TERKINI :

Sunday, April 28, 2013

PRU13: Peluang untuk merdekakan bangsa Melayu

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyeru para pengundi Melayu jadikan PRU13 ini sebagai peluang untuk memerdekakan bangsa dari politik sempit dan politik kotor yang selama ini disemai oleh parti politik yang berasaskan nasionalisme dan sekular.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika bangsa Melayu mahu merasai erti kebebasan tulen dan kemerdekaan yang sebenar, maka memenangkan calon yang menjiwai prinsip agama dari parti yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar iaitu PAS adalah satu-satunya pilihan.

"Di bawah perintahan sekular sekarang, demokrasi telah disalahguna oleh penguasa sewenangnya untuk mengekalkan kuasa sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik kotor," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimanan di bawah.

Kalau saya balik Kelantan, Tun balik Kedah - Husam


Salmiyah Harun, 28 Apr 2013

PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya.

Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri itu masih tidak selesai.

"Saya datang ke sini bukan sebagai orang Kelantan tetapi, sebagai rakyat Malaysia," tegas Husam dalam sidang medianya lewat petang tadi.

Malah Husam turut membidas Tun Mahathir yang wajar pulang ke Kedah negeri asalnya manakala Datuk Najib Tun Razak pula kembali ke Pahang.

"Kalau saya kena balik Kelantan, Tun pun kena balik Kedah, Datuk Najib kena balik Pahang. Kalau semua orang kena balik negeri masing-masing, jadi tidak ada orang yang hendak bertanding di sini.

Mungkihkah sendiri bakar sendiri tuduh...!!!

http://3.bp.blogspot.com/-N64wA2X3w6A/UQVOMY6fX3I/AAAAAAAABiA/XKoearprDpM/s1600/Provokasi_copyweb.jpg
Buat jahat apa pon semua main tuduh pihak lawan... apa kata jika kami kata hangpa sendiri yang bakarnya untuk hangpa dapat politikal millage pada hangpa.... seperti budak nak dapat kesian dia nangis kuat-kuat bagi semua dengaq kata pak dia pukoi dia.. sedangkan pak dia jentik apa pon dak lagi... lalu org akan kata pak tu bodo pukoi anak...

jadi serahkan perkara nie kpd pihak berkuasa jangan main tuduh-tuduh..strategi politik hangpa nie semua dah baca dah dulu boleh la kami percaya jika kami lihat poster mahadet kena bakaq...kami marahkan pihak lawan anda kata kurang ajaq...kami pon dgn rasa marah kat lawan lalu beri undi kat hangpa...tup tup dapat hangpa bakaq sendiri gambaq chedet....nak nyesai pon tak guna dah dah pangkah hangpa dah pun....

Bab PDM kena bakaq nie kami boleh kata puak hangpa sendiri yang bakaq sebab tension tak dapat upah seperti yang diberikan..puak atas mentedarah banyak yang teruk buat kerja di bawah mendapat upah sekadar RM5 siapa tak angin.... jadi serahkanlah pada pihak berkuasa menyiasatnya...

Maaf la sebarang provokasi sekarang nie kami dah masak dah dengan taktik-taktik hangpa tu sebab dulu kami ak pikiaq panjang macam lanie.....
Tiga sub PDM BN Kubang Pasu dibakar di tiga lokasi berbeza awal hari ini

April 28, 2013

JITRA, 28 April — Tiga sub Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) Parlimen Kubang Pasu dibakar awal hari ini.

Tiga sub PDM itu adalah di Kampung Manggol di Malau dan Kampung Gelang Pasir di Kepala Batas iaitu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra serta di Kampung Machang, Pulau Nyior dalam DUN Bukit Kayu Hitam.

Rekod Pakatan atasi BN di Kedah – Saifuddin

(Oleh: Sidiqin Omar)

BRICKFIELDS 28: Rekod pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri-negeri yang dikuasai BN, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat kedah hanya layak mendapat ‘gred E’ atas alasan gagal mentadbir negeri itu.

Saifuddin berkata, semasa pentadbiran Umno BN di Kedah, hasil balak hanya bernilai kira-kira RM1,000 seekar, berbanding RM19,000 seekar di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Waktu BN jaga, hasil balak hanya RM8 juta. Bandingkan waktu Pakatan jaga, kita dapat RM80 juta,” katanya dalam ceramah kelompok di Brickfields, semalam.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah calon KEADILAN bagi Parlimen Lembah pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, S Ambiga.

