TERKINI :

Monday, April 29, 2013

[DEDAH] Rakyat dok pulun nak 'TOLAK' tapi rupa-rupanya depa dah atoq awai-awai lagi.. pakai bagi kat depa laa jawabnya..!!!


Surat buat pengundi awal daripada Presiden PAS

http://penyokongpas.files.wordpress.com/2011/04/482px-hj-hadi391.jpg
Abdul Hadi Awang,
29 Apr 2013

Assalamu’alaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera;

Tuan dan Puan Pengundi awal sekelian,

Saya merasa amat bertuah kerana dapat menghubungi tuan/puan anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis dan Tentera bersama dengan suami/isteri masing-masing yang telah ditentukan oleh undang-undang pilihanraya Malaysia sebagai “Pengundi Awal” pada hari Selasa 30 April 2013.

Semua rakyat begitu menyanjungi tugas tuan/puan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ianya adalah satu pengorbanan yang wajar diingati dan dihargai sampai bila-bila.

Dalam masa yang sama, tanggungjawab tuan/ puan dalam memilih pemimpin negeri/negara yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara dalam PRU-13 ini adalah tersangat penting kepada sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pertahankan untuk generasi ini dan anak cucu kita semua.

Politik jahat BN sampai ke peti undi?

PENDANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan rakyat Malaysia khasnya agar berjaga-jaga dengan politik kotor yang diamalkan BN sejak berpuluh tahun lalu terutamanya semasa proses pengundian.
Ujar Mohamad Sabu, Umno-BN akan menggunakan apa sahaja taktik kotor bagi mengagalkan kemenangan caloncalon Pakatan Rakyat termasuk dengan pengundi hantu serta manipulasi undi pos.
Beliau yang ditemui di Pusat Penamaan Calon, Parlimen P011 di Pendang pada 20 April lalu berkata, taktik kotor itu menjadi rutin kepada BN dalam mempertahankan kuasa sejak 55 tahun lalu.
Tambahnya, meskipun kerajaan membenarkan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 ini, namun kaedah dan pelaksanaannya seolaholah dirahsiakan kepada parti politik bertanding khasnya pembangkang.
Beliau melihat, tindakan itu menimbulkan persoalan kepada rakyat apakah akan adanya ketelusan kepada pelaksanaan dakwat kekal itu yang pada asasnya untuk menghalang sebarang pengundian berulang mahupun pengundi hantu.
"Kita kena beringat, mereka akan lakukan apa sahaja untuk membuat penipuan bagi mempertahankan kuasa.

Sebenarnya Rakyat Tak Menyokong PR tetapi mereka lagi benci akan UMNO BN..!!!


Setuju atau tidak luahan pendapat saya bahawa 40% pengundi Melayu menyokong pihak Pembangkang atau PR bukan kerana kehebatan atau terpengaruh dengan manifesto PRU mereka (walaupun realiti sebenarnya boleh dilaksanakan).

Tetapi mereka ini sudah terlalu benci dengan keangkuhan, kesombongan, penipuan dan korupsi para pemimpin UMNO dan gabungannya buat ketika ini. Cara penggunaan media cara pengagihan bantuan kepada rakyat semuanya telah disalah gunakan oleh UMNO BN. Antara sebab ini mengakibatkan rakyat tidak suka dan marah kepada UMNO BN.

Apabila geng CHAUVINIS DAP dan PAS UG bersatu...!!!

Apabila ada pemimpin bercakap ikut nafsu dan cara politik lama maka rakyat terbanyak akan menjadi resah. Resah kerana matlamat rakyat yang sebenar tak tercapai kerana disebabkan segelintir pemimpin bercakap tanpa menoleh kiri dan kanan..

Itulah sebenarnya apa yang berlaku kini, apa yang ada pada benak hati dalam pemimpin lama DAP...chauvinis. Kalau pemimpin lama PAS pulak dengan sikap UG nya. Sikap takbur akan memakan diri sendiri mereka sendiri. 

Mungkin, tidak belajar dari sejarah lama tentang politik perkauman dan agama di Malaysia, atau mudah lupa kenapa sentimen perkauman dan agama akan menjadi modal setiap kali PRU untuk membonsai fikiran rakyat yang dahagakan kerajaan yang adil tanpa rasuah. 

Sikap pemimpin-pemimpin ini memang mengundang tidak keselesaan pada pengundi-pengundi yang menunggu masa untuk menghukum pemimpin-pemimpin sedia ada yang bongkak. Bagi pengundi-pengundi yang cerdik, masalah ini langsung tidak membawa kesan pada mereka kerana keputusan mereka telah muktamad. 

