TERKINI :

Monday, April 15, 2013

PRU ke-13 - pertandingan di antara UMNO dengan rakyat

oleh Aspan Alias

Dalil BN akan tewas terlalu banyak. Kali ini kita sebut sebahagiannya sahaja. Yang paling menonjol ialah tiga Presiden parti-parti dalam BN tidak bertanding, iaitu Chua Soi Lek dari MCA, Peter Chin dari SUPP dan Koh Tsu Khoon dari Gerakan. Kita tidak perlu bersusah payah untuk mencari jawapannya kerana kepada siapa yang memahami keadaan sebenar di dalam BN itu mereka akan mudah mengetahuinya.

Sebenarnya BN itu hanyalah UMNO dan saya telah menyebutnya setahun yang lalu. Pilihanraya kali ini adalah di antara UMNO dengan Pakatan Rakyat kerana parti-parti dalam BN sudah boleh dianggap tidak wujud lagi...MCA, Gerakan, MIC dan PPP boleh kita anggap hanya tinggal pada namanya sahaja.

Parti-parti komponen dalam BN ini hanya membebankan UMNO yang mempunyai masalah besarnya sendiri. UMNO sedang berhadapan dengan krisis keyakinan dari orang Melayu yang paling ketara. Tetapi dalam politik UMNO terpaksa juga mencari jalan untuk ‘survival’nya sendiri. Tindakan UMNO mengambil kembali banyak kerusi yang sebelum ini diagihkan kepada parti-parti komponen itu membuktikan yang UMNO sendiri menganggap rakan komponen mereka itu sebagai beban besar kepada BN.

Selepas Sg Acheh kini PAS & PKR buat cerita katon di Kangar pulak...!!!

Pakatan Letak Dua Calon di Kangar...
ULASAN 

Langkah PAS dan PKR yang akan meletakkan calon masing-masing di kerusi parlimen Kangar sesuatu kejadian yang pahit bagi rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat dan mahu melihat kerajaan UBN tumbang.

PKR menerusi mufti Perlis Dr Juanda Jaya dikatakan akan bertanding di kerusi Kangar manakala PAS pula akan menurunkan bekas pengurus besar Pos Baharudin Ahamad untuk merebut kerusi berkenaan. PAS lebih dahulu mengumumkan akan meletakkan Baharuddin walaupun 'konsesus' sebelumnya antara PAS dan PKR menguar-uarkan Dr Juanda diletakkan di di situ.

Sekiranya tidak ada persefahaman di antara kedua-dua parti berkenaan sudah tentu kerusi Kangar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru. UBN sudah pasti akan mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini dipegang oleh Radzi Sheikh Ahmad sebelum ini.

Itu Video tak ada kesan apa untuk PR mara ke Putrajaya tapi Azizan...!!!!

Saya nak bagitau pada pihak UMNO, tindakan mengeluarkan video seks Mustafa Ali itu adalah tindakan yang bodoh.

Mengikut maklumat yang TUlang Besi dapat, tujuan pengeluarannya adalah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Malahan, sebab utama Najib Tun Razak tidak membubarkan dewan selama ini adalah beliau menunggu agen2 beliau dalam PAS dan PKR untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Apabila keluar sahaja salah satu parti dalam PAkatan Rakyat, maka tidak sampai seminggu, Najib akan isytihar bubar dewan. Namun, syukur alhamdulillah, Allah SWT Maha Besar. Pakatan Rakyat tetap utuh walaupun pada satu masa dulu hampir-hampir ranap.

Video Anwar dikeluarkan satu masa dahulu adalah bagi tujuan untuk membuat PAS rasa serba salah. Sememangnya, puak2 PERPADUANG dalam SYura dan AJK PAS Pusat menjadikan video Dato T itu sebagai NAS YANG SAHIH bagi menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. Malahan, kalau tidak disebabkan Usul Muktamar di dua Muktamar PAS, nescaya PAS telah lama keluar dari PR hasil dari video tersebut.

PRU13 - SEBAIK PENTAULIAHAN CALUN DI PWTC, NAJIB BERDEPAN JERANGKAP SAMAR.


RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
4 JAMADILAKHIR 1434 (ISNIN) 15 APRIL 2013

Perkara pertama yang akan diumum jika PR menjejak kaki ke Putrajaya....
IKLAN PAKATAN RAKYAT
Lambat atau cepat, tanggoh mau pun tunggang menghalang atau terluang,
kununnya hari ini 15 April 2013 DS NaZak Rosmah Tun Razak membujor
lalu melintang patah, bertekad dan berhasrat untuk menyerah
pentauliahan calun-calun PRU3 bN KaPar dan KaDun. Saat ini, cuma Dr
Mahathir, Rosmah, Mahyuddin dan Najib sahaja yang mengetahui secara
jelas, secara pasti individu-individu yang ditauliah mewakili bN untuk
berentap dengan calun-calun PR yang meninggal jauh bN dalam memuat
peristiharan. PR berani menghadapi cabaran apa juga sebaik
diistiharkan. PR jauh kehadapan dengan bakal-bakal calun yang memotong
mood Najib dan mood bN sebaik calun-calun PR dikemukakan.

Bekas menteri penerangan dakwa pasukan khas diwujudkan untuk buat video sex..!!!

Pasukan khas terbit video seks 'jahanamkan' tokoh politik

NONESebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menerbitkan video seks bagi "menjahanamkan" imej tokoh politik tertentu di mata umum, dakwa Presiden Penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Dalam kenyataannya hari ini, Kadir berkata beliau diberitahu bahawa pasukan khas itu "mendapat pembiayaan dan upah khas" daripada pihak tertentu.

"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu.

"Teknik untuk mengeluarkan video-video fitnah seperti ini memang boleh dibuat dengan mudahnya sekarang ini," katanya yang juga bekas menteri kabinet.

Beliau juga yakin rakyat Malaysia mengutuk kempen politik itu yang dianggap "menjijikkan" dan berharap ia dihentikan serta merta.

"Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih. Dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik," katanya.

Logo 1Malaysia nie logo parti mana pulak yang bertanding PRU13 nie..??

SPR HARUS SEKAT PENGGUNAAN LOGO 1MALAYSIA DALAM KEMPEN PILIHANRAYA

Logo 1Malaysia mula diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 16 September 2010. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya Logo dan konsep 1Malaysia adalah milik negara. Telah ratusan juta ringgit duit rakyat digunakan bagi membina dan mempromosi 1Malaysia. Lihat sahaja semua agensi kerajaan dan mana-mana sudut dalam negara ini telah diperkenal serta dinaikkan logo 1Malaysia. Malah, kerajaan telah menghabiskan RM77juta kepada sebuah syarikat berkaitan Israel, APCO worldwide yang memberi ilham penerbitan konsep dan logo 1Malaysia.

Namun mutakhir ini memasuki arena pertembungan pilihanraya menyaksikan logo 1Malaysia telah digunakan dalam kempen pilihanraya Barisan Nasional. Lihat di papan billboard, lihat di banner dan bunting, malah di bendera dacing juga terdapat logo 1Malaysia. Ini tidak sepatutnya berlaku.

Mat Taib - Masuk sebagai ahli biasa OK..Jika jadi calon KO lah jawabnya...

Mat Taib sertai PAS

Hafiz Yatim 5:57PM Apr 15 2013

Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.

Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.

Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (kiri).

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.

Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti.

Benarkah Zaid Akan bertanding atas tiket PAS di Kota Bharu

Zaid tanding di Kota Bharu?

WARTAWAN SINAR HARIAN 15 April 2013 KOTA BAHRU - Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim kemungkinan besar akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Bahru jika diberi ruang oleh Pas.

Difahamkan nama Zaid, bekas wakil rakyat kawasan itu, muncul semula meskipun sebelum ini beliau dilaporkan tidak akan turun gelanggang Pilihan Raya Umum ke-13.

A Kadir Sheikh Fadzir bercakap bab video Topa Ali....!

Harap Mustafa Ali bersabar dan kuat hadapi fitnah
Oleh A Kadir Sheikh Fadzir

Saya sangat terkejut terhadap tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Mustapha Ali, Setiausaha Agong PAS menerusi video yang sengaja direka-rekakan. Tuduhan tersebut sangatlah jijik, kejam dan tidak masuk akal.

Video tersebut adalah yang terakhir dari siri video-video yang telah dibuat terhadap pemimpin-pemimpin politik seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali dan lain-lain lagi. Dan sekarang ini pula, yang ganjil dan pelik, terhadap seorang yang terkenal, bersih dan kuat beragama, Dato’ Mustapha Ali.

