TERKINI :

Friday, May 17, 2013

Debat Kedai Kopi - Pak Cik PR tarbiah Pak Cik BN



Agus tegur menteri yang tak faham Perkara 10 Perlembagaan Negara...


Konflik dalaman PAS KEDAH sudah tiba masa untuk diperbaiki...!

Masa untuk memperbaiki konflik dalaman PAS Kedah
Oleh Zulkifli Yahaya


Tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dikaitkan dengan perpecahan dalaman yang berlaku dalam kepimpinan PAS negeri. Sukar untuk menafikan berlakunya pergolakan tersebut kerana kemelut yang melanda PAS Kedah menjelang pelantikan semula Exco kerajaan negeri pada awal tahun 2012 diperhatikan dengan penuh minat oleh seluruh rakyat Malaysia.

Empat tahun pentadbiran kerajaan kelihatan berlalu dengan baik dan cemerlang. Tiba-tiba orang nombor dua dalam parti dan dalam kerajaan negeri kelihatan bermasalah dengan orang nombor satu, sehingga terpaksa campurtangan oleh PAS Pusat untuk menyelesaikannya. Perkara tersebut memang tidak dapat disembunyikan kerana di sebelah pihak yang terbabit dengan konflik tersebut sengaja mempamerkannya kepada media. Media yang digunakan pula ialah media talibarut Umno yang sepanjang sejarah tidak pernah bersimpati dengan perjuangan PAS. Media telah mengeksploit isu tersebut habis-habisan sehingga wajah PAS ketika itu benar-benar hodoh di mata rakyat.

Saya tidak berhasrat menghakimi konflik yang seantero negara sudah mengetahuinya itu kerana yakin, kedua-dua pihak ada hujah untuk dipertahankan. Pun terdapat juga aspek tidak betul pada kedua-dua belah pihak. Dari sudut tertentu, lebih kurang pertikaian belanga dan kuali, bontot siapa lebih hitam. Para penyokong puak yang berkonflik sekalipun berbeza sikap dan pandangan tetapi boleh sama-sama bersetuju dalam satu perkara, iaitu: Menuduh lawan masing-masing sebagai gila kuasa dan menjadi pengkhianat parti.

KJ tunjuk belang hari pertama jadi menteri

Khairy tunjuk belang di hari pertama jadi menteri

Harakahdaily, 17 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Setelah menjadi menteri, Khairy Jamaludin membuat dua kenyataan penting. Pertama, pandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya pandangan peribadi, kedua beliau akan menjadi menteri untuk semua belia.

"Itu adalah pandangan peribadinya. Tidak mencerminkan pendirian kerajaan," kata Khairy dalam sidang medianya mengulas pandangan Zahid dalam tulisannya di akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Zahid semalam menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Menteri dalam negeri itu menulis di Utusan Malaysia, merujuk kepada siri perhimpunan besar pembangkang di seluruh negeri yang mempertikaikan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

MIC pulak tak puas hati bila Hindraf dilantik...

MIC Pulak Tak Puas Hati Pelantikan Hindraf...

Pemuda MIC menyatakan kekecewaannya berhubung pelantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri.

"Dengan melantik seseorang yang mencemarkan imej negara... (perkara ini) akan melemahkan komponen parti seperti MIC dan wakil India dalam BN.

"Perdana menteri hatta boleh menimbangkan daripada Barisan Progresif India (IPF) - yang setia kepada BN sejak 25 tahun lalu - untuk kedudukan kanan dalam kerajaan.

"Saya kuat rasakan terdapat banyak pilihan lebih baik dalam BN daripada Waythamoorty," kata Ketua Pemuda MIC T Mohan dalam kenyataan media hari ini.

Kuasa Melayu tak akan hilang – Zairil


SHAH ALAM, 16 MEI: Kuasa Melayu tidak mungkin hilang di Malaysia seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab kerana terdapat banyak faktor yang menjadikannya sangat mustahil.

Menggulung hujah pada program wacana ‘Pasca PRU13: Ke mana haluan politik Melayu’, Ahli Parlimen Bukit Bendera DAP, Zairil Khir Johari menegaskan bahawa ‘tidak kan Melayu hilang di Malaysia’.

