TERKINI :

Friday, April 26, 2013

Duit punya pasal rahsia TG Nik Aziz selama 22 tahun memerintah Kelantan telah di bongkar..!!


Ustaz Zahazan Mohamed

Tolong info jika ada yg lain !

Assalammu alaikum warahmatullah

Pernah tak dengar ttg khalifah Islam terkenal , Umar b Ab Aziz ra yg disifatkan oleh Imam Syafiiy sebagai mujaddid islam yg pertama ?

Aduhai BN..Nafsu masih kuat, tenaga dah tak ada...

oleh Aspan Alias
Battry BN dah low kikikikiki

Ketentuan Tuhan kita tidak tahu. Tetapi ketentuan akal sudah menunjukkan kerajaan BN Negeri Sembilan akan berakhir 5hb Mei ini. Tidak tahulah jika ada ‘teknoloji politik’ terbaru BN yang mampu mengalihkan kembali kecenderungan rakyat NS untuk kembali menyokong BN. Tetapi di saat ini Pakatan Rakyat lah yang akan menang.

Saya selalu berkata pihak mana yang melakukan kesilapan sedikit, pihak itulah yang akan tewas dalam pilihanraya ini. Sekarang jelas yang telah melakukan kesilapan ialah pihak BN. Mohamad Hasan tidak mahu melakukan perubahan. Beliau telah menurunkan ramai calon-calon ‘incumbent’ yang mengikut seorang yang memberitahu saya merupakan calon-calon ‘jering basau’ terutamanya bagi kawasan Kuala Pilah.

[PANAS] KARPAL SINGH MASUK BN..!!!

KLIK SINI
KARPAL SINGH BUAT KERJA BANGANG LAGI... !! TAHNIAH SEBAB HANG PON 2X5 DENGAN PIMPINAN PAS DOK LAYAN BAB HUDUD... INILAH DIA LIABILITY RAKYAT YANG DOK SEMANGAT NAK KE PUTRAJAYA TETAPI MASIH ADA SEKOQ TUA YANG BANGANG INI. KO TAK NAK HUDUD SUDAH ORANG PUN DAH TAU LAMA DAH BAB KO TAK NAK HUDUD TU..JADI TAK PAYAH DOK ULANG 2,3 KALI.. TAPI DISEBABKAN HANG SEMAKIN BODO DAN BANGANG MAKA HARI INI KAMI ISTIHARKAN HANG MASUK BN DENGAN RASMINYA....

[Ceramah] MAT SABU - ABCD, Asal Bukan Calon Dacing


Masuk PAS demi masa depan anak cucu - Abu Bakar Omar [Artis Veteran]


Calon Pas Johol Kempen Dalam Kem BN

JOHOL, 25 APRIL – Calon Pas Dun Johol berkempen kepada petugas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional Kg Malan, Johol semalam.

Ustaz Nor Azman Mohamad yang merupakan calon N19 Johol bertindak dengan profesional masuk ke PDM Kg Malan untuk berkempen

Beliau yang juga merupakan anak jati Johol mula berkempen secara aktif sejurus majlis penamaan calon selesai walaupun di pihak BN masih ada konflik calon.

Calon BN bagi N19 Johol yang sebelum ini dibantah keras oleh ahli BN, Ustaz Fadzil telah ditukar kepada veteran BN iaitu Abu Samah Mahat.

Laporan polis dibuat terhadap Pemfitnah & Pemaki Hamun Tegar UMNO Kedah

Laporan polis dibuat terhadap Pemfitnah & Pemaki Hamun Tegar UMNO Kedah Wan Suhaizi Wan Senu.


