TERKINI :

Wednesday, April 17, 2013

Gambar Nurul Izzah dok bermesra dalam opis dengan seorang lelaki la pulak...!!!

 
HANGPA JANGAN DOK PIKIAQ KELAIN...
TU GAMBAQ PAK DIA TUU... HE HE HE...

UMNO (baru)... merupakan parti yang lupa sejarah..!!!

Kisah sebenar Umno yang dilupakan

Suhaimi A ,

Saya tertarik dengan tindakan dan kenyataan pimpinan Solidariti Anak Muda Malaysia dan Revolusi 13 apabila mereka dengan berani mengemukakan injuksi terhadap United Malays National Organization (Umno) bahawa parti itu adalah pertubuhan haram.

Cerita pengharaman Umno adalah kisah klasik yang sentiasa diingati oleh orai-otai Umno. Namun begitu, menurut pemerhatian saya cerita ini jarang dan hampir tidak diketahui oleh anak-anak muda yang konon taksub Umno. Tidak tahu mengapa, sama ada ikut membuta tuli tanpa tahu asal-usul atau cerita tersebut disorokkan oleh orang tua mereka.

Asasnya, Umno yang wujud pada hari ini bukanlah Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar. Umno yang asal telah pun diharamkan pada 4 Februari 1988 mengikut suatu keputusan Mahkamah Tinggi.

Umno yang ada pada hari ini adalah parti politik ciptaan Dr Mahathir dan dikenali sebagai Umno Baru.

Dalam membincangkan isu ini, semua orang pasti sedar Dr Mahathir adalah seorang ‘political animal’ yang begitu oportunis. Umno Baru ciptaannya ditubuh bukan setakat untuk memastikan kuasa parti konservatif itu dapat diteruskan tetapi juga untuk ‘batang tengkuknya’ sendiri.

Ong Tee Keat pulak nak tanding BEBAS..!!

Tee Keat memikirkan untuk bertanding sebagai calon bebas di Pandan
Oleh Leslie Lau

KUALA LUMPUR, 17 April — Datuk Seri Ong Tee Keat memikirkan untuk bertanding sebagai calon bagi kerusi parlimen Pandan sebagai calon bebas, selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya 2013.

Dalam tulisan di laman Facebooknya hari ini, beliau bertanya kepada pengundi:"Pengundi Pandan, apakah anda akan menyokong Ong Tee Keat sebagai calon bebas?"

Awal pagi ini sekumpulan penyokongnya dilihat di pasar basah di Pandan untuk menunjukkan sokongan kepadanya.

[PANAS] Puak BN dari JASA Kedah kata Empangan Pedu ayaq surut sehari seinci....!!!

Photo: Seorang pegawai penerangan JASA Kedah berceramah; akibat pembalakan di tepi Tasik Pedu maka air Tasik Pedu surut sehari seinci. Pembalakan berlaku dan selesai sejak 7 bulan, bermakna kira-kira 210 hari X 1" sehari = 210 inci = 17.5 kaki... Ha!! dah 17.5 kaki air Tasik Pedu surut, patutlah sawah padi kat Kedah kering kontang... kah kah kah. Ohh JASA kalau nak lantik pegawai penerangan tu carilah yang lulus matematik UPSR.
Seorang pegawai penerangan JASA Kedah berceramah; akibat pembalakan di tepi Tasik Pedu maka air Tasik Pedu surut sehari seinci. Pembalakan berlaku dan selesai sejak 7 bulan, bermakna kira-kira 210 hari X 1" sehari = 210 inci = 17.5 kaki... Ha!! dah 17.5 kaki air Tasik Pedu surut, patutlah sawah padi kat Kedah kering kontang... kah kah kah. Ohh JASA kalau nak lantik pegawai penerangan tu carilah yang lulus matematik UPSR. ~ Zulkifli Yahaya

Membalun bersama BN... Satu Untuk BN Dua Untuk BN Tiga Untuk BN Empat.....

oleh Sakmongkol AK47,

Seorang kawan menalipon saya- dia kata Dato Najib pening kepala. Mustahil saya jawab. Ini PM terbaik sejak Adam hissalam. Dia bentangkan bajet terbaik sejak Adam AS. Dia beri BR1M itu dan ini- produk 1 Malaysia ada pelbagai. Mana boleh pening kepala?