Sebelum ini, walaupun kerajaan Kedah menurunkan cukai antara 25 hingga 75 peratus, namun hasil cukai tanah meningkat RM18.69 juta iaitu peningkatan 21.9 peratus.

Kedah turut mengalami peningkatan hasil 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus.

Negeri jelapang padi itu juga antara negeri Pakatan Rakyat yang mencatat kemasukan pelabur tertinggi di Malaysia bagi tempoh 2008 hingga Oktober 2012, berjumlah RM11.1 bilion dan diakui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Apa faedahnya siarkan dan edarkan VCD porno Anwar & Mustafa Ali untuk tontonan rakyat jelata..???

http://www.tech-faq.com/wp-content/uploads/images/how-to-burn-a-vcd.jpg 
 
Ingin diperjelaskan... Jika anda mahu tindakan dikenakan terhadap Mustafa Ali, sila minta polis jalankan siasatan dengan segera. Ini kerana kes video tersebut telah menjadi kes polis. Desak polis bertindak, desak jabatan agama bertindak, jika anda rasakan bahawa Mustafa Ali perlu dikenakan tindakan.

Sebarkan video seperti itu tidak memberikan apa2 kebaikan bahkan memalukan kerana ditayang secara terbuka. Tempat orang ramai lalu lalang. Pakcik makcik, tok haji semua ada. Kanak2 dan remaja2 pun lihat.

Adakah ini cara yang betul?

Betulkah puluhan cawangan UMNO di Selangor akan dibubarkan?

oleh Aspan Alias

Berita yang mengatakan UMNO akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalam saya mendengar pula banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor terutamanya akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini. Jika benar berita ini ia tidak mengejutkan kerana saya telah menyebutnya setahun dahulu tetapi tidak pula menyangka yang keadaannya sampai ke tahap membubarkan cawangan-cawangannya.

Saya selalu memberikan komen tentang hasrat Najib dan Muhyiddin yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang ‘winnable’. Blog ini selalunya menyatakan yang mana mungkin UMNO boleh menurunkan calon yang ‘winnable’ sedangkan UMNO itu sendiri sudah tidak ‘winnable’ lagi. UMNO tidak ‘winnable’ lagi kerana pimpinannya tidak ‘winnable’.

Jika kita lihat di Selangor, pemimpin yang sibuk untuk mengambil alih kerajaan PKR ini adalah pemimpin yang sama yang telah ditolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya lalu. Tidak nampak ada pimpinan baru yang boleh meyakinkan rakyat Selangor. Malahan pimpinan UMNO Selangor telah kehilangan hidayah sama sekali dengan meminta Zulkifli Nordin sebagai calon bagi kawasan elit Shah Alam dan ini sekaligus menjadikan orang ramai tidak lagi yakin terhadap kewibawaan UMNO Selangor itu.

'PAS Kedah kerja keras, BN tak mengalah'

Abdul Rahim Sabri

Sekalipun mensasarkan kemenangan 20 daripada 24 kerusi yang ditandinginya, PAS Kedah perlu bekerja lebih keras memandangkan BN dilihat tidak mengalah untuk merampas semula negeri ini, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Beliau melihat bahawa BN kini menggunakan seluruh kekuatan mereka termasuk menggunakan khidmat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan agensi di bawah kerajaan pusat.

"Apabila BN masih lagi memegang tampuk di Putrajaya, mereka rasa masih lagi ada kekuatan untuk ambil semula Kedah... Jadi mereka merasakan mempunyai peluang untuk ambil alih (pentadbiran Kedah). Saya lihat mereka tidak mengalah.

"Kita mengambil sikap 'underdog'. Kita juga tidak boleh terlalu yakin. Kita perlu bekerja keras dan tidak boleh ambil sambil lewa. BN menggerakkan sudah pasti menggerakkan seluruh kekuatan sebab mereka kalah," katanya ketika ditemui Malaysiakini, malam Sabtu lalu.

Bekas CEO Proton Holding di ceramah TG Nik Aziz masa di Putrajaya

Ini kalilah. ...
Bekas CEO Proton Holding Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir kelihatan bersama-sama memeriahkan Ceramah Pas di Putrajaya yang dihadiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dato'  Paduka Husam Musa dan juga rakan-rakan PAS yang lain.

