TERKINI :

Tuesday, April 23, 2013

BANNER yang akan menyebabkan timbul perasaan dendam dan benci rakyat terhadap BN kena diturunkan..!!!

 

[Admin] Menurut pegawai SPR Gelang Patah, billboard ini perlu diturunkan kerana kandungan ini akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam dan benci rakyat terhadap BN.

DAP akan minta SPR mengeluarkan surat rasmi mengenai perkara ini.

Menjawab MUHYIDDIN yang sedap mulut bagi markah E-Tolak...!!!

 
KAMI NAK TOLAK HANG DI PUTRAJAYA 
WAHAI MUHYIDDIN

Sekepala rakyat Malaysia Najib berbelanja RM4,364 untuk beli undi..!!!

Penganalisa: Najib belanja RM4,364 setiap pengundi, termahal di Asia

KUALA LUMPUR 23 APRIL: Seorang penganalisa politik terkemuka rantau Asia Tenggara hari ini membuat penganggaran bahawa Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 setiap pengundi untuk PRU 13.

Dr Bridget Welsh, seorang Profesor Madya Sains Politik menulis dalam artikelnya di Malaysia berkata, perangkaan tersebut datang daripada analisa beliau dalam 4,000 sumber berita sejak 2009 dan kajian terhadap tiga bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013.

NEWS“Saya secara konservatif menganggar bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah membelanjakan RM57.7 bilion bermula dari hari beliau menjadi Perdana Menteri sehingga sebelum Parlimen dibubarkan dalam insentif pilihan raya,” tulis Bridget.

Antara HASAN ALI & MAT TAIB....yang mana lebih ikhlas berhijrah..???

Mat Taib Lebih Ikhlas Dari Hasan Akidah

ULASAN PERISTIWA                                                                                                   
Muhsmmad Tsib: Langkah bijak dan tepat.
Panjang lebar Hasan Ali alias Hasan Akidah mengulas dan memberi pandangan ke atas tindakan bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib yang menyertai PAS dua hari lalu. Hasan melahirkan nada kesal atas tindakan Mat Taib itu yang dianggapnya sebagai tidak tepat. Dalam masa sama katanya Mat Taib tersalah pilih wadah?

Seperti biasalah Hasan Akidah menggunakan bahasa dan pelek motivatornya untuk memberi gambaran dan menginsafkan Muhamad Taib. Hasan memancing dan menidur orang dengan simpulan-simpulan kata-kata bergandanya.

Antara katanya untuk menyedar dan agar Mat Taib berfikir semula, PAS kini bukan lagi PAS di zaman aruah Mohd Fadzil Noor, tetapi PAS yang tunduk kepada nakhoda bernama Anwar Ibrahim dan jurumudinya Karpal Singh, Lim Kit Siat dan Lim Guang Eng (DAP). Hasan cuba menjual PAS hari ini sudah tidak mempunyai roh Islam lagi.

Perbezaan itu, keadaan PAS katanya menyebabkan ciat-cita murni Mat Taib untuk perjuangkan Islam bersama PAS akan sia-sia sahaja.

Malam nie masa untuk buang semua banner provokasidi KEDAH..!!!


BILA MAT BASHAH MERANGKAP PENGERUSI BN TAK MENGAKU HANGPA TUNGGU LAGI... PIE BUANG LA BANNER TU DIA BUKAN ADA TUAN TANAH PON....
'BN tak pernah buat kerja semacam itu'

Abdul Rahim Sabri
12:23PM Apr 23 2013

BN Kedah membidas dakwaan PAS yang menuduh parti itu bertanggungjawab meletakkan kain rentang yang berunsur provokasi dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah berpendapat tuduhan melulu itu hanya ditimbulkan untuk menimbulkan kontroversi di samping mencari publisiti murahan.

Nasib lu lah UMNO Selangor!

oleh Aspan Alias


Tindakan BN meletakkan Zulkifli Nordin sebagai calonnya di Shah Alam di mana keseluruhan pengundinya terdiri dari gulungan kelas menengah adalah satu tindakan memandang rendah serta memperbodohkan masyarakat Shah Alam. Jangan disangkal lagi pandangan saya ini.

Kita tahu UMNO sudah hilang daya pertimbangan dalam banyak hal, tetapi tidak pula kita tahu yang parti itu sudah hilang segala hidayahnya. Meletakkan Zulkifli Nordin, seorang buangan PAS suatu ketika dahulu adalah satu lawak jenaka dan ini meletakkan Khalid Samad dalam keadaan selesa. Sekarang Khalid Samad mungkin boleh keluar kawasan untuk membantu rakan-rakan calon PAS yang lain yang memerlukan pertolongan tenaga kempen mereka.

