TERKINI :

Saturday, May 18, 2013

Suka hati Cina lah dia nak undi siapapun


Oleh Amin Iskandar

Satu keindahan demokrasi adalah pemilihan pemimpin melalui sistem pilihan raya.Melalui pilihan raya, rakyat bebas untuk memilih mana-mana parti atau calon, tidak kira kaum, agama dan ideologi politik seseorang atau satu kumpulan itu.

Inilah fahaman asas demokrasi yang mudah untuk difahami tanpa seseorang itu perlu ke menara gading untuk mendapatkannya. Pilihan Raya 2013 memberi pelbagai erti bagi setiap orang.

Lebih menarik lagi, ianya juga memperlihatkan kebodohan seseorang termasuk yang kita gelar pemimpin negara.

Mana mungkin seseorang yang bergelar pemimpin negara tidak faham tentang kebebasan memilih dalam pilihan raya?

Atau sebenarnya sengaja buat-buat tak faham?

Mukhriz tak benarkan guna stadium...macamana nie dulu Azizan bagi aja hangpa nak guna...!


Kedah tak benar guna stadium untuk perhimpunan pembangkang


Bernama 5:06PM Mei 18 2013

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.

"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.

Mukhriz ulas bab BALAK & KUIN...


Mukhriz: Kedah hentikan sementara pembalakan


18 Mei 2013 ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri ini supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya beliau telah menerima laporan dan aduan daripada masyarakat kampung bahawa aktiviti pembalakan yang sedang berlaku di kawasan mereka telah menjejaskan bekalan dan kualiti air di kampung mereka.

"Saya megesyorkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan buat seketika supaya kita dapat menyemak adakah laporan EIA (Kesan Penilaian Alam Sekitar) yang sepatutnya dilakukan di mana-mana kawasan pembalakan dilaksanakan dan apa yang disyorkan laporan EIA," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Katanya beliau mahu memastikan bahawa setiap syarat yang dikenakan kepada mana-mana konsesi pembalakan dipatuhi oleh pihak-pihak terlibat.

Maaf sekarang kami yang memerintah.. tiada stadium untuk hangpa..?

oleh zam teroi

Itu lah bezanya....baik berpada2...la sapa susah...... Kita yg susah..... masa kaya ramai yg baik dgn kita bila masa ssh ramai yg buat buat tk kenai..nasib badannnnn

Alhamdulillah Ust Azizan dah semakin sedar.....


Azizan beri nombor telefon kepada doktor

WARTAWAN SINAR HARIAN18 Mei 2013


GEOGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah mula sedar selepas melakukan pembedahan membuang kedua belah kakinya akibat komplikasi kencing manis kronik di Hospital Pulau Pinang (HPP), 9 Mei lalu.

Bekas Setiausaha Politiknya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semalam Azizan sudah mampu memberikan nombor telefonnya kepada doktor yang merawatnya."Sebelah petang pula, dia tidur berehat panjang."Ustaz (Azizan) juga memberikan respon yang baik kepada kunjungan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah," katanya yang dipetik di Facebooknya, semalam.

PRU13 : BN & PR... siapa untung...siapa rugi...?

Bilakah 'divine intervention' akan sampai?
Oleh Aspan Alias

Untungnya tak seberapa, ruginya yang lebih. Itulah dialami oleh kedua-dua belah pihak, Pakatan Rakyat dan BN. Masing-masing mendapat keuntungan, tetapi lebih pula kerugian yang dialami. UMNO mendapat untung 11 kerusi lebih daripada PRU 2008 yang lalu iaitu 88 kerusi kesemuanya, tetapi kerugian sebanyak 7 kerusi keseluruhan yang diperolehi BN. Hendak bergembira tidak cukup keuntungan dan sebaliknya untuk bermenung tidak juga boleh kerana tidak pula banyak kekalahannya.

Tetapi jika dikaji dengan rapi, BN mendapat kerugian yang besar kerana begitu banyak usaha yang dilakukan oleh BN keuntungan tidak juga diperolehi. Entah berapa billion wang kerajaan dibelanjakan oleh pihak BN secara ‘direct’ atau ‘indirect’, kerusinya tetap berkurangan sebanyak tujuh jumlahnya daripada pilihanraya sebelumnya. Itu kalau dikaji dari kos yang melibatkan wang ringgit.

Tetapi harga yang paling mahal ialah perpecahan di antara kaum yang sangat ketara hasil permainan media masa dan kata-kata pihak yang berkuasa semata-mata untuk pengekalan kuasa itu. Orang Melayu dipecahkan dengan orang Cina dan India dan perpecahan di antara yang beragama juga tidak kurang parahnya. Dilagakan kita di antara kaum dan agama untuk tujuan politik tetapi tidak juga ada untungnya.

