TERKINI :

Thursday, April 25, 2013

Pengundi mahu Najib, Anwar debat manifesto PRU13

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
25 April 2013
PRU13
PRU13
KUALA LUMPUR - Lebih daripada 60 peratus responden yang dipilih secara rawak oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung manifesto masing-masing menjelang hari mengundi 5 Mei ini.

Kajian membabitkan 1,407 responden ini bermula pada 3 April lalu dan berakhir pada 20 April iaitu pada hari penamaan calon.

Sebanyak 23 peratus daripada responden mengatakan debat mengenai manifesto kedua-dua pemimpin ini tidak perlu sementara 14 peratus lagi tidak pasti mengenainya.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Umcedel menunjukkan pengundi Cina lebih cenderung kepada manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Februari lalu.

Komspirasi LIWAT 1 terdedah.. apabila Dato' Omar Abu Bakar muncul menjelaskan dalangnya..!!!

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat I DS Anwar Ibrahim


SIAPAKAH DATO' OMAR ABU BAKAR? DAN TUJUAN PENDEDAHANNYA?



DAP nak bergabung dengan MCA nak buat negara republik of China laa pulak..!!

BACA DAN FAHAM BETUL BETUL...INI ADALAH FAKTA SEBENARNYA

Soalan 1 : Betul ke DAP jadi PM jika PR menang?

Jawapan : Tak betul. DAP hanya bertanding 50+ kerusi daripada 222 Parlimen. Perlembagaan hanya benarkan Melayu Islam menjadi PM dan perlantikan PM wajib mendapat perkenan YDP Agung. Macamana nak jadi PM kalau YDP Agung tak perkenan?

Soalan 2 : Betul ke DAP akan bergabung dgn MCA utk menguasai Malaysia?

Jawapan : Amat tidak betul kerana DAP bertanding lawan MCA. Kalau DAP menang MCA yg kalah. DAP juga ada calon Melayu melawan MCA. Macamana nak bergabung dgn yg kalah? 50 + 0 jawapannya 50 juga.

Rumusan : Jangan percaya dakyah UMNO/BN. Sampaikan informasi ini kepada masyarakat. Undilah Pakatan Rakyat!

1 undi untuk BN = satu untuk Perkasa




Zulkifli Noordin sudah insaf dan bertaubat, kata Soi Lek

Keputusan BN untuk mencalonkan Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin bertanding kerusi Parlimen Shah Alam telah dikritik hebat tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyokong pilihan parti itu.

Katanya, Zulkifli adalah kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menjadi peguam pemimpin Pakatan Rakyat itu.

NOH OMAR mengaku bahawa kempen mereka tiada sambutan..!!


Bibble : Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
April 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan "menodai" undang-undang Islam negara ini.

 Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah "diceroboh" dan "dinodai" oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

 "Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

 "Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

 "Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

Adakah SPR sudah mula main 'taik' - Kenderaan bawa kotak undi dilencongkan ke kawasan ‘rahsia’..??

Kenderaan bawa kotak undi dilencongkan ke kawasan ‘rahsia’
(Oleh Arif Juhani)

Undi 2
PETALING JAYA 25 APRIL: Kenderaan yang membawa kotak undi untuk dihantar ke ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, dilencongkan ke satu kawasan rahsia di Kajang.

Mendedahkan demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenderaan itu berubah arah selepas berhenti di satu simpang.

“Saya difahamkan kenderaan yang membawa kotak undi itu sepatutnya terus ke Putrajaya.

Undi 2“Tetapi selepas tiba di satu persimpangan tol tertentu, ada sebuah pajero SPR sudah menunggu kenderaan itu dan mengalih haluan ke satu kawasan rahsia di Jalan SC 2 dekat kawasan perindustrian Sungai Chua, Kajang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pendedahan itu susulan maklumat terbaru yang diterima Ketua Umum KEADILAN itu.

Dok cerita PAS mentedarah duit KUTIPAN DERMA laa pulak...!!!


sapa kata tak diaudit....rasanya sudah cerita kat hang dulu bab nie tapi mungkin hg dah lupa dan nak spin semula mai nak cerita....

