TERKINI :

Wednesday, May 15, 2013

[GEMPAR] Ahli Majlis Tertinggi UMNO suruh UMNO BN taubat nasuha...


Saifuddin: Umno-BN kena taubat nasuha


JAMILAH HAMZAH 15 Mei 2013

SHAH ALAM - Umno-Barisan Nasional (BN) perlu melakukan taubat nasuha apabila rakyat mula menegur dalam beberapa siri pilihan raya umum mengenai isu pentadbiran dan rasuah, kata Ahli Majlis Tetinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurutnya, Umno-BN perlu mengikut "garis putih" yang telah ditetapkan untuk mendapat sokongan rakyat secara berterusan pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, transformasi untuk ke arah sistem pentadbiran kerajaan yang lebih baik telah dimulakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mula menjawat jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata pasukan BN turut perlu memberi komitmen dan serius dengan tranformasi yang dibawa oleh pengerusinya untuk mencapai sasaran tersebut.

Hebat walaupun ISA sudah dihapuskan namun TAHANAN MASIH ADA????


Hangpa tau dak..kos calit 1jari pengundi berapa ringgit..?


Akhirnya tuah KJ pun datang...TAHNIAH bro..!


Tahniah Khairy

Oleh Aspan Alias

Barisan Kabinet baru selepas pilihanraya ke13 akhirnya diketahui umum. PM Najib baru sahaja selesai mengumumkan barisan baru itu petang tadi. Saya tidak memberikan komen panjang kerana barisan kabinet itu, samada baik atau sebaliknya adalah hak PM. Mungkin belum ada ‘mood’ saya untuk memberikan komen kerana bagi saya ia tidak menunjukkan tindakan serius untuk membentuk kabinet yang kuat dan mantap yang mampu memberikan imej yang berlainan dari yang sudah-sudah.

Bagi saya ia adalah kabinet yang sangat biasa sahaja, tiada menambah dan tiada mengurangkan apa-apa. Jika barisan ini memberikan kesan, saya pasti kesannya adalah sama seperti kesan yang telah di perolehi oleh barisan Pak Lah yang di agihkan kepada PM Najib empat tahun dahulu. Walau bagaimana pun barisan kabinet ini adalah kabinet PM Najib yang sebenarnya.

Phahrolrazi lepaskan jawatan TPJ 1...


Phahrolrazi: Letak jawatan bukan protes


Abdul Rahim Sabri 3:53PM Mei 15 2013

ADUN Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata "tidak ada sebab" beliau mahu memprotes pelantikan Datuk Mahfuz Omar sebagai pesuruhjaya PAS Kedah sehingga memutuskan melepaskan jawatannya sebagai timbalan pesuruhjaya 1 PAS negeri itu.

Sebaliknya, beliau menyokong keputusan PAS pusat yang mempunyai hak untuk melantik Mahfuz yang juga naib presiden PAS untuk memegang jawatan tersebut.

"Saya sokong perlantikan Datuk Mahfuz dan (peletakan jawatan) ini cara saya beri kerjasama supaya beliau tidak terikat dengan lantikan pesuruhjaya terdahulu.

"Tiada sebab saya nak protes, itu hak jawatankuasa PAS pusat buat pelantikan pesuruhjaya," kata Phahrolrazi dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Antara pemimpin dalam dunia Najib paling banyak pengikut twitter palsu


Senarai jemaah menteri Najib yang baru selepas PRU13

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai “kabinet berimbang”.

Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri.

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib

Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno) Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

Jabatan Perdana menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno) Datuk Seri Idris Jala (Senator) Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator) Tan Sri Joseph Kurup (PBRS) Puan Hajah Nancy Shukri (PBB) Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator) Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)

‘Apa lagi yang Cina mahu?’

‘Apa lagi yang Cina mahu?’

Subky Latif, 15 Mei 2013

GARA-gara kejayaan besar DAP dan kecundang teruk MCA dalam PRU13 bertanyalah orang-orang yang desprado dalam kalangan Umno, ‘Apa lagi yang Cina mahu?’

