TERKINI :

Saturday, April 6, 2013

Manifesto: PR 10 minit, BN siaran langsung

KUALA LUMPUR: Ketika Pakatan Rakyat (PR) bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentangkan manifesto pilihan raya kepada rakyat, Umno BN mendapat laluan mudah apabila manifestonya disiarkan secara langsung oleh media milik kerajaan dan media arus perdana.

“Agak lucu apabila dia (Umno BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.

Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini.

Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.

Nah dok cakap banyak sangat taksat masa lancar manifesto BN terus Anwar ajak debat sekali lagi..!!!

Anwar Ajak Debat Manifesto Selepas Najib Lancar ‘Aku Janji BN’ Hari Ini


KeadilanDaily

Menjelang pelancaran manifesto BN yang bakal diumum Datuk Seri Najib Razak hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ajakan debat.

Ketua Umum KEADILAN itu menyatakan kesediaan berbuat demikian pada bila-bila masa sebelum PRU 13 dengan kandungan manifesto sebagai topik.

“Saya pelawa debat dengan Najib dengan tertib dan sopan sepertimana debat saya bersama Datuk Shabery Chik suatu ketika dahulu.

“Hujah perlu dilawan dengan hujah bagi membuktikan kerasionalan dan fakta. Bukan dengan gangsterisme dan vandalisme yang kini jadi amalan Umno BN.

“Pakatan Rakyat akan tunjukkan cara terbaik bagaimana untuk berakhlak mulia dan mentadbir negara,” katanya pada program ramah mesra dengan penduduk Kubang Semang di sini, semalam,.

[GEMPAR] Ketua Pemuda UMNO bantah manifesto Najib yang di lancarkan malam ini..

Photo: "Saya sedar akan keperluan kereta kepada setiap rakyat. Sebab itulah, saya mahu Dasar Automotif Negara disemak semula bagi membolehkan harga kereta turun sehingga 30 peratus secara berperingkat-peringkat" - Admin #ManifestoBN #PRU13

Janji turun harga kereta rencat usaha kerajaan

KUALA LUMPUR 25 Julai - Janji pembangkang untuk menurunkan harga kereta jika berjaya mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti mampu merencat usaha kerajaan dalam menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini berusaha untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam, khususnya di ibu negara menerusi projek tambahan laluan transit aliran ringan (LRT), transit aliran pantas (MRT), komuter dan bas.

Rais Yatim Jilat Ludah..Umno-BN peralat 24 jam, Pakatan hanya 10 minit...

Oleh ARIF ATAN 

KUALA LUMPUR: PAS menyelar tuduhan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Dr Rais Yatim kononnya Pakatan Rakyat angkuh menolak apa yang dianggapnya “tawaran” untuk semua parti politik membentangkan Manifesto PRU13 menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Rais sebagai menteri harus lebih rasional dan wajar malu dengan pelawaan mainmain itu pada ketika Umno- BN sudah 24 jam menguasai media perdana.
“Kita menolak bukan kerana angkuh. Kita sebagai parti berdaftar dan diterima rakyat ada maruah. RTM hak rakyat bukannya milik Umno-BN.

“10 minit itu cuma boleh siar dua lagu sahaja. Itu pun kalau lagu Melayu, kalau lagu Hindustan satu lagu saja.

“Tempoh itu langsung tidak munasabah untuk Pakatan Rakyat membentangkan manifestonya,” tegas beliau ketika dihubungi , Selasa lalu.

Pada 22 Mac lalu, Rais memberitahu pembentangan manifesto 10 minit itu akan dirakam terlebih dahulu tetapi kesemua komponen Pakatan Rakyat menolak pelawaan tersebut dua hari selepas itu.

MNIFESTO "TIRU" BN - Dia copy paste Turunkan Harga kereta la pulak...!!

