TERKINI :

Wednesday, April 3, 2013

Anak muda mahu tawaran atau umpan...?


| Print | PRU13: Antara umpan dan tawaran untuk anak muda


Fareedah Samad, 03 Apr 2013

Ameerah Malaysia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan pembubaran Parlimen Malaysia pada hari ini.

Walaupun rakyat dibiar menunggu selama lebih setahun selepas ura-ura pembubaran parlimen yang kononnya akan berlaku lebih awal, tetapi selepas lebih 5 tahun dari tarikh pembuangan undi PRU12, Perdana Menteri akhirnya berani membuat pengumuman tersebut.

Tarikh pembubaran yang sememangnya menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia kerana pertama kali dalam sejarah negara tempoh pentadbiran kerajaan yang paling lama berlaku. Yang paling memeranjatkan, rakyat terpaksa melihat Dewan Undangan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri pada 28 Mac yang lalu.

PRU13 menjanjikan pertandingan yang paling sengit di antara dua koalisi politik terbesar dalam negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Di kalangan anak muda, perbezaan ketara yang dapat dilihat dalam pendekatan kedua-dua koalisi ini adalah pemberian umpan dan tawaran.

Di pihak Barisan Nasional dilihat lebih gemar memberi umpan berupa pemberian “one-off” seperti BR1M, Baucer Buku 1Malaysia, rebat telefon pintar dan bermacam-macam lagi. Semua ini hanya dapat membantu meringankan sedikit beban rakyat dalam jangka masa yang pendek.

Isu yang paling menjengkelkan adalah kenyataan Perdana Menteri yang mana mengatakan pemberian BR1M RM500 cukup untuk menampung perbelanjaan makan minum keluarga selama setahun?

Ya Benar..!! Samy Vellu memang calon boleh menang...

Jika Najib calonkan jugak pakcik nie
memang betoi dia calon boleh menang
menang kat PR.......he he he......

Umno pun bengong dengan Najib

Subky Latif, 03 Apr 2013

INI kalilah dan ini harilah (3 April) baru Parlimen dibubarkan. Beberapa minggu dulu orang bertanya, ‘Jadikah Parlimen dibubarkan minggu depan?’ Lepas itu bertanya lagi, ‘Jadikah Parlimen bubar lusa?’ Lepas itu, ‘Jadikah esok?’

Sebelum rencana ini ditulis tanya lagi, ‘Jadikah hari ini?’

Itulah dia rakyat sekaliannya naik mamai sejak dua tiga bulan lalu, susah nak berkira hendak menetapkan tarikh anak kahwin, payah nak menempah tiket kapalterbang hendak melancong takut pada hari yang ditentukan itu jatuh pada musim kempen dan pilihanraya.

Rasa nak gila itu menjadi-jadi apabila tempoh lima tahun mandat 2008 dulu berakhir 8 Mac lalu. Tak ada lagi Perdana Menteri di dunia buat tak tahu saja tentang bila nak bubar Parlimen. Hingga ada negeri yang terbubar sendiri, dia buat dak saja.

UMNO sekalian sudah jadi bengong dengan sikap kurang peduli Perdana Menteri tentang bila hendak diadakan pilihan raya. Secerdik Dr. Mahathir pun tak dapat hendak duga hati anak didiknya itu.

Najib ciplak idea turun harga kereta

KUALA LUMPUR: Setelah menciplak program penghapusan tol dengan mengikuti cadangan Buku Jingga melalui pembelian semula PLUS yang telah mereka lakukan, Najib kini mahu laksanakan program kedua yakni 'Penurunan Harga Kereta' dengan cara mengurangkan 'Cukai Eksais'.

Baru beberapa bulan yang lalu bersama hulu-balangnya termasuk anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin  berhujjah di Dewan Rakyat bahawa amat tidak menasabah untuk menghapuskan ‘cukai eksais’ ini.

"Kita akan kehilangan RM7 bilion setahun dan negara akan bankrap!" kata Najib ketika itu.

Dengan tidak tahu malu dan muka selamba, pentadbiran Najib, melalui Ketua Pagawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif Malaysia (MAI) di bawah MITI telah mendedahkan bahawa kerajaan bersetuju menurunkan ‘eksais duti’ kereta.

Ia dibuat sebagaimana yang dianjurkan Manifesto Pakatan yakni berperingkat yakni sebanyak 20 peratus setahun untuk lima  tahun.