PAS merupakan organisasi berdaftar ROS hang kenai dak... ROS setiap tahun semua cawangan kena hantaq laporan oleh setiausaha dan bendahari xtvt cawangan & perbelanjaan

nak dapat laporan nie kena ada mesyuarat agung yg dihadiri oleh semua ahli..hg tau dak mesyuarat agung tu natang paa...

mana2 cawangan nak buat ceramah kena mesyuarat dulu persediaan nak ceramah dan habih ceramah kena buat post moterm pulak..

jadi bila ada ceramah dan kutipan dijalankan duit itu akan dibentangkan berapa nak kutipan masa mesyuarat post moterm...dan semua akan dicatit oleh s/u dan bendahari masuk dalam buku report

BABI LEBIH PENTING DARI ORANG MELAYU?

Jasa UMNO Pada Industri Babi Malaysia

Sekitar tahun 2007, berlaku kebangkitan kecil di Melaka terutamanya dikawasan sekitar Kuala Sungai Baru. Kemarahan penduduk di situ berpunca dari penternakan babi yang telah hilang kawalan sama sekali.

Maka, untuk mengendurkan kemarahan orang kampung yang rata2 Melayu Islam, sekumpulan penembak telah dihantar untuk menembak babi2 yg dikatakan dibela secara haram.

Namun, beberapa jam sebelum upacara menembak bermula, tiba2 datang arahan baru membatalkan arahan awal. Penembak2 tersebut pulang tanpa melepaskan walau satu das tembakan.

Ramai yang marah, tapi amarah mereka cuma setakat dlm hati. Datang PRU 2008, DUN Kuala Sungai Baru tetap kekal di tangan Barisan Nasional.

Cerita bab BOM nie adalah kebolehan 'mereka'..!!!


Letupan Nibong Tebal: Ini Kebolehan 'Mereka'

Saya mewakili pasukan kempen PR N21 DUN Sg. Acheh memandang serius insiden yang konon letupan di program Bn di sini baru - baru ini. Saya menggesa pihak polis segera menyelesaikan siasatan memandangkan hanya tinggal 10 hari sebelum hari mengundi bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Saya kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan dengan cuba memainkan sentimen yang tidak sihat, antaranya menakutkan orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam pesta gerakan perubahan malah ada yang cuba memberi persepsi mengaitkan Pakatan Rakyat dengan perkembangan ini.

Mengambil kira faktor dari pelbagai sudut dan perkembangan terkini, pentadbiran kerajaan pusat akan bertukar tangan tidak lama lagi. Kehadiran orang ramai dengan jumlah luar biasa dalam ceramah Pakatan Rakyat menggalakkan penyebaran maklumat. Tidak dinafikan, maklumat juga menjadi senjata utama kemenangan Pakatan Rakyat. Tanpa maklumat ini, memudahkan Bn memonopoli pemikiran rakyat melalui media perdana.

Taktik menghantar samseng ke tapak ceramah tidak memberi kesan mengurangkan kadar kehadiran orang ramai. Apakah letupan bom ini satu taktik baru?

Antara HANTU bilik kebal dan HANTU politik..!!

Masa kita kecil, ada cikgu ketika ingin melarang kita pergi ke sesuatu tempat, contohnya seperti 'Bilik khas' yang menyimpan pelbagai peralatan bahaya - mereka kadang-kala menggunakan pendekatan hantu.

"Ada hantu di bilik itu. Jangan pergi sana. Nanti hantu tangkap." - itu adalah kata-kata biasa yang digunakan cikgu dulu.

Sebenarnya hantu tiada. Cikgu cuma menggunakan helah - menanamkan ketakutan pada pelajar supaya mereka tak berani ceroboh tempat di bilik khas.

Prinsipnya - "Manusia bimbang pada perkara yang mereka tidak tahu."

Hantu mereka tidak kenal - maka takut.

Betul ke tak, itu persoalan kedua. Kerana apa yang penting, jangan terserempak dengan hantu. Walaupun sememangnya di sana tiada hantu.

Apabila kita menjadi dewasa... kita sedar dengan teknik cikgu menakutkan kita.

Di medan politik negara juga, perkara yang sama dengan berlaku, terutamanya di kalangan orang Melayu dan orang Cina.

