TERKINI :

Thursday, April 4, 2013

PILIHANRAYA.. masa rakyat berfikir dengan serius untuk membuat pilihan..!!?

Parlimen bubar, tempoh rakyat berfikir dengan serius

April 04, 2013

KUALA LUMPUR, 4 April — Pengumuman pembubaran Dewan Rakyat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pagi semalam merupakan tiupan wisel bagi pengundi di negara ini memikirkan secara serius siapa yang mereka mahu memimpin negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Bagi penyokong tegar tiada apa yang perlu difikirkan dan mereka hanya menunggu hari mengundi, namun untuk pengundi atas pagar sekarang adalah masa untuk mereka mencerna semua perkembangan yang berlaku sepanjang empat tahun 11 bulan lepas.

Sistem dua parti di negara ini memberi pengundi pilihan sama ada Barisan Nasional (BN) yang diteraju Datuk Seri Najib Tun Razak atau pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS yang dinasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KJ tengah dok cover line...kot kot tak lekat calon...!!!

KLIK SINI

Mat Sabu disahkan calon PAS Parlimen Pendang

TERKINI! : Mat Sabu Atau Momahad Sabu Sah Bertanding Di Pendang!!!

Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu telah disahkan akan bertanding di Parlimen, Pendang Kedah atas tiket PAS/PR pada PRU 13 nanti.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Pendang yang sedia ada YB Dr Mohd Hayati Othman. Berita ini disahkan semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR Tropicana sebentar tadi. [LINK]

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub (bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (disahkan jam 6.30 petang)
8. Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat - Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (penyandang)
13. Baling - Brig Jen (B) Najmi Ahmad
14. Larut - Fauzi Shaari
15. Temerloh - Nasrudin Hassan
16. Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
17. Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang)
18. Bachok - Ariffin Mahmod (belum disah dan diumumkan)
19. Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (belum diumumkan)
20. Padang Besar - Azamhari Mahmood
21. Kangar - Baharuddin Ahmad (belum disahkan)
22. Putrajaya - Husam Musa (kekal di DUN Salor, belum disah dan diumumkan)

P79 Lipis: Andai Siti Nurhaliza jadi calon...

Kuala Lipis memang tidak dapat dipisahkan dengan nama Siti Nurhaliza. Sejak beliau popular, nama Kuala Lipis tiba-tiba menjadi sebutan biasa kepada rakyat Malaysia. Berbanding sebelumnya, orang akan tertanya-tanya di manakah tempat tersebut. Walhal, Kuala Lipis merupakan bekas ibu negeri Pahang, dan tempat kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Di Lipis juga wujud antara sekolah tertua di Malaysia iaitu Sekolah Menengah Clifford (sekarang SMK Clifford). Di sekolah ini jugalah beberapa tokoh negara pernah belajar termasuklah Sultan Pahang sendiri, Sultan Ahmad Shah, Tun Muhamad Ghazali Shafie, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Siti Nurhaliza.

Berbalik kepada isu pilihan raya, secara peribadi, dalam suasana politik Malaysia yang tidak matang pada hari ini, lebih afdal sekiranya Datuk Siti tidak terbabit dalam politik – kekal dalam status neutral.

Parlimen Kuala Lipis merupakan antara kawasan milik Umno-BN sejak merdeka. Musuh tradisi Umno BN di kawasan ini sudah tentulah PAS, walaupun dalam beberapa kali pilihan raya Semangat 46 dan PKR pernah bertanding. Parlimen Lipis mempunyai tiga kawasan Dun iaitu N3 Padang Tengku, N4 Cheka dan N5 Benta. Parlimen dan ketiga-tiga Dun tersebut dimenangi oleh BN. Namun majoriti undi yang di terima BN tidak lah terlalu tinggi iaitu Padang Tengku (1,188), Cheka (1,280), dan Benta (1,358).

Dengarlah semua.. menukar Kerajaan UMNO BN itu bukannya jenayah..!!!

