TERKINI :

Wednesday, May 1, 2013

LIVE - Jelajah Merdeka Rakyat Johor Bahru bersama DSAI


Pulun dok susun calon BN Kedah sampai depa lupa nak letak calon Agama jadi EXCO bila menang..!!!

Silalah anda lihat nama di bawah kemudia cuba habaq mai siapa yg di rasakan sesuai...

Senarai calon ADUN BN KEDAH ialah:


N1. AYER HANGAT - Mohd. Rawi Abdul Hamid
N2. KUAH - Nor Saidi Nayan (baharu)

N3 KOTA SIPUTEH - Datuk Abu Hassan Sharif
N4 AYER HITAM - Datuk Mukhriz Tun Mahathir
N5 BUKIT KAYU HITAM - Datuk Ahmad Zaini Jaafar
N6 JITRA - Aminuddin Omar (baharu)

N7 KUALA NERANG - Badrol Hisham Hashim (baharu)
N8 PEDU - Kama Noriah Ibrahim (baharu)

N9 BUKIT LADA - Datuk Ahmad Lebai Sudin
N10 BUKIT PINANG - Mokhtar Mohd. Nor (baharu)
N11 DERGA - Dr. Cheah Soon Hai

N12 BAKAR BATA - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah
N13 KOTA DARULAMAN - Loh Gim Hui (baharu)
N14 ALOR MENGKUDU - Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (baharu)

N15 ANAK BUKIT - Datuk Hashim Yahya
N16 KUBANG ROTAN - Datuk Latt Shariman Abdullah (baharu)
N17 PENGKALAN KUNDOR - Noor Hasita Mat Isa (baharu)

N18 TOKAI - Najmudin Darus (baharu)
N19 SUNGAI TIANG - Datuk Suraya Yaacob

N20 SUNGAI LIMAU - Fadzilah Mohd. Ali. (baharu)
N21 GUAR CHEMPEDAK - Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ismail
N22 GURUN - Dr. Leong Yong Kong (baharu)

N23 BELANTEK - Datuk Mohd. Tajudin Abdullah
N24 JENERI - Mahadzir Abdul Hamid (baharu)

N25 BUKIT SELAMBAU - M. L. Maran (baharu)
N26 TANJONG DAWAI - Datuk Tajul Urus Mat Zain

N27 PANTAI MERDEKA - Ali Yahya (baharu)
N28 BAKAR ARANG - Lee Yean Wang (baharu)
N29 SIDAM - Bee Sieong Heng (baharu)

N30 BAYU - Datuk Azmi Che Husain
N31 KUPANG - Harun Abdul Aziz (baharu)
N32 KUALA KETIL - Mohd. Khairul Abdullah (baharu)

N33 MERBAU PULAS - Datuk Marlia Abdul Latif (baharu)
N34 LUNAS - S. Ananthan

N35 KULIM - Chua Thiong Gee (baharu)
N36 BANDAR BAHARU - Nor Sabrina Mohd Noor (baharu)


Rakyat sudah bertekad mahu kerajaan baru di Putrajaya..!

Oleh RAYUSA

WALAUPUN telah membubarkan Parlimen dan mengumumkan calon BN untuk PRU13 (masing-masing pada 3 dan 16 April), Najib Razak masih tidak faham bahawa rakyat menolak kerajaan Umno-BN.

Bagi Najib, rakyat tidak perlu mengubah kerajaan hanya kerana mahukan perubahan. Menurutnya, kerajaan Umno-BN telah membawa pelbagai perubahan besar sejak 2009. Umno-BN, tambahnya, mampu usahakan perubahan sedemikian jika rakyat mahu tanpa menukar kerajaan.

Ertinya, yang penting ialah rakyat mengecapi perubahan yang kerajaan Umno-BN mampu laksanakan. Tegas Najib, rakyat perlu bijak menilai pembangkang yang didakwanya mahu membuat perubahan, sedangkan pemimpin mereka bertelagah.

Tambahnya, rakyat harus mempertikai kemampuan Pakatan Rakyat membawa perubahan. Beliau mendakwa mustahil perubahan boleh dibawa jika dalam Pakatan ada tiga nakhoda.

Rakyat mahu kerajaan baru! Oleh itu, Najib meminta rakyat menilai rekod prestasi Anwar Ibrahim yang pernah berada dalam kerajaan, terutama semasa berdepan krisis.

Betoi ka ada 10 Bas bawa anggota TLDM di LUMUT & REJ.RENJER di PERLIS mai buang UNDI di kem SG petani..????

