TERKINI :

Thursday, May 2, 2013

Seruan saya: Undilah Barisan Nasional

Bahang pilihan raya umum ke-13 semakin dirasai. Tanggal 5 Mei 2013 akan jadi detik penentu untuk negara yang kita cintai. Adakah negara kita mahu terus dikuasai pemerintah yang rakus? Atau kita mahu perubahan ke arah negara yang adil dan berkebajikan?

Pilihan sebenar terletak di tangan anda ! 

Tanpa ragu lagi, saya menyatakan sokongan penuh pada saya Pakatan Rakyat. Gabungan tiga parti besar, PAS, PKR, dan DAP merupakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia masa kini untuk melihat sesuatu perubahan ke arah Malaysia yang makmur dan disegani.

PRU ke-12 pada tahun 2008 telah membuktikan kejayaan serta kematangan pakatan rakyat dalam mentadbir negeri yang berjaya dikuasai.

Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang telah menjadi bukti dan contoh kepada rakyat meskipun mendapat pelbagai tohmahan dan tekanan daripada kerajaan pusat pimpinan BN .

Undi Warga Asing: Barisan Nasional Gadai Masa Depan Malaysia

Angkatan Muda Keadilan Selangor begitu bimbang tentang maklumat bahawa terdapatnya kemasukkan besar-besaran pengundi asing ke Semenanjung terutamanya Selangor bagi membantu taktik kotor Barisan Nasional untuk memenangi Pilihanraya Umum ke 13 ini seperti yang didedahkan oleh Ketua Umum Keadilan , Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Keadaan ini menurut pemerhatian AMK Selangor, telah mewujudkan rasa bimbang dan syak wasangka terhadap ketelusan sebenar SPR dan apakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Imigresen , PDRM dan Pejabat Perdana Menteri sendiri dalam konspirasi jahat yang dilakukan semata-mata untuk menjamin kemenangan secara penipuan kepada Barisan Nasional. 

Kebanjiran warga asing yang mempunyai kad pengenalan ini pasti memberi implikasi yang buruk kepada masa depan Malaysia. Pertama, adilkah sekiranya warga asing diberikan hak secara semberono untuk mengundi dalam satu proses demokrasi pilihanraya yang diwar-warkan sebagai adil dan telus ini? Siapakah yang harus memikul tanggungjawab atas kesan buruk ini kemudian hari?

Arahan - Semua petugas kena berkawal setiap masa peti undi yang berada di bali polis 24jam...

Kecuh Depan Balai Polis Larut, SPR Hendak Ambil Peti Undi

BERITA TERKINI                                                                                                                

Saya baru menerima panggilan telefon dari seorang rakan (korespondan) saya yang kini berada di hadapan Balai Polis Lumut Perak. Menurutnya waktu ini berlaku kekalutan di hadapan balai polis itu bila mana SPR cuba membawa peti-peti undi pos yang disimpan dalam lokap di balai polis itu ke satu tempat yang tidak diketahui.

Tindakan SPR itu dibantah oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang sudah berkawal di balai polis berkenaan untuk menjaga keselamatan peti-peti undi berkenaan.

Ekoran serbuan orang ramai yang membantah tindakan SPR itu menyebabkan usaha membawa peti undi itu tidak berjaya. Sudah pasti kalau tidak ada tindakan agresif peti-peti undi itu akan dibawa keluar dari lokap.

PEJELASAN VIDEO RAKAMAN ‘DATUK T’


Beberapa hari ini pemain – pemain siber upahan pro Umno memainkan video yang kononnya che’GuBard mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat.

Sememangnya che’GuBard dikenali bersikap agresif dalam menyuarakan sesuatu hal khususnya dalam sesuatu prinsip yang diperjuangkan dan PKR juga sentiasa bersikap terbuka menerima kritikan dan memperbetul keadaan.

Namun video tersebut tidak menggambarkan perkara sebenar pun.

Merujuk semula rakaman tersebut, ia adalah rakaman yang dibuat oleh ‘Datuk T’ secara sembunyi ketika sesi menjemput che’GuBard menonton video lucah fitnah DSAI. Perkara ini telah lama diperjelaskan dalam buku ‘Fitnah’ tulisan che’GuBard yang dikeluarkan pada Ogos 2011. Dalam muka surat 154 – 160 jelas menceritakan secara terperinci apa yang berlaku dalam sesi tontonan berdasarkan kenyataan Mac 2011.

