TERKINI :

Tuesday, April 9, 2013

Senarai Kes SAMAN yang UTUSAN kalah dengan PR..!!!

Adakah TG Nik Aziz sedang bersedih dengan kelaku sesetengah anak buahnya..???

Dari Bendul Firasat Saya: Tuhan Jangan Kau Zahirkan Kesedihan Ini

SAYANG TOK GURU                                                                                                          

Cuba renungi gambar Tokguruku ini dengan penuh perasaan. Fikir apa yang beliau dengar, pandangan dan harapkan!

Entah mengapa dalam beberapa jam terakhir ini hati saya tidak sedap, dada berdebar-debar dan bergeduk persis ombak yang tidak sudah sampai ke tebing pantai. Ada debar kecil dan debar besar beralun dan 'berungga-rungga' menyinggahi ke segenap pembuluh darah.

Dada menjadi sebak seakan diri tidak keruan. Akan kehilangan sesuatu yang disayangi! Saya cuba menempis agar rawan itu menjauhi saya dan tidak menganggui benak saya. Saya mahu bahagian bersama. Saya tidak mahu dan benci untuk melihat bayangan ini menjelma menjadi realiti. Tolong Tuhanku.

Hati kecil pula berkata-kata yang sukar untuk difahami apa lagi ditafsirkan untuk alam semesta. Keluhan terus bergulung didalam diri kemudian terhempas di pengkalan hati. Rasa bimbang, cemas juga membelenggu seluruh diri. Perasaan ini pelik dan anih buat saya. Ia bergedung gedang...

Meskipun semalam dan  kelmarin sudah saya membayangkan kebimbangan ini, bahkan telah terlafaz kepada seseorang, namun saya harap ia adalah ketersasulan isengan saya saja. Semoga ia tidak menjadi kebenaran dan itu adalah ilusi kebimbangan saya yang sangat menyayanginya dan takut kepada persaraanya.

Pesanan untuk PR.. jangan buat benda bodoh w/pun ia kesilapan kecil...!!

Kesilapan kecil akan memusnahkan harapan

Dengan kuasa yang begitu besar dan otot yang besar, UMNO masih tidak mampu mengekang kemaraan Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihanraya kali ini. BN mempunyai media massa arus perdana yang canggih sedangkan Pakatan Rakyat hanya mempunyai media alternatif yang sama-sama dipergunakan oleh pihak BN. Jalan yang sebenarnya ada kepada pihak Pakatan hanyalah majlis ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara.

Sekarang kekuatan Pakatan Rakyat adalah sama dengan kekuatan BN. Pakatan Rakyat walaupun menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan rakyat melalui saluran TV perdana mereka (rakyat) tetap jelas memberikan sokongan. Ini adalah bukti yang rakyat berkendakkan pembaharuan yang besar kepada kehidupan bernegara. Keadaan 50/50 kali ini mencemaskan BN khususnya UMNO sehinggakan BN hanya membubarkan Parlimen pada 3hb April yang lalu kerana mereka (BN) dalam keadaan terdesak.

Apabila keadaan seperti ini wujud, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan kecil akan menghadapi kekalahan. Jika BN melakukan kesalahan lagi ia akan mempastikan BN itu kalah. Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat. Jika PR melakukan kesilapan kecil dan di tarik balik sokongan oleh hanya segelintir masyarakat yang mengundi maka Pakatan akan menghadapi kekalahan. Mana-mana pihak tidak boleh mengambil ringan tentang isu ini.

[GEMPAR] Tetiba ada orang tersampuk hantu Altantuya..!!

KEADILAN gesa kes pembunuhan Altantuya, SD2 Bala dibuka semula

balaParti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memandang serius pendedahan demi pendedahan berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan perakuan bersumpah kedua (SD2) P Balasubramaniam yang telah muncul beberapa bulan yang lalu.

Bekas Ketua Polis Negara- Tan Sri Musa Hassan, individu yang bertanggungjawab untuk penyiasatan kes pembunuhan ini – telah menyatakan semalam bahawa terdapat bukti-bukti yang mencukupi untuk membuka kembali siasatan terhadap perakuan bersumpah kedua P Balasubramaniam.

