TERKINI :

Saturday, May 4, 2013

Perbezaan Topic Sembang diantara BN dan PR dalam pilihanraya ke 13 ini

Oleh Emran Ahmad

http://3.bp.blogspot.com/-NY7nO3bNX7U/USXrNUxy9qI/AAAAAAAAA9o/-vtlJBfyzok/s1600/pr-vs-bn.png
1. Kempen pihak PR bercerita tentang penderitaan rakyat, penyelewengan kerajaan, pendedahan rasuah dan salah laku pegawai kerajaan, menurunkan harga kereta, hapuskan PTPTN, hapuskan tol, beri air percuma, turun bil elektrik, turun harga minyak dan memberi bantuan kepada rakyat serta memperjuangkan ketelusan dan amanah.

Manakala kempen UMNO dan BN pula ialah video lucah, Anwar kaki liwat, Anwar al-jubori, Nurul Izzah hisap aiskrim pensyarahnya, PKR agen yahudi, DAP akan tubuhkan negara Kristian, DAP akan hapuskan hak Melayu, Nik Aziz bapa kafir, Pas ialah parti Syiah, PKR perjuangkan liberal dan LGBT, Orang Melayu akan hilang hak dan kuasa dibawah PR.

2. Seterusnya pihak BN berkempen 24 jam di TV 1, 2,3 dan semua saluran, radio, suratkhabar dan lain-lain. Menggunakan jentera kerajaan, dibantu polis dan berbuat samseng menakut-nakutkan rakyat yang menyokong Pakatan rakyat.

Sedangkan PR pula hanya dapat berkempen di jalanan, internet dan media massa alternatif.

UMNO semakin merepek.. orang sebut INIKALILAH yang depa dok jaja AKULAH ALLAH

inilah antara FB yg dok jaja bab nie

Ayuh anak muda, rebut peluang tukar kerajaan esok

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 4 MEI: Calon KEADILAN Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru semua anak muda bersama-sama melakar sejarah menukar kerajaan dalam pilihan raya esok.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu berkata, perubahan yang berlaku selepas pengundian esok akan menunjukkan kepada BN bahawa rakyat mempunyai kuasa dan kebebasan untuk memilih.

“Anak muda pemangkin kepada perubahan. Jika kita lihat negara luar seperti Indonesia, Myanmar dan terbaru di Timur Tengah, arus perubahan semua dilakukan anak muda,” katanya kepada Keadilan Daily.

Jelas Shamsul, Pakatan Rakyat telah pun menggubal manifesto yang akan memastikan anak muda diangkat tarafnya dari segi ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan.

“Semua manifesto yang kita rencanakan akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat mandat. Cara hidup dan pemikiran anak muda perlu ditingkatkan, sebab itu kita perlu berubah,” katanya.

PRU13 - Di mana Wanita Umno?


http://4.bp.blogspot.com/-_54zx7rAuQQ/TuiTdsK33NI/AAAAAAAAMog/1z8M7l_Ro8o/s400/shahrizat.gif

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Wanita Umno secara tradisinya dikenali sebagai jentera berkempen yang besar untuk Umno.

Semuanya bagaimanapun seakan hilang ketika Pilihan Raya 2013 kali ini.

Sayap wanita Barisan Nasional (BN) itu seakan-akan lenyap dalam kempen perikatan tersebut, dengan media memberikan liputan meluas untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Siapa yang dilihat bersungguh-sungguh berkempen — hanya Najib dan Muhyiddin,” kata penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff kepada The Malaysian Insider.