Saya dapati rata-rata rakyat, di kedua-dua belah pihak BN dan juga Pakatan Rakyat, menyatakan rasa muak dan jijik mereka terhadap kempen seperti ini. Walaupun pihak yang mencipta video tersebut mengharapkan agar karier politik yang dituduh itu dijahanamkan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Saya diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks.

Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu. Teknik untuk mengeluarkan video-video fitnah seperti ini memang boleh dibuat dengan mudahnya sekarang ini.

Akhirnya Mufti Perlis sah jadi calon PKR di Kangar

Hari nie Menang esok angka sumpah.. lusa minyak turun

harga minyak seluruh negara turun – Anwar
(Oleh Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 15 APRIL: 7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.

“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.

Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat.

Penyokong BN ANGKAT BANNER bantah calon yang diumum Najib




Najib serah watikah calon, penyokong BN bantah Abdul Rahim Sabri | 12:27PM Apr 15 2013 Sekumpulan penyokong BN hari ini berhimpun di perkarangan bangunan ibu pejabat Umno dan "mengugut" tidak akan memberi sokongan kepada parti itu sekiranya calon pilihan mereka tidak terpilih bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Kira-kira 30 penyokong BN dari DUN Kelana Jaya itu membantah pencalonan ahli jawatankuasa bahagian Tengku Riduan Tengku Mansor – adik kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai calon.

Kumpulan berkenaan mengambil kesempatan untuk mengadakan perhimpunan tersebut ketika presiden parti Datuk Seri Najib Razak menyertai majlis menyerahkan watikah calon BN kepada pemimpin BN negeri di tingkat 8 bangunan tersebut.

Penyerahan watikah tersebut bermakna BN telahpun memuktamadkan senarai calon masing-masing dan kini perlu mempersiap jentera mereka. Kumpulan berkenaan bagaimanapun berpandangan sebaliknya dan mahu DUN Seri Setia ditandingi pemimpin pilihan mereka – Datuk Halim Abdul Samad atau pembantunya Datuk Yahya Bujang. Menurut mereka, dua individu berkenaan "sering turun padang dan mempunyai jasa" kepada penduduk di situ.

"Selama lima tahun kita kecewa, nak pakai baju Umno dan BN pun malu. Tapi Datuk Halim dan Datuk Yahya buat rasa kami nak pakai. Kami sama-sama mengumpul kekuatan, tiba-tiba orang lain ambil alih.

"Kami tak kenal dia. Penduduk tak kenal. Dia tak pernah datang, tak pernah turun padang... Tak ada jasa," dakwa wakil kumpulan tersebut Norhaizal Ismail.

Farok Gagak pulak sertai PAS....!


Suasana Kuliah UAI di Laguna Merbok yang dipenuhi lautan manusia...!

Gambar kredit kepada Ahmad Razak PokJak > Geng ustaz azhar idrus

Gambar semasa Kuliah Maghrib ustaz azhar di Masjib Bandar Laguna Merbok, Sg Petani Kedah pada 12.4.13

Subhanallah... Ini lah gambaran sebenar lebih 45,000 kehadiran malam itu. dan kutipan malam itu melebihi RM60,000.

Memang berbaloi walau pun parking sejauh 4KM, berpanas, duduk diatas tanah dsb. Manisnya ujian Mu ya Allah.

Tolonglah pakat2 share gambar kebangkitan islam yang tidak boleh masuk mana2 tv atau pun akhbar ini ya.

orang muda sayang Ulama orang muda geng kita

nota: ada sesiapa yang dari wall ini yang hadir sama pada masa itu silalah kongsi2 pengalaman Antum ya...

Senarai penuh calon KEADILAN bagi Parlimen, DUN di Selangor




Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Depan lebih 10,000 rakyat Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .

Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.

Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah Mohamed Azmin Ali (Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan William Leong (Selayang).

Ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun kena ciplak

KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak. Bukan sahaja manifesto Pakatan Rakyat yang diceduk, malah ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun ditiru BN. Cuma BN ubah sikit dari ciplak kepada cedok.

Perkara itu jelas apabila Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh Pakatan Rakyat meniru manifesto BN.

“Manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebenarnya hanya mengembangkan inisiatif yang telah dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Mereka hanya menokok tambah apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kemudian menjaja kononnya BN meniru agenda yang dibentangkan mereka,” kata Muhyiddin.

