TERKINI :

Monday, May 6, 2013

Page fb anakkedah mendesak Azizan Meletak Jawatan sudah wujud..!!

Oleh AnakKedah007


Kepada sahabat semua kami dengan ini melancarkan PAGE : AZIZAN SILA LETAK JAWATAN

Pada kami beliau mesti bertanggungjawab akan kekalahan negeri KEDAH... Jadi kita lihat siapa yang nak follow kami membuat reformasi ini....

JOM LIKE : https://www.facebook.com/AzizanSilaLetakJawatan

KEDAH - Jika GAGAL Sila LETAK JAWATAN..!!!

Jika Gagal Letak Jawatan


Terbaca di blog Penarik Beca pasal Cina Gerakan lebih bermaruah. Saya tak sependapat dengan Penarik Beca dalam banyak hal. Kalau 10, 11 tak sependapat... faham kan!! Tapi dalam bab siapa bertanggungjawab ni saya setuju sangat. Bukan semua kepimpinan yang kalah kena undur. Tapi yang merancang dan buat strategi tu fahamlah kena ada 'maruah' dan beri orang lain pula!
 
Terbaca juga jawapan kenapa PAS Kedah kalah.

Tak payah cerita pasal buat kerja, kita faham bahawa semua pekerja, penyokong dan ahli PAS Kedah tak tidur malam, tinggal anak bini pasal buat kerja parti! Semuanya habis banyak duit, masa dan tenaga semata-mata untuk mencari keredhaan Ilahi. Memenangkan perjuangan Islam ini.

Kalah menang itu memang ketentuan Tuhan. Kita juga faham konsep qada dan qadar. Tahu dan "sangat" faham atas hikmah setiap kejadian yang Allah tentukan.

Analisis PRU13 Antara BN & PR - Kesimpulannya Yang Menang Bukannya KUAT & Yang Kalah Bukannya LEMAH..!!

Analisa seorg bekas penuntut jurusan politik dari UM tentang PRU13

Pada pandangan dan pemerhatian seorg bekas penuntut Universiti Malaya Jurusan Sains Politik Islam (Siasah Syariyyah), berpendapat KEKALAHAN Pakatan Rakyat adalah satu perkara yang 'positif' kepada PR dan KEMENANGAN 'Barisan Nasional' adalah satu perkara yang 'negatif' kepada BN.

Mengapa beliau berkata sedemikian?

1) PR menang 9 dari 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur. Ini adalah kerusi Parlimen. Jika Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebuah negeri dan kerusi-kerusi itu di peringkat DUN bererti PR memenangi Kuala Lumpur.

Kemudian PR juga menang di kerusi-kerusi parlimen Seremban, Kota Melaka, Shah Alam, Ipoh timur (P64) dan Ipoh Barat (P65), Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Kesemua 10 kerusi parlimen ini merupakan ibu negeri. Bererti 11 ibu negeri/pusat pentadbiran negeri (termasuk KL) di kuasai oleh Pakatan rakyat. Hanya tinggal JB dan Kangar sahaja. Bahkan PR memenangi hampir semua kawasan-kawasan bandar. Ini adalah satu kelebihan pada PR. Meskipun 7 dari negeri-negeri tersebut di menangi oleh BN yang membentuk kerajaan negeri.

Aduhai.. Apa punya PENYOKONG BN nie.. suruh nyanyi lagu NegaraKu pun tak boleh..!!!


Tolak tetap kena Tolak namun penipuan kita kena fikir camna nak ambik tindakan...??

Penipuan: Pakatan tolak keputusan, tuntut penjelasan
(Sidang media Pakatan Rakyat yang diadakan tengah malam tadi)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifat kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah kerana unsur-unsur penipuan.

Ekoran itu,  Pakatan menolak keputusan PRU13 yang dimenangi BN.

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara tersebut pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya sejurus selepas mengetahui keputusan PRU13 awal pagi tadi.

"Banyak penipuan berlaku sejak awal pengundian iaitu ketika pengundian awal bagaimana penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal.

"Selain itu juga kita lihat waktu pengundian semalam terdapat tangkapan dilakukan terhadap pengundi hantu, ini jelas konpirasi pemberian kad pengenalan yang diperkatakan sebelum ini," jelasnya.

Mukhriz MB Kedah, kenapa Najib tak gembira macam Muhyiddin?

MUKHRIZ baru dimahsyurkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

Azizan Razak kalau dia larat, dia boleh jadi ketua pembangkang di negeri berkenaan.

Selepas pilihan raya ini, Najib Razak nampak sedikit gembira dan terus mohon agar terus diberi mandat sebagai perdana menteri.

