TERKINI :

Monday, May 13, 2013

PRU Ke-13: Banyak yang kita pelajari

Oleh Aspan Alias

Sejak setahun yang lalu sehingga pilihanraya ke 13 diadakan dan selesai dilaksanakan, kita melihat berbagai-bagai ragam yang berlaku di hadapan mata kepala kita. Sekarang pilihanraya sudah selesai, timbul pula keresahan bagaimana mereka dari pembangkang yang tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya diadakan. Sekarang setiap malam diadakan himpunan rakyat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya itu kerana pilihanraya itu dikatakan telah dicemari dengan penipuan dan berbagai-bagai lagi.

Sebelum pilihanraya berlalu, saya ada beberapa kali menulis sambil mengingatkan semua pihak yang pilihanraya itu akan diadili oleh rakyat ramai yang melihat dan memandang semua pihak dengan serius. Mana-mana pihak yang melakukan kesilapan akan menerima padah yang tidak diingini dan akan mengecewakan pihak-pihak yang bertanding itu.

Diantara perkara yang saya sebut ialah, 'jangan kita pipiskan lada dahulu kerana burungnya masih terbang’. Jangan kita panggil jemputan dulu kerana burung yang terbang itu masih di awan. Hendak menangkap atau menembak burung itu jangan terlalu bising kerana burung itu akan terbang tinggi sebelum kita dapat mengacukan senapang kita kearah mereka. 'Jangan berebut-rebut untuk menjolok buah dipokok kerana apabila buah itu jatuh nanti orang lain pula yang menyambutnya'.

Tsunami CHE DET melanda Kedah... sebab tu PR boleh kalah....

nukilan oleh Ahmad Husni Ahmad Basri


CIK DET MAI..PAS KEDAH TUMBANG.

Ramai dok agak bahawa PRU 13 di Kedah akan berlaku persaingan 50- 50 apabila anak Cik Det iaitu Mukhriz lawan kerusi DUN dan bakal jadi MB jika BN menang.. Orang Kedah ni bila sebut Cik Det atau Tunku Abdul Rahman terus akan rasa bangga. Apa tak nya, Cik Det bawa pembangunan walau banyak isu timbul... Tunku pula Bapa Kemerdekaan.. Dua dia anak Aloq Setaq, Kedah.

Bila PR tumbang baru ni maka timbul isu penipuan undi dan sebagai nya.. Itu masih lagi dianalisa oleh ramai.. Tapi apa yang pasti.. rakyat Kedah dok bercakap beberapa isu; ada seorang kenalan berkata, "..dulu PAS janji nak hapus caj parking awam tapi tak tunai janji". Ada sorang lagi berkata, " Air paip di Baling keruh mcm air milo akibat pembalakan, teruk la mcm ni".

Puak UMNO KEDAH Sudah mula nak tunjuk kuasa keatas kakitangan kerajaan negeri


Dah lama dah dok habaq yang Ust Kazim nie dah jadi UMNO hgpa tak caya...!!!!


Kerajaan Selangor MENANG dalam rayuan saman dalam kes Ibu Tunggal

Gagal lagi ibu tunggal versi UMNO nak kenakan kerajaan Selangor

https://twitter.com/Rodziah_Ismail/status/333820674923692032

2 point sahaja boleh lawan kes kat mahkamah rayuan seperti laporan mStar sebelum ini

1. Kerajaan negeri mendapati ada beberapa nama ibu tunggal yang diberikan sudah tidak tinggal di alamat yang dinyatakan

--> Salah ibu tunggal, nape xupdate alamat terbaru beri dekat kerajaan negeri

2. ni lawak, individu yang TIADA KENA MENGENA dalam perkara ini turut campur tangan.

siapa tu nak malukan kerajaan selangor dibwh PR..?? kah kah kah

http://www.mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=%2F2013%2F1%2F23%2Fmstar_berita%2F20130123175040
Gagal lagi ibu tunggal versi UMNO nak kenakan kerajaan Selangor 

https://twitter.com/Rodziah_Ismail/status/333820674923692032

2 point sahaja boleh lawan kes kat mahkamah rayuan seperti laporan mStar sebelum ini

