TERKINI :

Friday, May 3, 2013

Jika diizin Tuhan, kita tukar acuan kepimpinan jika wujud kerajaan baru

oleh Aspan Alias

Posting saya semalam mendapat reaksi yang agak menarik. Menariknya kerana ada yang menyokong dan ada juga yang tidak begitu seronok dengan pandangan saya itu. Mereka yang ‘realistik’ dan berpijak di atas alam yang nyata akan menerima perpaduan itu merupakan ‘ultimate’ dan tidak ada perkara yang lain yang lebih penting dari itu. Kumpulan ini mengutamakan keharmonian dan kerukunan kehidupan masyarakat dan tidak menolak pandangan saya ini.

Ada yang tidak begitu bersetuju kerana mereka mahukan perubahan dan tidak mahu terus pandangan saya itu. Mereka percaya ‘winner takes all and the loser looses all’. Saya bukan tidak bersetuju dengan pandangan ini tetapi persoalannya bolehkah satu-satu pihak terutamanya pihak pembangkang mendapat perolehan undi yang mutlak, sekurang-kurangnya mencapai kemenangan di 150 kerusi Parlimen?

Di sebaliknya pula mampukah UMNO dan sekutunya mendapat kemenangan di 150 kerusi sekurang-kurangnya? Umum mempercayai kedua-dua belah pihak tidak mampu mendapatkan kemenangan sebesar itu.

Apabila BN buat Janji Di Capati di Pendang

Mana Hospital Pendang, kejutan di Sungai Tiang

PENDANG: Nama Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sinonim dengan pekan Pendang. Ini kerana beliau yang memenangi Pilihan raya Umum 1999 telah diangkat sebagai Ketua Pembangkang pertama PAS pada era kepimpinan ulama.

Pada pilihan raya umum itu, beliau mencatat dua kejayaan iaitu menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Abdul (BN) bagi kerusi Pendang dan Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin di Dun Anak Bukit.

Bagi Parlimen, beliau mendapat 22,413 undi berbanding Othman 19,474 undi oleh Othman. Di Dun Anak Bukit, beliau mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Abdullah Hasnan yang memperolehi 6,640 undi.

Kejayaan itu sangat manis kepada perjuangan PAS yang dianggap satu sejarah kerana memenangi 27 kerusi di Dewan Rakyat yang seterusnya wakil PAS menjadi Ketua Pembangkang yang tidak dialami sebelum itu.

Dalam tempoh itu, Almarhum Ustaz Fadzil telah membuktikan kewibawaan PAS untuk membawa suara rakyat yang menentang segala tindakan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan seumpamanya yang dilakukan Kerajaan BN.

Bukan sekadar masalah masyarakat setempat, tetapi isu nasional dan antarabangsa dikemumandangkan oleh beliau di Dewan Rakyat.

Janji minggu depan tiada tol....


Ribuan di 'Super Friday', janji minggu depan tiada tol

NONEDalam panas terik petang ini, lebih 5,000 hadirin yang majoritinya kaum Cina memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar bagi mendengar ceramah raksasa 'Super Friday' - kempen besar terakhir Pakatan di Kedah sebelum pilihan raya Ahad ini.

Kehadiran ramai kaum Tiong Hua dalam majlis anjuran DAP itu memecah 'kesunyian' mereka yang sebelum ini tidak menyatakan sokongan dengan terbuka dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Walaupun tanpa kehadiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah pengangkutan dan kesesakan jalan raya, perhimpunan itu tetap menaikkan semangat penyokong Pakatan dengan ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Jadikan 5 Mei ‘kerja membersih’ Umno-BN

Oleh Arif Atan

KUALA LUMPUR: Pembentangan analisis terkini Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) berpusat di Universiti Malaya secara keseluruhan menunjukan sokongan majoriti rakyat lebih kepada Pakatan Rakyat.Bagi sokongan terhadap manifesto misalnya, lebih 60 peratus responden menyambut baik Manifesto Rakyat berbanding lebih 50 peratus yang menggemari Manifesto BN.

Selain petunjuk awal kepada kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya itu, Wak Suardi, 68, berpendapat pemilihan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa sebagai calon bagi kerusi Putrajaya juga suatu isyarat jelas tiba masa untuk golongan penjawat awam bangkit melakukan perubahan.

