TERKINI :

Monday, April 8, 2013

BN vs PR - Jarak Semakin Dekat antara satu sama lain sekarang ini..!!!

BN lwn Pembangkang: Jarak Makin Dekat
Oleh A Kadir Jasin

BARISAN Nasional MASIH boleh mengharapkan sokongan majoriti pengundi Malaysia. Tetapi cabaran daripada Pakatan Rakyat kali ini jauh lebih hebat.

Saya sengaja menyerlahkan (highlight) perkataan masih bagi menekankan kesementaraan sokongan kepada parti pemerintah itu.

Kalau BN gagal membuat inovasi yang ketara dalam pilihan raya umum kali ini, riwayatnya sebagai parti pemerintah mungkin berakhir.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan, BN sudah sampai ke peringkat “change or die” (berubah atau mati).

Saya mohon izin untuk mengambil ruang yang lebih panjang sedikit membahaskan perkara ini, khasnya dan mengenai PRU secara umum, daripada aspek statistik.

BN jangan ingat rakyat boleh diperbodohkan dengan mengguna jentera dan media kerajaan setiap masa..!!!

Guna RTM, jentera k’jaan: BN hina kebijaksanaan rakyat – Aziz Bari

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 8 Apr: Tindakan Barisan Nasional terus mengguna jentera dan media kerajaan untuk berkempen disifatkan menghina kebijaksanaan rakyat, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Kelmarin, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan manifesto parti itu yang disiar secara langsung di stesen RTM, tanpa memberi ruang sama kepada Pakatan Rakyat.

“RTM adalah hak milik rakyat, bukan hak Umno BN. Ia adalah stesen milik awam dan tidak boleh monopoli.

“Isunya adalah ia tidak adil dan lebih penting, menggunakan sesuatu yang bukan haknya,” kata bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu.

Ingatkan Tiru Manifesto Satu @ Dua saja tapi rupa-rupanya 22.....muka tak malu sungguh...!!!

Rafizi: BN ciplak 22 idea manifesto Pakatan
Wartawan Sinar Harian
8 April 2013
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
APABILA politik nasional lebih banyak berkisar kepada persoalan dan perdebatan dasar (bukannya politik perkauman, kebencian dan cacian peribadi), rakyat berpeluang untuk menilai sendiri perbandingan program ekonomi dan kerajaan yang ditawarkan oleh parti-parti politik.

Justeru, saya menyambut baik peluncuran manifesto Barisan Nasional dan ingin mengambil kesempatan ini untuk membentangkan analisis perbandingan di antara manifesto Rakyat dan Manifesto Barisan Nasional.

TEMA
- Manifesto Barisan Nasional yang bertemakan “Menepati Janji, Membawa Harapan” secara jelas dan tanpa segan silu menciplak tema “Pakatan Harapan Rakyat” yang telah lama diluncurkan oleh Pakatan Rakyat

- Saya mengambil pendekatan positif dan berpendapat bahawa pemikir Barisan Nasional pun menerima hakikat bahawa agenda ekonomi rakyat yang bersabit dengan penurunan harga barang, kempen #Turunkanhargakereta, pendidikan percuma, hapuskan tol dan lain-lain yang dibawa oleh Pakatan Rakyat akhirnya diterima pakai oleh Barisan Nasional

Kesian NAJIB & Pencacai...Modai BANGRAP sudah tak boleh pakai..!!

'Kesilapan taktikal' manifesto BN jadi modal Pakatan

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat "kesilapan taktikal" dengan memasukkan kandungan dalam manifesto Pakatan Rakyat ke dalam manifesto BN.

Katanya, Najib kini tidak boleh lagi mendakwa dasar Pakatan akan membankrapkan negara apabila bertindak demikian.

"Sebelum ini, beliau kata dasar kita akan membankrapkan negara. Sekarang jadi boleh dilaksana," kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Isu berkenaan akan dibangkitkannya dalam kempen semasa pilihan raya umum akan datang, katanya.

