TERKINI :

Wednesday, May 8, 2013

Live Dari Kelana Jaya - Himpunan Bantah Keputusan PRU13






Jika ini bukan suara kamu wahai Zuraida Kamaruddin sila nafikan.. Jika tidak Luuuuu POYOOOOOO...!!!


Ini pula pendapat ikhlas aku.

1. Aku tak berapa percaya berita di atas neh. Maksud aku berita dalam penulisan tue. Aku tak percaya Azmin Ali dan Zuraidah akan letak jawatan. Aku faham mereka mendambakan kedudukan yang mereka TIDAK layak berdasarkan pengalaman mereka dalam pentadbiran tetapi still aku tak percaya berita di atas neh benar.

2. Kenapa aku tak percaya?

3. Sebab ada orang dah pernah bagitau aku dulu antarapos tue pro umno.

4. So aku percaya berita di atas adalah sekadar mengambil kesempatan menimbulkan persepsi negatif.

Petua Untuk FAM hendak menaikkan ranking selepas PRU13

sunyum blackout...
admin pelik.. 3 gol M.U pun boleh ilang jugok.. hahahaha
cara nak naikkan ranking bolasepak.............

Azizan sampai nasihat pada Mukhriz sewaktu beliau melawat semalam di Hospital

Pesanan "Penting" Ustaz Azizan Kepada Mukhriz Semasa Di Hospital

Salam 1 Bangla...Sebak gua baca peringatan nii..Iaitu pesanan YB Azizan Razak bekas MB Kedah kepada YB Mukriz sewaktu MB Kedah yang baru ini melawat beliau di Hospital Pulau Pinang semalam..Hebatnya seorang ulamak..tetap menyampaikan kebenaran walaupun pahit dan dalam keadaan uzur sebegini,namun peringatan agar institusi Agama Islam yang menjadi nadi mentarbiyyah insan ke arah memperjuangkan agama Rabbani tidak sesekali dipinggirkan oleh pemimpin UMno Sekular yang baru dilantik oleh rakyat Kedah..Allahuakbarr..

PM Najib, sembuhkanlah penyakit, jangan setakat menghilangkan sakit...!!

oleh Aspan Alias

Terkini Di Kelana Jaya.

LIKE Jika Anda Setuju Kerajaan BN Adalah Kerajaan Yang Tidak Sah!
Membina sebuah negara bukan semudah yang ramai ahli-ahli politik fikirkan. Ia bukan setakat memenangi pilihanraya atau mengalahkan musuh politik semata-mata. Ia bukannya bersandarkan kepada janji-janji pembangunan fisikal semata-mata. Misalnya jika pihak UMNO menjadikan pembinaan ‘Komplek Kerajaan Putrajaya’ dan pembinaan KLCC sebagai contoh untuk menunjukkan kita membangunkan negara, itu merupakan andaian dan alasan yang tidak betul.

Bagi seorang pemimpin yang benar-benar mempunyai sisik kepemimpinan yang tulin, ia akan menganggap pembangunan fisikal ini sebagai sebahagian kecil dan apa yang dikatakan ‘nation building’ itu. Pembangunan negara atau ‘nation building’ itu melingkupi banyak perkara dan elemen-elemen penting yang lain yang mesti diambil perhatian.

Tidak berguna kita mempunyai pembangunan fisikal yang besar tetapi ia tidak melengkapkan negara itu sebagai sebuah negara yang membina tamadunnya yang tersendiri dan bernilai tinggi. Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berjaya membina identiti negaranya yang baik dan sempurna, baik dari segi kehidupan sosial rakyatnya, politiknya, serta pembangunan ekonominya.

[Gambar Di Kelana Jaya] Wahai BN.. Ini baru dinamakan Tsunami Rakyat...!!!

LIVE DARI STD. MPPJ KELANA JAYA
 

Alhamdulillah..Terima Kasih Kerajaan BN atas pengumuman ini..!!

