TERKINI :

Sunday, April 21, 2013

Ramai lagi yang ada hati dan perasaan macam Kamilia tapi takut..!!!

Tindakan Kamilia adalah manifestasi ramai ahli-ahli UMNO

Isu Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, bertanding dengan tiket bebas amat menarik. Menarik bukannya kerana ia mengejutkan, ia kejadian yang pertama kalinya berlaku dalam sejarah UMNO atau lebih khusus lagi sejarah Wanita UMNO, tetapi bagaimana reaksi UMNO terhadap tindakan Kamilia itu.

Walaupun Kamilia telah meletakkan jawatan selepas sahaja beliau mengemukakan kertas pencalonannya, Tan Sri Muhyiddin telah membuat kenyataan yang UMNO akan mengeluarkan surat pemecatan keatas Kamilia Isnin ini. Sebagai seorang Pemimpin Tertinggi Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi pula, sememangnya Kamilia sepatutnya dibawa bersama dalam rundingan dalam banyak isu parti termasuklah isu perletakan calon dalam pilihanraya kali ini.
UMNO telah mengguris Kamilia sebegitu rupa dan tindakan beliau bertanding di atas tiket bebas itu merupakan tindakan manifestasi Wanita UMNO terhadap pandangan pimpinan UMNO terhadap Wanita. Perlakuan terhadap Kamilia itu merupakan lambang UMNO sudah kehilangan wibawa yang tidak tahu berbuat apa yang sangat penting untuk menjaga hati ahli-ahli Wanitanya.
Ketua Wanita, Shahrizat sudah tidak ada kredibiliti lagi dan sepatutnya Sharizat tidak lagi berada dalam jawatan yang beliau sandang itu kerana isu skandal NFC. Beliau tidak lagi bertanding dalam pilihanraya kali ini. Shahrizat adalah seorang yang 'politically menopause'. Selepas Shahrizat orang yang terkanan adalah Kamilia dan sepatutnya beliau mempunyai suara bagi mewakili wanita dalam isu pilihanraya kini.

Antara memberi TAZKIRAH kepada KARPAL SINGH & NAJIB RAZAK..??

nukilan Hadi Johari

IKLAN ADMIN YANG BAYAR
 10 kali lagipon kalau karpal cakap dia tak setuju hudud, kita akan tetap kawan dengan DAP.. sekurang kurangnya dia dia hanya tak setuju hudud, dia tak pernah nk bawak hudud ke mahkamah.. tapi dia tetap faham apa itu rasuah, kronisme, jenayah, ketirisan,kezaliman... bla bla bla

masalah kita dengan karpal hanya hudud, tapi masalah kita dengan BN banyak.. gadai bangsa dan tanah rakyat, runtuh masjid, kebas duit lembu, tabung tentera, kapal selam,kronisme, nepotisme, bagi ic pada pendatang disamping menghina hukum hudud malahan nak bawak hudud ke mahkamah.. adakah ini masih belum di katakan pengkhianatan pada bangsa?

tugas kita pada karpal ialah memahamkan dia tentang hudud, bukan pelik sebab apa dia tak faham.. kalau DS Najib yg mampu jadi imam solat pon tak faham hudud, pelik sngat kah karpal yg tak reti wudhuk tak faham hudud??

Karpal bukan belajar di maktab mahmud, atau pondok husin che dol, atau sambung pengajian ijazah sarjana muda syariah di al azhar.. tak pelik karpal tak faham hudud kerana muslim yg sokong hudud pon ada yg masih tak faham hudud dgn sempurna...

Jerai - Bekas Timb Pengarah Pej Pembangunan Negeri Kedah serah borang ahli seumur hidup PAS



- Tuan Haji Abdul Halim Bin Said -

Jawatan Terakhir Beliau ialah Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah di Bawah Jabatan Perdana Menteri

Pengalaman Bekerja :

Beliau pernah bekerja di bawah beberapa buah kementerian antaranya :

1- Kementerian Perdagangan Antarabangsa
2- Kementerian Pertanian
3- Kementerian Luar Bandar & Pembangunan Wilayah

Tanggal 20 April 2013, Beliau telah menyerahkan borang menjadi ahli pas seumur hidup kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Bin Abdul Razak

facebook :YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar

Bila UMNO KEDAH nak jawab tak tau isu nie..??


BANNER FITNAH Bertaburan... Agak hangpa ini kerja siapa..????


Contoh kempen fitnah. Sapa punya kerja neh?

PAS sudah ada kapal terbang sendiri.. tahniah..!!!

 
Bagi aku ini kreatif. Dan ada significantnya yang tersendiri. So ble orang notice mereka akan tengok dan berkata2. Informal tapi kempen pasal pas bergerak.

Oi ko tahu markas pas kat situ buatpe?