Tambahnya, BN hanya mengemukakan "dua tiga idea baru" dan menyadur selebihnya dari manifesto Pakatan.

Janji yang dikemukakan BN dalam manifesto berkenaan juga terlalu umum, kata Rafizi lagi.

UMNO BN masih bebal dan tak faham apa itu "KERAJAAN SEMENTARA"

PRu13 : Guna aset DBKL, Nong Chik tak faham ‘kerajaan sementara’

IzzahLEMBAH PANTAI 8 APRIL: Menteri Kesejahteraan Bandar & Wilayah, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin memperkuda agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kempen politik Umno BN, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

“Dia masih lagi gunakan kenderaan rasmi kerajaan, malah Jabatan Penguatkuasaan DBKL dah jadi bilik gerakan Barisan Nasional.

“Semuanya diguna untuk menangkan (bekas) Menteri Wilayah. Dia (Raja Nong Chik) kena profesional dan faham peranan kerajaan sementara,” kata Nurul Izzah dalam ceramah kelompok KEADILAN Lembah Pantai di Apartment Pantai Permai malam tadi.

Nak bagi duit Sumbangan Lahad Datu pun polis tak mau terima..!!!

Tabung Lahad Datu: Polis enggan terima sumbangan dari Pakatan Rakyat

ALOR SETAR – Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah kecewa dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mahu menerima sumbangan daripada penyokong PR untuk disalurkan kepada wira-wira negara yang terkorban dan tercedera di Lahad Datu.

Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata bahawa beliau agak kesal apabila pihak PDRM tidak mahu menerima sumbangan untuk diserahkan kepada wira-wira Lahad Datu, sedangkan ini merupakan sumbangan daripada rakyat.

Beliau berkata demikian semasa sidang media berkenaan PDRM tidak mahu menerima sumbangan wang daripada penyokong PR kepada Wira Lahad Datu, di Mess PDRM Alor Setar.

“Sumbangan-sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada penyokong-penyokong PR Kedah dalam program-program yang dianjurkan. Kita telah umumkan bahawa kutipan ini adalah khusus untuk mangsa-mangsa yang tercedera dan terkorban di Lahad Datu.

BN akan guna dana RM11billion jika BRIM RM1200 dilaksanakan..

Kos BR1M akan menggunakan RM11 bilion dana awam, kata PKR

 
PETALING JAYA, 8 April — Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh Barisan Nasional akan menyebabkan penggunaan dana awam sebanyak RM11 bilion setahun menjelang 2023, dan tidak menyelesaikan masalah isi rumah berpendapatan rendah, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

PKR juga turut mendakwa langkah memberikan bantuan tunai seperti itu juga menunjukkan kegagalam kerajaan memahami masalah ekonomi yang menyelebungi Malaysia.

“Ia bukan tindakan bijak kerana bakal menyebabkan perbelanjaan besar tanpa mengubah struktur ekonomi apabila sejumlah antara RM7 bilion hingga RM11 bilion dibelanjakan setahun boleh digunakan untuk mengurangkan harga, memansuhkan tolo dan menurunkan harga kereta,” katanya kepada pemberita di sini.

Jalan ke syurga berduri-duri, jalan ke neraka penuh dengan keju dan roti

oleh Aspan Alias

Perubahan, itulah istilah besar yang selalu dilaungkan oleh rakyat. Rakyat benar-benar mahukan perubahan sejajar dengan kehendak masa dan zamannya. Seorang Islam memerlukan perubahan kerana Islam itu sendiri menyarankan yang umatnya mesti hidup berlandaskan kepada waktu dan zamannya. Begitu jugalah agama-agama lain. Semuanya berkehendakan kepada perubahan.

