TERKINI :

Sunday, May 12, 2013

Ada orang jumpa kertas undi di buang.. Kertas itu kebanyakkan pangkah PAS..

 
Ada orang jumpa kertas undi di buang.. Kertas itu kebanyakkan pangkah PAS.. 
Lokasi Kijing, Marang, Terengganu... Kezihiran apakah ini??

Sumber : Budak Kampung Masa Kini

Pengundi diberi kertas undi yang dipangkah – Aziz Bari

(Oleh: Rusnizam Mahat)

SABAK BERNAM 11 Mei: Calon KEADILAN di parlimen Sabak Bernam, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berlaku pemindahan beramai-ramai pengundi dari kawasan itu ke tempat lain, menyebabkan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, beliau turut dimaklumkan terdapat pengundi yang diberi kertas undi yang sudah dipangkah, pada hari pengundian 5 Mei lalu.

“Ada yang mendapati nama mereka sudah dipotong dan ada orang mengundi bagi pihak mereka.

“Selain itu petugas (Pakatan Rakyat) juga ada menghalang warga Bangladesh memasuki kawasan mengundi. Tetapi petugas Umno mempertahankan mereka.

“Pada sebelah petang, petugas Umno berjaya menyeludup masuk ke dalam pusat mengundi dengan menggunakan van bercermin gelap,” katanya yang mengesyaki kenderaan itu membawa masuk pengundi hantu.

PM Najib, doa rakyat ramai itu lebih mustajab dari doa kroni

oleh Aspan Alias

Pilihanraya ke13 merupakan pilihanraya yang paling mahal sekali dalam sejarah negara merdeka. Ia disebabkan kerana membuat persediaan untuk mempertahankan kerusi BN setelah mengalami keputusan buruk pada pilihanraya sebelumnya pada tahun 2008 dahulu. Mahu tidak mahu, semua mesti mengakui ianya amat mahal kerana persediaan itu melibatkan perbelanjaan yang dilakukan secara ‘ad hoc’ kepada rakyat dalam berbagai-bagai bentuk untuk menawan hati rakyat.

Tetapi keputusan tetap lebih buruk kerana keseluruhannya BN telah mendapat hanya 133 kerusi, 7 kerusi kurang dari pilihanraya yang semasa itu dianggap yang terburuk pada 2008 dahulu. Dengan keputusan yang baru ini, ia menunjukkan BN terpaksa melakukan perkara yang baru, jika mahu disebut kembali seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, iaitu melakukan perkara yang belum pernah terfikir oleh kita semua.

Memindahkan situasi politik dari situasi sekarang kepada situasi yang baru dengan jujur akan membawa rakyat kepada ‘ambience’ politik yang berbeza sedikit sebanyak akan membantu menenangkan pemikiran rakyat yang tidak berpuas hati dengan situasi dan keadaan persekitaran politik hari ini. PM Najib perlu memahami apa yang menjadi sebutan ramai yang tidak baik di bawah ini. Beliau mesti memahami semua masalah sebelum beliau berfikir untuk mencuba menyelesaikannya.

Menolak AUTA UMNO yang kata "Habislah Melayu DAP menang banyak..!!"

Menolak auta dengan fakta
Oleh Suhaimi Saad

Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan.

Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-

1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya :

Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

PRU13 - 5 MEI 2013 AHAD: SPR SAH PENIPU RAKYAT DAKWAT KEKAL.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
27 JAMADILAKHIR 1434 (RABU) 8 MEI 2013

Sejujurnya saya, isteri dan anak-anak masih sedih berduka dan setiap masa air mata berlinang mengenangkan mendapat keputusan PRU13 yang diselenggarakan oleh SPR (Setia Pada Rosmah). Rata-rata rakyat menolak keputusan dibuat oleh SPR dengan macam-macam tipudaya manipulasi bermula dari pucuk SPR sampai ke akar SPR. SPR bukan kepada pelangan parti politik keselurohannya tetapi SPR memupuk, mendudoi menghayun untuk melindungi dan memayungi tuannya umNO(Baru)bN. SPR ini anak saya kata Sah Penipu Rakyat dalam banyak pekara menerusi perubahan tempang SPR memunahkan kepercayaan parti lawan umNO(Baru)bN dari PR. Yakni PAS, DAP dan PKR. Cucu saya berkata disebalik lembut lidah Pengerusi SPR TS Aziz hakikatnya penuh dengan racun berbisa semburanya dengan lidah berlapis lagi bercabang dan temberang.