“Sukar untuk kita melihat aktiviti Shahrizat,” tambahnya merujuk kepada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

PRU13: Tragedi Flashmob berdarah di Ipoh [Gambar & Video]

Petugas PAS Perak yang sedang melakukan flash mob telah diserang dan dipukul oleh hampir 40 orang yang memakai baju i love PM. Ada yang pecah muka dan berdarah kepala. Mereka sedang dapatkan rawatan. Pohon doa. Mereka semakin mengganas. Allah.. selamatkan lah Malaysia.
Petugas PAS Perak yang sedang melakukan flash mob telah diserang dan dipukul oleh hampir 40 orang yang memakai baju i love PM. Ada yang pecah muka dan berdarah kepala. Mereka sedang dapatkan rawatan. Pohon doa. Mereka semakin mengganas. Allah.. selamatkan lah Malaysia.

Najib ketepikan MAT BSHAH sebagai MB Kedah.. dan tunduk pada TUN untuk angkat MUKHRIZ...

PRU13: Mukhriz MB Kedah jika BN menang
 
Seperti disebut-sebut, anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai menteri besar sekiranya BN berjaya merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu malam ini, tidak sampai 24 jam sebelum peti undi dibuka pada jam 8 pagi esok, lapor Utusan Online.

Langkah itu dipercayai diambil bagi mengukuhkan sokongan BN di negeri Jelapang Padi yang menyaksikan PAS perlahan-lahan meraih kembali popularitinya, memasuki saat-saat berakhir waktu kempen.

Kedah - In Sha Allah..12 DUN dah dalam genggaman PR

12 DUN dalam genggaman Pakatan di Utara Kedah
NONE
Tinggal tidak sampai 24 jam sebelum pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat dilihat selamat di 12 daripada 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Dengan jumlah itu, Pakatan hanya memerlukan 12 lagi kerusi daripada kawasan-kawasan Selatan, bukan sahaja untuk membentuk kerajaan tetapi juga mendapat majoriti dua pertiga DUN.

Walaupun sebelum ini kedua-dua parti bertanding - BN dan Pakatan - mendabik dada akan menang dengan majoriti dua pertiga, tetapi Pakatan kini dilihat mempunyai kelebihan ekoran pertambahan besar undi Cina dan masyarakat Siam, seperti digambarkan dalam perhimpunan 'Super Friday' di Alor Setar semalam.

Dua kelompok masyarakat itu dilihat sebagai penentu kemenangan dalam pilihan raya umum kali ini selain sokongan pengundi muda, kerana sokongan Melayu tidak banyak berubah dan dilihat akan mengekalkan status quo pada 2008.

Baju BN bagi FREE pun orang tak kelapaq... kesian...!!


Andaikata BN menang lagi esok.......



Assalamualaikum,,..

Esok hari pembuangan undi, dua gabungan parti terbesar akan mencorakkan masa depan negara. Angin perubahan melanda kencang dan dalam masa yang sama gelombang biru yang membawa hantu-hantu juga turut semakin membesar.

Andaikata BN menang esok, ada dua kemungkinan sama ada menang dengan bersih di atas padang persaingan yang seimbang atau menang secara kotor di atas padang pertandingan yang tidak sama rata. Antara dua kemungkinan ini mana satu yang menjadi kemungkinan besar?

Kalau BN menang dengan bersih, bermakna sokongan rakyat masih besar kepada BN. Rakyat masih bersetuju dengan dasar penipun BN sedangkan dalam PRU 12 yang lalu menolakkan rakyat sudah ternyata mencapai hampir 50%. Apakah terdapat perubahan besar kepada dasar kerajaan sejak PRU 12? Kalau hanya dengan dasar transformasi yang dilaung laungkan tanpa melibatkan perubahan besar dalam dasar penetapan harga minyak, dasar pendidikan tinggi dan lain lain dasar yang penting kepada rakyat maka sebenarnya tiada perubahan yang dilakukan kerajaan.

Kapitalis: Kenapa Mukhris takut sangat

ALOR SETAR: Adakah Datuk Mukhriz Mahathir melakukan perkara buruk sehingga beliau takut sangat apabila dikatakan beliau seorang kapitalis, kata calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa (gambar).