 
"Saya sedar akan keperluan kereta kepada setiap rakyat. Sebab itulah, saya mahu Dasar Automotif Negara disemak semula bagi membolehkan harga kereta turun sehingga 30 peratus secara berperingkat-peringkat" - PM

PRU13: Payah UMNO Nak Menang di Kedah

oleh Monier Mat Din

http://4.bp.blogspot.com/-Xl_TxfPgqEc/UV-dMfmmO9I/AAAAAAAAP-w/YUNGGJYBoQU/s640/528293_435107449907013_1444935753_n.jpgDua tiga malam lepas, saya sempat berkunjung ke markas PAS Pekan Cawangan Pekan Padang Serai, Kedah. Bersemangat sungguh nampaknya sahabat-sahabat kita di sini membuat persediaan untuk PRU13 ini, walau pun kalau ikut logik akalnya dalam banyak-banyak markas/UPU di Negeri Kedah ini, markas PAS Cawangan Pekan Padang Serailah yang sepatutnya paling malap sekali.

Apa tidaknya, cuba hangpa letak diri hangpa kat tempat depa: waktu PRU12 dulu depa bertungkus lumus bagaikan nak rak - dan saya pun terlibat sama, jadi penceramah kelompok/ceramah besar,ikut depa usung buluh pasang bendera tengah malam buta, berjaga sampai ke dinihari dll...tut tut tut Dua Orang WAKIL RAKYAT depa yang depa tolong berkempen bagai nak rak itu, pi lompat parti bila dah menang. Sorang kat DUN Lunas dan sorang lagi kat Parlimen Padang Serai.

Hancur luluh perasaan depa!!

Saya duk ingatkan mai PRU13 ini, sure depa katup markas, boikot, serik tak mau buat apa-apa dah; tapi tak sampai sehari selepas Parlimen bubar, wajah-wajah yg sama yg saya lihat 5 tahun lepas menjelma semula, kali ini saya nampak lebih bersemangat lagi. Depa kata, tahun 2008 kita dapat Kedah, tahun 2013 ini insyaallah kita nak ambik Putrajaya pulak!

BN sudah menipu untuk 10 minit pertama, bersedialah ke jalanraya..!!!



Assalamualaikum,,..

Sebaik saja parlimen dibubarkan, BN sudah memulakan agenda penipuannya demi untuk memenangkannya dalam PRU 13. Sudah sah bahawa BN tidak sesekali akan bertanding secara anak jantan tetapi akan tetap meneruskan tradisi penipuannya.

Oleh itu, rakyat yang inginkan perubahan tiada plilhan selain bersedia ke jalan raya menjayakan Arab Spring. Sekali penipu, selama lamanya penipu, trade mark yang sesuai untuk BN.

Memberikan 10 minit kepada PR untuk membentang menifesto di kaca TV, tetapi menjadikan siaran langsung untuk BN, sah menjadikan BN sebagai penipu negara nombor satu. Menjadi alasan yang cukup baik untuk Arab Spring tanpa perlu adanya dokumen yang pernah didakwa Yidin.

Di awal minit PERTAMA UMNO BN dah langgar peraturan PILIHANRAYA...



Jangan nanti macai UMNO BN halau kami pergi KENYA pulak..!!!

Majlis Guru Pondok Kedah Akan Pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

GUAR CHEMPEDAK: Majlis Guru Pondok Negeri Kedah akan turut menggerakkan peranannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan membantu menjelaskan isu-isu yang berbangkit dan mengeluarkan poster khas berkaitan.

Pengerusinya, Tuan Guru Mohd Rejab Md Akhir berkata, usaha itu sebagai bukti bahawa para pendidik sekolah agama rakyat dan tuan guru pondok di seluruh Kedah bersatu menyatakan sokongan penuh pada pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dalam usaha kempen untuk menghadapi PRU13.

Tegasnya, pihak beliau sepakat berdiri teguh dan menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

'Undurkan Taib atau mansuhkan saja SPRM'

 
Perdana menteri patut menggesa Tan Sri Taib Mahmud berundur kerana enggan memberikan kerjasama terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan lesen pembalakan anggota keluarga ketua menteri Sarawak itu, kata DAP.

lim guan engJika tidak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (kiri), perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak lebih baik memansuhkan sahaja suruhanjaya itu ekoran kegagalan melaksanakan tugasnya.

"Bukan sahaya tidak bekerjasama dan menjawab dakwaan itu, Taib sebaliknya pilih menyerang SPRM," kata Lim dalam kenyataannya hari ini.