Sembang PRU: Cerita Mr Bean

oleh Monier Mat Din,

Baru-baru ini dalam perjalanan pulang daripada jemputan berceramah PRU di Batu 5, Sik Kedah, saya singgah di Kg Batu Besar Sik, tak beberapa jauh dari Pondok Lanai Parit Panjang – nak pi tengok sendiri replika kapal terbang besar yang kawan-kawan duk heboh dalam FB itu.

Waktu kami sampai dah dekat jam 1.30 pagi, tapi orang masih ramai. Mengikut kata seorang pakcik kat situ, kalau siangnya penuh dengan pengunjung entah dari mana-mana. Dia kata, berdasarkan buku catatan pelawat itu, semua negeri dah sampai kecuali dari Sabah dan Serawak saja, nak habag kata memang berpusu-pusu pelawat mai dari seluruh pelusuk Malaysia.
(Bergambar kenangan di tangga menaiki pesawat – boleh tahan besar juga pesawat ini)

Ini Kali Lah- Bas Ekspres ke Putrajaya


Najib bakal menjadi Ketua Pembangkang digeruni?

Oleh S.Barathidasan

Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) berpendapat ketua kerajaan sementara Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak cukup terdesak dengan menghantar perutusan khas sempena Pilihan Raya Umum ke-13 kepada semua pengundi masyarakat India, diseru menyokong calon BN dan memberi mandat kepada Barisan Nasional pada PRU13 nanti.

Dalam perutusannya, beliau memohon maaf kepada pengundi masyarakat India di atas kelemahan dan kesilapan pimpinan lepas dan meminta diberi satu peluang. Perutusan ini menimbulkan lima persoalan penting.

Persoalan Pertama: Mengapa mesej ini dipanggil perutusan? Biasanya Perutusan hanya diberikan kepada sambutan-sambutan yang penting. Apakah Najib anggap PRU13 sebagai satu sambutan yang rakyat akan tari-menari dan meriah? Tetapi, PRU13 adalah merupakan satu peristiwa penting dan serius yang mana rakyat akan menentukan masa depan negara yang cemerlang.

Tukar kerajaan Pusat selepas 56 tahun merdeka... Mari kita melakar sejarah!

oleh Zulkifli Yahaya


Jangan lupa pergantungan kepada Allah!

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Satu-satunya perkara besar yang pernah berlalu di semua negara demokrasi tetapi tidak pernah berlaku di Malaysia ialah pertukaran parti politik yang mentadbir kerajaan. Sejak PRU pertama Malaysia pada tahun 1955 sehingga PRU 12 tahun 2008, BN yang dahulunya Perikatan, tidak pernah kalah.

Terlalu lama berkuasa adalah subjek yang mengunjurkan akibatnya yang pelbagai. Hampir kesemuanya negatif. Terlalu lama berkuasa menyebabkan kerajaan yang ada bersikap angkuh, besar kepala dan mereka sentiasa betul. Terlalu lama berkuasa menyebabkan 'sistem' rasuah berakar dan berumbi dalam kerajaan, khazanah kekayaan negara teragih di kalangan juak-juak mereka yang berkuasa melalui pelbagai projek kerajaan. Terlalu lama berkuasa menyebabkan peranan parti politik yang memerintah tidak dapat dibezakan dengan kerajaan, perkakas hak milik kerajaan menjadi harta meredak parti dan jentera kerajaan dipergunakan tanpa batasan untuk mempertahankan parti yang berkuasa.

Aspek yang paling jahanam akibat terlalu lama berkuasa ialah kewujudan golongan yang mengabdikan diri kepada manusia serta lebih takutkan manusia (dan segala ugutannya) berbanding takutkan Pencipta manusia. 

Tiada yang menang, tiada yang kalah. Perpaduan perlu menyusur

oleh Aspan Alias

Malam tadi saya berceramah di Bukit Gelugor bersama Pengerusi DAP Karpal Singh dan sambutan seperti biasa amat menggalakkan dan terlihat denyutan nadi ramai untuk berubah itu lebih jelas. Ceramah itu di adakan di Taman Tun Sardon dan telah di hadiri oleh ribuan rakyat berbilang kaum.

