TERKINI :

Friday, April 5, 2013

Untuk Bacaan Orang UMNO saja.. PAS tak yah dok gatai mai baca..!!!!

Gini.. Tadi gua jumpa @najibrazak.. dapat cium dan salam tangan dia.. lembuuttt tangannya..tentu hati dan jiwa dia tulus.. ohh.. selama ini gua dah bersangka buruk terhadap dia rupanya...

Najib manusia paling tulus dalam dunia.. siapa nak bantah sila berambus dari Malaysia!!!! ramai lagi Nepal, Myanmar boleh beri dia warganegara!

Gua amat berharap... kali ni PRU BN menang lagi.. gua nak usulkan kpd Najib.. fuhh.. bau tangan dia masa salam tadi melekat nih... gua nak usulkan supaya BN batalkan dan bubarkan jer trus system demokrasi. SPR mansuhkan terus.. dari situ kita dapat menjimatkan ratus juta belanja untuk buat pilihanraya!!!

Duit tu nanti buat bantu Rosmah beli cincin!!! kita patut sokong Rosmah!! dia melayu beb.. kita tak patut sokong cina DAP!! Siapa bantah.. sila berambus! jangan jadi warganegara Malaysia!!

Masa menghentikan maharajalela TAIB sudah tiba.. humban BN.. seloplah TAIB..!!!

Selagi BN berkuasa, Taib akan terus bermaharajalela

Taib Mahmud, yang enggan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), adalah petunjuk besar yang kekuatan pimpinan Persekutuan itu penting. Itulah sebabnya seorang Perdana Menteri itu tidak boleh mempunyai masalah undang-undang dan moral.
Sebuah negara berdaulat tidak akan mempunyai Perdana Menteri yang peribadi dan moralnya dipersoalkan oleh masyarakat dan rakyatnya. Itu sebabnya mana-mana Perdana Menteri yang dipersoalkan oleh rakyat tentang rekod peribadi mereka, pimpinan mereka akan berhadapan dengan berbagai-bagai masalah dan akhirnya rakyat yang menanggungnya.
Jika seorang Perdana Menteri itu tidak bersih dari sudut undang-undang dan moral peribadi, Perdana Menteri itu tidak akan mampu bertindak kerana beliau tidak akan dihormati oleh banyak pihak. Perdana Menteri yang tercalar imejnya dengan masalah moral tidak akan mampu bertindak terhadap kesalahan pimpinan yang di bawah mereka.

[Video] DUN Kedah dibubarkan & Gurauan MB pasal belia dikatakan 'JATUH'...!!


Antara MELAYU & ISLAM... mana satu pilihan UTUSAN MALAYSIA..???



[setiausaha akhbar] Salahkah seorang ibu berkata kepada anaknya, "Ibu tak bangga kamu belajar tinggi, tapi ibu bangga kalau kamu berakhlak mulia..". Seorang yang waras dan tahu bahasa tidak akan menganggap kenyataan itu salah. Maksud si ibu ialah akhlak lebih mulia dari pelajaran yang tinggi. Demikianlah apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya tidak bangga menjadi Melayu, tetapi saya bangga menjadi seorang Islam.." Golongan yang waras tahu menilai maksud mudah ini. Nampaknya Mingguan Malaysia tidak termasuk dalam golongan itu. Alahai Mingguan...[Nik Abdul Aziz Nik Mat]

Mohd Sabu bertanding di Pendang, Fadzil di DUN Sungai Tiang?

Oleh Aspan Alias

http://www.mole.my/sites/default/files/images/mole-mat-sabu.jpg
Sejak dua bulan lepas saya sering ke Kedah dan kawasan yang sering saya lawati dan memberi penerangan itu meliputi kawasan Kuala Kedah, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pendang. Saya diminta untuk masuk ke kawasan yang menjadi kubu Umno terutamanya di Pendang dan saya dengan rela hati melakukannya.

