TERKINI :

Wednesday, April 10, 2013

Masa untuk menamatkan usia BN dengan 56 tahun memerintah..!


Cukuplah BN dengan 56 tahun memerintah!

BENTONG, 10 APRIL: Barisan Nasional (BN) diminta berundur dengan hormat sekiranya ia kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

“Setelah 56 tahun BN menerajui kerajaan, masalah kehidupan harian dan korupsi gagal diselesaikan, malah semakin bertambah di bawah pentadbiran BN,” katanya bakal calon DAP bagi kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack.

Beliau yang juga Pengerusi NGO Himpunan Hijau yang menentang pembinaan dan operasi kilang menapis nadir bumi Lynas yang penuh kontroversi di Gambang, Kuantan.

“Misalannya di Bentong, kes perumahan di Bukit Tinggi yang terbengkalai dan masih tidak diselesai kerajaan negeri BN.

“Pembeli unit rumah pangsa itu telah menunggu selama lima tahun untuk mendapat geran kepada hartanah mereka, tetapi sehingga kini masih tidak selesai.

“Selama lima tahun ini mereka membayar ansuran pinjaman untuk pembelian rumah pangsa mereka, kunci rumah masih tidak diperoleh. Rata-rata 60 peratus daripada pemilik rumah pangsa itu adalah orang Melayu,” katanya.

UMNO & MCA Dah mula bersilat berebut kerusi...!

KUALA LUMPUR: Dengan bau kekalahan semakin kuat, Umno kini merancang untuk merampas semua kerusi MCA di Johor untuk berdepan dengan DAP sendiri.

Perkara ini pula menyebabkan keseluruhan pemimpin MCA kini duduk tidak tenang kerana semakin disisihkan.

Pada sebelah pagi hari ini, The Malaysian Insider melaporkan war room BN mempercayai bahawa calon Umno lebih berpotensi menang terhadap calon DAP daripada MCA.

Sebelah petangnya pula, Malaysiakini melaporkan para pemimpin MCA melenting kerusi-kerusi mereka dirampas oleh Johor.

Johor kini menjadi tumpuan pertahanan Umno selepas penasihat DAP Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon parlimen Gelang Patah.

Menghangatkan perlawanan ini lagi ialah apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sebagai calon di Pulai.

Liew Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera juga bertandang ke Johor dan akan bertanding ke Kluang.

PKR pula mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Hussien dicalonkan di Johor Bahru.

Senarai calon UMNO BN yang Kena reject telah bocor...!!

Ini dia set set kena reject untuk jadi calon BN UMNO... Hangpa tengok la kot kot kena adik beradik hangpa...

DROP LIST:
1. Nor Mohamed Yakcop
2. Awang Adek Hussein
3. Shahrizat Jalil (she already announced not to contest)
4. Noh Omar
5. Abdullah Ahmad Badawi
6. Abdullah Md Zin
7. Abu Seman Yusop
8. Azalina Othman
9. Azmi Khalid
10. Baharum Mohamed
11. Bung Mokhtar Radin
12. Halimah Mohd Sadique
13. Hamim Samuri
14. Ismail Kassim
15. Jamaluddin Jarjis
16. Lilah Yassin
17. Mohd Nazri Aziz
18. Mohd Johari Baharum
19. Mohd Zin Mohamed
20. Rafidah Aziz
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin
22. Tengku Adnan Tengku Mansor
23. Shahrir Samad

Aduhai Muhyidin oi.. bab agama gagal bab cukai pun gagal...!


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN TIDAK FAHAM STRUKTUR CUKAI KERETA


Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh Barisan Nasional.

Sekarang pun, AFTA sudah pun dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di ASEAN tidak dikenakan sebarang cukai import. AFTA dilaksanakan untuk menghapuskan halangan dagangan (trade barriers) dalam bentuk tarif import supaya barangan boleh bergerak bebas tanpa diskriminasi harga di dalam lingkungan pasaran besar ASEAN.

Yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta. Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana AFTA telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara ASEAN.

Setiap tahun, 90% dari kereta yang dijual di Malaysia dikilang di Malaysia atau negara-negara ASEAN. Oleh yang demikian, untuk menurunkan harga kereta, dasar percukaian negara perlu ditukar dengan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta seperti yang dicadangkan oleh KEADILAN.