[Video] Anwar Ibrahim: 120,000 Banjiri Perhimpunan "Black 505" Di Stadium Batu Kawan


Menang kalah adat pertandingan

Oleh Dr Aminudin Mansor

Menang atau kalah dalam politik itu adat pertandingan. Baik seseorang itu calon ternama Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas, DAP atau pun Bebas. Politik serba mungkin dan di tangan pengundi atau rakyat jatuh bangunnya seseorang pemimpin. Sebab itu dikatakan, politik itu gelombangnya besar dan ganas.

Jika dilihat situasi pengundi pada hari mengundi kebanyakannya pengundi muda dalam kalangan kaum Cina terutama yang baru pertama kali mengundi telah keluar awal bersama ibu bapa masing-masing ke tempat pembuangan undi. Ini berlaku di bandar-bandar dan juga pekan kecil.

Manakala tinjauan penulis mendapati kaum Melayu dan India terutamanya pengundi muda masih belum terbuka dan bersemangat untuk mengundi. Walaupun mereka ini kuat berkempen dan mengibarkan bendera parti ke sana sini. Sewaktu ditanya ada yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Justeru, kesedaran ini sewajarnya ditingkatkan dalam kalangan mereka akan kepentingan mengundi.

Isu Video - UMNO baling kata duit tu untuk menampung kos perjalanan mereka untuk balik mengundi.

Umno Baling jawab isu video
Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2013
Wanita dalam rakaman ini (kiri) cuba melakukan provokasi 
hanya untuk mendapatkan wang pengundi luar.
 
BALING - Umno Bahagian Baling tampil menjelaskan isu video kononnya Umno Baling membeli pengundi yang tersebar secara meluas di laman sosial.

Video berdurasi 1 minit 20 saat itu dirakamkan di Pejabat Barisan Nasional (BN) oleh pihak  tertentu yang dipercayai bertujuan untuk menjatuhkan imej BN.

Video itu memuatkan perlakuan seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang meminta wang dalam keadaan marah kepada kakitangan Pejabat BN yang bertugas.

Wanita itu turut bertegas berhak mendapat wang terbabit kerana dia merupakan pengundi luar dan mendakwa dia telah menyokong BN bagi kerusi Dun dan Parlimen.

Antara punca PAS Pendang Kalah - Kira-kira lebih 10 peratus ahli Pas dikenal pasti sabotaj parti

Ahli Pas didakwa sabotaj parti
Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2013
Ahli Pas didakwa sabotaj parti
Laporan Sinar Harian 1 September 2010 berkaitan perletakan 
jawatan yang dipercayai turut menjejaskan keputusan PRU13.
 
PENDANG -  ‘Kami terima kekalahan ini’. Itu luahan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dengan kekalahan Pas kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, kejatuhan Pas kawasan itu berpunca daripada ahli parti itu sendiri yang dikenal pasti telah mensabotaj parti apabila ada antara mereka yang tidak keluar mengundi, menyokong calon Bebas dan merosakkan kertas undi serta tidak memulangkan kertas undi.

“Kira-kira lebih 10 peratus ahli Pas dikenal pasti sabotaj parti dan keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dimana ia begitu mengecewakan parti.

“Pas terima kekalahan ini dan berharap agar kepimpinan yang baru dapat meneruskan program disusun demi kesejahteraan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hayati berkata, tindakan sabotaj parti itu berlaku apabila ada kalangan  ahli parti merasa tidak berpuas hati apabila bantuan yang dimohon mereka tidak berjaya sehingga menimbulkan perasaan marah.

Katanya lagi, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan Barisan Nasional (BN) turut mempengaruhi pengundi-pengundi Melayu dan Siam.

“BR1M turut mempengaruhi penduduk luar bandar yang hidup dalam kesempitan menyebabkan mereka goyah setelah menerima BR1M.

“Penduduk luar bandar hanya fikirkan jangka masa pendek tanpa memikirkan manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang menjamin kebaikan untuk jangka masa panjang,” katanya.

Sementara itu, katanya lagi, tindakan 14 jawatankuasa Pas yang bertindak keluar daripada parti itu beberapa bulan lalu sedikit memberi kesan kepada kejatuhan Pas pada PRU13 pada 5 Mei lalu.