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/0501/Kosmo/Pilihan_Raya/pr_15.1.jpg
GAMBAR HIASAN SAHAJA NIE..!!
ada email mai kat kami :

Bro, pg td gua jumpa gua pinya kawan baru lepas undi pos semalam di kem sg layar, sg petani, kedah. Beliau kata terdapst lebih dari 10 bas bawa anggota tldm dari lumut mengundi di sg petani dan anggota tentera dari rej renjer di perlis juga mengundi pos di situ.

Persoalannya, apakah di lumut dan perlis tidak menempatkan anggota tentera mengundi pos?. Bg anggota kerahan pula, terdapat pegawai memerhatikan undi apa yg mereka pangkah.

Tindakan akan diambil jika memangkah pakatan. Selain itu kertas undi juga terdapat nombor siri. Gua harap bro sebarkan dan padamkan nama gua bro. Thnks

Note : Ada sesiapa boleh kompomkan akan perkara ini...kepada JPN & calon PR sila siasat tengok..!!!

Wahai NAJIB.. zaman sekarang anak kecil tak main api dah depa main 'tablet & i-pad'

Kempen BN sudah semakin hilang waras pemikiran manusia.. Poster Nik Aziz disamakan dengan Babi..!!

 

SEBELUM INI TAYANG VIDEO LUCAH DI CERAMAH
KINI BUAT POSTER HINA TG NIK AZIZ DISAMAKAN DENGAN BABI
BN OH BN...!! BERPOLITIKLAH SECARA MATANG...
MATANG SECARA BERHUJAH.. MATANG BERFAKTA..!!

'HANTU' sudah mau diterbangkan masuk Malaysia esok.. !!

Anwar dedah dokumen penerbangan pengundi hantu esok..


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan senarai syarikat penerbangan yang dipercayai digunakan Umno BN untuk membawa masuk warga asing bagi mengundi pada PRU 13.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memberi sebarang jawapan atas dakwaan yang dibuat. Saya memiliki segala dokumen syarikat penerbangan yang terlibat dan akan mendedahkannya semasa sidang media esok,” katanya dipetik TV Selangor pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Dagang,di sini pagi tadi.

Hadir sama, calon KEADILAN Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, calon KEADILAN Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan calon DAP DUN Teratai, Tiew Way Keng.

Luahan Hati Anggota Tentera kepada DSAI selepas mereka mengundi semalam..!!


Kepada DSAI Bakal PM Malaysia..

Daripada : Anggota Tentera Malaysia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YangBerbahagia Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya adalah anggota tentera dan merupakan salah seorang penyokong tegar PR. Saya telah pun mengundi PR di Undian Awal pada 30 April semalam.

Ramai juga dalam kalangan rakan-rakan tentera saya yang turut mengundi PR semalam. Semuanya inginkan perubahan dan mengharapkan Manifesto PR dapat dilaksanakan selepas kemenangan PR nanti. Saya amat mengharapkan BN dan UMNO dapat dikuburkan pada PRU kali ini.

Selain kebajikan-kebajikan lain, kami warga tentera juga mengharapkan agar KADAR FAEDAH PINJAMAN di KOPERASI TENTERA dapat dikaji semula. Hal ini kerana, kadar faedah pinjaman di Koperasi Tentera adalah 6% jauh lebih tinggi berbanding kadar faedah di bank-bank lain iaitu hanya dalam lingkungan 3.9%.

HOSPITAL BARU - NAJIB mai tanam tebu di BALING tapi yang janji di PENDANG & BANDAR BHARU pun dah dicapati..!!


 

PENAMAAN CALUN PRU13 : MENDAMBA KEMENANGAN 123 KE PUTRAJAYA.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
9 JAMADILAKHIR (SABTU) 20 APRIL 2013

UPU SUNGAI KARANGAN DAN UPU KUALA SIDIM BERSAMA MENYERTAI PERARAKAN PADA 20 APRIL 2013.


PAS Cawangan Sungai Karangan, melalui UPU Sungai Karangan dan UPU Kuala Sidim tidak ketinggalan lebih dari 100 ahli dan penyokongnya terutama anak muda turut bersama meraikan perarakan penamaan calun PRU13 untuk KaPar P.17 Padang Serai, KaDun N.N 33 Merbau Pulas dan N.34 Lunas. Peserta sejak 7 pagi 20 April 2013 telah berada di UPU Sungai Karangan dan UPU Kuala Sidim. Ketua UPU Kuala Sidim Ustaz Mohd Noor dan Ketua UPU Sungai Karangan Encik Abdul Ghani sendiri yang mengetuai konvoi perarakan peserta berkereta dan bermotor. Matlamatnya memberi sokongan moral kepada calun PR dan kepada PRitu sendiri. Peserta bertolak ke Pekan Kulim bermula jam 7.30 pagi dan sampai ke point yang ditentukan untuk peserta perarakan PR jam 8.10, kelihatan lebih dari seribu penyokong PR telah berhimpun.