[DEDAH] Rahsia JKKKP nak bezakan ahli UMNO dan BUKAN untuk bantuan biasiswa didedahkan..!!!


assalamualaikum admin.
saya salah seorang pemerhati tegar dalam kedahlanie.. kelmarin saya dapat info dari orang kampung saya di kulim bahawa anaknya ada tiga orang yang bersekolah, seorang pun tidak dapat bantuan biasiswa. tapi beliau ada memberitahu saya terdapat sumber dalaman dari JKKKP bahawa mereka mendapat arahan supaya borang biasiswa yang hendak di cop, bg anak UMNO - cop hendaklah tepat di atas line, bagi anak selain UMNO - hendaklah senget sedikit supaya terdapat perbezaan. ini memudahkan pihak sekolah memberi bantuan kepada anak UMNO sahaja. saya ada bertanyakan kepada kawan saya yang mana anaknya bersekolah lain, dia menjawab, anaknya seorang pun tidak mendapat bantuan biasiswa.
http://lh3.ggpht.com/-8lJZNYaim58/Tt7WdbXLbkI/AAAAAAAAI6o/uZUjJb2YJ7g/image_thumb%25255B1%25255D.png?imgmax=800Kami dapat makluman dari PEMERHATI TEGAR (Janganla tegar sangat baca sama Sinar ka, Utusan ka Untuk buat perbandingan) bahawa sekarang nie wujud satu sendikit nak menafikan bantuan kepada anak-anak yang bapak mereka tak sokong UMNO supaya tidak dapat bantuan biasiswa.

Mereka menggunakan teknik isyarat dari cop pengesahan JKKKP yang senget dan tak sengat. Untuk yang senget maka anak ini mak bapak dia bukan penyokong UMNO dan yang tepat dalam kotak dia mengesahkan penyokong UMNO..

Bagus sungguh perancangan UMNO nie.. Jika duit biasiswa itu duit mak bapak mereka bolehlah buat macam itu tapi masalahnya itu duit bantuan kerajaan untuk rakyat tetapi bila ada unsur salahguna maka beginilah jadinya...
INIKALILAH..TUKAR..UBAH.... HAPUSKAN PENYALAH GUNAAN KUASA DENGAN CARA MENGHAPUS UMNO BN...

Benarkah Jamil Khir mengguna jentera bantuan dari 'pusat' untuk berkempen di Jerai..!!!???


Tu dia aihhh semakin panas nampaknya sekarang nie.. depa dok sembang macam-macam dengaq katanya kawan nie tokak kawan tu calon nie kibas calon tu ketua nie tak puas hati kat ketua tu...

Apa yang kami dapat lanie depa dok bercerita kata berkenaan calon Jerai yang jadi menteri tuu.. Jamil Khir... dia nie depa kata dok usung kenderaan rasmi dari JAKIM, JAWI & MAIWP untuk kempen politik beliau di Jerai. Beliau kan menteri agama dari jabatan Perdana Menteri..

Jangan terkejut FILEM TANDA PUTRA akan ditayangkan malam esok nak mengundi..!!!

[Youtube bocor] Inilah filem 'Tanda Putera' yang pemuda Umno tak sempat tapis tapi mula tersebar!!!

Di bawah ini adalah youtube yang pemuda Umno tak sempat tapis tetapi mula disebar dalam media rakyat.

Yang ditapis akan disiar dalam malam sebelum mengundi PRU13.

[Youtube bocor] 'Tanda Putera' yang Najib nak tayang dalam TV malam sebelum Hari Buang Undi gua tayang sekarang!

Yang bawah ini lain. Tak sempat tapis.


KLIK SINI

[DEDAH] Bukti mula SPR main kecoh didedahkan...jawab jangan tak jawab...!!!

Anwar: 42 undi pos tentera daftar di bawah kod bangsa luar negara


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini menyoalkan 42 undi pos di bawah kategori tentera dan polis yang didaftarkan di bawah kod bangsa Pakistan, Bangladesh, Indonesia & Filipina.

Beliau juga mendedahkan dokumen SPR yang ditemui di luar lokasi rahsia di mana peti undi disimpan.

Anwar berkata bukti ini mempersoalkan kredibiliti SPR dan menyeru mereka mengemukakan jawapan dengan segera

Musa Hassan dilantik penasihat Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat

JAMILAH HAMZAH
29 April 2013
Musa Hassan
Tan Sri Musa Hassan
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bersetuju untuk dilantik sebagai salah seorang penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Menurut Musa, keputusan itu dibuat atas dasar keselamatan, bukannya melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.