Menukar kerajaan itu bukan jenayah
oleh Aspan Alias

http://www.kitagempur.com/uploads/image/handcuffs.jpgSekarang kita benar-benar berada dalam minggu-minggu pilihanraya yang ditunggu begitu lama. Pengumuman pilihanraya oleh Perdana Menteri menjadi isu hangat di merata tempat. Di mana-mana sahaja orang ramai bercakap tentang pilihanraya dan masing-masing mempunyai andaian dan telahan masing-masing tentang keputusannya. Apa pun tidak berapa minggu sahaja lagi rakyat akan melakukan tanggungjawab besar iaitu untuk memberikan mandat untuk mentadbir negara dan rakyat seperti yang di peruntukan oleh perlembagaan negara kita.

Rakyat adalah ‘boss’ kepada pimpinan dan mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut selera dan cita rasa masing-masing. Rakyat mesti bertanggungjawab untuk memberikan ‘verdict’ yang tepat terhadap pemimpin dan kepimpinan masing-masing. Perdana Menteri telah meminta agar peralihan kuasa jika ia terjadi, dilakukan dengan aman dan tertib dan inilah kenyataan yang pertama kali saya dengar sebagai kenyataan yang ‘magnanimous’ dari Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini.

Walau bagaimanapun yang penting semua pihak mesti akui yang pihak pembangkang sekarang ini tidak akan melakukan kerja yang tidak baik kerana mereka adalah pihak yang telah mengalami kekalahan di setiap pilihanraya dan tidak pernah pula mereka melakukan kerja-kerja yang tidak baik terhadap sesiapa setiap kali tewas dalam pilihanraya.

[VIDEO] Bubar Dun: Sidang Media MB Pakatan Rakyat


Berlagaknya pemimpin BN ini... jadikan ini pemerintahan terakhir mereka..!!

Taib enggan beri kerjasama pada SPRM
 
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal” dan “tidak jujur”, kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini.

Jangan berikan UNDI anda PADA CALON UMNO untuk elak kuasa pengundi CINA yang banyak..???

Undi PAS untuk stabilkan kerajaan
Zul Sulung
Pandangan seorang rakan saya:

Salam untuk semua.

PAS akan bertanding 76 kerusi Parlimen, DAP akan bertanding 46 dan 100 kerusi lagi akan ditandingi oleh PKR dan rakan-rakan dari sabah dan Sarawak dalam PRU-13 ini.

32 % penduduk Malaysia adalah Cina. Hampir 80 % dari mereka telah membuat keputusan untuk menolak BN dengan menyokong Pakatan Rakyat. Apabila ini berlaku, setuju atau tidak, sudah hampir pasti Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia selepas PRU13 nanti.

Jika majoriti Melayu kekal dengan Umno bermakna kerajaan yang bakal terbentuk mempunyai kuasa pengundi Cina yang besar. Anggota Parlimen Melayu boleh jadi sama saja atau kurang sedikit dari anggota Parlimen Cina.

Jika anda fikir mahu menjaga kepentingan Islam dan Melayu, inilah masanya anda menggunakan kuasa undi anda.

Undi PAS atau mana-mana calon Melayu dari Pakatan Rakyat. Jika ini anda buat bermakna, PAS akan mendapat kuasa yang besar dalam Pakatan bila ramai calon mereka menjadi anggota Parlimen.

Bila ini berlaku bermakna kerajaan yang dibentuk mempunyai bilangan anggota Parlimen Melayu dan Islam yang kuat. Ini akan menstabilkan kerajaan kerana sememangnya Melayu adalah majoriti di negara ini. Dengan itu, kerja-kerja untuk pembangunan negara dan rakyat boleh berjalan dengan lancar dan sempurna.

Melayu kuda tunggangan DAP, tapi dua Umno untung RM5j sebab tipu tanah 31 Melayu

oleh http://faqar.blogspot.com/
 
Hari-hari Umno paksa Melayu percaya bahawa Pas dan PKR akan jadi kuda tunggangan DAP jika Umno tewas di Putrajaya kelak.

Tetapi, 9.362 ekar tanah Kampung Terang dekat Balik Pulau milik Melayu terang-terangan ditipu jual oleh dua pemimpin utama Umno di Pulau Pinang tahun lepas.

