TERKINI :

Tuesday, May 7, 2013

Bertuah....!!! jika untung 'mereka' mungkin laa berubah...!!!

Malaysia perlu berubah ke arah satu politik baru yang lebih matang.

Banyak media melaporkan keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami kaum Cina. Ini kerana ramai orang Cina mengundi DAP. Saya berbeza pandangan dengan kenyataan di atas.

Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat--dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dll--yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.

Mereka bangkit kerana mahukan pendemokrasian diberikan ruang sewajarnya untuk mengambil tempat dalam negara kita.

Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.

Kami bukan rasis tapi bijak - DHPP jawab Utusan

KUALA LUMPUR: Jika ditanya "Orang Cina mahu apa", saya mahu jawab orang Cina mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah dan amanah, kata Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam juga di muka depan akhbar tersebut berkata "mereka (Cina) sangat rasis".

Ekoran kalah di Parlimen Bukit Katil, beliau menyalahkan orang Cina kerana tidak memilih beliau dan menyifatkan orang Cina tidak mengenang jasa.

Manakala semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya berkata, pilihan raya kali ini merupakan 'Tsunami Cina'.

"Orang Cina bukan rasis tapi kami bijak. Kami jelas dengan apa yang kami mahu iaitu pembangunan dan masa depan negara.

"Orang Cina mengutamakan pemimpin yang amanah dan bersih, tidak kira dari kaum apa pun," kata Vincent ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Rafizi ketuai pasukan kumpul bukti penipuan PRU13

Harakahdaily, 07 Mei 2013

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan penyiasat untuk mengumpul bukti serta sebarang penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Perkara itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut Anwar, pasukan penyiasat itu terdiri daripada pimpinan tertinggi dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat dan akan memulakan siasatan ke atas seluruh negara.

"Pasukan beliau (Rafizi) akan memadankan bukti-bukti tersebut dengan analisa keputusan di setiap kawasan Parlimen yang keputusannya telah diselewengkan," kata Anwar.

"Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan membentangkan bukti kepada orang ramai bahawa (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi pilihan raya ini melalui penipuan dan penyelewengan," katanya lagi.

Jangan polimikan isu perkauman kerana kekurangan sokongan

oleh Aspan Alias

‘Rumah siap pahat mula berbunyi’. Masing-masing menyalahkan pihak lain kerana kegagalan dan kekurangan sokongan. BN kecewa kerana hampir kalah dalam pilihanraya ini dengan mendapat jumlah kerusi yang jauh kurang dari PRU ke12 yang lalu. BN menyalahkan orang Cina kerana kekalahan banyak kerusi BN di seluruh negara.

Pakatan Rakyat menyalahkan pihak kerajaan kerana penipuan yang berlaku dalam pilihanraya yang baru selesai ini. Pihak Pakatan menuduh kerajaan kerana manipulasi yang merata di dalam pemilihan dua hari lepas.

BN dikatakan telah memberi ruang kepada pendatang asing untuk mengundi dengan cara haram dan dilakukan secara sitematik. Bagi saya ini sudah berlaku dalam banyak pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Isu ini merupakan isu lama tetapi akhir-akhir ini menjadi isu besar kerana rata-rata rakyat mahukan perubahan.

Isu "PRU13 & Bangsa" - Adakah Salah DAP atau UMNO..??

 
Walaupun saya kurang gemar berbicara mengenai isu "PRU & Bangsa" ini, tapi ada sedikit "ter"buat kajian statistik PRU13 dan cuba melihat dari perspektif mereka yang menjadi gusar disebabkan DAP memenangi lebih banyak kerusi dan menggesa penyatuan antara PAS dan UMNO.

Berikut adalah kerusi yang DAP (Pakatan Rakyat) MENANG:

1) P48 Bukit Bendera, DAP vs Gerakan (74% Cina 14% Melayu).
Calon DAP, Zairil Khir Johari berbangsa MELAYU menang melawan Gerakan Teh Leong Meng di kerusi majoriti CINA.

2) P80 Raub, DAP vs MCA (50% M, 40% C).
Calon DAP, Ariff Sabri berbangsa MELAYU menang melawan MCA Ho Khai Mun di kerusi majoriti MELAYU.

