TERKINI :

Thursday, May 16, 2013

Apa kata PRU14 nanti TENTERA & POLIS di beri KERUSI PARLIMEN sendiri..dan dihapuskan UNDI POS mereka..!!!


Isu Boikot Produk Cina.. nampaknya bilionair DAP akan rugi berkandaq..!!!

 

baru gua tau... selama nih memang gua tak tau... pasai isu boikot produk Cina nih menyebabkan baru gua tau... huh... kalu tidak selamanyer la gua tak tau pasai benda nih... aper daaa...

1. Robert Kuok yang pegang AP Gula tue aderlah orang DAP..
2. Teh Hong Piow yang pegang Public Bank tue aderlah orang DAP..
3. Quek Leng Chan yang pegang Hong Leong tue aderlah orang DAP..
4. Lee Shin Cheng yang pegang IOI tue aderlah orang DAP..
5. Lim Koh Thay yang pegang Genting tue aderlah orang DAP..
6. Yeoh Tiong Lai tue aderlah orang DAP..
7. Vincent Tan tue aderlah orang DAP..
8. Thiong Hiew King tue aderlah orang DAP..

Pergh.... ramainyer bilionair kat Malaysia nih orang DAP... patut la senang betul diorang dapat AP dan pelbagai lesen selama nih... eerrr... Saper aaa yang bagi diorang AP dan lesen aaa.. macam mana orang "DAP" nih boleh dapat subsidi GAS yang berbilion daripada Petronas... pergh...

Hebat lar orang DAP nih... diorang memang nak kongker Malaysia.... betul-betul hebat... sampaikan semua benda diorang boleh dapat... even yang kat celah kelangkang Melayu pon diorang boleh dapat.... hahaha....

Inilah buktinya bahawa orang MELAYU merupakan kaum paling KAYA DI MALAYSIA..!!!


Dato' Husam meluahkan apa yang terbuku di hati...!!!


Rumah BN kian sempit kepada MCA

Abdul Aziz Mustafa, 16 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Perkauman melampau-lampau Umno menjadikan MCA dan Gerakan merasa rumah Barisan Nasional (BN) sudah begitu sempit untuk mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pada masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat pula semakin diyakini sebagai wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas bagi semua rakyat Malaysia.

Dengan apa yang dilalui oleh mereka, Salahuddin tertanya-tanya sehingga bilakah MCA dan Gerakan sanggup berada di dalam rumah BN yang semakin disempitkan kepada mereka dengan pelbagai sindiran dan kenyataan sinis Umno yang semakin menjadi abang besar yang takbur dan angkuh.

"Ketika pengundi-pengundi dari Bangladesh yang dilaporkan telah diangkut untuk mengundi BN semakin disantuni dengan begitu mesra oleh Umno, parti-parti yang selama ini mewakili kaum Cina di dalam BN seperti MCA dan Gerakan semakin menjadi orang terbuang yang langsung tidak dihargai lagi di dalam rumah BN.

Awat hebat sangatkah UMNO BN nie sampai nak 'buang kerakyatan' orang nie..!!!

Buang Kerakyatan: GPMS Tersasar

Merujuk kenyataan laporan akhbar kosmo bertarikh 13 mei 2013, dilaporkan Setiausaha Agong GPMS Zambri Isa telah menggesa dilucutkan kerakyatan penunjuk perassan di Singapura baru baru ini. Demonstrasi yang diadakan di Singapura itu adalah kesinambungan dari beberapa himpunan besar di bumi Malaysia bagi menolak keputusan PRU-13.

Kenyataan ini jelas menunjukkan GPMS hanya alat regim penguasa, dengan idea lapok dan tua. Ketahui atau tidak Zambri bahawa lebih dari setengah dari mereka yang keluar mengundi, bermaksud majoriti pengundi PRU13 menolak Barisan Nasional. Idea untuk penunjuk perasaan ini dibuang kerakyatan adalah idea pengampu yang ketandusan modal fikiran. Perlu diingat juga, dalam keadaan menipu Bn hanya mampu peroleh 46% sokongan sahaja.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) gesa GPMS tumpu kerja membela pelajar melayu yang mana merupakan aspirasi penubuhannya.

