TERKINI :

Friday, April 12, 2013

LIVE Ust Azhar Idrus dari Masjid Laguna Merbok Kedah





PRU13 - Senario menyeronokkan yang rakyat mahu saksi selepas BN kalah

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

AGAK menarik untuk membayangkan apabila BN kalah di Pusat dalam PRU13 nanti. Senario kekalahan itu jika dapat diceritakan kepada rakyat, boleh memberi motivasi kepada mereka untuk menukar kerajaan kerana suasana yang berbeza daripada kebiasaan, selagi tidak menggugat kehidupan mereka, juga adalah impian sebahagian besar manusia

Hari ini, saban waktu kita menghadap televisyen hanya versi sebelah pihak yang diperolehi. Jika mereka melaporkan program kerajaan maka ia memang wajar kerana aktiviti kerajaan mesti diberi liputan.

Namun laporan berita yang dibuat tidak dapat membezakan antara kerajaan dan parti politik yang memerintah.

Perhimpunan Agung Umno mendapat liputan siaran langsung dan fokus selama berhari-hari. Persidangan Parlimen pun tidak mendapat liputan sehebat itu.

Rakyat umumnya naik muak setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno. Selepas ini tiada lagi liputan istimewa seperti itu untuk Umno.

Maka selepas ini liputan untuk PAS, KeADILan atau DAP ada dalam televisyen, radio dan akhbar tetapi tidaklah menjolok mata seperti perhimpunan Umno sekarang.

[Bongkar] Projek Pulau Payar yang bernilai RM6.8juta.. BN pakai buang duit kelaut macam tu saja..!!

Chalet bola di pulau payar..berjuta2 wang rakyat lingkup..Bongkaq jangan tak bongkaq

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/75033_589209927773646_1515616827_n.jpg 

Dr Mahathir kata orang Melayu pondan dan rapuh aqidah mereka.

Oleh sakmongkol AK47
 Dr Mahathir adalah pengarah PRU UMNO 2013. Najib semacam buduk lembab disamping Dr Mahathir. Boleh jadi Najib lupa pesanan Tun Daim- kalau bawak Mahathir berkempen, kena jaga2. Sebab Tun Mahathir loose canon. Main tembak, kemudian tanya soalan. Disetengah negara, polis tembak suspect dahulu kemudian tanya. Kalau yang ditembak mati, tak perlu lah tanya.

Kepada rakyat terbanyak, penglibatan lansung Dr Mahathir akan disambut baik dengan penolakan mutlak, lebih dari sesiapa, Dr Mahathir lah penyebab budaya rasuah, pencurian harta benda rakyat dan pemerintahan kuku besi. Bila Abdullah Badawi menang besar dalam tahun 2004, majority luar biasa yang di capai oleh UMNO mencerminkan bagaimana rakyat meraikan penyingkiran Dr Mahathir dari pemerintahan Maalysia.

Sekali lagi, rakyat mempunyai peluang untuk meraikan penyingkiran Dr Mahathir. Kali ini, kasi pukul habis.

Semakin hari, semakin sasau pemikiran Dr Mahathir yang sesak. Dia menuduh kalau Kit Siang menang, huuru hara kaum akan berlaku. Orang Cina Malaysia jangan sekali kali lupa bahawa Dr Mahathir lah orang yang mempertikaikan pemberian kerakyatan kepada orang Cina dahuu. Dan orang2 cina dahulu adalah datuk nenek kami. Satu undi untuk BN menandakan kamu mencemar ingatan keatas nenek moyang kamu. One vore for BN means you dishonour the memory of your forefathers.

Jika benar ATM terlimat bantu UMNO memang celakalah penyalahgunaan kuasa ini..???



SIAPA PERANCANG SEMUA INI.....ANDA BACA DIBAWAH

Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 dekat dengan mampu, bph. Memang hak milik kerajaan. Kat sini kalo nak tengok pejabat B4 dari luar JPM tengok kat bumbung yang mana paling banyak antena dan piring satelite tu la dia.




Apa dia blok B4?

Nama yang ingin dikenali orang awam ialah bahagian penyelidikan. Tapi disebalik nama penyelidikan tu sebenarnya unit perisikan dari segi politik dan lain2 yang gua masih riky2 lagi.