Jika di zaman Rasulullah SAW dahulu dalam peperangan menegakkan agama, tentera Islam atau pun tentera musuh menggunakan tombak dan pedang dalam peperangan, sekarang Islam mahukan kerajaan untuk menyediakan peralatan tentera dan senjatanya dari jenis yang canggih kerana perubahan waktu dan zaman itu. Perubahan itu juga merupakan gerakan dan ‘af’al’ Tuhan Maha Esa. Kita memerlukan kapal selam dalam era moden ini, tetapi yang bertentangan dalam melakukan perubahan itu, berlaku pula penyelewengan khazanah rakyat yang berbillion-billion ringgitnya.

Perubahan itu adalah dalam semua bidang kehidupan manusia mengikut kehendak manusia setempat kerana setiap kaum dan puak yang di wujudkan Tuhan itu adalah untuk kita bersama-sama mengenali di antara satu dengan lain untuk kelangsungan usaha bekerjasama serta menghormati di antara sesama puak dan kaum yang berbagai itu.

Calon Parlimen Merbok - Nurin Aina : bekas ketua srikandi & aktivis reformasi sejak 1998 lagi..!!

Nurin Aina @Nurin_MS calon Wanita Muda Keadilan di Merbok

Nurin Aina merupakan aktivis reformasi sejak 1998, ketika itu beliau masih merupakan seorang pelajar Universiti,.

SUNGAI PETANI – Teka-teki siapa bakal calon PKR bagi kerusi Parlimen Merbok setelah penyandangnya, Datuk Rashid Din mengundur diri terjawab apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman itu semalam.

Dalam pengumuman dibuat oleh Anwar di hadapan kira-kira 10,000 penyokong pada satu ceramah di Bandar Laguna Merbok, beliau berkata, Ketua Wanita PKR Cabang Sungai Petani, Nor Azrina@Nurin Aina Abdullah Surip telah dipilih sebagai calon kawasan itu.

Nor Azrina atau lebih mesra dengan panggilan Nurin Aina yang juga merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah kini berusia 38 tahun.

Rakaman Pemuda BN berlagak nak "LEPUK" wartawan MalaysiaKini

'Saya tak lepuk kamu sudah baguslah'
 
AUDIO | 27 saat

Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.

Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.

Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.

Shafie Afdal pulak kantoi salahguna kedudukan..!!!

PECAH BERITA! Shafie Apdal Salah Guna Kedudukan Menteri Lagi?


Terbubarnya parlimen Malaysia pada 3 April 2013 lalu membolehkan pilihanraya umum ke-13 mesti diadakan dalam tempoh 60 hari tanpa gagal.

Kedudukan tersebut bermakna kesemua jawatan kerajaan dalam parlimen terbatal secara automatik termasuk perdana menteri dan barisan kabinetnya serta ahli parlimen.

Kerajaan sementara ditubuhkan dengan kuasa terhad dan hanya boleh mengeluarkan arahan penting tanpa mengganggu perjalanan pentadbiran negara.

Kesemua bekas menteri dan ahli parlimen pula tidak boleh menggunakan kuasa sementara yang ada untuk berkempen atau memanggil kelompok tertentu bagi tujuan memancing undi dan menyalahgunakan harta kerajaan.

'Asal tolak Islam tidak dapat pahala' tak kira hang UMNO ka PAS..!!

HABSAH ISMAIL
  
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.

“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas.

Betulkah NAJIB tentukan calon BN di Kedah dengan cara cabut lidi..??

Betulkah ini cara Najib tentukan calon di Kedah?


Oleh: Chin Jerlun

Sekali-sekala syok juga menulis perihal parti rasuah BN lebih-lebih lagi menjelang PRU ni. Walaupun senarai calon rasmi belum dikeluarkan tetapi senarai tak rasmi sudah sampai di meja aku. Rasanya kalau berubah pun di saat akhir tak sampai 5 kerusi. 

