TERKINI :

Tuesday, April 30, 2013

Madey tak tahu dia di KENCING hidup-hidup dengan NAJIB...!!!

Najib pilih tukang sembur mata Mahathir jadi calon BN
SETIAWANGSA 29 APRIL: Bayangkan apa akan jadi jika Tun Mahathir Mohamad tahu Najib Razak meletakkan individu yang pernah menyembur matanya 7 tahun lalu sebagai calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil di Kelantan pada PRU 13 ini.

Peristiwa itu yang terjadi pada 28 Julai 2006 diungkap semula Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Keramat Wangsa malam tadi.

Katanya, individu berkenaan adalah Datuk Nik Sapeia Nik Yusof bersama Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Umno BN yang lain menyembur bahan pemedih mata ke arah Mahathir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Kalau ada calon BN yang menang salah seorangnya biarlah Khairy

oleh Aspan Alias

Sebagai seorang blogger, tidak semua blog yang saya baca. Tetapi saya tidak ketinggalan membaca tiga empat blog setiap posting mereka. Diantara blog yang saya mesti baca ialah blog sahabat kadim saya Sakmongkol AK47 yang kini menjadi calon PR di Raub yang dijangkakan akan mendapat kemenangan yang selesa di sana. Satu lagi ialah blog seorang lagi sahabat yang sehayun dan selenggang dengan saya, Mohamad Sayuti Omar.

Bangun sahaja dari tidur setiap hari saya akan melayari kedua-dua blog ini. Jika ada masa lain yang teruang barulah saya hinggap ke blog-blog yang lain. Pagi tadi saya membaca tulisan MSO yang saya anggap amat menarik, kerana tulisan beliau itu menunjukkan keluhuran pandangan beliau dan beliau telah memberikan dalil yang sama dengan saya. UMNO yang tidak mahu menonjolkan pemimpin yang berwibawa sejak dari dulu sehingga sekarang.

Pengurus Felda takut dengan sebiji saja markas PAS w.pon BN ada 13 biji...

Muhammad Sanusi Md Nor



Ada 13 buah Pos dan Bilik Gerakan BN dalam Felda Teloi Timur. .. yg Menggunakan surau, dewan orang ramai, kedai, rumah kediaman dan khemah sementara. PAS cuma ada satu...guna unit kedai yg disewa. Itupun Pengurus suruh tutup! Hampa nak kata apa kat Pengurus Felda T Timur dan Felda?

SPR sudah mula main wayang.... mula jawab belit-belit..!!!

Aris Awang

http://2.bp.blogspot.com/-2pidPn96K-Q/UXeUHNQms9I/AAAAAAAAGww/P9ATMfKjSp8/s1600/sprbn.png
APA RAAAA... SPR NI !!!

Bila orang bagi tahu undi pos, tak cat jari dengan dakwat kekal, walaupun mereka yang undi pos itu (sekitar 400,000 orang seluruh Malaysia) berkeliaran semasa hari mengundi 5 Mei 2013 di setiap tempat mengundi, dia jawab nama mereka dah potong dalam daftar pemilih dan tak akan mengundi dua kali!!

Bila orang tanya pulak, habih buat apa cat jari dengan dakwat kekal kepada pengundi biasa yang nama mereka jga dipotong dari daftar pemilih? Dia jawab sebab nak elak pengundi mengundi dua kali.

Bila orang bising pula pengundi awal, yang dicat dakwat kekal, tapi boleh tanggal hanya dengan kulum dalam mulut ja, dia kata pi report polis.

Apa salah billboard Tun Musa Hitam - Asmuni

IPOH: Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi menggesa semua jentera parti mengabaikan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan billboard berkaitan kenyataan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. 

Menurutnya, billboard yang memaparkan kenyataan Tun Musa Hitam yang mengatakan bahawa “Negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah” itu tidak melanggar sebarang etika pilihanraya yang dikeluarkan oleh SPR.

Jelas beliau, PAS persoalkan etika mana yang SPR gunakan untuk menghalang PAS menaikkan billboard kenyataan Tun Musa Hitam tersebut.

Asmuni berkata, Peraturan 7.6 (a) Tata Etika Pilihanraya hanya melarang pemasangan billboard yang mengandungi slogan, karikatur atau apa-apa bentuk penyampaian mesej yang berbentuk sindiran dan mengejek sahaja.  