Semalam kita dengar kempen Dato Najib. Ada BN ada Putrajaya. Ada KLIA. Ada itu dan ini. Jadi? Kerajaan- tugas nya memanglah membangunkan negara. Negara komunis pun ada pembangunan. Rusia ada St Petersburg Square. Kerajaan Italy ada St Peter’s Square. Jepun ada Kansai airport. Hong Kong ada Kaitak. Bangkok ada Suvarnabhumi Airport. Singapore- tak perlu cakap lagi lah.

Ertinya- bukan UMNO sahaja yang boleh membangunkan negara. 

KLIA dibina berapa komsiyen yang puak UMNO dapat? Menara kembar dibina, berapa wang Petronas dibalun? Berapa wang Petronas dibalun untuk selamatkan bisnes Mirzan anak Mahathir? RM2 billion. Kenapa dia dapat keistimewaan menggunakan duit Petronas? Sekarang dia muncul dengan Petron. Yang memisahkan Petronas dengan Petron ialah huruf a dan s sahaja.

Tak lama lagi semua hasil penjanaan kekayaan dibalun oleh puak UMNO. Slogan UMNO- Balun, balun tetap Balun!

Apabila PENGUATKUASA bekerja atas arahan politik... bendera PAS di buang..tapi BN dibiarkan sahaja..!!!

 

P-125 Putrajaya

Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya sedang melakukan kerja-kerja menanggalkan Bendera PAS.

Kenapa hanya Bendera PAS SAHAJA..? Bendera Barisan Nasional tidak dicabut.

Jangan anggap Negara ini Milik Mutlak Barisan Nasional.

Ingatkan KEDAH saja bising calon KRONI.. rupanya KELANTAN juga ada... apa-apa pun kita tunggu malam ini..!!!

Proses Pemilihan Calon PAS Kelantan 'Berkonsep Kronisme'

MENJOLOK MENTARI                                                                                                                   

Malam nanti PAS akan mengumumkan calon-calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di Kelantan. Daripada 45 kerusi DUN, PAS bertanding di 40 kerusi manakala 11 kerusi parlimen daripada 14 kesemuanya. Walaupun malam ini PAS mengumumkan calon-calonnya tetapi beberapa calon untuk kerusi parlimen dan DUN sudah pun diketahui awal. Sesetengah kawasan acara 'bergomol' sudah berlaku kerana tidak puas hati.

Zulkefli: Orang yang tukang tulis nama calon.
Bagaimana pun malam ini adalah pengumuman rasmi. Malam ini akan ada air mata gembira dan air mata duka. Malam penuh dramatik. Khabarnya semua calon terlibat sudah dimaklum dan sudah pun diberi borang penamaan calon masing-masing. Sesetengah sudah pun mengambil gambar foto untuk dijadikan poster calon. Jangan mendahului Tuhan.

Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut dan berkucar 'wak yah' sedikit. Banyak senget dan congik cadungnya. Rasa tidak puas hati timbul di mana-mana sahaja. Setengah ada yang bertindak menutup pos atau mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka tidak diangkat sebagai calon. Paling menggerikan ada yang membuat pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah.

Perkara ini sebenarnya biasa. Kekalutan pemilihan calon ini sudah menjadi lumrah. Setiap kali pilihan raya, situasi ini akan berlaku. Saya berpengalaman mengenai perkara ini sejak tahun 1978 lagi. Ia bukan saja setakat bertegang leher, tetapi ada yang sampai bertumbuk, memaki hamun dan sebagainya kerana tidak berpuas hati dengan calon.

Calon Terbuang BN Tasek Gelugoq dah start mengamok..!!!



Datuk Sharif Omar & rakan2 umum nak bertanding tiket bebas di Parlimen & Dun2 dalam Tasek

UNDI - Antara Zina Judi dan Maksiat apa hubung kaitnya?


Pemuda PAS istihar harta kat sapa.. mai la list kami nak tengok..!