 

Gardenia who owned by BN crony, Syed Mokhtar, had made their first move to take back from us. Before general election, RM3.80, now RM4.20. More to come from BN.
 

PRU13: Iktibar dari Medan Uhud

Mohd Azmir bin Maideen, 08 Mei 2013

Kemenangan dan kekalahan hanyalah sebuah kepelbagaian variasi dan warna dalam kehidupan manusia. Ada waktu kita berada di puncak, ada waktu kita berada di pelosok yang gelap. Orang yang meyakini bahawa cahaya akan muncul tiba, tidak akan berputus asa mencari sinar yang mencerahkan. Sebaliknya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hilang upaya kerana menyerah kalah sebelum berusaha justeru jatuh terperuk dalam kelam yang dalam.

Dalam putaran itulah Allah memisahkan hamba-Nya yang beriman dan munafik, mengasingkan hamba-Nya yang tabah dan yang rebah. Betapapun kekalahan membawa padah, orang yang beriman kepada Allah tetap melihat kegagalan yang berlaku ibarat perahan yang memisahkan air manis dari serabut tebu. Anologi ini menjadi petunjuk penting di dalam Perang Uhud yang berlaku pada tahun ke-3 Hijrah.

Rasulullah SAW dan Para Sahabat tiba dari bukit Uhud membawa duka kecundang yang mendalam. Duka atas gugurnya perajurit Muslimin dan salah seorangnya adalah Hamzah bin Abdul Muttalib. Baginda Nabi turut terjatuh ke dalam lubang yang begitu dalam digali oleh Abu Amar Ar Rahab sehingga menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda terbelah luka, pipi baginda cedera berdarah dan giginya patah.

Bagus rasanya Ibu Negeri Pahang di tukar ke Parlimen PM..!!

Elok ibu negeri Pahang dipindah ke Pekan

KUALA LUMPUR: PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan.

“Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan Pekan meningkat secara mendadak,” tulis Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam facebook.
Menurutnya, Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih 67,000 sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47,000 sahaja.

“Pertambahan lebih 20,000 pengundi mencerminkan kadar kelahiran mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1Malaysia yang diperkenalkan PM,” tulis beliau lagi.

Prof Agus sarankan semua terima sahaja keputusan SPR jika tak puas hati buat petisyen..!!

 
Saya menerima pertanyaan: patutkah hadir dalam perhimpunan membantah keputusan pilihan raya malam ini?

Begitulah realitinya pasca PRU. Masih ada lagi yang tidak puas hati. Saya katakan pada sahabat, terimalah keputusan yang telah diumumkan. Jika tidak puas hati, buat petisyen pilihan raya dalam masa 21 hari setelah keputusan diwartakan SPR. Lakukan bantahan melalui saluran undang-undang bukan jalanan.

Di pihak BN pula, cukuplah kita pesoalkan sikap pengundi Cina. Kita bangunkan semangat penyatuan nasional, bukan hanya melibatkan penyatuan UMNO-PAS, tetapi penyatuan yang melibatkan semua kaum dan semua parti.

Berjiwa besarlah semuanya untuk negara. Setelah pilihan raya selesai, sekarang adalah masa untuk kita bekerja dan terus berbakti kepada negara. Lima tahun kita mengundi lagi.

Akhirnya, teringat saya kata-kata Norman Cousins: "Kerugian paling besar dalam hidup bukanlah mati, tetapi apabila jiwa kita mati sementara masih hidup."

Mahfuz dan Mukhriz beriringan selepas melawat Ustaz Azizan.

Mahfuz dan Mukhriz beriringan selepas melawat Ustaz Azizan.

[UPDATE 5.34PM] Penafian Mantan MB Meninggal Dunia

Sekali lagi kami menafikan dan menegaskan bahawa berita kononnya Ustaz Azizan telah meninggal dunia adalah PALSU semata-mata.