Dalang sebenar Mei 13 dibongkar oleh Dato' Mohd Tamrin Ghafar




JOHOR BAHRU: Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

Insya'Allah.. Usaha Sikit Lagi Kemenangan 2/3 milik kita..!!!

:: YAKIN MENANG 2/3 MAJORITI DUN, SUMBANG BANYAK KERUSI KE PUTRAJAYA ::

ALOR SETAR: PAS Kedah yakin akan kekal mempertahankan kemenangannya pada PRU13 ini dengan memenangi kerusi sehingga 2/3 majoriti serta memberi sumbangan besar kemenangan kerusi Parlimen untuk ke Putrajaya.

Keyakinan itu diungkapkan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Kedah, Senator Dato’ Muhamad Yusuf Husin pada sidang media di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 29 April baru-baru ini.

Ujarnya, Pengerusi BN Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah telah dahulu membuat kenyataan seumpama, namun hakikatnya Bashah mengetahui kedudukan terkini yang berlaku di Kedah.

Menurutnya, PAS Kedah mempunyai maklumat sebenar diperolehi dari Bilik Gerakan BN Kedah dan tidak menolak kemungkinan bahawa BN Kedah juga mempunyai maklumat dari Bilik Gerakan PAS Kedah. 

Jelas Yusuf, pada 2008, sebahagian besar pimpinan PAS tidak menyangka akan menang dan BN pula tidak menyangka akan kalah. Tetapi katanya, situasi 2013 berlainan di mana Pakatan Rakyat Kedah yakin dapat mempertahankan kemenangan bahkan memenangi 2/3 majoriti kerusdi Dun.

Terangnya, antara yang boleh dibuktikan kepada penglihatan umum ialah reaksi rakyat termasuk dari kalangan kaum Tionghua, India dan Siam di mana turut keluar membantu gerakerja Pakatan Rakyat. 

“Perubahan akan berlaku, saya tidak perlu sebutkan Dun-dun tersebut. Bukan setakat dapat pertahankan Kedah, untuk menuju ke Putrajaya, Kedah akan memberi sumbangan (kerusi) yang besar dengan bertambahnya kemenangan di peringkat Parlimen.

Menjawab beberapa soalan media, Pakatan Rakyat Kedah katanya, berada dalam keadaan terbaik dan semua pertikaian serta salah faham sebelum ini telah reda dan diselesaikan dengan baik.

Tegasnya, tumpuan Jentera Pakatan Rakyat Kedah ketika ini hanya satu iaitu menjatuhkan Umno-BN dan menuju ke Putrajaya.

Mengulas pendekatan kempen terangnya, strategi yang telah diamalkan sejak 2008 lalu, PAS Kedah tidak menonjolkan diri dengan program-program besar.

:: YAKIN MENANG 2/3 MAJORITI DUN, SUMBANG BANYAK KERUSI KE PUTRAJAYA ::

ALOR SETAR: PAS Kedah yakin akan kekal mempertahankan kemenangannya pada PRU13 ini dengan memenangi kerusi sehingga 2/3 majoriti serta memberi sumbangan besar kemenangan kerusi Parlimen untuk ke Putrajaya.

Keyakinan itu diungkapkan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Kedah, Senator Dato’ Muhamad Yusuf Husin pada sidang media di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 29 April baru-baru ini.

Ujarnya, Pengerusi BN Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah telah dahulu membuat kenyataan seumpama, namun hakikatnya Bashah mengetahui kedudukan terkini yang berlaku di Kedah.

Menurutnya, PAS Kedah mempunyai maklumat sebenar diperolehi dari Bilik Gerakan BN Kedah dan tidak menolak kemungkinan bahawa BN Kedah juga mempunyai maklumat dari Bilik Gerakan PAS Kedah.

SPR Penipu....dakwat kekal tahan 7 hari konon.... nie 7 minit pun tak sampai..!!!

Maklumat terkini.
SEBARKAN! 
 

Dakwat kekal: PAS minta penjelasan SPR


Muhammad Faeez Azahar, 30 Apr 2013

IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Benarkah wujud "PROJEK KHAS" dalam Undi Pos..???

~ UNDI POS TERDEDAH PENIPUAN ~

ALOR SETAR: Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) Kedah mendedahkan bahawa pengundian pos untuk PRU13 masih terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan berikutan tidak wujudnya prosedur calitan dakwat kekal dijari pengundi berkenaan.