"Jika Taib tidak berundur atau terlepas daripada hukuman dengan kenyataan yang memalukan itu, Najib patut mansuhkan sahaja SPRM, ekoran SPRM bukan ditubuhkan untuk menentang rasuah tetapi melindungi rasuah."

Taib pada Khamis lalu berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan SPRM berhubung siasatan mengenai urus niaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

INSANIAH di sebalik usaha Kerajaan PR Kedah & UMNO BN...!!

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/530703_10151327893858643_2004694761_n.jpg

Dengan kedudukan wang yang terhad, Kerajaan PAS Kedah telah meminjam daripada institusi kewangan RM330 juta untuk membangunkan Insaniah, dan telah berjaya.

Siapnya Insaniah ini, saya cukup berbangga termasuk kepada BN dan penyokong kita, selain rakyat Kedah khasnya.Di sinilah maknanya sumber kita terhad kadangkadang lambat sikit yang kata masalah timbul isu-isu kata kita tiada duit. Esok, insya-Allah jika Pakatan Rakyat menang Putrajaya banyak baliklah duit. Kita buat dahulu yang terbaik. Kini Insaniah telah menawarkan kursus yang banyak, hingga mencakupi 48 program.

Hanya dalam lima tahun, Insaniah memiliki kampus baharu sedangkan semasa Umno menerajui kerajaan, mereka hanya menyewa kedai sahaja. Ini yang mmembuatkan Umno cemburu, dan mereka buat isu. Umno cukup malu. Rakyat tidak dapat terima serangan itu melainkan orang Umno sahaja.

Umcedal - Peluang PR terbuka luas

PRU13 catat sejarah, peluang PR terbuka luas
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
6 April 2013
Bubar Dun dan Adun
.
SHAH ALAM - Pembubaran Dewan Rakyat yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan sebagai pilihan raya paling bersejarah di negara ini oleh pemerhati politik.

Menurut Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, ini adalah satu-satunya pilihan raya yang meletakkan pembangkang dalam keadaan lebih bersedia untuk bertempur bagi menawan tampuk kuasa.

"Biasanya pilihan raya diadakan mengejut. Pembangkang mahu pun Pakatan Rakyat selalunya tidak bersedia. Tetapi kali ini saya difahamkan, ada calon pembangkang ini yang sudah tahu awal jadi calon, sudah menyiapkan poster mereka.

"Dalam satu keadaan mereka mungkin lebih bersedia daripada BN," ujar beliau kepada Sinar Harian Online.

Pada pilihan raya lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) menerima satu kejutan apabila gagal mempertahankan majoriti kerusi dua pertiga di Dewan Rakyat.

umno Kubang Pasu makin carik....gara-gara pemilihan bakal calon PRU 13

Tudia calon Jitra mat gagap ?

Masa makin dekat dah....panas makin terik..umno Kubang Pasu makin carik....gara-gara pemilihan bakal calon PRU 13..Bakal calon Parlimen dah cempera...bakal calon dun Bukit Kayu Hitam dah berpusing-pusing...ni mai pula kes bakal calon dun Jitra....Umno dok kata PAS bercelaru,tak dak idea, tapi hakikatnya umno Kubang Pasu semakin rabak..dok mencari identiti diri dan calon bagi mengekalkan Kubang Pasu yang semkain goyah.

Angin perubahan sokongan pengundi Kubang Pasu kepada PR makin bertambah...ni yang buat umno semakin resah.Modai depa setakat apa yg dibuat oleh kerajaan selama 55 tahun sebelum ni saja...sedangkan markas cawangan umno sendiri entah dibangunan dan tanah sapa pun x ketahuan keluloi.

Barah menjadi semakin parah...Saad Man sebagai penyandang dikhabarkan tiupan bayu akan dilambung keluar oleh pimpinan bahagian sendiri yang mencadangkan nama orang lain sebagai calon utama...Kali ni geng Saad Man pasti mengamuk sakan..apa tidaknya..macam tak dak dah calon anak Kubang Pasu...depa nak bawa mai calon import pula..dah la di dun Bukit Kayu Hitam pun ada pencalonan dari ajk bahagian untuk bawa mai calon import dari Tasek gelugor..ni pun dari puak umno yang kena tendang dan tak diterima disana...apa la nak jadi umno Kubang Pasu ni..
 