"Apa salahnya panggilan kapitalis kerana ia tidak semestinya buruk.

"Kamus sendiri mentakrifkan kapitalis sebagai 'orang berharta yang menggunakan wangnya untuk melabur di dalam perdagangan atau industri untuk mendapatkan untung sesuai dengan prinsip-prinsip kapitalisme'.

"Adakah Mukhriz fikir maksud kapitalis itu ialah 'seseorang yang menjadi jutawan cara mudah tanpa susah payah dan hanya menggunakan kuasa bapanya sebagai Perdana Menteri dan membelasah wang rakyat untuk melabur bagi mendapatkan untung melalui jalan-jalan nepotisme dan kronisme'?" soal Naib Yang Dipetuan PAS kawasan Kuala Kedah itu.

Mohd Nasir menyifatkan reaksi anak bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai memeranjatkan.

Hari ini pengundi di atas pagar sibuk berfikir dan membuat pertimbangan

oleh Aspan Alias

Hari ini hari terakhir bagi mana-mana pihak berkempen. Besok hari penentu arah dan hala tuju negara kita setelah semua rakyat yang mengundi menyelesaikan tanggungjawab mereka. Hari ini adalah hari terakhir bagi rakyat yang masih belum menentukan siapa dan pihak mana mereka hendak berikan undi mereka. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang paling penting bagi kawasan yang kemenangan dijangka tipis bagi mana-mana pihak.

“It’s neck to neck!” kata ramai pemerhati dan penggiat politik di kedua-dua belah pihak dan pandangan mereka ini adalah lebih tepat dari pandangan dari mereka yang hanya memandang dari rumah dan ‘internet’ atau media arus perdana. Keadaan berubah dari masa ke semasa dan dari hari ke hari. Mereka yang benar-benar bermain politik selalunya tidak memberikan pandangan mereka dengan emosi dan pandangan yang berat sebelah.

Dalam ratusan mereka yang berhubung dengan saya semalam sahaja, ada diantara penyokong BN yang mengatakan BN terlalu sulit untuk di pertahankan di kawasan mereka dan ada pula penyokong Pakatan Rakyat yang berkata BN masih mengatasi Pakatan Rakyat. Bukan mudah untuk meyakinkan mereka untuk melakukan perubahan ini. Kedua-dua pihak di perincikan dan di nilai oleh semua dalam penentuan mereka yang terakhir seperti hari ini.

Selepas LUMUT kini peti undi Awal di KUANTAN pulak..!!

Peti undi awal cuba ditukar di lokap Kuantan
(Oleh Arif Juhani)

KUANTAN 4 MEI: Penyandang Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempertikai arahan Ketua Polis Daerah (OCPD) Kuantan, yang tidak membenarkan beliau turut serta mengeluarkan kertas undi dan dakwat kekal yang diletakkan dalam lokap pagi tadi, untuk diedar ke pusat pengundian.

20130504-131928.jpg

Menurutnya, turut berada dalam lokap itu adalah peti undi awal.

Fuziah berkata, tindakan OCPD menghalang beliau daripada terlibat dengan prosedur itu boleh menyebabkan peti undi awal berkenaan terdedah kepada penyelewengan.

“Saya dapat maklumat ada cubaan untuk menukar peti undi awal ketika lokap dibuka. Ini perkara serius dan boleh mengancam keselamatan negara.

“Nyawa manusia dalam lokap pun boleh melayang, apalagi peti undi awal yang tidak boleh bersuara. Tindakan OCPD ini patut dikecam,” katanya kepada Keadilan Daily.

Skuad Bangla-busters dilancarkan..!!

Ini bukan pengundi Bangla tapi salah seorang Bangla-busters. Skuad Tahan telah pun bergerak dimana-mana dan memantau pergerakan pengundi hantu yang terdiri dari warga asing.