Malah, amat meragukan apabila jumlah pengundi pos meningkat dengan mendadak di kebanyakan Dun di mana berlaku penambahan sehingga 200 peratus.

Pengarah JPN Kedah, Senator Dato’ Muhamad Yusuf Husin berkata, terdapat lebih 30,000 pengundi pos di seluruh Kedah melibatkan anggota tentera dan polis, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan media serta luar negara. Beliau juga mendedahkan, JPN mengesan pertindanan kad pengenalan di seluruh negeri Kedah melibatkan 2,058 orang.

Membentangkan kemungkinan penipuan dimaksudkan, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Aris Awang memperincikan dua kaedah ‘projek khas’ yang boleh disusun untuk tujuan itu.

Antara Syed Razak, Azizan & Mukhriz..mana satu yang sedia untuk jadi pemimpin yang ‘down to earth’..??

Apabila MB dipanggil Pakcik...
MUHAMAD MAT YAKIM
30 April 2013
Apabila MB dipanggil Pakcik...
Markas Pas Kawasan Jerai, rumah Ustaz Azizan di bangunan ini.
Apabila MB dipanggil Pakcik...
Kedai Pakaian Timor di Pekan Simpang Empat Kangkong yang jadi pilihan Ustaz Azizan.
 
ASSALAMUALAIKUM,” laung seorang anak muda sambil tertinjau-tinjau di sisi bangunan pinggir Terusan Wan Mat Saman yang selari dengan jalan Alor Setar - Sungai Petani, pada suatu pagi dua tahun lalu.Seketika kemudian, kedengaran suara salam dijawab dari  belakang bangunan. Anak muda bertubuh tinggi, berambut lebat itu segera mencari arah datangnya suara.

Tiba di sana, dilihat sekumpulan empat lelaki agak baya sedang bersembang di satu ruang yang pintunya terbuka. Seorang daripada mereka - yang paling tua - berbaring di pangkin.

“Saya Rizal, skuad Sinar (Harian) baru di kawasan Yan,” kata anak muda itu dengan senyuman seperti dipaksa. Dia dipersilakan masuk.

Lelaki yang berbaring di pangkin bangun. Setelah berbasa basi untuk seketika, lelaki itu bertanya: “Hang tau dak saya ni sapa?”

“Minta maaf pakcik, saya tak tau ...,” jawab si anak muda, jujur.

Saya doa Tun M terus sihat untuk lihat.... - Anwar


(Anwar ketika bercakap dengan penduduk Permatang Pauh sebelum ini)

PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mati cepat sebagaimana yang tuduh olehnya semalam.

Sebaliknya, memohon usia Dr Mahathir terus sihat untuk melihat kejatuhan segala yang pernah dibuat di zaman kegemilanganya.

Habis diangkut keluaq dah semata-mata nak pertahankan Putrajaya..

Selepas Mahathir, Daim pula turun mahu selamatkan Ku Nan

PUTRAJAYA: Tidak pernah kerusi kubu kuat Umno di Putrajaya sebegitu meriah menjelang pilihanraya.

Biasanya kerusi ini boleh ditinggalkan tanpa sebarang kempen daripada orang-orang besar Umno.

Akan tetapi kali ini, untuk pilihanraya umum ke 13, satu demi satu pembesar terbesar Umno terpaksa datang memberi ceramah untuk memberikan semangat kepada calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sebelum ini yakin calon PAS Datuk Husam Musa akan kehilangan deposit di Putrajaya.

Setelah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad datang menyerang Husam dua malam lepas, semalam bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pula berkempen untuk mempertahankan kubu kuat Umno itu.

Kisah perayu undi BN jadi talam dua muka...


2 benda pelik dalam undi awal hari ini : Dakwat boleh cuci dan nak undi kena bagi no kereta serta gambaq


Isu Tanah RM10 juta : Bunga Raya Layu Sebelum Kembang

Saya membaca lontaran fitnah daripada calon Bebas di Parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan logo Bunga Raya, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai RM10 juta di Bandar Baru Tunjong. Ia disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 30 April 2013.

Saya kira Ibrahim Ali tidak lebih nilainya daripada sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang. Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia. Dalam misi untuk menjatuhkan lawan di Pasir Mas yang merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Ali menggunakan strategi kotor yang semenangnya sudah sinonim dengan perjuangan politiknya semenjak zaman muda lagi. Generasi lama pastinya tidak lupa insiden demonstrasi di Kota Bharu pada akhir tahun 70-an yang melibatkan peristiwa bakar tayar yang mengakibatkan berlakunya peristiwa Mageran di Kelantan. Siapa lagi dalangnya jika bukan calon Bunga Raya ini?