Dari maklumat yang diterima dari rakan UMNO, pemilihan yang Najib buat kali ini sangat teliti untuk pastikan BN menang. Rupanya Najib bukan pilih winable candidate seperti yang dicanangkan tetapi pilih calon yang 'tiada masalah', so bagi bakal calon yang tahu cara pemilihan Najib telah menggunakan strategi mendedahkan masalah pesaing, walaupun melalui surat layang.

Bekas Pegawai RISIK PDRM pula menyertai PAS

Bekas pegawai risik PDRM sertai PAS

 
BATU GAJAH: PAS mendapat satu lagi ahli daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, kali ini Bekas Pegawai Risik PDRM Pulau Pinang, Syed Hassan Syed Ali menyertai yang PAS semalam.

Borang keahliannya diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludddin dalam satu majlis Minum Petang di Markas PAS Batu 1, Batu Gajah, dekat sini.

Beliau yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM adalah tokoh yang disanjungi oleh masyarakat kawasan “kubu kuat Umno” itu dan kemasukannya ke dalam PAS sekaligus akan memberi kesan kepada Umno di situ.

Katanya, kemasukannya ke dalam PAS adalah atas kesedaran sendiri setelah melihat dasar perjuangannya.

“Hari ini 7 April genap umur saya 57 tahun dan secara rasminya saya mengisytiharkan menyertai perjuangan PAS,” katanya dalam ucapan ringkasnya dan disambut dengan laungan takbir para hadirin.

SULU boleh bebas masuk.. RAKYAT sendiri halau balik semenanjung

KUALA LUMPUR: Ketika rakyat asing diberikan kad pengenalan dan masuk ke Sabah berbondong-bondong, rakyat Malaysia yang sah dan anggota Parlimen disekat.

Inilah ironinya Barisan Nasional yang memerintah Sabah sekarang ini.

"Pendatang haram Sulu diberi Mycard (untuk) undi, tapi YB Tian Chua (gambar) dilarang masuk Sabah negara sendiri.." kata anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Meng.

"Say no to BN," tegas beliau yang sangat tidak senang dengan tindakan Imigresen Sabah menghalang Tian Chua memasuki negeri itu.

Naib presiden PKR Tian Chua diusir keluar dari Sabah selepas ditahan oleh pegawai imigresen lapangan terbang Kota Kinabalu semalam.

Dalam tulisannya di Twitter, Tian berkata beliau ditahan selepas mendarat sekitar jam 11.05 pagi di lapangan terbang itu.

Umno-BN terang-terang ‘tendang’ Islam..tapi dok bangga situ laa kata bela Islam..!!!

Oleh Arif Atan

KUALA LUMPUR: Menjelang PRU13 yang sudah semakin suntuk, media kongkongan Umno-BN berterusan “menunggang” agama Islam sebagai senjata politik mereka bagi menakutnakutkan pengundi Melayu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Sejak awal tahun 1990-an lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad konsisten melontarkan kenyataan biadap terhadap undang-undang Islam sehingga tidak melampau diberikan gelaran “bapa” anti Islam di negara ini.

Masyarakat Melayu sebagai penganut agama Islam majoriti di negara ini pasti tidak akan “mudah lupa” seperti Umno-BN bagaimana Mahathir antara lain selamba menyebut hukuman hudud memudaratkan manusia serta rejam kepada penzina bersifat primitif.

Jika PAS ada 7 Dosa..agak-agak anda UMNO pula ada berapa..???

PAS 7 dosa, Umno berapa?
Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

SETELAH bertahun-tahun berpolitik tanpa mengira isu dosa dan pahala, Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak tiba-tiba bercakap tentang dosa.

Maka dituduhnya PAS membuat tujuh dosa besar. Kerana dosa dosa itu maka mengikut logik Najib, PAS wajar ditolak oleh rakyat. Komen saya terima kasih Alfadhil Ustaz Najib. Walau apapun niat anda, mengingatkan tentang dosa dan pahala suatu yang baik.