1. Kerajaan negeri mendapati ada beberapa nama ibu tunggal yang diberikan sudah tidak tinggal di alamat yang dinyatakan

--> Salah ibu tunggal, nape xupdate alamat terbaru beri dekat kerajaan negeri

2. ni lawak, individu yang TIADA KENA MENGENA dalam perkara ini turut campur tangan.

siapa tu nak malukan kerajaan selangor dibwh PR..?? kah kah kah

http://www.mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2013/1/23/mstar_berita/20130123175040

Presiden PAS Pertahan Pengkhianat2 Kota Damansara

oleh Tulang Besi


 
Maklumat Tulang Besi dpt dari mesyuarat AJK PAS Pusat tadi, Presiden PAS mempertahankan habis habisan pengkhianat2 yang bertanding atas tiket PAS di Kota Damansara.

Bayangkan permintaan Perhubungan Negeri PAS Selangor melalui mesyuarat Perhubungan Negeri telah memutuskan untuk menghadapkan mereka2 yang terlibat menjadi calon PAS Kota Damansara kepada JK Disiplin.

Presiden PAS telah menolak mentah-mentah keputusan ini. Sehingga ke akhir mesyuarat PResiden sanggup bertekak dan mempertahankan pengkhianat2 tersebut dari diambil tindakan disiplin.

Kedegilan Presiden ini sama seperti waktu diberitahu kepada beliau berkaitan dengan pentingnya Azizan diganti. Presiden lah yang mempertahankan Azizan untuk kekal sebagai calon.

Perlantikan Mahfuz - Tepat pun tepat la jugak.. tapi kalau dok pakai drebar yang tu jugak pakai lingkop macam tuu laa...!!!

Perlantikan Mahfuz Sebagai Pesuruhjaya Tepat

oleh Mohd Sayuti Omar,

PAS telah membuat pertukaran ke atas Pesuruhajaya PAS Kedah dengan melantik Mahfuz Omar sebagai  Pesuruhjaya baru bagi mengganti Azizan Razak yang kini keuzuran. Perlantikan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasapas PAS Pusat semalam dikira tepat dan cepat memandangkan PAS Kedah kalah dalam pilihan raya.

Mahfuz Omar
Perlantikan atau pertukaran Pesuruhjaya itu sebenarnya lewat sedikit. Sepatutnya PAS peka terhadap masalah PAS di Kedah dan perlu menukarkan Pesuruhjaya selewat-lewatnya sebulan sebelum pilihan raya. Tetapi kata orang takdir tidak siapa tahu. Walaupun sudah banyak suara yang menyatakan kebimbangan dan kurang senang dengan gaya kepimpinan Azizan Razak, tetapi PAS semacam sengaja membiarkan kerana tidak mahu bergaduh dengan Azizan.

Sikap tidak mahu bergaduh atau tunduk kepada individu yang tidak menguntungkan perjuangan satu pegangan yang tidak benar dan tidak sepatutnya dijadi amalan. PAS Pusat khasnya presiden seharusnya berindak tegas dari awal lagi bagi mengelakkan apa yang sudah berlaku. Seorang presiden sepatutnya sapat membaca apa-apa nyang berlaku yang boleh membawa kecelakaan kepada parti.


PAS Kedah bersama PKR dan DAP kehilangan kerajaan dalam pilihan raya itu. Antara puncanya ialah kerana sikap 'cenging' Azizan Razak yang tidak peduli kepada pandangan orang lain. Ekoran itu berlaku perbalahan di antara beliau dengan timbalannya Pesuruhjaya I, Fakharorazi. Perbalahan itulah itu menmgheretkan PAS Kedah tidak tenang sehingga ke hari mengundi.

Apa kesudahan cerita Kota Damansara & Sg. Acheh

oleh Abang Jury

Selepas seminggu berlalunya pilihanraya saya yang masih setia mengikuti apa akan kesudahan PRU13 kita yang mana dilimpahi dengan tipu daya pihak lawan sehingga mereka mencapai kejayaan.

Walaupun kejayaan mereka itu kejayaan separuh masak saya masih bermuhasabah di dalam diri akan apa kesalahan kita yang menyebabkan kita KALAH..sedangkan kita telah bawa satu wadah perjuangan yang dinamakan ISLAM...

