TERKINI :

Saturday, April 20, 2013

Sekitar Penamaan Calon Parlimen Kuala Kedah

 
 

Hadiah BN Kedah: Projek ‘gajah putih’, RM403 juta

Oleh Azamin Amin 
 
SEHINGGA rencana ini ditulis, belum ada sebiji mata pun yang mampu berdepan dengan Pakatan Rakyat Kedah bagi menjawab isu kerugian RM403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah negeri ini. 

Bermula dengan Yayasan Islam disaman RM11 juta, kemudian kehilangan RM6.15 juta projek udang Kerpan, disusuli kegagalan Projek 990East Langkawi dan bakal berdepan dengan saman RM60 juta ekoran kegagalan projek Jerai International Park antara yang masih menjadi tanda soal tak berjawab.

Usahkan BN nak menjawab, membayarnya kembali pun belum tentu. Lebih menyakitkan hati ialah terpaksa menanggung hutang beban Syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) sejumlah RM14 juta.

Hutang yang ‘dicipta’ STDC adalah untuk membiayai aktiviti politik Umno seperti bahan kempen, baju, khemah dan sehala kemudahan untuk ‘melawan’ parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Akhirnya parti yang dilawan pula terpaksa membayar hutang piutang mereka.

Apa akan berlaku sekiranya SYED MOKHTAR BUKHARI MENINGGAL DUNIA..??

UUM hantar student 6 buah bas untuk meramaikan BN di pusat penamaan calon

King Jason


Sintok, 20 April : Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) sebentar tadi telah mendedahkan pentadbiran universiti telah menyediakan enam buah bas untuk ke pusat penamaan calon.

Namun, kumpulan mahasiswa berkenaan sebelum itu dimaklumkan bahawa enam buah bas itu akan menyertai sebuah program khidmat komuniti di Sungai Petani dan Ayer hitam.

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila enam buah bas berkenaan terus ke pusat penamaan calon serta diberikan baju percuma, makanan percuma dan pelepasan kelas Ko-Kokurikulum bagi menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional.

http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/04/mahasiswa-uum-kena-tipu-ingatkan.html

Isu calon: Jawapan Dr Juanda

Dr Juanda Jaya
20 April 2013
Dr Juanda Jaya
Dr Juanda Jaya
BEBERAPA soalan:

1. Apakah Dr akan bertanding dalam PRU13 dan di mana kawasannya?

2. Mengenai pencalonan di kerusi Parlimen Kangar, pada mulanya Dr dicalon tetapi akhir Pas yang akan letak calon, sebenarnya apa yang terjadi?

3. Mengapa Dr pilih PKR dan tidak Pas atau Umno? Apakah akan tetap dengan PKR selepas apa berlaku?

4. Adakah boleh katakan secara rasmi Dr tidak bertanding? Atau mungkin ada kejutan berlaku esok?

Umno pecat bekas Exco Fadzil Hanafi serta-merta sebab tanding bebas di Alor Mengkudu

IKLAN SAHAJA
ALOR SETAR - Bekas Exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi, yang hari ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Mengkudu, dipecat keanggotaan daripada Umno serta-merta berikutan tindakan beliau itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Fadzil bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu tindakan mengkhianati parti.

"Kami berasa kesal apabila dia (Fadzil) telah mengkhianati parti apabila bertanding sebagai calon Bebas. Fadzil meletakkan dirinya lebih utama daripada kepentingan seluruh parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

N20 Labu : Siapa kata geng qasidah takleh berpolitik? Yahanana di pernamaan calon


AL FATIHAH untuk anggota POLIS ini..!!!

Anggota polis meninggal di pusat penamaan calon

Seorang koperal polis meninggal dunia semasa bertugas di pusat penamaan calon Politeknik Merlimau, dipercayai mengalami serangan jantung di pintu masuk pusat itu di Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata Kpl Nordin Ahmad, 50, dari Balai Kemendor, di sini disahkan meninggal dunia pada 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin.

"Allahyarham ketika itu dilaporkan baru selesai bersarapan pagi apabila tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Awas PROVOKASI musuh hendak mengelirukan kita..!!

Hati-hati dendan provokasi musuh Islam

Dalam kita bergembira dan ghairah untuk merayakan hari penamaan calon pagi besok, jangan jita cepat terpengaruh dengan beberapa provokasi yang akan dimuntahkan oleh musuh-musuh Islam. Biasanya provokasi ini datangnya daripada pihak UMNOK tentunya dan pihak SB.

Tujuan provokasi ini dilakukan supaya pihak PR akan over action dan over confident. Tapi tabg oaking utana adalah untuk memperbodohkan pihak PR. Dijangka untuk PRU kali ini provojasi akan lebih ketara Justeru, diminta seluruh pendokong dan penyokong PR hangan cepat melatah. 

Antara provokasi yang mungkin dibuat ialah; si nu bin si anu telah menang percuma kerana calon UMNGOK tersalah isi borang, si anu bin si anu menang percuma kerana calon UMNGOK muflis dsbnya. Jangan bertindak dan beraksi yang melampau kerena ia penipuan UMNGOK semara-mata. Selamat berjuang.