#IniKalilah#JomUBAH#VoteForPR#UndilahPR
PRU 13 nnt ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP ☒
Bekas CEO Proton Holding Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir kelihatan bersama-sama memeriahkan Ceramah Pas di Putrajaya yang dihadiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dato' Paduka Husam Musa dan juga rakan-rakan PAS yang lain.

#IniKalilah#JomUBAH#VoteForPR#UndilahPR

Mohd Nasir ada kelebihan pertahan Padang Terap

Mohd Nasir menyampaikan khutbah di sebuah masjid dalam kawasan Parlimen Padang Terap.

PADANG TERAP: Kawasan Parlimen Padang Terap mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N.7 Kuala Nerang dan N.8 Pedu.

Pada Pilihan raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, calon PAS yang bertanding di P.007 itu, Ustaz Mohd Nasir Zakaria yang mendapat 15,003 undi menewaskan calon BN, Datuk Ghazali Ibrahim dengan majoriti 369 undi.

Kemenangan itu boleh dianggap sebagai suatu ‘keajaiban’ kepada beliau kerana kedua-dua Dun berkenaan dimenangi oleh calon BN. Syed Sobri Syed Hashim yang mendapat 7,856 undi memenangi Dun Kuala Nerang dengan majoriti 805 undi, sementara Dun Pedu dimenangi oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan majoriti 2,733 undi.

Jika diukur daripada keputusan PRU12 itu, Mohd Nasir mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum kali ini yang diamanahkan oleh PAS untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya itu.

Petugas BN dok berbalah bab upah tempek poster & pasang bendera..!!

http://4.bp.blogspot.com/-70fX6McnS5A/UXzgEdUG1vI/AAAAAAAAQds/YNkV0kSTqBM/s1600/Picture+011.jpg 

dari maklumat kami dapat :

Kos Tampal Poster dan Bendera sehari semalam di..
Pendang - RM30
Jerlun - RM100
Jerai - RM30
Alor Setar - RM25
Pokok Sena - RM30
Sg Petani - RM20
Kulim - RM25
Langkawi - RM50

Kawasan lain nanti kita korek tengok...

Admin - maklumat nie kami dapat dari hasil survey sahabat sahabat yang berlegaran di PDM (Pusat Derah Mengundi) milik BN.. jika mereka bohong maka bohong lah kami...!!

Kira-kira RM70juta ditabur BN untuk rampas Kedah tapi agihan duit makan diri mereka sendiri....!!!

BN peruntuk jutaan ringgit untuk rampas Kedah


ALOR SETAR: Wang dijadikan tarikan utama BN untuk menawan kembali Kedah dari Pakatan Rakyat. Menurut sumber, bagi menjayakan misi itu setiap calon Parlimen diperuntukkan sebanyak RM7 juta, calon Dun RM3 juta manakala wakil calon menerima RM1.5 juta.

Katanya, dari jumlah keseluruhan yang akan ditabur itu, kira-kira RM70 juta adalah dari sumber tidak diaudit.

"Mereka yakin dengan kempen cara ini. Penyaluran wang ini akan selesai Isnin (22 April). Tapi kem Umno-BN akan kembali bergolak atas ketidakpuasan hati anggota berjawatan dalam BN.

Betoi ka akan dibuka kilang arak di Kedah jika BN menang..???

Kempen 'Tak mau kilang arak' cemaskan Mukhriz



Di hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi, calon MB BN dalam khayalan, Mukriz Mahathir menerima tekanan demi tekanan. Jika sebaik hari penamaan calon beliau dikecam oleh para pemimpin BN Kedah yang tidak terpilih sebagai calon sebagai menggunakan bapak untuk mencatur calon di Kedah, kini anak bekas PM itu diserang kerana membiarkan abangnya berniaga arak di Filipina.

Orang kampung, khususnya di Jerlun sudah mula mempersoal tindakan Mirzan abang Mukhriz yang menjadi pemegang saham syarikat arak San Miguel. Kata orang kampung, sepatutnya Mahdet dan Mukhriz larang keluarganya terbabit dengan industri arak, ini tidak depa pun tak larang... macam redho pun.

Calon BN gagal hantar penyata kewangan.. takan SPR tak nampak kot..???

SPR Perlu Bertindak Terhadap Laporan Polis Ke Atas Puad Zakarshi


Johor Bahru – Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu segera mengemukakan kenyataan balas terhadap satu laporan polis yang telah dibuat 18 April, Khamis lepas.

