...sedangkan belum ANGKAT SUMPAH Jadi SENATOR...!!!

Tiada komen untuk isu kabinet bukan ahli dewan
Abdul Rahim Sabri

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang enggan mengulas lantikan lima anggota kabinet yang bukan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Marilah kita melihat ke hadapan...," katanya selepas mengangkat sumpah sebagai yang dipertua dewan itu bagi penggal yang kedua.

Beliau diminta mengulas berhubung lantikan lima anggota kabinet yang bukan anggota Parlimen dan belum mengangkat sumpah sebagai senator.

Mereka yang dilantik: Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kwan (kedua-duanya menteri di Jabatan Perdana Menteri), serta tiga timbalan menteri, iaitu pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan) dan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan (kementerian Wilayah Persekutuan).

Aduhai PEMUDA UMNO...hangpa tak payah dok pie serang tunjuk jantan.. pihak berkuasa ada serahlah kat depa..!!!

Desak Menteri Belia ambil tindakan serangan Pemuda Umno di demo pro-Adam

samseng
ANGKATAN Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor menyelar kejadian serangan yang dilakukan oleh hampir 10 orang yang dipercayai anggota Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan sekutu mereka ketika acara himpunan ‘candle light vigil’ untuk menyatakan rasa solidariti kepada aktivis Adam Adli di Pulau Pinang malam tadi.

Tindakan menyerang masyarakat prihatin yang hadir menyokong pembebasan saudara Adam Adli adalah samseng, keterlaluan dan tidak ubah seperti binatang yang bertindak tanpa akal rasional. Kejadian ini sekaligus membuktikan bahawa budaya politik samseng sudah mengakar dalam Pemuda Umno.

India BN paling bertuah

Oleh Subky Latif

KUMPULAN yang paling bertuah dengan barisan kabinet transformasi Datuk Seri Najib yang terbaru ialah peranakan India bukan Melayu dalam BN.

Saya tidak pasti adakah Melayu peranakan India dalam kabinet itu. Saya tidak tahu tentang Khairy Jamaluddin yang jadi Menteri Belia dan Sukan.

Dibandingkan dengan lain-lain kumpulan, jika pemilihan menteri dan timbalan menteri itu dibuat bagi mewakili kaum dan menjaga kepentingan kaum masing-masing, maka kumpulan itu dililhat ke depan dari segi nisbah kaumnya.

Sokongan masyarakat India yang menyokong BN dikatakan telah pulih dibandingkan dengan PU 2008 dulu, maka perhatian Najib kepada wakil kaum India mestilah istimewa.

Peranakan India mengikut banci 2010 seramai 1,969,343 orang dari jumlah penduduk seluruhnya 26,784,965 atau 0.735 peratus. Ia dapat lapan orang dalam barisan menteri itu.

Benarkah KETUA & TIMB. PEMUDA PAS dah hilang kuku selepas menang Parlimen..!!??

Pemuda PAS Malaysia ~ Jangan berlagak macam Pondan Tua boleh tak?

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana ketuanya berani juga bersuara, walaupun dari jauh dan di luar gelanggang.

Aku ingat dia hanya sibuk ambil gambar orang menahan teksi sahaja...

Apa kata, selangkah lagi tunjukan keberanian lu itu dengan menyertai perhimpunan 'Black505' membantah penipuan pilihan raya.

Nak bersama rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati pun kena tunggu ada arahan ke Sheikh? Bukankah pemuda harus duduk dihadapan sebagai golongan pendesak?

Harap Pemuda Pas jangan berlagak macam pondan tua melalak dari jauh untuk menarik perhatian pelanggan sahaja.Meh bersama-sama rakyat.

Seperti apa yang lu cakapkan, aku pun setuju dengan apa yang lu cakapkan itu,  "Rakyat bukan mahu bermusuh dengan beliau (Zahid), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta kerajaan.

Wajarkah Anwar berundur?