Kit Siang: "Umno tak berani pertahan Islam"

Calon DAP di Gelang Patah, Lim Kit Siang menyelar kempen perkauman BN, termasuk melalui iklan politk dalam akhbar The Star, dengan menyebar fitnah mengenai bungan parti itu dengan PAS.

Saingannya Abdul Ghani Othman cuba menakutkan masyarakat Cina, dengan menekankan dalam ceramahnya: "Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM.”

Kit Siang menyanggah kemas: "Jadi saya ingin tanya kepada MCA dan Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, KeADILan dan DAP? Apa salahnya jika kita rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu hati dan saling faham-memahami."

Mat Taib: "Umno bukan tiada jasa tapi sudah jadi OKU"

Penyertaan bekas Menteri Selangor, Muhammad Muhd Taib diharap dapat melonjakkan pengaruh PAS, terutama di kalangan orang Melayu di negeri termaju itu. Saya lebih tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno ini yang kelihatan selesa menyandarkan hujahnya kepada tuntutan agama.

Muhammad ternyata bersikap terbuka, tenang dan mengambil pendekatan sederhana. Beliau sengaja memilih masa selepas hari penamaan calon bagi mengelak tohmahan mengejar jawatan, atau lebih tepat menjadi calon PRU13.

Apabila desas-desus tersebar seorang bekas menteri besar Umno akan menyertai PAS, Dr Haron Din menghubungi saya mengesahkan tokoh itu ialah Muhammad. Mungkin hubungan rapatnya dengan Dr Haron Din turut memudahkan beliau membuat keputusan bijak.

Agus yakin Pakatan menang PRU13?

Petang Isnin lalu, selepas beberapa kali temujanji dengan penganalisis politik, Dr Mohamnad Agus Yusoff tertangguh, dalam curahan hujan lebat saya gagahi juga ke rumahnya, di Bandar Baru Bangi. Saya ditemani pengendali kolum sastera-budaya Harakah, Ali Bukhari Amir.

Tentulah topik utama tertumpu kepada perkembangan mutakhir kempen PRU13. Semasa seronok bersembang, Dr Agus menjawab panggilan telefon. Dari nada dan butir percakapannya, pensyarah kanan sains politik UKM ini seperti berbicara dengan wartawan.

"Banyak pertanyaan saya terima mengenai ramainya calon Bebas kali ini," katanya mengesahkan andaian saya panggilan itu daripada wartawan yang memburu berita. "Bagi saya, ia biasa saja. Yang hendak saya tekankan, kali ini rakyat tidak mahu bazirkan undi mereka, terutama kepada calon-calon Bebas."

PAS ingin jadikan kerusi Guar Chempedak milik mereka..

Photo
GUAR CHEMPEDAK: Terlepas kesempatan melakukan perubahan sebagaimana Dun lain pada PRU 2008 lalu, pengundi N.21 Guar Chempedak dilihat mahu menjadikan PRU13 ini sebagai detik bersejarah memenangkan Pakatan Rakyat di Dun itu buat pertama kali. 

Semangat untuk berubah itu dapat dilihat menerusi sambutan umum kepada calon PAS, Ustaz Musoddak Ahmad setiap kali beliau mengadakan kunjungan ziarah atau kempen terbukanya. Dalam kunjungannya di Yan Kechil, kehadiran Musoddak disedari penduduk kampung lalu mereka mengambil kesempatan datang sendiri menemuinya. 

Walaupun jentera disabotaq pelbagai kaedah ianya tidak gentar untuk mereka menawan Putrajaya


Photo: Saya mengharapkan orang-orang Umno berfikir..jika Tan Sri Muhammad Muhd Taib..40 tahun dalam Umno..bapanya Ketua Umno Cawangan, ibunya juga AJK Umno..memang sahih Umno tulen..

Pun sudah meninggalkan perjuangan Umno sia-sia..Umno katanya sudah jauh tersasar dari perjuangan asal untuk agama, bangsa dan negara..

Bahkan yakin dengan perjuangan Islam PAS..dan bertekad hendak bersama PAS sehingga ke akhir hayat..