Antara Syed Bukhori & Robert Kuok Hock Nien - Harga gula 2x5 jaa naiknya...!!!

 
 Setiap Tahun Harga Gula Di Naikkan...
5 Tahun hangpa pangkah depa..
5 kali lah depa penaik harga Gula..
Baru padam muka hangpa
Siapa Suruh Pangkah...

Apabila pegawai askar pun sudah tidak redha akan penipuan SPR..!!!

Dakwat luntur, pegawai TUDM buat laporan polis
KEPALA BATAS: Seorang Pegawai TUDM Mejar Zaidi Ahmad, membuat laporan polis ekoran dakwat yang dicalit dijarinya sewaktu mengundi awal semalam, hilang apabila dibasuh.

Zaidi yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara DiRaja Malaysia Butterworth, berkata, beliau terkejut apabila mendapati dakwat di jari telunjuk tangan kirinya luntur dan kemudianya hilang apabila dibasuh dengan air sabun.

Begitu juga dakwat yang dicalit pada tangan isterinya Shafinah Abdul Hamid turut luntur apabil dibasuh dengan sebuk pencuci pinggan magkuk.

Mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Seberang Perai Utara pada pukul 10.58 pagi tadi.

Bila Mat Taib bersuara..tiada seorang pun dalam UMNO berani menyahutnya..??

Bila Mat Taib kata, "Ini lebih baik dari masa saya"

Di mana-mana pun di negara ini, isu paling utama di hati sebahagian besar rakyat ialah kebencian kepada Umno dan BN serta apa yang dilihat 'macai' kepada parti-parti itu seperti Perkasa, Pewaris, Muafakat dan sebagainya.

Memang benar, Manifesto Rakyat yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat sangat menarik perhatian rakyat sehingga Bloomberg melaporkan BN menciplak menifesto itu.

Memang benar rakyat tertarik dengan tekad Pakatan untuk menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan pelbagai masa hadapan baru yang lain, tetapi pendorong utama yang membakar semangat rakyat untuk melaungkan "Ini kalilah" dan "Ubah" serta menjatuhkan BN dalam pilihan raya ini ialah kebencian terhadap parti yang disebut sebagai "syaitan yang dikenali" oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Bapak Saiful U-Turn.... Mmmmmm berapa dia dapat..???

oleh Mahani Reform

Apabila benda ini berlaku apa yang berlegar dalam kepala anda sekarang.. pada kami benda pertama yang bermain ialah BERAPA LAA DIA NIE DAPAT HABUAN UNTUK BUAT U-TURN...

Masalah sekarang bila dah wujud persepsi sebegini ia sudah jadi seperti VCD PORNO yang sedang berlegar sekarang ini... 

Orang ramai sudah tak percaya apabila perkara ini diulang-ulang berulang kali sampai rakyat naik meluat...

Jadi sekarang bermula saat ini mailah cerita apa pun tekad dan matlamat kami hanya satu sahaja.. INIKALILAH.... kita TUKAR dan UBAH...

Kita bina PAKATAN HARAPAN RAKYAT... untuk MALAYSIA...!!!



PRU13: INIKALILAH.......... Wamakaru Wamakarallah.......!!!!

Oleh Monier Mat Din

Baru-baru ini saya ada bersembang dengan tujuh orang kawan-kawan berbangsa Cina di tempat kerja. Saja lah nak survey tengok trend terkini politik kaum Cina dan juga sebab musabab kenapa sokongan mereka terhadap Pakatan naik begitu mendadak sekali di PRU-13 ini.

Daripada tujuh orang yang saya interview secara random ini, di awal musim kempen selepas hari penamaan calon hari itu, 6 orang memang solid sokong Pakatan, cuma seorang saja yang nampaknya ada kecenderungan untuk terus bersama MCA/BN.