Beliau semakin menunjukkan perkembangan positif sejak dua jam lalu dan mula menggerak-gerakkan tangan. Bacaan tekanan darahnya juga normal.

Pun begitu beliau masih dibawah pengaruh ubat dan lemah untuk merehatkannya.

Sama-samalah kita doakan beliau kembali sembuh seperti sedia kala untuk menyambung perjuangan memimpin PAS Kedah. Insya-Allah.

PRU13 - Awat la jadi sampai lagu nie langsung..pulun nak menang sampai lupa dosa pahala golongan yang bersekongkol nie..?

Taktik Kotor SPR Untuk Memenangkan BN Perak Terbongkar?

Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .
Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi itu oleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.
Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .
Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.
“Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.

DAP CINA..CINA DAP..DAP RASIS.. Habih 3 orang nie CINA bangsa apa pulak..??

BERITA YANG TIDAK DIULAS TV3 & RTM , MELAYU DAP MENANG 3 KERUSI TEWASKAN CINA BN..!!!...Lagi berita LINK sini ==>>> http://pkrl.blogspot.com/2013/05/berita-yang-tidak-diulas-tv3-rtm-melayu.html

[UPDATE] Keberangkatan tiba YDP Agong ziarah Ust Azizan di Hospital Penang

Keberangkatan tiba YDP Agong... — at Hospital Pulau Pinang
Keberangkatan tiba YDP Agong...

[UPDATE] MB Kedah ziarah mantan MB Kedah di Hospital Penang

 
3 minutes ago via Mobile

YAB Datuk Mukhriz tiba... — at Hospital Pulau Pinang.

Senarai penuh keputusan untuk Parlimen dan Dun seluruh Kedah

Kat bawah ni senarai penuh keputusan untuk Parlimen dan Dun seluruh Kedah


P4 LANGKAWI
Jumlah Pengundi: 37,536
Datuk Ir Nawawi Bin Ahmad (BN) - 21,407
Ahmad Bin Abdullah (PKR) - 9,546
Marina Binti Hussein (BEBAS) - 180 (HD)
Majoriti: 11,861
Jumlah Undi: 31,877 | Peratus mengundi: 84.92% | Undi rosak: 744

N1 AYER HANGAT
Jumlah Pengundi: 20,130
Mohd Rawi Bin Abd Hamid (BN) - 11,166
Zubir Bin Ahmad (PAS) - 5,855
Majoriti: 5,311
Jumlah Undi: 17,313 | Peratus mengundi: 86.01% | Undi rosak: 292

N2 KUAH
Jumlah Pengundi: 17,406
Nor Saidi Bin Nanyan (BN) - 10,263
Datuk Ahmad Bin Kasim (PKR) - 3,892
Zaflee Bin Pakwanteh (BEBAS) - 117 (HD)
Majoriti: 6,371
Jumlah Undi: 14,563 | Peratus mengundi: 83.67% | Undi rosak: 291

Cadangan Mencabar kredit SPR

Assalamualaikum....
Saya ingin mencadangkan kepada TB supaya menfailkan satu semakan kredibiliti SPR dalan isu dakwat kekal sahaja dalam PRU 13.
Saya mencadangkan agar :
    