Kebanyakan pengundi hantu telah pun digerakkan sejak semalam dan kini ditempatkan dikawasan strategik. Skuad Tahan tak cukup dan memerlukan sokongan dan maklumat.

Kalau terjumpa aktiviti yang mencurigakan, hubungi hotline 0165059065. Email: infoTAHAN@gmail.com.

Untuk maklumat tentang pergerakan pengundi hantu, layari: asalkanbukanumno.com
Ini bukan pengundi Bangla tapi salah seorang Bangla-busters. Skuad Tahan telah pun bergerak dimana-mana dan memantau pergerakan pengundi hantu yang terdiri dari warga asing.

Kebanyakan pengundi hantu telah pun digerakkan sejak semalam dan kini ditempatkan dikawasan strategik. Skuad Tahan tak cukup dan memerlukan sokongan dan maklumat. 

Kalau terjumpa aktiviti yang mencurigakan, hubungi hotline  0165059065. Email: infoTAHAN@gmail.com.

Untuk maklumat tentang pergerakan pengundi hantu, layari: asalkanbukanumno.com

Isu bangla Mengundi.. Sejarah sudah ada di SABAH.. ini videonya..


#TumbangBN #No2BN
PRU 13 nnt ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP
Contoh perkara yang patut anda lakukan selepas anda mengundi. Jangan beri peluang walaupun polis tak mahu halang mereka, kita rakyat Malaysia akan halang mereka.
Sharekan. ini tahun 1995 di Sabah ketika projek ic meletop-letop di sana.

Sahabat-sahabat sekelian..hari ini saya kehilangan Ummi.. - Husam

Sahabat-sahabat sekelian..hari ini saya kehilangan Ummi..

Saya berada di atas kenderaan di Kota Bharu tadi..rancak berbincang dengan sahabat..bagaimana hendak membantu pengundi Kelantan pulang mengundi Pakatan Rakyat..

Kemudian pabila telefon berdering..saya menjawab panggilan isteri yang berada di sisi Ummi di hospital..diberitahu Ummi telah tiada.. 

Saya terdiam dan tertunduk seketika..terkejut kerana sewaktu menziarahi ummi sebelum ini..beliau tersenyum ceria..saya tatap wajahnya seolah-olah saya tidak mahu berpisah dengannya buat 
selama-lamanya..

Masya Allah..kehendak-Nya mengatasi keperluan hamba yang dhaif ini..

Lantas saya meminta saudara Razak menelefon Abe Mat Sohok, AJK Masjid Kg Kota untuk menguruskan persiapan jenazah..

Saya minta Abe Mat galikan kuburan Ummi dekat dengan kubur arwah bapa yang sudah kembali beberapa tahun yang lalu..

Saya sendiri, lantas menghubungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mat untuk beliau mengimamkan solat jenazah Ummi..Alhamdulillah Tuan Guru sudi..

Lantas saya teringatkan adik-adik..sempatkah mereka pulang menziarahi Ummi..sedangkan kita tahu sekarang ini..keadaan trafik dari KL ke Kelantan..jem teruk..

Ya Allah permudahkanlah urusan kami..Ya Allah ku pasrah dengan kehendak-Mu..Sahabat-sahabat sekelian..hari ini saya kehilangan Ummi..

Saya berada di atas kenderaan di Kota Bharu tadi..rancak berbincang dengan sahabat..bagaimana hendak membantu pengundi Kelantan pulang mengundi Pakatan Rakyat..

Kemudian pabila telefon berdering..saya menjawab panggilan isteri yang berada di sisi Ummi di hospital..diberitahu Ummi telah tiada..

Saya terdiam dan tertunduk seketika..terkejut kerana sewaktu menziarahi ummi sebelum ini..beliau tersenyum ceria..saya tatap wajahnya seolah-olah saya tidak mahu berpisah dengannya buat
selama-lamanya..

Masya Allah..kehendak-Nya mengatasi keperluan hamba yang dhaif ini..