Bila sembang dengan mereka ini khususnya yang solid bersama Pakatan, bila saya tanya 3 sebab utama kenapa mereka memilih untuk menyokong Pakatan, dan bukannya BN; bila mereka habag mai sebab musabab itu, maka pahamlah saya kenapa begitu ramai kaum Cina memberi sokongan yang padu kepada Pakatan kali ini.
(Adegan yang UMNO/BN tidak ingin lihat: Kaum Wanita Tionghua berbaju Bulan dan Muslimat PAS berjubah hijau, kedua-duanya bergabung menjadi satu – untuk melihat UMNO hancur menjadi debu)

Saya minta 3 sebab saja, tapi yg depa duk habag mai berjela-jela sampai tak larat nak tulis.

Kenapa Peti Undi Awal tidak dikira terus???

oleh AnakKedah007

 

Kami pertikaikan kerja buat SPR dalam bab PETI UNDI AWAL...Kenapa ianya tidak di kira terus dilokasi membuang undi kerana ia akan menimbulkan syak wasangka kepada perjalanan pilihanraya ini.

Kami bukan tidak percaya kepada pihak POLIS tetapi kami masih bersangka JAHAT kerana dari bersangka JAHAT ini kita akan menyelesaikan berbagai masalah.

Cuba lihat bagaimana duit bernilai sebegitu banyak boleh hilang dalam IPD SHAH ALAM jadi ini semua untuk diambil langkah berjaga-jaga dan memuaskan hati semua pihak..

Apa salahnya kita mengira semua UNDI-UNDI tersebut dan kita ambil berapa ANGKA sahaja yang di perolehi oleh setiap calon...

MCA hina ISLAM.. JAMIL KHIR, FATHUL BARI, PERKASA & TOK MUFTI...semua tak panggung kepala..!!!



MANA JAMIL KHIR..??
MANA FATHUL BARI..??
MANA JAKIM..??
MANA PERKASA..??
MANA MUFTI..???

HANGPA LENA KA BILA PELAKON PORNO
NIE DOK HINA ISLAM...
DOK HINA HUDUD...
DOK HINA MELAYU...

Perbelanjaan Duit Yayasan Taqwa - Jamil Khir mohon, Jamil Khir sendiri lulus?


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

"Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

BIG ROCKS PAS 123 LANDED TO PUTRAJAYA

PESAWAT - BIG ROCKS PAS 123 LANDED TO PUTRAJAYA

RENCANA DAN GAMBAR OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
7 JAMADIL AKHIR 1434 (KHAMIS) 18 APRIL 2013
Saya bertemankan Suadara Idris Hamidin petang tadi ke Kampong Batu Besar Sik, dari Sungai Karangan, Padang Serai. Bertujuan semata-mata untuk melihat dan memberi sokongan kepada makanik dan jurutera PAS yang membina seuah pesawat jenama big rocks, dengan kepakaran dan istiqamah kurang dari 10 hari pembinaan pesawat tersebut siap sepenuhnya. Malam nanti pelancaran persiapanya akan disempurnakan oleh Shahibul Fadzilah Al Fadzil Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik. Kepada seluroh ahli dan penyokong PAS Cawangan Batu Besar Sik, saya ucapkan tahniah dan syabash diatas kriatif anda menjana dan mengeluarkan dana untuk pembinaan pesawat tersebut.
Saya diantara beribu-ribu yang datang menziarahi pesawat yang tuan bina itu. Saya yakin, kunjungan ramai yang hadhir sekadar mereka melihat replika pesawat tersebut secara mendatarnya. Bila saya berdiri dalam jarak 30 m dengan pesawat, air mata saya mengalir dan menitis dan tidak dapat ditahan. Betapa kerdilnya saya berdiri yang tidak jauh darinya pesawat tersebut landed, disana di Parit Panjang terdapat makam syuhada yakni Al Marhom Assyahid Ustadz Ibrahim Mahmood Libya bersama bersemadi disitu 12 teman-temannya yang lain. Ingatanku melayang dan terbayang dengan wajah, Almarhom Ustaz Fadzul, Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhom Ustaz Othman Marzuki, Almarhum Ustaz Suhaimi Ahmad dan lain-lain. Jantung berdegup pantas, laju tidak terator. Aku akhirnya berlindung disebatang tiang.

Dakwat Tidak Kekal: Mana Jaminan SPR?

PENIPUAN YANG DI RANCANG

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut penjelasan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tentang bagaimana dakwat kekal yang digunakan oleh pengundi awal telah didapati tidak kekal. Ini adalah persoalan serius yang menggugat sepenuhnya kredibiliti SPR.