Semenjak tak mendapat majoriti 2/3 pada PRU12 lepas, ada satu unit ditubuhkn iaitu unit khas pilihan raya atau unit strategi pilihanraya. Ia dibuat untuk mengekalkan penyamun2 dan lanun2 supaya kekal memerintah agar semua rahsia rompakan selamat dilindungi dari terbongkar ketahuan oleh rakyat amnya.

SAMBUNGAN LEBIH LENGKAP SINI

Hari ini pada 12.04.1976 telah tertubuhnya PAS Kedah

:: HARI INI DALAM SEJARAH ::


Perhubungan PAS Negeri Kedah didaftarkan secara rasmi pada 12 APRIL 1976 dengan beralamat pejabat di 175, Guar Chempedak, Gurun, Kedah.

Tunku Abdul Rahman pernah menyindir PAS Kedah tidak akan berjaya kerana dikatakan tidak berani membuat pejabat di tengah Bandar Alor Setar.

Beberapa tahun kemudian pejabat PAS Negeri berpindah ke Jalan Teluk Wanjah Alor Setar sebelum memiliki bangunan sendiri di Jalan Kota Alor Setar hasil sumbangan ahli-ahlinya.

Tahun 2008, PAS Kedah akhirnya melangkah ke Wisma Darul Aman bersama KeADILan dan DAP menerajui Kerajaan Negeri Kedah.

Inilah sejarah perjuangan berteraskan aqidah. Selamat ulangtahun ke 46 PAS Kedah.

ALLAHUAKBAR!!!

[PANAS & BERGAMBAR] Demo Bongkar 403 Juta di Sg Petani...

http://3.bp.blogspot.com/-370vdyk2ohk/UWShCPEfXII/AAAAAAAAQEg/gc-fCZ0wkUQ/s1600/2013-04-10_080144.jpg

HUSAM menag lagi hari ini..!!!

Husam menang saman NST

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menang dalam samannya terhadap akhbar The New Straits Times, dalam satu keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur sebentar tadi.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan tuntutan Husam dengan mengarahkan pihak NST membayar gantirugi terhadap Husam yang ditohmah terbabit dalam penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan.

Peguam yang mewakili Husam, Md Yunos Shariff berkata, pihak mahkamah menetapkan tarikh 17 Mei depan untuk membincangkan pengurusan kes dan segala aspek berkaitan gantirugi.

KDN pula salah guna kuasa rampas Kad Rayu Undi.. beri keuntungan kepada BN UMNO..!!

 
TAPI MAI KAD UCAPAN UMNO BN OK JAA HANGPA LEPASKAN

Mahathir sebenarnya bapak 'perkauman' tak caya inilah buktinya..!!

Mahathir bersungguh benar menabur benih kebencian di antara kaum
oleh Aspan Alias

Dr Mahathir, semakin hampir pilihanraya semakin merapu perlakuannya. Semakin hampir hari rakyat membuat penentuan masa depan mereka Mahathir meningkatkan lontaran kenyataan-kenyataan berlandaskan kepada sentimen perkauman dan tidak mempedulikan samada kata-katanya itu dihormati atau dipandang hina oleh rakyat yang inginkan kehidupan yang muhibbah di antara kaum di negara ini.

Isu Lim Kit Siang (LKS) bertanding di kawasan majoriti Cina di Gelang Patah membuatkan Mahathir tidak menentu dan beliau menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya. Seperti biasa beliau menggunakan isu perkauman yang tidak terkira bahayanya kepada rakyat dan negara. Walaupun rakyat sekarang tidak ramai lagi menghiraukan pandangannya tetapi yang penting kita telah dapat mengenali Mahathir dengan lebih dalam lagi.

Beliau menuduh yang kemenangan LKS di Gelang Patah itu akan melenyapkan kerjasama ekonomi di antara orang Melayu dan Cina dan akan meningkatnya pertelingkahan di antara kaum selepas ini. Katanya lagi pergaduhan di antara kaum akan terjadi jika BN dikalahkan oleh LKS di Gelang Patah nanti dan berbagai-bagai lagi yang saya sudah malas untuk menyebutnya.

