TERKINI :

Sunday, April 14, 2013

Parlimen MERBOK - Calon BN dok pakat promosi diri dah..!!

KETUA BAHAGIAN SEDANG SIBUK MEMPROMOSI DIRI


Berhubung isu video terlampau Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang setiap saat dihujani dengan berjuta persoalan khasnya mencari jawapan samada watak di dalam video itu fabrikasi atau aksi beliau, beliau mengambil keputusan untuk menutup mulut.

Untuk menyelamatkan keadaan beliau telah melantik peguam Awi & Co untuk uruskan soal jawab isu ini.

Tindakan tutup mulut beliau ini sangat bertepatan dengan ayat 65 Surah Yaasin yang membawa maksud "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka manakala kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan dahulu”. 

Dalam lain perkataan jika itu ditaarifkan sebagai wayang gambar maka biarlah anggota badan berbicara. Kata MB Terenganu “Namun bagi orang Islam, kalau betul sekalipun, tidak elok dedahkan hal peribadi orang lain. Kalau kita tutup peribadi (aib) orang, Insya-ALLAH aib kita juga akan ditutup di akhirat kelak,”. 

Meninjau perkembangan terkini politik di Kedah telah terdapat satu spanduk (lihat visual di atas) mendesak si polan bin si polan untuk dipilih sebagai calun Parlimen. 

Mari kita rialisasikan semoga Tok Guru boleh jadi imam di Putrajaya

Jika menang, Husam mahu TG Nik Aziz jadi imam di Putrajaya

(Penyataan Husam di facebook yang mendapat sambutan hebat)

PUTRAJAYA: "4 minggu lagi akan bertemu hari Jumaat semula. Ketika itu, kita tidak tahu siapa akan memerintah.

"Jika diberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, Murshidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menjadi Imam untuk solat Jumaat."

Itulah kata-kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS yang bakal bertanding di Putrajaya kali ini.

2 SENJATA KUNU umNO(Baru) HADAPI PAKATAN RAKYAT DI PRU13


RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
3 JAMADILAKHIR (AHAD) 14 APRIL 2013

Sesiapa sahaja yang hidup didunia ini, yang setiap denyut nadi
kehidupan dan amalan hidupnya tidak berpaksi kepada agama yang
dianuti, serta memisahkan tamadun bangsa yang dibena dicipta selama
ini, khususnya untuknegara kitaMalaysia. Alamatnya manusia tersebut
sedang tenat jiwa sengsara bathin walau kekayaan setinggi menara
kembar Petronas. Manusia seperti ini sekiranya terus dibiar berkelana
dibumi fana ini, pasti negara berada dipinggir kehancuran kerana ianya
menjadi virus, jerangkap samar dan bom jangka yang merbahaya dalam
sudut tamadun bangsa. Apabila mereka menolak dan menafi tamaddun ilmu
serta mempermain dan mengadu dumba Agama Samawi yang Allah hantar
kedunia sebagai keperluan dan panduan hidup yang syumul kepada
manusia. Jadinya halal haram dinafikan. Jelas, umNO(Baru) berada
diposisi yang akan saya bincangkan ini.

Amerika telah mencipta bom nuklear dan beberapa jenis bom terkini
untuk digunakan sebagai senjata perang menghadapi negara yang
dibulinya sebagai polis (penyangak) antarabangsa, khabarnya telah
dibunakan untuk membunuh umat-umat Islam. Tetapi tidak kurang juga dan
tidak mengalah dan kebelakang disudut ini umNI(Baru)bN juga mempunyai
senjata ampoh untuk mempertahan umNO(Baru)bN dalam PRU13. Tetapi
senjata merbahaya ini, telah umNO(Baru)bN menggunakannya sejak PRU1
hinggalah sekarang. Tetapi senjata tersebut telah dibawa keluar dari
simpanan kamar kebal yang disimpan selama ini di PWTC di dan di
Putrajaya. Senjata tersebut dicipta dengan kajian mendalam oleh
pemikir yang menjaga berpusat di menara gading dan dilongkang alinajis
khinzir.

Coretan sahabat "Dulu sokong UMNO BN sekarang sokong PR"..!!

Saya pilih Malaysia

Dlu admin sokong UMNO. Dr keluarga admin sndri ramai trlibat scr lgsung. Klu tgok TV mse Tun berucap, semua nmpk kukuh belaka. Bangga dgn pencapaian Malaysia. Tringin nk sme2 join dgn abg n rakannya dr UMNO luar negara pi persidangan UMNO. 