Lantas saya meminta saudara Razak menelefon Abe Mat Sohok, AJK Masjid Kg Kota untuk menguruskan persiapan jenazah..

Saya minta Abe Mat galikan kuburan Ummi dekat dengan kubur arwah bapa yang sudah kembali beberapa tahun yang lalu..

Saya sendiri, lantas menghubungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mat untuk beliau mengimamkan solat jenazah Ummi..Alhamdulillah Tuan Guru sudi..

Helikopter bawa Anwar dihalang di Langkawi

(Oleh Sidiqin Omar)

Anwar-heli-langkawi
LANGKAWI 4 MEI: Tindakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diselar kerana cuba menghalang helikopter yang membawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Langkawi.

Menurut Setiausaha Politik 1, Mohd Shukri Md Saad, kelewatan sehingga dua jam menyebabkan Anwar gagal menghadiri Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, petang semalam.

“Selepas solat Jumaat kami dapat panggilan daripada pemilik helikopter bahawa DCA tak benarkan helikopter meninggalkan Langkawi apabila nama Anwar ada dalam senarai penumpang,” Shukri kepada Keadilan Daily.

Plan A BN dah tak jalan kini dah masuk Plan B..iaitu "BANGLA"...!!

Angkara Zul Nordin mulut besar, semua terburai

KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.
Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar. 

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

“Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan,” kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

“Jadi apa plan A-nya?” tanya Harakahdaily.

“Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja,” katanya sambil berseloroh.

[PANAS] Benarkah Jamil Khir kencing bisnes partnernya...???

Wajarkah menteri agama bersikap begini ???

http://beritasemasa.com/wp-content/uploads/2011/12/jamil-khir-baharom1.jpg
Kenapa program PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) pada 1/5/2013 jam 3ptg di Dewan Taman Seri Jerai, Gurun gagal??

Jamil Khir yang dijangka akan menyampaikan 15 sampul surat (surat penerima baucer) untuk terima di pejabat PPK terpaksa balik awal meninggalkan majlis. jamil Khir dijangka akan berucap selama 30 minit, tetapi beliau berucap selama lebih kurang 10 minit dan terus pulang dari majlis tersebut dalam keadaan tergesa-gesa. 

Kerana tindakan Jamil Khir itu, semua yang di situ menjadi hairan dan terpinga-pinga. Begitu juga hadirin yang lain yang terdiri daripada penerima baucer, Pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan Gurun dan semua JKK. Program tersebut terpaksa diteruskan juga tanpa Jamil Khir dengan digantikan oleh Pegawai Pertubuhan Peladang dan tanpa menggunakan alat pembesar suara kerana telah di bawa bersama oleh jamil khir walaupun majlis belum selesai.

5 tahun PR memerintah.. tak ada seorang pun pimpinan pakai gelang besi sebab rasuah..!!

5 tahun Pakatan tanpa rasuah, penyelewengan

http://jomkitabaca.files.wordpress.com/2012/04/kedah-bebas-rasuah.jpg?w=595
KEDAH & SELANGOR sama..tiada satu pun kes RASUAH
SHAH ALAM: Tidak ada sebab rakyat Selangor menidakkan pentadbiran Pakatan Rakyat bagi terus memimpin negeri ini memandangkan selama lima tahun pentadbirannya, ia terbukti bersih daripada sebarang penyelewengan.

Calon PAS Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad menegaskan, pelbagai program termasuk Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) membuktikan kerajaan negeri amat prihatin dengan kebajikan rakyat.

Malahan, katanya, melalui program tersebut semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman agama, kaum serta parti politik, dapat menikmati segala keistimewaan yang disediakan.

“Dan situasi ini amat berbeza jika dibandingkan sepanjang BN meneraju negeri,” kata Khalid.

ARAHAN KEDAHLANIE - Petang nie WAJIB semua kawasan seluruh negara ber FLASH MOB..