Antara e-faktor Kedah tewas ialah 'Isu KUIN'

17 dosa di KUIN
oleh insantulis007

1) Para Pensyarah Tahfiz KUIN telah di’tendang’ ke Yayasan Islam Kedah tanpa proses perbicaraan yang jujur;
2) 5 orang para pelajar telah dikenakan tindakan tatatertib yang dianggap sebagai tindakan melulu pentadbiran;
3) kewujudan anak-anak- syarikat yang hanya mencari keuntungan didalam KUIN;
4) pemberian gaji kepada kroni yang terlalu tinggi;
5) terdapat kursus-kursus baru yang langsung tidak mempunyai pelajar, pertambahan 48 program hanya satu pembohongan di KUIN;
6) potongan gaji kakitangan tidak sampai ke pihak ketiga;
7) kakitangan dinafikan hak kenaikan 13 peratus;
8) 10 orang staf yang mendedahkan kepincangan tidak dibenarkan masuk ke Kampus KUIN Kuala Ketil pada Hari Jasamu Dikenang;

Pentadbiran ala-Umno punca PAS kalah di Kedah


Jiwa Islam 2:22PM Mei 16 2013

PRU ke-13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi semua orang. PRU13 menyaksikan tsunami rakyat menolak BN kecuali di beberapa negeri.

Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kecemerlangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir menguasai semula Perak dan Terengganu, sementara berjaya menidakkan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan.

Tetapi berlainan pula keputusannya di Kedah yang berjaya dimenangi semula oleh BN. Sebagai seorang ahli politik anak Kedah, saya kemukakan analisa dan sebab-sebab bencana kekalahan yang sememangnya sudah dijangka di Kedah.

Pentadbiran ala-Umno

Kemenangan Pakatan Kedah dalam PRU12 adalah mesej dan manifestasi kehendak majoriti rakyat yang mahukan perubahan setelah ditadbir lebih 50 tahun oleh Umno-BN.

Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh kerajaan Datuk Seri Azizan Razak apabila sejak dari awal lagi beliau dikatakan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad tokoh korporat yang dikaitkan dengan Umno sebagai mentor dan sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri.

UMCEDAL nie tau ka apa yang depa komen pasai Kedah..?

Aidila Razak 1:07PM Mei 16 2013


Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohammad Redzuan Othman berpendapat PAS gagal mengekalkan pentadbiran di Kedah kerana tidak mampu menguruskan kritikan dan juga prestasi yang ditunjukkan menteri besar negeri itu.

Katanya, perkara ini amat menonjol jika dibandingkan dengan negeri Kelantan, di mana PAS berjaya mengekalkan pentadbiran.

"Untuk menang, anda tidak boleh cuma katakan bahawa kami parti kuat yang telah bekerja keras untuk tempoh yang lama.

Nik Aziz & Khalid faktor PR kekal di Kelantan & Selangor

Abdul Khalid, Nik Aziz kekal ikon 2 negeri PR

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 16 Mei 2013 KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan menjadi dua individu penting yang menjadi faktor utama Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan Selangor dan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Demikian dapatan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang dikongsi pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, hari ini.

"Walaupun orang itu kata beliau layak, ini kata layak tetapi hakikatnya Abdul Khalid yang menyumbang kepada kemenangan PR di Selangor," katanya dalam Seminar Pasca PRU13 : Ke Arah Mana Politik Malaysia.

Dalam bancian yang dilakukan Umcedel, Khalid menerima undian lebih 60 peratus selepas September 2012 yang merumuskan personaliti beliau menyebabkan rakyat Selangor terus memilih PR untuk mentadbir Selangor.

Baru-baru ini timbul konflik sebelum Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal yang kedua pada Selasa lalu.