Di antara kawasan yang saya seronok sekali untuk menembusi kubu Umno itu ialah kawasan Pendang, kawasan sahabat saya Mohamad Sabu, dijangka bertanding dalam PRU nanti. Pendang merupakan kawasan yang masih ada tempat-tempat yang Pakatan Rakyat masih belum dapat menembusinya kerana kekuatan Umno masih ada di situ. Kawasan seperti ini masih ada di DUN Sungai Tiang dan di DUN inilah yang saya sangat berbahagia untuk memberi penerangan.

DUN Sungai Tiang ini diwakili oleh BN dan ADUNnya ialah orang kuat Puteri Umno yang bernama Soraya. Tetapi kawasan ini sudah nampak kejayaan PAS menembusinya kerana saya memberikan tumpuan kepada DUN ini. Saya begitu tertarik dengan kegigihan Majlis Tindakan DUN PAS ini kerana sentiasa melakukan lawatan dan mengadakan program-program bagi mendekati rakyat.

Tahniah... UMNO PENANG jadi kuda tunggangan GERAKAN...


UMNO KHIANAT MELAYU PULAU PINANG.

Tahukah anda, UMNO tanpa segan silu menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada parti komponen BN sekalipun mereka mendapat majoriti di Pulau Pinang.

Pada 1959, walaupun kedudukan Umno kuat dan tidak ada siapa yang mensyaratkan Ketua Menteri mesti MCA, UMNO menawarkan jawatan ketua menteri itu kepada Wong Paw Nee, pemimpin MCA yang kemudiannya menjadi Ketua Menteri sehingga tahun 1969.

Dari tahun 1969 sehingga 2008 pula, jawatan itu dipegang oleh pemimpin parti GERAKAN iaitu Tun Dato’ Seri Dr. Lim Chong Eu dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

BELUM PERNAH jawatan Ketua Menteri dipegang oleh bangsa Melayu. Lalu kenapa mereka menggelupur apabila Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini disandang oleh DAP yang mendapat majoriti dalam DUN Pulau Pinang?

SPR kata 10 April nanti depa habaq tarikh PRU13

SPR tentukan tarikh PRU13 10 April

WARTAWAN SINAR HARIAN 5 April 2013

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Rabu depan untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya itu juga akan menetapkan tarikh pengundian awal dan menentukan daftar pemilih pilihan raya umum berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat Rabu lalu, yang akan membuka laluan kepada PRU13.

Setakat tengah hari kesemua Dun telah dibubarkan.

"SPR menerima perisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah berhubung pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April (Rabu lepas). Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri kecuali Dun Sarawak pula, SPR telah menerima perisytiharan pembubaran DUN masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jui Meng sudah keluar dari pertapaan....


"Lama tak dengar khabar" -- ini perkataan pertama terpancul daripada mulut Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng yang tidak kelihatan di khalayak umum selepas partinya menyerahkan kerusi Gelang Patah kepada DAP.

Memecahkan kesunyiannya hari ini, Chua berikrar menyokong pemimpin popular DAP Lim Kit Siang walaupun pengambilan kerusi itu menyebabkan bekas pemimpin MCA itu kini tiada kerusi.

"Gelang Patang berpotensi besar untuk menang dan saya berbesar hati orang yang mengambilnya dari saya adalah Lim Kit Siang.

"Beliau seorang yang telus, mulia dan tekun berjuang untuk perubahan untuk negara ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Beliau juga menyeru penyokongnya untuk menyokong Lim.

Antara "jasa" Tun MaHathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM


Antara "jasa" Tun MaHathir dan juga ahli-ahli kabinetnya:

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.

* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.

* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.

* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

Sudah 3 hari gelangang kempen secara rasmi mula di buka... hangpa buay apa dah..?

Aris Awang

Demi Tuhan, anda akan melihat semua orang baik-baik belaka di sekitar anda,.. bantu membantu, hulur menghulur, khudrat, wang ringgit, lebih perhatian dari hari-hari biasa dan jangan terkejut jika harimau datang ke rumah anda menanyakan khabar,.. buaya naik ke darat menghulurkan khidmat untuk mesra kepada anda,...

