TERKINI :

Wednesday, April 24, 2013

Apabila SHARIF OMAR pula smash NAJIB bab calon BN..!!!


UAI - Tiada masalah bekerjasama dengan bukan Islam


Mesej amat jelas dari ustaz Azhar idrus apakah kita boleh undi non muslim? lawak memang lawak. perumpaan amat mudah dan mudah difahami yang diterangkan oleh UAI, harap SEBARKAN....kbt

Kerusi ditandingi DAP---> https://www.facebook.com/photo.php?v=363579133747343

Pertingkatkan kawalan KUBU kita.. macam-macam perkara boleh dilakukan sekarang ini....!!!

AWAS & PERHATIAN KEPADA SEMUA...

Politik kita sekarang sudah masuk bab persepsi.... perkara-perkara sebegini sebenarnya sesiapa pun boleh melakukannya... musuh boleh melakukan kawan sendiri boleh melakukan janji ada isu untuk memburukan pihak lawan

Perkara ini jika sesiapa terlibat dengan unit risikan baik dari mana pihak tak kira musuh atau diri sendiri mereka akan melakukan apa cara sekali pun janji hati pengundi tersentuh untuk mengundi mereka..

Jadi kepada semua kawal dan jagalah kawasan KUBU kita serta lakukanlah rondaan untuk mengelakkan musuh dari melakukan perbuatan sebegini....

ADIE SB PENCEN
Sungai Tiang Pendang

Iklan MCA hina ISLAM... bukannya hina PAS... namun UMNO diam membisu...!!!

Apa yang Zainudin Maidin marah sangat kat Mat Taib nie..???

Kalau PAS Syurga, Umno Nerakalah..

MERENTAS MENTARI                                                                                                       

Selain Hassan Akidah, Zainuddin Maidini yang pernah saya gelar si bapa Lanun juga marah dengan tindakan bekas MB Selangor, Muhamad Mohd Taib menyertai PAS. Zainuddin juga berpendapat pemgerian Mat Taib tidak merugikan Umno. Beliau menyinis pemergiann itu sama dengan kemasukan Mustapa Ali dalam Umno selepas bertaubat.

Zainuddin juga menyinsi lagi, kemasukan Mat Taib itu sama dengan artis yang menyertai PAS untuk membersihkan dosa. Seterusnya Zainuddin Maidin mengucapkan selamat ke syurga kepada Muhammad Taib dengan sindiran di dalamnya ada puteri raja dan wang berjuta-juta ringgit.

Bekas menteri yang bersara politik kerana kalah dalam pilihan raya di kerusi parlimen Sungai Petani Kedah itu, percaya tindakan Mat Taib itu kerana yakin dengan petua atau amanah Haji Hadi; kalau mati dalam Umno menjadi kafir.

Jelas sekali Zainuddin marah dengan tindakan Mohad Taib dan merendah-rendahkan keputusan bekas menantu raja itu. Apa yanhg boleh ditafsirkan di sini bahawa kemasukan Mat Taib ke dalam PAS tetap memberi impak besar kepada politik Pakatan Rakyat dan ia merugikan UBN.

Pengundi Shah Alam akan memilih diantara epal dengan bacang

OLEH aSPAN aLIAS

Shah Alam dan Pasir Mas adalah dua kawasan yang pada hakikatnya pertandingan diantara Perkasa dan PAS. Perkasa di wakili oleh Ibrahim Ali di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin di Shah Alam. Kedua-dua calon Perkasa ini merupakan orang yang paling ‘controversial’ dan ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi kepada UMNO sekarang ini.

Sekali fikir pula tidak boleh disalahkan juga UMNO kenapa mereka meletakkan dua orang yang begitu ‘famous’ dengan sifat lancang mulut yang tidak tahu batasan bangsa dan agama dalam mengendalikan politik mereka. Kedua-dua calon ini mengambil kesempatan diatas kelemahan UMNO untuk menyelitkan nama mereka sebagai calon yang tersenarai di dalam calon BN. Tetapi yang anihnya UMNO Kelantan tidak tahu yang Ibrahim Ali akan menjadi calon bagi mewakili UMNO melalui Perkasa.