Mse kt sekolah, nmpk kain rentang PAS. Admin kata PAS tu parti ajaran sesat, maklumlah budak2. asalkn nmpk org pki serban, admin kata Al-Arqam. bila msuk U kt Johor, admin mula brgaul dgn geng2 yg rajin pi surau. Ketua MPP mse tu hebat. Dia ditawarkn jd juruckp UMNO utk siswazah, tp dia tolak. klu admin lah, tu yg admin nk. tp musykil gk npe dia tolak? trdengar salah sorg pensyarah kami kne tahan ISA. kbetulan pula anak pensyarah trsebut kwn Admin. trdengarlah kisah2 kejahatan org2 berkuasa ni. 

Awas !! Politik fitnah makin berleluasa


1. Politik negara kita kian cemar dan rosak apabila fitnah menjadi senjata utama untuk membunuh karektor dan potensi pemimpin lawan politik.

2. Lebih sadis apabila fitnah itu berlegar dengan modus operandi yang sama berteraskan skrip dan skrin lucah pula memangsakan tokoh-tokoh politik lawan mereka.

3. Tamadun negara dan peradaban manusia kian runtuh dengan style politik gila yang rakus tanpa peduli sempadan neraka yang dirempuh membabi buta.

Abang Saifuddin Nasution sedia berentap dengan Mahfuz di Pokok Senan

SU Politik PM sedia cabar Mahfuz jika dicalon
ROSLINDA HASHIM
14 April 2013
SU Politik PM sedia cabar Mahfuz jika dicalon
Sahlan (dua, kanan) dan Dr Cheah Soon Hai (kanan) meninjau gerai buah-buahan semalam.
 
ALOR SETAR - Desas-desus Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail akan bertanding di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mula diperkatakan apabila kebelakangan ini beliau kerap berada di kawasan tersebut.

Sahlan diuar-uarkan bakal calon di Parlimen Pokok Sena, menggantikan Datuk Abdul Rahman Ibrahim, yang tewas kepada calon Pas, Datuk Mahfuz Omar pada PRU12.

Anak jati Pokok Sena ini bagaimanapun tidak menolak jika diberi mandat oleh pucuk pimpinan untuk merampas kembali Parlimen Pokok Sena yang sebelum ini milik Barisan Nasional (BN).

Ketika ditanya sama ada bersedia memikul amanah itu, Sahlan berkata, akan akur apa jua keputusan termasuk jika diarahkan bertanding di Pokok Sena.

Ramai orang UMNO Kedah marahkan Tun Madey, kenapa?

Oleh: Chin Jerlun

Dengar khabarnya ramai pemimpin-pemimpin UMNO Kedah marahkan Tun Madey.. kenapa? Rupanya senarai calon UMNO Kedah ditentukan oleh beliau. Bukan setakat calon DUN, di mana anaknya mahu diangkat sebagai bakal MB (dlm khayalan) tetapi juga calon-calon Parlimen.

"Apa yang orang tua tu dok kalut sangat atog calon, dia bukan ada apa dah dalam UMNO zaman dia dah lepaih dah, nak penaik anak punya pasai habih dok pi rombak kehendak akaq umbi UMNO Kedah," rungut seorang pemimpin UMNO Kubang Pasu.

Najib dalam keadaan tertekan dengan permainan Tun Madey kerana semua kehendak Madey dalam menentukan calon di Kedah terpaksa ditunaikan. Aku tak mau senaraikan nama-nama yang Madey cantaih tapi memang ramai. Najib takut dia senasib dengan Pak Lah kalau lawan Madey berdasarkan pengalaman PRU13.

Pengkhianat KALIMAH ALLAH di kesan..!!!

DAP buat laporan polis terhadap Dr. Mahathir

Harakahdaily, 14 Apr 2013

KUALA LUMPUR: DAP hari ini membuat satu laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung satu artikel dalam blog bekas Perdana Menteri itu yang didakwa bersifat fitnah terhadap parti itu dan menghasut kepada kebencian kaum.

Laporan polis itu dibuat Biro Undang-Undang DAP Lim Lip Eng pagi tadi.

Ianya berkaitan artikel bertajuk "Gelang Patah" yang antara lain mendakwa kemenangan penasihat DAP Lim Kit Siang di parlimen itu hanya akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum.

Dr. Mahathir juga mendakwa, kehadiran Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah sebagi cuba menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

Dalam satu kenyataan bersama pemimpin DAP hari ini, mereka berkata, laporan polis itu dibuat ekoran dakwaan dalam artikel tersebut tidak berasas dan bersifat fitnah terhadap Kit Siang.