Kita tidak perlu menzahirkan apa keburukkan yang ada kepada Zulkifli Nordin ini kerana beliau sendiri telah menunjukkan kepada masyarakat siapa beliau yang sebenarnya. Hanya yang hendak disebut sedikit ialah siapa yang mencadangkan nama Zulkifli ini menjadi calon BN di Shah Alam ini.

Kantoi!! : Bukti Terbaru Zulkifli Nordin Hina Kaum India


Lu kantoi lagi beb...
Video ini SAH dirakam di ceramah Datum Jelatek pada 6 Mac 2013 lalu.. Zul, jelaskan le ni ceramah PAS ke, PKR ke atau DAP? Atau nak kata je ni Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama Anwar Ibrahim? - orenji

Allah berfirman yang maksudnya:
"Janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah, karena mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada (pada pandangan) tiap-tiap ummat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (Q.S.al-Anan'am:108)

dari facebook - KLIK SINI

Ingat.. Kerajaan Malaysia tidak bertanding dalam PRU13 nie..!!!


Apabila SETPOL Berkata-kata - HUJAH Vs LUCAH


Mahathir menipu demi nak tunjuk anak dia nampak hebat


Meloya tengok sahabat India cium Zol Nordin, 104 ahli MIC Shah Alam keluar parti...


Selepas dicium India, 104 ahli MIC Shah Alam keluar



KUALA LUMPUR: Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin, Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC.

(Seorang India berpakaian BN mencium Zulkifli Nordin. Kesannya, Naib Pengerusi MIC Shah Alam bersama 104 pengikutnya keluar MIC)

Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu. Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman

Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi.

PAS menang JERLUN & AIR HITAM serta mengekalkan KEDAH....

| Print | Kedah akan kekal bersama Pakatan -Tamrin

Harakahdaily, 23 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi MARA Tamrin Tun Ghafar yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan mengekalkan negeri Kedah dalam pilihan raya umum kali ini.

Beliau yang baru pulang dari memberikan ceramah di Alor Setar dan Jerai di Kedah mendapati sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat cukup kuat di negeri itu.

"Berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang saya terima, Kedah akan kekal bersama Pakatan.

"Saya juga rasa PAS akan menang di Parlimen Jerlun kali ini dan akan menang juga di DUN Air Hitam, tempat (Datuk) Mukhriz Mahathir bertanding," kata Tamrin.

Tamrin mengadakan sidang media bersama dengan MB Selangor yang menyertai PAS, tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib di Pusat Media PAS hari ini

Malam ini, Tamrin akan berceramah di Baling pula. Beliau dijangka akan berceramah dengan calon PAS di Baling, Brig Jeneral (B) Najmi Ahmad, bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia.

Menurut Tamrin, Mukhriz cuba dibunuh oleh musuh politiknya di Kedah dengan meletakkan beliau bertanding di Air Hitam yang menjadi kubu PAS di Jerlun sejak dahulu.

Husam - Usah gentar dengan kehadiran polis & SB..

Pesanan buat petugas Parlimen PutrajayaKita mendapat khabar ramai SB yang berkeliaran di sekitar pejabat kita di Presint 9. Kita tidak harus bimbang, kita tidak harus takut, kerana kita menjalankan aktiviti secara sah, kerana parti kita adalah parti yang sah berdaftar dalam negara.Tugas polis atau SB sebenarnya adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara.

Kebanyakan mereka menjalankan tugas dengan baik. Namun kita tidak boleh menolak, wujudnya segelintir mereka yang memakan upah daripada Umno untuk keselesaan dunia yang sedikit.

RAIS mula salahkan NAJIB berkenaan calon BEBAS UMNO..!!

Calon bebas: Rais Yatim salahkan Najib

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah menyalahkan Perdana Menteri SEmentara Datuk Seri Najib Razak dalam masalah yang timbul dalam pemilihan calon BN kali ini.

Rais (gambar), yang digugurkan daripada menjadi calon di pilihanraya umum ke 13 kali ini memberikan bayangan bahawa penentuan calon tidak dilakukan dengan sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk bertanding.

"Dalam menentukan calon mampu menang, pemimpin parti perlu menjelaskan kelayakan calon dan faktor yang perlu dipertimbangkan bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga produktiviti mereka,” kata Rais.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sumber Umno berkata kriteria ‘winnable’ candidate sebenarnya tidak wujud dalam BN.