Pengerusi Perhubungan Kelantan Mustapha Mohamad sendiri keliru dan tidak tahu partinya sendiri main 'kong-kalikong' dengan Perkasa. Hasil permainan 'kong-kalikong' itu semasa penamaan calon Sabtu lepas, UMNO sudah kehilangan satu kerusi kerana calonnya tidak menyerahkan kertas pencalonan beliau, walaupun telah diberikan watikah. Patut pun Ibrahim dimana-mana berkata sebulan yang lepas berkata, “tepek jaghi, ambo calun BN”

Boleh taK LETUPAN di Penang tu kami katakan sebegini...???

BOLEH TAK KAMI KATAKAN LETUPAN TU DARI TIN SPRAY SEPERTI RIDSET, SPRAY CAT DAN SEWAKTU DENGANNYA... MUNGKIN ADA SAHABAT SITU DOK SPRAY SESUATU UNTUK MENCANTIK PDM MEREKA ATAU NAK BUAT BANNER TULISAN TANGAN ATAU NAK SPRAY NYAMUK YG BANYAK BILA HABIH DEPA BUANG.... 

SEBAB IA BERPUNCA DARI LONGGOKAN SAMPAH... BERKEMUNGKINAN ADA ORANG BUANG TIN SPRAY YG KOSONG TU DALAM LONGGOKAN SAMPAH TERSEBUT DAN BILA ADA ORANG BAKAQ SAMPAH MAKA TIN ITU BILA PANAS DALAMNYA MASIH ADA GAS MAMPAT MAKA KEDEBOMLAH JAWABNYA...

INI SANGKAAN KAMILAH TETAPI DIHARAP PIHAK POLIS SIASAT SEBAIK2NYA PUNCA LETUPAN TERSEBUT...



Gambar Petugas cedera 'Teruk' dalam insiden letupan di ceramah BN Nibong Tebal tersebar!!.. Saksikan betapa parahnya dia...
Berita berkaitan:
Petugas cedera dalam insiden letupan di ceramah BN

Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Nibong Tebal malam tadi.

Mahathir berkempen mengalahkan Pak Lah


Ketelitian PAS Vs kealpaan Umno


Ibnu Shahid,

Selepas penamaan calon berlangsung beberapa hari lalu, gegak gempita seluruh negara apabila ramai calon Umno menjadi calon bebas akibat rasa tidak puas hati kepada kepimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Umno yang telah membuat keputusan mencalonkan calon korup yang dianggap olehnya sebagai “Winnable Candidate”. Disebabkan menjadi calon bebas, nasib malang menimpa mereka apabila dipecat dari Umno dan bergeraklah mereka sendirian bersama baki penyokong yang setia kepada mereka berhadapan dengan Pilihanraya Ke-13 akan datang ini.

Walaupun media milik Umno cuba mengurangkan tekanan dengan mengalihkan isu ini kepada isu pertembungan kerusi dalam Pakatan Rakyat antara PAS dan PKR, namun rakyat amat mengetahui bahawa Umno sekarang berada dalam keadaan krisis kepimpinan yang amat parah. Tidak jelas apakah pengukur yang digunakan oleh Najib untuk istilah “Winnable Candidate” tersebut?. Adakah calon Umno tersebut adalah calon “Mesti Menang” dan merasakan rakyat akan pastinya menyokong dan mengundi mereka walaupun mereka punyai sejarah rasuah dan pelbagai penyelewengan lain?

Bukti kontraktor BN & PR buat kerja... mana satu pilihan kalbu..



Kerajaan Umno-BN membina sekolah di U-10 Shah Alam yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos berjumlah kira-kira RM12 juta. Ini bermakna setiap bilik darjah itu kosnya adalah RM1juta. Adakah perbelanjaan sedemikian munasabah? Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan Kerajaan BN.

Sebaliknya, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pula terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan. Kami telah pun membina SJK (T) Ladang Midlands yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan yang besar dan makmal yang canggih pada kos RM4.9 juta.

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia! Sila "SHARE"!

Student KUIN sedih bila bila sekolah mereka dihina oleh banner banner yang menfitnah intitusi tersebut...!

5 Mei 2013 cuti umum di Kedah - MB


KJ - Adakah esok untuk mu atau Tiada esok bagimu....!


Khairy Jamaludin: Adakah hari esok untukmu?