Apatah lagi anda sekadar penyokong picisan yang tidak memahami perjuangan Umno yang sebenar..fikir-fikirkanlah..
Dalam kolum Simpul Mati, akhbar INIKALILAH terbitan 24-30 April lalu, saya merakamkan pengalaman dan gelodak rasa pada hari penamaan calon PRU13, khususnya semasa mengikuti dari dekat calon PAS di Putrajaya, Husam Musa. Personaliti Naib Presiden PAS ini ternyata menimbulkan kegusaran jentera kempen BN, termasuk calonnya Tengku Adnan Tengku Mansor.

Secara logiknya, Husam hampir pasti kalah, tetapi penampilannya di pusat pentadbiran negara itu dilihat bakal membongkar banyak isu yang terpendam di sana, sama ada masalah seharian warga Putrajaya atau lebih digeruni Umno ialah akses anak kebanggaan Kelantan ini kepada sumber maklumat.

Letupan: PAS beri 48 jam untuk Teng minta maaf

KUALA LUMPUR: PAS memberi masa 48 jam kepada Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow untuk menarik balik tuduhannya yang mengaitkan Pakatan Rakyat dengan kejadian letupan di ceramah BN.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS juga menggesa Teng meminta maaf kepada Pakatan sekiranya tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

"Fitnah yang dibuat oleh Teng jelas untuk memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat dan merupakan strategi publisiti murah untuk meraih undi kepada BN.

"Jika Teng enggan tarik balik kenyataan dan mohon maaf, saya akan berbincang dengan teman-teman pimpinan Pakatan Rakyat yang lain untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah," kata beliau pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

PRU13: umNO(Baru)bN LASTIK BURONG, NAK SELAMATKAN GAJAH. DI PASIR MAS umNO(Baru)bN TUMBANG DIKAKI PAS.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
13 JAMADILAKHIR (RABU) 24 APRIL 2013

Sebaik selesai proses penamaan calun PRU13 pada 20 April 2013 hari
Sabtu yang lepas, sahlah umNO(Baru)bN khususnya DS NAJIbN Rosmah tidak
mendapat laluan yang mudah diseluroh negara. Negara dan PRU13 telah
mencipta sejarahnya tersendiri. umNO(Baru)bN ditentang dilawan dengan
hebat oleh PR - PAKATAN HARAPAN RAKYAT diseluroh negara. Kalau dahulu
dalam proses penamaan calun itu umNO(Baru)bN mendapat kemenangan
percuma (menang tanpa bertanding) di beberapa kerusi KaPar dan KaDun
terutamanya di Sabah dan Sarawak. Fenomina bN menang tanpa bertanding
itu kini ditelan zaman dan disimpan zoo dan muzium. Kini umNO(Baru)bN
DS NAJIbN Rosmah terpaksa berhempas dinafas dalam PRU13. Disaat rakan
kongsinya dalam bN seperti MCA, MIC, Gerakan berada diposisi putus
haid yakni manopus. Dalam kata lain rakyat pengundi lari meninggal bN
terutamanya kaum Tionghua.

Sudah lima hari penamaan calun berlalu. Kini berbaki 11 hari sahaja
lagi untuk rakyat keluar menanda undi. Rakyat adalah hakim negara yang
hakiki dalam pilihanrayu demokerasi berparlimen. Justeru, ini kali lah
rakyat berhasrat sunggoh-sunggoh berazam untuk menukar kerajaan
persekutuan umNO(Baru)bN kepada PR ke Putrajaya selepas 5 Mei 2013
Sabtu minggu hadapan. Khabarnya rakyat diseluroh negara telah membuat
keputusan untuk menanda undi dekat PR pada 5 Mei 2013 Ahad hadapan.
Keputusan hakim rakyat mengangkat PR dengan menanda undi membuang undi
dekat PR pada 5 Mei 2013 ini, ianya barang pasti memberi peluang dan
kesempatan kepada PR menuboh kerajaan pusat - kerajaan persekutuan
yang berpusat di Putrajaya Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat,
InshaAllah.

Panas - Kata BN...Singapore akan masuk Malaysia jika PR Menang..!!!


ini adalah salah satu PROPAGANDA yang sedang hebat di mainkan di alam maya dan dia alam reality dimana DAP akan bawa masuk SINGAPORE dalam MALAYSIA...