Dalam repot polis berkenaan, pengadu Saudara Siam Bin Kasrin telah mengemukakan aduan berhubung salah laku yang telah dilakukan oleh calon Barisan Nasional (BN) iaitu Saudara Mohd Puad Zarkashi.

Menurut Haji Siam, pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas, beliau telah dilantik menjadi wakil calon bagi Saudara Fuad Zarkashi sebagai calon Barisan Nasional untuk Parlimen P150 Batu Pahat.

Namun disebabkan sikap tidak telus calon dalam pilihanraya tersebut kerana ada elemen yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Haji Siam mengambil keputusan untuk tidak menandatangani penyata perbelanjaan calon pada borang (d).

PRU 13: NAJIbN RIMAS, MAHATHIR CEMAS

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB


Kita sekarang berada dipertengah tempoh masa berkempen mendapat
sokongan dari rakyat hakim demokerasi berparlimen dalam PRU13 pada 5
Mei 2013 hari Ahad hadapan yang diperuntukkan oleh SPR. Seluroh calun
dalam PRU13 yang bertanding di KaPar dan Kadun baik dkalangan PR
maupun BN, parti-parti kecil dan calun-calun bebas, sebaik selesai
penamaan calun 20 April yang lepas. Kini masing-masing telah melihat
dengan mata kepala sendiri, mehnah dan kerenah pengundi yang berkait
rapat dengan menerima sokongan atau dinafikan sokongan keatas mereka.
Sanak sedara, taman taulan ipar doi teman sekolah dan sebagainya.
Detik dan saat ini mampu untuk menggugat persahabatan, merencat
keceriaan dan muhabbah seketika keranan politik kepartian pilihanraya
yang berbedza politik pilihan.

Setiap calun KaPar-KaDun untuk PR, bN, parti kecil dan calun bebas.
Mereka secara rambang dan secara kasar sudah mampu membuat kesimpulan
secara private secara jujur walau tidak perlu dihebah dimedia perdana
RTM, TV3 dan sebagainya. Sesetengah calun hati kecilnya dah menempah
keputusan diri tidak resmi, iaitu dapat jadi YB atau kecundang.
Menang, tewas kalah dan hilang wang pertarohan menjadi calun
pilihanraya, gejala ini berligar dan berputar dikepala, silap-silap
gila dibuatnya. Kerana pelaburan membeli undi cukup besar dan parah.
Tujoh hari selepas penamaan calun, detik hari penamaan calun itu ianya
sebagai indekator pertama calun itu mendapat sokongan besar dari
rakyat. Disini dua faktor yang mampu menjurus membina sokongan.
Pertama kerana parti yang diwakili dan keduanya batang tubuh setiap
calun yang ketika itu diadili oleh rakyat pengundi disemua aspek dalam
semua perkara.

BN kempen perkauman kepada guru, pelajar

ALOR SETAR: BN didakwa sedang menjalankan kempen perkauman di seluruh negara terhadap golongan pendidik dan juga pelajar sekolah, kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Kempen berbaur perkauman ini disemai dalam beberapa program bersama guru dan pelajar sekolah kahsnya di sekitar Kedah, kata Mahfuz kepada Harakah ketika ditemui semasa program ziarah kempen sempena Pilihan Raya Umum Ke- 13, di Taman Setia Jaya dekat Derga bersama calon DAP Dun Derga, Tan Kok Yew.

"Kita kesan mereka ini buat dakwaan kononnya jika Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi Perdana Menteri. Malah mereka juga tuduh kononnya apabila Pakatan Rakyat menang Singapura akan kembali bergabung dengan Malaysia," katanya.

Mahfuz mendakwa, para guru disemaikan dengan tuduhan kononnya Singapura memiliki 90 kerusi Parlimen dan bergabung dengan parti Cina di Malaysia (DAP) bagi membentuk pemerintahan berasaskan pemimpin kaum Cina di sini.

Jenayah pembunuhan ala mafia sudah menapak di negara kita..!! INIKALILAH

Pembunuhan ala mafia bawa mesej besar
NURUL FATIHAH SULAINI
28 April 2013
Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid
ALOR SETAR - Pembunuhan nekad ala mafia di lokasi pusat pentadbiran negara Putrajaya membawa mesej yang besar mengenai tahap keselamatan serta jenayah di negara ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, insiden yang membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, mati ditembak sangat mengejut serta menyedihkan.