Yang nie boleh dipanggil salah seorang geng "pil kuda" kaaa?

Nasib Baik Mamat ini tak jadi calon PKR
Oleh FS

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini. Katanya lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.Dr Juanda dan Dr Hassan membantu kempen UMNO @ BN di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur malam tadi.Sebelum ini ramai orang marah kepada PAS kerana PAS tak boleh bertolenrasi dengan PKR untuk kerusi Kangar Perlis.

Putrajaya: Gelabah, Muhyiddin mula serang Husam

PUTRAJAYA: Melihat sambutan warga Putrajaya semakin hangat hari ke hari kepada calon PAS Datuk Haji Husam Musa, Umno mula melancarkan serangan terhadap beliau.

Dan orang yang melancarkan serangan ini bukan calang-calang orang tetapi Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemungkinan melihat Tengku Adnan semakin lemas tatkala Husam semakin disambut di Putrajaya, Muhyiddin semalam menyerang Husam dengan mempersoalkan rasional Naib Presiden PAS itu bertanding di dua negeri, Kelantan mempertahankan kerusi Salor dan Putrajaya.

Muhyiddin juga mengeluarkan teori pelik menyatakan bahawa Husam disisihkan di Kelantan dan sebab itu diletakkan di Putrajaya.

"Kita (BN) nak jadi wakil rakyat di sini, nak kerja...orang Putrajaya ni mesti tentukan dia kalah teruk, kalau boleh hilang wang pertaruhan," kata Muhyiddin.

Serangan Muhyiddin datang apabila beliau ditangkap menipu di TV3 berkata BN menang percuma di Senggarang, walhal di sana menyaksikan pertandingan dua penjuru antara PAS dan BN.

Bekas EXCO Kjaan BN Kedah : UMNO Kedah tiada calon agama dan ini satu penghinaan pada Islam..


Fadzil Hanafi: BN Kedah tak banyak 'calon agama'


Abdul Rahim Sabri 11:38AM Apr 23 2013


Bekas anggota exco Kedah Datuk Fadzil Hanafi yang disingkirkan daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas di DUN Alor Mengkudu berkata beliau kecewa dengan BN yang menurutnya tidak banyak mengetengahkan calon dengan latar belakang agama di peringkat DUN kali ini.

Beliau yang pernah memegang portfolio hal ehwal agama Kedah itu berpendapat, tindakan berkenaan "tidak menampakkan bahawa Umno memperjuangkan agama" dan beliau menganggap ia satu "penghinaan" kepada Islam.

Fadzil juga berpendapat, Umno tidak mengambil pengajaran daripada kekalahan dalam "tsunami 2008" supaya memilih calon yang dikehendaki rakyat.

Katanya, masyarakat di kampung khususnya di Alor Mengkudu amat menyukai calon yang mempunyai latar belakang agama khususnya bagi mengendalikan majlis berkaitan Islam seperti tahlil, kenduri kesyukuran, membelah mulut anak dan menjadi imam.

"Sepatutnya parti ambil (calon) yang terbaik daripada baik. Ikut pemilihan kali ini, tidak ada tokoh agama. Tak ada tokoh agama seorang pun, menjadi calon yang dipilih oleh perdana menteri. Adakah ini dikatakan Umno memperjuangkan agama?.

"Kalau dia (Umno) memperjuang agama, sudah tentu dia meletakkan orang agama lebih daripada kepada orang lain, kerana negeri ini berada di tangan pembangkang," katanya petang ini.

Fahami hasrat anak muda – Nasir Zakaria

PADANG TERAP: Calon PAS bagi Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berpandangan anak muda menjadi penentu besar dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini. Begitupun, beliau tetap menganggap golongan dewasa mempunyai peranan yang penting untuk memberikan kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Justeru, penglibatan petugas dewasa termasuk warga emas pada PRU13 ini perlulah disesuaikan dengan keadaan dan keupayaan mereka.

“Pada saya, semua petugas ada peranan masing-masing tetapi anak-anak muda terutama yang pertama kali mengundi perlu menjadi fokus pada PRU13 ini,” ujarnya ketika ditemui di Markas MTD Kuala Nerang, di sini semalam.

Bagi beliau, kebangkitan anak muda yang berlaku di seluruh negara turut dirasai di kawasan Parlimen Padang Terap.