Awat hangpa ingat MUDAH kaa nak buat sesuatu keputusan berdasarkan PERLEMBAGAAN NEGARA... awat hangpa ingat KUASA SULTAN & YDPA tu hanya pupppet saja ka dok dalam negara kita nie... tak ada kaa bhgn PERKENAN YANG DIPERTUAN AGUNG yang dok kata DAP nak tukaq itu ini... pikiaq jangan tak pikiaq....

Tahukah anda..apabila PENCEN nanti KWSP tak ada duit nak bagi balik duit anda...!!!


Sedikit Coretan :

Saya jadi terkedu bila Penceramah itu tanya:

“RM144.5 Billion tuan/puan, MAMPUkah kerajaan UMNO/BN bayar semula hutang-hutang itu nanti sedangkan sekarang ini pun jumlah hutang kerajaan sudah melebihi RM500 Billion?”

Macam tu kalu, duit aku yang RM500,000 lebih itu macam mana?

Boleh tahan sampai umur pencen ka?

Saya duk risau kot-kot kalau bila sampai time saya nak keluarkan duit EPF saya itu nanti, tiba-tiba tengok dalam akaun, duit RM500,000 lebih itu cuma tinggal RM500 saja.

Bila saya tanya kat pegawai berkenaan, macam mana boleh jadi macam itu, nanti pegawai itu cakap:

“Habis kat BRIM encik – yang RM500 ini kira encik punya BRIM lah!!”

Mampuih!!

Sekian, kisah BRIM: Sebuah Adegan Yang Paling Aku Takuti.

Kempen BN semakin hilang kewarasan..!!!

Kempen BN makin teruk, tak beretika

Banner Fitnah yang berkeliaran seluruh Kedah
Umno-BN kini semakin tersepit. Kajian dilakukan pelbagai pihak mendapati sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat. Kini Umno-BN memaparkan gaya kempen paling teruk, menyebarkan pelbagai fitnah termasuk video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan. Ikuti temubual wartawan kanan AZIZ MUDA bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan pada 14 April lalu.

WARTAWAN: Nampaknya gaya kempen BN kini semakin teruk...

USTAZ NASRUDIN HASSAN: Memang kempen Umno-BN makin teruk. Apa mereka lakukan itu memang telah mereka lakukan sebelum ini. Malah dengan gaya kempen yang teruk itulah menyebabkan mereka semakin ditolak oleh rakyat.

Kalau dilihat tahun 2008, itulah sebenarnya yang menjadi faktor berlakunya tsunami politik sehingga Pakatan Rakyat menang di beberapa buah negeri yang turut menyebabkan Umno- BN hilang majoriti suara 2/3 di Parlimen.

Mereka serang Pakatan Rakyat menerusi media yang mereka kuasai secara keterlaluan. Modus operandi mereka memfokuskan kepada skandal seks. Ini menyebabkan rakyat menjadi cuak. Skandal-skandal seks yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan itu ditunjukkan dalam tv, diulang setiap hari, sehingga akhirnya menikam BN sendiri.

PR bawa era baru politik bersih, UMNO/BN bawa era kolot politik perkauman


GELANG PATAH, 23 APRIL: Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang amat kecewa dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Ghani Othman kerana masih bermain dengan politik perkauman.

Katanya, ia tidak patut berlaku kerana Abdul Ghani selaku bekas Menteri Besar Johor yang memegang jawatan itu selama empat penggal berturut-turut, sepatutnya bersikap sederhana, baik budi dan lebih bersopan.

Mengikut laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Abdul Ghani ketika berceramah kepada majoriti masyarakat Cina di Johor, bahawa “Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM”.

“Semua orang tahu ini cara propaganda MCA. Mengapa Abdul Ghani juga terikut-ikut dengan cara itu? Apakah Abdul Ghani juga rasa orang Cina mudah ditakutkan dengan propaganda zaman lama itu?

“Taktik kotor MCA yang ditiru Abdul Ghani sudah ketinggalan zaman. Mereka kata kalau orang Cina undi DAP, ia bererti mengundi PAS.