Tamboq Umno di Padang Terap

Blog wwwkaptenpower.blogspot.com

Debaran untuk menghumbankan keluar umno be enddd dari putrajaya semakin memuncak...gelombang untuk terus mengekalkan PR menerajui Kedah.P.Pinang, Kelantan dan Selangor makin meningkat...umno semakin haru dengan biru.

Masalah calon umno di Kedah makin kronik... sebelum ni di dua bahagian Jerlun dan Kubang Pasu nampak dah jadi keleboq..ni cerita baru dengaq pula...hangpa pakat tengok sendiri la senarai bakal calon depa yang diatur oleh penganalisis teh tarik melalui jaringan kedai kopi depa...nampak gena.

1. Parlimen Padang Terap ;  Ghazali Ibrahim vs Mahdzir khalid vs Ahmad Lateh.

wow 3 penjuru...belengas habeh.


2. DUN Kuala Nerang ..Syed Sobri..yg ni rasanya terpelanting...maka Shuhaimi Shoib lee yg berpeluang cerah.

3. DUN Pedu- Kama Noriah Ibrahim vs Badrol Hisham ,Ketua Pemuda ni vs Abd Khaffar Ahmad...3 penjuru juga..dengaq2 kata Badrol yg akan terpeleot..

Esok aku nak pi dengaq di Pokok Sena pula... geng aku disana kata bahagian ni pun macam yg lain juga.. kena pi pekena kopi o kaw dekat pekan baru tu..

Pada Mahathir, Umno alat permainan sahaja

UMNO ini selalu menjadi mangsa pemimpin mereka sendiri. Dalam UMNO sedang lemah dan hampir lemas Dr Mahathir pernah berkata UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya. Mahathir pernah dengan lantang berkata ‘yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan yang bijak masuk DAP’. Mahathir sedar itu semua. Begitu juga Daim yang mengatakan hanya tiga negeri sahaja yang akan kekal dengan BN, yang lain semuanya kalah.

Sekarang kedua-duanya mundar-mandir memberikan sokongan dan berkempen untuk parti yang Mahathir anggap sudah busuk sampai ke usus itu. Daim pula bertukar angin  dan kembali menyokong Najib yang beliau pandang rendah itu. Sekarang Najib pula yang mampu untuk membawa pembaharuan untuk negara. Saya selalu berkata yang mereka berdua ini tidak boleh dipercayai kata-kata mereka.

Bekas LAKSAMANA kata KEMENTAH tempat lubok duit UMNO..!!

Kementah lubuk emas Umno - Laksamana Imran

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan dilihat menjadi “lubuk emas” bagi Umno-BN apabila kroninya mengaut komisen pembelian peralatan persenjataan yang tinggi daripada harga sebenar,” kata bekas Ketua Staf Logistik Markas Logistik Udara, Laksamana (B) Imran Abdul Hamid.

Katanya, pendedahan terbaru tentang projek binaan kapal tempur persisir pantai (Littoral Combat Ships) yang nilainya daripada RM6 bilion sebelum ini meningkat kepada RM9 bilion setelah diluluskan Parlimen, menjadi bukti realiti ini.

Jelasnya, berdasarkan pengalamannya dalam TLDM, kapal tersebut tidak mempunyai keperluan dalam senarai peralatan bagi membantu kekuatan angkatan tentera.

Zaid jelaskan kenapa Melayu mesti undi Pakatan

KUALA LUMPUR: Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.

"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru.

"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka.

"Adalah lebih baik anda sendiri mengesahkan perkara ini. Macamana kita tahu Pakatan akan terlebih buruk dari Umno kalau kita tidak bagi mereka peluang?" kata Zaid.

Bagi Zaid, rakyat negara ini khasnya orang Melayu tidak patut membiarkan mereka dibuli sentiasa.

Pakatan Rakyat Kedah sudah tandatangan MOU Manifesto nak tau apa dia jumpa malam nanti di Komplek PAS Kedah

Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman Manifesto Pilihanraya Umum Ke - 13 Pakatan Rakyat Negeri Kedah

Photo 
Jadi nak tau apa dia jumpa malam nanti..
 

Kesian blogher UMNO nie..bila kena saman baru kelam kabut nak mohon maaf...!