Tidak dipastikan Perdana Menteri Najib tergamak bertanya begitu. Dia hanya menyifatkannya sebagai tsunami Cina. Bermacam-macam boleh ditafsirkan termasuklah maksud apa lagi yang Cina mahu?

Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang gagal dalam percubaannya untuk ke Parlimen ternayata kecewa kemenangan DAP lalu dia meluahkan persepsinya tidak senangnya kepada kecenderungan mengundi orang Cina. Demikian juga Noh Omar sekalipun menang di Tanjung Karang tetapi gagal merampas semlua Selangor.

Mereka berdua bersama-sama media dikuasai pemimpin Umno dan lain-lain membebel terhadap persepsinya terhadap pengundi Cina yang mereka sifatkan tidak mengenang budi setalah dikatakan banyak yang diberi dan apa lagi yangCina mahu?

Persempadanan: Pengundi Cina dalam satu kelompok

KAJANG: Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman (gambar) menjangkakan BN akan memastikan pengundi-pengundi Cina dikelompokkan kepada satu kelompok dalam persempadan semula kawasan pilihan raya yang akan dibuat akhir tahun ini.

Ini kerana katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya merupakan senjata yang terbukti memberi kemenangan besar kepada BN.

Misalnya kata beliau, persempadanan semula pada tahun 2003 telah dibuat untuk mewujudkan kerusi campuran kerana selama ini pengundi Cina dan India adalah simpanan tetap kepada BN.

Namun, pada tahun 2008 berlaku tsunami politik yang memberi undi kepada Barisan Alternatif akhirnya usaha itu dilihat umpama 'senjata makan tuan'.

Redzuan yakin, jika persempadanan semula dilakukan, BN akan membuat seperti mana pada tahun 1974 di mana digabungkan kawasan-kawasan Cina terutama di bandar.

Ust Kazim bertanya ada insan sudah pun menjawab...!!!

Saya cukup terkilan mendengar lontaran pandangan oleh Ustaz kazim Elias dalam Wacana PRU13 - Apa Peranan Kita (http://www.youtube.com/watch?v=Mq060Ox_SEA ).

Saya hormati beliau, namun saya ingin respon beberapa perkara.

1. Ustaz sebut "Tidak islamkah lagi negara kita yang selamat daripada riba?"

Saya ingin tanya, benarkah kita telah selamat daripada riba?
Beberapa contoh saya ambil, lihat kebanyakan perbankan di Malaysia, hanya beberapa bank sahaja yang mempunyai Panel Syariah, selebihnya bank-bank konvesional yang ada Interest dan fatwa pengharaman Interest ke atas satu-satu pinjaman adalah Ijma' (disepakati seluruh ulama dunia) tentang haramnya. Pembelian rumah, kenderaan dan lain-lain kebanyakkannya masih menggunakan sistem ini. PTPTN juga masih diteruskan sedangkan ia jelas riba. Mangsanya ialah rakyat awam yang tidak banyak pilihan untuk tanggungjawab harian.

Ini dia senarai EXCO kerajaan negeri KEDAH..nampaknya MAT BASHAH cokelat angin la jawabnya..!!!

Lapan Adun Kedah angkat sumpah jawatan Exco
ROSLINDA HASHIM
15 Mei 2013
ALOR SETAR - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah termasuk dua wanita mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishahdi Istana Anak Bukit, semalam.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan kali ini menyaksikan kesemua Adun merupakan kali pertama dilantik, selain empat daripadanya adalah wakil rakyat yang pertama kali menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail mendahului senarai Exco dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi; manakala Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan.

Adun Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya; Adun Kuala Nerang, Badrul Hisham Hashim (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan).

Guan Eng umum beri RM100 suri rumah sepenuh masa P.Pinang

CHONG Eng (gambar) yang dilantik sebagai Exco Belia & Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Keseniaan  bagaikan 'Arkitek Kerajaan Negeri' untuk mengukuh lagi sokongan wanita terbanyak Pulau Pinang kepada pentadbiran Lim Guan Eng. |  Foto: Roketkini.com

SETiAP suri rumah sepenuh masa berusia di bawah 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sekarang akan menerima sumbangan emas berjumlah RM100 tiap-tiap tahun bermula tahun depan.