“Jadi saya ingin bertanya kepada MCA dan Abdul Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, PKR dan DAP?,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Nizar Selamba 'SERANG' Bilik Gerakan BN Di Taiping, Ini Buktinya.. !!!

dari Blog Sahabat...!!



Satu pendekatan yang bersahaja dari menteri besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin semasa berkempen pada pilihanraya umum ke-13.  

Dengan selamba, beliau menberanikan diri berkempen di di kubu kuat Barisan Nasional (BN) DUN Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan.

Bilik gerakan tersebut terletak di kawasan pasar malam di Taman Kota Jaya dekat Taiping, dalam kawasan parlimen Bukit Gantang.

Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ.

Senario ini boleh menyebabkan calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya Nizar berkempen.

Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaluddin.

Turut bersama dengan Nizar ialah calon PAS bagi parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad.

Gaya berkempen Nizar memang menarik dan santai.

Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah Umno sebagai tetamu yang tak diundang di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.

Ternyata Nizar memiliki aura tersendiri hinggakan semua petugas BN tidak berani untuk memaki hamun walaupun Nizar merupakan calon Pakatan Rakyat.

Berkemungkinan, rakyat masih terasa sedih termasuk penyokong BN sendiri dengan rampasan kuasa pada 2009 dan Nizar cuma menjadi menteri besar setakat 11 bulan sahaja.

Sentimen rendah diri yang ditunjukkan Nizar berjaya menambat hati semua kaum hinggakan petugas BN berebut-rebut untuk bergambar dengannya tanpa sebarang masalah.

Tahniah Nizar... Bakal menteri besar Perak yang matang dalam berpolitik tanpa perlu mengeluarkan video lucah yang dijaja Umno dan BN.




Minyak diesel pun kena catu di Sabah..!!

apa dia nie..negara malaysia nie dok kat uganda sana ka sampai nak uruskan bahan api minyak untuk kegunaan rakyat pun bercelaru.. INIKALILAH...

Setpol - BN tiada hujah jatuhkan kerajaan PAS Kedah

BAGI meninjau dan mendapatkan penjelasan mengenai pencapaian Kedah di bawah pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat selama lima tahun semenjak PRU12 (2008), dan juga mengenai potensi sama ada kerajaan ini mampu dipertahankan dalam PRU13 nanti atau tidak, Wartawan Harakah IZWAN ABDUL HALIM telah menemu bual Ketua Penerangan PAS Kedah, merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, MUHAMMAD SANUSI MD NOR untuk mendapatkan pandangan beliau.
WARTAWAN: Sejauh mana saudara melihat perkembangan semasa dan kecenderungan sokongan rakyat di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak sepanjang tempoh sepenggal pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah? 

MUHAMMAD SANUSI MD NOR: Kita telah bekerja siang dan malam untuk bentuk keyakinan rakyat Kedah bahawa kita boleh memerintah dengan cara kita belajar dengan cepat untuk menguasai budaya, pemikiran, suasana konteks Kedah yang tidak sama dengan tempat lain.

Dalam 5 tahun ini, kita telah boleh menguasai bidang dan medan negeri Kedah ini.

Dari segi politik kita tengok Umno-BN tiada ruang untuk serang sebarang kesilapan kita.

Perkara dibangkitkan Umno selalunya yang kecil, remeh dan picisan, tiada apa-apa bagi kita.

Bagi saya, ini satu kejayaan kepimpinan Ustaz Azizan di Kedah.

Sebagai Ketua Penerangan PAS Kedah, kita melaksanakan arahan diputus parti. Juga sebagai Setiausaha Politik, saya hanya melaksana perkara yang ketua arahkan. Saya hanya melaksanakan arahan. Apa yang arah dibuat, yang dikata jangan, saya tak buat. Tapi ada juga yang pertikaian sedangkan tertakluk arahan.

Kita sebolehnya hendak elak kontroversi dan isu yang negatif, jadi kita lebih hati-hati. Prinsip Ustaz Azizan yang sangat berkesan dalam pentadbiran ini ialah “Do it right the first times” (lakukan yang betul pada kali pertama). Jangan buat untuk kali kedua ketiga atau seterusnya.