Ini adalah kerusi yang PKR (Pakatan Rakyat) MENANG:

3) P100 Pandan, PKR vs MCA (48% C, 44% M)
Calon PKR Mohd Rafizi Bin Ramli menang melawan MCA Lim Chin Yee di kerusi majoriti CINA

4) P124 Bandar Tun Razak, PKR vs MCA (52% M, 37% C)
Calon PKR Abd Khalid Bin Ibrahim menang melawan MCA Tan Kok Eng di kerusi majoriti MELAYU

Bukan setakat di Kota Damansara.. diharap PAS PUSAT 'HUKUM' semua yang engkar arahan..!!

PAS S'gor mahu 'calonnya' di Kt Damansara dihukum

NONEPAS Selangor akan membuat laporan kepada jawatankuasa pusat parti itu terhadap anggotanya Ridzual Ismail, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Selangor yang melanggar arahan tarik diri daripada pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad (kiri) berkata, tindakan Ridzual telah memecahkan undi dan menyebabkan calon rasmi Pakatan Rakyat Dr Mohd Nasir Hashim tewas.

Dr Mohd Nasir, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang juga penyandang kerusi itu bertanding atas tiket PKR.

"Kepimpinan akan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yagn sesuai," kata Khalid dalam sidang media hari ini.

Mai pakat USHA JANJI BN... Selepas itu apa lagi kita mintak la ramai-ramai..!!

Baguih Pandangan Dato Saifuddin Abdullah berkenaan tajuk UTUSAN hari ini...!!!


Hari Pertama Mukhriz MB Kedah - "Sekarang kosong saja atas meja, tengok dua minggu lagi tinggi dengan fail nanti".

Mukhriz mulakan tugas sebagai Menteri Besar

7 Mei 2013
Muhkriz sumpah
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah 
yang baru di hadapan empat anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Foto Bernama
 
ALOR SETAR - Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini memulakan tugas baharunya sebagai Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini tepat pukul 9 pagi.  

Mukhriz, 49, yang juga anggota dewan undangan negeri Ayer Hitam menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Pas) sebagai menteri besar setelah Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Kedah dengan memenangi 21 kerusi daripada 36 kerusi Dun.

Ketibaan beliau di Wisma Darul Aman berpakaian sut hitam pada pukul 8.45 pagi, disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) Datuk Rasli Basir, Setiausaha Sulit  Kanan Menteri Besar Kedah Helmi Yahya dan kakitangan pejabat Menteri Besar.

Mukhriz diberikan taklimat ringkas mengenai Pejabat Menteri Besar oleh SUK  selama 30 minit di tingkat tiga, pejabat baharunya itu.

Ketika berada di pejabatnya, beliau sempat berseloroh: "Sekarang kosong saja atas meja, tengok dua minggu lagi tinggi dengan fail nanti".

Kerusi Kulim/Bandar Baharu - BN rampas kesemua dari PR..!!

PRU-13: BN Kulim-Bandar Baharu tebus maruah menang semua kerusi

BANDAR BAHARU 7 Mei - Barisan Nasional (BN) Kulim-Bandar Baharu menebus semula maruah mereka yang tercalar pada pilihan raya umum (PRU) 2008, apabila merampas kesemua tiga kerusi di Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum ini.

Selain kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, BN turut menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim dan Bandar Baharu di bawah kawasan Parlimen itu.

Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, 50, yang memenangi kerusi Parlimen itu berterima kasih kepada pengundi di kawasan itu dan berjanji akan memberi khidmat terbaik di Kulim-Bandar Baharu.

Pada pilihan raya umum Ahad lepas, Abdul Aziz menewaskan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dengan majoriti 1,871 undi.

Sementara itu, calon termuda BN Kedah, Datin Nor Sabrina Mohd. Noor, 34, yang menewaskan calon Pas, Mohd. Khairi Mohd. Salleh dengan majoriti 2,069 undi di kerusi DUN Bandar Baharu berkata, kemenangan itu menunjukkan pengundi di kawasannya bersedia menerima wanita sebagai wakil rakyat mereka.

Akhirnya PAS & UMNO Bergabung juga..!!!

 
TAHNIAH PADA PENYOKONG PAS & BN DI KAWASAN INI
SEMOGA DIKAWASAN LAIN PUN HANGPA DOK BERKAWAN
DAN BERSATU MACAM NIE LAA.. KITA KAWAN-KAWAN 
TAK MAU LAWAN.....