Menjawab kerisauan yang dibangkitkan sesetengah pihak, Zairil berkata, adalah mustahil kuasa Melayu boleh hilang lantaran faktor demografi, undang-undang serta daulat Raja-raja Melayu.

“Masyarakat Melayu adalah masyarakat terbesar, dan semakin berkembang. Manakala masyarakat Cina hanya 25 peratus (daripada keseluruhan populasi) dan (jumlahnya) semakin mengecil,” katanya menjawab kerisauan kononnya Melayu semakin hilang kuasa.

Mukhriz azam kembalikan kegemilangan skuad Hijau Kuning


ALOR SETAR - Menteri Besar yang baharu, Datuk Mukhriz Mahathir berazam untuk mengembalikan kecemerlangan sukan bola sepak Kedah selepas pasukan Hijau Kuning mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, beliau akan berusaha memberikan yang terbaik kepada skuad Sang Kenari dengan memenuhi keperluan pasukan seperti menarik penajaan dari sektor swasta bagi membiayai persatuan yang memerlukan perbelanjaan besar dan memastikan soal kebajikan dijaga.

Beliau juga meminta semua pemain untuk kekal bersama Kedah bagi memastikan impian mencapai kegemilangan itu menjadi realiti.

"Biarpun ada tawaran daripada kelab lain, saya berharap pemain terus kekal atas semangat Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan Exco kerajaan negeri di Istana Anak Bukit di sini semalam.

Kedah yang beraksi di Liga Perdana ketika ini berada di tangga keempat dengan mengutip 30 mata selepas 16 perlawanan.

[Alhamdulillah] Kerajaan UMNO Kedah akan tutup semua pusat hiburan dalam masa 100 hari


Oleh: Tok Non
Lapan ADUN UMNO Kedah angkat sumpah sebagai Exco. Dalam senarai Exco Kedah kali ini tiada Exco Cina kerana ketidaksudian MCA untuk menyertai kerajaan Persekutuan atau Negeri kali ini. Tidak ada juga Exco India kali ini kerana calon MIC tak menang, orang India Kedah pakat tolak MIC nak buat lagu mana. Akhirnya yang memerintah Kedah sekarang bukannya BN tetapi UMNO. Maka elok kita namakan kerajaan negeri Kedah sebagai Kerajaan UMNO Ar-Rasis.
Kononnya di kalangan Exco yang dilantik ada yang tiada kelulusan, maksudnya tiada ijazah atau sekurang2nya diploma. Betoi ka? Macamana orang takdak ijazah nak tadbir pegawai2 KCS yang berpelajaran tinggi? Biagpiilah kat depa tak takdak orang yang layak nak buat macam mana. BN menang di Kedah pun bukannya kemenangan yang bersih, menang akibat penipuan dan merasuah pengundi. Kemenangan mereka adalah kemenangan yang dibeli.

AMK Selangor Beri Amaran, Zahid Hamidi Jangan Berlagak Tuan Besar Dalam Negara Ini


Angkatan Muda Keadilan Selangor menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggesa golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari sebagai angkuh, bodoh sombong dan menggambarkan ketakutan Barisan Nasional menghadapi gelombang rakyat.

AMK Selangor melihat kenyataan itu juga menggambarkan Zahid Hamidi sebagai tidak bersedia untuk memikul amanah selaku Menteri Dalam Negeri, dan Najib Razak meletakkan beliau di posisi itu sebagai kambing hitam untuk menghadapi kemarahan rakyat yang jelas bangkit bagi menolak keputusan PRU13 yang penuh mencurigakan.

Sepatutnya sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Zahid Hamidi harus segera mengambil langkah yang neutral dan memberikan kerjasama erat bagi memberi ruang kepada sebarang proses bantahan, selagi mana ianya tidak melanggar undang-undang dan tidak mendatangkan kekacauan.

Kalau Pimpinan UMNO BN Hebat, Batalkan Undi Pos & Undi Awal


Benarkah PKR dibiayai oleh AS seperti yang didakwa Kuda Kepang itu?