Tarikh : Wednesday, April 24 @ 12:28:49 MYT Topik : Pendapat

'Susahnya PRU13 ni tanpa pak mertua aku'. bisik hati kecil khairy jamaludin (KJ) disuatu pagi ditepi surau disebuah kampong di rembau.

'Kalau pak lah ada kan senang aku nak jadi PM pada usia paling muda, tapi lani semua itu dah jadi samar2 jer skrg ni, cepat sgt masa berlalu,sedar2 dah semakin susah aku nak mendaki pejabat PM tu'. getus hatinya lagi.

KJ merupakan ketua pemuda UMNO yang ada gaya seorang pemimpin. Gaya dia berhujah dan bercakap mempunyai karektor seorang pemimpin yang disegani.Semasa pentadbiran pak lah dahulu, beliau merupakan antara calon favorite untuk menduduki kerusi empuk diputrajaya. Dikatakan semua urusan diputrajaya itu dibawah pemantauan beliau. Tapi kini semuanya hilang begitu sahaja.

'Ahhhh!!! alang2 seluk pekasam, biar lengan aku ini basah sepenuhnya'. azam KJ utk PRU13 ini..

Nasib beliau kini sudah dihujung tanduk. Segala perancangan beliau semasa era paklah kini sudah hancur. Keinginan beliau untuk menjadi PM paling muda diMalaysia sudah kabur kelihatannya. Beliau kini dimusuhi luar dan dalam umno sendiri.

'KJ tu kalau dia dlm PR tu boleh pergi jauh tu, tp sebab dia buat perangai masa pak mertua dia jd PM, ramai dah benci dengan dia'. cerita penyokong kuat DSAI disebuah kedai kopi disentul.

PRU13 ini adalah titik tolak beliau didalam politik. Nyawanya kini hanya betul2 mengharapkan ihsan najib dan rosmah. Dia yang amat dibenci oleh DR M bernasib baik dicalonkan diparlimen rembau. Walaupun dia memegang jawatan ketua pemuda umno malaysia, tapi kedudukannya itu tidak dapat menjamin sebarang jawatan menteri selama itu walaupun ketika zaman pak lah berkuasa.

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA !!! Najib dah sediakan hadian untuk anda bila BN menang PRU13 nanti..!!


Apabila Ustaz nak jadi BAPAK AYAM..!!!

Kalau Allah Itu Maha Baik Kenapa Buat Neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
 
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
 

Bekas EXCO tuduh MAT BASHAH punya angkara nama dia digugurkan..!!

KHIR TOYO tersandaq bila kena tumbukan MIKE TYSON..!!!

Khir Toyo akui Mat Taib bawa masalah kepada BN

KUALA LUMPUR: Keputusan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk menyertai PAS boleh menjadi penghalang kepada kempen Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Selangor, kata pemimpin Umno.

Bekas menteri besar Selangor yang diketahui popular di kalangan penyokong Umno terutama di kawasan Melayu negeri kubu kuat parti tersebut, dan penyertaan Muhammad ke kem pembangkang mampu membantu menembusi kubu Melayu parti itu.

“Bergantung kepada pendekatannya. Jika beliau berkempen secara konstruktif dia boleh menimbulkan masalah kepada kami,” kata bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo kepada The Malaysian Insider. “Umno-BN harus beri perhatian khusus terutamanya apabila setiap undi penting.”

Amanat Untuk Tentera Cyber PR - Jadilah duta selamatkan Malaysia

Jangan remeh gerak kerja di medan maya
Oleh Zulkifli Yahaya

UNTUK PRU13 kali ini jarak dari tarikh pembubaran Parlimen sehingga hari mengundi adalah sebulan. Waktu berkempen selepas hari penamaan calon juga agak panjang daripada biasa iaitu selama dua minggu.

Dalam amalan demokrasi berat sebelah di Malaysia, pihak pembangkang memang memerlukan masa berkempen yang lebih selesa untuk mempastikan maklumat sampai kepada rakyat di akar umbi.

Pakatan Rakyat hanya ditawarkan 10 minit dalam masa lima tahun untuk menyampaikan bahan kempen yang telah ditapis sedangkan BN ditawarkan masa berkempen sebanyak 365 hari setahun dalam semua media utama, termasuk RTM yang menjadi milik rakyat.