Majlis Peguam Malaysia juga telah mengeluarkan satu kenyataan pada 30 Mac 2013, menyatakan bahawa terdapat bukti-bukti baru yang mencukupi bagi Peguam Negara membuka kembali siasatan kes pembunuhan Altantuya yang berlaku pada tahun 2006.

AltantuyaKEADILAN menyokong penuh gesaan untuk membuka kembali penyiasatan terhadap kes pembunuhan Altantuya dan SD2 P Balasubramaniam berdasarkan bukti-bukti baru ini.

Rais buat lawak lagi.. masa 10minit tu cuma sekali tapi kami boleh berkali-kali...


Rais: Tempoh siaran 10 minit manifesto di RTM hanya sekali


WARTAWAN SINAR HARIAN 9 April 2013

KUALA LUMPUR - Tempoh siaran 10 minit bagi setiap parti untuk membentang manifesto masing-masing di stesen TV RTM diberi hanya sekali dan bukan untuk sepanjang tempoh berkempen pilihan raya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan berdasarkan perbincangan pihak kementerian dan Jabatan Penyiaran, tempoh itu adalah mencukupi, malah lebih panjang berbanding tempoh lima minit yang diberikan sebelum ini.

Beliau berkata tempoh itu cukup bagi membentangkan lima teks muka surat manifesto dengan langkau satu baris.

"Jadi dalam masa 10 minit, boleh menghuraikan dasar-dasar parti, intisari manifesto dan juga aku janji masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India bersama golongan penghibur jalanan dan anggota persatuan Karyawan, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berharap pihak pembangkang yang sebelum ini menolak untuk menggunakan kemudahan itu supaya menukar fikiran kerana peluang itu diberikan adil kepada semua parti.

"Tidak ada sebab kenapa mereka tidak mahu mengambil bahagian kecuali hanya untuk menunjukkan mereka nak perli RTM atau Jabatan Penyiaran," katanya.

TPM mendahuli Majlis Fatwa....hebat ilmunya..ini sah berguru dengan ulamak pondok telefon tuu...

sepatutnya hang biarkan majlis fatwa yg buat keputusan tapi yang bantai dulu lepas tu baru suruh depa...banyak punya cantik....


Alhamdulillah.. ada lagi Pengerusi BN Kedah..Ingatkan dah kena buang da


Pengerusi BN Kedah: Calon BN hampir dimuktamadkan


9 April 2013 ALOR SETAR - Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 hampir dimuktamadkan, kata Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Hanya tinggal satu, dua kerusi di kawasan tertentu yang belum ada calon kerana ramai sangat pemimpin dan tokoh yang berkaliber ingin bertanding tapi kami perlu memilih seorang sahaja bagi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen," katanya.

Beliau berharap penyokong-penyokong Umno dan BN memberi kepercayaan penuh kepada parti dalam pemilihan calon untuk bertanding di kerusi DUN dan Parlimen di kawasan mereka.

"Penyokong perlu menyokong keputusan yang telah dibuat oleh parti dan perlu sayang parti lebih daripada segala-galanya kerana ini untuk masa depan mereka dan Malaysia juga," katanya selepas pelancaran Program Gelombang Biru di Dewan Taman Wira di sini hari ini.

Melalui program anjuran Wanita BN Parlimen Alor Setar itu, sebanyak 11,000 bendera dan pelekat BN akan diagih kepada penyokong-penyokong BN untuk diletak di kawasan rumah mereka. - Bernama

TPM buat lawak mr.bean hari ini....

Aduhai macam nie punya muka tak malu siap ngaku kata kita pulak tiru dia... Nampaknya makin hari makin tak keharuan dan puak BN nie...

Kompom..bang mat sabu tanding di Pendang


Depakata Dr.Ismail digugurkan sebagai calon...!

Dari depakatav2.blogspot.com

Oleh Bang Mat KolaTerkejut aku baca depakata hari nie bab senarai calon dun di kedah... Bukan apa calon pilihan kami dan warga upu di Alor Mengkudu nie dikatakan tak lekat sebagai calon.