Itu antara pengumuman Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri kali pertama, petang semalam.

"Sumbangan ini sebagai menghagai peranan yang dimainkan oleh wanita termasuk suri rumah sepenuh masa (dalam) melakukan perubahan di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Semua suri rumah sepenuh masa di bawah umur 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri layak menerima sumbangan emas RM100 tiap-tiap tahun.

Kedah memerlukan 2 kemenangan lagi untuk layak ke Piala Malaysia

E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (123) Rabu, 15.5.2013
Wartawan: Bashah Zainol Abidin
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin
E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (123) Rabu, 15.5.2013
Wartawan: Bashah Zainol Abidin 
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin

DUA KEMENANGAN LAGI PASTI AKAN MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KITA UNTUK BERAKSI PADA PIALA MALAYSIA MUSIM INI

DUA kemenangan lagi pasti akan mengukuhkan kedudukan pasukan Kedah untuk beraksi pada Piala Malaysia musim ini dan sekaligus memastikan Pasukan Hijau kuning menduduki tempat ketiga pada tangga Liga Premier yang dihuni oleh Johor ketika ini, demikian kata ketua jurulatihnya, Mario Tot pada sidang akhbar selepas pasukannya mengatasi Perlis 1-0 di Stadium Darulaman semalam.

Menurutnya, pasukannya sudah menemui rentak kemenangan dan mereka perlu terus mengekalkan rentak ini pada dua perlawanan lagi bermula bertemu KL SPA Putra Jaya FC Jumaat ini di Stadium Darulaman dan bertemu Johor di Stadium Larkin pada 21 Mei depan.

“Kini kemenangan pada dua perlawanan lalu mengatasi Sabah dan Perlis telah meletakkan kita menghampiri Johor yang menghuni tempat ketiga pada tangga Liga Premier ketika ini dan kedudukan ini juga mencerahkan harapan kita untuk beraksi pada pertandingan Piala Malaysia musim ini.

“Walaupun terpaksa beraksi tanpa khidmat dua tonggak utama bahagian tengah Nelson San Martin dan Zuraindey Jumaai anak buah saya berjaya menguasai permainan dan memiliki beberapa peluang bagi merobek gawang lawan tetapi tidak menjadi.

“Saya bersyukur kerana tiga minit pada separuh kedua umpanan cantik daripada Khyril Muhymeen Zambri berjaya digunakan sebaik mungkin oleh penyerang import kita Alen Guc untuk melakarkan gol tunggal perlawanan tadi (semalam),” kata Tot.

Katanya, beliau lega kerana Alen sudah berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring sebanyak lima kali pada lima perlawanan yang dia beraksi dan ini juga turut membuktikan dia adalah penyerang tulen yang mampu meletakkan dirinya di tempat yang betul pada masa yang tepat.

“Kini saya kehilangan tonggak pertahanan Khairul Helmi Johari yang dilayangkan kad merah setelah dia menerima kad kuning keduanya pada perlawanan tadi (semalam) tetapi saya yakin kita memiliki pengganti yang mampu mengendalikan bahagian ini tanpa sebarang kepincangan.

“Akmal Rizal Ahmad Rakhli juga turut menerima kad kuning ketiganya sepanjang Liga Premier musim ini dan menjalani hukuman pergantungan satu perlawanan tetapi Nelson yang mampu beraksi pada perlawanan Jumaat depan bertemu KL SPA Putra Jaya pasti melegakan saya.

“Kehadiran semula Nelson pasti mampu memantapkan kembali bahagian tengah dan akan membuka peluang kepada rangkaian penyerang kita Khyril, Alen dan Syazwan Zainon untuk merobek gawang lawan demi kemenangan memihak kita,” kata Tot.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFA
DUA KEMENANGAN LAGI PASTI AKAN MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KITA UNTUK BERAKSI PADA PIALA MALAYSIA MUSIM INI

DUA kemenangan lagi pasti akan mengukuhkan kedudukan pasukan Kedah untuk beraksi pada Piala Malaysia musim ini dan sekaligus memastikan Pasukan Hijau kuning menduduki tempat ketiga pada tangga Liga Premier yang dihuni oleh Johor ketika ini, demikian kata ketua jurulatihnya, Mario Tot pada sidang akhbar selepas pasukannya mengatasi Perlis 1-0 di Stadium Darulaman semalam.