"Dasar Automobil Nasional yang baru akan memuatkan polisi ini," dedah Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif  Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

3 DUN ikut sama bubar dengan Parlimen pada hari ini...!!

DUN Perlis, Melaka dan Sabah bubar hari ini

Dewan Undangan Negeri (DUN) tiga buah negeri - Perlis, Melaka dan Sabah - dibubarkan hari ini ekoran pembubaran parlimen yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengumuman pembubaran DUN negeri-negeri tersebut diumumkan oleh menteri besar dan ketua menteri masing-masing.

Di Perlis, Dewan Undangan Negeri Perlis dibubarkan serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Pengumuman mengenai pembubaran itu dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pukul 1 tengah hari.

HARAKAH ONLINE PERCUMA sempena PRU13.. JOM REGISTER..!!!

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar mengumumkan langganan secara percuma e-paper Harakah selama sebulan atau 8 edisi bermula edisi 1832 ini bagi menyatakan terima kasih di atas sokongan yang diberikan warga siber selama ini.

Sehubungan dengan pihak Harakah akan mengemaskini rekod kepada pelanggan-pelanggan sedia ada dengan memanjang tempoh langganan mereka secara automatik.

Manakala bagi pengguna-pengguna baru perlu mengemaskinikan maklumat mereka dalam laman web http://epaper.harakah.net.my dengan segera untuk menikmati kemudahan ini.

Anwar sah akan tanding di Perak

JAMILAH HAMZAH dan MUHAMMAD SHAMSUL
3 April 2013
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurutnya, pemilihan Perak adalah untuk melonjakkan sokongan rakyat di negeri tersebut.

"Saya mengisytiharkan saya bertanding di Perak. Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Kita nak tukar PARTI.. bukan PEMIMPIN yang memerintah...!!!

Pertukaran pemimpin bukannya pertukaran kepimpinan
oleh Aspan Alias

Sejak kembalinya Sallahudin Ayob, Naib Presiden PAS dan Penasihat DAP Lim Kit Siang ke negeri kelahiran mereka, Pakatan Rakyat mendapat pertambahan sokongan yang besar dan nampaknya sudah membuah satu aura kebangkitan dan penentangan rakyat terhadap BN di Johor. Pemimpin BN begitu bercelaru untuk menghalang aura penentangan rakyat terhadap kubu kuatnya (BN) sekarang ini.

Pemimpin BN termasuk pemimpin yang sudah lama bersara yang tidak mahu berhenti politik Dr Mahathir Mohammad turut turun padang di Johor dengan kata-kata kesat dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak begitu baik dari bekas PM itu. Di antaranya Mahathir meminta rakyat Johor menamatkan riwayat politik Lim Kit Siang di negeri kelahirannya itu.

Kenyataan Mahathir itu nampaknya telah menyemarakkan lagi sokongan rakyat di belakang LKS dan Sallahudin Ayob kerana kenyataan seperti itu seolah-olah Mahathir mahu mengongkong pemikiran rakyat yang sedang dalam pencarian itu. Malahan yang membuatkan rakyat dalam pencarian itu ialah kerana kegagalan UMNO untuk mengekalkan identitinya sebagai sebuah parti perjuangan yang sebenarnya.

Pak Hassnar dan Isteri Selamat Ditemui Selamat

Kenyataan Terbuka
3 April 2013

Pak Hassnar dan Isteri Selamat Ditemui Selamat

Kegusaran orang ramai terhadap kehilangan Pak Hassnar berakhir lewat malam tadi apabila beliau bersama isterinya muncul di Kemaman untuk satu program ceramah yang beliau dijadualkan berucap.

SAMM memegang tanggungjawab membawa Pak Hassnar menjelajah di Terengganu dan Kelantan membuat satu laporan polis semalam setelah beliau gagal dihubungi sejak hari beliau sampai di tanah semenanjung. SAMM turut hubungi anak Pak Hassnar iaitu sdr Serman, yang juga mengesahkan tidak dapat menghubungi kedua orang tuanya sejak hari Ahad lalu, menambah situasi tegang lewat petang semalam.

Lebih kurang jam 9 malam tadi, wakil dari SAMM Kemaman yang menjadi penganjur bersama program telah dihubungi oleh Pak Hassnar yang telah tiba di Kemaman bersama temannya yang dipercayai. Pak Hassnar kemudian dijemput dan dipastikan selamat.