Pada aku amatlah malang jika Dr Ismail digugurkan... Selain beliau menjadi pilihan rangking pertama dgn 14/2 ia juga merupakan Timb PJ2 PAS Kedah yang tak lekat calon.Teori atau konspirasi apakan sedang di mainkan untuk membuang beliau dari kawasan Alur Mengkudu ini.. Adakah kerana beliau melawan Azizan tapi kenapa Phahrolrazi masih ada..

Nak kata antara mereka dua Phahrol lagi teruk dikatakan lawan Azizan sampai ada kes culik menculik...Jadi masa sekarang kami relax dulu tunggu keputusan pengumuman yang sebenarnya siapa calon tapi jika benar beliau tak ada amat malanglah sekali lagi aakan percaturan ini....

Tudia huduh punya kelaku tiru manifesto..cuma 14% ja guna otak yang lain copy paste

Hanya 14% Dari Manifesto Barisan Nasional Adalah Idea Baru


Cabaran mentadbir negara adalah lebih rumit kini. Ekonomi yang lebih global, persaingan yang sengit, kesenjangan pendapatan (income disparity) yang meruncing di dalam negara dan kebebasan maklumat melalui media sosial, adalah contoh-contoh cabaran yang merumitkan pentadbiran Malaysia.

Oleh itu, keupayaan sesebuah parti mentadbir negara dengan baik boleh dinilai dari keaslian (originality) idea-idea baru yang dibawa untuk berdepan dengan cabaran-cabaran ini. KEADILAN menganalisa Manifesto Barisan Nasional untuk menilai tahap keaslian idea-idea yang dibawa supaya dapat dibandingkan oleh rakyat.

Setiap janji yang dimuatkan di dalam Manifesto BN disemak dengan program-program sedia ada dan Manifesto Rakyat, untuk menentukan sama ada janji itu adalah idea baru, program sedia ada ataupun diciplak dari Manifesto Rakyat.

Ada orang kempen beritahu Anwar supaya buang CheguBard


Hadiah BN SELEPAS MENANG.....!

oleh geng budak PAS

Sempena slogan manifesto copy paste UMNO BN ini kami senaraikan apa yang MENEPATI JANJI MENUNAI HARAPAN....

  1. Cukai prepaid yg naik 6% masih ditangguhkan
  2. Saman AES ditangguhkan selepas pru13
  3. Cukai GST yang sudah sedia cuma ditangguh shj.
  4. TOL lebuhraya yang ditangguh kenaikan
  5. Harga minyak yg dok tunggu masa nak naik
  6. Harga barang keperluan yg meningkat naik.
  7. Harga bil api dan air akan naik.
  8. ......... selanjutnya hangpa tambah laaa.....

Berita Harian 'bogelkan' ulamak pondok....!


Lihatlah Allah itu maha kaya.... Anda merancang Allah juga merancang.... Cuba lihat 2 tajuk utama di Berita Harian satu bab Ulamak satu bab Anugerah Muzik....

Jika dilihat 2 program ini maka bolehlah diandaikan yg ulamak berfatwa haram itu ulamak berkepentingan...demi politik mereka sanggup berfatwa kata haram undi PR... Namun hakikatnya lihatlah akan majlis lagho prog.dedah aurat berlangsung sekoq pon ulamak nie tak tegoknya....

Ulamak apa kejadahnya macam nie....

UlaqSamak©

PRU 13 : gajah mati langgar pokok sena...last Umno tertunggin..!


Blog wwwkaptenpower.blogspot.com

Berita mengejutkan juga ni..gajah mati langgar pokok sena ? dasyat...tentu gajah tu lari teramat laju hingga tak sempat mengelak dan terus melanggar pokok sena itu..Hari ni bukan nak cerita kisah tu,tapi nak cerita bab didengar bawah pokok di Pekan Pokok Sena.