Saya pernah dedah dokumen berwajib, bagaimana dua pemimpin Umno terbabit boleh kaut untung RM5 juta dalam masa tidak sampai empat bulan dengan tipu Melayu.

Sampai sekarang Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang) dan Datuk Umar Faudzar (Ketua Umno Bahagian Gelugor) terus berdalih selepas terdedahnya entri  'Umno P.Pinang dinasihat jelaskan tarikh sebenar tanah Melayu Kg.Terang selesai dijual'. 

Akar umbi Umno bolehkah percaya orang semacam Musa dan Omar Faudzar kononnya nak jaga Melayu di Pulau Pinang ini?

YB (BN) Hamidah teruk di 'bakar' (grill) dMahkamah Tinggi Shah Alam

http://sayacomel.com/wp-content/uploads/2011/07/ayampanggangcomel.jpg
gambar tak bersangkut paut dengan cerita sekadar gambar hiasan
SHAH ALAM: Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin

apabila beliau disoal balas hampir 2 jam.

Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada awal bulan Januari 2010 bertajuk " Umat Islam Perlu Bersatu".

Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk dalam golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam.

Pemahaman konsep MANIFESTO & JANJI..!!!

APA YANG PERLU ANDA FAHAM TENTANG MANIFESTO & JANJI?

Manifesto adalah dasar untuk kebajikan rakyat pada jangka masa panjang. Manifesto akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat. Supaya pelaksanaannya tidak memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. Disebabkan itu manifesto ini akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat tanpa merugikan negara dari segi pelaburan dan kewangan.

Janji pula konsepnya akan tunaikan serta merta kepada rakyat dan ia akan memberi kesan pada pertumbuhan ekonomi negara dari segi pelaburan dan juga kewangan negara. Sebab itu manifesto diwujudkan supaya setiap janji2 itu akan ditunaikan tanpa memberi kesan kepada ekonomi negara. Tapi kaedahnya peringkat peringkat. Supaya setiap janji untuk meringankan beban rakyat dapat ditunaikan dan dalam masa sama tidak menjejaskam ekonomi negara. Langkah yang bagus dan bijak diambil oleh pakatan rakyat untuk menjaga dan memperkukuhkan kewangan negara dan dalam masa sama rakyat menikmati keselesaan dimasa hadapan.

DEDAH Politik BANGANG puak UMNO.. kelaku macam inikah anda nak bagi memerintah negara lagi..??


King Jason

Melayu umno bengap2 belaka.. orang buat ceramah,dia kacau.. terjerit jerit memaki hamun melucah bagai..

Umno dah ada tv1,tv3,tv9,astro utusan,berita harian,metro dll.. semua media dia sapu..

PR buat ceramah yg apa lagi cara PR nak sampaikan info kpd rakyat pun umno kacau!!

Makin tinggi jeritan meroyan.. makin cerah peluang PR ke Putrajaya..

klik bawah nie nak tengok VIDEO....

Eskey ''Video Sex'' dapat RM20j sebab tak siap projek Jambatan Bengkok

Eskey dapat RM20j sebab tak siap projek Jambatan Bengkok

http://4.bp.blogspot.com/-4xFgXgbpPdM/Tbk-ojiBeeI/AAAAAAAACbQ/4dad8YFmFNQ/s1600/Eskay+01.jpg
Datuk Shazryl Abdullah berhak menerima RM20 juta sungguhpun projek Jambatan Bengkok dekat Johor Bharu dibatalkan.

Panel tiga Hakim yang dipengerusikan YA Datuk Ramly Ali berkata, amaun RM20 juta yang perlu dibayar syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd. dan pengarah eksekutif syarikat itu, Datuk Yahya Abd. Jahil "bukan atas syarat projek itu mesti siap".

Eskay sebelum ini pernah menjadi perhatian negara kerana menyertai trio 'Datuk T' yang mengaku menayang klip video seks mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai demi mempertahan kekuasaan Umno BN dalam pilihan raya umum kali ini.