Umno BN Salahguna masjid kempen manifesto mereka dalam khutbah jumaat


Tema manifesto BN jadi tajuk khutbah hari ini


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menggunakan tajuk khutbah Jumaat yang sama dengan tema manifesto BN yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak pada 6 April lalu, iaitu "Menepati Janji, Membawa Harapan".

Malah kandungan khutbah untuk masjid-masjid di Wilayah Persekutuan itu mempunyai nada hampir sama dengan retorik pilihan raya BN, termasuk penegasan mentaati pemerintah dan bersyukur atas "kebijaksanaan pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawab".

"Percayalah, ketaatan kepada pemerintah negara hari ini yang terbukti sentiasa mempertahankan agama Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah dan berjaya membela nasib rakyat sangatlah dituntut," kandungan khutbah itu dipetik.

N sebelum ini mengkritik keras pendirian Pakatan Rakyat yang lunak terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu di negeri ini.

Sementara itu, mimbar Jumaat juga turut memuji "kebijaksanaan pemerintah" yang menurutnya melaksanakan tanggungjawab berteraskan prinsip maqasid al-Syariah (tujuan-tujuan syariah).

Bancian Manifesto Pilihan di Portal Sinar Harian 'Dipadam' Atas Arahan Siapa?

Kenyataan umum
12 April 2013

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini berasa terkejut dengan sikap luar biasa yang ditunjukkan oleh portal Sinar Harian apabila beberapa kotak bancian online di sebelah kanan portal tersebut telah dipadam.

Sebagai media arus perdana baru yang mengamalkan 'media baru', SAMM memuji portal Sinar Harian di atas pelbagai bancian yang dipaparkan di satu sudut demi mendapat maklum balas dari pembaca. Ia Berbeza dengan era media konvensional yang sehala.

Namun bancian undian yang berkisar mengenai pilihan di antara manifesto Barisan Nasional dan juga manifesto Pakatan Rakyat tidak bertahan lama seperti kebiasaannya. Kali terakhir bancian tersebut kelihatan di portal Sinar Harian ialah pada lewat malam tadi.

UMNO yang makin tolol dakwa PAS kianati melayu

Oleh: senik

 "Assalamualikum,

Slogan utama UMNO/BN untuk PRU 13 seperti terpampang di markaznya di Terengganu ialah PAS KUDA TUNGGANGAN DAP, PAS KIANATI MELAYU. Seorang kawan ketika memberi respon secara spotan sebaik saja melihat kain rentang ini menyebut UMNO macam orang tua nyanyuk yang dah tak ingat apa apa serta tidak tahu apa yang dikatakan itu kembali kepada dirinya sendiri.

Atau dengan kata kata lain, UMNO sudah semakin TOLOL kerana sudah tidak punya apa apa yang boleh ditawarkan kepada rakyat. Akibat ketololan UMNO ini terhasilnya ungkapan tolol seperti itu.

UMNO tidak berupaya menawarkan harga minyak yang murah sesuai dengan reputasi negara sebagai pengeluar minyak, tidak berupaya menawarkan pendidikan percuma dengan penghapusan PTPTN, tidak berupaya menurunkan harga kereta dan tidak berupaya menyaingi apa saja janji PR seperti termaktub dalam menifestonya.

Apa yang mampu ditawarkan UMNO/BN cuma beberapa imej 1Malaysia yang langsung tidak mampu dinikmati oleh SEMUA RAKYAT. Dengan imej inilah UMNO/BN saban hari mengiklankannya di kaca TV sedangkan yang menikmatinya hanya segelintir rakyat sahaja. Kerana terhadnya tawaran UMNO/BN dalam PRU 13, maka UMNO menjadi tolol, tidak dapat berfikir bagaimana untuk memenangi hati rakyat. 


Akhirnya lahirlah ungkapan PAS kuda tunggangan DAP dan PAS mengkianati melayu dengan alasan atau hujah TGHH berpelukan dengan LKS.

Video Lucah muncul lagi... naik meluat dah politik sebegini walaupun video itu 'benar'..!!!

Video lucah pemimpin PAS pula tersebar
Fathi Aris Omar
10:04AM Apr 12 2013

ULASAN Sekarang tiba giliran pemimpin PAS pula dijadikan sasaran serangan video seks.