Aduh benarlah kisah sang kancil ceritera dahulu kala,... anda tidak akan percaya kisah sang kancil bila anda mula masuk ke dunia kapitalisme dari sekolah rendah hingga ke gerbang universiti,.. di sana anda akan di ajar logik bagaimana untuk menjadi hamba kapitalis,...

Sang kancil yg bisa mengetuk kepala sang bedal yg lahap sang belang yg rakus demi satu undi yg mulus,..

Kenapa hanya kancil sahaja yg mampu? Jawapannya, kerana dia bijak, sehingga di jadikan sebagai logo bank negara ini,.. bukan mudah di lahap seperti binatang lain bak sang lembu yg mengikut membuta tuli,.. si kuda yg di tunggang sana ke mari,.. atau si khindzir yg menyondol sesuka hati,...

Ada Geng 36 dalam BN Kedah serta dengan panggilan "Misteri"...!!!!

Panggilan misteri, geng 36 dan si rambut merah
Oleh AZAMIN AMIN

http://3.bp.blogspot.com/-73sLWqs62ww/UUqVKhgG8kI/AAAAAAAAgHM/ZVprWKoyirc/s1600/ceramah+UMNO+kuala+krai.jpg
Gambar Hiasan Saja Nie
SEMAKIN dekat, semakin celaru. Itu tanggapan ramai terhadap Barisan Nasional (BN) yang tidak tentu arah menanti saat PRU13. Gerak kerja, tutur kata dan lakonan pemimpinnya semakin caca marba

Mutakhir di Kedah, sudah hampir sebulan sebilangan penduduk khususnya penjawat awam mendapat panggilan misteri. Suara lunak wanita hanya memperkenalkan diri sebagai pembuat kajian, kakitangan kerajaan dan adakalanya sebagai pelajar institusi pengajian tinggi.

Hampir majoriti panggilan mengemukakan soalan yang sama kepada terlibat iaitu antara perkataan mana yang paling diingati: 'Najib, 1Malaysia atau Barisan Nasional'. Di akhir perbualan, pemanggil misteri ini akan menanyakan sama ada BN mempunyai harapan untuk menang dalam PRU13 di kawasan masing-masing.

Alhamdulillah... DUN KEDAH bubar...terima kasih atas khidmat diberikan..!


DUN Kedah bubar 5 April 2013 Jumaat, 05 April 2013



ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan pada 5 April 2013.

Beliau memaklumkan perkara demikian selepas memohon perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 4 April 2013 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Pada pagi 5 April 2013 kira-kira jam 10.15 pagi beliau menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi memohon perkenan pembubaran DUN.

“Kelmarin (4 April) saya pergi jumpa Tuanku Sultan di Kuala Lumpur, pagi ini (5 April) saya jumpa Jemaah Pemangku Sultan untuk mendapat perkenan pumbubaran DUN.

“Kedah dan Pulau Pinang antara negeri Pakatan Rakyat yang lewat mengumumkan pembubaran DUN.

“Lepas ini saya akan maklum kepada Speaker untuk dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Lepas semua negeri bubar baru SPR akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya,” jelas beliau kepada wartawan selepas menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang diadakan di Istana Anak Bukit, di sini.

Kerajaan Malaysia patut bermuhasabah berkenaan Lahad Datu

Muhasabah Lahad Datu

Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Peristiwa berdarah di Lahad Datu menjadi ujian kebijaksanaan kerajaan dan kesetiaan seluruh rakyat terhadap negara. Walau pun berbeza kaum, agama dan fahaman politik, namun tugas mempertahankan negara apabila diceroboh dan keselamatannya diganggu gugat adalah kewajipan bersama mengikut agama, adat dan akal yang waras.

Maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan seluruh ahlinya mendoakan Allah melimpahkan rahmat kepada anggota keselamatan yang terkorban dan dimasukkan ke dalam kalangan para syuhada, sekurang-kurangnya syahid akhirat dan disembuhkan mereka yang tercedera, serta dikembalikan keamanan dan keselamatan negara.

Walau bagaimana pun muhasabah wajib dilakukan terhadap kerajaan yang diamanahkan menjaga keselamatan negara. Dalam hal ini pihak tentera dan polis tidak boleh dipersalahkan, kerana banyak asas dari sudut politik yang kukuh menunjukan bahawa peristiwa seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Pasukan keselamatan juga tidak sepatutnya menjadi mangsa korban musuh yang tercipta dengan sebab kecuaian politik mereka yang memimpin negara sejak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu.

Saya tertipu dengan helah penakut Chang Yew

Oleh Lim Guan Eng

Saya mesti mengakui bahawa saya telah tertipu dengan helah Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dalam permainan politik beliau mencabar saya dalam pertandingan antara kami berdua di Padang Kota.
Jelas sekali kenyataan Teng semalam menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai niat pun untuk menepati cabaran beliau sendiri terhadap saya. Walaupun saya telah menerima syaratnya yang tidak masuk akal iaitu supaya saya bertanding hanya satu kerusi DUN dan tidak bertanding kerusi Parlimen, sebagaimana yang dikehendaki terhadap saya sebagai Setiausaha Agung DAP untuk memimpin parti saya di peringkat nasional.

Terdapat 3 sebab mengapa saya telah terheret ke dalam penipuan politik Teng. Pertama, dia telah mengeluarkan cabaran kepada saya terlebih dahulu. Jika dia kini menafikannya, kenapa dia menetapkan syarat yang tidak masuk akal supaya saya bertanding hanya kerusi negeri, yang saya terima. Tindakan Teng mendakwa bahawa bukan dia yang melontarkan cabaran terlebih dahulu menunjukkan dia tidak mempunyai  keberanian pun untuk mengakui hakikat itu.

Isu bina masjid pun jadi modal politik Umno Kedah!

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

http://1.bp.blogspot.com/-YQISydEPMiU/UU-sG_QD4tI/AAAAAAAAKBI/J0V_Z4m2-tk/s400/Islam+daulat.jpg
SELAKU Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, saya menawarkan diri untuk mengajar tuisyen bahasa Melayu secara percuma kepada Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim serta serta para pemimpin BN negeri ini yang tidak memahami maksud ayat: “Sebanyak 12 buah masjid telah dibina sejak 2008 sebagaimana senarai berikut:..” yang terkandung dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera. Buku tersebut merupakan catatan pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat sepanjang sepenggal mentadbir kerajaan negeri. Ia diterbit dan diedarkan selepas genap lima tahun Pakatan mengambil alih kerajaan negeri dari BN


Badrol Hisham memimpin sekumpulan pemuda bersama dengan Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi Negeri Kedah, Dato' Azmi Lateh mengadakan sidang media di pejabat ICU untuk menghentam kerajaan negeri kerana kononnya pihak negeri telah menipu rakyat dengan mengakui bahawa 12 buah masjid yang terbina di Kedah sejak Mac 2008 adalah dibina oleh kerajaan negeri.

Pakatan Rakyat Kedah akrab kekalkan kerajaan

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Media arus perdana telah menjadikan perbezaan pandangan dan ura-ura pergeseran dalam Pakatan Rakyat sebagai bahan utama mereka, demikian menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

“Kita tengok contoh program-program kita mereka tidak peduli sangat. Tetapi kalau dia dapat kesan sedikit sahaja pergeseran atau perbezaan pandangan, itu akan diperbesarkan.

“Saya tengok dalam bab ini anak muda boleh menilai. Bila terlalu banyak berita-berita begitu, anak muda berfikir bahawa tak akan asyik berkelahi kita ini. Saya tengok anak muda ada pertimbangan dan insya-Allah dia lebih tertarik dengan kejayaan kita berbanding perkara yang dilaporkan media,” ujarnya.