Menurutnya, walaupun negara ini sering disebut sebagai negara selamat namun tidak hanya boleh diyakini dengan retorik semata-mata.

“Ini bukan pertama kali pembunuhan seperti itu dilakukan. Jika statistik dikatakan menurun namun tidak dapat dinafikan jenayah berat seperti membunuh tetap tidak menurun.

Menteri Agama Si Jamil Khir takut nak tegur Chua Soi Lek hina Islam

TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tamrin Tun Ghafar (gambar) menganggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Jamil Khir bacul kerana sampai hari ini tidak berani menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mengatakan Jamil kena belajar lagi tentang Hudud. Katanya lagi, sikap itu menunjukan ketidak pedulian kepimpinan Umno walaupun di hinakan sebegitu rupa.

"Mana dia Jamil Khir dan Setiausahanya Shabudin Yahya kononnya banyak ilmu diam membisu bila Chua Soi Lek mengatakan Jamil tidak faham tentang Hudud, " jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, Shabudin yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihanraya Umum ke 13 ini patut dikalahkan kerana dayus berhadapan dengan Presiden MCA.

Mereka tidak berani menegur sebaliknya sanggup berpeluk tubuh dan melihat kelakuan Chua Soi Lek yang semakin melampau menghina Islam.

Cuma BN yang dengki dengan KUIN walaupun Kakitangan dan pelajar berpuas hati dengan kampus di Kuala Ketil

KUALA KETIL – Pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berpuas hati dengan perpindahan ke kampus baru Kuala Ketil kerana ianya lebih selesa dan lengkap. Mohammad Yuzainal Azwan, 29, bekerja sebagai pemandu KUIN sejak 2008 menjelaskan bahawa KUIN Kuala Ketil berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar dan lebih selesa. 

“Suasana KUIN Kuala Ketil lebih sesuai untuk belajar berbanding KUIN Mergong. Di sini mempunyai suasana universiti dan pihak KUIN juga menyediakan pengangkutan bas kepada kakitangan yang tinggal di sekitar Alor Setar untuk berulang-alik ke sini. 
 
“Isu-isu panas yang dimainkan oleh media itu perkara biasa, yang penting saya terus berkhidmat untuk KUIN. Setiap institusi pendidikan mesti mempunyai masalahnya tersendiri. Sebagai pekerja kita perlulah menyokong majikan kita,” katanya.

KUIN Kuala Ketil berjalan lancar sesi pembelajarannya.. yang BN nak tutup jika menang tu pasai apa..???

Sesi pembelajaran di KUIN Kuala Ketil berjalan lancar

http://4.bp.blogspot.com/-glEtXLlcVBA/UXJbkQ1Ql7I/AAAAAAAAQRY/E9FAUi1-QZw/s640/2013-04-20_170432.png
Ada Pihak Tak Puas Hati Dengan KUIN sampai sanggup penaik banner fitnah ini
KUALA KETIL – Tohmahan yang menyatakan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di sini akan ditutup adalah tidak benar apabila proses pembelajaran dan pentadbiran berjalan dengan lancar.

Pendaftar KUIN, Dato’ Latifah Hasan menjelaskan bahawa masalah penginapan pelajar yang berlaku sebelum ini telah selesai kerana pelajar yang ada sekarang dipindahkan ke asrama yang disediakan oleh KUIN di kawasan berhampiran dan ada yang menyewa rumah sendiri.

“Tetapi penginapan untuk pelajar-pelajar yang belum berpindah ke sini masih belum ada kerana Taman Insaniah belum siap sepenuhnya, kemungkinan besar mereka akan berpindah ke sini pada bulan Disember ini.

“Selain itu, kita sedang membina asrama ‘fast track’ untuk pelajar-pelajar baru yang akan memuatkan seramai 1000 orang dan dijangka siap pada bulan Jun ini,” katanya ketika ditemui.

Yang tinggal sokong UMNO cuma MELAYU KAMPUNG...!!!

Di akui oleh Dr Maza sendiri, orang melayu yang berada di hulu-hulu atau ceruk-ceruk kampung saja yang memilih umno kerana maklumat tak tepat dan pendek kata kurang celik IT.,manakala melayu bandar memilih kepada pembangkang.So,boleh fikir sendirilah mentaliti penyokong-penyokong umno macamana.


Kenapa tidak di kira terus UNDI POS & UNDI AWAL nie..???

Face Book Azhar Sulaiman dah kena panah petir?

