TERKINI :

Tuesday, May 14, 2013

Depa kata GIANT pun dah start GST.. TAHNIAH !!!!

ah.. semua pages dah share gambar ni, aku jer tak post lagi..
ah takder,aku nak post gak.
aku tak peduli..
ah takder!!!!!
ini hanya permulaan!!!!

Sanusi kata Azizan lega sebab Kedah Kalah..!!!

Kekalahan PAS di Kedah melegakan buat Azizan Razak

Oleh Md Izwan
May 14, 2013

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, kata setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Muhammad Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan dikalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar daripada awal 2013 hari itu,” kata Azizan kepada Muhammad Sanusi yang dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini.

Dalam artikel yang ditulis oleh Muhammad Sanusi itu, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

Cerita Lawak di Parlimen 'telinga' Bentong


Pakatan sahut cabaran Umno, jemput SPR jawab dakwaan


(Para pemimpin Pakatan dalam sidang media hari ini bersatu mengukuhkan Pakatan)


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berharap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sedia menerima pelawaan Pakatan Rakyat bagi menjawab segala persoalan yang timbul sewaktu pilihanraya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei yang lepas.

Ini berikutan cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan agar Pakatan menjemput SPR menjelaskan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pelawaan itu tidak boleh ditolak kerana beliau sendiri sudi hadir apabila dijemput Umno.

"Kita bersedia menjemput Pengerusi SPR untuk bertemu dan berdialog bersama pimpinan Pakatan Rakyat mengenai pelbagai persoalan yang timbul sewaktu PRU13.

"Kita harap beliau sudi menerima jemputan kita sebagai tanda keadilan beliau, jika beliau sanggup menerima jemputan dari Umno kenapa tidak Pakatan Rakyat," jelasnya.

Khalid Abu Bakar dilantik IGP


Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuatkuasa Jumaat (17 Mei) menggantikan Tan Sri Ismail Omar, yang bersara selepas tamat kontrak Khamis ini.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa pada hari yang sama.

"Selaras dengan peruntukan Perkara 140 (4) dan Perkara 140 (5) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan dua pelantikan jawatan khas itu berkuatkuasa 17 Mei," katanya.

Khalid, 56, yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Dis 1976, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti Narkotik Kedah pada 1997. Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan tidak berapa lama pada tahun yang sama dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan.

Sultan Selangor berikan sebab kenapa dia pilih Khalid sebagai MB



Sultan Selangor beri 3 sebab lantik Khalid sebagai MB


14 Mei 2013 SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959," katanya.

Agus - Cadangan lucut warganegara Anwar sebagai tidak masuk akal


YB UMNO BN suruh hapuskan FB macam negeri China..!!

Hmm... adakah anda fikir ia tindakan bijak? 
ada komen sahabat :
 
Syed Mohd Saiful Ikhwan : Saya juga berpendapat serupa seperti Dato Ir Nawawi Ahmad, Apa kata kita hapus juga siaran tv-tv yang menjadi medan taburan fitnah jugak cam TV3 ka... dan bagi laluan pada siaran TV yang lagi telus.
 
Mohd Hafiz Jebat Ramli : ibarat orang suruh hapuskan pisau dapur, sebab ade org gune pisau yang camtu utk bunuh org. sesia je ade IR
 
 
 
 

PJ PAS Kedah - Diharap semua pihak mengamalkan politik jujur dan politik ikhlas jika mahu lihat Kedah kembali

Jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah tugas berat - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perlantikannya sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru adalah satu tanggungjawab berat yang harus beliau pikul.

Mahfuz berkata, biarpun masih terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat semalam itu, beliau sedia memikul amanah itu walaupun dengan berat hati.

"Ini satu satu tanggungjawab sangat berat bagi saya, apatah lagi amanah ini deberikan kepada saya di saat PAS Kedah hilang kerajaan negeri, dan pada masa yang sama (bekas) Pesuruhjaya Datuk Seri Ustaz Azizan mengalami masalah kesihatan, " katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Mahfuz, adalah satu tugas besar baginya untuk memastikan PAS Kedah memimpin semula politik di negeri itu seperti kedudukan sebelum ini.

Hasrat itu katanya adalah mustahil untuk dicapai jika tidak mendapat sokongan dan dokongan dari PAS di semua peringkat.

"Tugas utama saya adalah untuk mengembalikan semula PAS negeri Kedah memimpin politik negeri ini.

Agus sarankan supaya Pengerusi SPR letak jawatan..!!

Pengerusi Dan Ahli SPR Perlu Letak Jawatan - Prof. Mohammad Agus

Setelah hampir seminggu pilihan raya selesai, masih ada suara yang tidak puas hati. Saya tidak lihat sebabnya adalah keengganan rakyat untuk menerima keputusannya, tetapi ada sebab lain berkaitan hal ini.
Jika ditanya apa sebabnya, saya akan katakan ia bukan berkaitan dengan pengundi hantu dari Bangladesh, Nepal, India dan Pakistan kerana sukar untuk saya membuktikannya.
Saya juga tidak akan katakan soal berat sebelah media perdana kerana laporan media pembangkang dan alternatif lainnya pun sama. Saya juga tidak akan katakan kerana senarai nama pengundi yang bertindih kerana ramai yang sukar mempercayainya.
Tetapi saya akan katakan saya tidak puas hati kerana saya berasa tertipu dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Soalan saya ialah kenapa susahnya SPR menyediakan dakwat kekal? India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang gunakan dakwat ini tidak ada masalah pun untuk kekal selama tujuh hari. Dakwat kita belumpun sampai tujuh jam sudah tanggal dan ini boleh dirasai oleh semua pengundi.