Flash Mob: Kempen Saraf Terakhir

Baru-baru ini terbaca dalam FB, ada seruan dari alam siber minta semua yang berminat untuk turun ke jalan-jalan utama di kawasan masing-masing, membawa sepanduk menyatakan sokongan untuk Pakatan, dalam apa yang disebut sebagai Flash Mob – sebuah term yang agak baru dlm dimensi kempen politik masa kini.

Petang semalam, kami turun ke Jln-Jln utama sekitar daerah Kulim nak join Flash Mob ini, tapi tak adalah pula orang ber-flash mob di sebelah Kulim ini. Bila talipon seorang sahabat dari Markas, dia cakap depa terlalu sibuk dengan urusan kempen dan meraih undi, tak ada masa nak pikiaq bab-bab flash mob ini. Tak apalah, dari Kedah kami terus ke Penang.
Sebaik saja sampai ke roundbout Seberang Jaya, P Pinang; dari jauh kami nampak ada lebih kurang 10 orang peserta sedang berflash mob di 3 penjuru di sekeliling roundbout berkenaan -tak ramai mana, tapi bila menjelang jam 6, jumlahnya makin bertambah.

Percakapan MANUSIA yang paling kena teliti dalam negara sekarang ialah mamat nie..????!!!?!?!?

Pengerusi SPR: SPR tiada agenda memenangkan sesiapa

2 Mei 2013
Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini. -Foto Bernama
PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa suruhanjaya itu tiada sebarang agenda untuk menipu bagi memenangkan pihak tertentu dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
  
Abdul Aziz yang menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPR bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN), berkata kemenangan dan kekalahan seseorang calon serta parti politik bukanlah kerana SPR tetapi kerana pengundi tidak memilih.
  
"Apa yang kita buat adalah mengikut aturan dan undang-undang. Kita (SPR) telah adakan 12 kali pilihan raya. Tidak ada langsung agenda SPR untuk menipu bagi memenangkan seseorang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
    

Dah main lempaq CAT laa pulak.. Cilaka puak-puak nie...!!

UPU Pas disimbah cat merah
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
30 April 2013
UPU Pas disimbah cat merah
Kesan cat merah yang terdapat pada kain rentang di UPU Pas Kampung Batin, semalam.
ALOR SETAR - Markas Unit Peti Undi (UPU) Pas di Kampung Batin, Mergong, di sini, disimbah cat merah awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu disedari orang awam yang lalu lalang di kawasan berkenaan sebelum melaporkannya kepada pihak berkenaan.

Calon PKR kerusi Dun Bakar Bata, Eekmal Ahmad berkata, beliau amat kecewa dengan insiden tersebut yang disifatkannya sebagai cubaan untuk menimbulkan provokasi antara parti lawan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihaknya tidak melakukan sebarang provokasi kepada mana-mana pihak lawan.

"Penggali Kubur" joint flashmob dengan geng guar chempedak petang semalam..


Tu dia taboq jangan tak taboq.. BG1M laa pulak..!!!!

nah BG1M - Bantuan Getah 1 Malaysia laa pulak...!!!
 
RM500 ringan beban penoreh
Wartawan Sinar Harian
3 Mei 2013
RM500 ringan beban penoreh
Kelihatan sebahagian penoreh menyemak nama mereka bagi menerima wang bantuan itu.
BALING - Kejatuhan harga getah ternyata memberikan kesan kepada penoreh terutama mereka yang hanya bergantung rezeki kepada sumber getah itu.

Sehubungan itu, bantuan khas sebanyak RM500 kepada setiap penoreh getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) ternyata mengurangkan beban mereka.

Timbalan Pegawai Risda Daerah Baling, Jamil Ahmad berkata, seramai 7,900 penoreh getah di Baling layak menerima bantuan khas itu.

Disebalik isu 'mati' anwar & tun... Utusan, Najib & Rais yang sempoi..!