Hebatnya seorang manusia bila kawan dengan UMNO.. Hutang juta-juta pakai lups camtu jaa..!!!

Tidak kira PAS UMNO kalau bertentangan dengan aqidah kita tentang - TUAN GURU SALLEH SIK

NASIHAT TUAN GURU SALLEH SIK (2010) YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN UNTUK MENGUNDI DALAM PRU13 AKAN DATANG

Tidak kira PAS UMNO kalau bertentangan dengan aqidah kita tentang walaupun dalam jemaah PAS. Orang UMNO jangan kerana taksub parti anda hingga menolak kebenaran hukum al-Quran, jangan hina ulama. Taksub boleh membawa kepada kufur. Orang PAS pun sama jangan taksub salah tetap salah. Jangan telampau kuat parti hingga menolak kebenaran. Kalau pemimpin salah kita kena tegur. Jangan taksub. 

Jangan memandang mudah pada perkara agama, hukum hakam agama. Lebih-lebih lagi perkara aqidah ahli sunnah. Kita kena tolak pahaman wahabi, syiah, pakeda dan lain-lain fahaman yang tidak selari dengan aliran ahli sunnah. Pemimpin-pemimpin perlu berhati-hati mengeluarkan hukum. Serah urusan agama pada ulama jangan gopoh, telatah (terburu-buru). Jangan tolak perkara yang baik disisi agama walaupun dari UMNO. Kita kena terima jangan taksub. Ya memang UMNO sesat tapi ada perkara agama (yang betul dibuat oleh UMNO) perlu kita akur.. [link]

Bagaimana dengan alamat anda.. ada orang lain ka tinggal rumah anda sama dengan kakak ini..??

Ingatlah dulu Politik "Anak Kecil Main Api.. Sekarang nie Anak Kecil Main Tablet"..!!

Politik dulu, kini amat berbeza
NORADILA MAHAMAD
14 April 2013
Politik dulu, kini amat berbeza
Md Ariffin sering membaca surat khabar dan saluran media lain untuk mengetahui maklumat terkini terutama mengenai PRU13.
KUALA TERENGGANU - “Dulu masa berkempen atau pilihan raya memang tak ada masalah langsung, malah boleh dilakukan dengan aman tanpa berpuak-puak,” kata warga emas yang bakal mengundi kali ke-10 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei nanti.

Pesara kerajaan, Md Ariffin Othman, 68, dari Kampung Simpang Empat, Chendering, sedikit kesal dengan sikap parti politik sekarang yang tidak boleh bersatu seperti yang pernah dialaminya lebih 40 tahun lalu ketika musim pilihan raya.

“Kalau dibandingkan, memang pakcik suka suasana mengundi pada zaman dahulu kerana orang ramai dapat bersatu, malah boleh berkongsi lokasi ceramah.

Tindak-tanduk Mahathir membantu Pakatan Rakyat

oleh Aspan Alias
 
IKLAN PRU13
Kalau dfikir-fikir betul-betul Pakatan Rakyat patut berterima kasih kepada Dr Mahahir kerana membantu barisan alternatif itu dari dalam UMNO dalam pilihanraya kali ini. Mahathir sekarang sedang sibuk berkempen untuk UMNO yang kebanyakan tindakan beliau itu menjadi ‘counter productive’ untuk UMNO. Keadaan ini ditambah pula dengan tindakan beliau berkehendakkan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa menjadi calon BN dalam pilihanraya kali ini. Tindakan Mahathir itu tidak selari dengan perkembangan kemajuan pemikiran rakyat hari ini.

Rakyat tahu UMNO dalam keadaan serba salah dengan kehadiran Dr Mahathir dalam urusan UMNO sekarang ini. Bekas Perdana Menteri itu menjadi beban besar kepada UMNO dan membuatkan parti itu tidak dapat melaksanakan perancangan parti dalam PRU ini kerana terganggu dengan campur tangan Dr Mahathir dalam banyak isu parti. Itulah sebabnya Abdullah Badawi akhir-akhir ini lebih mendapat perhatian sebagai seorang bekas PM yang lebih berhemah dari Dr Mahathir.

Kita bukannya marah kepada Dr Mahathir kerana memilih untuk memihak sebab itu adalah hak individu dalam sebuah demokrasi. Tetapi yang tidak diselesakan oleh banyak pihak jika berkempen biarlah bersandarkan kepada moral dan semangat demokrasi yang betul. Adalah kurang moralnya jika beliau menjadikan isu perkauman sebagai modal kempen beliau.