Apabila Jalil Hamid menunjuk kebodohan sebagai penyokong Umno


Mai sembang pasai calon UMNO BN Kedah pulak...


..naya TEBAS

10 April, 2013

oleh kapten power

Belemuih dah : bakal calon dun umnooo Kedah ?

elok sangat kalau ajar macam ni beware ...the call of lonely by umno Hadi Awang : Bukan Cinta 3 Dimensi noo

mampoih habeh kalau biaq kat manusia

Sabung Pak Pandir

Lekas...lekas...hangpa tengok lekas...ada orang tengah dok kelupoq sakan di Putrajaya gara-gara nama bakal calon pru 13 ni..Lagi-lagi dari sumber sidang kedai kopi...tapi ahli-ahli sidang tu bukan jenis macai upahan seribu dua bro..depa jenis ikut suka aku..aku sokong sapa aku suka...sapa yang boleh bagi aku untung....depa ni jenis "jual orang lagi untung dari jual unta".

Mai pakat buat analisis sapa akan jadi bakal calon umnooo be endd bagi kerusi DUN di Kedah pula...lagi lambat diumum lagi kuat kelupoqnya termasuk pengerusi perhubungan..kali ni tamboq tu dah bagi belemuih semua orang dah..sebelum ni dah dikeluarkan senarai dari beberapa DUN..ni depa sambung sikit lagi..

Pesanan Untuk Calon PR yang nak masuk Wisma Negeri & Putrajaya

Assalamualaikum,

Nampaknya gendang perang sudah dibunyikan.. Jadi berjuanglah pejuang pejuang semua... Mengkala dianugerahkan kemenangan maka disini kami ingin memberikan teguran sebagai panduan untuk semua CALON PR...

Depa dok kata ada juga satu dua kelaku yang ditengok tak berapa baguih jadi itu yang kami tegoq nie..

ANTARA SEBAB DIA.....

1) Jangan dok berebut jawatan ~ sebab dok tengok dok promote diri macam kemaruk sangat

2) Jangan dok kalut pelari harta ~ sebab dok tengok dua tiga orang yang lompat katak sangkut bila sprm masuk mai..

3) Jangan dok kalut kumpul harta ~ sebab dok tengok kereta pon dah besaq besaq dah...ada seorang dua yang gila ligan projek.. Bila tak dapat mula buat kelaku...

4) Jangan dok kira nak tambah bini ~ ada adun dan yb kat kedah nie bini pun dah mula tambah.. Jangan guna nama yb untuk buat benda nie..jika kawin buat kenduri ok jgk.. Nie bantai senyap senyap sampai yang tua pon tak tau...

Muhyidin ingat PR nie tak bersekolah kaa..?

blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com



Apa yang selalu membuat kita bingung dan merasa ‘fed-up’ ialah apabila pemimpin itu berbohong dan secara terang-terangan berdusta di hadapan kita seolah-olah kita semua ini pekak dan buta. Bertindak meremehkan usaha dan pelan pihak lain, tetapi mengambil pula pelan yang diremehkan mereka itu sebagai pelan dan perancang sendiri pula, amat mengaibkan.

Inilah yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin dalam isu menurunkan harga kereta. Jelas-jelasnya isu penurunan kereta itu dijanjikan oleh pihak Pakatan Rakyat tidak berapa lama dahulu. Rancangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta itu dibidas oleh pimpinan BN khususnya UMNO dengan berbagai-bagai cemuhan. UMNO mengatakan tindakan Pakatan itu merbahayakan ekonomi negara dan berbagai-bagai lagi kata-kata nista yang terhambur dari mulut pimpinan BN termasuk Muhyiddin sendiri.

Semalam Muhyiddin pula mengatakan Pakatan Rakyat meniru dan mencedok idea BN kerana BN sudah lama hendak menurunkan harga kereta di negara ini. Sesiapa yang boleh menasihatkan Muhyiddin ini, elok memberi ingatan kepada beliau yang rakyat yang ramai-ramai ini bukanlah bodoh seperti yang beliau fikir itu. Sudah pasti beliau beranggapan yang kita semua ini bodoh dan tuli. Kalau beliau tidak beranggapan begitu masakan beliau boleh tergamak menuduh perancangan untuk menurunkan kereta itu adalah usaha BN, bukan Pakatan Rakyat.

Jika dok ikut hujan BN pakai mati kering la PAS nie...dulu lain sekarang lain...!