Menurutnya, pasukannya sudah menemui rentak kemenangan dan mereka perlu terus mengekalkan rentak ini pada dua perlawanan lagi bermula bertemu KL SPA Putra Jaya FC Jumaat ini di Stadium Darulaman dan bertemu Johor di Stadium Larkin pada 21 Mei depan.

“Kini kemenangan pada dua perlawanan lalu mengatasi Sabah dan Perlis telah meletakkan kita menghampiri Johor yang menghuni tempat ketiga pada tangga Liga Premier ketika ini dan kedudukan ini juga mencerahkan harapan kita untuk beraksi pada pertandingan Piala Malaysia musim ini.

Fenomena Pekan: Ibu Segala Penipuan

Data peningkatan penduduk dan pengundi di Pekan sejak PRU 1999 di mana Najib hampir tumbang wajar dikaji selidik.

Beberapa tahun lepas akhbar Harakah pernah menyiarkan artikel tentang penempatan penduduk yang berasal dari Kemboja di Pekan. Tak silap penulis, mereka mendakwa dibawa dari Kedah untuk mengusahakan bidang pertanian di Parlimen Najib itu. Mungkin dalam arkib Harakah, artikel ini boleh dipaparkan semula. Suara Keadilan juga pernah memaparkan isu ini.

Dalam bahang panas bantahan penipuan PRU13 ini, penulis rasa amat wajar ‘fenomena Pekan’ ini diangkat sebagai sample paling hot untuk dilemparkan ke muka Najib dan SPR tentang permainan durjana penguasa dalam politik negara. Demi survival, dengan kuasa dan kerjasama agensi di bawah kerajaan, para pengkhianat sanggup melakukan sesuatu rancangan yang bercanggah dengan undang-undang.

SUSU bayi pulak naik harga... Alhamdulillah


ALHAMDULILLAH... Semoga kenaikan susu bayi ini diharap
ibubapak janganlah kecewa kerana inilah keputusan
terbaik yg dilakukan oleh kerajaan BN

Hidup Pakatan, Hancur Barisan

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN

http://4.bp.blogspot.com/-uCEwNf7ZBi0/UXVsx0bNpFI/AAAAAAAAAZs/ZM_WHNxYx-U/s1600/mole-PAKATAN-RAKYAT-1.jpg
PILIHAN Raya bukan soal angka semata-mata. Memanglah bila kita masuk pilihan raya, kita hendak menang, tidak ada siapa yang hendak kalah. Yang penting semangat dan komitmen kita dalam perjuangan. Jika kita menang, kita harus memelihara amanah yang diberikan rakyat sebaik-baiknya. Jika kita tewas, kita harus bermuhasabah, kalau-kalau ada beberapa elemen yang merencatkan kemenangan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang baru berlalu, banyak keputusan yang di luar jangkaan. Ada kerusi yang kita yakin menang, jadi kerusi kalah. Ada kawasan yang sudah hendak menang, tiba-tiba Allah berikan kemenangan.

Bagi Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, elok jika semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

Kawanku Azizan Razak

Oleh SUBKY LATIF

http://www.suaragenerasibaru.com/wp-content/uploads/2013/02/azizankedah.jpgPAGI itu saya menerima beberapa panggilan bertanyakan, 'Benarkah Ustaz Azizan (Abdul Razak) sudah mati?' Saya tiada maklumat. Dari anak saya yang bercakap dengan anak Ustaz Azizan, dia koma tetapi menurut doktor adalah stabil.

Saya bergegas ke Pulau Pinang berada di sisinya sebelah malam, empat jam selepas rombongan Yang Dipertuan Agong dan Yang Dipertua Pulau Pinang menziarahinya.

