TERKINI :

Monday, April 22, 2013

Macam nie ja penyokong BN dilakukan...Macam bagi makan ayam aihh..!!


UMNO : Belum menyangkung sudah berak

oleh Aspan Alias

Kadang-kadang terfikir dan teringat juga tentang sejarah lama UMNO terutamanya sejarah sebelum negara mencapai kemerdekaan dahulu. Dalam keadaan UMNO tidak tersusun lagi ini, ada yang teringat kepada kisah bagaimana Presiden UMNO yang pertama Dato Onn Jaafar meninggalkan parti yang beliau tubuhkan itu.

Beliau meninggalkan UMNO kerana ‘idea’ beliau untuk menjadikan UMNO sebagai parti ‘multiracial’ ditolak oleh perwakilan UMNO di Perhimpunan Agongnya pada tahun 1952 dahulu. Mungkin Dato Onn telah menjangkakan dari awal yang perpaduan diantara kaum itu adalah perjuangan utama, mendahului perjuangan yang lain-lain.

Waktu dan zaman telah berubah. Keperluan dan kehendak manusia itu berubah. Pemikiran Dato Onn itu sekarang sudah mula timbul kembali kerana keadaan politik perkauman yang terlalu menebal. Kita mesti mengakui yang selagi kita bermain dengan politik ‘communal’ yang sempit, selagi itulah matlamat kita yang ‘ultimate’ iaitu mencapai perpaduan kaum itu akan sentiasa gagal sampai bila-bila.

FOROM - DR ASRI, DR MAZSLEE & ABD RASYID IDRIS - WACANA KEARAH MALAYSIA SEJAHTERA..


Amaran !! Sila turunkan banner provokasi segera jika tidak..!!



[PANAS] GLC Kerajaan BN Roboh Surau Untuk Bina Kondo..!!




Zambry Perak 'marah' NAJIB sebab kata HARAM JADAH..!!!

Gelaran 'haram jadah' buat Zambry bengang

Pengerusi perhubung Umno Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak berpuas hati apabila digelar sebagai "haram jadah" oleh seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Haram jadah" merupakan ungkapan yang pernah dihamburkan oleh pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sejak Mei tahun lalu.

Penyandang kerusi parlimen Pekan itu menghamburkannya kata-kata itu ke atas golongan peneroka Felda yang yang menentang penyenaraian FGV Holdings tetapi menerima durian runtuh RM15,000.

Zambry dalam laporan Bernama hari ini berkata, "haram jadah" merupakan "perkataan kotor" yang hanya akan disebut oleh "seseorang yang berhati kotor".

TANYA SPR - Nie awat satu nama 3 tempat mengundi nie.. nak menang kecoh kaa..??

 
http://1.bp.blogspot.com/-6jWAHUD5ktc/UIOdndK-1LI/AAAAAAAAJLA/HkQ21yz2qqU/s1600/SPR.png

[Video] Mat Taib: 'Saya kena sokong parti ada pendirian'

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
22 April 2013
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas hari ini berkata, beliau merasakan sudah tiba masanya perubahan dilakukan agar pembangunan dinamik negara ini "mempunyai roh."

Katanya, beliau melihat Pas sebagai satu-satunya parti yang mampu membawa kesedaran tersebut.

“Selama saya menjadi menteri besar dan aktivis Umno, memang benar negara kita maju. Tetapi, sudah sampai masanya pengisian pembangunan ini ada rohnya.

“Saya fikir parti yang boleh isi roh itu mestilah parti yang perjuangkan Islam. Hanya Pas yang bawa kesedaran itu," katanya kepada pemberita.

Senarai nama 61 orang ahli UMNO yang di pecat..!!!


SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE–13

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

DOSA-DOSA UMNO kepada orang MELAYU sepanjang 55tahun memerintah Malaysia

Umno khianati Melayu

1] Sebanyak 22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. Seluas 5,000 ekar di Bruas. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar untuk Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR).

2] Seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL!) Ini tanah rizab Melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

3] Pemimpin Umno menjual 10 peratus saham Sime Darby kepada pelabur negara China. Dasar Umnoputera, bukan bumiputera menyebabkan orang Melayu ketinggalan terkebelakang seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Datoí Zainal Osman iaitu Cina 0.6 peratus; India 2.9 peratus; Melayu 8.3 peratus.

4] Merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu.

5] Persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dengan tidak menambah kawasan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Dinding Putrajaya mulai 'retak'..!!

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

Photo: Kata Ku Nan, saya akan hilang Wang Pertaruhan.

Saya datang bukan untuk bertaruh... Saya datang untuk Berkhidmat pada Rakyat P-125 Putrajaya.

Saya telah buka Pusat Khidmat Rakyat P-125 Putrajaya... Kalah atau menang, Pusat Khidmat ini akan terus dibuka untuk kemudahan Rakyat dalam P-125 Putrajaya.
Luahan hati seorang teman yang berjuang. Sumbangkanlah doa anda untuk sahabat-sahabat di putrajaya. Ini kalilah!

Sekadar berkongsi dengan ikhwah.

Kami dalam jentera PAS Putrajaya sudah 3-4 minggu tidak cukup tidur. Bilik Gerakan di Presint 15 sudah beberapa kali disabotaj elektriknya. Bendera yang dipasang sudah beratus-ratus yang dibuang. Semalam pula, provokasi sudah mula dibuat ke atas Pos-pos PAS. MP UMNO disini memang terkenal dengan samsengnya. Segala jentera kerajaan dan Perbadanan Putrajaya dikerah untuk mengekang kami.

Presiden Perbadanan adalah Pengerusi Kelab UMNO untuk Pesara Kerajaan. Penduduk dan pengundi pula betul-betul ditakutkan dengan notis tindakan oleh kerajaan jika mengundi atau dilihat bersimpati dengan PAS.

Ana sudah beberapa kali sejak 1995 terlibat dengan jentera pilihanraya. Ketahuilah, ini yang paling sengit, yang paling menguji kesabaran, tenaga, kesihatan & kewangan setakat ini.

Ujian dibelakang tabir jentera serta Dato Husam hanya Allah yang tahu. Ramai yang menangis bersama-sama beliau semasa doa pada hari penamaan calon kerana tahu apa yang sedang dilalui dan apa yang akan ditempuhi.

Putrajaya ini Konstantinople UMNO. Dato' Husam adalah jeneral yang terbaik, sungguh!

Ingatkan 1 orang takpun 10 orang rupa-rupanya 61 orang ahli UMNO berpaling tadah..!!!


Dr M serang Kedah untuk selamatkan Mukhriz


KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Kedah tiada pembangunan dan rakyat tidak mendapat nikmat di bawah Pakatan Rakyat hanya menempelak diri sendiri.

Menurutnya, kenyataan Mahathir itu sekaligus menyatakan bahawa hampir 50 tahun sebelum ini BN memerintah Kedah, parti itu telah gagal membangunkan negeri berbanding hanya lima tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

"Tun M tak nampak dan tak ada maklumat berkaitan Kedah. Bagi Tun M bila bela rakyat Skim Kifalah, Bina Kuin, laksanakn tander balak, bantuan imam bilal, semua ni tidak dianggap pbangunan.

"Zaman BN dahulu pembangunan untuk kroni, kayakan pemimpin sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Firdaus juga tidak menolak kemungkinan serangan Mahathir kepada Pakatan Rakyat Kedah disebabkan mahu membela anaknya Datuk Mukhriz yang kini bertanding sebagai calon bagi Dun Air Hitam.

Ini kerana, anaknya itu disebeut-sebut sebagai calon menteri besar jika BN berjaya mengambil alih pentadbiran negeri itu.

"Jangan sebab anak dia masuk bertanding di Air Hitam dia kata Kedah tiada pembangunan. Tun M jangan sombong.

Guan Eng di mata mereka.... "Kari Kepala Ikan & Seluar Pendek"


Hoi BN!!!.... Pulangkan RTM kepada rakyat

Muhammad Ismi Mat Taib

Pilihanraya sebenarnya adalah kemuncak kepada amalan Demokrasi di Malaysia.UMNO dan Barisan Nasional akhirnya akur dan merendah diri apabila mereka sanggup “menuntut ilmu” daripada Pakatan Rakyat mengenai cara-cara ingin membuat Manifesto.

Namun, tidak cukup dengan ilmu menawarkan manifesto, Umno BN juga perlu belajar bagaimana ingin melaksanakan manifesto tersebut. Jika kaedah urustadbir sedia ada yang diteruskan oleh BN, maka manifesto tersebut tidak akan dapat memberikan kesan yang dimahukan oleh rakyat.

Manifesto Pakatan Rakyat wujud disebabkan oleh keinginan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan.