Antara lembu RM250 juta dan runtuhnya stadium RM290 juta

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 
 29 Apr 2013

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/563928_4273429468276_672995197_n.jpg

Antara Projek Lembu NFC RM250 juta dan skandal runtuhnya Stadium Sultan Mizan bernilai RM290 juta. Ikan bilis ditangkap, Jerung-jerung masih bebas:

Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang di bentangkan di parlimen menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Isu tersebut menjadi semakin panas selepas beberapa ahli Parlimen serta pimpinan Pakatan Rakyat telah mendedahkan bukti wujudnya penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Sementara itu, dalam kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang runtuh pada pada 2 Jun 2009, seorang jurutera perunding Wan Manan Wan Ali telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Beliau didakwa atas tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kisah di antara AMIL & JAMIL - Hukuman antara dua darjat..!!!


Gambar di sebelah kanan itu merupakan seorang bapa (nama Redzuan Mohd. Said, umur 28 tahun) kepada dua orang anak. Dahulunya bekerja dengan tanggungjawab yang mulia iaitu seorang iman Masjid di Kulaijaya, Johor. Tapi sayang entah “apa silapnya” sehinggakan sanggup seleweng duit zakat. Akhirnya tertangkap….

Bicara punya bicara, mahkamah majisteret akhirnya menjatuhkan hukuman :
  • 4 tahun penjara
  • 3 sebatan
Kes amil ini direman bermula disebabkan :
  • Dilantik oleh Majlis Agama untuk mengutip zakat telah ‘gagal’ memulangkan wang zakat yang dikutip
  • Beliau telah melarikan wang kutipan zakat tersebut
  • Ini satu jenayah. Justeru, beliau direman
  • Akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah

Kenapa BN KEDAH sudah pasang bendera putih di bangunannya..???

Photo: Awat BN Kedah pasang bendera PUTIH di bangunan sendiri?..... iNi kALi LaH !!!!! 
GAMBAR DIRAKAMKAN DI DEKAT BANGUNAN UMNO BN ALOR SETAR

PAS ada peluang rampas kerusi Dun Jitra

Calon Dewan Undangan Negeri Jitra, Dr Rohani Muthalib ber kata, peluang PAS untuk memenangi kerusi tradisi Umno-BN itu amat cerah. Katanya, Dun Jitra yang terletak di bawah Parlimen Kubang Pasu bukan lagi se perti di era Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.Beliau berkata, sokongan yang ditunjukkan masyarakat setempat begitu memberangsangkan.

“Saya tengok kali ini sambutan pengundi ratarata memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

“Baik Melayu, Cina dan India bersemangat untuk memberi undi kepada kita.” katanya semasa dihubungi Harakah, 26 April lalu.

Kerana itu, katanya peluang PAS untuk memecah rekod sebagai wakil rakyat di Dun Jitra semakin kuat un tuk berada dalam genggaman.

Beliau yang sudah 30 tahun menabur bakti sebagai doktor perubatan di Pekan Jitra di atas Klinik Darul Syifa berkata, warga di Dun Jitra sudah lama disantuni.

Katanya, seperti di tempat lain Jitra juga mahukan kepada era perubahan.

“Ini yang sedang berlaku di Jitra, anak-anak muda khususnya sudah suka kepada kita dan begitu juga dengan sambutan dari kaum lain,” katanya dengan penuh ceria.

UMNO bergelora di Pokok Sena : Puak Said masih boikot Datuk Sahlan Ismail

Oleh WTKO
Setelah merajuk banyak hari semalam Said Ali Syed Rastan turun di bilik gerakan Seri Derga. Sebelum ini ada beberapa kali perjumpaannya di rumahnya kerana tidak puas hati untuk calon Pokok Sena diberikan kepada muka baru Datuk Sahlan Ismail. Said Ali telah banyak habis duit untuk menjadikan dirinya calon.

Saya difahamkan daripada bilik gerakan bahawa, ramai berbisik "tu nak tunjuk muka.. datang pun macam orang baru bangun tidur". Ini kerana dia datang dengan selamba tanpa sebarang persiapan sekadar nak tunjuk muka kononnya dia dah membantu calon baharu!!