Dengan meletakkan tarikh mengundi awal 5 hari sebelum tarikh mengundi awam, SPR secara tidak langsung memberi jaminan dakwat kekal yang digunakan harus kekal lebih dari 5 hari. Namun tinjauan SAMM mendapati dakwat kekal yang sepatutnya boleh bertahan 5 hari itu hanya mampu bertahan selama 5 minit setelah dibasuh dengan sabun biasa.

Apakah SPR sengaja menyediakan dakwat kekal berkualiti rendah untuk membantu penipuan pilihanraya?

50 tahun berkuasa di Kedah awat tak umum nak bina sekolah Cina?

 
Betoilah orang kata Janji Ditepati Najib hanya macam Janji Dicapati.Bayangkan dah 55 tahun BN berkuasa lalu diumumkan nak bina sekolah Cina di Pokok Sena,Kedah.Ok laa BN hilang kuasa di Kedah sejak 5 tahun yang lalu tapi 50 tahun BN berkuasa awat tak buat?

Projek buat sekolah ni tanggungjawab kerajaan pusat bukan kerajaan negeri.Apa yang BN buat di Kedah sejak 50 tahun yang lalu hanya meninggalkan hutang dan seleweng duit rakyat RM403 juta!La ni dah tak dak kuasa baru gatai nak umum buat sekolah untuk orang Cina nak pancing pengundi Cina sokong BN.Ingat pengundi Cina termakan dengan janji si mulut merah ni? Haha

[DEDAH] Penceramah UMNO tayang Video Lucah TOPA ALI terbongkar..

CERAMAH UMNO-BN & WAYANG KULIT SECARA TERBUKA


p/s: maaf video tak rakam bagi habih sebab tak tergamak 
nak kongsi gambar blue untuk tontonan semua..

Tahniah kepada UMNO-BN kerana berperangai seperti SYAITAN. Rosak!!! Jahanam!!! Yang tengok pun bodoh! Orang perempuan dan orang tua pun ada sekali. X cukup tu budak budak pun ada!!! X tahu malu ke puak2 ni bagi tonton video lucah di khalayak ramai?

Pemimpin UMNO betul2 perosak akhlak anak bangsa, gadai nilai2 Islam.. Memang tak terjangkau difikiran dan akal yg sihat bagaimana diorang ni boleh buat tayangan video blue utk tatapan umum, yg turut ditontoni oleh kanak-kanak.hancur minda generasi masa hadapan secara terbuka?

Sori la, kali ni bahasa aku kasar sikit... UMNO ni mmg bodoh, tolol, bangang, bengong, mmg bodoh nak mampus. Aku takleh terima diorang pertontonkan benda memalukan ni kepada umum x kira BENAR ATAU TIDAK. Buruknya pekerti dan akhlak orang UMNO ni... [KLIK SINI]

UMCEDEL... Antara Najib dan Golongan Pengampu, Tinjauan mana yang benar..???

NAJIIB TELAH DIHIDANGKAN DENGAN JADAM YANG PAHIT OLEH UMCEDEL


Akhbar akar umbi, Sinar Harian telah melapurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berhubung Anwar Ibrahim lebih layak menjadi PM sebagai karut sebaliknya menegaskan beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di laluan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan” kata Najib yang dipetik dari Sinar Harian.

Kenyataan beliau tersebut adalah sebagai respon kepada dapatan kajian Umcedel yang membuktikan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi perdana menteri sementara hanya 39 peratus memihak kepada beliau.

Isu Dakwat Kekal - SPR mula beralasan demi alasan namun hakikatnya ada pihak mengaut keuntungan di sebalik alasan..!!

Surat KETUA AUDIT NEGARA berkenaan penyalahgunaan Wang Zakat oleh Jamil Khir

Pendekatan Terbaik Calon P.14 Merbok Nurin Aina.. semoga ada calon lain guna tektik ini..!!

INIKALILAH ! JOM KITA TERUS DEKATI MEREKA.. SENTUHAN HATI... LAWAT "PORT" UMNO/BN

INIKALILAH ! JOM KITA TERUS DEKATI MEREKA..SENTUHAN HATI
LAWAT "PORT" UMNO/BN

Semalam selepas saya dan teman-teman berjumpa perajurit-perajurit kita di sekitar kawasan Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, saya mengambil kesempatan menziarahi kumpulan wanita UMNO yang gigih berkempen dan merayu undi. Alhamdulillah, rupanya kunjungan "ad hoc" itu memberikan suatu kekuatan baru. InsyaAllah, mereka juga akan UBAH KEPADA PAKATAN RAKYAT ! Ada pimpinan wanita mereka memeluk dan memberi kata perangsang kepada saya walaupun akhirnya dia sendiri dicemuh oleh petugas-petugas BN. InsyaAllah, INILKALILAH, mereka juga akan BERUBAH !