Analisa KAWASAN PARLIMEN PR di Kedah... ada banyak tak kena nampaknya..!!

Assalamu'alaikum, selamat pagi, salam 1dunie...

Panas jugak malam pengumuman itu, nak-nak jatuh pulak tanah tumpah darah NEGERI JELAPANG PADI.. 'Lepas ni jadi JELAPANG BIRU balik laa' ,lawak kawan gue..

Dan paling tidak boleh diterima dalam analisa awal melalui pengumuman Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Yusof Hussain (mantan Senator Dewan Negara bertaraf Dato' dahh) adalah "faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang 'all out' "

Dah memang pilihanraya, mestilah semua 'all out' ..Awat Pas Kedah tak mau 'all out' gila-gila waktu hari tu, pastu nak bg alasan si Mukhriz tu dah 'all out' ???

Paling mengecewakan apabila Pas sendiri yang gagal mengekalkan kerusi-kerusi Parlimen yang pernah dimenangi di Kedah iaitu; P7 Padang Terap, P11 Pendang, P12 Jerai, P13 Sik dan P16 Baling.

Pas juga hanya menang 9 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 16 pada PRU 2008.

Sejuk tak Tengok MB BARU kita nie..!!???

Photo: MB Kedah...yang Baru 
ALHAMDULILLAH.. MB KEDAH YANG BARU...
SEMOGA DIKEKALKAN KELAS-KELAS AGAMA 
YANG BERCAMBAH DI MASJID-MASJID DAN SURAU-SURAU DI KEDAH
SEWAKTU ZAMAN UST AZIZAN DAHULU..

Bagus Juga KEMENANGAN BELUM DI ANUGERAHKAN.. banyak lagi nak kena seattle nie...!!!

Analisis Keputusan Pakatan Rakyat PRU Ke 13.

Semangat sikit. Kita bukan kalah. Kita sebenarnya menang. Data menunjukkan bahawa ;

Kedudukan kita di parlimen meningkat. Dari 75 kita mendapat 89 kerusi. Kedudukan PKR dan DAP bertambah baik. Prestasi PAS jatuh dengan kehilangan 7 kerusi parlimen meskipun mereka dapat MERAMPAS 5 kerusi parlimen dari BN.

Pada PRU ke 12 ;

PAS 23
PKR 23
DAP 29

75, awalnya 81 dengan wakil lompat.

Pada PRU ke 13 ;

PAS 21
PKR 30
DAP 38

DAP meningkat paling banyak. Dengan 23 kerusi menjadi 38 kerusi. Peningkatan sebanyak 15 kerusi.
PKR 7 kerusi. PAS merosot dengan kehilangan 2 kerusi parlimen. 

Ini menjadikan dari segi hujah adalah amat layak ketua pembangkang kita haruslah di pilih dari parti DAP. Bagi sesiapa yang tidak setuju tue mungkin ada pendapat tersendiri. Korang bebas ada penilaian sendiri, jangan risau untuk berbeza. Sejujurnya kalau tanya aku, kerusi ketua pembangkang harus dilantik dari parti DAP kerana mereka la yang memenangi banyak kerusi parlimen pada pru ke 13. Kalau ikut merit, maka DAP la paling layak.

Aku tak kisah jika ketua pembangkang ialah Lim Guan Eng. Bagi aku cukup, kalau dia buat kerja, laksanakan amanah dan itu dah oke. Kalau dia salah aku akan kritik dia macam biasa.  

Jika ada yang tidak bersetuju atas alasan agama dan kaum, aku mungkin nak sharekan sikit pendapat peribadi aku. Mungkin korang dah terpengaruh dengan permainan UMNO disini. Siapa kata jika DAP jadi ketua pembangkang, melayu akan tertindas? Fakta tidak menyokong kenyataan itu. Aku tidak setuju jika ditakut2kan seperti ini. At least nak menuduh sesuatu pun biarlah benda itu dah pun berlaku. Dan jika benda tue dah berlaku, bangun bangkit dan melawan. Kenapa ko duduk saja dan biarkan diri ko ditindas. Bodoh ke kau?