Said Ali dikatakan mungkin tidak terasa hati jika diberikan N10 Dun Bukit Pinang, kalau bukan Parlimen. Tapi malangnya pucuk pimpinan dan dipercayai dipengaruhi oleh Muhriz untuk menyingkir orang-orang lama yang banyak berjasa dengan UMNO. Tapi orang yang tidak dikenali seperti Mokhtar Md Noor pula diangkat jadi calon.

Mengikut sumber "Setelah kena Warning", Said Ali mengalah untuk turun membantu kerana dia adalah Pemantau UMNO Bahagian Pokok Sena. Walau bagaimanapun dia masih meminta penyokongnya membuat undi protes pada 5 Mei nanti untuk mengajar 'tangan ghaib' dalam UMNO Kedah.

[TAHNIAH BN] GST dilaksana sebaik BN menang PRU13?

GST dilaksana sebaik BN menang PRU13?
Oleh H FANSURI

http://1.bp.blogspot.com/-HVCRZJu266U/TrC95SMdfSI/AAAAAAAAWIc/801aJoGyu6c/s1600/GST.jpg
Petang itu hujan bercampur lebat. Bandar Baru Bangi itu berwajah sugul diiringi kilat petir yang bertalu-talu datang. Hal itu tidak mematahkan semangat kami memburu analisis terkini Prof Madya Dato' Dr Mohamad Agus Yusof.

Beliau datang walau dihambat kedinginan. Di sebuah restoran biasa, kami berteduh bagi mengikuti kupasannya.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak kupasannya, beliau kerap menekankan kepentingan media dalam usaha menyedarkan rakyat berhubung dasar dan pelaksanaan GST apabila BN ditakdirkan menang nanti.

"Najib Razak misalnya, tidak pun meletakkan hal GST dalam manifesto BN,” katanya. “Jadi, rakyat mesti diingat kembali mengenai keburukan hal ini jika BN dibenarkan memerintah semula.”

KUIN oh KUIN - Calon BN Guar Chempedak mengatakan KUIN projek membazir..!!!

oleh Pak Ndak Titi Bom


KUIN oh KUIN...kenapa la pimpinan BN sangat dengki dengan hangpa....

Apa la yang peningnya calon BN Guar Chempedak nie..mereka memang dengki dengan KUIN yang dibina oleh Dato Seri Ust Azizan Razak... macam-macam mereka kondem... sedangkan sekarang tersergam indah dibina untuk anak-anak belajar.... 

Dia yang jadi YB sepenggal di Guar Chempedak apa yang telah dia bawa untuk rakyat di sini... Jika tak suka pun janganlah kondem senyum dalam hati pun Ok dah...nie tempat anak-anak nak belajar.. tempat untuk menuntut ilmu... yang tak senang hati dengan KUIN tu pasai apa..??

Jadikan 5 Mei ‘kerja membersih’ Umno-BN dan nyahkan mereka dari Putrrajaya

Oleh Arif Atan

http://2.bp.blogspot.com/-e_HV4PJWJi8/UN0brdJY_PI/AAAAAAAADMg/cH7d67iS4_M/s1600/BN+KEDAH.jpg 

KUALA LUMPUR: Pembentangan analisis terkini Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) berpusat di Universiti Malaya secara keseluruhan menunjukan sokongan majoriti rakyat lebih kepada Pakatan Rakyat.Bagi sokongan terhadap manifesto misalnya, lebih 60 peratus responden menyambut baik Manifesto Rakyat berbanding lebih 50 peratus yang menggemari Manifesto BN.

Selain petunjuk awal kepada kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya itu, Wak Suardi, 68, berpendapat pemilihan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa sebagai calon bagi kerusi Putrajaya juga suatu isyarat jelas tiba masa untuk golongan penjawat awam bangkit melakukan perubahan.

Aktivis veteran yang masih ligat di pentas Pakatan Rakyat ini berpendapat, penjawat awam khususnya di ibu pentadbiran kerajaan pusat itu mesti membuang rasa takut terhadap Umno-BN kerana baginya takut kepada pihak zalim samalah seperti menyokong kezaliman itu sendiri.

Bila lama dah memerintah ni, jadi syok memerintah ni, sampai tak mahu lepas - Mat Taib

Mat Taib: "Hidup Melayu" Tiada Dalam Al Quran

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengajak pengundi di Tanjong Karang menolak Umno-BN dan memilah PAS sebagai wadah perjuangan yang baru.