Blog darisungaiderhaka.blogspot.com
Bercakap depan dewan kuliah yang padat di di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Ruhanie, penulis blog Kuda Kepang berkata PRU13 mempunyai unsur-unsur yang sesuai dengan hipotesis yang menyebut bahawa Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sama ada PKR memang didanai AS untuk tujuan itu hanya boleh dipastikan oleh parti itu sendiri, kata penulis blog Ruhanie Ahmad dalam forum membincangkan masa depan BN dan Pakatan selepas pilihan raya.
Katanya lagi, bacaan secara geopolitik tidak menjadikan dakwaan campur tangan AS itu mengejutkan, ini ekoran AS tidak senang dengan kawalan Malaysia terhadap Selat Melaka.
"Jika mereka dapat kawal (Selat Melaka), mereka dapat salurkan tenaga daripada Timur Tengah ke Asia Timur.
"Kawalan terhadap tenaga dan laluan pengangkutan akan menjadikan AS kuasa besar dunia," kata Ruhanie, calon doktor falsafah dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan. ~ Malaysiakini

Satu kenyataan kurang bijak dari individu yang merasakan dirinya bijak dalam menilai sesebuah parti politik.

Meskipun Selat Melaka itu menggunakan nama Melaka, sebuah negeri yang terdapat dalam Malaysia namun ianya bukanlah dikuasai oleh Malaysia sahaja.

Indonesia dan juga Singapura turut terlibat dalam pengawalan Selat tersebut..

Jika PKR dibiayai oleh dana dari AS.. mengapa perlu Obama menalipon Najib ( baca di SINI ) mengucapkan tahniah kononnya kerana sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat Malaysia untuk memimpin negara?

Menangkis fitnah bahawa ada 'perjanjian Mesir' antara mantan MB & MB Kedah yang baru..!!!

Mencipta dan menyebar fitnah terhadap pimpinan
Oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Mencipta dan menyebar fitnah terhadap pimpinan yg sedang bersabung nyawa bagaikan mainan. Saya ada bersama rombongan Ust Azizan ke Al-Azhar Mesir merundingkan penubuhan Pusat Bahasa Arab di Kedah. Turut serta ialah Ust Abdul Ghani Ahmad yg bertanding menentang Mukhriz di DUN Air Hitam, Dr Rohani (DUN Jitra), Saiful Izham Ramli, Sarina, Zulkifli Yahya, Cikgu Zakiah, dll.  ketika bersarapan pagi di cafe, terserempak dengan Dato' Mukhriz dan rombongannya nak ke Gaza.
Ustaz hanya menyapa, bersalam, bertanya khabar, bila sampai bila balik, mana destinasi. Tak sampai pun 5 minit, kami menuju Al-Azhar, depa masih bersarapan. Dari mana datangnya MoU? Celakalah mereka yg mereka cerita memfitnah pimpinan Gerakan Islam ini...Allah membandingkan dosa fitnah lebih besar drpd dosa membunuh. Bertaubatlah!
Mencipta dan menyebar fitnah terhadap pimpinan yg sedang bersabung nyawa bagaikan mainan. Saya ada bersama rombongan Ust Azizan ke Al-Azhar Mesir merundingkan penubuhan Pusat Bahasa Arab di Kedah. Turut serta ialah Ust Andul Ghani Ahmad yg bertanding menentang Mukhriz di DUN Air Hitam, Dr Rohani (DUN Jitra), Sen Saiful Izham, Sarina, Zilkifli Yahya, Cikgu Zakiah, dll. Hanya pd satu sarapan pg di cafe, terserempak dengan Dato' Mukhriz dan rombongannya nak ke Gaza. Ustaz hanya menyapa, bersalam, bertanya khabar, bila sampai bila balik, mana destinasi. Tak sampai pun 5 minit, kami menuju Al-Azhar, depa masih bersatapan. Dari mana datangnya MoU? Celakalah merwka yg mereka cerita memfitnah pimpinan Gerakan Islam ini...Allah membandingkan dosa fitnah lebih besar drpd dosa membunuh. Bertaubatlah!