Inilah mesej utama dalam manifesto Pakatan Rakyat. Jika konsep ini gagal difahami oleh Umno BN, maka negara akan tetap terus mundur dan keadaan ekonomi negara akan semakin teruk terjejas.

Siapa yang dapat SAMAN AES tapi tak mau bayar sila ikut petua ini..!!!


Isu Kerusi Bertindin Selesai.. jadi sila rapat saff semula kita mara humbankan BN..!!

3 DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR

KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan agar parti itu menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.
Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Presiden PAS.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.


[BONGKAR] PM kantoi menipu dalam TV3..!!


Senarai pemain KEDAH yang keluar/masuk untuk sessi perpindahan kali ini..!!

 
Persatuan Bolasepak Kedah - KFA -

Petang ini latihan pasukan akan diteruskan di Stadium Darul Aman jam 5.30 petang ini.

Hari ini merupakan hari akhir pendaftaran tingkap perpindahan pemain untuk semua pasukan Liga Premier.

Pasukan Kedah untuk tingkap perpindahan kali ini turut tidak ketinggalan dalam mengambil beberapa pemain untuk memperkemaskan pasukan.

MASUK:

Alen Guc-Penyerang dari NK Solin, Croatia
Mohd Syazwan Zainon-Tengah dari Felda United FC
Mohd Sheril Anuar Saini-Penjaga Gol dari PB Melayu Kedah

KELUAR:

Chayene Santos

Selamat datang ke Kedah FA dan berjuanglah sejiwa murni!

PULUN KEDAH PULUN!

Bila orang SIK pun dah mula meloya dengan media perdana..!!

Pengundi Sik tolak propaganda media perdana



Che Uda (kiri) makan bersama petugas PAS pada majlis di Felda Teloi Timur, malam tadi.

SIK: Pemimpin Umno BN tersilap jika menganggap masyarakat di kawasan pedalaman terpengaruh dengan propaganda yang disebarkan melalui media arus perdana.

Justeru, calon PAS bagi Parlimen Sik, Che Uda Che Nik berkata, walaupun masyarakat di kawasan ini bekerja sendiri yang kebanyakannya adalah penoreh getah, mereka tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang disiarkan itu.

“Dengan sebab itu, mereka tidak termakan dengan laporan akhbar arus perdana dan siaran TV yang dicetuskan oleh Umno BN pada pilihan raya umum kali ini,” ujarnya kertika ditemui di majlis taklimat kepada jentera PAS di Felda Teloi Timur, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau tidak merasa risau dengan kempen dan propaganda yang dimainkan oleh Umno BN menerusi media arus perdana itu ekoran para pengundi di kawasan Parlimen Sik sudah memahami situasi sedemikian.

Awas..!!! Pakatan jangan tiru perangai BN

Pagi Ahad lalu, saya tidak mempunyai banyak pilihan. Untuk melihat sendiri situasi hari penamaan calon PRU13, saya terpaksa membataskan diri di sekitar Lembah Klang. Memang banyak kawasan tumpuan di luar Kuala Lumpur atau lebih tepat "kerusi panas", namun urusan kerja pejabat tidak memungkinkan saya melakukan kembara politik yang lebih mendebarkan.

Pada sebelah malamnya, semasa menyemak Harakah edisi Isnin, fikiran saya lebih terfokus kepada persoalan, sama ada DAP dapat menggunakan simbol roket atau terpaksa berkongsi menggunakan logo  PAS berlambangkan bulan.

Rata-rata kawan-kawan yang menelefon atau mengirim SMS meluahkan rasa seronok dan gembira dengan perkembangan itu. Mereka pastinya sudah muak dan jelak dengan budaya politik adu domba yang menyemai kebencian atau kecurigaan di antara kaum dan agama.

[BONGKAR] Punca Mahathir takut BN Kalah..!!!

[SEBARKAN] Koleksi isu-isu Panas untuk kempen p/raya...!!

Juga jangan lupa tentang...


1. Skandal lembu yang membabitkan duit rakyat berjumlah RM250 juta. Sehingga kini, kedudukan wang yang disalahgunakan itu belum dipulangkan. Jumlah itu bukannya sedikit dan bagaimana syarikat yang dimiliki suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil merangkap menteri ketika itu boleh mendapat pinjaman yang begitu mudah? Sedangkan pada masa yang sama banyak lagi syarikat bumiputera yang bersusah payah untuk mendapatkan pinjaman bank.