Lebih dikenali sebagai Mat Taib, beliau berkata, PAS perjuangannya berlandaskan Islam dan Umno-BN sudah terbukti tidak mampu mentadbir negara.
“Dah sampai masa, saya sendiri dah menyeberang, apatah lagi yang lain-lain, Umno-Umno semua sudahlah, dulu hidup Melayu, hidup Melayu, sekarang takbir, hidup Melayu tak ada dalam Quran, sekarang Allahu Akbar,” ujarnya dihadapan lebih 800 penduduk.

Umno-BN sudah tidak berupaya lagi untuk mentadbir negara kerana dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang sehingga kini tiada penyelesaian.

Katanya, ini merupakan pilihan raya terbaik Pakatan Rakyat (PR) untuk menukar kerajaan setelah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah negara ini.

UMNO hanya mampu menggunakan seekor "Kertas Harimau..." !!!

oleh Sakmongkol AK47,

http://4.bp.blogspot.com/_qyxHOFrMS4s/S_ZCy3SQqsI/AAAAAAAAAOY/xDPbgFqLkHU/s1600/umno+duit+01.bmp
Bila Najib tun Razak kata BN akan menang 2/3 kerusi parlimen, ramai kawan2 berkata; apa yang dia nak kata lagi. Takkan dia kata BN kalah? Jadi, kenyataan nya tidak menghairankan.

Tapi yang kita tahu ialah: Najib can kiss goodbye to impian nya menawan Selangor. Dua sebab. (1) pertama rakyat sudah dapat menilai pentadbiran kerajaan PR di Selangor. (2) kiss of death kepada impian menawan Selangor muncul bila Mohd bin Mohd Taib- bekas ketua penerangan UMNO Malaysia, bekas MB Selangor yang banyak network nya dan bekas naib presiden UMNO keluar dari UMNO. 

Sekarang ini Mat Tyson seorang sudah cukup untuk neutralise apa yang Najib tabur di Selangor. Nak kata Mat Taib rasuah dan menyundal, pemimpin UMNO termasuk Najib juga tidak kurang hebat nya.

Perak akan jatuh semula ke tangan PR sebab rakyat mahu menghukum UMNO dan BN kerana merampas hak mereka. Kali ini, PR akan beri pukulan maut ke BN Perak.

Kedah? Walaunpun Che Det Mursyidul am UMNO dan sekarang Daim Zainudin berkempen, mereka tak akan dapat tawan Kedah. PR akan dapat 14 dari 15 kerusi parlimen dan negeri itu akan terus di perintah oleh PAS. Rakyat kedah hanya perlu ingat satu kes sahaja- dalam zaman pemerintahan PAS pendapatan purata dari industry pembalakan untuk negeri ialah RM40juta. Masa zaman UMNO perintah, pendapatan purata hanya RM8 juta. Pemimpin UMNO balun 32 juta setahun masuk poket sendiri.

Perlis pun bergolak. 9 dari kerusi DUN mengikut Daim Zainudin berada dalam bahaya. Semua ketua bahagian UMNO nak jadi MB. Rakyat Perlis boleh selesaikan masaalah ini dengan memilih kerajaan PR. BN akan hilang 2 kerusi parlimen disana, Pulau Pinang? Ketika Guan Eng mentadbir Pulau Pinang ada kita lihat orang Melayu mati bergelimpangan? Bahkan kebajikan orang Melayu dan agama Islam di bela dan dijaga dengan penuh hormat. Tahun lepas Guan Eng beri RM62 juta untuk majlis agama Islam Pulau Pinang. Disetengah negeri pimpinan BN . kerajaan hanya mampu beri RM10 juta.

Ertinya, semua kerajaan di sebelah utara akan jatuh.

Negeri Sembilan berada dalam ambang jatuh ketangan PR. MB baru akan tetap orang Melayu. Yang Di Pertuan Besar tetap bertakhta.

Kelantan jangan di mimpi oleh BN. najib masuk ke negeri Kelantan tak beri salam kepada kerajaan Negeri dan mengumumkan 7 dosa besar yang PAS lakukan. Siapa Najib yang nak kata orang lain dosa atau tidak?