Muhyiddin Yassin nampak lebih gembira sungguhpun dia kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sembilan kerusi Parlimen Pakatan Rakyat yang telah menang dalam pilihan raya umum lepas berjaya dirampas oleh  Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat berjaya rampas sembila kerusi Parlimen yang baru.

Mukhriz dengah sahnya di lantik MB KEDAH yang baru...


Mukhriz angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR 6 Mei - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Muhkriz Tun Dr. Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini, sehari selepas BN kembali berkuasa di negeri itu setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130506/dn_07/Mukhriz-angkat-sumpah-sebagai-Menteri-Besar-Kedah#ixzz2SV3pApqk © Utusan Melayu (M) Bhd

PRU13 dah berlalu.. Ayuh kerja AMAL pula..!!!

PRU13 sudah berlalu.
 
Biar apa pun keputusannya, agenda membantu rakyat marhaen keluarga miskin di bawah sana perlu diteruskan. Kami di NGO Wargakilang dengan ini ingin menjemput sesiapa saja yang  berminat, mai la join konvoi amal kami masuk kg pada 18 hb Mei nanti. Ikut kalendar aktiviti kami, plan asalnya ialah pada 4 Mei tetapi terpaksa ditunda ke 18 Mei utk memberi laluan kpd hari mengundi, dan tak mahu orang keliru antara gerak kerja praya dan kerja amal. Sesiapa yg berminat sila tunggu sekitar jam 8-830 pagi di parking lot KHTP, Kulim Kedah, bawa brg2 sumbangan masing2 dan bagi sendiri.
 
Kali ini, kita plan nak masuk area Selama di negeri Perak, insyaallah.
 
Sekian
6.5.13

Wargakilang: Jom Masuk Kg - Hari Buruh 2013

Baru-baru ini, dalam agenda untuk meneruskan tradisi tahunannya, skuad riki Wargakilang sekali lagi telah masuk ke kg-kg di pedalaman, mengenal pasti keluarga miskin untuk dimasukkan ke dalam senarai penerima program JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang, yang sering diadakan pada cuti hari Buruh setiap tahun.
(Perjalanan kali ini membawa kami ke kawasan desa yang indah permai di pedalaman Selama, Perak)

Wahai NAJIB hang jangan dok syok SANGAT BILA MENANG...


Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga,pencapaiannya lebih buruk
Oleh A Kadir Jasin

PLEASE accept the results.” (Tolong terima  keputusan). Demikian kata penyudah Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dalam sidang akhbar ketika menerima kemenangan Barisan Nasional dalam PRU 13 di Ibu Pejabat Umno sebentar tadi.

Secara ringkas, pemerhatian awal saya ialah Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, pencapaiannya lebih buruk daripada 2008 kerana PR berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerisi di Sarawak, dua negeri simpanan tetap BN serta berjaya mengusai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara.

Ketahuilah.. keputusan malam tadi, tidak menimbulkan rasa malu atau terhina pada PR..sebabnya....!!

 

Keputusan PRU13 yang diselesaikan pengumumannya lewat malam tadi sudah tentu menimbulkan rasa sedih yang tidak terungkap oleh kata. Lalu biarlah kesedihan itu tersimpan diam menjauhi bicara.

Namun keputusan malam tadi, tidak menimbulkan rasa malu atau terhina. Sebaliknya ia mencetuskan rasa bimbang yang mendalam. Keputusan berbentuk politik malam tadi, apabila diterjemahkan kepada kemasyarakatan dan dakwah, ia amat menakutkan. Keangkuhan, kesombongan, termasuk juga pembohongan, dinormalisasi untuk diterima sebagai alat-alat mencapai matlamat kehidupan. Ertinya, kebejatan akan menjadi amat sistemik.

Ahli politik akan bekerja seperti biasa.

Pendakwah menerima tugasan berlipat kali ganda.

Al-Shahid Sayyid Qutb pernah berkata:

الظلم قد يطول ولكنه ﻻ يدوم،
والحق قد يضعف ولكنه ينتصر.

Kegelapan, adakalanya berpanjangan. Namun ia tidak akan berterusan selamanya.
Kebenaran adakalanya lemah. Namun ia menang sepanjang masa.

TERIMA KASIH kerana menangkan BN..!!

Congratulations to Najib,You lost on the popular votes PR 5.4 million to BN 5.2 million but you won on the banglas votes BN 100% PR 0%

BN menang dalam kekalahan, PR kalah dalam kemenangan

oleh Aspan Alias


Keputusan pilihanraya kali ini menjadikan keadaan serba tidak kena kepada kedua-dua belah pihak, BN dan Pakatan Rakyat. BN memenanginya sekali lagi tetapi hanya kemenangan yang kecil, lebih kecil dari kemenangannya pada PRU 2008. Pakatan Rakyat pula walaupun kalah telah menambah kemenangannya dari 82 kerusi dalam PRU yang lalu sekarang mendapat 89 kerusi yang di menanginya.