Apa sudah jadi.... Apabila PERKASA masuk kem askar untuk kempen PRU13..???

PECAH BERITA ! MAHATHIR KETAKUTAN...TERPAKSA KEMPEN DALAM KEM TENTERA...?!!!!



Mahathir baru landing di TLDM Lumut 45 minit yg lalu untuk menunjukkan bahawasanya UMNO sewenangnya memperkudakan Tentera, membudayakan politik perkauman, berpolitik di dalam pangkalan tentera dan menyalahguna jentera kerajaan dalam siri kempen Be End.

 Sejak pihak risikan memaklumkan data menunjukan sokongan anggota TLDM terhadap Pakatan Rakyat, umno semakin gelisah tambahan kerusi DUN Pangkor (MB Perak - Zambry) dan Parlimen Lumut (Menteri Pengangkutan - Kong Cho Ha) bakal tergugat malah kebarangkalian peratusan jauh menyebelahi PR maka umno/bn 'terpaksa' lakukan apajua walau menyalahi akta pilihanraya berkempen di dalam pangkalan tentera dan menggunakan jentera kerajaan.


MUKHRIZ akan tewas disebabkan orang dalam UMNO sendiri sedang pancung beliau di Air Hitam

PECAH BERITA! Mukhriz Dalam Bahaya Dipancung Puak Umno Sendiri?


Maklumat terbaru sampai ke tangan saya tepat jam 7.47 malam tadi.

Pengirim emel yang enggan namanya disiarkan memberitahu gerakan untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Hitam, Mukhriz Mahathir sedang giat dirancang rapi beberapa pemimpin Umno Kedah sendiri.

Enggan memberitahu siapakah mereka yang menjadi dalang di sebalik gerakan tersebut, dia juga memberitahu satu mesyuarat rahsia peringkat negeri dihadiri beberapa pemimpin Umno yang tidak suka kepada Mukhriz akan dibuat dalam masa terdekat.

Apabila team Jalan Pulang membalas emel berkenaan bertanyakan butiran lanjut serta di mana pertemuan itu diadakan, balasan dari si pengirim ini setakat ini belum dapat diterima.

Pemimpin Pakatan dah tiru perangai BN?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Pagi Ahad lalu, saya tidak mempunyai banyak pilihan. Untuk melihat sendiri situasi hari penamaan calon PRU13, saya terpaksa membataskan diri di sekitar Lembah Klang. Memang banyak kawasan tumpuan di luar Kuala Lumpur atau lebih tepat "kerusi panas", namun urusan kerja pejabat tidak memungkinkan saya melakukan kembara politik yang lebih mendebarkan.

Pada sebelah malamnya, semasa menyemak Harakah edisi Isnin, fikiran saya lebih terfokus kepada persoalan, sama ada DAP dapat menggunakan simbol roket atau terpaksa berkongsi menggunakan logo PAS berlambangkan bulan.

Rata-rata kawan-kawan yang menelefon atau mengirim SMS meluahkan rasa seronok dan gembira dengan perkembangan itu. Mereka pastinya sudah muak dan jelak dengan budaya politik adu domba yang menyemai kebencian atau kecurigaan di antara kaum dan agama.

Apatah lagi anak-anak muda yang baru berjinak-jinak dengan siyasah, tentunya mereka lebih sukar menerima politik kebencian seumpama itu. Saya menerima banyak pertanyaan melalui emel dan SMS. Daripada soalan yang dikemukakan, saya yakin mereka suka jika esoknya DAP terpaksa menggunakan lambang bulan. Dan malam Sabtu itu, saya hanya dapat melelapkan mata kurang 45 minit sebelum azan Subuh.

Umno patut malu kepada PAS – TG Haji Salleh


Tuan Guru Haji Salleh ketika ditemubual wartawan Harakah.

SIK: Pemimpin Umno sewajarnya merasa malu kepada PAS, kata Mudir Madrasah Al-Rahmaniah di sini, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Beliau berkata, ini kerana PAS istiqamah meneruskan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sedangkan Umno secara umumnya tidak mahu kepada Islam.