Beliau juga berkata, skop tugasan sebagai penasihat adalah membantu memberi nasihat kepada MPKPR untuk bekerjasama dengan pasukan keselamatan negara termasuklah pasukan polis.

"...sebagai penasihat saya akan bantu, saya bagi nasihat, tapi saya tak terlibat dengan mana-mana parti politik. Jangan ada orang salah faham dan salah anggap pula.

"Saya sangat beri perhatian kepada masalah yang berkaitan keselamatan, bukan nak bantah kerajaan.

Inilah masalah PR sebab masih ada pemimpin yang 'bangang' dalam skill berpolitik..!!

PAS: Pakatan harus berhenti berperang sesama sendiri

Oleh Md Izwan


KUALA LUMPUR, 29 April — PAS hari ini menggesa rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya berhenti menyerang sesama sendiri, ini ekoran dua kenyataan pemimpin DAP supaya supaya pengundi tidak memangkah PAS pada pilihan raya 5 Mei depan.

Media melaporkan hujung minggu lalu Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez dan ahli jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan secara terbuka menyuruh pengundi supaya tidak mengundi PAS kerana agenda negara Islam.

“Hentikan daripada menyerang sesama sendiri .

“Kita telah pilih pertarungan yang kita akan lawan, janganlah serang antara satu sama lain,” kata Ahli Jawatakuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS, di Jalan Raja Laut di sini.

Kenyataan Dzulkefly itu dilihat sebagai percubaan untuk meredakan ketegangan diantara pemimpin PR yang seringkali menggunakan media sebagai medan untuk berperang sesama sendiri.

[Video] Apabila MAT REMPIT BN jatuh depan pondok PAS...!!


BN Jerai : Orang Dato' Mie dah mula persoal orang Jamil di facebook...!!!

 

Admin : Kan kami dah kata ada broker dok makan kot atas...!!!

Nak Sokong Lagi Bagi Kedah kat BN.. TPM mai sini pemohong kita.. awat ingat kita bodo kaa..???

 
 
 
amiruddin hamzahMenjawab dakwaan gagal menarik pelabur, PAS Kedah memberikan serangan serampang dua mata dengan menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berbohong dan timbalan menteri berkaitan Datuk Mukhriz Mahathir cuma berdiam diri.

Exco Kedah Datuk Amiruddin Hamzah berkata, fakta Muhyiddin sewaktu menyampaikan ucapan di Jerlun minggu lalu salah kerana rekod Malaysian Investment Development Authority (MIDA) mencatatkan peningkatan hasil pelaburan.

"Tapi (mereka) kata tak ada pelaburan. Ini bohong ke tak bohong? Bohong!" katanya di hadapan kira-kira 250 hadirin dalam ceramah kelompok di Alor Merah dalam DUN Anak Bukit.

Amiruddin (kiri) yang juga calon di situ berkata, pada zaman BN purata pelaburan sekitar RM1.2 bilion tetapi bawah pentadbiran PAS angka itu melonjak kepada RM3.2 bilion setahun.

Menurutnya, rekod pelaburan terbaik dicatat pada 2011 apabila kemasukan pelaburan sebanyak RM6.14 bilion, sekali gus menyediakan 8,000 peluang pekerjaan.

Temberang ZULNORDIN mula didedah oleh kawan & lawan..!!!

PRU13 - Siapa ZulKulim sebenarnya ?


Pandiran Petang | 26.4.2013
Perisik Rakyat Unmasked -

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.
 
Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Hanya 5 peratus PAS berbeda dengan DAP


KUALA LUMPUR: Sikap menghormati agama orang lain dan menolak rasuah membolehkan pemimpin PAS dan DAP berkerjasama, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu menyifatkan perbezaan partinya dengan PAS hanya dalam lima peratus isu sahaja.

"Biasanya, kira-kira 95 peratus, kami bersetuju, terutama dalam isu tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan kebajikan rakyat, termasuk memerangi rasuah," katanya.

"Lima peratus yang kami tidak dapat bersetuju, kami ketepikan dan akan menanganinya kemudian.

"Sama seperti PAS mempunyai hak untuk menekankan undang-undang hudud, kami mempunyai hak untuk menekankan negara sekular. Ini demokrasi," kata beliau apabila diminta mengulas mengenai percubaan parti-parti Cina dalam BN memanipulasikan isu hudud.

Bayangkan kalau UMNO/BN masih perintah malaysia lepas 6 Mei 2013..!!??