Mengaku sajalah yg awak tu tak pandai....!

Mengaku sajalah awak memang tak pandai
Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

AGAK menghairankan di sebalik prestasi buruk BN di bawah kepimpinannya, Najib Tun Razak masih mahu berlagak seperti seorang profesor politik serba tahu. Terbaru beliau mengatakan pemimpin pembangkang adalah hipokrat kerana enggan menerima keputusan PRU13.

Dalam konteks ini, tidak ada lebih tepat bagi mengulas kenyataan cetek Perdana Menteri yang pertama kali menjamah mandat pilihan raya umum (dibaca: tak semestinya mandat rakyat) setelah empat tahun memegang jawatan berkenaan melainkan maksud peribahasa Inggeris: "Apabila jari telunjuk dihalakan ke sesuatu pihak, empat jari lagi sebenarnya dihalakan pada diri sendiri."

Sepatutnya dengan keintelektualan politik cukup terbatas, Najib tidak perlu membuat kenyataan kebudak-budakan. Budak-budak apabila cuba mempertahankan kemenangan mereka dengan cara mengelat biasanya akan memberikan gelaran dan ejekan kepada pihak yang kalah. Sekiranya keintelektualan politik Najib lebih sedikit daripada tahap purata, banyak cara dan kenyataan yang lebih mencerminkan seorang berbudaya, berhemah dan paling penting seorang yang berjawatan Perdana Menteri.

Eishh..betoi ka nak jadi calon kena bayaq sampai RM 11 juta

RM 11 juta untuk dapat calon
Oleh: anaabdullah

Ada orang Terengganu bercakap dan jadi cerita menarik untuk diperbincangkan dan menggambarkan kehangatan soksek-soksek pasca PRU13.

Kata mereka, betapa mahalnya harga satu calon PRU 13 di Terengganu. Cerita ini masih dijual sebagai produk rasuah.Tapi ingat ini hanya cerita sahaja. Kalau tidak ada usaha menghentikannya,maka PRU seterusnya menjadi seburuk buruknya kerana diangkat wakil rakyat yang rasuah.

Paling tidak manis melantik menteri besar yang sombong dan angkuh dan tidak mustahil lambakan menteri menteri pendendam dalam kabinet Najib.

Setelah penulis teliti nama nama dan barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik itu terdapat tokoh yang sombong dan angkuh serta pendendem dilantik tanpa rasa bersalah.

Alhamdulillah... insurans am naik 9%... sikit je pon..!


Awat merapu sangat PKR SELANGOR nie.. macam dok bela 'kacang hantu' jaa dilihatnya nie..??

PKR cuba kawal pentadbiran Khalid

PKR nampaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kawalan yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, dengan PKR negeri mencadangkan calon-calon yang bukan sahaja untuk barisan exco negeri tetapi juga dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan Pejabat Menteri Besar.

Antara lain, dikatakan terdapat usaha melobi yang bersungguh-sungguh supaya Azmin Ali - pengkritik paling keras terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengisi jawatan exco kanan negeri.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin (kiri) berkata, ini bukan untuk mengawal Khalid atau sumber-sumber negeri, tetapi untuk memastikan bahawa dasar-dasar Pakatan Rakyat yang lebih baik diterjemahkan di peringkat negeri.

Katanya, cadangan itu dibuat kerana menurutnya negeri itu tidak memainkan peranan yang secukupnya dalam tempoh lima tahun yang lalu.

GLC perabih duit RAKYAT untuk buat IKLAN ucap tahniah lantikan kabinet baru...

Syarikat kerajaan mengalu-alukan pelantikan Kabinet dengan iklan muka penuh, mengundang kritikan
Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Syarikat kerajaan yang ditubuhkan bagi membina rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dikritik hari ini kerana membayar untuk iklan muka penuh di akhbar Utusan Malaysia milik Umno dan The Star milik MCA untuk memberi ucapan tahniah kepada Datuk Husni Hanadzlah kerana dilantik semula sebagai menteri kewangan kedua.

Iklan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (gambar) menyiarkan gambar bewarna Husni dari ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja.

Menurut seorang pegawai The Star, SPNB dikenakan bayaran RM59,529.60 untuk iklan tersebut.

Pegawai Utusan Malaysia pula mengatakan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM37,000 kepada SPNB.

“Mengapa badan berkanun menggunakan duit pembayar cukai untuk mengucapkan tahniah terhadap pelantikan semula menteri? Ini amalan membodek,” kata ahli Parlimen DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.

“Sesiapa yang meluluskan ini seharusnya dihukum.”

GST - Orang UNDI hangpa suruh cari duit jaga rakyat tapi lanie dok kutip duit kat rakyat pulak..!!