Yang dok takut cina nak ambik alih negara nie mai kot mana...????

Definisi Ketuanan Melayu Mengikut Perlembagaan Malaysia

1. Raja Melayu sebagai Ketua Negara dan Majlis Raja-Raja tidak boleh digugurkan atau diubah oleh sesiapa pun kecuali Raja-Raja sendiri melalui kata sepakat.

2. Agama Islam sebagai agama persekutuan & walaupun lain-lain agama boleh diamalkan ianya hendaklah dengan aman damai (bertafsiran tidak cuba menghakis atau mengenepikan atau mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan).

3. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sekaligus memberi dan mengekalkan identiti negara yang mempunyai sejarah ketamadunan yang telah lama beridentitikan Melayu (dan Melayu ada definisinya dalam perlembagaan Malaysia).

4. Hak istimewa Melayu di Semenanjung dan hak istimewa masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak sebagai langkah menyelamatkan tanah-tanah pribumi daripada terus dibeli oleh bukan pribumi yang akan mengakibatkan pribumi tiada tempat untuk didiami padahal sebelum kedatangan British, semua tanah adalah milik Raja-Raja Melayu dan rakyat Melayu/Pribumi menumpang tanah Raja.

Moga ayahanda Ustaz Azizan membuka mata

Oleh AZAMIN AMIN

SATU panggilan jam 5.30 pagi, 8 Mei benar-benar mengejutkan. "Ustaz tenat," ringkas kata Helmi Khalid, Setiausaha Akhbar bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. Tanpa fikir panjang, selepas subuh kami bertolak ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan, imbauan hari semalamnya masih berbekas. Hanya enam jam menjarakkan pertemuan kami bersama Ustaz Azizan, terakhir sebelum beliau lena, kemudian terus koma sehingga tinta ini mula menuliskan kata.

Hari semalamnya, kami masih lagi mendengar suaranya yang perlahan, bertanyakan khabar para wartawan - suatu hubungan unik yang terjalin sejak sekian lama. Sepi seketika. Menunaikan permintaannya untuk menjamah beberapa keping biskut dan mencicip air milo, saya cuba membantu. Kelihatan Helmi, dua lagi rakan dalam parti dan isteri beliau, sudah mula menundukkan muka. Suasana cukup hening dan mata saya mula jernih berkaca.

Tepat jam 11.00 malam, beliau tidur dan kami mengambil keputusan meninggalkan pemimpin terhormat itu, untuk pulang semula ke Alor Setar, dengan membayangkan dia akan bangun, segar keesokan paginya - sesuatu yang tidak sepatutnya kami lakukan. Pemimpin yang telah mengasuh, mengasah dan membasahi bibirnya dengan kalimah semangat juang dan tuntutan Tuhan kepada kami, kami biarkannya lena tanpa teman.

[PANAS] Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dilantik Timbalan Menteri Pelajaran.. Tahniah UMNO !!!

Bagi yang fobia agenda Kristian - Terimalah kenyataan ini: Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dilantik Timbalan Menteri Pelajaran

Sudahkah kita meneliti senarai Menteri Kabinet yang diumumkan semalam.

Saya nak sentuh tentang jawatan Timb Menteri Pelajaran iaitu YB Mary Yap Kain Ching. Beliau adalah MP Tawau dan merupakan Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.

Beliau bukan sahaja seorang yang beragama Kristian, yang tidak menjadi isu pun kerana negara ini negara berbilang bangsa dan agama bahkan seorang mubaligh (Missioney Christian) bahkan Presiden kpd Sekolah Mubaligh Kristian. Cuma saya hendak mengajak adek-adek (mungkin memujuk lebih tepat) yang sering menbangkitkan tentang ancaman Kristianisasi kpd saya. Hati hati dalam menyokong gagasan politik tertentu kerana ia akan menjayakan agenda Kristian di negara kita, tulis mereka.

Agus komen pasai Kabinet 'dapoq' Najib

http://216.12.215.70/v1/images/news_images_upload/content/Prof%20Agus%20Yusoff(m).JPG
Kabinet Malaysia??? Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008..Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas? 

- Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...