Buat pe?

Sekali kapal terbang la plak.

Awat kapal terbang?

Tah. Nak perli Najib suka lari ke luar negara kot.

Anwar: Pertembungan di Sg Acheh kerana 'salah faham'


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh walaupun tindakan itu mendapat tentangan PAS.

Katanya pertembungan calon PKR dan PAS di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.

Punggah.. bila Ahli BN hina Calon BN Sendiri..!!!

KENYATAAN MEDIA 
CALON BN N19 JOHOL DIHINA OLEH AHLI BN

1. Saya terkejut dengan pertukaran saat akhir calon BN di N19 Johol dari Ustaz Mohd Fadzil Abu Kasim kepada Sdr Abu Samah Mahat  Sesungguhnya, pertukaran ini menggambarkan pergolakan yang berlaku dalam kem UMNO dan BN. Saya juga dimaklumkan berkenaan pergolakan UMNO BN ini menerusi video yang di ‘upload’ di internet pada pertemuan penyerahan watikah Rabu lepas (17 April 2013) yang dihadiri Dato Hasan Malek dan dipengerusikan Dato Ismail Lasim yang kesudahannya ditangguhkan.

[DEDAH] Senarai orang BN yang jadi calon BEBAS..!!

Berikut senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.


1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar

2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek
Gelugor,

3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang

4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang

5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen
Bandar Tun Razak

Mahfuz anggap pertembungan keluarga

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yakin dapat mempertahankan kerusi yang telah dimenanginya sebelum ini berdasarkan kepada rekod-rekod pencapaian serta sokongan rakyat setempat.

Menurutnya lagi, kebanyakkan rakyat sudah mengenali beliau dan sepanjang 10 tahun beliau menjadi Ahli Parlimen banyak perkara yang telah dilaksanakan, di antaranya adalah menjadikan Pokok Sena sebagai sebuah daerah di dalam Negeri Kedah.

Jelasnya ketrika dihubungi Harakahdaily, perkara ini dilaksanakan sewaktu pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PAS) supaya lebih banyak tumpuan pembangunan diberikan kepada Pokok Sena.

"Saya berkeyakinan kita (PAS) dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini, melalui rekod kejayaan yang telah PAS lakukan saya pasti rakyat akan terus memberi sokongan.

"Dulu Pokok Sena bukannya sebuah daerah tetapi di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat PAS, kita telah menjadikan Pokok Sena kepada sebuah daerah dan ini bertujuan agar lebih banyak pembangunan diberikan selari dengan status Pokok Sena sebagai sebuah daerah," jelas beliau.

PRU13 di Kedah - Lu Langsi Lu Mati!

oleh KedahLa

ULASAN Selepas proses penamaan calon beberapa calon 'kerdil' PAS dan PKR bakal berdepan dengan calon 'abang besar' berpengalaman dan berpengaruh tersendiri dalam persaingan sekurang-kurangnya tiga penjuru di kerusi DUN atau parlimen.

Sekalipun dianggap setara dari sudut jawatan dalam kerajaan, calon PAS DUN Ayer Hitam Abdul Ghani Ahmad dilihat berdepan dengan pengaruh calon BN, Datuk Mukhriz yang dibayangi bayang-bayang ketokohan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, kehadiran bapanya sewaktu penamaan calon pagi tadi, telah menaikkan semangat penyokong dan jentera, malah mendapat sorakan antara yang paling gemuruh berbanding dua lagi calon Umno yang bertanding.

Dalam parlimen Alor Setar, pemimpin muda PAS dan PKR masing-masing berdepan dengan perlawanan tiga penjuru di DUN Alor Mengkudu dan Bakar Bata.

Menjawab isu FITNAH - PAS GADAI ISLAM KERANA DAP..!!!

JIKA UMNO/ BN FITNAH PAS GADAIKAN ISLAM KERANA DAP ~~

Satu saja nasihat admin, apa saja fitnah yang dilemparkan oleh BN terhadap PAS dan DAP, sahabat2 tak perlu peningkan kepala kerana keliru dan sebagainya, cukuplah kita ingat bahawa PAS dipimpin oleh puluhan ulama dan ratusan ustaz dan ustazah, PAS dipenuhi dengan orang2 alim (berilmu agama) yang ikhlas mahu kembalikan HAK RAKYAT dan kemuliaan Islam setelah bermacam fitnah dan keburukan timbul akibat pemerintahan BN yang sudah tersasar jauh dari ajaran Islam sebenar. 