Bekas Ahli Parlimen Pendang itu turut memaklumkan bahawa Pas kawasan itu juga kesal dengan dakwat kekal yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan mempunyai unsur penipuan apabila Pas Pendang telah membuat tiga laporan polis mengenai kewujudan pengundi hantu.

“Tiga laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang setelah mendapati tiga nama telah mengundi sedangkan pengundi-pengundi itu belum lagi mengundi.

“Kejadian itu berlaku di Bukit Jambul, Guar Kepayang, Air Puteh,” katanya.

Klon SMS: Celcom dakwa tidak terlibat

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Berhad memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci mengenai talian pelanggan yang didakwa digunakan untuk menyebarkan SMS berunsur perkauman.

Rohizan Ismail, Ketua Media dan Hubungan Kerajaan dalam kenyataannya berkata, Celcom tidak terlibat atau bersubahat dalam mana-mana kegiatan penyebaran sms yang boleh mencetuskan keamanan negara.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengadu telefon mereka telah diklon untuk menyebarkan sms palsu berunsur perkauman.

Ekoran itu, Salahudin menuntut Celcom memberikan penjelasan mengenainya kerana beliau menggunakan talian Celcom.

"Celcom menegaskan sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan berorientasikan pelanggan, pihak kami  amat menghormati privasi pelanggan," kata Rohizan dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Mukhriz perlu tempoh sehingga 15 Mei tentukan barisan exco

ALOR SETAR,  — Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (gambar) yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu berkata beliau memerlukan tempoh sehingga 15 Mei ini bagi menentukan barisan Exco kerajaan negeri. 

Katanya beliau memerlukan sedikit masa untuk mencadangkan nama-nama pelantikan Exco untuk perkenaan Sultan Kedah. 

“Saya perlukan masa untuk lihat kecekapan dan pengalaman setiap Adun (anggota Dewan Undangan Negeri) yang bakal pegang jawatankuasa exco,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Mukhriz hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti mudah 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Katanya beliau akan mengekalkan jumlah Exco seramai 10 orang seperti sebelum ini. — Bernama

Mahfuz Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru

KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa postmortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 tadi.

Antara TAKUT HANTU KOPEK dengan TAKUT KEPADA PR dan SAYANG PADA BN..!!!?!?!?!?


Takut Malaysia sokong Israel? Takut Malaysia jadi negara Kristian? Takut cina jadi PM? Takut Malaysia gabung dengan Sibgapura? Takut, takut dan takut????

Ini adalah pencerahan untuk mereka yang sentiasa TAKUT. Sila buka minda anda.

Di luar ada harimau. Confirm sebab ada bekas tapak kakinya, terdengar ngaumannya bahkan ada najisnya dan bau hencing kencingnya kerana ditanda kawasan dgn air kencing (sptnya anjing). Bangkai rusa yang licin sampai ke tulang pun ada kesan dari dimamah oleh harimau. memang confirm ada harimau. Bahkan ada orang nampak harimau, bahkan ada yang sudah dikejar harimau.

Antara Padah terpaksa PR Kedah terima - Apabila calon tempatan tidak di terima kepimpinan negeri & pusat..!!

Anwar punca PKR kalah
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
12 Mei 2013
Wan Salleh
Wan Salleh
 
ALOR SETAR - Kekalahan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa berpunca daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, akibat ketegasan Anwar supaya dirinya tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi Dun atau Parlimen Langkawi telah menyebabkan rakyat menolak kepimpinan baru.

Beliau berkata, dirinya bertambah kesal dan kecewa apabila timbul pula khabar angin bahawa dirinya tidak bertanding semula selepas PRU12 adalah kerana sudah tahu akan kalah dengan pihak lawan pada PRU13.

“Sebab Anwar tidak bagi saya bertanding di Langkawi, akhirnya jadi fitnah hebat di sini. Terutama sekali kepada diri saya yang dituduh ambil duit, khianat kepada parti dan sebagainya.

Cilakak CNN.. yang ko siarkan buat apa demo tuu..sekarang dah kena potong dah untuk siaran Malaysia


Peristiwa sedih selepas PRU 13 - Pada perkiraan sebahagian manusia yang 'sedar'

 
Peristiwa sedih (pada perkiraan sebahagian manusia yang 'sedar') selepas PRU 13

-TG Nik Aziz mengundur diri dari jawatan MB (atas faktor usia dan kesihatan)
-Ustaz Azizan bertarung nyawa di hospital dan kehilangan kedua belah kaki beliau
-TG Haji Hadi dalam sebak meninggalkan wasiat kepada anak muda

Adakah ini 'isyarat dari langit' bahawa masa mereka semakin hampir? Siapa yang akan mengganti 'kerusi' mereka kelak?

“Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu secara sekaligus. Akan tetapi, Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama. Apabila tidak tersisa lagi orang yang berilmu, maka manusia mengangkat pemimpin yang bodoh, mereka ditanyai dan berfatwa tanpa didasari ilmu, mereka sesat lagi menyesatkan.”
(Imam Bukhari dan Muslim)

Amacam SPR.. nie ada rakyat mengaku bahawa dia mengundi 2X..siap buat laporan polis lagik..!!!

Saya Mengundi 2 Kali, Pengakuan Seorang Pemuda Yang Membuat Laporan Polis.

BUKTI KUKUH PENIPUAN SPR! bacalah, laporan POLIS pun sudah di buat, seorang ANAK MUDA mengundi 2 kali dalam 1 masa di kuantan, oleh kerana beliau tidak mahu bersetongkol dengan kerajaan 46% BN, maka ini jawapan beliau.. SPR telus ke? 


 "Saya Mohd Fadhli bin Khaharruddin, membuat laporan mengenai daftar undi yang membolehkan saya mengundi sebanyak 2 kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Saluran 4. Saya mendaftar undi pertama saya pada pukul 10.30 pagi dan undi kedua pada pukul 1.15 petang. Sewaktu undi ke-2 saya tidak membuang undi tetapi berhasrat menyimpan kertas undi dan no saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah,

 seperti dakwat yang tidak kekal dan kebolehan mendaftar 2 kali, tetapi tidak dibenarkan oleh KTM pusat saluran 4. Repot ini dibuat untuk mengelak daripada didakwa mempermainkan sistem pilihanraya. Sekian."

Beri ruang Ust Azizan berehat

ROSLINDA HASHIM & MOHD ISKANDAR OTHMAN
12 Mei 2013

Antara kenamaan yang sudah hadir serta rayuan menderma darah - Bekas Setpol MB

Itu permintaan ahli keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata, Azizan memerlukan rehat secukupnya selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya kelmarin.

“Disebabkan terlalu ramai yang mahu menziarahinya, atas permintaan keluarga dan nasihat doktor saya memohon kepada semua agar tidak datang melawatnya sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak,” katanya, semalam.

Ditanya mengenai keadaan semasa Azizan, Mohd Helmi berkata, Azizan kini berada dalam keadaan stabil dan semakin baik.

Hospital Penang tempat merawat Ust Azizan memerlukan stok darah.. Ayuh PENDERMA..!!


Flash mob tolak perkauman 13 Mei di seluruh negara

flash mobKUALA LUMPUR, 11 MEI : Kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia’ akan mengadakan ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ pada 13 Mei 2013 jam 1 petang serentak di seluruh Malaysia. 
Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.

“Umno Barisan Nasional seolah sengaja mengapi-apikan rakyat supaya membenci kaum lain. Flash Mob ini kami cetuskan sebagai ‘jawapan balas’ kepada mereka

“Anak muda menolak segala bentuk provokasi jahat ini. Flash mob ini tanda penyatuan kita sebagai bangsa Malaysia

Agus - Beliau tertipu dengan penggunaan dakwat kekal yang tak kekal..!

Setelah hampir seminggu pilihan raya selesai, masih ada suara yang tidak puas hati. Saya tidak lihat sebabnya adalah keengganan rakyat untuk menerima keputusannya, tetapi ada sebab lain berkaitan hal ini.

Jika ditanya apa sebabnya, saya akan katakan ia bukan berkaitan dengan pengundi hantu dari Bangladesh, Nepal, India dan Pakistan kerana sukar untuk saya membuktikannya. Saya juga tidak akan katakan soal berat sebelah media perdana kerana laporan media pembangkang dan alternatif lainnya pun sama. Saya juga tidak akan katakan kerana senarai nama pengundi yang bertindih kerana ramai yang sukar mempercayainya.

