TERKINI :

Friday, April 19, 2013

Kuburkan Bn....Akhirnya tarikh sampai..!!

Oleh Hishamuddin Rais

Bila parlimen dibubar? Bila rakyat Malaysia akan mengundi? Berbulan-bulan soalan dan labun ini kedengaran. Ia telah menjadi labun klasik setiap empat tahun. Bukan satu yang menakjubkan: apabila dua sahabat bertemu mereka bersalaman dan bertanya khabar. Kemudian akan timbul soalan kedua: Bila pilihan raya? Fenomena sebegini hanya berlaku dan terjadi di Malaysia.

Para pembaca yang budiman pasti telah pernah mendengar kisah Rosmah Mansor berjumpa Guru Ji - bomoh dari India. Atau mendengar kisah Najib Razak suka angka terpacak - nombor 11. Kita juga ada mendengar bagaimana United Malays National Organisation cuba merancang untuk memilih 11 atau 12 Mei sebagai hari mengundi. Tarikh 11 atau 12 Mei ini dipilih untuk mengingatkan mereka yang hilang ingatan kepada tarikh di mana United Malays National Organisation telah kalah teruk pada tahun 1969 - lalu meroyan, meraung dan mengamuk.

Roket jadi Bulan... Siapa jangka situasi ini bakal berlaku?

Dari FB AHMAD LUTFI OTHMAN 

Untuk membuat perubahan politik, selalunya ia memerlukan tekanan atau asakan berterusan , dan seringkali pula bukannya pemimpin parti politik yang mendahuluinya; rakyat yang mendesak dan "memimpinnya", manakala pemimpin mengekorinya.

Lihat saja penubuhan Barisan Alternatif 1999, kalau nak diselesaikan perbedaan antara PAS dan DAP terlebih dahulu, sampai bila pun takkan berpadu, tapi suara dan kehendak rakyat "memaksa" kedua-dua parti berlainan kutub ini dapat bersama.

Dan kini, tanpa siapa pernah membayangkan, PAS dan DAP akan menjadi lebih erat sehingga timbul idea DAP akan gunakan lambang bulan untuk bertanding PRU13 ...

BN memang jahat, tidak patut lagi dipilih rakyat

Oleh Noor Jaafar

BARISAN Nasional (BN) dan UMNO memang jahat, zalim dan tidak patut lagi rakyat negara ini membenarkan parti yang tidak berhati perut itu terus memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

UMNO/BN sanggup melakukan apa saja, termasuk ‘membunuh’, ‘menipu’, ‘mengugut’ asalkan mereka dapat terus berkuasa, memerintah negara dan terus melakukan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa. 
 
Betul juga dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka yang mengundi UMNO/BN adalah haram dan tidak mendapat pahala kerana parti melakukan pengkhianat serta menghalalkan perkara ‘haram’ asalkan hasratnya berjaya.
Dulu PAS diharamkan menggunakan lambang bulan bintang kerana merasakan peluangnya terjejas dan kini DAP pula menjadi mangsa perbuatan jahat UMNO/BN pada saat akhir menjelang hari penamaan calon dan hari pengundi 5 Mei ini.

Jadi amatlah wajar rakyat sedar dengan penipuan dan taktik jahat UMNO/BN itu dan tindakan itu boleh menyebabkan kebencian rakyat berlipat kali ganda sekaligus membuatkan BN bakal mengalami kekalahan lebih teruk pada PRU-13 nanti.

BN memang sudah tahu akan mengalami kekalahan teruk pada PRU-13 sebab itu mereka sanggup melakukan pelbagai taktik kotor, termasuk menggunakan samseng untuk mengacau, menjatuhkan lambang dan bendera parti Pakatan Rakyat (PR).

Calon BN - Muka baru perangai lama: Usah tangguh lagi perubahan!

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Sehingga 16 April lalu, bilik gerakan Umno (BN) di hadapan rumah saya, di Bukit Ampang, dalam kawasan Dun Lembah Jaya, Selangor masih belum dibuka.

Seperti lazimnya, kebanyakan pusat kempen BN hanya akan beroperasi selepas nama calon diisytihar. Namun begitu, selepas diumumkan, tidak semestinya bilik gerakan BN automatik dibuka; biasanya ada juga yang tertangguh disebabkan "merajuk" kerana calon idaman tidak terpilih, seterusnya menunggu "tawaran" untuk meredakannya.