INIKALILAH...JOM IKUT SAYA HARI NI 1 MEI 2013 :

8.30 Pg : Pekan Bedong
10.30 Pg L Pekan Sg Lalang (Edar Risalah)
12.00 Tgh : Hadir kenduri di Sg Jagong
2.30 Ptg : Perjumpaan bersama nelayan di jeti Tanjung Dawai
4.15 Ptg : Bersama Himpunan Anak Muda di Sg Layar
8.00 Mlm : Ramah mesra di Pekan Bedong
10.00 Mlm : Ceramah kelompok

Ayuh pejuang - pejuang rakyat, para pengikut fans page saya, "LIKE" , "SHARE" dan "TAG" semua rakan-rakan saudara untuk PERUBAHAN PADA 5 MEI. SEBARKAN !

DEMI RAKYAT, MENGGALAS TANGGUNGJAWAB

NURIN AINA
P.014 MERBOK
"MUDA , MESRA & BERWIBAWA"
Semalam selepas saya dan teman-teman berjumpa perajurit-perajurit kita di sekitar kawasan Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, saya mengambil kesempatan menziarahi kumpulan wanita UMNO yang gigih berkempen dan merayu undi. Alhamdulillah, rupanya kunjungan "ad hoc" itu memberikan suatu kekuatan baru. InsyaAllah, mereka juga akan UBAH KEPADA PAKATAN RAKYAT ! Ada pimpinan wanita mereka memeluk dan memberi kata perangsang kepada saya walaupun akhirnya dia sendiri dicemuh oleh petugas-petugas BN. InsyaAllah, INILKALILAH, mereka juga akan BERUBAH !

INIKALILAH...JOM IKUT SAYA HARI NI 1 MEI 2013 :

UUM... Universiti Untuk Macai & Universiti Umno Malaysia..!!!

Memalukan bila MPPUUM dimacaikan UMNO-BN

Sekali lagi, Universiti Utara Malaysia dimalukan oleh MPP sendiri.. Lepas satu ke satu... Iskkk.. Aku yang bekas mahasiswa UUM amat2 malu ngan MPP nih.. Mahasiswa menjadi mangsa kezaliman politik? Give speech like this also "menjadi mangsa kezaliman politik".. Nonsense.. Siswa4U utk student or utk kepentingan politik? Motif ditubuhkan untuk apa? Seperkara lagi, jangan nak memandai kata korang mewakili suara keseluruhan mahasiswa yang menyokong "Kempen Bangang" korang ini. Cukup memalukan!

Isu KUIN dan Pembalakan mencerminkan kepincangan kepimpinan PAS di Kedah secara keseluruhan? Cukup "Kurang Bijak" betul la wahai Pengerusi siswa4u. Ko tidak sedar sebenarnya ko menjadi boneka pihak UMNO-BN yang memang cukup pandai memutarbelitkan fakta. Adik, pertama baca laporan audit dulu tentang pencapaian audit.. 

Sejak bila DUN KEDAH lantik dia nie jadi timb. speaker...???




Nak bg laku Surat khabaq pun bg lah betul berita tu..... fakta tunggang langgang....sapa Timbalan Speaker pun tak kenai.. main sesah tulis jaa janji nampak buruk..

PAS ajak pekerja jadikan M’sia baru selepas 5 Mei


KANGAR: Sempena Hari Pekerja hari ini, Lajnah Pekerja PAS Pusat mengajak seluruh warga pekerja di negara ini menggunakan undi masing-masing dengan sebaik-baiknya agar sebuah negara Malaysia yang baru dapat dilahirkan selepas 5 Mei ini.

Menurut pengerusi lajnahnya, Mohd Anuar Tahir (gambar), walaupun sambutan Hari Pekerja pada tahun ini jatuh pada saat negara sedang menghadapi pilihan raya umum, bagi golongan pekerja, 1 Mei ini adalah tarikh keramat yang perlu dirayakan oleh semua.

"Selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh golongan pekerja di mana jua anda berada. PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk meletakkan golongan pekerja sebagai kumpulan terpenting di negara ini.

"Para pengundi diseru untuk mengundi Pakatan Rakyat yang amat mesra pekerja dan telah terbukti melalui manifestonya yang jelas untuk memartabatkan warga pekerja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...