Jutawan-jutawan kroni BN mula panas bontot bila PRU13 menyebelahi PR

Keputusan PRU13 menyebelahi pembangkang berisiko tinggi kepada Ananda, Syed Mokhtar


KUALA LUMPUR, 17 April ― Syarikat yang dikuasai jutawan Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dijangka berhadapan risiko persaingan hebat dan tekanan kerajaan jika Barisan Nasional (BN) dikecewakan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya 2013.

Laporan agensi antarabangsa Bloomberg hari ini berkata kedua-dua ahli perniagaan yang dilihat sebagai pro-BN mungkin menjadi sasaran jika gabungan pemerintah kalah pada 5 Mei ini.

Perlumbaan menuju ke Putrajaya masih sengit menjelang hari penamaan calon Sabtu ini, namun BN dilihat mempunyai kelebihan disamping beberapa pemerhati menjangkakan kekalahan gabungan tersebut.

Walau bagaimanapun, laporan Bloomberg itu menekankan gabungan PR yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji dalam manifesto mereka untuk menghapuskan monopoli dalam industri termasuk televisyen berbayar yang mana dikuasai oleh syarikat Ananda, Astro Malaysia Holdings Bhd.

Anwar juga berkata dalam satu temubual akan menyemak semula perjanjian kerajaan yang dibuat dengan Syed Mokhtar, dimana DRB Hicom Bhd (DRB) telah membeli 32 peratus pegangan dalam perkhidmatan pos pada 2011.

Ananda menguasai kira-kira 42 peratus pegangan dalam Astro, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg.

Beliau juga mempunyai pegangan dalam Maxis Bhd, syarikat operasi telekomunikasi kedua terbesar yang dinilai berdasarkan pasaran semasa.

Saham Astro dan DRB telah turun sekurang-kurangnya empat peratus tahun ini, berdasarkan perbandingan dengan FTSE Bursa Malaysia Indeks KLCI (FBMKLCI) perolehan 1.1 peratus, lapor Bloomberg.

“Perkembangan ini dilihat sebagai selari dengan pilihan raya yang dijangka akan sengit,” kata ahli ekonomi benua Asia, Rahul Bajoria selepas dihubungi Bloomberg Singapura pada 12 April.

“Terdapat beberapa kebimbangan dalam pasaran terutamanya apabila PR menyatakan mereka akan mengkaji semula kontrak.”

“Apabila kita mengambil alih, kami akan arahkan Ananda dan menyuruhnya ‘mengurangkan kadar,” kata Anwar dalam satu temubual pada Mac lalu di Kuala Lumpur. “Ia sangat mahal.”

Nampaknya TG NIK AZIZ lagi cekap berpolitik dari AZIZAN dalam bab nie....


BN dalam ribut... Kedah ada ribut... Johor pun ada ribut.... ribut ribut....

PONTIAN - Meskipun pengumuman rasmi siapa calon daripada Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tanjong Piai belum diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri, Datuk Abdul Ghani Othman semalam, namun sudah ada bantahan yang dilakukan beberapa individu.

Pagi semalam, kira-kira 300 individu termasuk beberapa pemimpin utama MCA Bahagian Tanjong Piai dan parti komponen itu mengadakan satu bantahan aman di hadapan pejabat MCA Bahagian Tanjong Piai di Kota Emas, di sini.

Terlibat sama dalam bantahan itu ialah Timbalan Ketua MCA Bahagian Tanjong Piai, Wiliam Tan Soo; Ketua MIC, Krishnan Kumar dan ketua-ketua Umno cawangan.

Ketua Pemuda MCA, Wong Kim Leong berkata, keputusan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek mengumumkan Timbalan Ketua Wanita MCA Negeri Johor, Wong You Song sebagai calon Parlimen di situ nyata tidak disenangi barisan kepimpinan MCA di situ.

Jelasnya, mereka mahu Datuk Wee Jeck Seng dikekalkan bertanding di Tanjong Piai dan menganggap bekas wakil rakyat itu sudah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang perkhidmatannya selama lima tahun.

“Kami tak pernah menolak MCA dan BN, kami sayangkan parti, tapi jika calon yang diletakkan di sini tak memenuhi kehendak rakyat tak mustahil undi besar yang dimenangi BN pada PRU lalu akan berkurangan pada PRU kali ini,” katanya.