Negeri Terengganu akan jatuh ketangan PR. PR akan rampas 5-6 kerusi parlimen. Rakyat Terengganu mesti ingat Najib lah yang hijack Terengganu Investment funds dan gasak duit yang patut pergi kerakyat Terengganu dan mengujudkan 1MDB. Duit royalty minyak Najib balun dan masuk dalam 1MDB sebab dia boleh control penggunaan wang dan dana 1MDB. Ini kerja Najib- balun duit rakyat dan tipu dan menakutkan rakyat terutama orang Melayu.

Di Pahang, BN akan hilang banyak kerusi DUN. Saya lihat BN akan kalah di Teriang, Damak, Ketari, Sabai, Dong, Teras, Tanah Rata, Beserah, Teruntum, Semambu, Inderapura, Tanjung Lumpur, Bilut, Tahan. BN akan kalah antara 5-7 kerusi parlimen. Kita akan mengejutkan BN Pahang.

Di Johor, Ghani Osman sebetulnya menerima hukuman mati oleh puak UMNO yang merancang menyingkirkan nya. BN akan kalah dibanyak kerusi parlimen bermula dari Gelang Patah, Tanjung Piai, Labis, Segamat, Bakri, Pasir Gudang, PUlai, Kulai, Parit Sulong, Batu Pahat, dan banyak lagi. Jika PR menang, sudah pasti Salahudin Ayub jadi MB. Orang Melayu tetap akan melihat orang Melayu jadi MB, agama Islam terus terbela dan institusi Raja Melayu tetap di perlihara.

Bila Najib kata Sabah masih lagi FD BN, itu ertinya Sabah sudah jatuh ketangan PR.

Mana ada negeri yang selamat untuk UMNO dan BN?

Mungkin kerana banyak duit yang ditabur, atau imej UMNO dan BN dibentuk melalui media- billboards yang melata dipasang disepanjang lebuhraya( bayangkan berapa puluh juta UMNO habiskan untuk membayar billboards) , melalui TV yang mereka kuasai, dan akhbar yang UMNO kuasai, maka Najib merasakan bahawa UMNO akan menang 2/3. Memang memang suka tengok cermin berjam jam sehari dan kata aku yang paling hensem di Malaysia.

Kita akan lihat penghukuman rakyat keatas rasuah dan kezaliman yang UMNO lakukan selama 55 tahun. Apa yang UMNO boleh buat dalam masa 5 tahun yang gagal mereka lakukan bila ada 55 tahun?

Yang mereka capai ialah seperti yang di nyatakan oleh Mursyidul am UMNO, Dr Mahathir Mohamad, setelah 55 tahun merdeka, orang Melayu masih mengemis dalam negara mereka!. Jika 54 billion saham melalui DEB di agihkan pada kadar RM1 juta seorang, kita patut ada 54 ribu jutawan Melalyu.

Mana mereka? Saham tersebut dibalun oleh puak2 UMNO. 

Apabila TPM buta maklumat lalu dia pun mulalah Auta rakyat Kedah.. awat hang ingat kami bodod kaa..?

Muhyiddin buta fakta kejayaan Kedah
Oleh AZAMIN AMIN


KEANGKUHAN Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerima hakikat kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah terserlah apabila hanya memberikan gred E kepada kerajaan Pakatan Rakyat negeri. Penarafan itu dibuat hanya dengan mendengar taklimat Pengerusi BN Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah.

Serangan Muhyiddin itu diungkapkan di hadapan rakyat sewaktu majlis peletakan batu asas cadangan pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di Sanglang, 22 April lalu.

Terbukti kenyataan Muhyidin itu tidak berpaksi kepada fakta. Bermula dengan pujian Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan sebanyak 205 peratus hasil balak daripada RM8 juta pada 2008 kepada RM50 juta pada 2010, Kerajaan Negeri Kedah juga telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta.

Jualan borang tapak bazar ramadan di Alor Setar mulai 7 Mei

29 April 2013

ALOR SETAR - Borang bagi tapak perniagaan bazar Ramadan di sekitar kawasan bandaraya Alor Setar akan dijual mulai 7 Mei ini.

Borang-borang berharga RM6 setiap satu boleh dibeli di pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini.

Datuk Bandar MBAS Datuk Mat Noh Ahmad berkata borang dijual kepada warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang beralamat di kawasan MBAS sahaja.

"Tarikh serahan kembali borang yang sudah siap diisi oleh pemohon dan cabutan undi dinyatakan di dalam borang itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...