Saya tidak bercadang untuk mengulas satu persatu tujuh dosa yang Najib tuduh itu. Cukuplah saya ulas satu atau dua dosa yang Najib katakan itu. Saya pun pelik bukan sahaja PAS dituduh berdosa malahan Tian Chua pun dituduh berdosa.

Bagi kita orang Islam dosa dan pahala ada kaitan dengan akidah.

Jika orang Islam bersyahadah dan beriman dengan Allah yang Esa dan Hari Akhirat maka setiap kehidupannya tidak boleh lari daripada dosa dan pahala.

Panduan pilihan raya: Fakta lebih kuat daripada kata-kata...

Oleh Lanh

DI ambang pilihan raya ini banyak terhambur kata-kata manis dan molek-molek 'di mana-mana saja'. Demikian juga dengan perbuatan; misalnya bagi menunjukkan dia berjiwa rakyat ada pemimpin yang turun padang merelakan susuk tubuhnya beraksi menggoreng mi, menjual ikan, malah menoreh pokok getah dan makan bersama keluarga di gerai terbuka! ,

Berkenaan hal ini saya teringat apa ditulis oleh tokoh reformis Islam Mesir paling berpengaruh, Muhammad Abduh yang menyatakan terkejutnya beliau melihat percanggahan di antara prinsip-prinsip Eropah yang murni dengan agenda kolonialisnya. "Kami orang Mesir pernah mempercayai liberalisme Inggeris dan simpati Inggeris, namun kami tidak lagi mempercayainya kerana fakta lebih kuat daripada kata-kata. Kami melihat keliberalan kamu hanya untuk diri kamu sendiri, dan simpati kamu terhadap kami umpama serigala untuk biri-biri yang ia ternak untuk dimakan."

Masalah terbesar Najib adalah 'cah keting'

DATUK Seri Mohd Najib Razak sudah pasti akan berdepan dengan masalah ahli-ahli partinya 'chah keting' sesama sendiri apabila nama calon-calon dari Umno yang akan bertanding di dalam pilihanraya umum ke-13 diumumkan tidak lama lagi.

Tanda-tandanya memang cukup nyata. Di sana sini, ahli-ahli peringkat akar umbi sibuk bercerita siapa yang digugurkan dan siapa yang terpileh sedangkan senarai calon yang akan mewakili Umno dan bertanding atas tiket Barisan Nasional masih belum dimuktamadkan lagi.

Najib sendiri telah meminta ahli jemaah menterinya ketika mensyuarat Kabinet terakhir Rabu lalu supaya jangan mendengar khabar angin mengenai siapa yang telah digugurkan atau siapakah yang akan menjadi menteri besar selepas pilihanraya nanti.

Tetapi belum pun sampai 24 jam Parlimen dibubar, Umno berdepan dengan kira-kira  150 ahli Umno bahagian Kangar, Perlis yang berang meminta pucuk pimpinan parti tidak mengemuka calon "payung terjun" di Parlimen Kangar.

Semalam Anwar ceramah di rumah bekas orang kuat Umno



Ceramah DS Anwar di Rumah Pak Tam Det, Kg. Jeram, Mukim Tunjang (Bekas orang kuat Datuk Johari Baharum) lewat petang kelmarin.

KUBU KUAT UMNO PECAH...

Ada kilang papan di Sg Petani mana pekerjanya Solat Zohor kena denda RM 50.00?

Salam, Admin Minta tolong siarkan sangat-sangat ni, 
demi maslahah umah sejagat...

Terlebih dahulu saya mengucapkan terimakasih pada sahabat saya seorang yang bergiat dalam jemaah tabligh kerana dapat info drpnya. Katanya dia telah beberapa kali menyuarakan masalah yang dihadapi kepada pihak berkenaan seperti Pejabat Buruh dan sebagainya mengenai pekerja-pekerja Islam di sebuah Kilang kayu yang agak terkenal di Sg. Petani dan sekarang telah berpindah ke Bukit Selambau .. Pekerja Islam tersebut ada terdiri daripada orang tempatan dan pekerja asing dari Bangladesh.