Himpunan Ulamak & Pimpinan NGO Islam di Insaniah 2 Petang nanti

http://3.bp.blogspot.com/-Abj9X2bU32U/UXXDjmK75tI/AAAAAAAAQUo/CbG8ZHLYbZM/s1600/2013-04-23_021111.png

"Kerajaan Sementara" yang tidak sementara

Oleh Syed Imran

Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan secara tersirat membenarkan seseorang Menteri memegang jawatan sehinggalah bermulanya penggal baru Parlimen. Peruntukan tersebut membenarkan pelantikan seseorang Menteri dibuat ketika Parlimen terbubar.

Oleh kerana Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen, maka berdasarkan konvensyen perlembagaan Kabinet atau Jemaah Menteri (tidak termasuk Timbalan Menteri kerana mereka bukan anggota Kabinet) akan terus wujud sebagai Kerajaan 'caretaker' atau lebih mudah dirujuk sebagai "kerajaan sementara". Di Malaysia, timbalan menteri terus memegang jawatan walaupun bukan anggota Kabinet. Ia adalah pelanggaran semangat "kerajaan sementara".

Kita terima kenyataan bahawa tidak ada salahnya sekiranya seseorang Menteri itu merasmikan apa-apa majlis termasuk yang bukan di bawah tanggungjawabnya mengikut Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2000 semasa Parlimen terbubar.

[GEMPAR] BN langgar Akta Imigresen....!!


Kakitangan awam masih takut dengan "hantu DAP" yang hendak cantum Malaysia dengan Singapora..?

Kakitangan awam masih takut dengan "hantu DAP"?
Oleh ZULKIFLI YAHAYA

 Saya mendapat maklumat dari kalangan kakitangan awam berbangsa Melayu, bahawa mereka dipaksa menghadiri program ceramah anjuran jabatan yang menaungi mereka. Oleh kerana yang mengeluarkan arahan itu ialah pihak di atas maka mereka yang di bawah terpaksa mengikut arahan, khuatir diambil tindakan disiplin jika engkar.

Program berimejkan program kerajaan dan penceramah yang didatangkan juga adalah dari kalangan pemegang jawatan kerajaan yang selalunya membuat pengakuan bahawa dia adalah seorang yang hebat dan berpendidikan tinggi.

"Hari ini saya bukan nak bercakap mengenai isu politik Umno, PAS, sebab saya bukan orang politik sebaliknya saya adalah orang akademik. Dalam politik saya tidak menyebelahi pihak Umno atau PAS, saya hanya mahu membicarakan mengenai kedudukan kita orang Melayu Islam di negara ini serta ancaman yang bakal dihadapi jika kita lalai dalam mengesan perancangan musuh," itu antara mukadimah terhadap pembentangan propaganda yang dipersembahkan di hadapan kakitangan awam Melayu.

Antara pil kuda dan ubat x'pired date... Siapa la yang jadi penasihat TG Hj Hadi nie...?

Oleh DepaKataV2.blogspot.com

Aduhai nasib nasib....nak kata banyak-banyak depa kata tak baik sebab dia tok guru....tapi jika tak kata depa dok kata kat kita..dok perli perli kita....

Inilah padahnya bila terlajak perahu boleh la jugak unduq..nie dah terlajak kata dah nie...kemudian dah dispin oleh musuh untuk pelaga sesama kita...

Kami nie dah lama dah dok nasihat pimpinan supaya jaga tutur kata jaga tingkah laku jaga perbuatan kita sebab ada musuh dok perhatikan pergerakan kita...

Tak Payah pikiaq nak mintak permit di musim pilihanraya


PRU 13: Panas, celaru dan sesak


Pilihan Raya Umum ke-13 ini ialah yang pertama dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bagi Barisan Nasional, dan kali pertama Pakatan Rakyat menyertai pilihan raya umum bersama selepas ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Selesai penamaan calon pada 20 April lalu, pilihan raya kali ini mencatat sejarah dengan jumlah 579 calon merebut 222 kerusi Parlimen, dan 1,321 bersaing di 505 kerusi negeri, dan tiada satu pun kerusi dimenangi tanpa bertanding.

Pilihan raya umum kali ini muncul menjadi pilihan raya yang dikuasai isu-isu panas sehingga menyentuh pelbagai hal sensitif, bercelaru dengan parti-parti pemerintah dan pembangkang menyaksikan jumlah besar ahli bertanding bebas dan pada masa sama gagal mencapai persefahaman asas bertanding satu lawan satu menentang BN, dan jumlah calon yang banyak hingga berlaku persaingan sehingga tujuh penjuru.