Tetapi saya akan katakan saya tidak puas hati kerana saya berasa tertipu dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Soalan saya ialah kenapa susahnya SPR menyediakan dakwat kekal? India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang gunakan dakwat ini tidak ada masalah pun untuk kekal selama tujuh hari. Dakwat kita belumpun sampai tujuh jam sudah tanggal dan ini boleh dirasai oleh semua pengundi.

Teruskan mengasak....rakyat bukan letih dengan Pakatan, tapi masih ramai yg belum mengerti mengapa mereka tolak BN...


oleh Herman Samsudeen

Anwar berusaha keras membuat road tour Himpunan Kebangkitan Rakyat Membantah Keputusan PRU-13....PAS dan DAP menyambutnya scr bsama dinegeri masing2. PAS juga mengarahkan jentera fokus mencari bahan bukti, sambil mengadakan himpunna2 kecil di semua Markas dengan tajuk, Kenduri/Majlis kesyukuran dengan mengumpulkan ahli sbg tanda terima kasih atas pengorbanan mrk, memberikan taujihad, merawat luka dengan motivasi dan mengeluarkan arahan2 baru.....

DAP juga melakukan perkara sama. Mhimpunkan kembali penyokong, myusun dan mperkukuhkan strategi disemua peringkat....Apa pun yg dibuat oleh pemimpin Pakatan skrg, mereka saling menyokong antara satu sama lain, sambut menyambut dengan peranan dinegeri......Walaupun ada yg kata pada Anwar, tak perlulah buat Himpunan kerana rakyat sudah letih diasak.....namun PAS dan DAP berdiri myokong serta menghantar ahli dan pimpinan utk bdiri sebaris.

Kerja buat Islam jangan perlu tunggu ada jawatan...!

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Alkisah seorang pejuang…

Seorang pejuang bernama Nasrudin Abduh yang terkenal dengan kejujuran dan amanahnya telah berjumpa dengan Tok Gurunya Ustaz Nik Ibrahim.

“Mengapa ana masih berasa tidak tenteram dan memandang rendah pada diri sendiri? Ana dah berjaya mengharungi pelbagai kegagalan, dan melakukan kebajikan dan menyelamatkan mereka yang lemah dan tertindas. Tapi apabila melihat Tok Guru, ana rasa masih tidak setanding Tok Guru,” kata Nasrudin.

“Tunggu sekejap. Lepas ana jumpa semua yang datang melawat hari ini, ana bagikan jawapan,” jawab Ustaz Nik Ibrahim.

Nasrudin melihat bagaimana Tok Guru menyambut semua yang melawatnya dengan senyuman dan penuh kesabaran sehinggalah matahari terbenam.

Selepas semua pelawat dah tiada, Nasrudin cepat-cepat bertanya, “Apa jawapannya Tok Guru?”

Hebat sungguh negaraku..gaduh tarik kereta pun sampai tembak mati..!


Penarik kereta maut terkena tiga das tembakan


10 Mei 2013 ALOR SETAR - Seorang penarik kereta maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya di sini malam tadi.

Mayat M. Nagenthiran, 30, ditemui kira-kira 15 meter dari kawasan rumah pangsa itu pada pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Kota Setar, DSP V. Savaranan yang dihubungi mengesahkan pembunuhan tersebut dan berkata seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai rakan mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Najib dan Rosmah melawat Bekas MB Kedah semalam

Najib lawat Azizan di HPP


11 Mei 2013 GEORGE TOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 1.30 tengah hari dan meluangkan masa bersama Azizan dan anggota keluarganya kira-kira 15 minit.

"Saya baru melawat Azizan dan Alhamdulillah pembedahan sudah berlangsung.Beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik," katanya kepada pemberita di sini.

Najib berdoa agar Azizan yang melalui pembedahan yang agak serius supaya cepat sembuh dan pulih.

"Sebagai pemimpin, walaupun Azizan dalam parti yang lain, saya hormati beliau sebagai sahabat. Terima kasih kepada ahli keluarganya kerana terima kedatangan saya dengan baik," katanya.

14 masa untuk turunkan semua poster dan banner berkempen..!


MBAS beri tempoh 14 hari


WARTAWAN SINAR HARIAN 10 Mei 2013 ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memberi peringatan kepada mana-mana parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) supaya menanggalkan segala bahan kempen yang digunakan dalam tempoh ditetapkan.

Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pihaknya mengingatkan bahawa segala bendera, poster mahupun kain rentang parti perlu ditanggalkan berdasarkan tempoh yang diberikan selepas pilihan raya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...