Siapa sebenarnya yang KALAH dalam PRU13?

oleh TKO

 
Siapa yang sebenarnya kalah dalam pilihan raya kali ini? Kalau ikut kiraan kerusi BN dapat 133 manakala PR 89. Kalau diambil kira kerusi di semanjung  BN hanya 86 sahaja (22 Sabah dan 25 Sarawak) Manakala PR pula ialah 80 (Sabah 3 Sarawak 6)
 
Sebenarnya kiraan kerusi tidak menepati kehendak rakyat Malaysia, sebab ada kerusi yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai manakala ada yang sedikit. Kalau ikut peratus penduduk yang mengundi BN dan PR kita dapati BN hanya memperolehi 46.8% manakala PR 50.3%. Yang selebihnya adalah sokongan kepada BEBAS.

Apa yang boleh dibangga oleh Dato Seri Najib atas kemenangan BN??

Facebook Mendesak Azizan Letak Jawatan??

oleh TKO



Terjumpa Facebook Minta Azizan Letak Jawatan. Facebook ini baru lagi, maknanya selepas PRU-13. Saya mungkin 'kurang cerdik' letak jawatan apa? Menteri Besar ke? Hangpa dok gaduh nak dia letak jawatan akhir Allah terima doa hangpa semua.. Apa lagi boleh buat kenduri kesyukuranlah.

Letak Jawatan Persuruhjaya PAS Kedah?? Tahu tak jawatan itu adalah hak mutlak Presiden. Kalau galak sangat nak suruh letak jawatan, pi lah jumpa presiden senya-senyap. Tak payah heboh satu Malaysia (dunia..).

TANDA TANYA PRU 13..kenapa..kenapa...kenapa....????

 
TANDA TANYA PRU 13

1. Kenapa jumlah pengundi di parlimen Kuantan lebih rendah drpd parlimen Pekan sedangkan jumlah daftar pemilih sebaliknya.

2. Kenapa banyak peti undi datang kemudian utk memenangkan BN sedangkan pengiraan awalnya BN kalah.

3. Kenapa banyak tempat berlaku Blackout semasa pengiraan undi.

4. Kenapa dakwat kekal yg mengelakkan pengundian berganda boleh hilang dlm masa 1 jam saja.

5. Kenapa banyak kerusi BN menang tipis sedangkan ianya kawasan kuat mereka.

6. Kenapa ramai sangat Mat2 Bangela di saat2 akhir PRU berlansung.

7. Kenapa keputusan PRU di Sarawak diumumkan dulu sedangkan di Selangor keputusannya agak lewat. Media dan kemudahan perhubungan di Selangor lebih baik drpd Sarawak.

Facebooker dan Blogger UMNO sedang main api perkauman.. takan POLIS tengok saja kot..??

Penyokong BN ajak ulangi 13 Mei, lihat .. nape polis tak tangkap ble kuar kenyataan yg blh menyebabkan huru hara mcm nie? kalu belah pr cepat je tangkaphttps://www.facebook.com/shahrizad.diah
 
Penyokong BN ajak ulangi 13 Mei, lihat .. nape polis tak tangkap ble kuar kenyataan yg blh menyebabkan huru hara mcm nie? kalu belah pr cepat je tangkap https://www.facebook.com/shahrizad.diah

Kerusi yang DAP menang semuanya lawan MCA kecuali Gelang patah sahaja lawan UMNO..!!

 
Sebenarnya sya dah malas nak update status politik agik.. tapi rasa saya perlu gak menepis sedikit sebanyak pesepsi yang mengatakkan bahawa kaum Cina telah menghilangkan kuasa orang Melayu dalam politik Malaysia.

Kalau DAP tu dikatakan sebagai Parti Cina... tahu tak anda bahawa DAP menang lebih banyak kerusi itu kerana menentang Cina sendiri MCA yg mana 100% Parti Cina. Hanya satu Kerusi DAP menang menentang UMNO iaitu Gelang Patah. Tapi Gelang Patah itu dulu memang kerusi MCA yg mana Ghani Othman hanya kambeng hitam yg diletakkan melawan LKS utk membunuh karier politik dan pengaruh EX-MB Johor itu sendiri dan dijadikan point utk melihat Cina menentang Melayu. ( in purpose )

Jadi kenapa nak mainkan ISU KAUM CINA semakin kuat mengikis pengaruh Melayu? Mungkin tak ada pun kerusi Melayu jatuh ke tangan DAP!! DAP kuat sebab berjaya merampas kerusi dari MCA!... kena ingat BN tu bukan PARTI MELAYU, kalah BN kat tangan DAP bukan bermakna kalah Melayu kat tangan Cina.. that's fact!