Pakatan telah membentangkan manifestonya pada 25 Februari lepas, sebulan setengah sebelum BN mengumumkan manifestonya pada 6 April secara langsung di semua media TV.

Ramai yang berpendapat bahawa banyak tawaran yang dikemukakan oleh PR ada di dalam manifesto BN.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Cerita Putrajaya yang tak disiarkan media penjilat Amno...

Setelah Presiden PAS mengumumkan calon untuk kerusi Parlimen P125 Putrajaya ialah Datuk Husam Musa, keretakan Umno Bahagian Putrajaya semakin parah.

Bukan sahaja dengan ketokohan yang ada pada Husam, tetapi Umno Putrajaya sendiri mengalami pertembungan yang cukup kuat sejak 2 tahun yang lepas.

Sejak akhir tahun 2011 lagi, peringkat akar umbi mula berbicara soal tampuk kepimpinan Tengku Adnan (gambar) di Putrajaya. Ia berikutan cakap-cakap umum khususnya pengundi di Putrajaya berkenaan keperibadian yang ada pada Tengku Adnan (Ku Nan).

Kita juga turut melahirkan kekesalan berhubung rekod saham judi yang dipegang oleh Ku Nan melalui syarikatnya Cimsec Nominees sebanyak 3.5 Juta dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto.

Stesen TV kini sudah menjadi bilik gerakan BN

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semasa menonton Buletin Utama TV3 Khamis lalu, saya terdengar pengumuman bahawa manifesto BN yang akan dilancarkan pada 6 April, di Stadium Bukit Jalil, akan disiarkan secara langsung.
Pada pagi Jumaat, ketika bersiap-siap ke pejabat, pandangan saya terpaku kepada siaran Astro Awani, yang turut menghebahkan siaran langsung pembentangan Pengerusi BN, Najib Razak itu, melalui tiga saluran tiga bahasa utama.

Malamnya, ketika begitu banyak iklan bukan komersil yang cuba berselindung daripada motif politik BN yang sarat, dengan klip video lagu-lagu pelbagai rentak mengasak mata dan telinga penonton di waktu puncak, saya perasan TV3 menyiarkan lagu khas BN Selangor. Tak pasti sama ada TV3 mengenakan bayaran untuk slot iklan itu.

Segera terlintas dalam fikiran saya tawaran slot 10 minit siaran rakaman manifesto PRU13 kepada setiap parti yang bertanding. Memalukan, sekali gus menghina! Jelas khalayak mahu diperbodohkan. Dr Rais Yatim yang mempunyai PhD berkaitan demokrasi telah merendahkan diri dan partinya sendiri ke tahap paling bawah.

Kesimpulannya, tuntutan akses media untuk memudahkan kempen pilihan raya hanya menjadi bahan persendaan elit politik Umno. SPR pula langsung tidak bersikap proaktif, malah mengunci mulut daripada memberi perincian terhadap perjalanan kerajaan sementara.

Senario seronok rakyat mahu lihat selepas BN kalah

Oleh Zulkifli Yahaya

AGAK menarik untuk membayangkan apabila BN kalah di Pusat dalam PRU13 nanti. Senario kekalahan itu jika dapat diceritakan kepada rakyat, boleh memberi motivasi kepada mereka untuk menukar kerajaan kerana suasana yang berbeza daripada kebiasaan, selagi tidak menggugat kehidupan mereka, juga adalah impian sebahagian besar manusia

Hari ini, saban waktu kita menghadap televisyen hanya versi sebelah pihak yang diperolehi. Jika mereka melaporkan program kerajaan maka ia memang wajar kerana aktiviti kerajaan mesti diberi liputan.

Namun laporan berita yang dibuat tidak dapat membezakan antara kerajaan dan parti politik yang memerintah.

Perhimpunan Agung Umno mendapat liputan siaran langsung dan fokus selama berhari-hari. Persidangan Parlimen pun tidak mendapat liputan sehebat itu.

Maaf semua.. BN sekarang bukan lagi "winnable party"..!!