Pendeknya BN telah memenangi PRU ini dalam kekalahan dan Pakatan Rakyat telah kalah dalam kemenangan. Keadaan ‘stand off’ ini adalah satu situasi yang amat merbahaya bagi BN dan tidak akan dapat membentuk kerajaan yang benar-benar stabil dan kuat jika tidak ada usaha dan pengorbanan mana-mana pihak untuk mendapat sebuah kerajaan yang kuat bagi kepentingan masa depan negara dan rakyat.

Kekalahan di KEDAH - 3 Manusia wajib bertanggungjawab..Azizan, Hadi & Yusof Husain...!!!

Cop Hussin menyanyi 'Allah selamat Azizan, Allah selamat Hadi Awang'

 

Azizan Razak yang bukan jadi menteri besar Kedah tidak tampil berdepan dengan akar umbi parti.
"Kita menerima keputusan rakyat sebab hati terbuka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa depan," kata Cop Hussin.


Ini ayat politik. Orang Penang kata, itu cover line

Takkan Cop Husin nak kata, "rakyat suka Azizan bergaduh dengan Pahrolrazi sampai terlupa mengundi Pas".

Itu bodoh namanya.

Mukhriz angkat sumpah MB KEDAH yang baru jam 3.30 petang nanti..!!

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru pada pukul 3.30 petang Isnin.
Mukhriz meraikan kemenangan bersama penyokong dan ahli keluarga.
Bagaimanapun menurut beliau, barisan exco kerajaan negeri akan dibentuk dalam masa seminggu.
"Alhamdulillah BN berjaya membentuk kerajaan di Kedah. InsyaAllah majlis mengangkat sumpah akan diadakan pada Isnin di Istana Anak Bukit," katanya pada sidang media di Bangunan Tunku di sini, awal pagi Isnin.

Analisis Awal Kekalahan PAS Kedah oleh Pengarah P/Raya PAS Kedah

Malaysiakini

Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.

BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi  antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.

Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.

TQ Mantan MB Kedah atas kerja baik anda.. ini ada pandangan rakyat pasal anda & bekas kerajaan negeri..??


1. Lambat implementasi pemerintahan yg benar2 mengikut acuan Islam sbb yg menang dulu ada pkr ada dap,kena ambil kira byk pendapat. Bukan mcm di kelantan pas majoriti.
2. Masalah dalaman pemimpin,berani calarkan nama parti pas sbb nak jadi mb(engineer),xbersekutu dgn kawan sendiri sbb keinginan tak dapat dipenuhi. Berpecah belah sbb berbeza pendapat.
3. Silap letak mat sabu sbb dia takkan boleh menang di mana2 pun.
4. Pengaruh Tun M dan Mukhriz kuat walaupun anak Tun M ada kilang arak tak semua org kampung di pedalaman tahu.
5. Mb baik dgn umno atas dasar sahabat walaupun berbeza pandangan politik tp org melayu kedah yg berfikiran sempit tak boleh terima,bg mereka lawan tetap lawan xboleh berkawan.
6. Walaupun sifar rasuah dan amanah tetapi rakyat skrg mahukan lebih byk perubahan fizikal yg dpt mereka nikmati dan jika ada yb yg sombong xkan ada org yg suka.

TAHNIAH MB Kedah yang baru..!!!

BN menang, Mukhriz bakal MB Kedah
Wartawan Sinar Harian
6 Mei 2013
Mukhriz Tun Dr Mahathir
Mukhriz Tun Dr Mahathir
 
ALOR SETAR - Datuk Mukhriz Mahathir hampir pasti dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebagaimana yang diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Bagaimanapun pelantikan Mukhriz sebagai menteri besar perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pelantikan Mukhriz dijangka dibuat setelah Barisan Nasional memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun sehingga jam 12 malam tadi.

Pakatan Rakyat pula memenangi 15 kerusi yang mana jumlah Dun Kedah adalah 36 kerusi.

KEDAH - Kita Kira GAME OVER laa..!!!

TAHNIAH PADA BN KEDAH..
TUNAIKAN KEWAJIPAN YG RAKYAT AMANAHKAN
ESOK LA KITA ULAS BAB KEKALAHAN & KEMENANGAN NIE
KEPALA BERDENYUT DENYUT KENA PANAS
NAK MELABUHKAN KEPALA DAHULU
SEMOGA BANGUN ESOK ADA SINAR DI PUTRAJAYA.. INSHA ALLAH

JIKA TAK ADA SINAR JUGA KITA KIRA LAINKALILAH.....

Pokok Sena - Mahfuz menang...!!

OFFICIAL - P8 POKOK SENA - Pakatan 36198, BN 32263. Pakatan WINS. #GE13




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...