Bayangkan kalau UMNO/BN masih perintah malaysia lepas 6 Mei 2013..


-rakyat malaysia memang bangang bodoh bebal tahap abadi
-cukai GST akan dikenakan kepada rakyat
-tiada pendidikan percuma (100% percuma) untuk semua
-cikgu tak dapat naik gaji RM500
-orang kerja govmen tak dapat bonus 4 kali setahun
-hutang ptptn masih kena bayar
-harga ron95 tetap sama atau naik harga
-harga barang akan naik
-harga rumah akan naik
-saman AES kena bayar
-caj letrik sama atau akan naik
-taib mahmud akan makin kaya
-rosmah akan terus bermaharajalela
- kroni UMNO/BN akan bermaharajalela

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/72799_378386865590689_1528741067_n.jpg

[ENGKAR] Semoga PAS PUSAT ambil tindakan kepada PAS kwsn Subang atas ENGKAR ARAHAN PARTI..!!!


CAKAP BANYAK TAK MAU... JIKA NAK BERORGANISASI SILA IKUT ARAHAN PIMPINAN.. JIKA TAK MAU DENGAR ARAHAN PEMIMPIN TERTINGGI NAK BUAT HAL SENDIRI MAKA SILA KELUAR DARI PARTI YANG ANDA IKUTI TERSEBUT...

SILA PECAT GOLONGAN YANG TIDAK TERIMA ARAHAN PARTI..!!!

Apabila Guan Eng guna ilmu 'mantik' untuk menjawab soalan wartawan bab hudud..!!!

 http://4.bp.blogspot.com/-URBDuYuKqeM/UDtywXxuj9I/AAAAAAAAEu8/WaK_soTCCEs/s400/Lim+Guan+Eng.jpg
Cuba tengok macamana Guan Eng jawab bila wartawan cuba perangkap beliau bab berkenaan Hudud...
"Sikap menghormati agama orang lain dan menolak rasuah membolehkan pemimpin PAS dan DAP berkerjasama, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu menyifatkan perbezaan partinya dengan PAS hanya dalam lima peratus isu sahaja.

"Biasanya, kira-kira 95 peratus, kami bersetuju, terutama dalam isu tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan kebajikan rakyat, termasuk memerangi rasuah," katanya.

P-125 Putrajaya - Kuliah "Kursus Jenazah" di Putrajaya oleh Ust Azhar Idrus


Catatan pembuka mata dari Putrajaya... INIKALILAH....!!!

Catatan seorang penjawat awam mengenai program Pakatan Rakyat di Putrajaya

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.
Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.
Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.

P.14 Merbok - Nurin Aina : LATAR BELAKANG PERJUANGAN NURIN AINA


UMNO dah semakin gila.. Tayang Video Porno waktu ceramah...

Lagi Bukti UMNO Dalang Penyebaran Video Lucah - Tayang Depan Wanita & Kanak-kanak


Umno tayang video lucah kepada wanita, kanak-kanak

Umno BN semakin hilang akal apabila menayangkan video lucah secara terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.

Berdasarkan rakaman di laman You Tube, video lucah itu ditayangkan dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur.

Program ceramah itu dimulakan dengan ucapan yang menghentam pucuk pimpinan Pas, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai.

Ekoran dibuat secara terbuka, tayangan rakaman lucah itu disaksikan pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak yang berada di situ.

Amanat Tok Guru Haji Salleh - Wajib pangkah PAS, haram pangkah UMNO


Bandingkan: UMCEDEL Vs DS Najib

Najib Anggap Tinjauan UMCEDEL Mengenai PRU-13 Karut

RAWANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan sebagai karut, satu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan menegaskan beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di laluan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Najib berkata beliau tidak setuju dengan kajian Umcedel itu yang menunjukkan beliau berada empat mata di belakang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

"Saya tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan.

"Saya yakin kita boleh memenangi PRU-13," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Sungai Terentang di sini Ahad.

Najib mengulas tinjauan itu dibuat awal April melibatkan 1,407 responden yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Tinjauan itu menunjukkan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi perdana menteri sementara 24 peratus tidak setuju dan selebihnya tidak pasti.

Sementara bagi Najib, 39 peratus pengundi berkata beliau layak menjadi perdana menteri sementara 31 peratus tidak setuju dan 30 peratus selebihnya tidak pasti. - BERNAMA

Umcedel jawab pihak pertikai hasil kajian PRU13

NOTA ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Umcedel berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my pada 27 April 2013 (semalam).

Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita dari dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...