Dia sudah begitu sejak sebelum Subuh tadi. Saya pinjam kata-kata Tun Abdullah Badawi semasa menziarahi Ustaz Fadzil Noor di HUKM Bandar Tun Razak dulu, 'Dia dilihat tidur.'

Kedua kakinya dilihat hitam. Kuman kencing manis di luka kuku kakinya sudah naik ke lutut. Nasihat doktor ia mesti dipotong bagi menyelamatkannya. Wasiatnya kepada warisnya dan setiausaha politiknya, 'Jangan potong kaki (nya)!'

Antara punca MAT SABU kalah di PENDANG..!!!

Ahli Pas didakwa sabotaj parti
Ahli Pas didakwa sabotaj parti
Laporan Sinar Harian 1 September 2010 berkaitan perletakan jawatan yang dipercayai turut menjejaskan keputusan PRU13.
 
PENDANG -  ‘Kami terima kekalahan ini’. Itu luahan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dengan kekalahan Pas kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, kejatuhan Pas kawasan itu berpunca daripada ahli parti itu sendiri yang dikenal pasti telah mensabotaj parti apabila ada antara mereka yang tidak keluar mengundi, menyokong calon Bebas dan merosakkan kertas undi serta tidak memulangkan kertas undi.

“Kira-kira lebih 10 peratus ahli Pas dikenal pasti sabotaj parti dan keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dimana ia begitu mengecewakan parti.

“Pas terima kekalahan ini dan berharap agar kepimpinan yang baru dapat meneruskan program disusun demi kesejahteraan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Di harap pihak berkuasa siasat bagi elok kes pelajar dituduh berzina dengan guru nie..!!!

Pelajar dituduh berzina dengan guru
KU NOOR FAIZAH KU MUSTAFA
8 November 2012
Waris mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat.
Waris mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat.
PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.

Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.

Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.

“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.

Pondok agama Madrasah Nurul Islah yang musnah dijangka dibina semula dua minggu lagi.

Pondok agama bakal dibina baru
Wartawan Sinar Harian
14 Mei 2013
Pondok agama bakal dibina baru
Kawasan kebakaran akan diratakan dan diganti dengan pondok baru.
 
PARIT PANJANG  - Sebanyak 15 pondok agama Madrasah Nurul Islah yang musnah dalam kejadian kebakaran 25 April lalu, dijangka dibina semula dua minggu lagi.

Mudir Madrasah, Mohamad Fadhil Abd Hamid, 34, berkata, kawasan kebakaran itu akan diratakan dan diganti semula dengan pondok baru yang lebih tersusun.

Menurutnya, pihaknya amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menyalurkan bantuan kepada pembinaan pondok baru itu.

“Alhamdulillah, ramai yang membantu, masyarakat kampung, korporat, orang perseorangan dan ramai lagi. Sesungguhnya hanya Tuhan mampu membalas jasa mereka.

“Bagaimanapun, jumlah wang bantuan itu masih belum mencukupi, namun saya tetap akan berikhtiar bagi memastikan pondok baru dibina,” katanya.

PRU 13 : Mengapa kita mesti bantah.... ? Azmin dan Ustaz Harun kena faham.



Sudah seminggu PRU 13. Keputusannya sudah diumumkan. BN menang dari segi kerusi(tipu?) dan Pakatan Rakyat menang dari segi undi popular rakyat.

Kini, Anwar Ibrahim dan PR giat mengadakan perhimpunan bantahan tentang keputusan PRU 13.

Nanum, ada yang membantah. Antaranya Azmin dan Ustaz Harun Taib. Alasannya, letih, redha dan fikir tentang agenda.

Barangkali bagi Azmin agenda MBnya manakala Ustaz Harun Taib,anaknya di DUN Manir  dah menang.Jadi kena duduk diam-diam.

Sebenarnya, bagi kita membantah keputusan PRU 13 bukan kerana Anwar tidak dapat jadi PM. Bukan itu maksud dan tujuan kita. Soal Anwar jadi PM adalah soal kedua.

Barangkali itulah kefahaman Ustaz Harun Taib dan Azmin. Mereka berdua memang tidak "ngam" dengan Anwar. Itu masalah mereka berdua!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...