     1.  Semakan bahawa SPR telah gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya
          untuk membekalkan dakwat kekal dengan kualliti sebagaimana yang     
          diumumkan seblm PRU13 kepada semua petugas SPR di pusat pengundian.
     2.  Mencadangkan bahawa SPR telah dengan sengaja, memberikan gambaran
          yang salah kepada Yang Dipertuan Agung dalam penggunaan dakwat kekal
          dan kualiti dakwat tersebut dan telah menipu Yang Dipertuan Agung
     3.  Mencadangkan bahawa SPR telah dengan sengaja, gagal menyelesaikan
          persoalan tentang kualiti dkwat yang ditimbulkan oleh pengundi, sebaliknya
          dengan sengaja, memberi maklumat yang salah tentang kualiti dakwat kekal
          tersebut.
     4.  Mencadangkan bahawa SPR telah hilang kredibiliti dan keupayaan untuk
          bersifat telus dalam isu penggunaan dakwat kekal semasa pengundian PRU13.
Lepas tu baru failkan semakan mahkamah bahawa Akta 9b SPR (kalau x salah) adalah
tidak sah kerana SPR telah hilang kredibiliti dan tidak bersifat telus, seterusnya menjadikan
daftar pemilih SPR juga tidak telus.
Harap pihak TB memanjangkan cadangan ini kepada pemimpin dan peguam PR sebagai
langkah pertama untuk mencabar SPR.
Terima kasih.
NIKMAT SALLEH @ gmail.com

Info terkini mantan MB...YDP Agong dijangka berangkat tiba sebentar lagi..!!

Terkini.. Ustaz masih belum sedar, YDP Agong dijangka berangkat tiba sebentar lagi. — at Penang General Hospital
Terkini.. Ustaz masih belum sedar, YDP Agong dijangka berangkat tiba sebentar lagi.

Satu Analisis - Pakatan tumbang oleh undi Melayu di Kedah

oleh: Zulkifli Yahaya

http://4.bp.blogspot.com/-LEqP_wqHSNE/UBDaDODcsPI/AAAAAAAAAsU/Fbn1yvQiNr8/s1600/PASKedahTumbang+Pas+Celaka+Pas+jual+agama+PAS+pis+pus.jpg
Beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan, saya dan beberapa penggerak isu semasa di Kedah dipanggil oleh Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar. Kami meneliti meneliti sebuah kajiselidik yang dijalankan oleh sebuah badan professional. Perihal di seluruh negara, secara umumnya sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot sebanyak empat peratus berbanding enam bulan sebelumnya.

Apa yang mengejutkan dalam kajian tersebut ialah kemerosotan sokongan Melayu terhadap Pakatan berlaku paling teruk di Kedah, iaitu sebanyak 9 peratus! Jika pada September 2012 sokongan Melayu untuk Pakatan ialah 53 peratus, namun Mac 2013 sokongan merosot tinggal 44 peratus sahaja. Mengikut kajian tersebut, kerusi DUN yang mampu dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Kedah cuma 14. Mahfuz melahirkan kebimbangan Pakatan akan kalah di Kedah jika perkara tersebut tidak berjaya diatasi.

Hanya Berita PALSU mantan MB Kedah meninggal dunia

makluman untuk semua..siapa yg dok bawak cerita mengatakan mantan MB meninggal dunia... dari sumber maklumat kami ini berita PALSU sahaja..beliau cuma dimasukan ke wad untuk rawatan. Sila hentikan sebaran maklumat berita palsu ini.

note : pesanan kepada penerangan pas kedah...hangpa pantas la sikit update benda benda mcm nie jgn dok sembunyi2 beliau masuk wad ka dak ka...umum sahaja awai2 kata mantan mb masuk wad habaq sahaja kat rakyat dibawah nie bolehlah juga kami mohon doa untuk keselamatan beliau....

Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina telah lakukan?

Oleh Daniel Teoh Tzu Yong

Sejurus selepas mengetahui bahawa Barisan Nasional telah memperolehi bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, Encik Najib Razak telah memberi analisis ringkas beliau terhadap keputusan Pilihan Raya Umum 13. Ia cukup senang: tsunami Cina.

Mungkin ini kerana penasihat-penasihat beliau merasakan dua perkataan ini mampu mengekalkan beliau sebagai Presiden Umno dan juga Perdana Menteri Malaysia. Kebetulan pula, parti DAP mendapat keputusan yang paling cemerlang dalam sejarah parti itu dan kini menjadi parti pembangkang terbesar dalam Parlimen.