Aktivis veteran yang masih ligat di pentas Pakatan Rakyat ini berpendapat, penjawat awam khususnya di ibu pentadbiran kerajaan pusat itu mesti membuang rasa takut terhadap Umno-BN kerana baginya takut kepada pihak zalim samalah seperti menyokong kezaliman itu sendiri.

“Dalam tempoh ini (kerajaan sementara) tiada siapa yang berkuasa. Jadi, masih mahu menjadi penyokong syaitan yang dikenali (BN)?,” bidasnya yang juga pengasas KeADILan di Negeri Sembilan dan Ketua Cabang Seremban (1999-2001).

Anwar temu rakyat Kedah, ceramah di 3 lokasi malam ini

KEDAH 3 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini akan meneruskan siri jelajah ke utara tanah air iaitu di Langkawi, Kedah bagi menyampaikan ceramah dan bertemu rakyat.

Program pertama yang bakal dihadiri beliau selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ulu Melaka, Langkawi adalah program Sepetang bersama Anwar Ibrahim yang diadakan di Padang Maktab Mahmud, Ulu Melaka, Langkawi, jam 2 petang.

Manakala bagi program sama yang bakal dihadirinya diadakan di Pekan Naka, Pedu, jam 4 petang.

Seterusnya jam 5 petang, beliau akan menghadiri majlis Sepetang Bersama Anwar Ibrahim di Kg Tanjong Musang, Pokok Sena.

Kemudian, beliau akan terus ke program berikutnya yang diadakan di Pejabat KEADILAN, Kedah, Bakar Bata, Alor Setar jam 5.45 petang.

Sementara itu, beliau dijadualkan pula solat berjemaah dan tazkirah Maghrib di Surau Taman Peruda, Sungai Petani, jam 7.15 petang.

Bagi ceramah pertama yang bakal disampaikan beliau sebelah malamnya diadakan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani jam 8.30 malam.

Seterusnya, ceramah kedua dihadiri beliau iaitu di Taman Semarak, Sungai Petani, jam 9.45 malam.

Bagi kemuncak ceramah yang bakal disampaikan beliau malam ini di Kedah akan diadakan di Stadium Mini Keladi, Kulim, jam 11.30 malam.

Adakah Najib layak jadi PM..????


Jika macam nie punya kelaku pucuk pimpinan PAS sg acheh... Pecat mereka semua....!

N21 Sg Acheh · 2,971 like this 33 minutes ago ·

Salam semua, sy tak dapat halang kpd sesiapa yg marah, terpulanglah... tapi sebelum itu, dgrlah dulu penjelasan saya kenapa bertindak sebegini. Sasaran kami adalah Umno, x pernah yg lain. Malah kami tetap berperanan menyerang UmnoBN di peringkat nasional wlpun di Sg Acheh byk masalah. Tapi dari awal lagi ketika TG Presiden umum bagi laluan kpd CB, keesokkannya naik billboard PAS...

keadaan tegang seketika, lahir pula pengumuman PJ Pas PP yg menegaskan beri laluan kpd PKR, meredakan keadaaan. 2/3 hari selepas itu, kami terserempak dgn muslimat PAS yg berkempen bg pihak calon PAS, siap dgn gambar, siap dgn bukti, sy naikkan di page ini... kenapa?

Sedangkan petang sebelumnya Timbalan Presiden PAS sendiri dtg ke Sg Acheh membetulkan keadaan, tapi arahan tidak diendah. kemudian, chegubard sempat bertemu TG Hadi Awang dan sekali lagi TG Presiden memberi jaminan semuanya selesai. Keadaan reda selama beberapa hari dan dilihat byk yg pulih, dilihat seolah2 telah selesai, kami terus kerja lawan umno hingga peringkat nasional...

Rating Najib merosot lagi..... INIKALILAH....

Kajiselidik: Rating Najib merosot, BR1M tak jalan...

5:40PM Mei 3 2013 Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Menurut keputusan kajiselidik itu yang dikeluarkan hari ini, 42 peratus bersetuju dengan pilihan "Pakatan Rakyat patut diberi peluang mentadbir negara" berbanding dengan 41 peratus yang berpendapat "Hanya BN boleh memerintah negara".