Orang nak cari PEKERJA cari yang RAJIN cari duit bagi kat BOS untuk menambah kewangan SYARIKAT nie tak cari PEKERJA yang kutip duit kat BOSlepas tu kata SYARIKAT untung..

Macam nielah juga jika nak lantik PEMIMPIN... cari yang rajin buat duit dengan cara apa sekalipun tapu bukan dengan cara ambik duit kat RAKYAT yang lantik, pilih & UNDI mereka... sedangkan PEMIMPIN itu menang rakyat pilih, gaji rakyat bayaq last mai kutip duit kat RAKYAT..

PAS Kedah mampu bangkit!

Dari TKO

Assalamualaikum.,, Ekoran kekalahan PR di Kedah, rata rata orang orang yang menggelarkan diri mereka sebagai pemerhati politik yang cenderung dengan politik Islam serta tidak kurang juga ahli ahli jemaah PAS menyalahkan pemimpin PAS Kedah dengan berbagai bagai alasan.Paling menarik apabila ada yang menyamakan kekalahan Kedah dengan sejarah kekalahan Terengganu yang menurut mereka akan memerlukan masa yang panjang untuk bangkit kembali.

Nampak macam benar pendapat ini yang berfaktakan sejarah kekalahan Terengganu.Akan tetapi setelah diteliti ada bezanya kekalahan Kedah dengan kekalahan Terengganu yang boleh dijadikan asas untuk PAS bersama PR bangkit kembali di Kedah dalam masa terdekat, tetapi ianya perlukan kerjasama semua ahli jemaah tanpa mengambil kira apa jua kata pemerhati dan kritik dari luar.

Ahli jemaah harus terlebih dahulu memahami apa yang berlaku untuk mengambil pengajaran dan merancang tindakan seterusnya.

Berdasarkan jumlah kerusi yang PAS Kedah tewas, terdapat perbezaan yang jelas dengan cara kekalahan Terengganu pada 2004 dulu.Di DUN, PR cuma tewas 7 kerusi berbanding 28 kerusi di Terengganu dulu.Ini bermakna BN melalui jalan yang lebih sukar untuk mengambil kembali Kedah berbanding Terengganu.BN gagal meraih majoriti 2/3 di Kedah yang menunjukkan sokongan terhadap PAS masih lagi kuat di Kedah berbanding dengan situasi di Terengganu pada tahun 2004 dulu.

Macai UTUSAN terkedu di Program Wacana Sinar sewaktu sessi soal jawab dengan wakil DAP..!!


inilah tahap macai yang bercakap....kesian tengok kena buli minda macam tu sahaja...
ini politik baru bukan politik mengampu...kesian macai....

Tidak Mustahil suatu hari nanti UMNO akan kata DAP bagus..!!!!

CUBA FIKIR
CUBA FIKIR 

Dahulu umno mengharamkan hindraf kerana mereka secara jelas mempertikaikan pelembagaan persekutuan perkara 153 hak keistimewaan orang melayu & bumiputra

Sekarang mereka (pemimpin) hindraf diangkat menerajui barisan kabinet presiden umno najib mongolia. 

Pemimpin pakatan rakyat PAS DAP PKR sepakat mempertahankan hak keistimewaan orang melayu & bumiputra. Tetapi umno dituduh DAP mahu hapuskan perkara 153 hak keistimewaan orang melayu & bumiputra. PKR & PAS pula dituduh sebagai pengkhianat agama & bangsa. Sedangkan pemimpin hindraf secara jelas perjuangannya mahu kedudukan orang melayu disamaratakan dengan kaum india tidak pula dikatakan sebagai pengkhianat kepada negara & bangsa melayu. 

Aku bukan nak bincang isu perkauman, tetapi aku nak korang tahu yang lidah pemimpin umno berbelit seperti biawak memakan tikus. Dulu lain skrg lain dimasa hadapan pula mungkin dia akan kata DAP bagus kot?


Dahulu umno mengharamkan hindraf kerana mereka secara jelas mempertikaikan pelembagaan persekutuan perkara 153 hak keistimewaan orang melayu & bumiputra

Sekarang mereka (pemimpin) hindraf diangkat menerajui barisan kabinet presiden umno najib mongolia.

Pemimpin pakatan rakyat PAS DAP PKR sepakat mempertahankan hak keistimewaan orang melayu & bumiputra. Tetapi umno dituduh DAP mahu hapuskan perkara 153 hak keistimewaan orang melayu & bumiputra. PKR & PAS pula dituduh sebagai pengkhianat agama & bangsa. Sedangkan pemimpin hindraf secara jelas perjuangannya mahu kedudukan orang melayu disamaratakan dengan kaum india tidak pula dikatakan sebagai pengkhianat kepada negara & bangsa melayu.