2. Pengkhianatan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan. Jika mahu disenaraikan memang banyak, antaranya termasuklah menafikan hak royalti minyak, tidak memberi peruntukan tahunan, tidak membina lebuh raya dan pelbagai lagi sekatan termasuk sekatan melaksanakan undang-undang jenayah Islam. Padahal Kelantan merupakan sebuah negeri yang 90 peratus penduduknya Melayu Islam - sepatutnya terus dibantu dan dimajukan, bukan membalas dendam semata-mata kerana politik.

Perubahan macam mana yang nak kita lakukan?

oleh Aspan Alias

Dalam kempen pilihanraya kali ini setiap parti bercakap tentang perubahan dan masing-masing parti memberikan interpretasi perubahan itu berbeza-beza. Najib hari ini memberikan interpretasi perubahan itu sebagai perubahan dari dalam. Beliau memberikan contoh Felda telah melalui perubahan dari dalam dan tidak perlu perubahan kerajaan.

Di pihak pembangkang, perubahan itu ialah dengan mengubah kerajaan kerana kerajaan sekarang bertanggungjawab menjadikan keadaan negara kita tidak menentu politiknya, tiada arah tujuan yang betul dalam mentadbir kerajaan dan untuk membersihkan kerajaan daripada kegiatan rasuah yang tidak terkawal.

Yang lebih penting lagi perubahan kepada kerajaan terpaksa dilakukan kerana sememangnya sudah sampai masa BN itu berada dipihak pembangkang pula setelah BN membina budaya politik perkauman yang terlalu menebal dalam negara hari ini. Tujuan ‘ultimate’ kita ialah untuk mencapai tahap perpaduan nasional dan itu adalah idaman semua rakyat yang mempunyai tahap pemikiran yang bersih dan jernih.

Isu inilah yang saya ingin melakukan sedikit kupasan kerana ini adalah matlamat terakhir kita sebagai rakyat dalam negara majmuk seperti Malaysia ini.

Anak Bukit Panas... sudah jadi 'medan parang'..!!!

Awas, anda memasuki 'zon perang' Anak Bukit!

ge13 war zon in kedahAwas, sekiranya anda memasuki DUN Anak Bukit, Kuala Kedah - anda mungkin diperhatikan. Jika anda tersilap langkah, anda mungkin diserang hendap!

Begitulah 'situasinya' jika pengunjung atau pengundi yang melalui kawasan DUN Anak Bukit - bermula di sepanjang simpang empat di Mergong hingga sempadan Kubang Pasu.

Bermula dari situ, ia merupakan kawasan 'zon perang', di mana orang ramai bakal menyaksikan hasil kreatif jentera parti Pakatan Rakyat dan BN membuat replika kenderaan perang sempena pilihan raya umum 5 Mei ini.

Tinjauan Malaysiakini, di Kampung Mergong - tidak jauh dari simpang empat, sebuah pondok panas PAS mempamerkan kekuatan 'senjata perang' mereka.

Artis berceramah di kempen Pakatan Rakyat


Hairie Othman di Taman Seri Tanjung, SP petang kelmarin..Ini Kali Lah!!!..

BEKAS MB SELANGOR serah borang sertai PAS..!!!

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Alhamdulillah baharu sebentar menerina borang keahlian untuk  bersama sama PAS dari Tan Sri Muhammad bin mohd Taib bekas MB Selangor di Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Marilah kita sama sama mendoakan semoga beliau istiqamah dalam perjuangan ini.

Alhamdulillah baharu sebentar menerina borang keahlian untuk bersama sama PAS dari Tan Sri Muhammad bin mohd Taib bekas MB Selangor di Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Marilah kita sama sama mendoakan semoga beliau istiqamah dalam perjuangan ini.

Modai kempen UMNO di kampung - PAS jika tak kawan dengan DAP.. UMNO akan sokong ..!!!


Artis Malaysia yang berlakon jadi Aung San Suu Kyi dikecam di Internet Sokong pemerintah yang salahguna kuasa..!!!

KANTOI! Artis Malaysia Dikecam Di Internet Sokong Perdana Menteri!
Oleh Jalan Pulang



Tak sampai 24 jam proses penamaan calon selesai semalam, beberapa artis terkenal bertaraf antarabangsa terus dikecam hebat kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak.