Pada keseluruhannya Pulau Pinang amat susah untuk di tembusi oleh BN walaupun BN telah melakukan apa yang mereka boleh lakukan untuk kembali berkuku di negeri itu.

Saya merasakan keseluruhannya Pakatan Rakyat mungkin dapat lebih sedikit kerusi dari BN apabila semua undi-undi rakyat di kira pada 5hb Mei yang akan datang ini.

Ada setengah pihak meramalkan yang BN pula akan menerima kemenangan kecil dan mereka membuat andaian masing-masing mengikut keyakinan masing-masing. Begitu lah keadaannya sekarang dan tidak ada siapa yang benar-benar tahu apa keputusan sebenarnya sehinggalah kita saksikan pada tengah malam 5hb ini.

Jantung ahli UMNO bergetar mendengar Husam di Putrajaya ...

Haji Muzamir Haji Haron
 
(Husam bersalam dengan penduduk Putrajaya selepas diumumkan sebagai calon PAS di situ)
Nama saya Muzamir seorang ahli Umno (lama) sejak tahun 1985 dan Umno (baru) sehingga kini di dalam Umno Bahagian Setiawangsa.

Saya bekerja sebagai seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur yang bergiat di dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah dan perladangan.

Pada tahun 2010 syarikat majikan saya menghadapi kesulitan di dalam satu projek di Kelantan di mana kelulusan bagi pengeluaran saki-baki balak di dalam tanah yang akan diusahakan untuk tanaman sawit secara usahasama dengan sebuah badan kerajaan Negeri telah bertindih dengan kelulusan kepada syarikat lain.

Komen Karpal atas Mat Taib

Subky Latif, 02 Mei 2013

Bagi Karpal Singh, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad Mohd. Taib tidak layak diterima menjadi ahli PAS. Sebagai ahli PAS tentulah dia menjadi kerabat Pakatan Rakyat yang parti Karpal adalah tuan punya bersama PAS.

Pandangannya adalah kerana rekod lamanya dalam Umno dulu. Bagaimanapun komen Karpal itu ada atas kapasiti pribadinya, bukan sikap partinya.

Karpal berhak menyatakan pandangan seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan kebebasan bersuara dalam demokrasi. Latar belakang undang-undangnya menyebabkan dia terpaksa sampaikan begitu.

Bagaimanapun PAS tidaklah perlu apolojetik apabila menerima Tan Sri Mohamad sebagai ahli. Ajaran Islam yang menjadi landasan perjuangan PAS membuka ruang kepada semua orang untuk bersamanya tanpa mempersoal sangat pengalaman lama seseorang.

[Video] Calon BN buang bendera PR ganti dengan bendera BN..


Cerita TUN bagi duit kepada Nik Aziz sekadar cerita lawak PRU13

Beri RM200 juta: Tun khianat Umno K'tan dalam senyap?

KUALA LUMPUR: Jika benar dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir memberikan RM200 juta hingga RM300 juta kepada kerajaan PAS Kelantan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, bermakna Mahathir sebenarnya sudah lama mengkhianati Umno Kelantan secara senyap-senyap.

"Rupa-rupanya sudah lama Mahathir khianat kepada UMNO Kelantan, dalam pada UMNO Kelantan berikhtiar merebut Kelantan sekian lama, Mahathir telah khianat dengan diam-diam hulur bantuan kepada PAS Kelantan," kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari sinis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan hari ini yang memetik kenyataan seorang aktivis Umno yang mendakwa PAS Kelantan menerima sebanyak RM200 juta hingga RM300 juta setahun daripada Mahathir ketika menjadi perdana menteri.

Beliau juga mendakwa wang itu diserahkan sendiri oleh Mahathir kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz, dan dialah yang menjadi pemandu membawa Tok Guru untuk mengambil wang tersebut setiap enam bulan sekali.

Rakyat marah kempen primitif

Oleh Abd Shukur Harun

BELUM pernah sepanjang sejarah pilihan raya umum dan kecil di Malaysia, rakyat menyaksikan dengan penuh jijik, benci dan marah terhadap kempen video lucah, fitnah, samseng, perkauman dan pelbagai kejahatan lagi yang bermunculan dalam suasana PRU13 ini.