Tinjauan: Pakatan Kedah mungkin tumbang dengan kurangnya 6 peratus undi Melayu

Oleh Amin Iskandar dan Md Izwan
April 04, 2013

Menteri Besar Azizan: Keadaan kesihatan mungkin diantara sebabnya. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 4 April — Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan tumbang di Kedah pada Pilihan Raya 2013 dengan kehilangan enam peratus undi Melayu dan perubahan corak pengundian masyarakat Cina, dalam penemuan terbaru tinjauan peribadi yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research.

Seorang pemimpin PAS Kedah memberitahu The Malaysian Insider, diantara sebab perubahan dalam corak pengundian kaum Cina adalah keadaan kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mana beliau mengatakan memberi persepsi mengenai ketidakstabilan kerajaan negeri.

“Ini kerana pada tahun 2008, lonjakan sokongan daripada pengundi Melayu tidak begitu besar, contohnya kerusi DUN Tanjung Dawai, kita menang tak sampai seratus undi,” kata seorang pemimpin PAS Kedah kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan.

Menurut beliau lagi, keputusan masyarakat Cina untuk memberikan undi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada BN dan parlimen kepada PR membuktikan terdapat masalah serius dengan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.

Anwar - From PENANG To PERAK with Love..!!!

Apa gunanya Anwar lari ke Perak?
Fathi Aris Omar

http://4.bp.blogspot.com/-2gTsnosSnMc/UT8yp19NJQI/AAAAAAAAKf4/9fuVx9X_GV0/s1600/anwar-ibrahim18.jpg
ULASAN Selepas Lim Kit Siang menerpa masuk ke Gelang Patah dalam projek menawan Johor, kini Anwar Ibrahim pula nampak serius bertandang ke Perak.

Kenyataan mantan timbalan perdana menteri itu semalam lebih serius berbanding berita beliau ingin meninggalkan Permatang Pauh.

Dulu tokoh PKR itu membayangkan kerusi pilihannya berada di Selangor atau Perak tetapi semalam Anwar mengesahkan bakal bertanding di Perak.

Maka bermula spekulasi kerusi parlimen manakah yang dihajatinya dan kenapa perlu beliau menapak ke negeri tersebut.

Di satu sisi, perpindahan Lim dan Anwar membayangkan Pakatan Rakyat benar-benar serius melebarkan sayap pengaruhnya melalui langkah taktikal di luar jangka di saat-saat akhir.

Kerja 'saraf' dengan idea jahat sudah bermula oleh cybertrooper..!!

Puak Setan D'Knalee dah mula kerja jahat edar dokumen palsu

(Surat ini bikinan Hafiz Azmi Ketua Pemfitnah Maya Be End Kedah)

Tengok surat di atas... Ini hanyalah satu dari beratus-ratus dokumen palsu yang akan diterbitkan oleh media maya upahan UMNO Be End. Ini agaknya antara latihan yang mereka terima di Kem Latihan UMNO di Janda Baik dari pakar propaganda Yahudi APCO. Jangan terkejut kalau selepas ini muncul...

1) Dokumen palsu
2) Pengakuan palsu
3) Video dan foto palsu
4) Cerita ahli palsu PAS masuk UMNO
5) Tuduhan-tuduhan palsu
6)...macam-macam palsu lagilah!

Kalau muncul semua tu dalam media maya atau luar maya sana cerita-cerita macam tu, maka jawapannya ialah.. Itu semua pembohongan UMNO, so tak payahlah buang masa nak tanya..betoi ke ni?

Benarkah usia politik Shahnim bakal berakhir bila berjaya disingkir oleh Datuk Ali Yahya..??

Datuk Ali Yahya berjaya singkir Shahanim di Pantai Merdeka? 



Oleh: Stringer Sungai Petani

Tinggal tak sampai 10 hari sebelum hari penamaan calon, tersebar berita yang dikatakan 'hampir pasti' dari ibu pejabat UMNO iaitu Ketua Puteri UMNO Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusoff telah berjaya disingkirkan oleh musuh politiknya Datuk Ali Yahya dalam perebutan calon BN di Pantai Merdeka.