Samy Vellu pulak cover line selepas kata dia calon boleh menang..!!

Samy Vellu marah Palanivel, Dr Subra salahfaham
 
Bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu melahirkan rasa marah dengan Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berhubung isu "calon boleh menang".
  
Beliau percaya mereka salah faham dengan kenyatannya pada Rabu, sehari selepas Parlimen dibubarkan apabila beliau berkata beliau merupakan calon boleh menang untuk kawasan Parlimen Sungai Siput, sebagai jawapan kepada soalan pemberita.
  
Samy Vellu berkata beliau tidak meminta Palanivel untuk beliau dicalon bagi kerusi itu dalam pilihan raya umum ke-13," katanya dalam kenyataan sebagai respon kepada kenyataan Palanivel terdahulu bahawa Samy Vellu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.
  
"Palanivel dan Dr Subramaniam salah faham kenyataan saya semasa sidang akhbar majlis penyerahan sumbangan di Bukit Aman kepada keluarga para wira yang terkorban di Lahad Datu, Sabah.
    

Disebabkan Anwar di PERMATANG PAUH... habih kelaku gabra UMNO BN terserlah..!!

DSAI acah nak bertanding di Perak, para pemimpin UMNO terutamanya Mursyidul Am UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin agungnya Najib Razak kata DSAI takut nak berdepan dengan para pengundi Permatang Pauh..pengkhianat kepada pengundi Permatang Pauh....Sekarang bila DSAI mengesahkan akan pertahankan Permatang Pauh, pun kutuk juga...kata cakap tak serupa bikin...Agak-agaknya kalau DSAI istihar tak mau bertanding PRU 13 baru mereka berdua ini senang hati dan boleh tidur lena..[sahabat fb]

Anwar sah tanding Permatang Pauh


http://1.bp.blogspot.com/-bE8BscJn6MY/UPtmRl7CBQI/AAAAAAAABY0/yn5faMPSfKw/s1600/anwar-ibrahim.jpgDatuk Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman itu dibuat Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak.

Katanya, beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.

Sebagai contoh, katanya, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding, pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya balik kampung ada seorang beritahu saya, mana boleh perdana menteri akan datang dari Tambun," katanya

Antara Senarai awai yang dikatakan akan jadi calon PAS KEDAH..!!!

oleh DepaKata

http://3.bp.blogspot.com/-LatPklzAZ6I/T3TPwqBd_lI/AAAAAAAAAUU/t7yAN8y91Z4/s1600/paskedah.jpg

Nie dia depakata dok kata inilah antara nama nama yang dipilih akan dijadikan calon DUN PAS KEDAH. namun semua nie tak 100% betoi..sekadar depa kata..jadi layan.......
1- Tokai - Dr Hayati
2- Sg Tiang - Fadhil Baharom
3- Guar Chempedak - Muzaini Azizan
4- Sg Limau - DS Azizan Razak
5- Anak Bukit - Datuk Amiruddin
6- Bukit Pinang - Datuk Mahfuz
7- Belantik - Ust Bakalani
8- Jeneri - Zul Hazmi
9- Tg Dawai - Ust Fakrudin
10- Kuala Nerang - Ust Azam
11-Bayu - Rosli Azmi
Yang lain dengaq kata masih sama..apa apa pun kita tunggu apa depa kata lagik...

Tiba-tiba Ibrahim Ali ada rahsia besar, waw!!

Ibrahim_Katakiah
Tiba-tiba Berahim bersuara juga. Kali ini katanya dia ada rahsia besar, mungkin teramat besar tentang aset pemimpin PR dan kerjasama di antara PAS, PKR dan DAP. Ia akan didedahkan selepas penamaan calon dan katanya mampu mengejutkan jutaan rakyat Malaysia. 

Peliknya, dia terpaksa meminta kebenaran Najib Razak terlebih dahulu untuk mendedahkah rahsia besar tersebut. Apa kaitannya dengan Najib? Atau kerana nak pinjam lambang dacing pula untuk bertanding pada kali ini.
“Saya tidak boleh beritahu lagi kandungan rahsia tersebut tetapi apa yang pasti, rahsia itu akan mengejutkan banyak pihak kerana melibatkan aset yang dipegang oleh pemimpin tertentu dalam pakatan pembangkang selain daripada masalah kerjasama yang timbul antara mereka,” kata Berahim Ali.