Tidak ada rakyat yang waras fikirannya yang menerima kempen jijik seperti ini, bahkan mereka berpendapat bahawa kempen jahat ini adalah jahiliyah, primitif, kehilangan maruah dan harga diri pelakunya.

Ini bukan cara masyarakat dibawa menuju transformasi, tetapi membawa mereka ke zaman jahiliyah dan ini sangat malang bagi sebuah negara yang sudah lebih setengah abad merdeka.

Pelbagai pihak, baik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat prihatin, menyatakan kebencian dan kemarahan yang amat sangat terhadap kempen yang amat buruk dalam sejarah tanah air yang berlaku sekarang.

SPR bagi jaminan akan ketahanan dakwat kekal tak akan hilang sehingga 5 ke 7 hari..!!!

PRU-13: SPR jamin ketahanan dakwat kekal

PUTRAJAYA 2 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa kesan dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi tidak akan hilang sehingga tempoh lima hingga tujuh hari.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, dakwat itu sudah diuji, diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dalam kes pengundi awal yang membuat laporan polis dan menyebar gambar kesan dakwat itu hilang dari jarinya, beliau berkata, ia disebabkan petugas SPR tidak mengikuti peraturan yang dinyatakan di botol dakwat itu yang memerlukan ia digoncang 30 minit sebelum digunakan.

TERKINI - Laporan polis dilakukan berhubung dengan cubaan mengeluarkan kertas undi dari IPD Manjung

TERKINI..
Photo: Laporan polis dilakukan berhubung dengan cubaan mengeluarkan kertas undi dari IPD Manjung pagi tadi...apakah yang cuba SPR lakukan
Laporan polis dilakukan berhubung dengan cubaan mengeluarkan kertas undi dari IPD Manjung pagi tadi...apakah yang cuba SPR lakukan
Laksamana Pertama Bersara Hj Imran Abd Hamid

[GEMPAR] Cubaan membawa keluar kertas undi dari lokap polis IPD Manjung

Laksamana Pertama Bersara Hj Imran Abd Hamid kotak yang belum sempat dimasukkan kedalam kenderaan
Laksamana Pertama Bersara Hj Imran Abd Hamid kertas undi yang telah dimasukkan ke dalam kenderaan

[Video Terdedah] Mengapa Barisan Nasional Harus Dikekalkan

AWAS !! MEREKA Sudah datang.. jangan bagi mereka RAMPAS negara kita..!!

KANTOI! Pendedahan Anwar Bukti Pejabat PM SAH Terbabit!


Ketua umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Anwar mendakwa KEADILAN memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi KEADILAN menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.

Anwar juga berkata parti tersebut memperolehi salinan komunikasi emel Sistem Penerbangan Malaysia yang didakwa mengaitkan PMO dengan penerbangan sewa khas tersebut.

Turut hadir dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor adalah naib presiden PAS, Husam Musa, Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman dan bekas speaker DUN negeri, Teng Chang Khim.

PR Kedah HARAMKAN KONVOI untuk mengelak musuh ambik kesempatan..

:: MENANGKIS STRATEGI "FALSE FLAG' OLEH PIHAK LAWAN ::

Perhatian kepada seluruh anak-anak muda penyokong Pakatan Rakyat.

Pihak Parti Lawan dikesan akan melakukan strategi "False Flag" (Bendera Palsu) disaat hari akhir kempen, iaitu dengan kaedah membentuk pasukan konvoi anak muda yang memakai T-Shrit dan membawa bendera PAS/PKR/DAP akan meronda masuk kampung, taman dan sepanjang jalan sambil melakukan aksi samseng dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengundi dengan harapan pengundi akan membenci Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, bermula malam (2 Mei 2013) ini sehingga Ahad (5 Mei 2013) konvoi melibatkan motor (kecuali konvoi rasmi kereta calon) di larang sama sekali, Walaubagaimanapun pihak kami amat prihatin dengan seluruh anak-anak muda yang amat ghairah untuk menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dengan berkonvoi yang akan menyemarakkan semangat petugas dan pengundi

[SPR KECOH] Rakyat ragui keselamatan "karung undi pos" yang duduk dalam balai polis..!!

