TERKINI :

Saturday, April 27, 2013

[TERKINI] Penjawat Awam kempen untuk BN dibenarkan...

[DEDAH] Pengundi POS boleh mengundi semula 5hb nanti....!


ANDA BOLEH TERIMA KEADAAN INI...?

Petugas SPR terdiri cikgu Kemas. ...!!


Aris Awang > Setiap Parlimen sekarang ada sekitar 1.500 hingga 2,000 pengundi pos yang sepatutnya pengundi awal, tetapi tah macam mana ditukar kepada pengundi pos cara memohon, purata 1,800 darab dengan 220 parlimen bersamaan 399,600 pengundi pos yang tidak di calit jari, hanya dipotong nama dalam daftar. Saya dah hantar cadangan rasmi agar BERSIH dan Pimpinan Pakatan Rakyat bantah kepada SPR dgn meminta Undi Pos di batalkan dan ditukar kepada undi awal pada 4 Mei 2013 di pejabat pegawai Pengurus Parlimen masing-masing, dengan itu semua pengundi akan di calit dakwat kecuali undi pos luar negara (kerana itu agak menasabah)

PENGUNDI POS OH PENGUNDI POS.....

Selepas lima tahun, masyarakat Siam Kedah tidak lagi takut kepada PAS

 Banner dalam bahasa Siam bermaksud," Kami sudah menolak Umno". — Gambar oleh Amin Iskandar.PENDANG, 27 April — Walaupun masyarakat Siam di Kedah tidak bersama dalam ombak “tsunami 2008”, situasi kali ini berubah apabila sokongan kaum minoriti semakin kuat terhadap Pakatan Rakyat (PR) terutamanya di Pendang, kawasan penempatan terbesar komuniti itu di negeri Jelapang Padi tersebut.

Dalam Pilihan Raya 2008, walaupun PAS berjaya menawan kerusi Parlimen Pendang, mereka tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, tempat yang paling ramai mempunyai komuniti Siam.

PAS DUN Sg Limau mahu calon Bebas hilang deposit


NONEPAS DUN Sungai Limau - yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak - mahu memastikan bekas ahli PAS yang bertanding atas tiket Bebas akan hilang wang deposit dalam pilihan raya DUN itu pada 5 Mei ini.

Seorang pemimpin Majlis Tindakan DUN (MTD) yang enggan namanya disebut, mendakwa bahawa calon Bebas - Abdullah Hashim - berbuat demikian bagi menimbulkan persepsi "perpecahan" dalam kawasan itu.

"Dia (Abdullah) wajib hilang wang deposit. Orang kampung tahu peribadinya. Pengaruhnya tidak ada. Dia (bertanding) nak pecah undi PAS," katanya.

Pemimpin MTD itu berkata beliau difahamkan seorang lagi calon Bebas Sobri Ahmad yang sebelum ini ahli Umno.

Zahid Hamidi Dan Hishamuddin, Dua Menteri Yang Wajib Ditumbangkan!

Oleh Shahbudin Husin

Jika sekarang ini rakyat hanya memikirkan untuk menumbangkan BN dan mengakhiri era pemerintahannya yang sudah menjangkau usia 56 tahun, sebenarnya terdapat juga beberapa menteri yang seharusnya ditunjukkan jalan keluar yang keluar yang sama seperti yang mahu dilakukan kepada BN itu.

Sehingga ini sekurang-kurangnya dua menteri yang tidak bertanggungjawab yang  hanya memikirkan manfaat politik di sebalik keselamatan dan kedaulatan negara serta kehilangan nyawa orang lain iaitu, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan dan Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, dilihat wajar diberi pengajaran oleh pengundi di kawasan masing-masing dalam pilihanraya ini.

Sebagai rakyat dan pembayar cukai, ramai yang kecewa dengan kenyataan mereka sehari dua ini yang seolah-olah tidak dapat membezakan tugas antara pemimpin politik dengan menteri yang bertanggungjawab terhadap kedaulatan serta keselamatan negara serta rakyat seluruhnya.

Dan cara terbaik untuk mengelakkan mereka ini tiada lagi di persada politik negara ialah dengan pengundi Bagan Datoh dan Semberong menolak mereka dalam pilihanraya ini.

Zahid bukan saja mengeluarkan kenyataan mengenai kematian 35 penceroboh Sulu yang kononnya ditembak mati oleh tentera Filipina tetapi juga mengeluarkan kenyataan mengenai 3 pemimpin pembangkang Malaysia yang didakwanya menjadi dalang dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

Kepada pimpinan PR hangpa boleh diam dak bab hudud.. !!!