Oleh Haji Subky Abdul Latif

Satu tinjauan di laman web yang direspon oleh beberapa belas ribu orang bersetuju supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari pimpinan utama Pakatan Rakyat dan ketua pembangkang di Parlimen. Itulah kira-kira sebagai reaksi setelah Pakatan tidak dapat kerusi selalyaknya bagi memenangi PRU 5 Mei lalu. 

Respon itu sesuai dengan kenyataan yang pernah Anwar buat bahawa dia akan berundur sekiranya Putrajaya tidak dapat ditawan. Maka itulah dituntut oleh responden. 
 
Responden bersetuju dia berundur kira-kira 80 peratus. Ia tinggi tetapi belum sampai 15,000 orang. Jika seluruh anggota Perkasa mengambil bahagian mungkin yang mahu dia berundur naik 100,000.

Sekalipun Pakatan belum berjaya menguasai Putrajaya tetapi yang mengundinya di seluruh negara yang  direkodkan oleh SPR hampir 51 peratus atau 5.5 juta tidak termasuk yang lesap, sedang BN yang diisytihar menang itu diundi oleh 5.2 juta saja.

Relax la PAKCIK... dah orang nak bagi PENDIDIKAN PERCUMA tak mahu.. jadi pie la GADAI EMAS tu..!!!

Nasib bagi yang tak mahu pendidikan percuma
FB Dppk Kluang

Admin nak share skit la pengalaman ketika berada di bank rakyat hr 2, kisah bermula dimana admin masuk je dlm bank terlihat ramai org yg berurusan dgn pihak bank, admin terus je amek no. giliran n terus sandar di dinding, kelihatan seorang pakcik menghampiri admin lalu kami bersembang..

admin: assalamualaikum...
pakcik: w;kum salam
admin: apa kabar? sht? ramai jugak org hr ni
pakcik: sht..haah ramai yg berurusan dgn ar-rahnu
admin: owhhh hmmm pakcik nak smpan brg ke?
pakcik: yee..anak pakcik belajar kat mesir, bnyak nak guna duit, jd pakcik guna ar-rahnu tuk wat pinjaman duit dgn brg kemas..

Mungkin ini diantara sebab ALLAH tarik semula kemenangan kita di KEDAH

oleh Jemaah Masjid Penghulu Him

RAKYAT KEDAH DI PROGRAM UAI DI STD. SUKA MENANTI
KEKALAHAN itu walaupun perit namun kita harus redha menerima dan dalam masa yang sama kita haruslah bermuhasabah atas apa yang telah berlaku..

Jika dilihat kekalahan kita di KEDAH berkemungkinan inilah antara salah satu penyebab ALLAH taala menarik semula kemenangan kita di KEDAH...

Cubalah lihat akan majlis agama yg kita adakah di KEDAH..dari pandangan saya ia seperti tiada ROH dan NUR untuk menarik rakyat terbanyak...Bagaimana kaedah untuk kita menarik rakyat terbanyak untuk hadir dan mengimarahkan surau masjid & majlis-majlis ILMU itu yang patut kita fikirkan...

Bukan hendak kata tiada MAJLIS ILMU di KEDAH... Alhamdulillah ianya ada peningkatan seperti kuliah mingguan di SERI MENTALON & BANGUNAN UKIR MALL Alor Setar....serta di beberapa MASJID tertentu yang AJK nya orang kita... namun di masjid yang AJK masih kepimpinan lama masjid itu mati macam itu sahaja... jadi bagaimanakah kita hendak menarik golongan rakyat terbanyak itu yang perlu difikirkan...

Laporan POLIS dimana nama dan IC beliau digunakan oleh orang lain untuk mengundi..!!

Nak berkawan lagu mana MUKHRIZ oi.. awai-awai lagi hang dah tunjuk KUKU BESI nya...!!