"Sama ada saya bertanding atau tidak, saya adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, itu kewajipan saya untuk memastikan PAS Kedah menang PRU13" - Azizan


[DEDAH] Puak nak buat HURU HARA sudah di kesan..!!!??

Siapa Bapa Segala Huru Hara ?



Dr Mahathir - PRU 13 akan huru hara.
 Pengerusi SPR - jumpa nota(macam saiz buku 555?
TPMMuhyiddin - dapat dokumen huru hara dalam PRU 13.
Guru Silat Gayong - ada maklumat huru hara dalam PRU 13.

Rumusan dan Kesimpulan : Mereka semua di ataslah yang sedang dan bakal  merancang huru hara PRU 13.  Elok IGP siasat mereka semua !

Esok MB KEDAH mengadap Tuanku di Istana Negara

MB Kedah hadap sultan esok

WARTAWAN SINAR HARIAN 3 April 2013 ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada esok berhubung urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Selepas itu barulah beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di sini bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN.

"Esok lah nak pergi (Istana Negara). Bagi negeri ini kita kena maklum (Sultan Kedah) dulu.

Kita tengok tarikh Tuanku dulu, tertakluk kepada Istana Negara...balik (dari Istana Negara) baru maklum kepada pemangku jemaah untuk beri perkenan untuk bubar.

"Bagaimanapun kita tidak ada pilihan (kena bubar), masa dah sampai, kita pun dah tunggu lama dah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun tarikh pembubaran DUN negeri ini berbeza dengan Dewan Rakyat, ia tidak bermakna tarikh pilihan raya umum akan berbeza.

Pembubaran DUN adalah bagi membolehkan pilihan raya diadakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Anwar - Rakyat Adalah kekuatan Kita..inilah masanya untuk perubahan...!!


DATUK Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut sebagai perdana menteri ke-7 Malaysia merayu rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat mengambi alih Putrajaya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, dengan cara demikian sahaja dapat menghentikan amalan korupsi serta penyelewengan para pemimpin Umno Barisan Nasional yang nyata bakal menghancurkan negara.
ANWAR Ibrahim

"Rakyat adalah kekuatan kita (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya kali ini. Pastikan undi tiap-tiap kita adalah undi 'tolak kezaliman Umno'.

"Ini lah masa terbaik untuk rakyat melakukan perubahan...inilah masa terbaik untuk rakyat bersama kami (Pakatan Rakyat) menghentikan segala penyelewengan dan korupsi Barisan Nasional," ujar beliau di Kuala Lumpur.

Tengah hari tadi, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen sekaligus memberi laluan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang.

Penamaan calon dijangka pada 14 April depan manalala 27 April dijangka tarikh membuang undi.

Insya'Allah.. Kedah mampu di pertahankan tapi jangan berasa selesa..!!

Atas kertas, PAS mampu pertahan Kedah
 
Sekiranya perkiraan dibuat berdasarkan majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat sudah selamat di sekurang-kurangnya 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan hanya memerlukan tiga lagi kerusi untuk sekali lagi menang mudah.

Di atas kertas, Pakatan hanya perlu mengekalkan status quo yang dimenangi dalam pilihan raya lalu sebanyak 22 daripada 36 kerusi.

Walaupun dikatakan masih bergelut dengan masalah dalaman dan situasi "pancung-memancung" dalam pemilihan calon, gabungan itu dilihat masih berdepan berbanding BN yang juga dikatakan sedang menghadapi masalah hampir serupa.

PRU13: Mesyuarat khas SPR akan diketahui petang ini

G MANIMARAN
3 April 2013
PRU13
PRU13: Mesyuarat khas SPR akan diketahui petang ini

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan petang ini tarikh mesyuarat khas pihaknya bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Pada petang ini, SPR akan mengeluarkan kenyataan bila mesyuarat khas akan diadakan untuk menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Kata Wan Ahmad, SPR akan mengadakan mesyuarat khas dalam waktu terdekat untuk menentukan tarikh pilihan raya.

Katanya, SPR sedang menunggu notis makluman pembubaran daripada Speaker Dewan Rakyat dan Dun negeri.

[GEMPAR] Dalam dok umum Najib telah dipenjara di kurungan besi...!!!


Pelajar Pondok dedah temberang UMNO & UTUSAN..!!!




PARLIMEN SAH SUDAH DIBUBARKAN..!!!


Akhirnya NAJIB akan buktikan Kejantanan dia jam 11.30 nanti...!!!