Betoi kah maklumat RISIK TENTERA pula bocoq kata BN tunggin..???

Pakatan Rakyat Diramal Bentuk Kerajaan Baru Ambil-Alih Putrajaya



Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi 117 kerusi parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Sementara BN pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.

Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu turut menunjukkan, PR, selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu.

Mustafa vs Vidro Sex : Ini kerja UMNO, nak bukti tunggu di mahkamah...


Isu video seks: Mustafa Ali sedia lafaz sumpah laknat


4 Mei 2013 MARANG - Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia melafazkan sumpah laknat berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, jika isu itu menjejaskan parti itu.

Mustafa berkata beliau meminta pandangan dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya mereka memaklumkan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Jadi, sebab itu, walaupun macam-macam surat khabar sebut, saya tak kisah, tak gugur pun bulu roma saya, apa yang disebut surat khabar dan blog, saya masih boleh melaksanakan (tugas) dan tak jejas apa-apa.

Apabila Zizan beri pandangan bab "kebebasan media"....bikin panas telinga...


PROSEDUR BIASA - Jawab SPR.... !!

Jawapan CELAKA SPR..AWAS SPR..ANDA TIPU KAMI HUMBAN ANDA...JAWABLAH ANDA DEPAN ALLAH SWT NANTI JIKA APA YANG ANDA KATAKAN INI ADA UDANG DALAM MEE... INGAT SAMPAI MATI KAMI TAK AKAN AMPUN PERBUATAN KEJI ANDA MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT

SPR Perak: Prosedur biasa kertas undi di bawa keluar ke tempat khas untuk semakan
3 Mei 2013
IPOH - Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah menjelaskan adalah prosedur biasa bagi kertas undi dibawa keluar ke tempat khas untuk semakan bagi memastikan tiada kecacatan atau kerosakan pada kertas undi berkenaan.
  
Beliau berkata daripada segi pentadbiran, SPR perlu menyemak kertas undi itu dua atau tiga hari sebelum pengundian biasa dijalankan bagi memastikan pengundian berjalan lancar pada Ahad ini.
  
SPR perlu membuat semakan terhadap kesemua kertas undi di tempat dan dewan yang ditetapkan dan sehubungan itu kertas undi yang disimpan di tempat simpanan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah perlu dibawa keluar ke tempat khas itu, katanya kepada pemberita di Pusat Media SPR negeri di sini hari ini.
  

Merdeka Center: Saingan sengit, PR di depan


SHAH ALAM - Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhadapan dengan saingan "amat sengit" dalam menguasai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun PR dilihat mempunyai sedikit kelebihan dan berada di depan.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, PR dilihat menguasai 89 kerusi sekarang berbanding 85 bagi BN.

Kedua-dua perikatan itu bersaing keras untuk merebut baki 46 kerusi manakal parti Star dan Parti Pekerja Sarawak (SWP) boleh menguasai masing-masing satu kerusi.

Kerusi-kerusi BN itu, 50 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (16) dan Sarawak (19).

Sementara itu, daripada 89 kerusi PR, 81 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (tiga) dan Sarawak (lima).

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 28 April dan 2 Mei. Pengundian PRU13 akan diadakan Ahad ini.

Ada ka hangpa nak percaya PAS PUSAT bawa keluaq surat rasmi suruh jangan pangkah DAP.. PEMOHONG SEMUA nie..!!!

Bapak Pemfitnah UMNO Kedah Hafiz Azmi keluarkan surat palsu!!!

Yang ini Kedah La petik dari Blog Bapak Pemfitnah UMNO Kedah iaitu Hafiz Azmi. Cukup2lah tu Hafiz oii hang teringat sama kata lepas hang mati isok semua fitnah jahat hang tu akan dihisab... masa tu menyesai pun tak berguna.


Zaman laa ni orang pakat cerdik belaka Apit oii... taik pit pun tak pecaya cerita bodoh hang nii...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...