Ada juga AMT UMNO menolak pergabungan UMNO/PAS

Saifuddin: Gabung Pas-Umno tidak satukan Melayu

JAMILAH HAMZAH 16 Mei 2013 SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan penyatuan Pas dan Umno bukan cara untuk menyelesaikan masalah perpecahan kaum Melayu seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurutnya, perbezaan parti politik yang menjadi amalan rakyat tidak memberi impak kepada perpecahan kaum khususnya orang Melayu serta bangsa Malaysia.

Beliau berkata, amalan demokrasi yang memberikan pilihan kepada rakyat memilih parti politik di negara ini bukan penyumbang kepada perpecahan kaum.

"Dalam soal penyatuan orang Melayu kenapa perlu bangkitkan isu penyatuan politik, dalam demokrasi berbeza parti bukan bermakna perpecahan.

Apabila pelan A, B tak boleh menangkan BN...

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

SUDAH ramai orang membuat analisis keputusan PRU13. Melainkan kaum kerabat BN, terutama daripada puak Umno, tentu sekali tidak ada satu pun analisis merumuskan betapa pilihan raya umum Malaysia edisi ke-13 ini telah dilaksanakan sejujur, setelus serta mematuhui setiap peruntukan undangundang langsung dan tidak langsung bersabit dengan perjalanan pilihan raya umum.

Membuka tirai episod pilihan raya umum kali ini adalah pendedahan demi pendedahan (dilengkapi bukti kukuh) bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memperbetulkan atau memang sengaja tidak mahu memperbetulkan senarai pengundi dalam daftar pengundinya.

Dan sebaik sahaja hari pengundian semakin hampir, lebih tepat setelah proses pengundian pos dilaksanakan, terbongkarlah rahsia bagaimana dakwat yang sepatutnya kekal hingga tujuh hari selepas seseorang memangkah kertas undi sebenarnya hanya kekal paling lama pun tujuh jam sahaja (dalam kes tertentu barangkali hanya tujuh minit).

Pelbagai alasan dan helah diberikan oleh SPR termasuk cerita kanak-kanak kononnya kerani mereka terlupa menggoncang botol dakwat tersebut.

Nama pun Pengerusi Wartawan Melayu..tu yang bela UTUSAN MALAYSIA tak mau-mau tuuu..!!!

Wacana Sinar Harian tegang
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
15 Mei 2013
Wacana Sinar Harian kecoh!
Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman 
sedang ditenangkan oleh kakitangan Sinar Harian.
 
SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian siri ke-20 hari ini sedikit tegang apabila peserta wacana gagal mengawal perasaan ketika sesi soal jawab.

Kehangatan sesi itu bermula apabila peserta pertama Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil Khir Johari.

Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang tidak mengamalkan kebebasan media seperti mana yang dilaungkan oleh kepimpinan Lim Guang Eng.

"Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,"katanya.

Menjawab persoalan tersebut Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, memang benar akhbar Utusan Malaysia  tidak dibenarkan membuat liputan kerana akhbar tersebut telah menyalahgunakan kebebasan media dengan menyebar fitnah.

Orang Pak Lah Menang, Orang Najib Kalah?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ada beberapa fakta menarik dalam pilihan raya lalu yang boleh dijadikan bahan renungan. Salah satu ialah mengenai kekalahan orang-orang Najib Razak, maksudnya para pegawai atau setiausaha politiknya. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa beberapa orang setiausaha politik Najib tewas dalam pilihan raya lalu.

Sebaliknya kontras pula beberapa orang bekas pegawai atau setiausaha bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) ramai yang menang. Ini merupakan satu ironi yang menarik.

Pegawai atau setiausaha Najib yang kalah ialah yang bertanding di kawasan pengundian anak-anak saya di Wangsa Maju, Shafei Abdullah. Shafei merupakan setiausaha politik Najib kalah kepada calon PKR Dr Tan Kee Kwong dengan kekurangan undi sebanyak 5,511. Shafei mengutik sebanyak 26,130 manakala Kee Kwong sebanyak 31,641 undi.