Malah, beliau juga memberi gambaran calon bebas akan bertanding di situ sekiranya Jeck Seng tidak dikekalkan sebagai calon ahli parlimen di situ.

Lagi bab senarai calon BN... calon BN geng tarikh luput...


Senarai calon BN Kedah: Bermasalah, luput tarikh dan berimej 'lembu'

Oleh: Zuhairi Zam


Bagai diduga BN Kedah akan kehilangan lebih banyak kerusi dari kalangan kerusi yang 'bakal dimenangi' selepas pengisytiharan senarai calon PRU13. Laporan dari bilik gerakan sebuah penyelidik (dirahsiakan) menjangkakan 6 kerusi DUN tapi realiti yang berlaku kelmarin lebih mengejutkan BN kerana penentangan kerana tidak berpuashati terhadap calon juga datang dari kerusi yang dijangka tiada krisis. Dari segi krisis dalaman akibat perebutan calon sudah cukup untuk menghalang BN merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat.

Adakah UPU PAS juga akan ditutup macam bilik gerakan UMNO????

Adakah UPU PAS juga akan ditutup macam bilik gerakan UMNO????

Depa kata kawasan panas sekarang nie bila MTD tak angkat calon yang dipilih atau diangkat oleh UPU.......

1) DUN ALOR MENGKUDU UPU masih mengekalkan Dr.Ismail tetapi nama lain yg naik....

2) DUN GUAR CHEMPEDAK UPU calonkan Sdr.Muzaini tapi nama Musodak Ahmad yg naik....

3) DUN BAYU Tetiba naik nama Ust Taib Azzamudin... UPU masih dok tak ketahuan....

KEDAH PANAS! Calon yang tercicir mula naik angin..!!!

oleh Mummy Rokiah

Azeez Rahim calun pasti menang akan menentang tokoh agama PAS Najmi Ahmad di Parlimen, Baling
Difahamkan sebaik sahaja selepas pengumuman senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) Kedah oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bagi 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri hari ini beberapa pihak telah mengamuk seperti gajah naik minyak.
 
Marah kerana tokoh yang ditatang mereka tidak dipilih sebagai calun manakala tokoh yang tidak pernah turun kawasan dipilih. 
 
Peramal politik yang meramalkan akan berlaku perubahan besar di Kedah sebenarnya tidak sebesar mana pun yang berlaku. Ramalan merosot.
 

Meriahnya kempen Pakatan Rakyat di utara

Oleh Abd Shukur Harun


Menyelusuri negeri utara Semenanjung – Perak, Pulau Pinang dan Kedah dan mengikuti beberapa program Pakatan Rakyat di negeri tersebut, saya mendapat gambaran bahawa rakyat di utara ini juga telah menunjukkan kesungguhan untuk menyertai gelombang tsunami politik dalam PRU akan datang ini.

Di Bagan Serai, calon PKR/Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai, ilmuan Dr. Mohd Nor Manuty yang diketmui memberitahu saya, bahawa rakyat, pelbagai kaum yang ditemui olehnya dan pasukan petugasnya telah memberikan sambutan luar biasa terhadap Pakatan Rakyat.

Ceramah besar dan kecil, di merata tempat di kawasan itu, dipenuhi oleh orang ramai dan menariknya, orang Cina yang biasanya tidak begitu berminat mendengar ceramah, telah datang beramai-ramai mendengar ceramah Pakatan degan penuh minat.

Akhirnya Nik Abduh Jatuh di Pasir Mas


BERITA MUTAKHIR                                                                                                           

Perjalanan jauh dan berliku putra politik Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh dalam mencari pengkalan perjuangan akhirnya ternokhtah di di Pasir Mas.

Nik Abduh di P Mas.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu yang sebelum ini diarak ke beberapa kawasan akhir muktamad hari ini beliau akan beradu nasib di Pasir Mas.

Agak malang sedikit hasrat orang ramai untuk melihat Nik Abduh berdepan satu lawan satu dengan Inchek Ibrahim Ali tidak menjadi kenyataan apabial Ibrahim 'dikehak' pula oleh Umno dengan 'gereok' dan tidak mengambilnya menjadi calon.