Secara perbandingan, beliau mengambil contoh bagaimana Umno tidak lagi mengadakan konsert hiburan sebagaimana mereka berkuasa di Kedah sebelum ini setelah pentadbiran negeri ini diterajui oleh PAS.

“Dia (Umno) tak tergamak buat hiburan bila PAS ada (berkuasa),” ujarnya ketika ditemubual di Madrasah Al-Rahmaniah, kelmarin.

Tidak lama lagi, YB Putrajaya - Editor akhbar harian

(Penduduk Putrajaya khusyuk mendengar ceramah Husam di kawasan kejiranan mereka)

KUALA LUMPUR: "Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi.

Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam  yang sangat luar biasa bagi kawasan Putjaya.

Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN.

Al Fatihah - Lans Koperal maut nahas di Tawau

Wartawan Sinar Harian
Lans Koperal maut nahas di Tawau
Anggota tentera dan ahli keluarga Allahyarham mengaminkan doa sebaik jenazah tiba di kampungnya sebelum dikebumikan, malam kelmarin.
ALOR SETAR - Seorang anggota tentera yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan hendak membeli makanan di Simpang Jalan Kampung Jawa, Tawau, Sabah pada Ahad lalu.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu mengakibatkan Lans Koperal Mohd Idris Ibrahim maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyata Hilux ketika baru keluar meninggalkan Kem Kukusan, Tawau.

Menurut pegawai yang mengiringi jenazah, Leftenan Mohd Elyas Mohd Shafie, sewaktu kejadian, Allahyarham hanya menunggang motosikal berseorangan untuk keluar membeli makanan.

ROS : MULANYA UGUT, KEMUDIAN TAKUT. umNO(Baru)bN MELANGKAH SUMBANG MENGUNDANG PADAH

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB

10 JAMADILAKHIR 1434 (AHAD) 21 APRIL 2013

Anak bungsu saya sekarang (pastilah sebenar-benar bongsu, 300% isteri
saya menyakini) Abdullah Fahmi yang berumor 5 tahun 6 bulan cukup
petah berbicara. Sudah pandai membaca, menulis dan mengira dan
menimbang yang ringan-ringan dengan dacing. Ia mengenali bN, Najib dan
macam-macam di RTM, MediaPrima dengan TV3 dan sekutunya. Usia 5 tahun
lebih dah tahu membuat protes, "Ashik-ashik Najib, Najib Najib keluar
minta sedekah undi di TV. Kacau nak tengok Upin dan Ipin - Catdog,
sat-sat dok potong seronak dok tengok". Tetapi anak kecil saya
mengenali dan mengerti ia sokong Tok Guru dan PAS bila dijarinya iPad,
laptop bukannya bermain api macam dakyah dalam PAU 2012, yang
umNO(Baru)bN pakat-pakat kongsi teriak, maka berderailah air mata
lembu di kondo Kak Jet, air mata buaya dan air mata naga seada
semahunya.

Sampaikan bila tengok gambar Lim Guan Eng, pasti dia kata, "Tu tu Cina
kawan abah, nama dia LGE". Pagi tadi Abdullah Fahmi bertanya dekat
saya, "Abah adik tak tau ROS tu bungaros ka? ROS yang adik baca tu
bukan bini NAJIbN ROSmah atau bunga. ROS singkatan perkataan macam
PAS tu ertinya Parti Islam Se Malaysia, UMNO tu - United Mamu National
Organasition dan ROS tu pula ialah Register Of Society. "Kalau bahasa
Melayu apa dia abah?". Kalau dalam bahasa Melayu Pendaftar Pertubohan
Malaysia singkatnya PPN - Pantang Pangkah Najib. Gangguan dari ROS
terhadap DAP ianya bermula kesilapan teknik yang berlaku berkaitan
penjumlahan undi undi yang silap berlaku berkait dengan pemilihan Ahli
Jawatankuasa Tertinggi DAP. Ekoranya berlakulah perubahan penyandang
dalm menjawat jawatan.