Tarikh nak umum calon be end untuk PRU 13 ni dah makin dekat...debaran pun makin kencang. Ramai yg dok bercakap bab ni..depa kata Dr Abd Kadir bakal dicalonkan untuk Parlimen. Wah...doktor ni ahli umno bahagian rupanya. Pandai dia ambil hati ahli umno yg dok pi mendapatkan khidmat di kliniknya.Macam dr.mantan sifu depa dulu juga.

adik aku pun dah 2 kali jadi wakil rakyat... tak kan aku nak jadi calon sekali pun tak boleh. Tapi dr ni nak kena lawan berlanggar dgn 2 lagi bakal calon yg ahli umno Pokok Sena minat..jenuh..silap-silap belaga jadi macam cerita diatas. Ada yg mau Setiausaha bahagian depa dicalonkan..Ikut pengikutnya depa kata Ramli Yunus ni lebih layak sebab dia jadi Setiausaha..kalau dr tu walaupun pandai tapi dok kegha dgn kerja dia saja...yg dok melasak setiausaha...mai bab nak bagi calon hangpa nak bagi kat org lain..mana ada jalan.

Isu cek tendang sekolah tamil - exco tampil beri penjelasan...!

Berlaku kesilapan teknikal pada cek

ALOR SETAR – Berlaku kesilapan teknikal pada cek yang diserahkan kepada 58 sekolah Tamil di Kedah, di mana tarikh adalah akhir Disember 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Dato’ S. Manikumar mengakui kesilapan tersebut berkata, sumbangan ini adalah untuk tahun 2012, sepatutnya diberikan tahun lepas, tetapi disebabkan beberapa masalah, ianya lambat diedarkan.

“Saya minta maaf atas kesilapan ini, ianya adalah kesilapan teknikal, di mana tarikh telah luput, ini tak bermakna kita (kerajaan negeri) tak ada duit dalam akaun.

“Jadi kepada mana-mana sekolah yang punyai cek seperti ini diminta tampil ke pejabat saya untuk mendapatkan cek yang baru.” ujar beliau ketika dihubungi.

Kedah - Senarai Calon Parlimen pulak...!

Oleh depakataV2

Kedah Darul Aman (15 kerusi)

Ini dia.. Senarai nama untuk parlimen yang depa dok kata sekarang nie...

P 004 - Langkawi - TBC (KEADILAN) P 005 - Jerlun - TBC (PAS)
P 006 - Kubang Pasu - TBC (PAS)
P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang)
P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang)
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN)
P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN)
P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS)
P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang)
P 013 - Sik - Chegu Uda (PAS - penyandang)
P 014 - Merbok – Nor Azrina Surip@Nurin Aina (KEADILAN)
P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang)
P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN)
P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)

Pertama Sekali dalam sejarah BN tiru manifesto pembangkang secara muka tak malu..!!!

Manifesto BN cedok idea PR?
HAMIZAH BASIR
8 April 2013
PRU13

SEREMBAN – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin, menggambarkan kegagalan kerajaan BN dalam menangani masalah rakyat.Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, sepanjang tempoh 55 tahun BN memerintah kerajaan, negara masih ditakuk lama dan gagal mencapai status negara maju.

“Manifesto BN masih membicarakan perkasa asas seperti menaik taraf jalan raya, bekalan air, perkhidmatan pengangkutan awam, rumah mampu milik dan sebagainya.

"Ini membuktikan kegagalan BN dan Umno dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat dalam tempoh 55 tahun mentadbir negara,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, manifesto BN juga telah mencedok manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang dibentangkan pada 25 Februari lalu.

DAP bela SAR tapi Umno cuba lumpuhkan


KUALA LUMPUR: Umno-BN bukan sahaja menarik balik bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) bahkan pernah memfi tnah institusi pendidikan Islam itu sebagai tempat mengajar para muridnya menjadi pengganas.

Kerajaan Umno-BN ibarat meludah ke langit kerana ketika sibuk mendakwa Pakatan Rakyat tidak mengendahkan Islam tetapi Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2013 sendiri sama sekali tidak menyediakan dana kepada SAR kerana mereka cuba untuk melumpuhkan institusi itu.

Berbanding Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP yang kerap dilabel anti-Islam, belanjawan negeri tahun ini yang bertemakan “Agenda Ekonomi Saksama” menyediakan RM13.84 juta untuk membina SAR daripada jumlah keseluruhan RM46.42 juta dana memartabatkan Islam.