Mustafa: Pemimpin PR perlu henti polemik hudud
NIZAM ZAIN
27 April 2013
Datuk Mustafa Ali
Datuk Mustafa Ali
 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menggesa pemimpin Pas dan DAP supaya tidak meneruskan pertikaian isu hudud dalam media kerana ia hanya  akan menjerumus mereka ke dalam perangkap Umno-Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, isu hudud telah mencapai kata sepakat pada September 2011 dan perkara itu tidak perlu ditimbulkan sehingga boleh mencetus polemik khususnya menjelang 5 Mei.

"Ini adalah perangkap Umno yang biasa setiap kali pilihan raya, isu ini akan diapi-apikan Umno melalui media supaya akan ada percanggahan pendapat dan tujuannya untuk porak-perandakan Pakatan Rakyat.

TAHNIAH..akhirnya kembali 1 lawan 1 di Kota Damansara

PAS beralah, serah Kota Damansara kepada PKR

PAS akhirnya beralah dan bersetuju menyerahkan kerusi DUN Kota Damansara untuk ditandingi calon PKR.

Keputusan itu dicapai selepas hampir seminggu parti itu berunding dengan PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

NONE"Selepas rundingan, saya mengumumkan bagi kerusi DUN  Kota Damansara, kami akan kembali kepada status quo seperti sebelum hari penamaan calon.

"Kerusi itu diperuntukkan kepada PKR," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di ibupejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, katanya, calon yang bertanding di bawah tiket PKR akan menjadi wakil rasmi Pakatan Rakyat.

Penyandang kerusi tersebut, Pengerusi PSM, Mohd Nasir Hashim telah bersetuju bertanding bawah tiket PKR,  sehinggalah PAS turut meletakkan calonnya, Razali Ismail, pada hari penamaan calon.

Apabila PAKLAH & ISLAMNYA di hina oleh Chua Soi Lek tak ada siapa nak pertahankannya.. PERKASA & PEMUDA UMNO hilang...!!

Barangkali inilah hasilnya apabila berkawan dengan Umno terlalu lama. Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang sudah kehabisan isu mengambil Tun Abdullah Badawi sebagai sasarannya untuk dihina sebelum digunakan untuk menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua pernah dipaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran Pak Lah ekoran skandal seksnya.

Setelah Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) melaporkan Anwar kini di depan popularitinya berbanding pemangku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Chua menyerang dengan mempersendakan pendidikan Pak Lah.

Beliau berkata Pak Lah berkelulusan agama dan oleh itu, tidak mahir dalam ekonomi.

Banner provokasi sudah di lawan semula... pakat pie print dan gantung sebelah banner mereka..!!

Photo 
 
Print
 

Isu Turunkan Harga Minyak.. Jika ramai orang kaya di negara kita, mengapa 80% seisi rumah layak menerima BR1M?

NAJIB KENA LANYAK LAGI !!!


Harga minyak kekal tinggi tak nak untungkan orang kaya?

HARGA MINYAK kekal tinggi kerana tak nak untungkan orang kaya? Jikalau kita mengikut ulasan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, nampak gayanya begitulah.

"Kita kurangkan minyak siapa untung? Orang kaya pun untung, orang kaya bawa kereta besar pun untung, pelancong pun untung, pendatang tanpa izin pun untung, pekerja asing pun untung, orang yang jual (seludup) minyak pun untung,” Najib semalam dipetik sebagai berkata.

Najib mempertahankan keputusan kerajaan BN untuk tidak menurunkan harga minyak.

Penjelasan Najib seolah-olah menunjukkan orang kaya di negara kita adalah majoriti. Dan disebabkan tidak mahu orang kaya mengambil untung, maka harga minyak dikekal tinggi.

[TAHNIAH] Akhirnya SPR sahkan bahawa warga negara asing boleh mengundi..!!!


Kalau nampak org warga asing tgh beratur, ajak la sembang. Kalau cakap bahasa melayu masih semput, mmg sah la baru masuk Malaysia.... tak pun suruh nyanyi lagu negaraKu.....Kalau lancar je cakap melayu, boleh la percaya lagi..

Anatara orang kaya beli minyak murah dan orang kaya dapat subsidi beli gas untuk IPP....!!!!

Nurul Suhadah Shuib

 

Dato' Seri Najib Tun Razak mengatakan jika harga minyak petrol dan diesel diturunkan, ianya hanya akan menguntungkan golongan orang-orang kaya. Katanya BRIM yang kerajaan bagi itu lebih menguntungkan berbanding menurunkan harga minyak.

Kenyataan ini sungguh pelik kerana bagaimana BRIM yang merupakan 'one off payment' dikatakan lebih menguntungkan. Habis RM 500 itu, maka habislah, jangka pendek. Tetapi jika harga minyak diturunkan, mekanisme ini akan memberi keuntungan jangka panjang kepada rakyat. Harga minyak turun, akan menyebabkan harga barang lain juga turun. Rakyat boleh menikmati nikmat ini bertahun-tahun dan berganda-ganda berbanding BRIM.

UMNO sudah tiba masa untuk dikuburkan..!!!