Berbeza dengan UMNO/ BN, ustaz dan ustazah mereka hanya sebagai penasihat yang ada kalanya tidak dipedulikan oleh barisan kepimpinan tertinggi BN. Jadi INGATLAH, apabila datang sebarang fitnah kepada PAS atau DAP atau PKR, cukuplah kita ingat bahawa PAS dipenuhi dengan alim ulama, mereka adalah pewaris para Nabi sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w iaitu "Ulama adalah pewaris para Nabi", jadi mereka pasti tidak akan biarkan Islam dihina dan pada diri mereka sendiri banyak sunnah Nabi yang mereka amalkan. Wallahu a'lam. via Beneficial Knowledge = Ilmu Bermanfaat

Langkawi - Meriah sungguh kali ini.. BN ada PR ada BEBAS pun ada..!!!

PARTI BEBAS KUASAI POLITIK LANGKAWI?

Buat pertama kalinya didalam sejarah Pilihanraya Langkawi, dimana calon BEBAS turut sama bertanding beserta calon-calon daripada parti dominan di negara iaitu BN dan Pakatan Rakyat.

Bagi kawasan Parlimen Langkawi

1) Dato Ir. Hj. Nawawi bin Hj. Ahmad - BN
2) Dato' Hj. Ahmad bin Abdullah - PKR
3) Puan Marina binti Hussein - BEBAS

Bagi Kawasan DUN Ayer Hangat ( N.01 )

1) En. Mohd Rawi bin Ab. Hamid - BN
2) En. Zubir bin Ahmad - PAS

Amaran Penyokong PR kepada pimpinan bab pertindihan calon... dengaq baik baik..!!

Pertindihan Calon: Ini pesanan (amaran) dari seorang penyokong Pakatan Rakyat 


Isu pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon semalam menjadi buah mulut ramai penyokong-penyokong PKR dan juga PAS di kebanyakkan bilik gerakan pilihanraya semalam.

Antara kerusi yang berlaku pertembungan tersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti.

Ramai yang melahirkan kekecewaan dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku ini dan mempersoalkan kenapa perkara ini boleh berlaku?

Bagaimanapun penyokong tegar baik dari PKR mahupun PAS tetap tidak berubah sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat..

Tetapi ianya memberi kesan terhadap kepercayaan oleh ramai individu yang baru mula menyokong Pakatan Rakyat..

Aduhai menteri..sekadar cerita kejayaan perbaik 'longkang' pun nak ungkit..!!

 
 Ini namanya Menteri Longkang. Tu je sumbangan kau selama ni? Jasa pon pasal longkang itupon nak ungkit. Die ingat keperluan rakyat ni cume longkang je ke? Sia-sia je rakyat bayar kau, baik rakyat bayar kau jadi Menteri Membaik-pulih Longkang je.



Apabila NAJIB lantik VICE PRESIDENT PETRONAS dari kaum lain...!!


Ramalan kebanyakan penyokong UMNO akar umbi menegaskan bahawa PRU13 ini sama atau lebih parah dari PRU12 kerana gara2 PM Najib mahu kekal jadi Presiden UMNO bukan PM Malaysia. Cara beliau memilih calun2 BN rata2 di seluruh Negara amatlah memalukan seluruh jentera UMNO, segala penat lelah 4 tahun meyakinkan Rakyat Malaysia terutama Org Melayu akan ada pembaharuan dalam pemimpin pelapis untuk masa depan UMNO dan Org Melayu hancur tidak tercapai.

Sy telah lama mengikuti cara beliau PM Najib mentadbir Negara, yg paling sedih dan menakutkan pertama-tama kali sebagai PM dari UMNO beliau lah PM Melayu UMNO yg sanggup membuang eksekutif Melayu Islam dari PETRONAS kepada Cina Kristen yg ekstrim berasal dari Sarawak Shell, Datuk Wee Yiaw Hin kelulusan Kej. Awam utk menjawat Executive Vice President (Ramalan kebanyakan penyokong UMNO akar umbi menegaskan bahawa PRU13 ini sama atau lebih parah dari PRU12 kerana gara2 PM Najib mahu kekal jadi Presiden UMNO bukan PM Malaysia. 

Calon BN Langkawi pilihan NAJIB nampaknya di tolak BN Langkawi...

 
Calon BN Langkawi pilihan NAJIB nampaknya di tolak  BN Langkawi

[DEDAH] Antara Kerusi PR & BN inilah bukti jelas UMNO pengkhianat MELAYU..!!


 
Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs

PRU13: JUMLAH KERUSI YANG DTANDINGI BN, PAS, PKR DAN DAP.

BN bertanding dlm 221 kerusi Parlimen 505 DUN.
PAS bertanding dlm 73 kerusi Parlimen 236 DUN.
PKR bertanding dlm 99 kerusi Parlimen 172 DUN.
DAP bertanding dlm 51 kerusi Parlimen 102 DUN

Bukti UMNO pengkhianat MELAYU!!!

