TERKINI :

Tuesday, April 2, 2013

Mahathir boleh bertanding di Geylang Patah, kad pengenalannya pun sah

oleh Aspan Alias
 
Dr Mahathir sepatutnya kembali bertanding dalam pilihanraya ini kerana beliau sudah mengambil keputusan untuk terus bergiat dalam politik. Daripada bercakap terlalu lantang dan terus-terusan dan politik hari ini elok Mahathir minta satu kerusi dengan terus terang dari pada menginding-nginding tidak berhenti-henti.

Tindakan Mahathir meminta rakyat Johor untuk menghabiskan karier politik Lim Kit Siang itu merupakan satu tindakan yang tidak senonoh oleh seorang pemimpin setaraf beliau. Seruan Mahathir itu terlalu ‘personal’ dan tidak beretika. Mahahir terlalu marah kerana LKS telah memilih untuk meninggalkan kawasan yang selamat untuk pergi bersaing di kawasan yang dianggap sebagai kubu Barisan Nasional.

Jika benar Geylang Patah, dan Johor masih menjadi kubu UMNO tidak sepatutnya Mahathir menunjukkan sangat perasaan ‘panic’ beliau secara itu. Meminta rakyat Johor menanamkan politik LKS enam kaki di bawah tanah itu merupakan manifestasi kebencian beliau terhadap pembangkang dan itu juga tidak sepatutnya berada dalam sanubari seorang pemimpin besar yang pernah memimpin negara selama lebih dari dua dekad.

Bekas duta mahu beri khidmat terakhir dengan sertai PAS

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.

Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan.

Lulusan University of Exeter, England  dalam bidang Sains Politik itu pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura.

Beliau dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi dan juga Iran sebelum bersara dan berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Cranberra Australia pada tahun 2001.

Bapa kepada empat cahaya mata dan datuk kepada tujuh cucu itu membuat keputusan menyertai PAS kerana yakin terhadap nalurinya yang merasakan PAS ialah parti yang paling sesuai dengan jiwa dan fikiran beliau.

Benarkah KULI penentu PR ke PUTRAJAYA..????

Tengku Razaleigh Boleh Bantu PR Memerintah

Malam tadi semasa keluar minum dengan seorang teman (yang insya-Allah akan bertanding dalam pilihan raya akan datang) saya terserempak dengan salah seorang Jeneral (B) askar yang baru menyertai PKR. Bersamanya anggota tiga Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menjadi penggerak acara Sumpah Pemuda yang digerakkan oleh bekas ketua AMK yang kini sudah menjadi usang dan sedang memakan hati berulam jantung dalam Umno.
Razaleigh: Ada undi penentu.
Pemuda berkenaan bertanya saya secara terus terang mengenai situasi negara hari ini dan iklim politik kontemporari. Dia mahu saya menjawab secara jujur sebagai seorang pencerat dan penulis politik kerdil. "Abang bagaimana pandangan abang mengenai situasi keseluruhannya?" Soal beliau.

"Maksudnya dalam PKR atau pun keseluruhan negara?" tanya saya inginkan kepasti dari sisi mana yang diingini.

"Seluruh negara, kedudukan terkini?" katanya menjelaskan isi maksud persoalannya. Saya melihat kepada Jeneral yang baru berkubang dalam politik itu. Saya tidak mahu dia terkejut dengan jawaban saya yang boleh mengjungkitkan punggungnya. Semangatnya untuk menumbangkan UBN jangan pula terjejas dengan jawaban saya. Saya pula suka berterus terang walaupun cara itu tidak disenangi. Bagi saya berterus terang lebih baik dari segala-galanya.

Jangan terkejut jika Najib hapuskan PTPTN

KUALA LUMPUR: Menjelang pilihanraya umum ke 13, PAS percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menceduk lebih banyak janji Pakatan Rakyat kerana situasi semakin mendesak buat beliau dan Umno-BN.

“Menjelang tarikh PRU yang semakin dekat, tidak mustahil PM akan mengumumkan langkah drastik termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN dan penurunan harga minyak.