:: PENINGKATAN UNDI POS YANG MENDADAK DI SETIAP DUN ::

PERHATIAN !!!
:: PENINGKATAN UNDI POS YANG MENDADAK DI SETIAP DUN ::

PERHATIAN !!!
KEPADA PENGUNDI BIASA YANG TELAH MEMOHON UNTUK MENGUNDI SECARA POS, TERUTAMA KAKITANGAN KERAJAAN YANG MENJADI KERANI SPR DAN SEBAGAINYA, NAMUN BERHASRAT MENGUNDI PAKATAN RAKYAT DAN MENGELAK KERTAS UNDI ANDA DITOLAK ATAU DIPAKSA MENGUNDI BN. BERIKUT DIJELAS TATACARA PENGUNDIAN:-

1. PASTI SAMPUL YANG SAMPAI MENGANDUNGI: i. KERTAS UNDI, ii. BORANG 2, iii. SAMPUL A DAN iv. SAMPUL B.

2. SETELAH ITU ANDA HENDAKLAH MENANDATANGI 'BORANG 2' DIHADAPAN SAKSI, YANG KEMUDIAN SAKSI JUGA MESTI MENANDATANGI DI RUANG SAKSI. UNTUK MAKLUMAN, TIDAK SEMESTINYA MAJIKAN ANDA SAHAJA YANG BERHAK MENJADI SAKSI, MEREKA YANG BOLEH MENJADI SAKSI SIAPA SAHAJA WARGA NEGARA MALAYSIA YANG ANDA KENALI SEPERTI KELUARGA TERDEKAT, MALAH KETUA PAS CAWANGAN SEKALI PUN ADALAH BOLEH MENJADI SAKSI DI BORANG 2.

3. KEMUDIAN SECARA RAHSIA DAN BUKAN LAGI DIHADAPAN SAKSI ANDA HENDAKLAH MENGUNDI BAGI CALON YANG ANDA PILIH (SAYA KEMPEN: PILIHLAH CALON DARI PAKATAN RAKYAT)

4. MASUKKAN KERTAS UNDI ANDA KEDALAM SAMPUL 'A' DAN MENUTUPNYA.

5. KEMUDIAN MASUKKAN SAMPUL BERTANDA 'A' KEDALAM SAMPUL B BESERTA BORANG 2 YANG TELAH SIAP DIPENUHKAN BUTIRANNYA DAN DIPASTIKAN SEKALI LAGI IANYA TELAH DITANDATANGI OLEH ANDA DAN SAKSI.

6. HANTAR DENGAN SEGERA SAMPUL 'B' KEPADA PEGAWAI PENGURUS PILIHANRAYA DIMANA ANDA MENGUNDI.

SELAMAT MENGUNDI - PASTIKAN KERAHSIAAN UNDI ANDA - PASTIKAN MAJIKAN ATAU SESIAPA TIDAK MEMAKSA ANDA UNTUK MENGUNDI BARISAN NASIONAL.

JIKA BERLAKU SILA LAPORKAN KEPADA PIHAK PEGUAM PAKATAN RAKYAT UNTUK TINDAKAN.

KETERANGAN LANJUT, SILA RUJUK: PERATURAN-PERATURAN PILHANRAYA (PENGUNDIAN POS) 2003

ARIS AWANG
PENGERUSI SEKRETARIAT PRU13
PAS KAWASAN KUALA KEDAH

KEPADA PENGUNDI BIASA YANG TELAH MEMOHON UNTUK MENGUNDI SECARA POS, TERUTAMA KAKITANGAN KERAJAAN YANG MENJADI KERANI SPR DAN SEBAGAINYA, NAMUN BERHASRAT MENGUNDI PAKATAN RAKYAT DAN MENGELAK KERTAS UNDI ANDA DITOLAK ATAU DIPAKSA MENGUNDI BN. BERIKUT DIJELAS TATACARA PENGUNDIAN:-