Wan Suhaizi anak Wan Senu a.k.a. Aktivis UMNO Pekan Naka


Laporan Polis dibuat oleh Duta Dewan Himpunan Penyokong PAS Padang Terap Sdr Samransak Kram atas fitnah yang dibuat oleh Aktivis Umno Pekan Naka II terhadap beliau. Beliau yang juga bekas pemain bolasepak Kebangsaan dan Kedah dituduh menerima rasuah daripada PKR untuk menarik diri daripada menjadi calon dan menerima rasuah daripada PAS utk menjadi duta Dewan Himpunan Penyokong PAS. Kami beri 48 jam untuk Aktivis Umno Pekan Naka II atau di syaki Wan Suhaizi Wan Senu untuk memohon maaf dan menarik semua fitnah itu ATAU tindakan undang2 akan diteruskan. Peguam yang mewakili ialah Mohd Fikri Abd Rahman daripada Tetuan Harusin Azuar & Partners. Saya harap Umno Padang Terap tidak terlibat.

(Sumber: FB Pemuda Padang Terap)


Kenapa saya mahu kerajaan baru PR?

BN mengamalkan budaya takut. Asyik diulang hanya BN yang boleh memerintah. Siapa bersuara, disuruh keluar Malaysia.

Oleh Shahrulazwad Ismail

Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memerintah terlalu lama telah menyekat bukan sahaja kebebasan bersuara rakyat, malahan kebebasan berfikir rakyat. Kesemua idea dan cara BN dianggap tepat dan tidak boleh dipersoalkan walaupun yang diminta hanyalah penjelasan, belum pun dibuat bantahan. 

Media massa dimonopoli jadi berat sebelah, pandangan daripada golongan pembangkang mahupun golongan professional yang arif tentang sesuatu perkara tersebut tidak boleh disiarkan langsung.

Generasi tua kini terperangkap dengan sejarah dan legasi pemimpin Umno dan BN yang lama. Pembangkang digambarkan umpama golongan penjenayah yang mahu menghancurkan apa yang dibina oleh pemimpin-pemimpin lama yang berjasa.

PR Kedah hebat di LUAR tapi kurang di DALAM..!!

oleh pemerhati PRU Kedah 2013


Nampaknya masa cuma tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum ketentuan siapa pemenang akan di umumkan. Adakah Kedah akan berpindah tangan atau masih di pegang oleh PR.

Sudah seminggu proses kempen berlalu dan dari pemerhatian saya disini inginlah saya coretkan serba sedikit dari pemerhatian saya.

Sebenarnya jika dilihat atas kertas dan pandangan luar pihak Pakatan Rakyat sedang mendahului di depan namun jika dilihat dari gerak kerja seperti think tank aka mastermind pilihanraya kali ini seperti kucar kacir sedikit.

Ianya dilihat seperti berkeadaan selesa nak menang tapi hakikatnya dilihat keadaan sebaliknya boleh berlaku. Jangan lupa tahun 2004.. tahun yang menjadi titik hitam pilihanraya bagi pihak PR yang mana dalam tiupan angin PAS TAWAN KEDAH tapi akhirnya rebah tertiarap.

Barapa kerat sangat rakyat Malaysia yang KAYA wahai Najib..???

Apa yang bodohnya Presiden UMNO itu dalam hal ini ialah beliau gagal memahami kesan disebalik menurunkan harga minyak itu..

Yang mana antaranya ialah..

1. Rakyat dapat guna minyak murah, oleh itu beban hidup rakyat akan dapat dikurangkan.

2. Penurunan kos pengangkutan dan logistik akan menyebabkan harga barangan juga akan turun.

3. Kos penjaanan tenaga elektrik juga akan menurun kerana kebanyakan penjana elektrik atau power plant di Malaysia adalah menggunakan diesel, kesan dari penurunan kos itu akan membolehkan rakyat  menikmati bil elektrik yang lebih murah.

PRU13 : Antara Janji dan Bukti BN.. Jika tak percaya hangpa sokong la sampai mampus..!!

Dari blog sahabat...!!

 

Hangpa baca yang ni elok-elok..bukan aku yang cakap tapi PM Malaysia @ Presiden Umno @ Pengerusi BN be end..

Janji Pakatan pembangkang itu tidak berasas dan dibuat semata-mata untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum 5 Mei ini.