"Ini akan dilakukan demi mendapat sokongan rakyat terbanyak khususnya di kalangan anak-anak muda,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Tuan Ibrahim juga mengulas tindakan Najib ke Masjid Sri Petaling dengan memakai kopiah dan berkain sarung dan membawa keluarga untuk beristirehat di The Curve di khalayak orang ramai.

Baginya, tindakan itu tidak mengejutkan apatah lagi bilamana ia berlaku menjelang PRU13.

Kesian CN Afghan nie... Awat semua buat tak layan kat dia..????

Heh, awat semua pakat tak mau layan Cikgu Non ni?


Oleh: Mat Kering

Cikgu Non @ CN Afghani @ Zainon Ismail kini diusung ke sana sini oleh UMNO untuk serang PAS, maklumlah kononnya Cikgu Non ni bekas AJK Pemuda PAS Negeri Kedah... entah betoi kedak MK tak tau sebab waktu MK aktif PAS bayang Cikgu Non pun dah takdak dalam PAS. Kononnya juga orang tua ni adalah ahli PAS seumur hidup... tang ni pun bohong dah! Tidak ada dalam perlembagaan PAS status ‘ahli PAS seumur hidup’ sebab kalau ada status tu maknanya ahli PAS tak boleh dipecat kerana dia jadi ahli sampai mati. Yang MK tau cara bayaran keahlian PAS iaitu, sekali bayar yuran sekaligus untuk seumur hidup.

Untuk dapatkan profail Cikgu Non ni, MK pun pi tanya orang lama-lama dalam PAS Kedah terutama bekas kawan2nya. MK tanya YB Senator Pak Chop Husein, YB Dato’ Mahfuz Omar, Pak Teh Aris Awang, Haji Zolya, Pak Chop Pin, Haji Kasim Mina... malangnya jawapan yang MK terima lebih kurang senada iaitu.. “Ha ha ha, tak payah layan dia, buang masa layan dia, dia provoke suruh layan nak bagi laku dalam UMNO...bla bla bla.” Maknanya, takde pekdah langsung nak layan manusia bernama Cikgu Non ni. Jawapan yang paling syok MK terima, “Biag piilah dia gila sorang-sorang, bila BN kalah teruk PRU nanti... dia pun jadi kupang temaga silap2 UMNO boh penyepak pungkok lagi ada, dia punya pasai BN kalah teruk di Kedah.”

Memang terbukti negara MALAYSIA PAKAR DALAM BAB SEX....

memang terbukti MALAYSIA PAKAR DALAM BAB SEX....patutlah pimpinan UMNO suka bab SEX nie...rupa-rupanya dok buat promosi sampai PALESTIN sana nuuu...
Daripada GAMAL NASIR MOHD. ALI

GAZA 2 April - Buat julung-julung kalinya, satu pembedahan pemasangan alat bantuan ereksi (penile prosthesis insertion) dilakukan di Palestin dengan bantuan tiga doktor pakar dari Malaysia.

Menurut Dr. Faez Zidan, doktor pakar tempatan yang mengendalikan pembedahan tersebut, pembedahan itu dilakukan bagi membolehkan seorang pesakit yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah akibat terkena letupan bom menjalankan kegiatan seks seperti biasa.

"Ini kali pertama pembedahan seperti ini dilakukan di Palestin kerana sebelum ini semua pembedahan itu dibuat di luar negara dengan kos yang tinggi.

Betulkah Saifuddin Abdullah Gugur di Temerloh.. & kerusi UMNO itu akan diserahkan kepada Cina MCA..???

Saifuddin Abdullah Gugur?

http://2.bp.blogspot.com/-DLSOl68haJo/TeEUdK4iE0I/AAAAAAAAJPU/I9Bx1aeW47U/s400/dato%2Bsaifuddin.jpg
Timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Altantuya.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi Umno seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada Umno untuk menentang penyandang, Fuziah Salleh.

Saifuddin dalam mesej di Twitter sebentar tadi mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon PAS-Pakatan Rakyat, Nasrudin Hassan yang sah bertanding kerusi Temerloh dalam satu sidang media oleh presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur sebentar tadi.