Dari maklumat yang kawan saya beri, pekerja islam tidak dibenarkan untuk solat zohor apabila masuk waktu di kilang berkenaan. Sesiapa yang ditangkap kerana menunaikan solat akan didenda RM 50.00. Kawan saya juga pernah beberapa kali memohon untuk bertemu pihak pengurusan bagi menyatakan pandangannya berkenaan hal tersebut, misalnya mengubah waktu rehat pekerja dari pukul 12.00 - 1.00 tgh kepada pukul 1.00 - 2.00 ptg bagi memudahkan pekerja untuk menunaikan solat zohor, namun permintaan ini tidak pernah dilayan.

Jadi tukang kempen Ibrahim Ali pun cukuplah

Apa yang membuatkan Mahathir terlalu berdendam terhadap Lim Kit Siang (LKS) hanya beliau sahaja yang tahu. Rakyat hanya boleh mengagak apa yang didendamkan oleh Mahathir. Tetapi kita ketepikan isu sebab dendam Mahathir terhadap bekas Ketua Pembangkang itu tidak pernah padam malahan lebih menyala dari masa-masa lampau.

Mahathir mahukan UMNO dan BN menghabiskan riwayat LKS dalam politik kerana itu sahajalah cara untuk membuatkan LKS bersara. Kenyataan dendam kesumat begitu tidak terkawal sehingga beliau (Mahathir) meminta calon ‘heavy weight’ untuk diturunkan melawan LKS di Gelang Patah dalam pilihanraya seperti Ghani Othman yang sekarang penyandang kerusi Menteri Besar Johor. Dr Mahathir berkata LKS tidak mahu bersara seperti beliau dalam politik sejak begitu lama.

Tetapi kita bertanya pula kepada Dr Mahathir. Bagaimana pula beliau? Beliau masih lagi bermain politik yang begitu aktif sekarang ini walaupun sebelum ini beliau pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Sekarang masih lagi bermain politik dan tidak mahu berhenti-henti. Beliau masih lagi berperanan untuk mengganggu pelan dan kemahuan Najib Tun Razak dalam penentuan calon. Seperti saya katakan dalam posting yang lepas Mahathir masih lagi mahu menjadi penentu keadaan UMNO itu.

Apabila Mukhriz "jilat'' ludah dia semula...

Isu siapa bagi duit bina masjid pun nak kecoh.. yang jemaah tak pernoh masjid tak kecoh pula..?

Peruntukan ICU hanya RM2.5j
Peruntukan ICU hanya RM2.5j
Laporan Sinar Harian 3 April 2013.
 
SUNGAI PETANI – Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Peruda dekat sini kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh seorang individu berhubung pembinaan masjid berkenaan yang tidak menerima ‘satu sen pun dari kerajaan negeri’.

Imam, Noh Mat berkata, kenyataan yang disiarkan pada 3 April lalu adalah tidak tepat dan mengelirukan khususnya berhubung kesalahan fakta terutama melibatkan jumlah peruntukan yang diterima dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU).

Menurutnya, individu itu sebenarnya tidak layak memberi kenyataan dan bukannya mewakili suara ramai selain tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Induk Masjid serta Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembinaan dan Dana, Datuk Md Jali Lateh.

DSAI umum calon-calon PKR untuk kerusi parlimen Sg Petani, Merbok, Kulim & Pdg Serai

DSAI umum calon-calon PKR untuk kerusi parlimen di Kedah

Turun!
Turun!
Turun!
Turun!
Kulim Bandar Bharu - Dato' Saifuddin Nasution
Padang Serai - N. Surendran
Sg. Petani - Dato' Johari Abdul
Merbok - Nurin Aina
Kuala Kedah - Dr. Azman




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...