BERSEGERALAH MENGUBURKAN UMNO

Parlimen telah dibubarkan. Tiada lagi teka-teki. Masa berkempen pun tinggal satu minggu saja lagi. Misi rakyat Malaysia sekarang ini ialah membentuk Malaysia Baru bersama Pakatan Rakyat yang bebas rasuah. Kita buang jauh-jauh UMNO yang rasis dan rasuah. Parti-parti rasis yang lain seperti MCA, MIC, SUPP, LDP, dan lain-lain juga perlu ditolak.

Pada hakikatnya, konsep perpaduan melalui formula gabungan parti-parti politik yang berteraskan kaum yang diamalkan oleh UMNO sejak zaman menuntut kemerdekaan dahulu tidak lagi dilihat bukan sahaja sebagai formula terbaik bagi mencapai perpaduan di antara kaum-kaum di Malaysia ini malahan juga dilihat sebagai sesuatu yang sentiasa mengingatkan rakyat Malaysia bahawa mereka adalah berlainan bangsa dan keturunan lantas melebarkan lagi jurang perbezaan yang sedia ada.

Juanda Oh Juanda... nak berpolitik ka nak jadi mufti..???

Dr. Asri Bidas Tindakan Dr. Juanda

Secara terbuka dengan rasa tanggung jawab terbit dari hati yang suci lagi ikhlas, Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah bidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kata-kata beliau tempoh hari yang dikatakan turut berkempen untuk calon Barisan Nasional bersama-sama dengan Muhyiddin Yasssin di bandar Tun Razak tempoh hari betapa selama ini beliau mengundi BN dan akan terus melakukannya perkara yang serupa.

Kata Dr MAZA undi adalah rahsia maka tidak perlu diumumkan kepada orang ramai. Sebagai pemegang jawatan tertinggi dalam Institusi Agama sesebuah negeri maka wajar dan sebaik-baiknya Dr Juanda Jaya tidak mengumukan pendirian dan sokongan politiknya.

Jawatan Mufti suatu jawatan mulia yang sepatutnya berada diatas politik bukannya sama-sama bergelumang dengan rentak rencah ahli-ahli politik.

PENGUNDI POS Parlimen Kuala Kedah naik mendadak..???

PERHATIAN !!!

SEBELUM INI UNDI POS DI PARLIMEN KUALA KEDAH SEDIKIT SAHAJA.

SEKARANG TELAH MENINGKAT DENGAN MENDADAK KERANA PENGUNDI BIASA BOLEH MEMOHON MENJADI PENGUNDI POS DAN NAMANYA AKAN DITANDA SEBAGAI PENGUNDI YANG TELAH KELUAR MENGUNDI OLEH PEGAWAI PENGURUS DI BUKU DAFTAR PEMILIH YANG BERKENAAN DENGAN DISAKSIKAN OLEH WAKIL CALON.

N.15 ANAK BUKIT: 598 PENGUNDI
N.16 KUBANG ROTAN: 412 PENGUNDI
N.17 PENGKALAN KUNDOR: 548 PENGUNDI
P.10 KUALA KEDAH: 1,558 PENGUNDI

ISU INI MELAMPAUI KERAGUAN MENASABAH (BEYOND REASONABLE DOUBT)

SIAPAKAH YANG MENANDA DAKWAT KEKAL DI JARI PENGUNDI POS?

Kedah belasah Pos Malaysia 5-1



Sedutan 'highlights' rakaman gol perlawanan KL Pos Malaysia vs Kedah.

Keputusan penuh: KL POS Malaysia FC 1-5 Kedah
Jaringan: Kedah, Khyril (M29, 45, 46, 62) Alen Guc (M91), KL Pos: Mohd Saufi (M70)

Ihsan: Pakcumy.blogspot

Menunggu tuah Arumugam di Bkt Selambau maka nak menang, jangan buat silap!

Meramal keputusan pilihan raya
SADIQ SIGARAGA
27 April 2013 
 TINGGAL 9 hari lagi. Makin dekat hari mengundi, makin rancak kita berteka-teki. Negeri mana BN akan kekal, negeri mana pula bertukar menteri?

Negeri mana PR kekal, negeri mana pula kembali simbol kati?

Soalan wajib: Apakah Putrajaya akan bertukar tuan kali ini?


Bukan semata-mata kerusi Parlimen Putrajaya yang akan direbut Husam Musa dari tangan Ku Nan, lebih daripada itu siapa yang akan masuk pejabat perdana menteri.
Susah, memang susah nak dijawab soalan ini.

Apa yang paling mudah boleh dikata ialah untuk pastikan kemenangan pada pilihan raya yang paling sengit ini, jangan buat silap. Sebarang kesilapan akan beri kesan besar kepada pengundi. Apa lagi dalam keadaan begitu ramai calon Bebas. Kehadiran calon Bebas akan buat keputusan lebih sukar dijangka.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...