Jangan dok pulun sangat bina replika.. pulun jaga Bkt. UHUD sama takut terlepas..!!!

Penyokong ghairah bina replika

Penyokong ghairah bina replika Penduduk Kampung Padang Raja bergambar kenangan dengan 
replika wau bulan yang dipasang mereka.
Penyokong ghairah bina replika Cara kreatif penyokong Barisan Nasional (BN) melalui replika jet.
 
KUALA KEDAH - Keghairahan berkempen sempena pilihan raya kebiasaannya diserikan dengan aktiviti menampal poster, bagaimanapun kini penyokong semakin kreatif dengan membina replika pelbagai bentuk bagi menyatakan sokongan mereka terhadap parti pilihan masing-masing.

Tinjauan mendapati, pelbagai bentuk replika dibina, termasuklah wau bulan, kereta kebal, dacing mahupun kereta api bagi merancakkan kemeriahan perang bendera antara dua parti terbesar iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung nanti.

Orang berkata ditipu sekali ok.. tapi nie dah berulang kali...!!!

Jangan tertipu permainan politik Umno BN

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli dan penyokong parti itu agar tidak lagi tertipu dengan permainan Umno BN.

Beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) ini, semakin banyak blog pro Umno yang menyebarkan fitnah terhadap pemimpin PAS.

Beliau berkata demikian sebagai megulas tindakan blogger Umno yang menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan.

"Semalam blog-blog Umno menyebarkan Cikgu Pa (Datuk Mustafa) dah meletak jawatan. Berapa kali kita nak kena tipu dengan permainan Umno.Dah berapa kali Umno ditangkap menipu?

"Ingatkah kita bagaimana anak Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) difitnah mencabul kehormatan seorang gadis? Akhirnya terbongkar gadis aadalah seorang pemain catur terkenal antarabangsa.

[GEMPAR] Calon BERJASA akan dilantik MB KEDAH jika mereka menang..!!


Isma akan bertanding dua kerusi DUN di Kedah, menggunakan lambang Berjasa iaitu Derga dan Gurun. Jika menang 2 kerusi itu mereka boleh jadi MB. Ini berdasarkan 'logik' yg dikemukakan oleh UMNO bahawa DAP yg hanya bertanding 47 kerusi Parlimen akan jadi PM jika Pakatan menang.

Semalam Mahfuz hari nie Amiruddin pulak.. Itu tandanya KEDAH masih banyak tokoh untuk diangkat sebagai MB..!!

Amiruddin: ‘Apa? Saya calon MB Kedah?’
MUHAMAD MAT YAKIM
14 April 2013
Ir Amiruddin Hamzah
Ir Amiruddin Hamzah
 
ALOR SETAR - Anggota Exco Kerajaan Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah tidak tahu menahu mengenai cakap-cakap bahawa namanya ‘naik’ sebagai calon menteri besar yang baru jika Pakatan Rakyat (PR) kekal berkuasa di negeri ini selepas PRU13.

Menurut Amiruddin, beliau sendiri tidak pasti sama ada akan terus dipilih sebagai calon pada pilihan raya ini, mengulas spekulasi mengenai namanya disebut-sebut sebagai calon menteri besar adalah sesuatu yang baginya terlalu jauh daripada jangkaan.

“Saya tak tau (spekulasi sebagai calon menteri besar), saya tak dengar. Sama ada saya akan terus dicalon atau tidak pun saya tak tau,” katanya ketika ditemui di Markas Besar Pas Anak Bukit, semalam.

21 Hari Sahaja Lagi... Tingkatkan kerja.. Kuatkan usaha..Sebarkan Maklumat...!!!

21 hari saja lagi, bantu rakyat cukup maklumat

TEMERLOH: Hanya 21 hari sahaja lagi sebelum hari mengundi pada 5 Mei nanti.

Justeru itu, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru agar warga internet membantu menjayakan misi ‘Biar rakyat mengundi dalam keadaan cukup maklumat.’

Menulis di Facebooknya, Tuan Ibrahim menyeru setiap posting yang di’Like’ haruslah disharekan kepada rakan-rakan yang lain.

Ini adalah mesej beliau:

“Assalamualaikum.
Mohon kerjasama untuk 21 hari akan datang, setiap posting yang kita 'Like' - kita 'Share' kan juga kepada rakan-rakan kita yang lain.