Dulu dan kini...fenin aku

Dulu PAS nak buat negara Islam BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnya majmuk sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan BN kata PAS dah lupa Negara Islam.

Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam BN kata PAS ekstrimis, anti sosial dan tak releven sekarang PAS berkawan dengan DAP, PKR dan ada DHPP BN kata Pas dah berubah demi kuasa dan dah sesat.

Dulu pas hanya didokong oleh tok guru, ulama dan orang kampung BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung. Sekarang PAS didokong oleh Ulama, profesional dan teknokrat Islamis BN kata PAS dah tinggalkan kempimpinan Ulama..

Gendang Sudah Di Palu - Pesanan kepada semua untuk pergi berperang...!


KOMPOM - 20/4 Penamaan Calon | 05/5 - Mengundi | INIKALILAH


Umno bohong lagi, undang kekalahan nampaknya..!!!

Oleh ADNAN IBRAHIM

Sekali lagi Umno mainkan isu video dan gambar lucah hendak membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

“Fitnah jijik Umno termasuk menjelang pilihan raya. Menggunakan media untuk menyebarkan fitnah. Nama dia Melayu Muslim,” kata Anwar ketika ditanya wartawan berhubung gambar lucah tersebut.

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” 
(Surah an-Nur , ayat 19)

Berikutan itu Anwar menfailkan saman fitnah terhadap blogger pro-Umno, Papagomo menuntut ganti rugi RM100 juta kerana bertindak menyebar gambar seseorang menyerupai Ketua Pembangkang itu di laman sosial pada 16 Mac lalu.

Peguam N Surendran yang mewakili Anwar berkata, pemilik blog itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris dinamakan sebagai individu bertanggungjawab menyebar gambar bagi tujuan fitnah dan video lucah.

Inilah kelaku ULAMAK UMNO sebenar.. JILAT sampai lincin....!!!!

 
INILAH MANUSIA YG MENJUAL AGAMA DEMI KEPENTINGAN DIRI

JIKA TAK PERCAYA TENGOKLAH APA SUDAH JADI DENGAN 
MAMAT SEPAK TONG UNDI NIE..
http://www.utusan.com.my/pix/2004/0305/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01_big.jpg
SUDAH JADI POYO..!!!!!!!!!!

Menjawab Dakwaan Ulama Pondok Tolak PAS Kelantan

 IKLAN
Nurin Aina P.14 Merbok 

1) PAS Kelantan maju sejak sekian lama dengan sokongan para ulama pondok. Jika mereka tolak PAS, sudah pasti PAS semakin lemah, sedangkan PAS semakin kuat hari ini.

2) Majoriti besar tokoh ulama pondok Kelantan yang terkenal sentiasa mendukung perjuangan PAS. Sebaliknya, individu yang mendakwa mewakili pondok Kelantan hanyalah mula dikenali selepas dipopularkan oleh media kerajaan. Jelas, mereka bukanlah ulama besar Kelantan.

3) Lebih 20 institusi pondok di Kelantan telah memperbaharui ikrar mereka menyokong kerajaan PAS Kelantan. Ia mewakili hampir 90% pondok Kelantan. Adakah 10% boleh mendakwa mewakili pondok?

4) Pondok Pasir Tumbuh yang merupakan pondok terbesar di Kelantan tidak pernah berbelah bagi menyokong PAS Kelantan sejak dulu lagi.

5) Abdullah Saamah yang paling lantang menyerang PAS di Kelantan hanyalah mentadbir sebuah pondok di Tumpat yang mempunyai pelajar yang cukup dibilang dengan jari.

Akhirnya Chegu Bard BERTANDING KERUSI DUN DI PENANG


[DEDAH] Ini dia tarikh penting PRU13 dah bocor

Oleh Lie Putrajaya

Nie kawan nak beritahu kat admin bahawa Najib dah jumpa tarikh untuk PRU13 nanti...

Demo nak caya atau tidak terserah sebab nie pon just maklumat jaa...jika Najib kata betoi Alhamdulillah....

Tapi jika salah mungkin Rosmah jumpa tarikh baru...

Nie dia tarikhnya :

PENAMAAN CALON - 20/04/2013 | SABTU
HARI MENGUNDI - 05/05/2013 | AHAD
JUMLAH HARI BERKEMPEN - 14HARI

Jadi selamat berkempen dan mengundi... Buatlah pilihan yang bijak untuk masa depan anda dan negara...