Dengan wadah ini kita menyinari bumi Malaysia dengan kerja buat kita untuk menegakkan ISLAM dibumi Malaysia.... dan dengan ISLAM inilah kita menyakini masyarakat majmuk dalam bumi Malaysia bahawa perjuangan kita menegak keadilan dan kebenaran.

Heboh ketuanan Melayu tapi tanah dikebas, hutang menimbun

Oleh ZAID IBRAHIM

Saya terbaca sebuah tulisan mengenai tradisi dan cara orang Melayu berpolitik. Penganalisis itu berkata sukar bagi Pakatan Rakyat menembusi kubu kuat Umno kerana orang Melayu mahu mempertahankan dominasi Melayu dan kekuasaan politik Melayu. Orang Melayu, kata penulis itu, kuat semangat kebangsaannya dan maka itu mereka tetap akan bersama UMNO.

Saya berpendapat sebaliknya. Oleh sebab orang Melayu kuat semangat kebangsaannya dan mahu tapak politik negara terus diterajui oleh orang Melayu, dan mahu melihat nilai Islam menjadi asas pentadbiran negara, maka mereka tidak ada pilihan lain kecuali menyokong Pakatan Rakyat.

Rasuah tidak dapat diatasi dengan mengekalkan BN. Tidak ada satu janji yang kita dengar daripada Perdana Menteri tentang cara hendak mengatasi rasuah. Malah banyak kes mengenai pemimpin tertinggi BN tentang rasuah tidak pun disiasat oleh polis dan MACC.

Orang Melayu tidak akan berjaya dalam pentadbiran yang diselubungi dengan rasuah. Mereka tidak ada “cash”, tidak ada duit untuk membayar wang pendahuluan. Mereka akan terus bergantung pada orang luar yang ada duit ini untuk mendapat kontrak. Jadi mereka tidak akan berjaya sebagai pengusaha dan peniaga.

Akan datang ialah tsunami Melayu

Oleh ABU FIRDAUS

PARA pemimpin Barisan Nasional mengeluh mengenai tsunami Cina. Sedangkan tsunami Cina tetap membolehkan mereka terus berkuasa. Tetapi bayangkan apabila berlaku tsunami Melayu.

Dengan tsunami Melayu, Barisan Nasional akan kehilangan kuasa. Untuk lebih muktamad lagi, jika berlaku tsunami Melayu, campur Iban, campur Kadazan, barulah benar-benar "Ini kalilah".

Pada tahun 2008, apa yang berlaku ialah tsunami India. Pada tahun 2013, tsunami Cina, kalaulah itu yang hendak ditafsirkan oleh Barisan Nasional. Pada pilihan raya ke-14, apa yang berlaku ialah tsunami Bumiputera: Melayu, Iban dan Kadazan, serta lain-lain.

Sebenarnya bukan soal tsunami politik, tetapi sistem Barisan Nasional sudah bobrok. Ia perlu digantikan dengan baru. Sebagai negara demokrasi berbilang parti, sistem pemerintahan akan membersihkan diri daripada parti bobrok, walaupun ia memakan masa, tetapi akhirnya akan berlaku.

Barisan Nasional bermula sebagai sistem yang baik dengan tonggak kerajaan campuran Perikatan-PAS dan Perikatan-Gerakan. Pada mulanya ia adalah kerajaan campuran parti setaraf tetapi akhirnya Umno mendominasi.

Liga Perdana : Jadikan Perlis mangsa patukan Kenari malam ini..!!!

E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (122) Isnin, 13.5.2013
Wartawan: Bashah Zainol Abidin 
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin

TUMPUKAN PERHATIAN DAN JADIKAN KEKALAHAN KEPADA PERLIS PADA PERLAWANAN PUSINGAN PERTAMA MENJADI TELADAN SERTA PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK MERAIH KEMENANGAN

PENGURUS pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Han Chow mahu kesemua pemainnya memberi perhatian mereka selama 90 minit permainan serta menjadikan kekalahan kepada Perlis pada pusingan pertama Liga Premier ketika bertemu lawan yang sama malam ini di Stadium Darulaman walaupun Kedah adalah pasukan pelawat malam ini.