Saya tidak begitu berminat untuk mengulas soal konflik dalaman Umno-BN atau meneropong kumpulan mana (termasuk klik Dr Mahathir Mohamad) yang paling berjaya mengetengahkan calon pilihan masing-masing. Walaupun lebih ramai mungkin teruja untuk membaca analisis siapa pemenang awal, dalam konteks saingan dalam Umno, saya suka melihatnya daripada perspektif lebih luas.

[VIDEO] Ceramah terkini Anwar di Lembah Pantai


Sembang Video Lucah bersama Wardina

Saya tolak budaya video lucah - Wardina

KUALA LUMPUR: Penyebaran video lucah mutakhir ini telah mengundang ketakutan di kalangan ibu bapa apabila ia sudah dilihat sebagai satu budaya yang boleh menjejaskan akhlak dan masa depan anak-anak.

(Wardina menunjukkan isyarat tolak budaya kotor menyebarkan video lucah semalam)

Ketakutan ini turut dirasai oleh Pengacara dan Personaliti TV Wardina Safiyyah Fadhullah yang merasakan masa depan anak-anaknya tidak lagi selamat sekiranya budaya lucah terus dihidangkan kepada mereka.

Wardina yang ditemui selepas sidang media membantah penyebaran video lucah oleh parti lawan Pakatan Rakyat dalam media khasnya facebook dan youtube.

"Saya takut keruntuhan akhlak yang semakin serius, saya banyak turun padang jumpa dengan NGO, jumpa dengan budak-budak yang bermasalah, kita banyak jumpa dengan orang seperti, jadi kita lihat mereka ini," katanya.

Ekoran inilah katanya, peranan pemimpin teramat penting dalam menyekat perkara-perkara yang boleh mengundang kemaksiatan dan budaya penyebaran video lucah di kalangan generasi muda hari ini untuk kepentingan politik masing-masing.

Aduhai ROS...UMNO yang haram...DAP yang jadi mangsa...!!

ROS sepatutnya bertindak ke atas Umno

PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang bertindak ke atas DAP di saat-saat akhir tempoh penamaan calon.

Sedangkan, menurut Husam, ROS sepatutnya bertindak ke atas Umno yang sebenarnya pertubuhan yang tidak sah mengikut akta Pertubuhan 1966.

Jelas Husam, Selasa lepas petisyen difaikan oleh sebilangan rakyat Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk mengarahkan ROS bertindak kepada Umno.
Husam berkata demikian dalam sidang media di Pusat Media PAS Putrajaya hari ini.(gambar)


"Bila mana-mana cawangan parti tidak berdaftar dengan sendirinya pertubuhan itu haram, apabila sebuah parti yang tidak didaftarkan dan wajib ROS bertindak.

"Dan tidak ada mana-mana pihak di bawah seksyen 17,18,19,20 Akta Pertubuhan 1966 boleh memberi kerjasama kepada parti yang diharamkan baik dalam premis, ceramah, sekolah dan sebagainya," jelas Husam dalam sidang medianya di sini hari ini.

[DEDAH] Akhirnya identiti PAPAGOMO terdedah di PERMATANG PAUH

 
Buletin TV3 Suku Jugak Mengesahkan Wan Azri Wan Deris Adalah PAPAGOMO Sebenarnya.... Mohon PAPAGOMO Saman TV3 Suku

[Video] Satu Anwar Ditangkap, Ribuan Anwar Akan Bangkit Tumbangkan Kerajaan UMNO BN


Lokasi Pusat Penamaan Calon Untuk Negeri Kedah Esok..!!!

[TERKINI] DUA Saksi Terbit Video LUCAH Klon Anwar Ditahan!


Ini perkembangan terkini yang diterima.

Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang terlibat menerbitkan video fitnah lucah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, kira-kira sejam tadi.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan sebentar tadi, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard lagi, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.

Beliau dikatakan akan mendedahan status video berkenaan selepas Solat Isyak malam ini.

TG Nik Aziz berbangga apabila "ROKET BERJAYA MENDARAT DI BULAN"

KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

(Gambar...Roketkini ‏@roketkini dalam Twitternya menulis, "Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?")

Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang.

"Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari.

[PANAS] Demi politik Fathul Bari sanggup jual agama...sampai Dr.Asri tegur...!


Berundur bukan bererti kita kalah... tahniah CheguBard....

oleh mamu penang

Tahniah CheguBard dan jadikanlah Sg Acheh Dun Kemenangan PR.... dan kepada Yusni rasanya jalan terbaik undurlah diri dahulu untuk kali ini....