Kerajaan BN bagi RM5.1juta kepada Sekolah Jenis Cina tapi SEKOLAH AGAMA RAKYAT kat Kedah dianaktirikan...

oleh AnakKedah007

Bagus sungguh Kerajaan Pusat aka BN...nak tunjuk baik dan ambik hati masyarakat cina lihatlah banyak mana telah disumbangkan kepada Sek jenis Keb Cina.. Jika banyak nie juga diberikan kepada SEKOLAH AGAMA RAKYAT & SEKOLAH JENIS KEB TAMIL di Kedah ini alangkah indahnya...!!!

Peruntukkan RM5.1 juta kepada 98 SJKC di Kedah

7 April 2013
ALOR SETAR - Sebanyak 98 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Kedah menerima peruntukan berjumlah RM5.1 juta daripada kerajaan pusat menerusi Program Sentuhan Kasih.

Bantuan menerusi program yang melibatkan sekolah rendah dan menengah itu disalur melalui Jabatan Perdana Menteri.

"Dengan peruntukan ini, jelaslah hampir keseluruhan janji yang dibuat kerajaan pusat telahpun ditepati," kata penasihat Program Sentuhan Kasih Datuk Azmi Din pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan itu hari ini.

Stesen TV kini sudah menjadi bilik gerakan BN

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semasa menonton Buletin Utama TV3 Khamis lalu, saya terdengar pengumuman bahawa manifesto BN yang akan dilancarkan pada 6 April, di Stadium Bukit Jalil, akan disiarkan secara langsung.

Pada pagi Jumaat, ketika bersiap-siap ke pejabat, pandangan saya terpaku kepada siaran Astro Awani, yang turut menghebahkan siaran langsung pembentangan Pengerusi BN, Najib Razak itu, melalui tiga saluran tiga bahasa utama.

Malamnya, ketika begitu banyak iklan bukan komersil yang cuba berselindung daripada motif politik BN yang sarat, dengan klip video lagu-lagu pelbagai rentak mengasak mata dan telinga penonton di waktu puncak, saya perasan TV3 menyiarkan lagu khas BN Selangor. Tak pasti sama ada TV3 mengenakan bayaran untuk slot iklan itu.

Segera terlintas dalam fikiran saya tawaran slot 10 minit siaran rakaman manifesto PRU13 kepada setiap parti yang bertanding. Memalukan, sekali gus menghina! Jelas khalayak mahu diperbodohkan. Dr Rais Yatim yang mempunyai PhD berkaitan demokrasi telah merendahkan diri dan partinya sendiri ke tahap paling bawah.

[DEDAH] Bukti UMNO Kuda tunggangan MCA & GERAKAN

Bukti UMNO ''TIDAK'' DiPERKUDAKAN dan ''Tidak'' Bersengkokol Dgn parti anti Islam MCA dan GERAKAN

http://3.bp.blogspot.com/-vh9bhXR9q3w/UQ-aOrXqmwI/AAAAAAAAbH0/6p6Q4wbwpak/s1600/billboard+umno+kuda+tunggangan+mca.jpg
1. Dalam Isu Azan. Ng Kiam Nam ahli seumur hidup MCA bantah laungan azan... JAWI arah masjid perlahankan Azan. Selepas dia menang (azan berjaya diperlahankan) itu dia pun tunjuk minta maaf. UMNO dakap dan romen MCA dengan erat. Isu ini dilupakan

2. Dalam isu Hudud. MCA buat demonstrasi tolak hudud. UMNO pejamkan mata. Tak ada UMNO yang mencela. Isu ini dipadamkan

3. Bila Chua Soi Lek menolak Ketuanan Melayu dalam perhimpunan agung MCA. Najib tunduk dan menyokong. Tak ada sorang pun barua UMNO tuduh Najib penkhinat Melayu. Tiada akhbar yg siarkan

4. Chua Soi Lek kata persaingan UMNO dan PAS untuk menunjukkan Islam membawa Malaysia mundur ke belakang. Chua Soi lek Ingatkan masyarakat Cina bahawa PAS akan menegakkan negara Islam. Najib mengangguk-ngangguk tanda setuju.