Bagaimanapun, 4 peratus enggan memberi respon manakala 13 peratus menjawab mereka "tidak tahu".

Apabila BN KUBANG ROTAN main politik busuk..!


Oang buat kapal selam pun hgpa tiru...tapi tak tau mesager dia


ZALIM : MEJER yg report dakwat kekal telah ditukar serta merta


Tiada yang menang, tiada yang kalah. Perpaduan perlu menyusur

Oleh Aspan Alias

Malam tadi saya berceramah di Bukit Gelugor bersama Pengerusi DAP Karpal Singh dan sambutan seperti biasa amat menggalakkan dan terlihat denyutan nadi ramai untuk berubah itu lebih jelas. Ceramah itu diadakan di Taman Tun Sardon dan telah dihadiri oleh ribuan rakyat berbilang kaum.

Pada keseluruhannya Pulau Pinang amat susah untuk ditembusi oleh BN walaupun BN telah melakukan apa yang mereka boleh lakukan untuk kembali berkuku di negeri itu.

Saya merasakan keseluruhannya Pakatan Rakyat mungkin dapat lebih sedikit kerusi daripada BN apabila semua undi rakyat dikira pada 5hb Mei yang akan datang ini.

Ada setengah pihak meramalkan yang BN pula akan menerima kemenangan kecil dan mereka membuat andaian masing-masing mengikut keyakinan masing-masing. Begitulah keadaannya sekarang dan tidak ada siapa yang benar-benar tahu apa keputusan sebenarnya sehinggalah kita saksikan pada tengah malam 5hb ini.

Antara slogan GADAI MASA DEPAN NEGARA dan GADAI MASA DEPAN AKHIRAT...!!


Apabila Haron Din pon kena panggil "BABI"...!!


Baguih punya Kjaan BN.. Buat Putrajaya mahal-mahal rupa-rupanya kena sewa...!

Kenyataan Media TERAS 2hb April 2013

TERAS GESA KERAJAAN BARU ROMBAK POLISI SEWA BANGUNAN DIPUTRAJAYA

TERAS gesa kerajaan baru jika terbentuk selepas Pru 13 nanti yang akan mengambilalih pusat pentadbiran negara di Putrajaya merombak asas perjanjian sewa dengan Putrajaya Holdings .

Bukan sahaja bayaran sewaannya sangat tinggi termasuk penyelegaraannya yang melibatkan ratusan jutaan ringgit setahun , tahap penggunaannya juga tidak memerlukan gendung-gendung yang sebesar yang ada di Putrajaya.

Malah jika dilihat setiap satu bangunan di Putrajaya itu , ada bangunan yang boleh diguna untuk dua Kementeriaan .

Teras tidak faham kenapa kerajaan BN sangat cenderung untuk berbelanja besar dan terlalu gemar bermewah dengan gedung yang sedemikian gah tetapi penggunaannya tidak sampai ke tahap maksima dan tidak memerlukan bangunan sebesar itu.

Apabila Zahid Hamidi merayu muslimat berdoa untuk kesihatan anaknya..!

Kisah Anak Zahid Hamidi .


Dalam kempennya kepada pengundi Zahid Hamidi berpesan "Kalau muslimat PAS datang merayu undi ke rumah tuan2 dan puan2, jangan bukak pintu, jangan jawab salam!"

Selepas kejadian eksiden yang menimpa anaknya sehingga koma, keadaan dah terbalik! Dalam satu majlis perjumpaan ahli majlis amanah ikhtiar di Bagan Datoh, Zahid Hamidi sambil menitiskan airmata merayu muslimat PAS mendoakan anak beliau yang masih dalam keadaan koma walaupun telah dibedah tempurung kepala kelmarin.

Kejadian kemalangan yang berlaku depan mata anak sahabat aku (nama dirahsiakan). Alkisahnya, sebelum kejadian si Hafiz ni (anak Zahid Hamidi) menaburkan risalah2 memburukan Mursyidul Am PAS TGNA di sekitar kampung2 dalam parlimen Bagan Datoh.

[DEDAH] BN Baling guna cikgu untuk program politik mereka....