Nak berkawan lagu mana MUKHRIZ oi.. awai-awai lagi hang dah tunjuk KUKU BESI nya... Kami mintak STADIUM untuk prog. kami pun hang tak bagi.. lepas tu hang ajak kami kawan dengan hang.. Nak kira lagu mananya.... sedangkan zaman kami dulu bukan kata STADIUM negeri nie pun kami bagi hangpa masuk siap mengata kat kami lagi tuuu....

Perkukuh perpaduan majukan Kedah



Mukhriz Mahathir beramah mesra dengan seorang OKU, Abdul Razak Saidin dalam Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Jerlun, Kedah, semalam. 
JERLUN 19 Mei - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menyeru rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik memperkukuhkan perpaduan serta silaturahim bagi mencapai sasaran menjadikan Kedah maju.
Setelah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berakhir, beliau berkata, kini tiba masanya untuk semua pihak menghulurkan tangan persahabatan terutama di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti pembangkang.

Makna bersatu antara Hasan & Nasa Masuk UMNO dengan Mat Taib & Abby Abady masuk PAS..!!


Jika yang ROGOL nie 'USTAZ PAS' rasanya sebelum PRU13 dahulu dah selesai kes nie..!!!

'Ustaz' dicari selesai kes rogol
Wartawan Sinar Harian
20 Mei 2013
Edar poster cari 'ustaz', selesai kes rogol
Araniri (kanan) menunjukkan poster yang akan diedarkan 
di seluruh negeri Kedah, semalam.
 
ALOR SETAR – DAP cawangan Bakar Bata akan mengedarkan sebanyak 15,000 keping poster gambar seorang lelaki yang digelar ‘ustaz’ untuk membantu dalam siasatan kes rogol seorang murid perempuan tahun enam, dua tahun lalu.

Penyelarasnya, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, tujuan penyebaran gambar tersebut adalah bagi membantu pihak polis segerakan siasatan.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama berlarutan. Media massa pun sudah menyiarkan gambar lelaki berkenaan menerusi akhbar dan televisyen. Sekarang ini, sudah setahun lebih, tidak nampak satu perkembangan pun berhubung kes itu.

“Kita bukan nak salahkan polis, cuma kita harap mereka lebih serius menyelesaikan kes melibatkan rogol bawah umur,” katanya.

Ingatkan Rakyat Kedah dah Senang dah Lepas BN MENANG.. Takan kena juai KETUM lagi..??

Mekanik 'eksport' ketum ditahan
NURUL FATIHAH SULAINI
20 Mei 2013
Mekanik 'eksport' ketum ditahan
Ibrahim (kiri) bersama beberapa pegawai polis menunjukkan daun ketum yang diedarkan.
 
KUBANG PASU -Taktik licik seorang mekanik mengejar keuntungan segera dengan menjual daun ketum ke Thailand sebagai pendapatan sampingan akhirnya mengundang padah apabila berjaya ditahan, malam kelmarin.

Difahamkan, suspek yang berumur 42 itu mendapatkan bekalan daun ketum daripada penduduk sebelum diedarkan ke luar negara melalui orang tengah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, sepasukan anggota Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menyerbu sebuah rumah di Jalan Batu 17, Kampung Pida 6, Mukim Jerlun, Air Hitam setelah melakukan risikan awal.

Menurutnya, semasa serbuan sekitar jam 10.05 malam suspek yang juga bapa kepada tiga orang anak itu sedang berehat di ruang tamu.

Patutlah hangpa KALAH... Masalah Rakyat Macam nie pun tak boleh selesai.. Takpa lepas nie semua SENANG lepas BN MENANG..!!

Pasar Tokai bakal ‘mati’
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2013
Pasar Tokai bakal ‘mati’
Senaman menunjukkan meja jualan yang kosong.

TOKAI – "Kami hampir gulung tikar," luahan peniaga di Pasar Pekan Tokai di sini yang terpaksa menanggung kerugian setiap hari kerana jualan di situ merosot akibat tidak mendapat sambutan orang ramai.