Maklumnya, ana muda sebaliknya begitu menyedari usaha dilakukan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah banyak menjurus kepada sudut masa depan anak muda.

Mukhriz Hampr Pasti Tanding Kerusi DUN Tapi Belum Pasti Jadi MB...

Oleh Shahbudin Husin

Di sebalik kenyataan Mukhriz Mahathir bahawa beliau lebih suka kekal bertanding di kerusi Parlimen Jerlun yang diwakilinya sejak sepenggal lalu, beberapa pemimpin UMNO Kedah pula mengesahkan bahawa anak bekas Perdana Menteri itu hampir pasti dipindahkan ke kerusi DUN dan bakal dijadikan MB Kedah jika UMNO berjaya menawan semula negeri itu.

Beberapa pemimpin UMNO Kedah menyatakan bahawa Najib amat berminat untuk menjadikan Mukhriz sebagai MB Kedah berbanding beberapa pemimpin UMNO Kedah sedia ada, selain sebagai satu cara mengambil hati Mahathir yang ketika ini begitu kuat berusaha memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya akan datang ini.

Meskipun Ahmad Bashah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan beberapa nama lain seperti Mahathir Khalid, Aziz Sheikh Fadzir dan dan Ahmad Lebai Sudin turut disebut sebagai berminat untuk menjadi MB Kedah tetapi difahamkan Najib lebih menaruh keyakinan kepada Mukhriz.

Mukhriz sendiri, walaupun memberi kenyataan kepada media bahawa beliau lebih berminat untuk kekal bertanding di kerusi Parlimen berbanding DUN tetapi beliau juga ada memberitahu rakan-rakannya di Kedah bahawa beliau akan akur kepada apa saja keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan mengenai masa depannya.

Menjawab isu 12 masjid yang UMNO kata nak saman tapi tak saman-saman sampai sekarang..!!!


Hangpa dengaq elok-elok....
paham elok-elok.....
Nanti pie hujah dengan UMNO...

http://3.bp.blogspot.com/-4cW33vGPByY/UVCZloTHw5I/AAAAAAAABWQ/0wqIabRoZlE/s400/IMG-20130321-WA005.jpg

Projek perumahan Bandar Sejahtera siap 85 peratus

POKOK SENA –  Kerja Pembinaan fasa satu zon satu Projek Pembangunan Bandar Sejahtera, di sini berjalan lancar dengan 85 peratus keseluruhan siap sekaligus menyangkal tohmahan projek berkenaan didakwa terbengkalai. 

Pengurus Besar Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd, Zairul Fazir Zakaria berkata, proses menyiapkan kerja-kerja akhir 128 unit rumah sedang rancak dilaksanakan sebelum diserahkan kepada pembeli dijangka sekitar Jun nanti.

Mengulas mengenai beberapa kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng LiangĂ‚  yang membangkitkan beberapa isu berhubung projek berkenaan, Zairul Fazir menegaskan terdapat fakta dikemukakan tidak benar.

DEBAT BUKU KEDAH SEJAHTERA - Dah kami buat hangpa takmai jadi lanie hangpa buat kami pie..!!



OK LAH UMNO...
Dah hangpa SEMBANG kuat sangat...
Dok tunggu SAMAN sampai sekarang tak sampai lagi..
Bila buat DEBAT haram tak nampak muka....
Jadi sekarang hangpa pula BOH TARIKH...kami pie..

Mat Sabu balik semula ke Kedah manakala Husam terus ke Putrajaya

Mat Sabu bertanding di Kedah

4 April 2013
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
PETALING JAYA - Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-13.

Bercakap kepada Bernama, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun enggan memberitahu kawasan yang akan ditandingi itu.

"Nanti kita akan putuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan rakyat hari ini," katanya.

Sebelum ini, desas-desus mengatakan Mat Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, Kedah.

Mat Sabu pada pilihan raya umum 2008 bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan kalah kepada Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 628 undi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...