Sebelum ini ramai pemerhati mahu melihat perlawanan di antara kedua mereka. Abduh dihantar ke Pasir Mas dengan harapan akan merampas kerusi PAS yang 'terpajak tanpa cagar'  kepada Ibrahim itu. Sebelum ini Abduh diarak ke beberapa kawasan kerana bimbang tidak mampu untuk berlaga dengan Ibrahim.

Antara kawasan yang disebut-sebut untuk diletakkan Abduh ialah Pasir Puteh, Bachok dan Rantau Panjang. Khabarnya Kubang Kerian juga membuat tawaran untuk Abduh pada saat-saat akhir. Tawaran di Kubang Kerian itu lebih bersifat politik.

Dah mula naik banner dah.. Demo tolak Ali Yahaya di Batu Lintang



BN Kedah tungging langgang. Tun M dan anaknya Mukhriz telah atur list nama calon calon BN di kedah dgn membelakangkan Dato bashah.

Utk calon Mp Sg Petani, Anas su sulit Mukhriz telah bg nama kawannya nama Shamsul pada Mukhriz sebagai calon mp sg. Petani.

Mukhriz atur semua kawan kawan dia calon BN kedah kerana dia cita cita anak beranak dengan TUN kerana dia nak jadi MB kedah.

Dato paduka ghazali ibrahim gunakan jawatannya sebagai pegawai khas najib buh adiknya kama noriah di dun pedu. Dan di dun kuala nerang depa buh badrul. Dan kebumikan dato syed sobri yg byk berjasa kpd org kampung.

PRU-13 MEDAN MEMBUKA MINDA RAKYAT..tapi jika karat BIRU tu kena la tonyoh lama sikit...!!!

15 APRIL 2013

JOHOL, KUALA PILAH

Pilihanraya Umum Ketiga Belas (PRU-13) merupakan ibu segala PRU kerana ia diukur kepada kekuatan daya saing antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Ia juga dinilai berdasarkan kepada mood pengundi yang pada hari ini mendesak untuk perubahan.

Secara jujurnya kedua-dua parti gabungan tersebut berada dalam tekanan, iaitu Bagaimana Memenangi Hati Pengundi? Hasil daripada tekanan tersebut, ia membawa manfaat kepada massa.

Minda rakyat perlu disajikan dengan gaya politik matang. Kita selalu mengimpikan persaingan sihat antara dua parti di atas padang yang sama rata. Tapi hakikatnya ia tidak wujud. Malah yang lebih teruk, keganasan dan aksi tidak bermoral disajikan kepada rakyat demi meraih undi.

Akibat hendak mengejar cita-cita jadi MB...Mukhriz sanggup 'pijak' dia punya ketua..!!

Mukhriz tanding Dun untuk jaga legasi Mahathir

Cita-cita Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menjaga legasi dan kepentingan anak-anaknya hampir menjadi realiti kini apabila anaknya Mukhriz Mahathir bertanding di peringkat DUN untuk membuka laluan kepadanya menjadi MB Kedah. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jelas kini kesungguhan Mahathir bergerak ke sana sini bukan untuk kepentingan Umno sebagaimana didakwa tetapi menjaga kepentingan anak-anaknya.

"Dia berjaya nampaknya mempengaruhi Najib untuk membuka jalan kepada anaknya naik ke kerusi MB. Bagaimanapun kita yakin, rakyat tahu apa yang lebih baik untuk negara," kata Mahfuz.

Kerajaan negeri yang ada sekarang lebih baik dari yang dulu..

ALOR SETAR – Rakyat Kedah gembira dan berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan negeri Kedah sekarang.

Hasani Azizan, 46, tinggal di Jalan Pegawai dan bekerja sebagai kontraktor berpuas hati dengan kerajaan negeri kini kerana Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai kini sudah diganti dengan bangunan baru, sebelum ini bangunan tersebut amat menakutkan kerana ada mayat yang dijumpai dalam bangunan tersebut dan bangunan tersebut juga mencacatkan pemandangan Alor Setar.

“Kebanyakan rakyat terbela dan berpuas hati kerana masjid kini berfungsi dengan baik sebagai institusi agama dan bebas menyampaikan ilmu agama. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...