Kami mau pemimpin yg boleh menang jadi perkara dan ketokohan itu kami lihat ada pada CheguBard.... Saudara perlu belajar lagi banyak untuk menempohi susur galur perjuangan ini...

Kami tak pandang logo apa kita bertanding tapi kami mahu pemimpin umno ditumpaskan... jadi untuk menghadapi peryembungan itu karisma dan ilmu hujah ada pada CheguBard.... 




Video "sex" skandal Kementerian Pertahanan Terdedah.....



Kementerian Pertahanan telah membuat kontrak pembelian 257 buah kenderaan berperisai-beroda 8x8 (AWV) daripada Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) yang berjumlah RM8 bilion. Deftech telah mengaku bahawa mereka hanya di peringkat membangunkan prototaip, iaitu dalam keadaan belum siap lagi. Ya, RM 8 billion untuk prototaip! Deftech adalah anak syarikat DRM Hicom, kroni Barisan Nasional.

MUKTAMAD - DAP guna lambang PAS


PECAH BERITA! MUKTAMAD! DAP Akan Guna Lambang PAS dan KEADILAN!




Setelah tempoh yang diberikan DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tamat jam 3 petang tadi, inilah keputusan muktamad yang terpaksa diambil parti itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan parti itu akan menggunakan simbol PAS di Semenanjung manakala logo KEADILAN untuk calonnya di Sabah dan Sarawak pada pilihanraya umum ke-13 ini.

“Peluang saya untuk menang di Gelang Patah daripada 50-50 sebelum pengumuman meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman, kemudian 45-55 dengan pencalonan Ghani,” akui Lim ketika sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini.

“Dengan pengharaman penggunaan lambang DAP, peluang saya hanya 40, manakala 60 peratus Ghani.”

Beliau yang dilihat menangis ketika sidang media berkenaan turut mengakui pengundi sudah pasti akan terkeliru dengan logo yang akan digunakannya dalam pilihan raya kali ini.

Protest jangan tak protest.......

Protes calon boleh bawa bala!

MUHAMAD MAT YAKIM 19 April 2013 KITA ke Padang Terap. Pada 2008, keputusan 2-1. BN dapat dua kerusi Dun, Pas dapat kerusi Parlimen. Walaupun kerusi hanya satu, tetapi Pas dilihat hebat kerana pegang kerusi Parlimen.

Bagi mereka yang menganalisa, ini agak luar biasa. Mengapa pengundi yang sama, beri undi berbeza untuk kerusi Dun dan kerusi Parlimen.

Protes calon? Mungkin.

Calon Parlimen BN pada 2008, Ghazali Ibrahim, penyandang dan orang lama dalam politik. Sebelum Mahdzir Khalid balik, Tok Li orang kuat Padang Terap. Pernah jadi Adun, Exco, Timbalan Speaker dan Ahli Parlimen.

[PANAS] Banner PAS SELEWENG.. KUIN HANCUR... siapa punya angkara nie?

Kamaruddin Kassim



Apa rasionalnya ini - jika KUIN hancur bagaimana ribuan anak-anak kita belajar di sana dan jika kakitangan jadi mangsa, adakah sudah dibawa kes mereka ke Mahikamah untuk diambil tindakan ...

saya nampak mereka sedang pasang kain rentang ini waktu malam ketika saya melalui kawasan ini tapi saya ingat macam biasalah mereka sebok dengan memasang kain rentang parti. Bila siang hari baru saya tahu, inilah kain rentang sebenarnya, jika tidak malam tersebut saya ambil gambar sebab kamera saya sentiasa saya bawa ke sana ke mari.

TNB untung billion-billion sebab sedut bil yang tinggi atas rakyat...



Bekas exco agama pulak...dok nak jadi calon bebas...

Bekas exco agama tanding Bebas


WARTAWAN SINAR HARIAN 19 April 2013 ALOR SETAR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, Fadzil Hanafi mengisytiharkan akan bertanding calon Bebas untuk merebut kerusi Dun Alor Mengkudu kerana kecewa dengan pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon wanita kurang dikenali.

Bekas Adun Alor Mengkudu itu bukanlah muka baru dalam politik kerana memenangi kerusi itu dua penggal dan pernah menentang Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor di kerusi Dun Bukit Raya pada pilihan raya umum 1995.

Dakwanya, calon Dun Alor Mengkudu, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah kurang popular dalam kalangan masyarakat dan kemungkinan harapan untuk menang amat tipis kerana perlu berdepan calon muda yang lebih berpengaruh, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya.