Face Book Azhar Sulaiman dah kena panah petir?

https://www.facebook.com/azhar.sulaiman.73 
Face Book Azhar Sulaiman dah kena panah petir?


dari : KING JASON

80% calon BN Kedah bermasalah..sampai nak lantik sapa jadi exco agama pon tak tau sapa...!!



TELAHAN pemerhati politik hampir tepat. Setelah Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib Tun Razak menyerahkan watikah calon kepada pemimpin negeri, BN Kedah sekali lagi gagal menampilkan winnable candidate.

Kitar semula, menjaga hati dan mencantas antara satu sama lain adalah kaedah tipikal yang dibuat untuk menyenaraikan calon untuk bertanding bukan atas dasar untuk membela nasib rakyat dan memajukan negeri.

Rata-rata pengundi di sini menyatakan 80 peratus daripada muka yang dicalonkan BN Kedah, mempunyai senarai rekod bermasalah seperti salahguna kuasa, penyelewengan dan isu moral peribadi.

Menurut sumber, berlaku pertikaman lidah para pemimpin Umno dengan Pengerusi BN Kedah, Dato’ Ahmad Bashah dalam satu mesyuarat tertutup sehingga lewat malam yang mana calon yang dimuktamad Najib, masih diragui malah jauh sekali menepati kelayakan sebagai ‘calon boleh menang.’

Bermula dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mahadzir Khalid yang meninggalkan jejak hitamnya selama memerintah dua tahun di Kedah. Hutang kerajaan negeri yang tertunggak sehinggalah wang rakyat yang hilang lesap entah ke mana. Antaranya Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) yang terbengkalai biarpun RM10 juta telah dikeluarkan bagi tujuan pembinaan.

P012 - Firdaus Jaafar bersama suara Jerai ke Putrajaya

oleh Pemuda Jerai

http://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-ash4/p480x480/378731_140265236157269_465867271_n.jpg
Alhamdulillah tinggal seminggu sahaja lagi namun peperangan di Parlimen Jerai semakin rancak, Jerai dengan caranya, Guar Chempedak dengan caranya, Gurun dengan caranya dan Sg Limau dengan caranya..

Apa yang ingin saya sentuhkan ialah kawasan parlimen iaitu pertembungan antara Ust Firdaus & Jamil Khir. Pergerakan dua calon ini dilihat semakin rancak dimana Jamil dengan caranya Firdaus dengan caranya..

Bagi calon PAS Ust Firdaus Jaafar beliau merupakan calon mempertahankan kemenangan. Jika dilihat pada rekod perkhidmatan beliau sepanjang 5 tahun menjadi YB Jerai beliau bolehlah dikatakan calon yang mesra pada semua lapisan, tak kira dari anak muda dan golongan veteran.

Rayuan kepada pengundi Melayu..anda lihatlah fakta ini..!!

Sejak hari pembubaran Parlimen Malaysia baru-baru ini saya memerhatikan perkembangan politik tanah air dengan lebih teliti apatah lagi apabila disebut-sebut yang Pilihanraya Umum kali ini akan menyaksikan pertarungan paling sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sebagai seorang Melayu Islam sudah tentu saya tidak boleh lari dari perasaan yang inginkan Islam dan Melayu megah di tanahair. Kuasa politik Melayu Islam seharusnya menjadi kuasa  dominan  ataupun paksi tunjang dalam sesuatu kerajaan yang dibentuk.

Selama ini Umno merupakan pemegang paksi tunjang tersebut didalam kerajaan Malaysia. Kita harus memberi  kepujian pada Umno yang memegang amanah ini semenjak Merdeka lagi dengan megahnya. Walaubagaimanapun, kita juga tidak dapat lari dari fakta yang semenjak tahun 2008, dominasi ataupun paksi tunjang Melayu  yang diterajui oleh Umno ini semakin terhakis didalam kerajaan.

Video Port Dickson tersebar..tapi jangan percaya...!!!



Video sebagai bukti Zina?

Subhanallah lihat dan fahami sendiri kenapa Islam nie agama yang cukup bijak dan adil... zaman dulu tika tiada teknologi secanggih ini, sudah didatangkan dengan hukum pertuduhan zina mesti didatangkan dengan 4 saksi.. kenapa?... sebab dizaman fitnah hari ini, video yang terang jelas boleh membuktikan perlakuan zina pun boleh dimanipulasi... lihat bukti nie untuk kita sedar,.. bahawa pembohongan itu boleh berlaku...