Amanat kepada Pengundi oleh NADWAH ULAMA & KEPIMPINAN NGO ISLAM di INSANIAH semalam

Kenyataan Media NADWAH
23 hb April 2013
NADWAH ULAMA RUMUS SEBAB TOLAK BN

Nadwah ULAMA dan Kepimpinan NGO Islam yang terdiri dari tuan-tuan guru , ulama dan pemimpin Ngo Islam dari seluruh negara bermuafakat bahawa perubahan pemerintahan di peringkat pusat dan negeri dalam PRU 13 adalah suatu tuntutan kepada umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Dengan isu-isu yang berbangkit sepanjang 1999 hingga 2013 , Nadwah yang di hadhir lebih 400 alim ulama dan 16 NGO Islam seluruh negara berlangsung pada 12 Jamadilakhir 1434 H / 23 hb April 2013 di Alor Setar Kedah .

Turut hadir adalah :

TUAN GURU HAJI SALEH BIN MUSA ( Mursyid NADWAH )
TUAN SYEIKH MOHD. ZAINOL ASRI BIN HAJI ROMLI
TUAN GURU HAJI ABDUL MAJID ABU BAKAR AN NADWI
TN.GURU HAJI ABDUL WAHAB BIN HASSAN
TN.GURU HAJI ABDULLAH BIN LEBAI SAMAH Bukit Lada
TUAN GURU HAJI MOHD REJAB BIN MD. AKHIR
TUAN SYEIKH MOHD. RODI BIN ABDUL RAHMAN AL HAFIZ
TN.GURU KHAIRUL ANUAR SHAFII
TUAN GURU HAJI MOHD. NASIR
TUAN HAJI MOHD AZMI ABDUL HAMID
USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDIN
TUAN GURU HAJI AHMAD ABDULLAH
TUAN GURU HJ YUSUF HUSIN PONDOK PENYARUM
DR. MUHAMMAD FAUZI ZAKARIA

Para ulama , tuan guru dan pemimpin Ngo Islam bersepakat bahawa kuasa pemerintah perlu berubah tangan di PRU 13 ini demi menyelamatkan negara dari terus menuju kepada kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara.

Mereka yang telah memegang kuasa telah mengkhianati mandat rakyat dengan pelbagai penyalahgunaankuasa dan pembolotan kekayaan negara dikalangan pemimpin elit negara.

Isu berikut adalah alasan kenapa rakyat perlu menolak BN dan memberi mandat kepada gabungan parti alternatif dari PAKATAN RAKYAT untuk menerajui pemerintahan pusat dan negeri dalam PRU 13:

1. BN mempertajamkan sentimen agama dengan membiar pihak tertentu untuk menimbulkan konflik,

2.Sentimen perkauman sempit semakin diapi-apikan oleh BN yang akan menghancurkan negara

3.Status agama Islam tidak bertambahbaik malah semakin terjejas akibat dasar nasionalisme sempit dan faham sekular yang diamalkan oleh pemerintah ,

4.Campurtangan dalam institusi awam oleh parti politik yang keterlaluan ,

Rakyat KEDAH dah mabuk dengan Seketul CANDU bernama BRIM

oleh Monier Mat Din

 
Sekarang ini bukan setakat musim PRU tapi juga musim orang bekerja makan gaji file income tax. Saya pun tak ketinggalan, baru saja siap buat e-filing income tax tu. Bila dah siap, bila tengok angka yang nak kena bayar – terduduk lah jugak – campur dengan orang rumah mau kena lebih RM20,000. Duk ingatkan bila ada anak ramai sampai 9 orang ini dengan seorang itu pula OKU, bolehlah jimat sikit, tapi dak jugak, sebab yang dikatakan kerajaan UMNO/BN ini barangkali, depa bukan kira apa, hang anak 9 ka hang ada anak OKU ka, tolak-tolak juga, tapi tang bayar kena bayar juga.

Tak kisahlah, sebagai rakyat Malaysia itu sudah menjadi kewajipan kita, tak kira siapa kerajaan yang memerintah, BN ka Pakatan ka, income tax mesti kena bayar.

Cumanya, yang saya tak puas hati sikit – tak puas hati banyak sebenarnya – ialah bila saya balik kampung, dijemput ceramah PRU di daerah kelahiran saya di Baling, Kedah baru-baru ini.

Sebelum ceramah, saya ada tanya kat adik beradik PAS kat kampung itu, apa topik yang sesuai saya sentuh dalam ceramah malam itu? Sepupu saya yg sorang tu cakap, “Mu tak payah sentuh bab BRIM la”.

Pasal apa?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...