Sebelum in Pakatan Rakyat mengumumkan Manifestonya yang antara lain MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA dan MENURUNKAN HARGA MINYAK.

Pakatan buat janji macam-macam, tapi mana ada yang free dalam dunia ni. Tiada benda yang free didunia.Kata orang putih "There is no such thing as a free lunch."

Najib guna HARTA KERAJAAN MALAYSIA untuk kempen parti BN..!!

Najib menyerlahkan kebodohannya di Bagan Serai..


Gambar di atas ialah gambar dua buah helikopter milik Kerajaan Malaysia, yang berwarna putih itu ialah helikopter yang digunakan untuk menerbangkan VVIP negara bagi tugas-tugas rasmi mereka..

Manakala yang berwarna merah itu pula ialah milik Maritim Malaysia yang sepatutnya menjalankan tugas mengawal perairan negara..

Tetapi kedua-dua buah helikopter Milik Kerajaan tersebut telah diperkudakan oleh Najib bagi memudahkan perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Bagan Serai untuk berkempen bagi Barisan Nasional dalam PRU13 ini..

Oleh kerana ianya adalah milik Kerajaan Malaysia dan bukannya harta mak bapak depa, sudah tentu segala perbelanjaan yang melibatkan helikopter tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia tanpa mengenal ideologi politik mereka.

TG Nik Aziz telah menghuru-harakan Putrajaya jumaat tadi..!!


Apabila masyarakat SIAM pun sudah INIKALILAH..!!!

Nak buang Boon Som kena tolak BN.


Bagaimanakah Boon Som dapat jadi Senator ke 3 mewakili masyarakat Siam Malaysia?

Adakah semua JKKKP Siam seluruh Kedah pilih dia? Rasanya tidak, cuma anak buahnya pergi ketuk pintu setiap rumah JKKKP untuk dapatkan tandatangan dan cop jkkkp je. Bila ditanya, dia jawab 'saya bukan nak jadi Senator cuma org bawahan mahukan saya". Betul ke?

Adakah NGO Siam sokong Boon Som jadi Senator? Rasanya tidak, Persatuan Siam Malaysia (PSM) telah membuat pengundian dalam Mesyuarat Agung Tahunannya memilih En. Siri Neng Buah, En. Chalar dan En. Vinai sebagai calon Senator. Persatuan Siam Kedah (PSK), Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (Pekemas) dan Persatuan Kebudayaan Siam Perlis berkecuali dalam perkara ini. Persatuan Masyarakat Siam Kelantan (PMSK) menyenaraikan pemimpin mereka sebagai calon.

Masih ada lagi pimpinan PR yang tak reti bahasa..!!

oleh AnakKedah007

NAK BUAT CAMNA MASIH ADA LAGI PIMPINAN PAKATAN RAKYAT YG BODOH DAN BANGANG MELAYAN PERMAINAN MEDIA MUSUH UNTUK MEMERANGKAP MEREKA... 

DAH TAHU BENDA NIE BOLEH JADI IBU TOPIC UNTUK MUSUH SPIN YANG DOK PIE LAYAN BUAT APA...

CUBA TENGOK SEKARANG MACAMANA MEREKA SPIN...DAH GATAI MULUT SANGAT NAK ULAS BAB HUDUD DARI DOK SEMANGAT NAK 'INIKALILAH' TUP TUP TIMBOI BAB HUDUD..MAKA MULALAH MEREKA MAIN ISU INI SEDANGKAN BAB NIE DAH SELESAI LAMA DAH DULU..

LAWAN DULU BAGI MENANG JATUHKAN BN LEPAS TU BARU BERGADUH NAK BUAT KA TAK BUAT...

MENANG PUN KE HARAM LAGI DAH SEMBANG NAK BUAT ITU INI...

Pas: Fokus isu PRU13 bukan hudud
Wartawan Sinar Harian
26 April 2013
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Semua pimpinan dan ahli Pas digesa agar tidak menyentuh dengan lebih lanjut berhubung perlaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara.