Mendahului senarai tentunya 'Gadis Bond Malaysia' Michelle Yeoh yang turut hadir di majlis makan malam mega di Pelabuhan Klang anjuran seorang taikun yang rapat dengan Najib.

Michelle dalam ucapannya meminta hadirin yang majoritinya kaum Cina supaya terus menyokong Najib kerana dia layak 'untuk terus mentadbir negara'.

Ucapan dan sokongan secara terbuka menyebabkan Yeoh teruk dikecam terutamanya di laman sosial Facebook milik Najib, 'Ah Jib Gor' malam tadi.

Kenyataan secara terbuka Yeoh turut menyebabkan hadirin yang sudah tiba agak lewat terus meninggalkan majlis malah ada sesetengahnya belum lagi menikmati jamuan yang disediakan.

PR menang HARGA MINYAK DITURUNKAN...hangpa tak mau lagi kaa..???

Anwar ulangi janji turun harga minyak dalam 2 hari jika menang PRU
Wartawan Sinar Harian
22 April 2013
BOTA - Pembangkang berjanji akan menurunkan harga minyak dalam dua hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini perkara utama yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika rakyat memberi mandat terajui kerajaan pusat.

"(Pada) 5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita angkat sumpah dan 7 Mei, minyak akan turun seluruh negara," katanya ketika memberi ceramah di Teluk Sena di sini, malam tadi.

UTUSAN & KOSMO nak jual dah tak laku..sampai sanggup bagi PERCUMA..!!



PUTRAJAYA - Penamaan Calon : PR 1 - 0 BN..!!


Husam terharu kerana PAS telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kota pentadbiran yang merupakan kerusi yang amat strategik dalam negara.

"Saya kini meletakkan diri saya untuk mencontohi jejak langkah perjuangan getir para anbiya dan sahabat-sahabat dalam menegakkan Islam," katanya sebagaimana dipetik dalam laman Facebook rasmi PAS Putrajaya.

PRU13 - NAJIB SUJUD DI KAKI MAHATHIR; UMNO, MCA GERAKAN REBAH DI KAKI ROSMAH.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
10 JAMADILAKHIR 1434 (AHAD) 21 APRIL 2013

“Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh
bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman
di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati).
Allah berfirman lagi: “Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati,
dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula
pada hari kiamat)”. (Al-’Araf 7: 24-25)

Sepatutnya mengikut nasihat pakar kardiologi, saya tidak wajar untuk
turut hadir bersama teman sahabat seperjuangan dari UPU Kuala Sidim
semalam ke proses penamaan calun PRU13 untuk KaPar P.17 Padang Serai
dan KaDun N.33 Merbau Pulas serta N.34 Lunas. Tetapi apakan daya
runtutan semangat mengatasi kesihatan yang tidak berpehak kepada saya
untuk terus berada ditempat terbuka, pengunjong yang ramai apalagi
dipanas terek. Barang pasti akan miss mendapatkan ubat rutin. Benar,
walau saya mampu sesuaikan diri dalam kumpulan ramai, saya sentiasa
merasai sakit tidak stabil. Serta penyakit berangkai lain pun
berperanan. Usia 60 tahun +, beriring seiring dengan penyokong dari
gulungan anak muda, amat mengembira hati, teruja dan terlupa penyakit
kronit tanpa tahap dialami selama ini.

Ingatkan UMNO saja guha puak BANGLA tapi rupa-rupanya MCA pun 2X5..!!!



ADUHAI.. SEBELUM NIE INGATKAN UMNO SAJA DOK GUNA PENYOKONG IMPORT...TAPI KINI DAH BERJANGKIT KEPADA MCA DAH...KESIAN..KESIAN...

[PANAS] Bekas MB Selangor muncul di majlis PR..

Bekas MB Selangor Mat Taib muncul di majlis Pakatan
 Muhammad Taib
Muhammad bersama Khalid (kanan) pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh semalam.
 
BATANG KALI - Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung,  mengejutkan banyak pihak.

Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.

Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad  dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli Pas di Ibu Pejabat Pas Pusat hari ini.

"Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.