INIKALILAH.....

BERDEPAN PRU13, PAS - PR KEDAH, JANGAN PULUN SENGKETA - SUBURKAN TELAGAH.


RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB

9 APRIL 2013 (SELASA) 28 JAMADILAWAL1434

Natijah daripada parlimen dibubarkan pada 3 April 2013 (DS NaZak
Rosmah kata 2012 - bengong punya PM expired). PAS - PR dah khatamkah
dalam membuat persediaan dan persiapan untuk menghadapi PRU13? Pasti
PAS - PR akan turut serta untuk menyertai PRU13, ibu sekelian PRU.
Ianya paling mencabar mendebar dan mengegar Putrajaya. Penyokong
tegar PAS - PR yang mengidap penyakit jantung, darah tinggi dan
beberapa penyakit kronit yang lain, diingatkan hati-hati dalam
bergelomang memerhati, menampilkan diri didalam semua posisi.

Berawas dan berjaga-jaga sebelum malang menimpa. Tetapi penyakit
bukanlah menjadi alat penghalang kita untuk turut serta membantu
menjadi tenaga kerja PAS - PR dalam PRU13 ini, mengikut kemampuan kita
yang Allah anugerahkan. Kita bertempor biar sampai umNO(B) tersungkur.
Kita tentang umNO(B)bN biar telentang membaham tanah, sampai umNO(B)bN
punah. Maka barulah PR terjulang melangkah ke Purtajaya menerajui
kerajaan pusat, InshaAllah. Dah tak lama dah, dah lama dah kita
tunggu. Ini kalilah wahai sekelian hakim rakyat.

Musa Hitam 'kepanasan' bila ada billboard naik atas nama dia..itu sapa suruh cakap camtu..!!!

Musa minta pembangkang henti guna kenyataan beliau

9 April 2013
http://2.bp.blogspot.com/-IxHQ8-z9QBI/UV45EgaV9tI/AAAAAAAAg8k/k11ve83VN-E/s1600/billboard+tun+musa+hitam.jpg
Musa minta pembangkang henti guna kenyataan beliau

KUALA LUMPUR - Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam tidak mahu dirinya dikaitkan dengan tindakan pembangkang menggunakan kenyataannya untuk menyerang balik Barisan Nasional (BN).

Ini khususnya berhubung soal mengenai kemungkinan kerajaan jadi bankrap jika mereka muncul berkuasa.

Musa mengambil perhatian bahawa BN nampaknya telah menimpakan kemusnahan terhadap kewibawaan hujah pembangkang dalam isu ini hingga sebahagian dari ucapan beliau yang disampaikan pada siri Bicara Minda, dikatakan sebagai menyokong Pakatan, dipromosi dan dipaparkan dengan begitu prominen dalam kempen pilihan raya mereka.

"Pakatan (pembangkang) nampaknya begitu terdesak untuk mempromosi diri mereka dan untuk menarik sokongan pengundi, mereka sanggup menggunakan saya sebagai senjata utama mereka untuk menyerang balik BN," kata Musa dalam satu kenyataan.

Peristiwa UMNO Diselamatkan Tengkolok Salib 1990

Mengikut maklumat terbaru yg Tulang Besi dapat, undi Melayu tidak berganjak hasil dari pelancaran Manifesto Barisan Nasional. Malah, para pemerhati menjangka manifesto Barisan Nasional itu bakal makan tuan dan kesan psikologi yang diharapkan tidak akan menjadi.

Sokongan orang Melayu pada Pakatan Rakyat tidak berganjak walaupun telah dilancar manifesto BN dengan gilang gemilang sekali. Soalnya sekarang hari mengundi itu masih jauh.

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat dapat menjaga disiplin mereka dan tidak mengeluarkan kenyataan2 yang merugikan Pakatan Rakyat?

Tulang Besi masih ingat bagaimana kenyataan TEngku Razaleigh di Terminal 3 Lapangan Terbang Subang dimainkan oleh media milik UMNO secara berulang-ulang kali.

Ledakan Himpunan Bongkar 403J 12 April

Sekretariat Bongkat 403J akan mengadakan satu lagi siri himpunan rakyat di Dataran Zero di Sungai Petani pada 12 April ini.Pengerusi Bongkar 403J, Mohd Firdaus Jaafar berkata, himpunan itu akan diadakan selepas solat Jumaat hingga jam 4.30 petang.