Sekejap lagi berbunyilah semboyan
Bangkitlah segala petugas parti
Jangan lupa doa dan sembahyang
Bacalah jampi mantera mana yg reti.

Gagah bukan selamanya...
Kuat tidak selamanya....
Kuasa tidak selamanya...
Skrg masa rakyat buat perubahan....
Halau yang rasuah.... 
Halau yang korup....
Halau yang makan harta rakyat...
 

Bubar: Apakah desakan Muhyiddin akan berjaya..kita tunggu jam 11.30am satgie..!!!??!?!?!?

BeritaKUALA LUMPUR: Desas-desus semakin hangat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen hari ini selepas mesyuarat terakhir Kabinet dan sesi bergambar bersama Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua hari lepas, Muhyiddin ‘menolak’ kemungkinan Najib akan membenarkan pembubaran automatik Parlimen sebelum PRU13.

“Saya tak fikir Perdana Menteri akan tunggu sehingga genap lima tahun sebelum membubarkan Parlimen. Pilihan raya akan diadakan dalam beberapa minggu pada April,” katanya pada perhimpunan Barisan 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di Stadium  Titiwangsa.

Apakah desakan halus Muhyiddin terhadap bosnya berhasil supaya tidak melengahkan lagi PRU13?

Desas-desus yang hangat sejak semalam adalah ekoran laporan muka depan Berita Harian bertajuk ‘Parlimen dibubar seawal besok’ selepas kenyataan yang dibuat Muhyiddin.

[DEDAH] Lagi Politik Bangang oleh UMNO BN...!!!



BERHUJAHLAH.. YANG DOK JADI BEROK MAT YEAH BUAT APA?

Mahfuz Bidas Mukhriz Isu Pelaburan Di Kedah

Oleh IZRA ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dibidas ekoran kenyataan Barisan Nasional (BN) akan membawa masuk pelaburan berbilion ringgit jika parti itu diberi semula mandat memerintah Kedah.

Mahfuz berkata, Kedah sentiasa berada pada kedudukan yang baik dari segi nilai pelaburan sepanjang ditadbir PAS berbanding negeri-negeri lain yang telah lama diperintah BN.

“Sepanjang Kedah diperintah oleh PAS, tak pernah berada pada kedudukan di bawah berbanding negeri Terengganu, Perlis, Kelantan, Labuan.

"Saya nak tanya Datuk Mukhriz berapa bilion yang dibawa masuk (BN) ke Perlis sepanjang BN memerintah? BN perintah Perlis bukan baru... lama dah," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat PAS, di sini, Isnin.

Mahfuz mendakwa, nilai pelaburan di Kedah pernah berada pada kedudukan kelima dalam kesemua 14 negeri di Malaysia pada 2011 dengan nilai sebanyak RM6.14 bilion dan tawaran 8,064 peluang pekerjaan.

Jangan kata MB saja yang harap tak berlaku pertembungan 3 penjuru.. kami dibawah nie pon sama lah juga..!!

PRU: MB Kedah harap tidak berlaku pertembungan antara komponen Pakatan
Azizan Abdul Razak
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap tidak berlaku pertembungan antara parti-parti dalam pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Kedah nanti.

"Perundingan (nama calon) masih berjalan di peringkat tertinggi...Saya harap ia boleh diselesaikan secepat mungkin sebelum  hadapi PRU, kalau ada tak puas hati, bagi puas la, saya tak mau kacau rumah orang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada sekolah-sekolah Tamil di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu pernah berlaku pada PRU 2008 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Derga yang membabitkan calon  daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik semalam bahawa  pertembungan tiga penjuru di kawasan Parlimen dan Dun di Kedah pada PRU nanti mungkin akan berlaku.

Petronas : Mana lagi baguih.. seorang yang pantau atau ramai yang pantau

Najib bidas rancangan pembangkang tubuh jawatankuasa parlimen mengenai Petronas

2 April 2013 KUALA LUMPUR - Ikrar pembangkang untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan khas parlimen mengenai Petronas boleh menyebabkan syarikat minyak nasional itu hilang kebebasan dan fleksibiliti dalam mengurus operasinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pendirian pembangkang berhubung perkara itu bercanggah dengan kepentingan Petronas.

Katanya rancangan pembangkang itu juga berbeza dengan keyakinan dan kepercayaan yang ditunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap syarikat minyak gergasi itu.