“Saya bertanding tiket Bebas bukan kerana tidak mendapat jawatan tetapi, sayang pada partiUmno dan BN dan terkilan sikap kepimpinan negeri menafikan hak calon boleh menang.

Beza ceramah PR dulu dan sekarang.....


Syed Abdullah Syed Osman ,

Kalau diperhalusi, sambutan pengundi semasa ceramah atau majlis yang diadakan oleh PAS, PKR dan DAP sebelum PRU12 iaitu dalam tahun 2008, sambutan yang diberikan pada tahun 2013 untuk PRU-13 sangatlah ketara bezanya.

Kita cerita tentang fakta sebenarnya dan bukannya auta, untuk memberikan gambaran suasana yang terjadi setakat ini di mana-mana ceruk dalam negara ini. Kalau semasa PRU12 dahulu, setiap ceramah tidaklah seramai mana yang datang dan untuk mendapat seribu orang yang hadir itu pun sudah dikira sangat bagus. Ketika itu selalunya hanya beberapa ratus sahaja yang datang dan itu pun kalau yang naik kepentas memberikan ceramah adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin teritnggi parti. Kini, kita dapat lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana sambutan begitu sangat luarbiasa setiap kali adanya ceramah walaupun majlis yang diadakan hanya dihadiri oleh AJK pusat atau Negeri sahaja.

Mengenali ulama ‘dalam semak’


Syed Abdullah Syed Osman ,

Bezanya antara Ulama 'dalam semak' dengan Ulama yang ikhlas berjuang untuk Islam dapat diperhatikan dengan mata hati kita. Antaranya ialah apabila beliau bercakap berlainan nada seperti kalau di Masjid pedalaman kampung nadanya agak keras sedikit. Apabila berceramah di masjid di kota dan ada tokoh pemimpin tertentu hadir, nadanya mulai kendur dengan menyembunyikan kebenaran Islam itu sendiri dan apabila memberikan kuliah di TV pula nadanya ambil jalan selamat dan tidak sekali-kali menyentuh tentang akidah atau perkara sensitif apabila menceritakan hal-hal lain yang menyentuh tentang hak di dalam Islam itu sendiri.

Ulama saperti ini mengelirukan minda kita yang tidak konsisten tentang apakah yang hendak disampaikan - sekejap dihukumkan haram dan sekejap dihukumkan halal dan selepas itu dihukumkan harus di dalam tajuk yang sama apabila berada ditempat-tempat berlainan mengikut keadaan semasa. Pendirian tidak tetap ini boleh mengelirukan umat Islam tetapi anehnya mereka ini pandai menyusun kata-kata yang berbelit-belit apabila isu tentang halal haramnya seolah-olah tidak tegas pendirian mereka.

Bagaimana hendak mengubah umno...!



Mengubah UMNO. Bagaimana?


1.Menegur dan menasihati.
2.Adakan kerjasama politik bersamanya
3.Masuk ubah dari dalam.
4.Tamatkan kuasanya.

Cara 1 : Pas semenjak merdeka sehingga kini Alhamdulillah berterusan menegur dan menasihat. Dari luar dewan rakyat,juga dalam dewan. Nasihat individu dan gerakan-gerakan Dakwah juga ada. Sekalipun wujud usaha sebegini,UMNO tetap sepertimana yang kita lihat hari ini.

Cara 2 : PAS pernah ada kerjasama Politik bersama UMNO. PAS baru ingin mengorak langkah mengislah,UMNO sepak PAS keluar.

Cara 3 : DSAI pernah mencubanya. Rakyat Malaysia lebih tahu ceritanya. Sebelum beliau dan selepas beliau ada tokoh-tokoh yang turut mecubanya. UMNO tetap sepertimana yang kita lihat hari ini.

Cara 4 : Ini salah satu cara yang belum dicuba rakyat. Tersekat kuasa Orang yang Zalim da menyeleweng,maka tersekatlah penyelewengan dan kezalimannya. InsyaAllah UMNO akan punya ruang untuk muhasabah dan koreksi diri sekiranya direhatkan dari tampuk pengurusan negara.