Kita sedia maklum dengan tanggapan BN terhadap DAP: Parti Cina chauvinis yang sentiasa mengkritik kerajaan (Melayu) di samping hanya mengangkat agenda-agenda Cina seperti pendidikan sekolah Cina.

Bekas speker Dun Kedah Akur kehendak rakyat

Bekas Speaker Dun Kedah akur keputusan rakyat
Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
Dr Abdul Isa
Dr Abdul Isa sempat melambai tangan kepada media selepas 
keluar meninggalkan pekarangan Wisma Darul Aman kira-kira jam 11 pagi, semalam.
 
ALOR SETAR - Bekas Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail akur keputusan rakyat yang mahu pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam masa sama, katanya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Pas juga telah melaksanakan yang terbaik sepanjang lima tahun pemerintahan.

“Saya tidak sedih. Ini takdir, kita kena terima. Kita hormati keputusan rakyat. Kita sudah buat buat yang terbaik. Kalau rakyat nak balik kepada kerajaan dahulu, kita kena terima,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Alhamdulillah TQ NAJIB & BN - Caj tambahan elektrik bagi bil RM77 ke atas

FOTO: GETTY IMAGES

CAJ tambahan satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Bhd hanya dikenakan kepada 25 peratus pengguna domestik sebagai sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan Tarif Galakan (FiT) yang berkuat kuasa sejak 1 Disember 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek berkata, caj tambahan satu peratus itu hanya akan dikenakan kepada pengguna dengan jumlah bil elektrik RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

“Sehingga awal tahun ini, Seda telah mengutip RM321.46 juta untuk tujuan membiayai projek-projek tenaga boleh diperbaharui.

Selepas menang nie keraplah turun jumpa rakyat... Alasan seboh dah tak boleh pakai dah..!!!

Perlu lebihkan ‘personal touch’ antara pemimpin, rakyat
Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
SUNGAI PETANI - Walaupun mendapat rungutan berhubung sukar untuk bertemu dan mendapatkan bantuan daripadanya, Datuk Johari Abdul tidak mudah melatah sebaliknya tetap bersyukur dengan sokongan rakyat terhadapnya.

“Sebagai wakil rakyat memang masa saya agak terhad kerana banyak perkara perlu diuruskan, bagaimanapun tidak pernah meminggirkan rakyat malah tetap mengutamakan mereka.

“Bagi saya, isu ini satu cabaran sebagai wakil rakyat. Saya tak boleh salahkan mereka (rakyat) yang mengadu sukar berjumpa saya dan sebagainya,” katanya yang mempertahankan Parlimen Sungai Petani.

Nik Aziz berundur sebab kesihatan

Nik Aziz
Nik Aziz
 
KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berundur daripada jawatannya selepas 23 tahun kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Nik Aziz, 81, diganti oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, 63, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Pekan.

Bagaimanapun, beliau sedia untuk terus memegang jawatan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Mursyidul Am Pas, katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pulau Melaka di sini, hari ini.

Azizan Razak sakit jantung ke ICU Hospital P.Pinang


http://2.bp.blogspot.com/-7uBJ3SZ1M4M/TsunAla8DXI/AAAAAAAAASw/K_ReDMPl0Ek/s1600/1.+PJ+Dato%2527+Seri+Ustaz+Azizan+Abdul+Razak.jpg
Datuk Seri Azizan Razak malam tadi dikejar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang dekat George Town.

Bekas Menteri Besar Kedah itu dikatakan berdepan kompilasi jantung pada tahap kritikal.

Difahamkan, beliau petang tadi dipindah dari Kedah Medical Center (KMC).

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Kedah itu menerima kritikan banyak pihak ekoran Kerajaan Negeri berjaya dirampas oleh Umno Barisan Nasional sempena PRU13 baru-baru ini.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

http://faqar.blogspot.com/2013/05/azizan-razak-sakit-jantung-ke-icu.html




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...