Ragui keselamatan karung pos
JANATUL FIRDAUS YAACOB
2 Mei 2013
Husam Musa
Husam Musa
 
PUTRAJAYA - Keselamatan karung undi pos yang dijalankan anggota keselamatan di Putrajaya dipertikai tahap ketelusannya.

Calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa berkata, polis menolak permohonan Pas Putrajaya untuk menempatkan petugas 24 jam bagi memantau keselamatan peti undi yang disimpan di dalam lokap balai polis tersebut.

“Tanpa alasan kukuh pihak polis menolak permohonan kami dan hanya bergantung kepada kunci. Perkara ini menimbulkan kemusykilan syak terhadap ketelusan sistem pilihan raya negara.

“Kunci bila-bila masa sahaja boleh dibuat pendua, bukan kita menuduh polis akan bertindak sedemikian tetapi bagi keyakinan kita dan rasa senang hati semua pihak. Apa salahnya kami letakkan petugas 24 jam?,” katanya ketika sidang media, semalam.

Asing kuasai negara selepas Anwar PM hanya hasutan Muhyidin -Dr.Afif

oleh Zainul faqar

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kuasa asing akan menguasai Negara jika Pakatan Rakyat memang PRU13, lapor Buletin TV3 malam ini.

"Jangan masuk kubu pembangkang kerana di sebalik pembangkang (Pakatan Rakyat) ini memang ada kuasa asing yang bersedia masuk ke Malaysia kalau Datuk Seri Anwar menjadi perdana menteri.
"Mereka (kuasa asing) akan mencampuri dasar mereka (pembangkang) dan program mereka, ini bahaya dan sebab itu Allah nak tunjuk dan parti pembangkang kini (pun) kian rapuh," kata Timbalan Presiden Umno di Batu Pahat, Johor hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak pula mengulas mengenai kontroversi Datuk Seri Najib Tun Razak (pemangku perdana menteri merangkap presiden Umno) menyerahkan sebidang tanah negara milik KTM di Tanjong Pagar kepada Singapura berapa tahun lepas tanpa perkenan Sultan Johor, diluluskan dalam Dun Johor serta Parlimen dan dibentang dalam mesyuarat kabinet pusat.

Menteri Jaga Agama Si Jamil Khir Calon BN Jerai pinjam duit Zakat?

oleh Budak Kg

Tiada wang zakat digunakan.... Pooraaaah...

...wang zakat digunakan untuk biayai kos guaman Jamil Khir.... Pooraaaah...
 
Cuba hangpa tengok surat kat bawah nie...dah bukti jelas hang pediah duit zakat tuu.. bila Jab Audit kata ada salah guna duit Zakat lalu hang pun kalut nak bayaq balik untuk cover line hang kata pelarasan..baguih baguih...

Lima panduan untuk pengundi atas pagar

Fikri Harun,

1. Masa untuk kita sebagai pemegang saham Malaysia - memilih pasukan pentadbiran yang boleh kita harapkan untuk memulangkan keuntungan pelaburan kita - hampir tiba beberapa hari saja lagi.

2. 222 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia akan diduduki oleh pilihan majoriti kita, membentuk pasukan pentadbir Malaysia yang baru (ke-13). 165 daripadanya adalah di Semenanjung Malaysia.

3. Memilih bukanlah perkara mudah apatah lagi jika pilihannya pelbagai, dan kau di atas pagar.

4. Untuk itu, aku ingin kongsi kaedah mudah dalam membuat pilihan, khusus bagi pengundi Melayu di atas pagar di Semenanjung Malaysia.

5. Pertama, fokus pada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) saja. Kerana hanya dua pasukan ini yang mampu membentuk pasukan pentadbir Malaysia yang lengkap. Abaikan Bebas.

6. Dengan itu, PR kelihatannya sudah mendahului 1 kerusi di Parlimen Pasir Mas Kelantan kerana BN hanya bertanding di 221 kerusi.

RAKYAT sudah bersemangat untuk menolak UMNO BN..namun tetiba PRU13 kita KALAH...!!!




Pakatan tak cukup wang untuk mendirikan khemah, memberi makan free dan elaun untuk datang ke ceramah. Tetapi gambar-gambar seperti inilah, yang memberi kita harapan... INI KALILAH!