Sebaliknya, ahli parti perlu fokus dalam isu-isu pilihan raya termasuk dalam menerangkan kepada pengundi tentang manifesto PR.

Insha Allah... Keputusan PRU di Kedah 'predictable'...berkemungkinan STRIKE..!!

oleh Aspan Alias

Hari ini hari kedua saya di Kedah dan saya nampak dengan jelas, kerajaan teraju PAS di Kedah akan kekal dan hampir kesemua kawasan Parlimen di negeri ini akan dimenangi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Malahan kerusi yang disandang oleh UMNO di kawasan-kawasan DUN pun hanya menunggu masa untuk diambil alih oleh PAS.

Saya tidak mempunyai perkiraan secara saintifik, tetapi apa yang jelas UMNO sudah terlalu jelas diketepikan oleh rakyat negeri jelapang padi ini. Kehadiran dua orang setiausaha politik Perdana Menteri yang tersenarai sebagai calon BN tidak memberikan kesan positif untuk BN malahan menjadi semangat bagi rakyat Kedah untuk melakukan perubahan yang dinanti-nantikan mereka.

Tidak ada sesiapa dapat mengagak apa yang akan dicapai oleh Mukhriz Mahathir dan ramai rakyat Kedah bertanya kenapa dalam banyak-banyak kawasan DUN, UMNO memilih untuk meletakkan beliau di kawasan Air Hitam. Orang-orang UMNO yang saya terjumpa semuanya bertanya, kenapa Mukhriz tidak diletakkan sebagai calon di Kuah misalnya. Saya nampak persoalan sebegini menunjukkan dengan jelas yang pekerja parti UMNO sendiri mempunyai perasaan kurang yakin Mukhriz akan berjaya memenangi kerusi ini.

Tangan Blogger Fitnah Umno Ini Hancur.. !!!

dari Blog Sahabat - Klik Sini



Barangkali sudah suratan dan takdir Tuhan, apa saja perbuatan kita di dunia ini sesetengahnya 'dibayar secara tunai' semasa kita masih hidup.
Ia juga merupakan peringatan dan amaran dari Allah SWT supaya menghentikan kerja-kerja fitnah dan mengadu domba sesama manusia.
Ketua perang siber Umno Pulau Pinang, Novandri Hassan Basri atau lebih dikenali dengan nama Dr MiM (Minda Intelek Melayu) disahkan telah hancur sebahagian dari tangan kirinya akibat kemalangan yang berlaku di kilometer 381.2 arah selatan Lebuhraya PLUS dekat Slim River, Perak, awal pagi semalam.
Novandri dikejarkan ke Hospital Slim River dengan bantuan ambulans dan dirawat sebagai pesakit luar.
Bagaimanapun ekoran kecederaan serius yang dialami Novandri akibat impak dari kemalangan tersebut, dia ditahan di wad kecemasan dan doktor yang merawatnya mengesahkan sebahagian tangan kirinya hancur teruk.

Nasib Ladang Rakyat di Kubang Pasu yang mana kerajaan UMNO BN dulu telah jual tanah kepada swasta..!!








Zahid Hamidi UMNO BN berbohong kepada rakyat Malaysia rupa-rupanya..!!

NAK BOHONG PUN BERPADA-PADA LAH ZAMAN SEKARANG BUKAN LAGI ANAK KECIL MAIN API...TAPI ZAMAN ANAK KECIL MAIN IPAD..!!

Filipina sangkal dakwaan Zahid Hamidi

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi hari ini mengesahkan laporan akhbar bahawa 35 orang pengganas Sulu ditembak mati oleh Tentera Laut Filipina di Pulau Sibutu, Filipina Sabtu lepas, yang merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).Baca di sini

Tetapi kenyataan Zahid itu telah disangkal oleh pihak Filipina. Adakah Zahid Hamidi menipu?