Aku bukan nak bincang isu perkauman, tetapi aku nak korang tahu yang lidah pemimpin umno berbelit seperti biawak memakan tikus. Dulu lain skrg lain dimasa hadapan pula mungkin dia akan kata DAP bagus kot?

KIMMA meroyan pasal HINDRAF!

Oleh TKOOffline



Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang telah menyatakan rasa tak puas hati mereka kerana KIMMA tiada dalam kabinet sedangkan HINDRAF yang terang-terang menentang kerajaan sebelum ini diberi tepat dalam kabinet baru Najib.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu BN dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.

Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Okt tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.

Disebabkan gagal TAWAN SELANGOR maka Najib hukum BN SELANGOR tanpa beri kouta menteri

Sayangi Selangor Yakini PR

Tunku Bendahara Kedah serta Isteri telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan lagi..!!

[MENJUNJUNG KASIH TUNKU]

Pasangan DiRaja Kedah, Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan isteri YABhg Toh Puan Bendahara Kedah telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan.

Kunjungan jam 6:45 petang tadi itu disambut mantan Exco Kedah, Dato' Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali serta isteri Ustaz Azizan, Datin Seri DiRaja Faekah Sheikh Hamzah.

Ternyata Tunku Bendahara begitu prihatin terhadap perkembangan kesihatan Ustaz Azizan di mana beliau merupakan kenamaan yang paling kerap menziarahi mantan Menteri Besar Kedah itu sejak menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Tunku Bendahara dilihat berusaha berkomunikasi dengan Ustaz Azizan. Suasana itu membibitkan keadaan hiba mereka-mereka yang menyaksikannya.

Sebelum berangkat pulang, Baginda dan isteri mendengar perkembangan perubatan yang disampaikan doktor-doktor pakar.

Sumber: Harakah Kedah
[MENJUNJUNG KASIH TUNKU]

Pasangan DiRaja Kedah, Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan isteri YABhg Toh Puan Bendahara Kedah telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan.

Kunjungan jam 6:45 petang tadi itu disambut mantan Exco Kedah, Dato' Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali serta isteri Ustaz Azizan, Datin Seri DiRaja Faekah Sheikh Hamzah.

Ternyata Tunku Bendahara begitu prihatin terhadap perkembangan kesihatan Ustaz Azizan di mana beliau merupakan kenamaan yang paling kerap menziarahi mantan Menteri Besar Kedah itu sejak menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Tunku Bendahara dilihat berusaha berkomunikasi dengan Ustaz Azizan. Suasana itu membibitkan keadaan hiba mereka-mereka yang menyaksikannya.

Sebelum berangkat pulang, Baginda dan isteri mendengar perkembangan perubatan yang disampaikan doktor-doktor pakar.

Sumber: Harakah Kedah

Baling - Sokongan rakan bakar semangat guru OKU


Sokongan rakan bakar semangat guru OKU

BALING 17 Mei - Sokongan kuat rakan-rakan setugas dan tawaran sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Siong menyebabkan guru daripada golongan orang kurang upaya (OKU) tidak berfikir lama menyahut cabaran tersebut.

Mat Judin Mat Amin (gambar), 56, yang cacat sebelah kaki kanannya sejak berumur dua tahun begitu cekal menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah.

"Mulanya saya tidak begitu yakin dan agak takut menerima tawaran sebagai pengetua sekolah, tetapi dorongan rakan-rakan setugas serta keyakinan yang diberikan, saya terima juga tawaran tersebut.

"Kursus-kursus yang saya ikuti menjadikan saya semakin yakin dan saya percaya boleh memegang jawatan ini dengan baik demi memartabat kerjaya sebagai pendidik yang menjadi harapan kepada negara dan pelajar sebagai sandarannya," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mahfuz mampu suntik kemenangan PRU14

Oleh NURDAMIA WAN FAIQAH 
 
Pelantikan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak dilihat mampu menyuntik kemenangan PAS bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. 

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Aziz berkata, keputusan PAS Pusat mengangkat Mahfuz sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu adalah suatu tindakan yang wajar dan bijak memandangkan keadaan Dato’ Seri Azizan Razak yang uzur tidak memungkinkan beliau memikul tanggungjawab ini.

"Pelantikan Mahfuz Omar diharapkan dapat memberikan sinar baharu kepada PAS Kedah serta Pakatan Rakyat negeri Kedah yang mengalami kejutan ekoran kekalahan mengejut kepada BN dalam PRU13," ujarnya

Dengan pengalaman, ketokohan serta kewibawaan Mahfuz dapat melonjakkan sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat kedah serta mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap PAS untuk memerintah kembali Kedah dalam Pru ke 14, katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...