"Janji ini terkandung dalam manifesto mereka. Dalam erti kata lain, anggota parlimen boleh memanggil Petronas atau presidennya (menghadap jawatankuasa itu) untuk diberi perintah.

"...apakah yang akan terjadi kepada kebebasan dan fleksibiliti Petronas?" tanya Najib kepada warga Petronas pada satu perjumpaan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan BN yang ada sekarang memberi ruang yang sewajarnya kepada Petronas untuk membuat keputusan. ebagai contoh, kata Najib, beberapa "tender besar" berkaitan Petronas dirujuk kepada Perbendaharaan beberapa bulan lepas.

"Tapi, kata saya, 'tak payahlah', kenapa pula saya yang patut buat keputusan...biarlah lembaga (Petronas) yang membuatnya. Maka, perkara itu pun diserah balik kepada Petronas.

BN KEDAH yakin pengundi mereka yang merajuk dan protest PRU12 dahulu sudah kembali..


BN Kedah: 22 Dun 'putih', boleh menang 28 kerusi


2 April 2013 ALOR SETAR - Sebanyak 22 daripada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kedah kini dilihat 'putih' kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Enam lagi kawasan dikategori 'kelabu putih' kepada BN, dan parti komponen itu boleh menang di 28 kerusi Dun untuk merampas kembali Kedah dengan majoriti dua pertiga.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, bagi kawasan Parlimen, BN Kedah menyasar 11 kerusi daripada 15 kawasan iaitu tujuh dikategori 'putih' dan empat 'kelabu putih'.

"Kita percaya pengundi yang berstatus atas pagar akan memihak kepada kita setelah apa yang telah kerajaan BN (Persekutuan) buat selama lima tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jelajah Gelombang Biru Parlimen Kuala Kedah hari ini.

Untuk rekod, bagi membentuk kerajaan negeri memerlukan 19 kerusi Dun bagi majoriti mudah, dan 24 kerusi untuk majoriti dua pertiga.

Sabtu ini pekerja bank buat Piket Mega..

Nube anjur piket nasional 20,000 orang di KL Sabtu ini

WARTAWAN SINAR HARIAN 2 April 2013 SHAH ALAM - Kesatuan Pekerja-pekerja Perbankan Kebangsaan (Nube) mahu mengadakan piket peringkat nasional -Piket Daulat 6413, yang dijangka disertai kira-kira 20,000 ahlinya, di ibu negara Sabtu ini susulan siri pertikaian perhubungan industri belum menemui jalan penyelesaian.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, kesatuannya terpaksa mengambil tindakan piket kebangsaan ini selepas usaha berterusan termasuk perundingan dan perbincangan dengan bank-bank gagal menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun Solomon menegaskan, tindakan pihaknya tiada kaitan ataupun tidak harus dilihat sebagai satu bentuk desakan ke atas kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kami bukan badan politik. Kami tidak cenderung kepada mana-mana parti politik atau ahli politik yang berbeza ideologi politik," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Fokus kami hanya kebajikan ahli-ahli kami bagi memastikan mereka dilayan dengan adil dan saksama mengikut peruntukan perjanjian bersama yang dimeterai dengan pihak bank," katanya lagi.

Dalam negara yang aman nie ada juga kejadian rogol camnie....

Gadis kena rogol selepas dilanggar


WARTAWAN SINAR HARIAN 2 April 2013 TELUK INTAN - Bukan sahaja patah tangan kiri akibat terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta tetapi seorang gadis yang menunggang motosikal seorang diri di sini turut dirogol oleh pemandu kereta yang melanggarnya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, gadis berusia 22 tahun itu bekerja di salah sebuah kilang di Kampung Ayer Itam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chui Chak, Langkap kira-kira 7.30 malam, Sabtu lalu.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun.

Menurutnya, pergeselan itu mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam semak dan mengalami patah tangan kiri serta jari kanan.

“Lelaki itu berpura-pura mahu menolong mangsa selepas terjatuh dan mengangkat mangsa masuk ke bahagian belakang kereta sebelum merogol gadis berkenaan.

“Mangsa dalam keadaan separuh sedar dan dalam kesakitan, tidak mampu untuk melawan suspek daripada melakukan perbuatannya itu,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Kok Liang berkata, selepas melakukan perbuatan jijik terhadap gadis itu, suspek memberitahu nama dan nombor telefon sebenarnya kepada mangsa sebelum gadis itu minta lelaki tersebut menghantarnya pulang ke rumah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...