Sebelumnya PKR memberi amaran akan muncul serangan politik berbentuk aksi lucah dua video berasingan melibatkan dua pemimpin kanan parti itu, seorang menteri besar dan seorang lagi naib presiden.

Tidak lama sebelum pilihan raya umum 2008, aksi lucah tokoh MCA menjadi perbualan. Dr Chua Soi Lek kemudiannya mengaku dan meletakkan jawatan daripada kabinet.

Sembilan hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya umum 5 Mei ini, tiada sesiapa menduga PAS pula menjadi sasarannya.

Foto wajah seseorang yang kelihatan seperti tokoh utama parti itu yang berbogel dikatakan mengadakan hubungan seks di sebuah bilik.

Desas-desus ini tersebar awal malam tadi dan diberitakan di laman web The Star Online menjelang tengah malam.

Petang nanti Ust Azhar Idrus di MASJID LAGUNA MERBOK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Moga kalian sejahtera, bahagia dan ceria selalu.

Bagi teman-teman, saudara-saudari, para pengundi P.14 Parlimen Merbok yang beragama Islam, ayuh malam ini kita isi rohani kita, jiwa kita dgn sama-sama mengikuti Kuliah Perdana di Masjid Bandar Laguna Merbok, bersama Ustaz Azhar Idrus...

Jom bersama

Nurin Aina
Calon P.14 Parlimen Merbok
"MUDA, MESRA & BERWIBAWA"

Jumaat sebentar nanti UMNO sudah kerahkan Tok Khatib 1Malaysia baca Khutbah politik pula..!!!

Kita tengok apa kata TOK IMAM bila pie solat nanti pakai baju lagu nie..??

Terkini! Baju untuk solat Jumaat menggerunkan Umno sudah siap

http://kerabubersuara.blogspot.com

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/483500_528238813881114_1257990668_n.jpg

ada berani?
allahuakhbar!

Benarkah NAJIB angkut Unit RELA ke KUANTAN..??

PRU 13: RELA dipindah ke Parlimen Kuantan untuk bantu BN menang
(Oleh Norutul Ilham)

FuziahKUANTAN 11 APRIL: Sekumpulan besar Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dipindahkan tanpa pengetahuan ke Kuantan supaya mereka mengundi di Parlimen itu untuk membantu kemenangan BN pada PRU 13.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh memberitahu, modus operandi tersebut dikesan apabila 200 RELA dipercayai dari Jerantut dan Kuala Lipis dipindah ke Parlimennya itu berdasarkan nombor plakun RELA yang berbeza bagi setiap kawasan.

Menurutnya, nama-nama RELA itu dimasukkan dalam senarai pemilih di daerah mengundi Kg Selamat dan Kg Tanjung Api dalam Parlimen Kuantan.

“Setiap RELA ada nombor plakun berbeza, contohnya 0125 di Kg Tanjung Api, kod ini yang membezakan antara mereka.

PRU13 - umNO(B)bN MENITI DIMATA PEDANG


RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
30 JAMADILAWAL 1434 (KHAMIS) 11APRIL 2013



Fenomina mandom dan pelbagai badi yang dihadapi dialami oleh presiden
dan pengerusi umNO(B)bN DS NaZak Rosmah, yakni ketakutan dan payah
untuk beliau membubar parlimen baru-baru ini sampaikan usia parlimen
menjadi expired. Kalau wanitanya dah mengalami masok zon monopos yakni
putus haid, maaf cakap.

Manakala DUN Negeri Sembilan mati beragan tak
tau kubor. Ianya telah melakar hari ini dalam sejarah, 'sejarah hitam'
Negeri Sembilan dan negara amnya dalam tangan DS NaZak Rosmah.
Kata-kata orang entah benar entah temberang, tetapi dapat dipercayai
mengikut info dan maklumat disiarkan dalam media bebas. DS NaZak ini
orangnya takut dekat bini ke2nya dirumah. Bila diluar pula, takut
menikus dekat sifunya Dr Mahathir Muhammed Iskander alKutty. Sampai
peringkat jadi mainan anak-anak di tadika DS Dr Hajjah Rosmah Mansor,
adalah laki kepada DS NaZak. Entah lee!!!!!!.