Pada awalnya terdapat 7 nama yang bersaing, namun akhirnya hanya nama Ali dan Shahanim yang dikatakan menjadi calon yang bersaing kerana calon-calon lain tidak mempunyai pengaruh besar. Apa yang menarik dalam perebutan calon di Pantai Merdeka ialah, hampir kesemua calon yang bersaing memokuskan tumpuan untuk menjatuhkan Shahanim, seolah-olah beliau yang berpotensi dipilih lantaran kedudukan sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Pusat.

'Akhirnya, Parlimen dibubar juga'

Reaksi pemimpin: 'Akhirnya, Parlimen dibubar juga'
 
Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak
“Mulai hari ini saya akan turun bertemu rakyat bagi meyakinkan mereka kenapa kami BN perlu diberi majoriti kukuh.”

Khairy Jamaluddin @Khairykj
"Biasanya PRU akan bermula lebih kurang dua minggu selepas pembubaran Parlimen. Terpulang kepada SPR yang akan buat pengumuman dalam masa terdekat."
 
Abdul Khalid Ibrahim @Khalid_Ibrahim
"Alhamdulillah, Parlimen akhirnya dibubarkan. Saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan secepat mungkin untuk bincangkan status Dewan Negeri Selangor."
 
Teng Chang Khim @tengchangkhim
"Akhirnya, Parlimen dibubarkan juga!"
 
Nik Abdul Aziz @nikabdulaziz
"Datuk Seri Najib membubarkan Parlimen sambil berkempen pada 3 April 2013. Ini kalilah, PRU13 Insya-ALLAH."
 

Azmin: Isu Jui Meng tanding di Johor selesai

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, isu pertindihan kerusi di Johor antara DAP dan PKR sehingga cetus tanggapan bahawa Datuk Chua Jui Meng diketepikan telah menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Jui Meng mengenai kerusi untuk ditandingi beliau di Johor.
Jui Meng merupakan Pengerusi PKR Johor.

Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan bertanding hampir 100 kerusi di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan oleh itu, tidak ada masalah untuk meletakkan calonnya di mana-mana kawasan yang dikenal pasti sesuai.

Tambah beliau, PKR juga akan melihat senario politik di Johor untuk meletakkan Jui Meng di kawasan yang sesuai.

"...Anwar telah berjumpa dan berbincang panjang dengan Chua (Jui Meng) semalam mengenai soal itu.

Masa untuk menukar kerajaan...ayuh semua..!!!

Oleh Tommy Thomas (Aliran)

Bayangkan Britain diperintah oleh parti yang sama, katakan Parti Buruh, untuk selama 55 tahun berturut-turut bermula pada 1957. Atau Amerika diperintah oleh Parti Republikan dalam tempoh masa yang sama. Itulah yang terjadi pada Malaysia sejak Merdeka.

Pilihan Raya Umum Ke-13 yang mesti diadakan sebelum 28 Jun 2013, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk membebaskan diri daripada belengu pemerintahan Umno, yang pada mulanya dengan nama Perikatan dan kemudian Barisan Nasional.

Penguasaan Umno

Tempoh masa lima tahun di antara Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 dan Pilihan Raya Umum Ke-13 merupakan tempoh penting bagi Malaysia selepas merdeka kerana dalam tempoh tersebut telah wujudnya sistem dua parti yang benar-benar berfungsi, dengan pembangkangnya cukup kuat sehingga mampu membentuk kerajaan pada masa akan datang.

Tetapi ia mengambil masa setengah abad bagi negara kita untuk mencapai peringkat ini dalam pembangunan demokrasi. Seperti kebanyakan rakyat di negara-negara yang muncul daripada penaklukan kolonial di Dunia Ketiga, rakyat Malaysia sangat terhutang budi pada Parti Perikatan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman, kerana mendapatkan kemerdekaan daripada British. Sangkaan baik dan sokongan daripada pejuang-pejuang kemerdekaan dan nasionalis pada peringkat awal banyak membantu Umno.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...