Bertanding BEBAS di Sg Limau sebab merajuk dengan UMNO tak dipilih jadi calon

OLEH BUDAK SEDAKA
CIKGU SOBRI AHMAD TOKOH BELIA PERINGKAT ANTARABANGSA
ANAK TEMPATAN YG BUAT KERJA KERAS UTK UMNO DI DUN SG LIMAU
BELIAU KECEWA DGN UMNO DAN AKAN BERTANDING BEBAS DI DUN SG LIMAU
RAMAI JUGA PENYOKONG BELIAU,,,,

OIIII ORG UMNO SG LIMAU MCMCANA HGPA TAK RASA NAK ANGKAT BENDERA PUTIH AWAL KA ............
HAHAHAHAHAH BUAT KENDURI AWAL LA USTAZ AZIZAN AKU TAK BAILK MENGUNDI DAH PUN TAKPA .......WAKAKAKAAK TAPI AKU NAK BALIK JUGAK TGK MUKA CEKANG GENG UMNO .....
CIKGU SOBRI AHMAD TOKOH BELIA PERINGKAT ANTARABANGSA
ANAK TEMPATAN JERAI YG BUAT KERJA KERAS UTK UMNO DI DUN SG LIMAU
BELIAU KECEWA DGN UMNO DAN BERTANDING BEBAS DI DUN SG LIMAU
RAMAI JUGA PENYOKONG BELIAU DARI ANAK-ANAK MUDA TAPI
ITU SEWAKTU BELIAU BERSAMA UMNO DAHULU..

DENGAR KATA BELIAU DICANTAS TAK JADI CALON UTK PRU13...
MAKA BELIAU PUN BERTANDING BEBAS...DAN AMBIL KAWASAN SG.LIMAU
UNTUK BERADU KEKUATAN DENGAN PJ KEDAH.
APA YANG DILIHAT BN YANG PENAT DISINI KERANA UNDI
UNTUK BN AKAN BERPECAH..MANAKALA PAS AKAN MERAIH LIABILITY
YANG CALON BEBAS INI ADA.

SEMOGA BERJAYA CIKGU.

P/S-MB KEDAH BOLEH RELAX DAH LA DISINI...HE HE HE

PENDANG - Pertembungan antara 'orang lama'

Saingan sengit di Pendang
Azizan
Azizan
KOTA SARANG SEMUT - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan kedua-dua calon bertanding kerusi Parlimen Pendang, sama hebat dan berpengalaman.

Pas mempertaruhkan Timbalan Presiden,  Mohamad Sabu untuk berdepan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi mempertahan kerusi yang sebelum ini disandang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, yang tidak dicalonkan semula.

Azizan berkata, kedua-dua pemimpin itu berpengalaman dalam pilihan raya sebagai calon, malah mereka juga orang lama yang disanjung ahli dan penyokong parti.

“Bagi saya itu saingan yang sangat sengit,” katanya.

Parlimen Pokok Sena ‘panas’

MOHD RIFAAT ABD HAMID
Parlimen Pokok Sena ‘panas’
Calon BN dan PR Parlimen Pokok Sena diperkenalkan ketika 
penamaan calon di Pejabat Daerah Pokok Sena, semalam.
 
POKOK SENA - Parlimen Pokok Sena (P008) menyaksikan pertembungan tradisi sekali lagi antara Pas dan Umno iaitu penyandangnya, Datuk Mahfuz Omar yang berhadapan calon Umno, Datuk Sahlan Ismail.

Pencalonan Parlimen dan Dun itu diadakan serentak di Pejabat Daerah Pokok Sena.

Parlimen Pokok Sena ini agak ‘panas’ kerana ia sering bertukar tangan antara Pas dan Umno setiap kali pilihan raya umum (PRU) dan sudah pasti calonnya terpaksa bekerja keras bagi meraih undi pengundi di kawasan itu.

Mahfuz, yang juga calon ‘heavyweight’ Pas kini terpaksa berhadapan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama empat tahun yang merupakan anak jati Pokok Sena.

Timbalan KPN: Majikan tidak boleh ugut pekerja undi sesuatu parti

KHALID ABU BAKAR
KHALID ABU BAKAR

SEMPORNA - Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta mana-mana pihak tertentu khususnya majikan tidak mengugut atau memaksa pekerja mengundi sesebuah parti.

Beliau berkata polis ada menerima maklumat terdapat usaha beberapa majikan di Johor yang mengugut untuk membuang pekerja yang mengundi parti tertentu semasa hari pengundian, 5 Mei ini.

Khalid bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian Pingat Kedaulatan Negara kepada 25 anggota polis berlainan pangkat yang bertugas menangani insiden kumpulan pengganas Sulu di Semporna Februari lalu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...