Koleksi laporan online sahabat fb kisah "pengundi misteri di KLIA"

Sembang bab dok sumpah menyumpah laa pulak...!

kita sembang bab sumpah saiful pulak...kisah sentimentel value melayu dan islam yg sebok  diulas semula.....


Calon PAS N.19 ,Sungai Tiang - Kalau Minta Ikan Kita Bagi Kail

SUNGAI TIANG: Calon PAS N.19 ,Sungai Tiang, Fadzil Baharum, 43 tahun dilahirkan pada tahun 1970 merupakan calon muda yang berwawasan tinggi. Anak kelahiran Sungai Tiang ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang. Seterusnya ke Sekolah Menengah Teknik Alor Setar menghabiskan pengajian sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Telah mendirikan rumahtangga dan beliau dikurniakan 3 orang cahaya mata. Insan berwawasan ini juga adalah seorang usahawan yang berjaya kerana mempunyai syarikat pembinaan sendiri dan memegang jawatan terpenting sebagai pengarah urusan di syarikat tersebut.

Mula menceburkan diri dalam bidang politik sejak pilihan raya kecil pada tahun 2002 dan pernah menyandang jawatan dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah. Fadzil juga terlibat aktif dalam Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Kedah. Sekarang menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah. 
Keterlibatan beliau bersama masyarakat mula terserlah sekembalinya beliau ke kampung halaman dengan menanggani isu-isu berkaitan infrastruktur di kawasan Pendang yang amat lemah antaranya jalan sempit, sistem saluran tidak terurus sehingga kerap berlaku banjir kilat di kawasan tersebut.

Anak Muda Siam Bangkit Ini Kalilah

SUNGAI TIANG: Masyarakat keturunan Siam yang selama ini begitu dingin terhadap hal ehwal politik mulai menunjukkan perubahan sikap dan kecenderungan mereka terhadap Pakatan Rakyat khususnya dari kalangan belia mereka. 

Perkara itu dibuktikan apabila kira-kira 100 anak muda Siam hadir pada Majlis Pembukaan Rasmi Dewan Perpustakaan Desa Kampung China yang di sempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, di sini 25 April baru-baru ini.

Kehadiran memberangsangkan itu menunjukkan penerimaan mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Pakatan Rakyat, malah dibuktikan juga semangat membara mereka apabila turut menyertai konvoi mengiringi calon PAS N.19 Sungai Tiang, Fadzil Baharum ke Kampung Tok Set. 

Bahkan, keikhlasan mereka menyertai Pakatan Rakyat dapat dilihat dengan kemurahan hati seorang penduduk di kampung tersebut yang sudi menjadikan rumah beliau sebagai markas operasi sepanjang PRU13 kali ini.

Impian Mukhriz Menjadi MB Kedah Bakal Kecundang?


Keputusan Najib meletakkan Mukhriz Mahathir bertanding di DUN Ayer Hitam bukan saja dengan hasrat untuk menawan semula negeri itu daripada Pas tetapi dalam masa yang sama mahu menjadikan anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Dengan mempertaruhkan Mukhriz, Najib berkeyakinan BN mempunyai peluang yang lebih baik, di samping bantuan kempen dari Mahathir juga tentunya lebih berganda. Mahathir bukan saja merasakan langkah Najib menjadikan anaknya sebagai bakal MB Kedah merupakan suatu penghargaan buat dirinya tetapi juga sebagai menyediakan laluan yang lebih selesa untuk beliau membina masa depan yang lebih cemerlang dalam UMNO.

Namun, dengan masa hanya berbaki dua hari sebelum hari pengundian, harapan untuk melihat BN mampu menawan semua Kedah dan Mukhriz bakal menjadi Menteri Besarnya nampaknya masih lagi suram. BN masih menghadapi laluan yang yang sukar untuk menawan semula negeri itu walaupun Mukhriz dilihat mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang di DUN Ayer Hitam.

Walaupun Najib dan Muhyiddin cuba menyerang Pas Kedah dan kerajaan pimpinan Azizan Razak dengan pelbagai isu, ia nampaknya tidak meninggalkan kesan yang mendalam kepada pengundi. Beberapa pemimpin UMNO sendiri masih ragu-ragu sama ada BN mampu menawan semula Kedah atau sebaliknya.