Kisah Musim PRU13 : Cerita Apit dan Puak Buang Bendera

oleh Monier Mat Din

GAMBAQ HIASAN SAJA NIE..!!

Dua hari lepas waktu tengah dok parking kereta nak masuk kerja, saya terima SMS Panas dari Apit, Ketua UPU (Unit Peti Undi) / Ketua MARKAS kami. Dalam nada yang agak cemas Apit sms:

“Puak amno yg pasang bendera dekat upu kita cuba provoke kita dengan menjatuhkan berpuluh2 bendera depa sendiri sebelum subuh tadi. Minta semua ahli-ahli bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku mulai sekarang. Jangan layan sebarang ugutan, ambil tindakan bersabar dan sediakan kamera digital/hp setiap kali berhadapan dengan puak2 yang cuba cetuskan ketegangan. Bendera kayu dalam upu buat masa sekarang khusus untuk dipasang di rumah penyokong2 pas di sekitar lokaliti2 yang ditetapkan. Pastikan bendera2 tersebut dipsang sendiri oleh tuan2 di dalam kawasan halaman rumah penyokong tersebut untuk mengelak disabotaj. Musuh sedang berusaha berbagai cara untuk mencetuskan ketegangan. Jadi, berhati-hati dengan muslihat mereka. Jangan sebarkan mesej ini, cukup untuk dengan war2kan secara bersemuka dengan rakan2 seperjuangan. Kawalan keselamatan di UPU n lokaliti2 wajib dipertingkatkan bersama. Solat hajat jgn lupa. Takbirrrr”

Tu dia – panas dan cemas sungguh nadanya.

[DEDAH] Isu penyelewengan & salah guna kuasa Dr Mahadet....!!!

Antara penyelewengan dan salah guna kuasa Dr.M

buku yang diharamkan penjualanya di Malaysia
merakamkan banyak salah laku Mahathir
Senarai sebahagian kecil penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

    * Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
    * Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
    * Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Nak Kira Camna Nie..Undi awal 5 hari, dakwat kekal tahan 3 hari?

KUALA LUMPUR: Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.

Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.

"Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?" kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.

Aduan Kes Salah Guna Kuasa di Galeria Perdana Langkawi..!!

Galeria Perdana
PENYELEWENGAN, SALAH GUNA KUASA DAN KEPINCANGAN DALAM PENTADBIRAN NEGARA–KES GALERIA PERDANA, LANGKAWI


BERDASARKAN LAPORAN DARI PIHAK JMM (JABATAN MUZIUM MALAYSIA) DAN KPKK (KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN), JELAS MENUNJUKKAN PIHAK JMM DAN KPKK TELAH BERSUBAHAT MENUTUP KESALAHAN EN. ESA BIN HARON DAN PENYELEWENGAN YANG BERLAKU DI GALERIA PERDANA. SAYA BERHARAP PEGAWAI KERAJAAN DALAM JMM DAN KPKK YANG TELAH MEMBERI MAKLUMAT PALSU KEPADA PIHAK BERWAJIB YANG LAIN, MEMANIPULASIKAN BUKTI, DAN MEMUTARBELITKAN FAKTA BERKAITAN PENYELEWENGAN DI GALERIA PERDANA TURUT DISIASAT DAN DIBAWA KE MUKA PENGADILAN KERANA GOLONGAN INILAH YANG TELAH MENCEMAR NAMA BAIK PENTADBIRAN NEGARA SERTA MENJATUHKAN MARUAH DAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM.

Fokus, jangan terganggu dengan fitnah musuh

KUALA LUMPUR: Apabila masalah dalaman melanda Umno – seperti isu perbalahan mengenai calon, perebutan kerusi Umno-MCA, fitnah akan mula dihidupkan untuk mengalih perhatian rakyat.

“Bila Umno nak tutup isu dalaman - masalah calon, perbalahan Umno-MCA, mereka akan mula buat benda gila-gila dan fitnah merata untuk mengalih perhatian rakyat. Taktik ini selalu diulang,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tapi di zaman internet ini, Tuan Ibrahim berkata rakyat tidak mudah terpedaya dengan taktik lapuk Umno.

“Ini baru permulaan... Dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan doa. Kuatkan azam untuk istiqamah,” nasihat beliau.

Antara Anak Gadis, Ibu & Majikan..!!!


Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...