Katanya lagi, penganjur sedang mengusahakan beberapa tokoh tanah air untuk turut serta bersama dalam Himpunan Bingkar 403J ini selain pimpinan utama Pakatan Rakyat di Kedah.

"Kita menyeru anak muda khasnya dan seluruh rakyat Kedah agar ke himpunan ini bagi mendengar sendiri penjelasan dan pendedahan mengenai isu kerugian RM403 juta semasa Umno- BN menerajui kerajaan Kedah sebelum tahun 2008 lalu.

Kenyataan Media Persatuan Ulama Kedah Sokong Kekalkan Kepimpinan Negeri Kedah

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN ULAMA KEDAH BERKAITAN PRU KE13

الحمد لله الذي بيده ملكوت كل شيئ وهو يجير ولا يجار عليه والصلاة والسلام على المصطفى الأخيار وآله الأطهار وأصحابه المختار وأتباعه الأبرار.
PUK ingin menegaskan bahawa di antara tanda keagungan Ilahi dan bukti kekuasaan kerajaan langit ialah berkuasanya Allah swt. menggantikan mana-mana kerajaan yang dikehendakinya. Sama sahaja seperti Allah menggantikan siang dengan malam dan matahari dengan bulan. Kerajaan adalah lambang kekuasaan. Apabila Allah ingin menzahirkan kekuasaan dan kebesaranNya maka ia menukar sesuatu yang paling berkuasa di mata manusia, agar manusia dapat merasai betapa hebatnya kekuasaan Allah sehinggga semua kuasa berada dibawah telapak kekuasaanNya yang esa. Dialah Allah yang sebenarnya melindungi  sesuatu bangsa dan umat walaupun kerajaan bertukar-ganti. Demikianlah keyakinan yang wajar tertanam di dada umat Islam terutamanya tok-tok guru tuan-tuan kadi, imam-imam serta para agamawan seluruhnya.

Dalam dok kalut PRU13 tengok natang nie sama H7N9

Noh Omar: Malaysia bebas H7N9

9 April 2013
 Noh Omar
Noh Omar
PUTRAJAYA - Malaysia bebas daripada jangkitan selesema burung (H7N9) berikutan tiada tanda-tanda jangkitan wabak itu pada   ternakan unggas di negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Sehubungan itu katanya negara masih berstatus bebas 'highly pathogenic avian influenza (HPAI)' sejak 2 Sept 2007.

"Saya nak beri jaminan bahawa setakat kajian yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, jangkitan H7N9 tidak ada di  Malaysia. Kita masih bebas daripada semua jenis jangkitan influenza ini," katanya.

Kedah - Atasi SERAWAK itu sudah kemestian..!!

TIDAK ADA SEBAB MENGAPA KITA TIDAK MAMPU MENGATASI SARAWAK DI ALOR SETAR

TONGGAK Kedah Nelson San Martin, menyifatkan Pasukan Hijau Kuning mampu mencatatkan kemenangan mengatasi Sarawak pada perlawanan Liga Premier Jumaat ini dengan kehadiran semula penyerang kebangsaan Khyril Muhymeen Zambri dan penyerang import dari Croatia Alen Guc yang tidak beraksi pada perlawanan lalu.

Sepatutnya perlawanan di Kuching dua Jumaat lalu menjelmakan keputusan seri tetapi ketiadaan Khyril dan juga penyerang import telah sedikit menrencatkan prestasi pasukan, tetapi penganti mereka Faizal Abu Bakar dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli juga tidak kurang hebat pada perlawanan itu hanya nasib tidak menyebelahi mereka.

“Jumaat ini pasti kita akan memberi satu cabaran hebat kepada Sarawak dan mereka sendiri mengetahui kemampuan kita dan pasti akan lebih bersedia untuk menyukarkan lagi tugas kita mencari kemenangan. Kita kini sudah menjalani latihan keras dan Alen juga sudah hampir serasi dengan corak permainan di amalkan oleh kami, pasti ini mencerahkan harapan kami untuk melakukannya.

“Kehadiran Khyril dan Alen akan pasti memberi tekanan kepada pertahanan Sarawak dan saya serta Zuraindey Jumai pasti akan mencuri peluang ini untuk merobek gawang lawan yang memang mantap ketika kami beraksi di Kuching dan perlu di beri perhatian oleh penyerang kita.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...