Perancangan Jahat BN Menggunakan Salah Satu Agensi Kerajaan Untuk Politik Busuk

Oleh: AKULA70

"Pada minggu lepas beberapa ketua agensi kerajaan telah dikumpulkan di salah sebuah rumah di kawasan mewah Johor Bahru oleh satu agesi kerajaan di bawah PM. Mereka bermesyuarat untuk merancang tindakan-tindakan yang perlu dilakukan bagi menghalang menularnya sokongan kepada Pakatan Rakyat. 

Antaranya: menyebarkan gambar-gambar porno melibatkan pemimpin Pakatan (walaubagaimanapun cadangan ini tidak diterima kesemua yang hadir pada hari tersebut kecuali seorang wakil..). antara perkara yang sangat jijik yang dirancang adalah

1)meminta arak-arak rampasan oleh salah satu agensi kerajaan bagi diagih-agihkan kepada pengundi sebagai umpan.
2) menimbulkan suasana huru-hara dengan bantuan samseng yang telah diaturkan dan PEKIDA/PERKASA jika dilihat BN akan kalah.....begitulah lebih kurang info yang diterima.....

Ya Rabbi, Ya Rabbi, Ya Rabb..Kami memohon pertolongan kepada Mu

oleh Aris Awang

http://4.bp.blogspot.com/-pEOwO_EKSg8/UQpJUue2W4I/AAAAAAAABkU/8G3nxOjICnw/s400/pru13.jpg
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Selawat dan Salam kepada Junjungan Muhammad, keluarganya serta sahabatnya yang terpilih.

Ya Allah kami memohon pada Mu, dengan rahmat Mu. Yang memenuhi segala sesuatu.

Dengan kekuasaan Mu,
yang dengannya, Engkau menakluki segala sesuatu, dan tunduk segala sesuatu,
yang merendahkan segala sesuatu, dengan kemuliaan Mu,
yang mengalahkan segala sesuatu, dengan kekuatan Mu,
yang tidak dapat ditahan oleh segala sesuatu, dengan kekuasaan Mu
yang mengatasi segala sesuatu, dengan kebesaran Mu
yang memenuhi segala sesuatu, dengan wajah Mu yang kekal, setelah musnah segala sesuatu,
dengan asma' Mu yang memenuhi tonggak segala sesuatu,
dengan ilmu Mu yang mencakupi segala sesuatu,
dengan cahaya Mu yang menyinari segala sesuatu.

Pas Kedah mungkin letak calon bertanding dua kerusi


ALOR SETAR - Pas Kedah mungkin meletakkan calon untuk bertanding di dua kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata Pas negeri juga sedang menimbangkan untuk tidak mencalonkan semula beberapa wakil rakyat sedia ada bagi memberi ruang kepada muka baharu.

Beliau berkata ketika ini nama calon bagi Pas Kedah masih belum dimuktamadkan dan mungkin diumumkan selepas 9 April.

"Sekarang ini tengah buat finishing touch...tak boleh gopoh-gopoh. Tahun 2004 dan 2008 kita umum serentak (bersama parti pembangkang lain)," katanya pada sidang media mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Perang PRU13: PKR optimis Pakatan kekal di Kedah

Beliau berkata, parti itu juga mengukuhkan sebahagian kecil lagi unit peti undi dan jentera daerah mengundi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen semalam.

“Kita sudah meminta kebenaran Yang Dipertua (YDP) pihak berkuasa tempatan untuk menaikkan lebih banyak bendera parti serta persiapan lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Salleh berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan jentera parti di setiap kawasan hasil pemerhatian sewaktu turun ke lokasi bagi mendekatkan pengundi serta penyokong PKR.

“Mungkin ada sedikit lagi tambahan yang perlu dilakukan walaupun kita sebenarnya sudah bersedia menghadapi pilihan raya,” katanya.

ALOR SETAR - PKR Kedah yakin persiapan rapi yang dilakukan sejak tahun lalu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dapat membantu Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan pemerintahan. Pengerusinya, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, ia komited bekerja lebih gigih termasuk memantapkan markas utama di tujuh Parlimen yang ditandingi PKR.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...