[GEMPAR] Saksi Projek IC, PAK HASSNAR Hilang GAGAL di Kesan



Pak Hassnar Hilang Gagal Dikesan, SAMM Buat Laporan Polis

Hassnar Ibrahim (bekas DO Sandakan) merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan perihal projek IC dan rusuhan di Sabah angkara Tun Mahathir, telah hilang dan tidak dapat dikesan. Beliau bersama isterinya telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad dan kemudian langsung tidak dapat dihubungi lebih dari tempoh 24 jam.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isteri di atas situasi ini. Kedudukan Pak Hassnar mungkin berbahaya kepada pihak tertentu kerana pendedahan sensasi yang dilakukan khususnya memetik Tun Mahathir sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah yang menjurus kepada berlakunya pencerobohan Lahad Datu.

Satu laporan polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam 5.30 petang ini. Pengamal media adalah dijemput untuk membuat liputan.

Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Bekas Pengarah Kagat adik kepada Nakhaei diumum calon PAS di Baling



(Najmi [dua dari kanan] dan Zamri [kiri sekali] diperkenalkan 
sebagai bakal-bakal calon PAS hari ini)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang baru mengisytiharkan menyertai PAS hari ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan pula akan bertanding di Parlimen Temerloh sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan bertanding di Parlimen Titiwangsa.

(Wartawan dari pelbagai media memenuhi Pusat Media PAS hari ini)

Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Tun Mahathir harus muhasabah diri


Mahasiswa Keadilan Malaysia ingin mengeluarkan kenyataan balas berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucaptama dalam program “Mahasiswa dan Graduan Pewaris Kepimpinan Negara di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka bertarikh 30 Mac 2013. Beliau menuduh mahasiswa sekarang sebagai tamak dan tidak bersyukur dengan pemberian kerajaan.

1. Pada pendapat kami, mahasiswa bukanlah tamak dan tidak bersyukur dengan apa yang ada. Cuma kami menuntut supaya penambahbaikan dilakukan untuk sistem pengajian tinggi negara. Kualiti silibus, metod pengajaran,demokrasi kampus, autonomi universiti dan dasar yuran pengajian masih banyak yang perlu dibaiki. Sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan yang terbaik untuk rakyat. Dan sememangnya menjadi tanggungjawab rakyat untuk memikirkan apa yang terbaik untuk negara.

Hebat Ilmu Mantik MAT BASHAH - Mulut kata kat MAT SABU tapi dalam hati kenen kat MUKHRIZ

Tu dia..nak kata directkat MUKHRIZ jangan dok kacau kawasan DUN tak berani... lalu cakap la tala pie kat MAT SABU & SAIFUDI... kesian tengok hang MAT BASHAH oi...!!
Rakyat perlu tolak ‘wakil rakyat pelarian’

 
Ahmad Bashah berkata mereka hanya mahu bertanding 
di kawasan yang dilihat ada peluang untuk menang 
kerana takut kalah. - Gambar fail

BALING, 2 April — Rakyat perlu menolak wakil rakyat yang bertanding di kawasan berlainan pada setiap pilihan raya umum kerana tindakan itu menunjukkan mereka hanya berminat menjadi wakil rakyat daripada berbakti kepada rakyat.

Menyifatkan wakil rakyat sedemikian sebagai “pelarian”, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mereka hanya mahu bertanding di kawasan yang dilihat ada peluang untuk menang kerana takut kalah.

“Pengundi perlu melihat mereka ini yang sering berpindah randah setiap kali pilihan raya umum, kerana mereka gagal menjadi wakil rakyat yang berjasa kepada pengundi di kawasan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis “Penggerak PRU-13 Parlimen Baling” di sini malam tadi.

Depa kata ada PEMIMPIN & AJK PAS PUSAT pemalas dan bongkak..!!

oleh DepaKataV2

memang betoi apa yang sahabat kata nie... kami lihat beliau saban hari saban malam dipenuhi xtvt bersama BAS JELAJAH MERDEKA nya.... namun sebaliknya berlaku dengan treler milik PAS...

TETAPI bila dilihat semasa muktamar dan beberapa statement pimpinan sebelum nie sebok mempertikai ANWAR hendak dilantik sebagai PM... tak seperti DAP yang awal-awal lagi buat statement sokong ANWAR jadi PM....