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

SEWAKTU Najib Razak masih kanak-kanak, pilihan raya umum di Malaysia adalah jauh berbeza. Gimik seperti "winnable candidate" tidak pernah didengar atau disebut. BN (ketika itu Perikatan) tidak memerlukan gimik seperti itu.
Tanpa matlamat untuk menjadi kerajaan daripada mana-mana parti pembangkang ketika itu menjadikan BN sebagai "winnable party" tunggal.

Tak kiralah sama ada calonnya seorang penarik beca yang hanya tamat darjah enam atau seorang peguam lulusan Lincoln Inn, bertanding sahaja atas tiket parti bersimbolkan dacing atau kapal layar, kebarangkalian diangkat tangan oleh pegawai SPR sebaik sahaja proses pengiraan kertas undi selesai adalah besar.

Namun kini, tatkala Najib dewasa dan bernasib baik kerana menjadi Perdana Menteri, segala-galanya berubah. Sebagaimana ditradisikan pemimpin Umno bermula dari Dr Mahathir Mohamad, kerajaan menerusi BN lebih percaya kepada gimik dan slogan (yang ada kala begitu pelik bunyinya) serta pelbagai istilah baru bagi cuba meyakinkan rakyat betapa serius mereka dalam mentadbirkan kerajaan secara penuh keprihatinan dan seratus peratus bersih.

RAKYAT DISARAN PILIH KEPIMPINAN UNTUK TUBUH KERAJAAN YANG ADIL

WACANA KEPIMPINAN ISLAM & ISU SEMASA (PRU 13)
RESOLUSI (QARAR)

(14 April 2013)


RAKYAT DISARAN PILIH KEPIMPINAN UNTUK TUBUH KERAJAAN YANG ADIL

1. Tanggungjawab mengundi dan amalan demokrasi.

Kami berpendirian bahawa tanggungjawab mengundi adalah proses umat mengguna ruang demokrasi yang diamalkan sekarang dan ia perlu ditunaikan untuk memastikan kepentingan umat khususnya dan rakyat amnya. Amalan pilihanraya perlu dimanfaatkan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang adil dan bertanggungjawab.

Kami menyanggah pendapat bahawa penglibatan umat Islam dalam proses demokrasi pilihanraya adalah bertentangan dengan Islam. Para Ulama kontemporari dari Majma’ Fuqaha’ al-Dawli (مجمع فقهاء الدولي) yang dipimpin oleh Al-Allaamah Sheikh Yusuf al-Qaradhawi memutuskan bahawa umat Islam hendaklah memanfaatkan amalan demokrasi yang sebahagian besar ciri-cirinya adalah sesuai dengan Islam. Asas-asas demokrasi seperti memelihara hak-hak perbedaan pendapat dan bersuara, menjaga hak-hak asasi rakyat dan hak menubuhkan parti-parti politik sehingga terlaksananya proses pilihanraya umum. 

Ahli PAS , Mesti Terima Keputusan Pimpinan.

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Anggota parti di semua peringkat, sama ada pimpinan, para petugas Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU) diseru agar berpegang teguh kepada wala’ untuk menerima serta melaksanakan keputusan pimpinan tertinggi PAS Pusat.

Pengarah JPN Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin berkata, telah menjadi sistem organisasi dan amal jamaie, bahawa keputusan tertinggi dan muktamad serta kaedah pemilihan calon pilihan raya oleh pimpinan, adalah didasari ijtihad mereka yang menilai bukan sahaja kepentingan Dun dan Parlimen atau Negeri, tetapi melihat kepentingan sehingga ke peringkat nasional.

“Demikian itu penting bagi kita sebagai jentera pelaksana untuk berlapang dada dan bersikap terbuka untuk mengenepikan segala ketidakpuasan hati selama ini walaupun barangkali keputusan yang dibuat pimpinan itu tidak menyenaraikan calon pilihan, sebaliknya keputusan PAS Pusat perlu diterima sebagai keputusan kita bersama.

Bekas Timbalan SUK Kedah calon PR kerusi Langkawi

14 April 2013 
 
LANGKAWI - Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ahmad Abdullah, 64, hari ini diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, Presiden PR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menamakan penyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah Datuk Ahmad Kassim, 50, sebagai calon kerusi Dun Kuah.
  
Pakatan pembangkang memperuntukkan satu lagi kerusi Dun dalam Parlimen Langkawi iaitu Ayer Hangat, kepada Pas yang dijangka mempertaruhkan Yang Dipertua Pas Langkawi Zubir Ahmad, 50.
   




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...