Difahamkan, pasar itu mempunyai 18 meja jualan dan empat lot gerai ayam namun hanya empat meja jualan sahaja yang masih disewa peniaga iaitu satu jualan ayam, satu menjual ikan dan dua lagi menjual sayur manakala selebihnya kosong dan empat lot gerai ayam terbiar usang lebih lima tahun.

Peniaga ikan, Senaman Lazim, 70, berkata, kedudukan pasar yang tidak strategik dibina tersorok di belakang dikatakan merupakan antara faktor utama pasar itu tidak mendapat sambutan.

Menurutnya, dia berniaga di situ sejak pasar itu mula dibina kira-kira 30 tahun lalu dan tidak menyangka suasana pasar yang meriah dan jualan yang rancak itu bertukar menjadi sunyi beberapa tahun kemudian sehingga mempengaruhi pendapatan peniaga.

Berkemungkinan Pilihanraya Kecil pulak di SELANGOR nampak gayanya macam nie..!!

Nik Nazmi, ADUN Seri Setia Mungkin Kehilangan Kerusi DUN

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (Adun), Nik Nazmi Nik Ahmad akan membawa kes himpunan 'Blackout 505' ke Mahkamah Tinggi bagi mencabar Akta Perhimpunan Aman.

Menurutnya, kes yang melibatkan diri beliau ini adalah bersifat terpilih dan berbentuk politik yang melibatkan pihak-pihak tertentu.

"Saya dan peguam akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi, kita nak cabar Akta Perhimpunan Aman dari sudut perlembagaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Nik Nazmi minggu lalu didakwa di bawah akta berkenaan minggu lalu kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan 'Blackout 505' di Kelana Jaya pada 8 Mei.

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikat jamin.

Maksud Tersirat KARPAL suruh BUBAR DEWAN NEGARA..!!!


Bersatulah wahai RAKYAT MALAYSIA atas nama KEMISKINAN w/pun tidak mahu bersatu atas politik..!!

WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg Selepas PRU

Alhamdulillah, program amal NGO Wargakilang Jln-Jln Masuk Kampung (JJMK) sempena cuti Hari Buruh di pedalaman Selama Perak, yang ditunda kerana pilihanraya, akhirnya dapat juga disempurnakan pada hari Sabtu yang lalu.

(Program bermula seawal jam 8.00 pagi, berkumpul meng-agihkan barangan untuk 40 keluarga)

Sambutan agak menggalakkan, kesemua sekali ada 53 buah kenderaan berbagai jenis bersama sekumpulan Marshal Bermotosikal menyelia dan memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang perjalanan.
(Seperti biasa, barang2 sumbangan disusun di atas tanah di bawah rumah org kampung, tanpa meja kerusi, sofa dan khemah VIP)

Padang Terap - Jurutera jadi penternak rusa

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

http://3.bp.blogspot.com/_yDRYCLgZMzQ/TEPDg7happI/AAAAAAAAAOo/UQ_UE2R6B9k/s1600/DSC02875.jpg
GAMBAR HIASAN
PADANG TERAP 20 Mei - Minat yang mendalam terhadap haiwan membuatkan seorang jurutera yang berasal dari Kampung Semeliang, Kuala Nerang di sini memberanikan diri untuk menternak rusa secara komersial walaupun pada awal, usahanya diragui dan dicemuh banyak pihak.

Kata-kata cemuhan seperti 'ada ke orang nak makan daging rusa', 'berapa lama nak bertahan' dan pelbagai lagi kata-kata negatif yang dilemparkan menjadi penguat semangat bagi membuktikan rusa juga boleh diternak secara komersial seperti lembu dan kambing.

Kini setelah lebih lima tahun terlibat dalam bidang penternakan rusa, Nor Azhar Mohd. Noor, 41, mampu tersenyum bangga apabila usahanya kini membuahkan hasil bahkan pusat ternakan rusanya juga secara tidak langsung mempopularkan Kampung Semeliang kepada penduduk luar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...