MANILA, Filipina - Tentera Filipina mempertikaikan laporan akhbar bahawa tentera laut dan pantai pasukan pengawal membunuh 35 lelaki bersenjata untuk menghalang mereka daripada memasuki negeri Sabah, Malaysia . 
The Star Malaysia memetik Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zahid Hamidi sebagai memberitahu satu sidang akhbar Khamis di Pulau Pinang bahawa tentera Filipina menembak beberapa lelaki bersenjata dari wilayah selatan Sulu sebelum mereka memasuki perairan Malaysia, selepas lelaki-lelaki  bersenjata itu enggan untuk kembali. 

Dr Asri nafi beliau SOKONG CALON BN PERMATANG PAUH.. dia kata UNDI KITA RAHSIA..!!

..Dr Mazlan Ismail calon Permatang Pauh merupakah sahabat saya..saya belajar di Jordan dengan biasiswa Kementerian Pendidikan, beliau penjamin saya..beliau tokoh PAS pada asalnya..semasa saya masih lagi di sekolah menengah, banyak program seperti dialog, tamrin, usrah dan pelbagai lagi yang saya atur dengan beliau..beliau aktif dalam sumbangan kepada dakwah..beliau jauh lebih berumur dari saya tetapi sahabat..semalam beliau datang ke rumah saya sebagai sahabat dan calon BN Parlimen Permatang Pauh..saya terimanya sebagai sahabat dan juga calon..undi adalah rahsia..persahabatan tidak rahsia..setiap orang mempunyai hak untuk menjadi calon parti yang dipilih dan ada hak untuk mengundi parti yang dia pilih..parti tidak boleh menjadi sempadan yang menghalang ukhuwwah dan persahabatan..saya tidak pernah istihar undi saya kepada umum seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak..
..Dr Mazlan Ismail calon Permatang Pauh merupakah sahabat saya..saya belajar di Jordan dengan biasiswa Kementerian Pendidikan, beliau penjamin saya..beliau tokoh PAS pada asalnya..semasa saya masih lagi di sekolah menengah, banyak program seperti dialog, tamrin, usrah dan pelbagai lagi yang saya atur dengan beliau..beliau aktif dalam sumbangan kepada dakwah..beliau jauh lebih berumur dari saya tetapi sahabat..semalam beliau datang ke rumah saya sebagai sahabat dan calon BN Parlimen Permatang Pauh..saya terimanya sebagai sahabat dan juga calon..undi adalah rahsia..persahabatan tidak rahsia..setiap orang mempunyai hak untuk menjadi calon parti yang dipilih dan ada hak untuk mengundi parti yang dia pilih..parti tidak boleh menjadi sempadan yang menghalang ukhuwwah dan persahabatan..saya tidak pernah istihar undi saya kepada umum seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak..

Isu perebutan kerusi Kota Damansara - Hangpa semua macam 'SIAL'

Dey mangkok, kami bukan nak dengaq hangpa sembang sejarah ka mengutuk satu sama lain ka yang kami nak dengaq apa hangpa nak olah atas nama sepekatan...jangan dok buat kelaku tunjuk siapa hebat... 

hangpa ingat pengundi sekarang nie ambik kesah bab sejarah yang hangpa katakan tuu.. ambik kesah hangpa tu parti apa... kerana kelaku hangpa dua tiga kerat yang bercakap melalui media dengan nada takabur dan megah diri dan sudah hilang sifat bertoleransi antara satu sama lain...macamana nak ambik kata sepakat...

mana sifat berbudi bicara dan bermuafakat yang ditunjukan Islam...apa matlamat kita sebenar searang di bumi Malaysia nie...jika macam nie punya kelaku hangpa tok sah gebang la nak tawan Malaysia... 

Pesanan UAI kepada calon P014 Merbok Nurin Aina serta juga pada semua..



PAGI JUMAAT YANG MULIA, JOM IKUT SAYA

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera, salam perjuangan, salam persaudaraan.

Saya bersyukur pada Allah swt, dan saya berterima kasih kepada saudara-saudari yang mengikuti perjalanan gerak kerja Pakatan Rakyat untuk menuju Putrajaya demi kelangsungan masa depan yang lebih baik untuk generasi kita.