Menjawab isu KUIN dekat banner yang ditabur seluruh Kedah...!!!

 
KAMI BERPANDANGAN KITA TAK YAH BUANG BANNER INI TETAPI KITA COUNTER ATTACK DENGAN BANNER JUGA... INI BARU MERIAH...JANJI ISU SAMPAI KE SASARAN

Eishhhh baguih sungguh PETRONAS nie sampai bagi juta-juta pada 'LAHAD DATU'

Petronas sumbang RM1.2 juta

19 April 2013
KUALA LUMPUR - PETRONAS hari ini menyumbang RM1.2 juta kepada Tabung Kebajikan Ops Daulat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tabung Perwira Lahad Datu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga kepada anggota keselamatan yang terkorban sewaktu Ops Daulat.

Sumbangan untuk kedua-dua tabung yang masing-masing berjumlah RM500,000 disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin pada satu majlis di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Baki sumbangan berjumlah RM200,000 akan diagihkan kepada 10 keluarga anggota PDRM dan ATM yang terkorban ketika bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini. Sumbangan ini diberikan untuk membantu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan, khususnya bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban. Bayaran berjumlah RM20,000 bagi setiap keluarga tersebut akan dibuat menerusi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

AmanTV - Temuramah bersama MB Kedah di penamaan calon Parlimen Jerai


Cerita semalam dari Veteran UMNO Kedah BAHAWA BN KEDAH akan kalah teruk dari 2008

"Inilah perpecahan paling dahsyat berlaku di kedah sejak merdeka!" -Veteran UMNO
Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Hanya tinggal besok sahaja semua yang akan bertanding PRU13 akan menyerahkan borang penamaan. Masa makin suntuk untuk mana-mana pihak yang sedang berperang dgn perasaan sendiri sama ada mahu bertanding bebas atau menentang parti sendiri dengan cara mensabotaj dari dalam. Mereka yang dimaksudkan adalah bakal calon UMNO yang tersingkir atau disingkirkan oleh Najib sebagai calon BN.

Selepas Jumaat tadi MK bersembang panjang dengan seorang veteran UMNO Alor Setar. Pada percamannya, BN akan kalah teruk dalam PRU kali ini di Kedah. Apa alasannya?

"Dalam PRU lalu konflik perebutan calon hanya berlaku di sesetengah kawasan di Kedah, kini PRU 2008 di hampir semua kawasan dan penentangan yang dibuat pula terbuka dan semua orang tahu, inilah sejarah perpecahan yang paling teruk bagi UMNO sejak merdeka" ujar veteran UMNO itu.

Laungan Takbir bergema sewaktu penamaan calon bersama Ust Azhar Idrus


Dalam rakyat bersemangat ke PUTRAJAYA.. ada juga kerusi PAS & PKR terbarai di tengah jalan..!!!

PAS, PKR bertembung di Labuan dan Sg Acheh

PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain dalam perebutan kerusi Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh.

Di Labuan, PKR mencalonkan Ibrahim Menudin manakala PAS meletakkan Hadnan Mohamad.

Mereka akan berdepan dengan pendatang baru Rosman Isli dari Umno. Pada 2008, kerusi itu dimenangi oleh Yusof Mahal dari Umno dengan majoriti yang besar.

Star Online melaporkan Ibrahim sebagai berkata tiada kompromi dan mereka akan berentap antara satu sama lain.

Katanya, mereka tidak boleh menarik diri kerana sudah memfailkan kertas pencalonan dan jika berbuat demikian, akan hilang wang deposit.

[TENGKORAK HANGPA..AWAT BILA DAH HANTAR BORONG BARU SEMBANG KOMPROMI..SEBELUM ISI BORANG AWAT TAK PIKIAQ... KELAKU MACAM NIE PON ADA DALAM PAKATAN RAKYAT]

MB Kedah berdepan sepupu wakil BN dan 2 BEBAS dalam pertandingan 4 penjuru

Oleh MOHD SHARIZA ABDULLAH

JERAI 20 April - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan (DUN) Sungai Limau dicabar tiga calon termasuk seorang ahli Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei ini.

Selain calon Barisan Nasional (BN), Fazillah Mohd. Ali, kerusi itu turut ditandingi dua calon bebas yang masing-masing anak tempatan iaitu bekas Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Sobri Ahmad, 49, dan ahli Pas Sungai Limau, Abdullah Hashim, 49.

Pertembungan empat penjuru itu merupakan sejarah di kerusi berkenaan yang lazimnya hanya melibatkan saingan antara BN dan Pas sejak 1995.

Fazillah, 55, seorang arkitek yang juga sepupu Azizan merupakan muka baharu dipertaruhkan BN untuk merampas kerusi berkenaan yang disandang Pesuruhjaya Pas Kedah itu sejak empat penggal lalu.

Azizan, 69, memenangi DUN Sungai Limau sejak pertama kali bertanding di situ pada Pilihan Raya Umum 1995.

ROS hantar surat pengesahan jam 9.30mlm pada DAP.. Alasan 'katon' mesin fax rosak..!!!