Anak Muda Siam iringin Timb Presiden dan Calon DUN di Pendang


Anak muda Siam semakin menunjukkan kecenderungan sokongan kepada PAS di Kedah

PUTRAJAYA oh PUTRAJAYA - Husam lah yang secucuk sebagai wakilnyah

Putrajaya kawasan berprestij, Husam lah yang secucuk sebagai wakilnyah
 
Pertembungan diantara Husam Musa dan Tengku Adnan di kawasan Parlimen Putrajaya dalam PRU ini amat menarik bagi diri saya untuk membuahkan sedikit komen. Awal-awal bicara saya ini, saya terus terang berkata kalaulah benar-benar pengundi di Putrajaya mahukan seorang wakil yang betul-betul mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang wakil yang betul, maka Husam lah orangnya. Jika kita mahukan seorang yang ‘colorful’ dengan berbagai-bagai isu, maka Tengku Adnan lah yang betul.

Husam seorang Naib Presiden PAS dan tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh dipersoalkan. Berbeza dengan T Adnan, Husam tidak mempunyai isu yang membabitkan perjudian atau isu salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai seorang ahli Dewan Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya itu.

Jika kita benar-benar memilih mengikut markah keperibadian, Husam sememangnya jauh lebih bersesuaian untuk mewakili rakyat Putrajaya. Segala-gala yang ada pada Husam itu semuanya ‘natural’ dan tidak ditempelkan dengan imej-imej palsu seperti yang ada kepada Tengku Adnan.

Rahsia kenapa pendaftaran PAKATAN RAKYAT dengan ROS tidak LULUS terbongkar..!!

Semua nie berpunca dari ROS kena cucuk hidung...depa takut nak laksnaakan bidang kerja depa.....cuba lihat senario DAP nie...

masa kita nak pohon untuk daftar pakatan rakyat...punya dok tunggu sampai la tak dak jawapan...mai tang nak kena jerut BN isu nak guna simbol PAS..

Pukul 10mlm pon hangpa boleh hantaq surat..pejabat mana bukak sampai time tu??Ini Kalilah!!

Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh

Assalamualaikum WBT,

Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.

Sepengetahuan umum, che'GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 kerana PKR serah kerusi parlimen Labuan untuk ditandingi oleh PAS.

Jadual Calon Parlimen P014 Merbok - Nurin Aina


PAGI YANG INDAH, TERUS MELANGKAH, MENGGALAS AMANAH

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
Salam sayang, salam mesra, salam perjuangan.

Syukur pada Ilahi, saudara-saudari dan saya masih diberi nikmat Tuhan untuk bersama menikmati kehidupan yang baik hari ini.

Ayuh teman-teman, pejuang-pejuang aspirasi rakyat, mari bersama terus melangkah menyebar maklumat hingga sampai ke kepada semua rakyat di P.014 Parlimen Merbok.

Saudara-saudari yang ada kelapangan, JOM BERSAMA SAYA bertemu masyarakat. Antara aktiviti hari ini:
8.30 pagi : Mesra masyarakat di Pasar Basah Taman Ria
2.30 ptg : Bersama masyarakat di Titi Panjang
5.30 ptg: Hi-Tea bersama Hairei Othman (Leftenan Adnan) di Tmn Sri Tanjung.
8.30 mlm : Bersama masyarakat kaum India di Petani United
9.30 mlm : Ramah mesra masyarakat India di Desa Ria

JOM PI SAMA-SAMA

DEMI RAKYAT, MENGGALAS TANGGUNGJAWAB

NURIN AINA
Calon P.014 Parlimen Merbok
"MUDA, MESRA & BERWIBAWA"

Presiden PAS dan Penasihat PKR wajar letak jawatan

Assalamualaikum wrt.

pohonlah petunjuk sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah ini
Hari penamaan calon untuk PRU 13 telahpun berlangsung. Siapa yang menjadi taruhan parti-parti yang bertanding telahpun muktamad. Tiada lagi teka-teki dan andaian, yang ada selepas penamaan calon adalah hakikat dan kenyataan. Pahit atau manis ianya terpaksa ditelan, cabaran yang mendatang samada susah atau senang perlu direntas jua. Gelanggang telahpun dibuka dengan rasminya.

Pakatan Rakyat dengan tema “pakatan harapan rakyat” meletakkan matlamat yang tinggi untuk PRU 13 iaitu untuk menakluk PUTRAJAYA, menamatkan regim BN yang telah berkuasa lebih daripada 50 tahun, 12 kali siri PRU. Impian PR ke PUTRAJAYA dilihat mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia untuk membuat perubahan dan mencorakkan kerajaan yang lebih berwibawa, tidak tamak kuasa, sedia mendengar suara rakyat dan sedia bertolak ansur demi kebaikan semua.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...