Masa yang berlalu pergi sudah pasti tidak datang kembali. Detik demi detik berlalu pergi, kita makin hampir dengan hari mengundi. Di sudut hati kecil saya, ingin bertemu dengan setiap pengundi di P.014 Parlimen Merbok yang berjumlah lebih dari 80,000 pengundi. Saya ingin bertegur sapa dengan saudara-saudari, ingin menyantuni saudara-saudari, ingin membina silaturrahim, ingin mengikat tali persaudaraan tanpa mengira kaum Melayu, Cina atau India kerana saya ingin mewakili suara saudara-saudari di Dewan Rakyat. Saya ingin membawa saudara-saudari bersama gelombang kebangkitan rakyat untuk membina sebuah kerajaan baru yang lebih telus dan mengutamakan kebajikan rakyat. Tapi, mampukah saya untuk bertemu dengan lebih 80,000 orang ini. Pastinya agak sukar. Saudara-saudari yang mengikuti fanpage ini, yang pernah bertemu saya di luar sana, saudara-saudari lah tali penghubung saya dengan seluruh masyarakat. Saya mohon pada kalian, para pencinta keadilan, pejuang-pejuangn rakyat, sampaikan SALAM MESRA SAYA, SALAM KASIH DAN SAYANG SAYA kepada SEMUA ORANG yang saudara-saudari jumpa. Katakan pada mereka , "Nurin kirim salam pada mereka, jom bersama perjuangan rakyat"

Fenomena sebegini tak dilapor dalam media.. perkara sebegini berlaku di bumi Kedah..!!

 


Hukum perbuatannya??

1."Hadith riwayat al-Bukhari daripada Rasulullah daripada Jabir: Telah lalu di hadapan kami jenazah, lalu Nabi SAW berdiri, kamipun berdiri juga, lantas kami katakan kepada Baginda bahawa jenazah itu adalah jenazah orang yahudi. Baginda berkata: Apabila kamu melihat jenazah maka hendaklah kamu berdiri."

2."Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Apabila kamu melihat jenazah hendaklah kamu berdiri, dan jangan kamu duduk sehingga jenazah itu membelakangi (meninggalkan) kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan. dalam lafaz yang lain menurut riwayat muslim: Jika kamu mengikuti jenazah itu maka janganlah kamu duduk sehingga jenazah itu diletakkan"

PRU13 plz.. bukannya HUDUD... rakyat dah tau dah PAS = HUDUD.... DAP,UMNO,MCA,MIC = TAK MAU HUDUD..!!!

Pas: Fokus isu PRU13 bukan hudud
Wartawan Sinar Harian
26 April 2013

SHAH ALAM - Semua pimpinan dan ahli Pas digesa agar tidak menyentuh dengan lebih lanjut berhubung perlaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara.

Sebaliknya, ahli parti perlu fokus dalam isu-isu pilihan raya termasuk dalam menerangkan kepada pengundi tentang manifesto PR.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli Pas terutama pimpinan utama perlu elak dari menyentuh isu-isu kontroversi dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) kerana ianya akan merugikan parti.

"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya.

Stesen bas baru mula beroperasi minggu lalu...

wartawan Sinar Harian
24 April 2013
Stesen bas baru mula beroperasi minggu lalu
Stesen Bas Ekspres yang baru siap dibina mula beroperasi.
 
SUNGAI PETANI - Stesen Bas Sungai Petani yang berwajah baru kini sudah mula dibuka untuk kegunaan orang ramai, di mana sebelum ini proses pembinaannya tergendala akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kemudahan di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil itu mula dibuka kepada orang ramai sejak seminggu lalu dan urusan mengambil dan menghantar penumpang menggunakan kemudahan bas ekspres berjalan lancar.

Rata-rata pengguna dan peniaga yang ditemui berpuas hati dengan operasi itu dan keselesaan lebih maksima dengan beberapa kemudahan, termasuk penghawa dingin, ruang duduk yang lebih banyak dan lot kedai yang teratur.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...