RAKYAT : kami bukan nak makan, elaun, dan NAIK bas free, kami mahukan pemimpin yang boleh menyelamat kan rakyat dan Negara....

5 Mei 2013 .... Pakatan Rakyat bakal mencipta sejarah baru di Malaysia, menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan baru. Itulah harapan rakyat Malaysia.

INI KALILAH, TUKAR!!!!

Apabila BEKAS MB BN puji MB PR urus negeri jauh lebih baik dari beliau..!!

Muhammad Taib Mengaku Kalah


Muhammad Taib pun mengaku kalah dengan kecermelangan kepimpinan Pakatan Rakyat. Terbukti pemimpin Pakatan Rakyat memperjuangkan hak rakyat tapi bukannya hak kroni.
Kepada yang masih menyokong Umno BN sampai tak ketahuan fikir-fikirkanlah. Bekas MB Selangor sendiri telah mengiktiraf kepimpinan Pakatan Rakyat. Pemimpin beramanaha rakyat sejahtera..
Inilah hasilnya dan bukti kerajaan PR yang telus dan amanah memerintah DEMI RAKYAT...

[

Deklarasi 13 Putrajaya - Guru KEMAS dibela oleh PAKATAN RAKYAT


Pakatan kemuka 13 janji untuk penjawat awam

PUTRAJAYA: Sempena Hari Pekerja yang disambut pada hari ini, Pakatan Rakyat memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 yang mencakupi 13 perkara khusus untuk penjawat awam.

Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing, amanah dan menjunjung cita-cita negara Malaysia mencapai 'world class delivery system'.

Deklarsi yang disediakan oleh Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim kemudian terus mengisytiharkan deklarasi itu.

Di antara 13 perkara yang digariskan di dalam deklarsi itu termasuklah:

1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan)

2) Pinjaman rumah tanpa faedah,

P.125 Putrajaya - Kempen BN dah semakin tak ketahuan punca...!!


BN sabotaj kempen Dato' Husam Musa di Putrajaya
Husam4putrajaya2013

BN sabotaj kempen Dato' Husam Musa di Putrajaya

Saya berasa amat kesal dengan taktik kotor BN yang semakin menjadi-jadi di Putrajaya. Jadilah orang yang matang kerana negara kita mengamalkan demokrasi..

Saya datang berkempen di sini, membawa politik yang matang, saya kemukakan wawawan dan idea saya, jika BN tidak setuju, sila lah lawan dengan hujah..Inilah jadinya apabila hujah dilawan dengan unsur-unsur negatif dan kekerasan..

Sejak dari mula kempen, mereka sudah mencabut banner dan bendera PAS..

Di pintu masuk Putrajaya, apabila petugas kami memasang bendera berbentuk Wau Bulan, mereka mensabotaj dengan menutup wau tersebut dengan lambang dacing..

Petugas BN didapati menyebarkan ke rumah-rumah penjawat awam, hampir setiap hari pelbagai risalah yang memfitnah saya, pemimpin Pakatan Rakyat dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Tidak cukupkah dengan fitnah dan momokan yang dipapar Utusan, Berita Harian, NST, The Star, TV1, TV2 dan TV3?

Banyak kes di mana petugas kita dihalang oleh petugas BN untuk mengedarkan risalah dan bahan kempen. Hal ini sudah dirujuk kepada polis..

Saya ingin mengingatkan lawan saya, bahawa saya tidak pernah bercakap menyentuh peribadi beliau, saya sekadar menyentuh soal kemampuan dalam kepimpinan dan kemampuan mengutarakan idea serta tugas-tugas untuk membantu rakyat..

Sehubungan itu saya berharap, calon BN supaya menjawab surat saya dan berani berdiskusi dengan saya malam ini. Kita lawan politik dengan cara berhujah, bukan main politik kotor dan lucah, malulah sedikit dengan penjawat awam dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang cerdik pandai di Putrajaya ini..

Saya berasa amat kesal dengan taktik kotor BN yang semakin menjadi-jadi di Putrajaya. Jadilah orang yang matang kerana negara kita mengamalkan demokrasi..