KUALA LUMPUR, 20 APR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terpaksa menghantar surat secara serahan tangan kepada DAP pada jam 9.30 malam semalam untuk menyatakan bahawa ia tidak mempunyai sebarang halangan bagi DAP menyertai pilihanraya umum dengan menggunakan logo roket.

Dua orang pegawai ROS yang hadir ke ibu pejabat DAP semalam memberi alasan bahawa surat yang sepatutnya difakskan tidak dapat dihantar lebih awal kerana mesin faks ROS tidak berfungsi.

“Adalah jelas bahawa mereka mengeluarkan surat tersebut setelah berdepan dengan tekanan masyarakat yang amat melemaskan. Apa-apa pun, kami akan tetap dengan rancangan awal,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke apabila dihubungi media.

Surat yang ditandatangani Pendaftar ROS, Dato’ Abdul Rahman Othman itu menyebut, “Pendaftar Pertubuhan setakat ini tidak mengambil keputusan untuk membatalkan pendaftaran Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pendaftar Pertubuhan juga tidak mempunyai apa-apa halangan untuk Parti Tindakan Demokratik menyertai Pilihanraya Umum ke 13 dengan menggunakan simbolnya.”

Dalam perkembangan serupa, penamaan calon hari ini berjalan lancar dengan calon-calon DAP diterima bertanding dengan menggunakan lambang roket. – Roketkini.com

Enam penjuru di DUN Sidam... ZAMIL ada disini..!!

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 20 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam, di sini menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan tiga Bebas.

Calon BN, Bee Seiong Heng bakal ditentang oleh Dr. Robert Ling Kui Ee (PKR), Vincent Uh Chong Vun (KITA), Zamil Ibrahim (Bebas), Ooi Beng Kooi (Bebas) dan Tan Hock Huat (Bebas).

Sementara DUN Bakar Arang, menyaksikan pertembungan antara Dr. Lee Yean Wang (BN), Simon Ooi Tze Min (PKR) dan Ong Kah Soon (Bebas).

Di DUN Pantai Merdeka, penyandang kerusi berkenaan iaitu Abdullah Jusoh dari Pas akan ditentang oleh calon BN, Ali Yahaya dan Mohd. Yusof Lazim (Bebas).

[DEDAH] Sebab Datuk Kamilia keluar UMNO terbongkar..!!

Penamaan Calon Parlimen Pendang

Zul Nordin kena 'cekik' & 'cium' oleh india BN..!!

 

Penamaan Calon Parlimen & DUN PRU13 Sik.

 

PENAMAAN CALON P006 KUBANG PASU

 
 

Warna Warni Penamaan Calon Parlimen Jerai

oleh Admin PKWR Jerai



Herman Tino tentang Noh Omar di Tanjung Karang

Penyanyi Popular Tentang Noh Omar Di Tanjung Karang


Lagi ahli Umno bertanding menentang Umno!Jika di parlimen Kuala Kangsar, naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim yang geram tidak dapat dicalonkan atas tiket Barisan Nasional (BN), seorang lagi personaliti Umno juga bertanding bebas!

Penyanyi dangdut terkenal, Herman Tino atau nama sebenarnya Masron Tamsi turut bertanding di parlimen Tanjong Karang menentang BEKAS penyandang, Noh Omar dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Drs Rushdi Deraman.

Keputusan mengejut Herman untuk bertanding adalah dipercayai kerana Noh agal memainkan perana sebagai wakil rakyat walaupun sudah lama menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal.Herman ketika ditemui berkata, walaupun kesemua ahli keluarga dan sanak saudaranya merupakan penyokong tegar Umno, ia tidak menjadi penghalang buatnya bertanding bagi memastikan suara penduduk tempatan didengar di parlimen.

BN Kuala Kedah 'pengotor'..!!

Perbezaan kebersihan tempat selepas penamaan calon bagi kawasan Kuala kedah selepas selesai penamaan calon....

Wanita UMNO semakin pening... Kak Jat dengan Lembu.. Timbalan Kamalia dah jadi calon BEBAS..!!

Kamilia tanding bebas, letak semua jawatan Umno

KUALA KANGSAR: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar dan meletakkan semua jawatan dalam Umno.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Mohamad lawan Othman, 3 di Tokai, 4 Sungai Tiang

 
PENDANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berdepan calon BN, Datuk Othman Abdul di Parlimen P.011 Pendang sementara tiga calon bertanding di Dun N.18 Tokai dan empat di N.19 Sungai Tiang.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya P.011 Pendang, Md Nordin Yahya pada jam 10.30 pagi ini di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah Pendang.

Calon-calon yang bertanding di Dun Tokai ialah penyandang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Najmuddin Darus (BN) dan Abu Bakar Abdullah (Bebas).

Bagi Dun Sungai Tiang, penyandang, Datuk Suraya Yaacob (BN) ditentang Fadzil Baharom (PAS), Cherean a/l Isen (Kita) dan Rosli Omar (Bebas).

Pengumuman Admin

Assalamualaikum....

Maaf admin turun pernamaan calon.... Coverage hp pulak tenggelam timbul...

Nanti apa apa kami update...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...