1. PASTI SAMPUL YANG SAMPAI MENGANDUNGI: i. KERTAS UNDI, ii. BORANG 2, iii. SAMPUL A DAN iv. SAMPUL B.

2. SETELAH ITU ANDA HENDAKLAH MENANDATANGI 'BORANG 2' DIHADAPAN SAKSI, YANG KEMUDIAN SAKSI JUGA MESTI MENANDATANGI DI RUANG SAKSI. UNTUK MAKLUMAN, TIDAK SEMESTINYA MAJIKAN ANDA SAHAJA YANG BERHAK MENJADI SAKSI, MEREKA YANG BOLEH MENJADI SAKSI SIAPA SAHAJA WARGA NEGARA MALAYSIA YANG ANDA KENALI SEPERTI KELUARGA TERDEKAT, MALAH KETUA PAS CAWANGAN SEKALI PUN ADALAH BOLEH MENJADI SAKSI DI BORANG 2.

Fadhil Hanafi kata Mat Bashah yang kais dia..!!!

Fadzil: Saya mangsa Bashah
MUHAMAD MAT YAKIM
24 April 2013
Fadzil Hanafi
Fadzil Hanafi

ALOR SETAR - "Saya jadi mangsa Bashah," kata calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi.

Bashah, nama yang disebut merujuk kepada Ketua Umno Bahagian Alor Setar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ditanya apa maksud kata-katanya itu, Fadzil berkata, beliau difahamkan, namanya sudah naik sebagai calon BN untuk kerusi Dun berkenaan pada tengah malam 15 April sebelum nama calon-calon BN diumumkan esoknya.

'Umno sudah hilang konsentrasi'

Wartawan Sinar Harian
24 April 2013
 'Umno sudah hilang konsentrasi'
Mat Taib (tiga, kiri) bersama calon PR ketika Ceramah Perdana, kelmarin
 
SHAH ALAM - Umno disifatkan sudah hilang konsentrasi untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi kerana terlalu lama memegang tampuk pemerintahan.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Umno tidak dinafikan telah berjasa membawa kemajuan, tetapi sudah tiba masanya pemerintahan berubah untuk kerajaan yang lebih bermakna.

Menurutnya, kesatuan Pas bersama DAP dan PKR mampu memberi erti sebenar makna sebuah gabungan yang sekian lama diinginkan rakyat di negara ini.

“Umno bukan tiada jasa, tetapi sampai masanya dia macam dah tak boleh dah... dah hilang upaya, dah mula jadi kurang upaya.

“Barangkali dah lama sangat, dah letih, jadi konsentrasi di pelbagai tempat itu sudah tiada lagi,” katanya ketika Ceramah Perdana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PR, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, kelmarin.

[DEDAH] Macamana Najib tranformasikan KWSP jadi BRIM..???

BRIM: Sebuah Adegan Yg Paling Aku Takuti

Waktu tengah duk buat e-filing income tax yang due hujung bulan ini dua tiga malam lepas, saya terperasan sesuatu – pasal duit EPF.

Biasalah, bila nak isi borang income tax, antara maklumat yang perlu dimaklumkan ialah jumlah potongan EPF/KWSP untuk tahun berkenaan. Memang, pihak syarikat ada menyediakan statement yang berkaitan, tetapi nak bagi puas hati saya counter-check dengan penyata rasmi yang diterima daripada pihak KWSP melalui pos dua bulan yang lepas.

Bila saya lihat penyata EPF saya ini, saya rasa sedikit teruja, walau pun jumlahnya belum sampai sejuta, tapi Alhamdulillah dah melangkaui setengah juta (RM500 ribu lebih), kira setengah-jutawanlah saya ini, ha ha ha.

Masalahnya, angka RM500,000 lebih ini hanyalah sebuah angka, hanyalah sebuah figura yang tercatat di atas sehelai kertas yang bernama PENYATA KWSP. Walaupun penama itu adalah diri saya, tapi duit itu buat masa ini adalah hak KWSP. Boleh tengok dan boleh tayang kat merata internet, tapi tak boleh sentuh.

Sesekali, meleleh air liur juga tengok angka ini, tapi setakat meleleh air liur saja, tak boleh buat apa – ibaratkan ada makanan lazat di depan mata, tapi tidak dibenarkan menyentuh atau pun merasa makananan tersebut, macam itulah lebih kurang analoginya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...