Menurutnya, barisan pemain Kedah perlu memastikan mereka tidak mengulangi sindrom melepaskan jaringan selepas berjaya mendahului lawan kerana ini hanya menyukarkan lagi usaha mereka mencari mata penuh pada perlawanan malam ini.

“Semua orang tahu Perlis bukanlah mudah dijinakkan khususnya ketika kita bertemu mereka kerana sebelum ini pada awal Liga Premier musim ini kita terpaksa berputih mata walaupun lawan kita hanya beraksi dengan 10 orang pemain, kita dengan sebelas.

“Ketika ini prestasi pasukan Kedah sudah bertambah baik dan peningkatan pada permainan inilah yang mengizinkan kita mencapai dua kemenangan pada dua perlawanan lalu mengatasi Pos Malaysia 5-1 dan Sabah 3-2 di Stadium Darulaman.

“Pemain saya perlu menggunakan kelebihan beraksi di Stadium Darulaman untuk mencari kemenangan ketiga berturut-turut walaupun terpaksa berdepan lawan yang menjadi badi sejak dahulu lagi. Inilah peluang terbaik kita untuk memperbaiki kedudukan kita pada tangga liga ketika ini,” kata Datuk Jeffery.

Katanya, Nelson San Martin tonggak tengah Kedah masih tidak dapat dibariskan dalam kesebelasan utama negeri kerana dia masih menjalani hukuman pergantungan dua perlawanan dan Zuraindey Jumai yang sudah selamat menjalani pembedahan dan terpaksa di rehatkan selama enam bulan.

“Akmal Rizal Ahmad Rakhli sekali lagi menjadi harapan kita untuk mengemudi bahagian tengah setelah dia berjaya beraksi dengan cemerlang pada perlawanan lalu dan dia adalah pemain terbaik Pasukan Hijau kuning ketika mengatasi cabaran Sabah Jumaat lalu.

“Alen Guc juga sudah mula menampakkan keserasian dengan barisan pemain tempatan kita dan ini pasti memberi kelebihan kepada kita, dengan kehadiran penyerang kebangsaan Khyril Muhymeen Zambri yang pasti menjadi duri dalam daging kepada pertahanan lawan.

“Anak buah saya sudah faham apa yang mereka perlu lakukan malam ini dan ketua jurulatih, Mario Tot juga sudah pasti menyediakan ramuan terbaik demi kejayaan kita meraih mata penuh pada perlawanan yang begitu mencabar dan penting bagi kita,” kata Datuk Jeffrey.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFAWartawan: Bashah Zainol Abidin
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin

TUMPUKAN PERHATIAN DAN JADIKAN KEKALAHAN KEPADA PERLIS PADA PERLAWANAN PUSINGAN PERTAMA MENJADI TELADAN SERTA PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK MERAIH KEMENANGAN

PENGURUS pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Han Chow mahu kesemua pemainnya memberi perhatian mereka selama 90 minit permainan serta menjadikan kekalahan kepada Perlis pada pusingan pertama Liga Premier ketika bertemu lawan yang sama malam ini di Stadium Darulaman walaupun Kedah adalah pasukan pelawat malam ini.

Menurutnya, barisan pemain Kedah perlu memastikan mereka tidak mengulangi sindrom melepaskan jaringan selepas berjaya mendahului lawan kerana ini hanya menyukarkan lagi usaha mereka mencari mata penuh pada perlawanan malam ini.

“Semua orang tahu Perlis bukanlah mudah dijinakkan khususnya ketika kita bertemu mereka kerana sebelum ini pada awal Liga Premier musim ini kita terpaksa berputih mata walaupun lawan kita hanya beraksi dengan 10 orang pemain, kita dengan sebelas.

“Ketika ini prestasi pasukan Kedah sudah bertambah baik dan peningkatan pada permainan inilah yang mengizinkan kita mencapai dua kemenangan pada dua perlawanan lalu mengatasi Pos Malaysia 5-1 dan Sabah 3-2 di Stadium Darulaman.

