TERKINI :

Friday, May 10, 2013

Coretan pengundi saluran 3 - In Shaa Allah PRU14 kami akan kembali..!!

Nukilan Pengundi saluran 3,

Saya adalah salah seorang rakyat malaysia dan sudah menunaikan kewajipan mengundi sejak PRU12. Saya juga adalah generasi muda yang dikaitkan dengan generasi IT dan juga selalu mengikuti suasana politik semasa. Facebook, blog, tweeter,dan lain-lain web menjadi maklumat untuk saya nilai dan analisis.

Dahulunya sebelum cukup umur untuk saya mengundi, saya hanya mendapat maklumat daripada TV dan akhbar perdana. Ketika itu Tun Mahathir adalah Perdana Menterinya. Saya sendiri hampir mempercayai setiap berita yang disampaikan. Tetapi setelah saya membesar, timbul kesedaran bahawa adalah tidak adil untuk mengatakan hanya pembangkan sahaja yang salah. Pemikiran yang rasional akan mengatakan - kenapa tidak dinilai terlebih dahulu maklumat yang ingin disampaikan daripada kedua-dua belah pihak. Kalau di mahkamah sekalipun, hakim tidak terus menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dan hanya mendengar serta memihak kepada pendakwa setiap masa, sebaliknya didengari dahulu hujah, alasan serta melihat bukti dari kedua-dua belah pihak.

Antara 'kaki' & 'otak' Ust. Azizan....!


Nukilan untuk Azmin Ali oleh Pak Teh Kuala Kedah

Aris Awang aka Pak Teh Kuala Kedah


DENGAR SINI AZMIN ALI, PAK TEH NAK BERITAHU:-

PENIPUAN SPR YANG PERTAMA IALAH MENDAKWA DAKWAT KEKAL SELAMA 7 HARI. INI TAK SAMPAI TUJUH MINIT KOREK LUBANG HIDUNG PUN DAH HILANG !!!

ADAKAH AZMIN ALI BOLEH TERIMA PENIPUAN ITU ???

OLEH ITU DEMO PERLU DIADAKAN DALAM MASA TERDEKAT INI, UNTUK MENJELASKAN KEPADA RAKYAT, TERUTAMA KEPADA HANG (AZMIN) BAHAWA BN YANG BERKUASA MENGGUNAKAN SPR, JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, JASA DAN KESELAMATAN SERTA BERBAGAI UNIT TELAH BERGABUNG UNTUK MELAKUKAN MUSLIHAT LICIK MEMENANGI PILIHANRAYA SECARA YANG CUKUP SISTEMATIK WALAUPUN SEBENAR RAKYAT MELAYU CINA DAN INDIA TELAH MENOLAK BN.

Lima tahun tak lama, 'kan? Bekerjalah dan Allah menilai apa yang kita usahakan ....

FB Ahmad Lutfi Othman

Dari malam tadi, saya agak uzur. Mendengar Ustaz Azizan Abd Razak dipotong kedua-dua kakinya, paras lutut dan masih tidak sedarkan diri ketika itu, saya sebak dan hiba. Moga keluarganya tabah hadapi ujian besar ini. Wartawan Harakah, Azamin Amin yang rapat dengan Ustaz sentiasa SMS memaklumkan perkembangan terkini.

Pagi tadi, saya mengurung diri di rumah, tak terdaya nak ke ofis, kaki bengkak dan kejang. Dr Dzulkefly Ahmad telefon, tak sempat membalas.Telefon bimbit saya pula rosak dah 10 hari, tak sempat baiki. Bila menelefonnya balik dari tel rumah, Dr Dzul memberi respons segera, nadanya segar, sambil ketawa kecil: "Kita yang kalah pun ceria, anta pula macam letih." Dr Dzul menjelaskan sedikit perancangannya, terutama untuk bersama-sama membina parti dan kembali sepenuh masa dalam Pusah Penyelidikan PAS.

Sebelum Kedah jatuh......!

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Sejak pembubaran Parlimen sebulan lalu, saya dan rakan-rakan di Harakah agak sibuk dengan beberapa penerbitan khas, antaranya sisipan Bangkit dan tabloid Inikalilah! Sukar sekali untuk saya mencelah turun padang meninjau sendiri situasi akar umbi.

Meneliti laporan yang dihantar wartawan negeri atau mengikuti ulasan pantas media baru, termasuk foto menarik dalam Facebook, ia tentulah berbeda dengan saksi mata melihat perkembangan kempen PRU13 yang begitu rancak.

Memang saya sempat menjelajah setiap negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, sebelum Najib Razak puas hati dengan tarikh pilihan raya yang dipilihnya, tetapi suasana kritikal dua minggu sebelum hari pengundian tentulah lebih istimewa untuk dihayati.

Harakah edisi Isnin, 6 Mei, yang sepatutnya mula berada di pasaran pada 5 Mei, terpaksa kami awalkan pengeluarannya, bagi memastikan ia dapat berfungsi sebagai bahan terakhir kempen.

Justeru, deadline dipercepatkan, daripada hari Khamis dan Jumaat, kepada Rabu dan Khamis supaya ia dapat berada di pasaran pada Sabtu, sehari sebelum mengundi. Dalam masa sama saya terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan Bangkit khusus untuk negeri-negeri tertentu, yang tidak dikembarkan bersama Harakah.

Ust Azizan selamat menjalanie pembedahan potong kaki

Liang lahad untuk KEDUA BELAH KAKI Ustaz Azizan yang sedang digali di Muassasah darul Ulum, Pokok Sena. Bersebelahan dengan kubur Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor. Sama-sama kita doakan semoga Ustaz Azizan serta keluarganya tabah..

Doakan keselamatan dan kesihatan Dato' Seri Azizan bekas MB Kedah..
Liang lahad untuk KEDUA BELAH KAKI Ustaz Azizan yang sedang digali di Muassasah darul Ulum, Pokok Sena. Bersebelahan dengan kubur Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor. Sama-sama kita doakan semoga Ustaz Azizan serta keluarganya tabah..

Doakan keselamatan dan kesihatan Dato' Seri Azizan bekas MB Kedah..

Ustaz Azizan telah selamat menjalani pembedahan dan telah di bawa keluar ke wad untuk berehat.

Beliau dijangka menerima kunjungan PM, DS Najib esok hari.

terima kasih semua atas keprihatinan. Moga Ustaz Azizan segera sembuh.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...