Seorang lagi setiausaha politik Najib yang kalah, Mohd Fatmi Che Salleh yang bertanding di parlimen Kota Bharu. Beliau kalah kepada Takiyuddin Hassan dari PAS dengan kekurangan undi sebanyak 15,970. Fatmi mengutik 24,650 manakala Takiyuddin yang juga Naib Setiausaha Agung PAS mengutik 40,260.

Pilihanraya di Malaysia - Antara ilusi dan harapan

Antara ilusi dan harapan
Hishamuddin Rais
7:16PM Mei 14 2013

Ilusi bermakna angan-angan. Malah tidak ada perkataan yang cukup tepat untuk menerangkan makna perkataan ilusi ini. Angan-angan Mat Jenin pun memiliki asas kerana ketika Mat Jenin berangan-angan dia sebenarnya sedang membuat sesuatu yang positif - memanjat pokok kelapa - untuk membuat modal berniaga. Ilusi tidak memiliki asas. Justeru, lebih tepat kalau saya katakan ilusi ini angan-angan karut lagi marut.

Harapan juga boleh bertukar menjadi ilusi jika harapan tidak dibantu dengan usaha dan kerja. Mengharapkan sesuatu tetapi tidak melakukan apa-apa ialah ilusi. Ini samalah seperti kisah Pak Lebai yang heboh berlabun hendak ke Mekah tapi bukan sahaja pasprot belum dilamar, malah gambar kad pengenalan pun belum diambil.

Apa yang menarik ialah ilusi dan harapan ini boleh berlaku atau dilakukan tanpa pelaburan atau kerja keras. Ilusi boleh dipasang luas tanpa modal. Mengharap tanpa bergerak. Pada hemat saya pada tanggal 5 Mei 2013 yang lalu kita melihat ilusi dan harapan terbarai.

Saya tidak mahu menulis "kan aku dah cakap" atau "orang cakap hang tak dengar" tetapi apa yang sahih PRU13 ini telah memecahkan ilusi dan harapan anak semua bangsa yang ramai. PRU13 yang baru berlalu telah membuktikan bahawa apa yang telah tulis selama ini bukan tohmah, bukan fitnah bukan kesah dongeng tetapi telah menjadi fakta.

Kekuatan PAS meningkat walaupun Kedah tewas

PAS catat peningkatan positif pada PRU13, sehingga dapat membantu Pakatan Rakyat menafikan suara dua pertiga majoriti BN di Parlimen. Walaupun kalah di Kedah, PAS berjaya kekalkan kuasa di Kelantan, dan pertingkatkan pencapaian di Selangor danPulau Pinang.

Malah PAS hampir berjaya membentuk kerajaan di Terengganu, di samping mencapai kemenangan di beberapa kerusi di negeri-negeri lain.

Ini semua mukadimah kejayaan PAS yang lebih besar pada masa PRU14. Ikuti pandangan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika ditemubual wartawan kanan, AZIZ MUDA pada 6 Mei lalu.

WARTAWAN: YB berpuashati dengan pencapaian PAS pada PRU13, Ahad lalu.

DR MOHD HATTA RAMLI: Pilihan Raya Umum (PRU13) merupakan pilihanraya yang memberikan pelbagai kesan kepada PAS. Walaupun Pakatan gagal memerintah negara, namun PAS berjaya mencapai beberapa kemenangan. Dalam kemenangan ada kekalahan, dalam kekalahan pula ada kemenangannya.

Kita berjaya mendapat 21 kerusi parlimen. Tak banyak bezanya dengan pilihanraya 2008 (PRU12).

Namun, PAS menang di beberapa tempat baru termasuk di Sepang yang cukup payah untuk kita menangi satu ketika dulu. Kita berjaya merampas balik Dungun dan Kuala Nerus di Terengganu.