PANAS : Senarai nama calon PAS yang TERKINI selepas Azizan jumpa Hadi..!!

dari DepaKataV2

http://1.bp.blogspot.com/-qOHVA7QjRFo/UTAwsXoZL5I/AAAAAAAAQMY/JUYayYM2naw/s400/Kerajaan-PAS-Kedah.jpg
Nie dia senarai terkini calon PAS yang depa dok kata semakin panas di perkatakan di kawasan DUN masing-masing... ada yang terima ada yang dah nak tutup bilik upu ada dah yang bebai..dan ada yang suka...
Senarai ini keluar selepas DS Azizan jumpa Presiden yang mai Kedah baru-baru nie... Jadi hangpa nak pakai ka tak terpulang sebab senarai nama nie hanya yang depa dok kata saja betoi atau dak belum 100% lagi...

Akhirnya Chua Jui Meng dicalonkan di Segamat

Anwar umum Chua Jui Meng calon Segamat, Hasan Karim di Ledang

TANGKAK, 9 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi Majis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Parlimen P140 Segamat , Johor

Manakala Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim diumumkan sebagai calon bagi Parlimen P144 Ledang.

Hasan KarimPengumuman dibuat Anwar pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.

Pencalonan kedua mereka menamatkan spekulasi sebelum ini berkenaan kedudukan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-13

ULAMAK CEROI di Kedah buat Fatwa mengalahkan Majlis Fatwa Kebangsaan...!!!

 Eishh mai mana puak-puak muka ceroi nie... Jika dalam dok bersidang nie ada Tok Guru Haji Saleh Sik yang dok buka Sekolah Pondok di Kedah nie buat fatwa dengan Ulamak Ceroi nie Insya'Allah kami boleh terimalah kot.... tapi jika tengok kemuka macam nie punya gaya maaflah kami nak terima hukum hangpa nie...

Nampaknya dah terdesak sangat dah UMNO BN menyalahgunakan nama agama untuk menyekat PR sekali ini.. susah-susah awat tak guna MAJLIS FATWA KEBANGSAAN... jatuhkan hukum tersebut itu lagi bagus rasanya....

Tak payah semak kepala bab SANA KAFIR SINI HARAM..kita bukan Ulamak.. nie BN.. Barang Naik...!!!

Tumpukan Isu Kenaikkan Harga Barang. Lupakan yang Lain

Isu kenaikan harga barang adalah isu yang paling ditakuti oleh UMNO dan BN. Makanya, mereka mencipta isu2 palsu seperti video seks palsu, isu murtad, isu kalimah Allah dsbnya bagi menghalang Pakatan Rakyat dari bercakap berkenaan isu harga barang.

Hakikatnya, kemenangan Barisan Nasional kelak akan diikuti dengan kenaikan harga barang, harga minyak, harga air, harga tenaga eletkrik, harga tol, harga rumah dsbnya.

Kenaikan2 ini adalah perlu memandangkan Najib Tun Razak secara pribadi telah menaikkan hutang negara sekaliganda dalam masa kurang dari 4 tahun.

Tanpa kenaikkan ini maka kedudukan kewangan negara akan goncang dan kemungkinan pertumbuhan negara akan terbantut sama sekali.

Buntu cari kos bedah anak

Wartawan Sinar Harian
8 April 2013
Buntu cari kos bedah anak
Nabil menggunakan tangan kiri untuk menjalani kehidupan seharian.
POKOK SENA - Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. Begitulah perumpamaan sesuai bagi menggambarkan kasih sayang sebuah keluarga di Kampung Kepala Bendang Dua, Mukim Tualang, di sini, supaya anak mereka mendapat kehidupan yang lebih baik selepas terlibat kemalangan tahun lalu.

Walaupun menjalani kehidupan dalam keadaan serba kekurangan, namun pasangan ini Zamzuri Che Ahmad, 37, dan isterinya, Nur Aishah Khamis, 37, tetap berusaha mencari dana bagi menampung kos pembedahan tangan kanan anaknya serta kos perjalanan ke hospital.

Zamzuri berkata, keadaan itu menyebabkan dirinya buntu memikirkan masa depan anak sulungnya, Muhammad Nabil Elias, 15, jika mereka masih tidak berupaya mengumpulkan sejumlah wang perbelanjaan yang diperlukan itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...