Biar rakyat mengundi dalam keadaan cukup maklumat.

"Senyum,” tulis beliau.

Ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi, Tuan Ibrahim juga menyeru anak-anak muda menjadi agen perubahan dan agen membawa maklumat balik ke kampung masing-masing.

Bila orang panggil TV3 lidah syaitan hangpa marah.. nie apa dia nie..???


Isu penyerahan geran tanah rakyat di Kesedar Lebir Gua Musang yang disiarkan TV3 kononnya rakyat tidak berpuas hati dan memprotes kepada kerajaan negeri di atas penyerahan geran tanah tersebut. Ikuti pula sedutan Sidang DUN yang lepas (17 Oktober) yang menunjukkan siapa sebenarnya yang tidak mahu geran diserahkan kepada rakyat.

Masalah utama pimpinan UMNO..mereka tak reti beza antara tugas KERAJAAN & PARTI...

Najib Tak Reti Bezakan Tugas Kerajaan Dengan Parti!
Oleh Greenboc


Dalam Buletin Utama TV3 malam Ahad (& gambar dari Bernama di atas -GB), jelas sekali Najib Razak semasa turun ke Sabah, merasmikan program kerajaan berkaitan isu Lahad Datu, ESSCOM, memakai topi berlambangkan dacing BN, dan paparan kamera memberikan fokus kepada topi itu.

Najib diiringi Ketua Polis Negara dan juga Jeneral Tentera (PAT), selain empat menteri, Hishammuddin, Zahid, Musa Aman dan Shafie Apdal. Makin menjolok mata berkempen atas platform kerajaan ....

-fb Ahmad Lutfi Othman

[Video] Aduhai UMNO BN...camna boleh "KANTOI" nie..!!!



EDISI KANTOI... Sila SHARE, memang LAWAK OF THE YEAR..

Bila lalu kat lebuhraya plus tadi Yob ternampak lah satu PAPAN IKLAN BARISAN NASIONAL bukan main GAH rupenye, tapi.. hehehehe kelepok tepat kena batang hidung sendiri. UMNO sekarang ni bertambah meroyan, bangang sepanjang zaman..!

Kalau aku jadi UMNO baik bunuh diri je la. Kantoi je memanjang. Ini kes tunjuk kasut kat LGE neh.. last2 orang sendiri yang kantoi..

KAH KAH KAH

LAWAK NAK MAMPOS.

Apa yang hangpa kalut sangat dengan "BENDERA PAS WARNA HITAM" nie..!!

Berita panas!!! Ustaz Azizan bantah diri sendiri jadi calon PAS


Oleh: Aiman Rasis

Kononnya bendera lambang PAS... bulatan putih berlatarbelakangkan hitam adalah diterbitkan oleh golongan yang anti Ustaz Azizan dan membantah calon yang dikemukakan oleh Ustaz Azizan bukan dari kumpulan tertentu.

Bagi Aiman yang pernah jadi cybertrooper UMNO dibayar RM2000 sebulan, penyepinan seperti itu adalah perkara biasa dilakukan oleh blogger UMporNO. Sebab waktu Aiman mengikuti kursus penyepinan di Pusat Latihan UMNO Janda Baik, Aiman telah ditarbiah oleh seorang pakar penyepinan Yahudi APCO meminta supaya memutarbelitkan apa saja yang 'dilihat pelik' untuk membohongi rakyat bagi menceritakan keburukan Pakatan Rakyat.

Maka mereka pun spinlah kononnya penentangan terhadap Ustaz Azizan makin kuat sebab bendera 'hitam putih' tu ada di mana-mana seluruh Kedah. Tanpa mereka sedari rupanya semua banner dan bunting yang diterbitkan oleh Jabatan Pilihanraya PAS Kedah yang ada gambar Ustaz Azizan, maka terdapat lambang PAS 'hitam putih'!

Ketua Pemuda, Wanita, Puteri, Ulama tak winnable?

(Apakah ini penghormatan terakhir untuk ketiga-tiga sayap Umno ini....tunggu)

KUALA LUMPUR: Mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno-BN, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes lembu kondonya dalam isu penyalahgunaan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation (NFC) sudah mengisytiharkan diri tidak bertanding.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah membayangkan bahawa beliau juga tidak akan bertanding. Nama beliau juga sudah mendapat 'gap order' agar tidak keluar dalam media yang dikawal BN.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin pula diura-urakan sebagai bukan calon winnable untuk pilihanraya umum ke 13 ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...