Parlimen Merbok - Nurin Aina : Calon Wanita Muda Mesra Masyarakat

 

Nama Nor Azrina Surip atau lebih mesra dengan panggilan Nurin Aina tiba-tiba menjadi satu nama yang meniti dibibir masyarakat negeri Kedah terutama bakal-bakal pengundi bagi P.14 Parlimen Merbok. Keputusan pucuk pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR) mempertaruhkan wanita muda ini melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang pimpinan wanita muda dalam kalangan parti-parti yang bergabung di dalam Pakatan Rakyat. Pemilihan beliau dilihat oleh sesetengah golongan masyarakat sebagai satu strategi politik bagi mengetengahkan calon wanita dan menarik sokongan golongan muda.

Sejak diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon yang mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Merbok, jurutera muda ni menjadi perhatian seluruh masyarakat setempat. Jadual seharian menjadi lebih padat untuk menghadirkan diri bertemu orang ramai. Sebenarnya, program-program pertemuan dengan masyarakat sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupannya apatah lagi beliau merupakan seorang wanita yang telah aktif melibatkan diri dalam program-program kemasyarakatan sejak bergelar mahasiswi lagi. 

Nasib pesawah luar MADA sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri


SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri sentiasa memikul tanggungjawab membantu pesawah luar MADA khususnya dalam bidang infra pengairan dan saliran.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak berkata pihaknya prihatin ke atas nasib pesawah dan memutuskan untuk memajukan kawasan luar MADA dengan rancangan yang lebih tersusun.

Program pembangunan kawasan sawah luar MADA telah terhenti kerana kerajaan Pusat membuat dasar tidak meneruskan pembangunan tanaman padi di kawasan luar jelapang.
Kawasan sawah tersebut kata Ustaz Azizan masih kekurangan kemudahan ifra pengairan yang baik menyebabkan berlaku kerugian kepada pesawah.

Kem Mukhriz, Ahmad Bashah perang besar


Oleh Azamin Amin

PERANG antara kem Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Dato’ Mukhriz Mahathir dengan kem Pengerusinya, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah sudah tidak dapat dibendung lagi.Cubaan Mukhriz untuk merampas kedudukan supaya diangkat sebagai bakal MB Kedah jika BN menang dari Ahmad Bashah Md Hanipah nampaknya semakin mencolok mata.

Banyak program besar di Kedah yang dianjurkan Mukhriz tanpa kehadiran Ahmad Bashah malah adakalanya secara berdepan menikam antara satu sama lain seperti yang berlaku di program penyerahan sumbangan anjuran MCA Kedah untuk persatuan-persatuan Cina Kedah.

MCA Kedah menjadikan Mukhriz sebagai tetamu utama dan ditulis di belakang sepanduk sedangkan Ahmad Bashah selaku Pengerusi BN Kedah hadir sama.

Parti Bersama umum bertanding di Parlimen Alor Setar dan Dun Bakar Bata


ALOR SETAR - Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar dan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bakar Bata di Kedah pada pilihan raya umum kali ini.
  
Timbalan Presidennya bagi Semenanjung Malaysia, Jawahar Raja Abdul Wahid berkata kedua-dua kerusi itu akan ditandingi beliau sendiri.
  
"Pencalonan saya ini mendapat restu pucuk pimpinan parti," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
  
Menurut Jawahar, ini merupakan kali pertama parti Bersama yang diasaskan di Sabah itu bertanding di Semenanjung.
  

Jangan dok tinggai anak dalam kereta sedangkan enjin hidup anda keluar....

Kanak-kanak 6 tahun dilarikan bersama kereta ibu

17 April 2013
SUNGAI PETANI - Tindakan prihatin orang awam berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilarikan bersama kereta ibunya dalam kejadian di Taman Ria di sini petang tadi.
   
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Adam Hanif Abu Mansor, 6, yang ditinggalkan dalam kereta Perodua Myvi oleh ibunya yang keluar sebentar untuk urusan di sebuah bank di sini, dilarikan seorang lelaki berusia 30-an.
  
Ibunya, Faridah Osman, 47, yang menyedari kereta dan anaknya hilang sebaik selesai urusan segera memaklumkan perkara terbabit kepada polis.
   

KARPAL SINGH & KIT SIANG akan guna tiket PAS lambang BULAN

Karpal, Kit Siang tanding atas tiket Pas

Oleh: RUZY ADILA IDRIS Tarikh: April 18, 2013

SHAH ALAM - Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Kesal dengan keputusan itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pengumuman mengenai keputusan itu hanya dibuat 48 jam sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

"Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada Pas ataupun PKR dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk Pas.

"Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuan Calon dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR), di sini, sebentar tadi.

Semalam, RoS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...