Wartawan bersama Datuk Saifuddin Abdullah yang tewas kepada Ketua Pemuda PAS

'Mereka undi saya kenal saya'
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2013
Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
 
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi kawasan Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah mengejutkan banyak pihak apabila Gagal mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau dilihat sebagai antara pemimpin muda BN yang memperlihatkan sifat progresif, yang sesuai dengan kehendak dan keperluan landskap politik semasa.

Apa punca beliau gagal? Di mana kekurangan? Atau ada pihak yang harus dipersalahkan.

Bagi mencari jawapan, ikuti temubual Wartawan Sinar Harian, NIZAM ZAIN bersama beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam mengupas lebih lanjut tentang faktor kekalahan dan haluan politik beliau setelah tidak lagi bergelar “Yang Berhormat”.

Wang untuk bayar ambulans Azizan dicuri

Wartawan Sinar Harian

GEORGETOWN - Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kehilangan wang tunai RM3,000 termasuk sebuah telefon bimbit, Rabu lalu, ketika sibuk menguruskan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Muhammad Sanusi berkata, wang itu dikeluarkan bagi membuat pembayaran perkhidmatan ambulans untuk membawa Azizan ke klinik pakar di Bukit Minyak.

“Beg saya dicuri ketika bersolat Zohor di surau hospital, barangan lain yang hilang termasuk iPad, pendrive, charger, buku cek, dan barang peribadi. Namun bersyukur kerana ada pihak memulangkan kembali beg itu, kecuali wang dan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, ketika selesai solat Zohor, beg itu disandarkan di tiang belakang saf kerana mahu menunaikan solat jamak dan qasar.

Kesal ada pihak persenda keadaan bekas MB Kedah

Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Pas Kedah kesal kerana beberapa komen dalam laman sosial Facebook dilihat cuba mempersenda keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak,selepas kedua-dua kakinya dipotong.

Ketua Penerangannya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya sentiasa mengemas kini status kesihatan Azizan menerusi laman sosial untuk mengelak maklumat tidak tepat disebarkan, seperti Rabu lalu, di mana penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebar mengatakan Azizan meninggal dunia.

Bagaimanapun, pihaknya terkejut apabila terdapat segelintir mempersenda kehilangan kaki Pesuruhjaya Pas itu, dengan komen keterlaluan.

“Ini bukan perkara main-main, Azizan sedang bertarung nyawa, ada pihak pula cuba tegangkan keadaan. Saya harap komen tidak berfaedah seperti itu dihentikan segera, sebaliknya doakan kesejahteraan pesakit,” katanya.

Borak-borak kosong tentang pilihanraya

Oleh Meor Yusof Aziddin

Pilihanraya Umum ke 13 ( PRU 13 ) baru saja berlalu, keputusannya umum rakyat Malaysia sudah tahu. Ada yang suka, ada yang tidak suka, bagi saya itu lumrah dalam peperangan, ada menang, ada kalah. Pun seronok juga mendengar pandangan dari kiri dan kanan, yang menyokong dan yang menentang.

Yang sini tak puas hati marahkan yang sana, yang sana pula tak puas hati juga marahkan yang di sini. Sudahnya kita pun tenggelam dalam amarah dan emosi yang tak sudah!

Mungkin sampai hujung tahun kita akan marah tak habis-habis sebab kalah! Kesan dan ruginya tetap pada diri kita sendiri. Kadang-kadang kita perlu juga kembali kepada fitrahnya alam dan kejadian, qada dan qadar. Bermuhasabah dan mula menilik diri, cermin diri sendiri. Akhirnya tepuk tangan 3 kali dan lepaskan semua persoalan di angin lalu. Hidup perlu diteruskan!

Melayan emosi merugikan diri sendiri. Darah naik dan jantung juga berdegup laju, silap-silap boleh dapat darah tinggi. Kita perlu duduk dalam keadaan rasional dan jangan tegangkan urat saraf dengan hal-hal yang telah sudah.

Suka atau tidak, inilah permainan hidup. Tak baguslah kalau sampai dalam hal-hal politik ni kita sampai bermasam-masam muka sesama kita, bergaduh laki-bini sampai bercerai-berai. Hanya kerana ideologi berbeza mengapa kita perlu bermusuh? Bukankah pentas ini untuk kita berkasih-sayang?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...