BN SALAHGUNA JENTERA KAMPUS, PENTADBIRAN KAMPUS DIGESA TELUS

KENYATAAN MEDIA
BN SALAHGUNA JENTERA KAMPUS, PENTADBIRAN KAMPUS DIGESA TELUS
22 APRIL 2013

Selepas penamaan calon sehingga tarikh pengundian semua parti dan calon bebas ghairah berkempen. Strategi berkempen terpulang perlu dirangka dengan lebih kemas supaya pengundi tertarik untuk memberi undi.

Agak malang apabila jentera kerajaan yang sepatutnya digunakan sepenuh untuk kegunaan dan kemudahan rakyat tetapi digunakan untuk kepentingan politik.

Bertambah parah apabila universiti menjadi mangsa kerakusan Barisal Nasional yang semakin hilang arah untuk meraih undi sehingga tanpa segan silu menggunakan jentera dan kakitangan universiti di waktu pejabat untuk melakukan kerja-kerja BN. (berdasarkan pantauan kami, kakitangan kampus memakai baju BN dan menggunakan kenderaan milik USIM pada waktu pejabat bertempat di Acasia Park, Nilai)

AKU JANJI NAJIbN PRU13 - SANGSI DIRAGUI.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
11 JAMADILAKHIR (ISNIN) 22 APRIL 2013

Sejak manifesto umNO(Baru)bN sebahagian besar inti utamanya dengan
meniru dari MANIFESTO PR dan BUKU JINGGA. Gah siaran langsung semua
canel membuat liputan dekat DS NAJIbN Rosmah. Media rakyat kerajaan
RTM pecacai apalagi MediaPrima TV3 dan sekutunya. NAJIbN megah dan
gah berak gempita macam dentuman peledak C4 kira-kira 6 tahun dahulu
yang mangsanya gadis Monggolia Attantuya. Dentuman itu mengemparkan
negara dan dikaitkan pula dengan pemimpin utama umNO(Baru)bN.
Sementelah pihak imigresen palam dan padan rekod kemasokan Attantuya
ke Malaysia. Angkara siapa? Sebaik NAJIbN Rosmah membaca AKUJANJI bN
PRU13, maka cai-cai disemua perengkat puji habis, hebat dan berwibawa
akujanji PRU13 umNO(Baru)bN. Cai-cai yang sengaja membuat lawak buta
dalam mengukir pujian, mengampu dan mengangkat sakan akujanji itu
macam asli, demi jaga perut kantong.

Sebaik PR - PAKATAN RAKYAT mengistihar kepada rakyat pelancaran
manifesto PRU13 PR - PAKATAN RAKYAT yakni PAKATAN HARAPAN RAKYAT
mengambil masa lebih awal di Shah Alam. Ianya bertujuan untuk memberi
kesempatan dan peluang kepada rakyat membaca dengan masa yang cukup
untuk memahami dan membuat penilaian keatas MENIFESTO PRU13 PR -
PAKATAN RAKYAT yakni PAKATAN HARAPAN RAKYAT. Oleh kerana MENIFESTO
PRU13 PR - PAKATAN RAKYAT yakni PAKATAN HARAPAN RAKYAT cukup adunan
rempah ratus, rakyat dapat menerima dan meneliti kebaikan tawaran PR
kepada rakyat. Sedangkan umNO(Baru)bN yang memerentah hampir 60 tahun
turut berjanji pula untuk merealisasi kehendak denyut nadi rakyat.
Selama hampir 60 tahun, hampa wahai umNO(Baru)bN dok buat apa? Dok
jaga kroni anak bini, beli cincin dan pelabagai macam. Buka kelang
arak dan sebagainya, lanie baru ingat dekat rakyat hakim dalam
pilihanraya.

WargaKilang - Masih banyak yang miskin tak ada apa..??

Wargakilang: Jom Masuk Kg - Hari Buruh 2013

Baru-baru ini, dalam agenda untuk meneruskan tradisi tahunannya, skuad riki Wargakilang sekali lagi telah masuk ke kg-kg di pedalaman, mengenal pasti keluarga miskin untuk dimasukkan ke dalam senarai penerima program JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang, yang sering diadakan pada cuti hari Buruh setiap tahun.
(Perjalanan kali ini membawa kami ke kawasan desa yang indah permai di pedalaman Selama, Perak)

(Ada sesetengahnya terletak jauh ke pedalaman, kereta biasa terpaksa parking jauh, kawan-kawan terpaksa tumpang kereta TRITON saya untuk sampai ke sana)

Antara yang tidak dapat saya lupakan ialah perjalanan ke rumah Paksu Mat, merentas denai hutan, kebun getah, jalan kampung dan titian reput.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...