Ini merupakan satu petanda yang amat baik. Ini menunjukkan PAS boleh menang kembali kalau kita berkerja kuat. Jentera kita jangan kecewa. Kalau kita berkerja kuat, kita boleh menang kembali di tempat-tempat yang pernah kita menang sebelum ini.

Untuk PRU13, faktor calon tidak jadi penentu menang atau kalah di Kedah

oleh Zulkifli Yahaya

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.147564.1365308729!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Datuk Wan Salleh Wan Isa dilaporkan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan KeADILan Kedah dan Ketua Cabang Langkawi. Beliau kecewa terhadap kepimpinan parti itu di peringkat Pusat yang enggan mendengar suara kepimpinan negeri dalam soal pemilihan calon sehingga menyebabkan tiga dari tujuh kerusi Parlimen dan enam dari sepuluh kerusi DUN yang ditandingi parti itu kalah.

Ulasan seperti yang dibuat oleh Datuk Wan itu (jika benar seperti laporan media) boleh kita dapati 'bersepah-sepah' di negara ini oleh ramai pengulas politik, selepas selesainya PRU13 ini. Maksudnya, meletakkan alasan kekalahan atas satu-satu faktor sahaja. Selain faktor calon, ada pihak yang menjadikan 'konflik PAS Kedah' sebagai penyebab, isu balak, Kolej Universiti Insaniah, kesihatan Menteri Besar, pusat hiburan, kemerosotan prestasi bolasepak dan sebagainya sebagai penyebab. Faktor-faktor tersebut boleh diterima sebagai penyebab kekalahan jika digabungkan kesemuanya, namun di kalangan itu tiada satu pun faktor yang terlalu kuat untuk bersendiri; sebagai penyebab kekalahan Pakatan mempertahankan kerajaan negeri Kedah.

Politik Baru, Politik Lama... Politik PR, Politik BN...!!!

Politik Baru, Politik Lama
Oleh Tan Sri Abdullah Ahmad

Sepuluh hari selepas keputusan PRU13 diumumkan, disah, tidak lama lagi akan digazetkan seharusnya tiada kemelut lagi tetapi nampaknya ketegangan- lebih tepat petanda keadaan bahaya- terus wujud. Jelas demokrasi Malaysia belum matang, belum dewasa lagi. Kita menuju kalau tidak ditangani segera ke arah demokrazy! Banyak bercakap, kurang tindakan, banyak peraturan amat kurang penguatkuasaannya. 

Di Kuala Lumpur, di kalangan chattering class, celoteh kegemaran adalah Politik Baru, di warung dan gerai Politik Lama- politik cari makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan ke arah mencari rezeki yang lebih stabil dan lumayan, kalau boleh secara halal!

Di Kota Bharu pula, hujung minggu saya makan tengah hari dengan tiga cendekiawan Islam muda, anak Kelantan jati dan topiknya politik Islam: Ikhwanul Muslimin, hudud, syariah, asabiyah, wasatiyah dan siasah pan-islamik.

Di kalangan bukan Peribumi Malaysia dan diplomatic circle lebih berkisar pada demokrasi (bisa protes, picketing dan berdemonstrasi sesuka masa), ketelusan, keadilan dan hak asasi manusia (lebih hak, peluang untuk orang bukan Peribumi), kebebasan media (bagi permit pada Malaysiakini untuk menerbit akhbar atau apa tuntutan lain), pendidikan liberal lagi progresif (perkasakan Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil- pendidikan vernakular mesti ditingkatkan lagi), tiada rasuah (keseluruhan penjawat dan politikus Melayu rasuah, polis korup.

Mat Bashah - Najib bagi jadi Timb Menteri rupa-rupanya...!!!

Lima senator dinamakan dalam kabinet Najib

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/05/ahmadbasha.jpg
Lima orang yang dilantik Senator antara menteri dan timbalan menteri yang dinamakan dalam kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Mereka ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan yang masing-masing dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pula dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koprasi dan Kepenggunaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...