4 muka baru dijangka angkat sumpah Exco Kedah Rabu ini

ROSLINDA HASHIM
13 Mei 2013
4 muka baru dijangka angkat sumpah Exco Kedah Rabu ini
4 muka baru dijangka angkat sumpah Exco Kedah Rabu ini
 
ALOR SETAR - Seramai lapan Adun Kedah dijangka mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baru, di Istana Anak Bukit, Rabu ini.

Majlis angkat sumpah jawatan dijadualkan berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah sekitar 10 pagi.

Difahamkan, semua lapan Adun terbabit belum pernah dilantik ke jawatan itu termasuk empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.

Kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 exco memegang pelbagai portfolio namun, terdapat desas-desus mengatakan hanya lapan exco dilantik dalam pentadbiran kali ini.

Ustaz Azizan: Keputusan Di Saat Getir Dipimpin Ketegasan TGHH

oleh Muhamad Sanusi Md Nor
Secara kasarnya, pada 9 Mei 2013, inilah yang aku lalui....

Khamis - Jam 4.00 petang, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan isteri, diiringi setiausaha politiknya Dr Syamsuri Mokhtar tiba untuk menziarahi Ustaz Azizan. Aku menyambutnya dari kereta, bersama Pengarah Hospital dan Pasukan Doktor Pakar yang merawat Ustaz Azizan. Dia di bawa ke bilik CCU.

Dalam bilik itu ada ramai pelawat lain, termasuk Dato' Seri Mahdzir Khalid, mantan MB Kedah, kini MP Padang Terap. TGHH meluru terus ke katil dan memerhati. Aku lihat matanya sayu memandang wajah dan tubuh kaku terkujur, seorang sahabat yang telah lama bersama-samanya mengharungi perjuangan ini. TGHH sangat mengenali Ustaz Azizan, dia tahu kehebatan insan yang sedang bertarung dengan maut itu. Jemaah Islam pimpinannya kukuh dan teguh dengan hadirnya insan yang sedang terbaring koma itu.

Secebis dari kehebatan insan bernama Azizan

Ustaz Azizan pernah bercerita - Katanya- Aku malu nak bercerita kat orang, aku kenai ramai dan biasa bergaul dengan ramai Ulama' dan tokoh-tokoh yang memimpin kebangkitan umat Islam di seluruh dunia hari ini, antaranya Rashid Al-Ganoushi, Dr Yusof Qardhawi, Sheikh Qadhi Hussain dan ramai lagi. Ada sesetengah orang baru tengok gambaq orang-orang hebat macam tu, depa dah kata kenai sangat-sangat - ceritanya begini -

Kedah Jatuh - Golongan yang perlu undur diri...!

Mahmud Zaim Musa

Dato' Haji Ir Phahrolrazi Haji Mohd Zawawi telah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah kerana mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kekalahan PAS Kedah sehingga hilangnya Kerajaan Kedah yang ditadbir oleh PAS dalam PRU 13 pada 5 Mei 2013 yang lalu..

Walaupun Hj Phahrol telah memenangi kerusi N17 Pengkalan Kundur dengan majorati 3884 jauh lebih besar berbanding pada PRU 12 yang lalu tetapi beliau dengan prinsipnya yang tinggi telah melepaskan jawatan tersebut bagi memberi ruang dan peluang kepada Dato’ Mahfuz Omar yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru untuk membentuk barisan kabinetnya yang baru bagi menyusun gerak kerja untuk menawan semula Kedah pada PRU 14 nanti..

Di peringkat PAS Pusat saya menyeru Presiden TGHH juga perlu mengambil langkah yang sama untuk melepaskan jawatannya sebagai mengambil sikap bertanggungjawab atas kekalahan PAS di beberapa kerusi parlimen yang dulunya 27 kerusi tetapi sekarang pada PRU 13 hanya tinggal 21 kerusi..

27 parlimen membuatkan UMNO BN panas bontot...!


KEADILAN terima 237 laporan penipuan p’raya libat 27 Parlimen


PETALING JAYA 13 MEI: 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 sepanjang minggu ini, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenalpasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan.

“Dua lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.

“Dan keempat ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta laporan polis,” kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Nazri nie dah tak ada akai ka nak suruh PR hapuskan hak-hak orang Melayu....

Anwar: Nazri muflis idea

SAIFULLAH AHMAD & RAZIF ROSLI 13 Mei 2013

IPOH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mencabar supaya hak istimewa orang Melayu dihapuskan jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya.

Menurut Anwar, kenyataan dibuat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu menunjukkan muflis idea kerana PR sudah pun membuat keputusan mengenai perkara tersebut. Katanya, kesemua pimpinan tertinggi PR sudah pun mengemukakan persetujuan mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan.

“Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan saya sudah menandatangani untuk mengiktiraf untuk terima Perlembagaan Malaysia termasuk Perkara 153 Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.

Umno makin gementar tengok 'mood' rakyat


Rafizi: Umno cukup berdebar sekarang


JAMILAH HAMZAH 1 Mei 2013 KUALA LUMPUR -Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Umno semakin gementar melihat 'mood' rakyat apabila menghampiri tarikh keramat 5 Mei ini.

Menurutnya, pelbagai cara yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap Pakatan Rakyat untuk mengelirukan rakyat apabila menghampiri detik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau juga berkata, sebelum ini Umno-BN telah menggunakan isu penggunaan lambang parti DAP namun gagal apabila PR menunjukkan kesepakatan dalam menyelesaikan perkara tersebut.

"... kita dapat belajar daripada dua, tiga bulan lepas, Umno-BN ini di saat-saat ia nak jatuh, ia akan cuba takutkan rakyat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...