Tolong tolak..politik lucah sebegini, takutnya satu hari nanti, kita juga diuji dengan perkara sebegini...bila masyarakat menerima dan menganggap menyebarkan aib itu satu yang biasa, dan perlu... Nauzubillah...

UMNO BN dah guna TADIKA anak-anak untuk bagi mak bapak mai dengaq depa berkempen..!!!

Salam Admin....

 

Saya dok di Taman Kempas Sg.Petani. Pagi tadi ada activiti kat sekolah Tadika anak saya,katanya gotong royong dan mesyuarat. Isteri saya pun pi la kononnya nak beramah dengan jiran. Rupa-rupanya itu activiti Umno siap dengan jemputan budak2 UUM sebanyak 3 biji bas. Program bermula dari pukul 8 sampai 2 ptg. Ada la depa edar kad seperti dibawah, topi, t-shirt, bendera umno dan juga poster calon umno dun pantai merdeka.

Lain tu saya tak pasti apa yg berlaku sebab malas nak tanya dah....marah pya pasal. Cuba admin risik2 tgk kalau ada berita dari kwn2 lain.

wassalam.

Putrajaya : Ust Azhar Idrus Vs Chedet

Ustaz Azhar lwn Dr Mahathir di Putrajaya, siapa menang?

(Majlis Tun Dr Mahathir dan Ustaz Azhar di Putrajaya malam tadi)

PUTRAJAYA: Sekali lagi kita terpaksa membiarkan gambar berbicara sendiri siapakah yang lebih banyak mendapat sambutan program masing-masing di Putrajaya malam tadi.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi.

Acara beliau di Presint 3 juga disambut meriah. Ada sekeping gambar yang nampak kehadiran bas di program Mahathir bersama calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Zahid Hamidi mai dok buat cerita mengarut sehari dua nie bab Lahad Datu


Dakwaan Zahid kaitkan pembangkang mengarut, tegas PR


MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 27 April 2013 SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) hari ini menafikan penglibatan pemimpin mereka dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah bulan lalu, kata beberapa pemimpin yang dihubungi.

Ketua Penerangan Pas , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa tiga pemimpin pembangkang termasuk seorang dari Sabah menjadi dalang dalam isu Lahad Datu sebagai tidak berasas.

Malah beliau menafikan penglibatan tersebut dengan menyatakan bahawa pemimpin Sulu lebih rapat dengan kepimpinan Umno.

"Saya lihat cara pemberitaan yang dikeluarkan ini sangat tidak beradab... kenapa Ahmad Zahid tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut? Kenapa hendak dilakukan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

Demontrasi pertama rakyat Malaysia di hari ke 3 jika PR tipu...!

Tak susah aihh..nak tahu tipu tak tipu 5hb nanti kita bagi PR MENANG, jika lepas menang beliau tak turunkan harga minyak tuuu maka demotrasi pertama rakyat utk PR akan diadakan...


Tarikh bagi balik borang cukai dilanjutkan ke 15hb - LHDN

Tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Masrun Maslim berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat.

"Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada Selasa ini dan kita galakkan mereka menghantar melalui pos di mana borang-borang itu akan diterima LHDN selewat-lewatnya 3 Mei," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai aduan orang ramai mengenai kesukaran menghantar borang penyata cukai secara manual, Masrun berkata setakat ini LHDN tidak menerima aduan sedemikian dan mengakui ia kes terpencil.

Video puak BN cabut bendera PKR & PAS lalu dibuang dalam tong sampah


Insyaallah.. 122 mampu PR miliki namun kerja kena kuat laa...!


Husam Musa: Pakatan boleh menang hingga 122 kerusi Parlimen


JAMILAH HAMZAH 27 April 2013 PUTRAJAYA - Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperolehi tambahan lima kerusi Parlimen berbanding 118 yang dijangkakan sebelum ini, kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian apabila mendapat 'berita' berdasarkan pada perkembangan semasa menjelang hari pengundian 5 Mei.

"Sebelum ini 118 kerusi di seluruh negara, saya tak suka main dengan angka.

"...tetapi kita baru dapat maklumat dari 'sebelah sana', kita akan dapat 122 kerusi pada pilihan raya ini," kata beliau kepada 5,000 hadirin yang mendengar ceramahnya, di sini, malam tadi. Ceramah itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...