AGUS - Dengarlah UMNO ini bukan tsunami cina, ini gelombang kedua kebangkitan rakyat Malaysia...

 
Banyak media melaporkan keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami kaum Cina. Ini kerana ramai orang Cina mengundi DAP. Saya berbeza pandangan dengan kenyataan di atas.

Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat--dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dll--yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat. Mereka bangkit kerana mahukan pendemokrasian diberikan ruang sewajarnya untuk mengambil tempat dalam negara kita.

Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.

Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita.

Lagu BERSATU dimainkan semula untuk ajak PAS bersatu dengan UMNO...!!


Sebelum nie SPR Kantoi...tapi ini BN Baling pulak kantoi...


NILAI MAKCIK TU HANYA DENGAN WANG...
BAYAR LA SAJA KAT DIA BUKAN NAK LUAK PUN
DUIT UMNO BN TUUUU....

SPR kantoi.. BN kantoi kini LELAKI YG PAKAI UNIFORM Polis pulak kantoi...!!


Pas kedah tubuh jawatankuasa khas kaji kekalahan PRU13

ALOR SETAR - Pas Kedah akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti punca kekalahan teruk parti itu, sehingga hilang kuasa kerajaan negeri kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya umum Ke-13 (PRU13), semalam.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata Pas Kedah juga akan mengkaji semula struktur pimpinan parti itu termasuk jawatan Pesuruhjaya negeri yang kini dipegang Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Bila berlaku kekalahan seperti ini, Pas Pusat akan melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji semua struktur kepimpinan bagi melihat dari segi jangka masa panjang," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Pada majlis itu, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah.

Pada PRU13 semalam, Pas hanya menang sembilan daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 16 pada PRU 2008.

Adakah PAS akan mula mengintai JAWATAN MB SELANGOR..atau dikekalkan kepada KHALID..???

Huh...

Khabarnya Selangor Masih Belum Memilih Calon MB Dan Dikhabarkan Mengambil Masa Selama 1 hingga 2 Minggu Lagi Kononnya Untuk Berbincang Bagi Memutuskan Siapa Bakal MB Selangor.
Harus ADMIN Ingatkan Kembali Kepada Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Bahawa Sokongan Besar Rakyat Selangor Terhadap Pakatan Rakyat Memenangkan PR Di Selangor Semalam Dengan Memberikan Majoriti Yang Besar & Kerusi DUN Yang Banyak Semalam Adalah Bukti Jelas Sokongan Penuh Mereka Terhadap Kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Sepanjang 5 Tahun Mentadbir Selangor...

Jangan cuba nyalakan API PERKAUMAN....kami tiada masalah sokongan antara CINA, INDIA & MELAYU..ini buktinya..!!

 

Jangan cuba nyalakan API PERKAUMAN.....Jika anda MENUDUH DAP tidak mengundi PAS & PKR, Bermakna kamu telah MENYELIDIK SETIAP UNDI KAMI.....Ini bermakna, PILIHANRAYA kali ini memang TIDAK TELUS.....

Jangan cuba pecahkan keharmonian dan kesepakatan kami dalam PAKATAN RAKYAT...Cukuplah kamu selesaikan Kecelaruan UMNO-MIC-MCA sendiri dan jgn palitkan kecelaruan kamu terhadap KAMI..!!!

Stupid Racism from UMNO-BN....-Jahar

Koleksi SPR Kantoi....


Nah.. 1malaysia 50% sokong PR tapi mai rakyat duduk obersea da undi awal cuma 12% masuk akal kaa..???

'Kemenangan kami dirompak', dakwa Anwar
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
7 Mei 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan pilihan raya umum kelmarin sepatutnya menyebelahi Pakatan Rakyat (PR) tetapi "telah dirompak."

Anwar mendakwa, PR sebenarnya adalah pemenang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun berlaku unsur penipuan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyumbang kepada kekalahan perikatan itu.

"Kita sudah menang tetapi kemenangan itu dirompak oleh BN...," ujar beliau dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya, semalam.

Ketika ditanya peningkatan kerusi kali ini berbanding, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan, "ini bukan (soal) tambah kerusi, tapi kami menang... (sudah) menang."




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...