Saya datang berkempen di sini, membawa politik yang matang, saya kemukakan wawawan dan idea saya, jika BN tidak setuju, sila lah lawan dengan hujah..Inilah jadinya apabila hujah dilawan dengan unsur-unsur negatif dan kekerasan..

Sejak dari mula kempen, mereka sudah mencabut banner dan bendera PAS..

Di pintu masuk Putrajaya, apabila petugas kami memasang bendera berbentuk Wau Bulan, mereka mensabotaj dengan menutup wau tersebut dengan lambang dacing..

Petugas BN didapati menyebarkan ke rumah-rumah penjawat awam, hampir setiap hari pelbagai risalah yang memfitnah saya, pemimpin Pakatan Rakyat dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Tidak cukupkah dengan fitnah dan momokan yang dipapar Utusan, Berita Harian, NST, The Star, TV1, TV2 dan TV3?

Pencerahan : Nasihat untuk sahabat online PR.. berhati-hati dengan tutur kata..!!


Nak JILAT BN pun jangan la sampai tahap suruh makan TAIK pun hangpa makan..!!

ARTIKAL INI DI TARIK BALIK DISEBABKAN SAHABAT YANG MENULSI TERSEBUT TELAH MENGAKUI AKAN KETELANJURAN BELIAU BERKATA-KATA.

BELIAU SEBENARNYA PENYOKONG PR..NAMUN DALAM BAHASA SARCAM BAB AGAMA DAN AKIDAH NIE TOLONGLAH PAKAT JAGA..

 

Oleh WTKO

Kepada penyokong dan penjilat BN kalau nak memuji BN @ UMNO itu biarlah berpada-pada kerana kita beragama Islam dan ada batas iman dan kufur. Jangan sampai kita mempersendakan Allah kerana dek kerana duit tak berapa sen!!

Ini Facebook penyokong BN @ UMNO yang telah rosak akidah. Nauzubillah!!!


Apakah perbezaannya di antara murtad, kufur, dan terbatal Syahadah ?

a)  Murtad: adalah salah satu jenis kufur yang paling jahat. Murtad bermaksud seorang muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain. Kekufuran setelah Islam adalah lebih buruk dan jahat daripada kufur semulajadi.

[VIDEO] AES di batalkan... Apa itu AES & Sebab apa ia akan di batalkan.. mai dengaq lekaih..!!


DIALOG AES (Cerita Rosmah Disaman)

Siapa yang dok berlegar di KLIA tolong jadi pemehati rakyat tangkap puak HANTU masuk negara..!!


Keadaan di KLIA mengikut seorang saksi - rakyat Burma dan Bangla dilihat beratur memasuki negara mengikut laporan FB ini. Mereka memakai topi BN dan juga dilindungi polis?

Saat ini datang melancong ke negara? 

Semua rakyat kena balik mengundi untuk gagalkan sebarang penipuan.
Keadaan di KLIA mengikut seorang saksi - rakyat Burma dan Bangla dilihat beratur memasuki negara mengikut laporan FB ini. Mereka memakai topi BN dan juga dilindungi polis?

Saat ini datang melancong ke negara?

Semua rakyat kena balik mengundi untuk gagalkan sebarang penipuan.

Calon PAS Kedah galas harapan rakyat

Oleh IZWAN ABDUL HALIM 
 
AKYAT kekal menjadi subjek utama caloncalon Pilihan Raya Umum Ke-13 PAS Kedah sekiranya diberi kepercayaan memimpin di Dun yang ditandingi. Rata-rata mahu memberi fokus kepada isu kemiskinan, kebajikan, pendidikan serta pembangunan infrastruktur. 

Mengambil realiti Langkawi sebagai Pulau Pelancongan, calon PAS N.01 Ayer Hangat, Zubir Ahmad yang dipertaruhkan untuk kali ketiga menyatakan komitmen agar sektor pelancongan kekal memberi impak kesejahteraan untuk penduduk pulau itu.

Ujarnya, penambahbaikan untuk menarik kepesatan pelancongan akan dilipatgandakan menerusi peningkatan infrastruktur, pemeliharaan alam sekitar semulajadi dan program pelancongan.

Katanya, kawalan juga akan dilakukan agar pelancongan di pulau itu menjadi sektor yang diberkati dan selesa untuk menarik pelancong dari pelbagai budaya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...