Gelombang Sokongan Di Langkawi Boleh Tenggelamkan Bn

Pakatan Rakyat Langkawi dilihat sangat berpotensi untuk mencipta kejutan serta memberi kerusi tambahan dalam mengukuhkan majoriti ke Dun Kedah. Perubahan dapat dilihat dari keterbukaan dan ikrar senyap serta pendedahan maklumat yang diperolehi penduduk pulau pelancongan itu.Dalam tinjauan rambang , antara aspek yang menjadi penilaian kritis penduduk ialah agenda Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat. 

Rata-rata maklum akan usaha kerajaan negeri yang dilihat selama 5 tahun telah mengatasi BN dalam banyak perkara.

Selain program kebajikan seperti pemberian Skim Kafalah, bantuan ke IPTA, sumbangan kepada guru Quran dan bidan kampung, paling terkesan kepada penduduk ialah penyelesaian kepada banyaknya isu tertangguh terutama berkaitan pemilikan tanah dan penggunaan kawasan. Penduduk turut melihat perkembangan itu disumbangkan dari struktur pentadbiran yang kian tersusun menerusi peranan Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) dan komitmen jentera politik Pakatan Rakyat dalam mendekati penduduk. Malah, perkhidmatan baik yang diberikan menerusi Pejabat Adun Angkat tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan warna politik turut dirasai kesannya oleh penduduk. Begitu juga media baharu yang menjadi sumber kebanyakan penduduk dalam memperolehi maklumat alternatif hingga mengupayakan penilaian semasa. 

Anwar selar penahanan blogger Milo Suam bawah OSA

milo-suam-selar
PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan blogger Milo Suam yang dipercayai mendedahkan kepincangan undi pos polis.
Menurut Anwar, blogger Milo Suam yang mempunyai pengaruh besar dan pembaca berjumlah ratusan ribu kini ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) selama tiga hari.

“Jangan tangkap pemberi maklumat. Persoalannya, apa jaminan polis akan kendali dan pastikan pilihan raya bebas dan adil?” kata Anwar menjawab soalan pemberita.

Tambahnya, blog Milo Suam sebelum ini mendedahkan kepincangan dalam proses pengundian pos polis yang menerima kertas undi sehari lebih awal.

“Ini adalah intimidasi politik untuk menafikan hak rakyat Malaysia untuk mengetahui perkara sebenar,” tambah Anwar.

Kempen BN jejas perniagaan di Pasar Jerai?

Kehadiran jentera BN berkempen di Pasar Awam Jerai baru-baru ini didakwa telah menyebabkan golongan peniaga merasa tidak selesa, seterusnya mengakibatkan perniagaan mereka terjejas. 

Calon PAS di Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sebilangan besar peniaga merungut kehadiran bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad, Calon BN, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan jenteranya menyebabkan perniagaan mereka terjejas.

"Ramai peniaga merungut kepada saya kedatangan jentera BN berkempen menjejaskan perniagaan mereka," katanya

Beliau melahirkan kebimbangan golongan peniaga yang rata-ratanya merasakan kempen BN kali ini banyak memberi masalah kepada rakyat khasnya dalam penggunaan jentera kerajaan.

Selain itu, BN juga dikatakan telah menggunakan premis kerajaan khasnya sekolah, jabatan kerajaan untuk berkempen, sedangkan dalam peraturan ianya suatu yang dilarang. 

Replika skandal kegagalan BN bersepah di Kedah

KEMPEN Pilihan Raya Umum Ke-13 di Kedah kali ini cukup unik apabila partiparti yang bertanding melahirkan kempen dengan lebih kreatif melalui pembinaan replika pelbagai jenis pesawat, kapal selam dan kereta kebal menggunakan warna dan lambang parti. 

Paling menarik dan menjadi rebutan ialah replika Boeing 747 yang dibina di Markas PAS Cawangan Kg Batu Besar, di Dun Jeneri dalam Parlimen Sik.

Replika ini menjadi perhatian dan sambutan ramai setiap hari selepas ianya disiapkan beberapa bulan lalu sebagai bahan kempen PAS di sini.

Replika sepanjang 58 kaki itu menjadi salah satu produk pelancongan apabila hampir setiap hari ribuan pengunjung datang dari jauh semata-mata untuk melihat keunikan replika ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...