Mana ada ceramah pakai permit dah sekarang nie...bodo piang geng NGOk nie..!!

oleh AnakKedah007

Photo: Laa hg ka yg jd kepalanya monsor....mlm tadi p mana...awat tak mai tengok rimau.... 
 Sejak ada akta himpunan aman mana perlu lagi permit polis , hanya perlu maklumkan aje kpd polis . Tapi selalu yg sabotaj mcm di Melaka nu puak Ali tu la , org dah maklum ceramah sekian hb depa mai tempek sebelah . Lps tu kata PR ganggu ceramah .... Sudah laaa dok buat kerja pencacai nie....tak hebat mana pon...masa dlm rumah allah bukan main hebat tapi bila tunjuk rimau semua kecut perut....
[Dr Hayati Othman - YB Pendang] 

BUBAR PARLIMEN - Adakah BERITA HARIAN mencabar kewibawaan pihak polis..???





MEDIA BERITA HARIAN CABAR KEWIBAWAAN PDRM DENGAN MENERBITKAN DIMUKA DEPAN PEMBUBARAN PARLIMEN BAKAL BERLAKU SEAWAL ESOK HARI!!!!!

Polis DiRaja Malaysia melalui T/KPN baru-baru ini telah mengeluarkan amaran keras lagi tegas agar tiada rakyat yang menerbitkan cerita tentang pembubaran parlimen yang belum tentu benar dan sahihnya.

PDRM akan bertindak jika sesiapa jua tidak mengira darjat dan fahaman yang melakukan perkara penyebaran khabar angin ini.

Nampaknya Berita Harian terbitan hari ini dimuka depan menyiarkan parlimen akan bubar esok pagi.

Tahniah Kerajaan Negeri Kedah - Ini Kisah Mesin Basuh..!!!

Barangkali inilah kot yang Orang Alim dok habag…bila rakyat negeri kita cenderung kepada pemerintahan ulamak, bagi negeri kita akan berseri-seri dengan cahaya Islam di merata-rata. Tumbuhnya banyak pusat Tahfiz di negeri Kedah dan yakinnya org2 luar Kedah untuk menghantar anak-anak mereka menuntut di sini melambangkan org2 luar pun dah nampak Islam sudah mula dimartabatkan di negeri kita ini.. ..tahniah kerajaan Negeri.

Kisah Mesin Basuh

 
Malam tadi, sahabat saya,sdra Radzi, rakan NGO Wargakilang dari Penang mai rumah. Dia baru balik dari KL atas urusan kerja. On the way balik, dia sempat singgah di rumah seorang hamba Allah bernama Puan Eda di KL sana nu, pi amik kain baju terpakai, basikal, dapur gas dan juga sebuah mesin basuh. Puan Eda pesan, minta tolong sampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Bila Radzi called saya tanya kat mana nak hantar brg2 tu, terutamanya mesin basuh yang agak besar itu, saya kata tat pa lah, bawa mai dulu ke rumah saya di Kedah ini.

Radzi sampai dah dekat jam 11 malam; terus saya called Apit, seorang sahabat – kerja full time buat bendang – yang aktif dengan kerja2 kemasyarakatan di kawasan ini. Apit kata, mesin basuh itu boleh hantar ke sebuah pusat tahfiz yang baru buka baru-baru ini.

Nak sambut TUN punya pasai nilai RM30 dan Tinggalkan Solat di gadaikan..

Murahnya nilai solat bagi biker di Johor Bahru
Oleh Emjay

Semalam adalah hari Ahad 31 Mach 2013. YB Pulai Dato' Nur Jazlan Mohamed mengadakan program Bicara Perdana Bersama mantan PM Malaysia Tun Dr Mahathir di Projek Perumahan (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru berlangsung di sebelah malam.

Saya sebagai anggota kelab bermotorsikal Bladerider dan Johor Biker menerima pemberitahuan melalui SMS berbunyi :

"Salam. Program menyambut Tun Mahathir pada hari ini 31 Mac jam 6.45 ptg. Tempat berkumpul di Shell Denai, Jalan Kempas. Harap Maklum".

Dua hari sebelum itu pun saya sudah dimaklumkan oleh pengerusi Bladerider agar ahli kelab yang ada kelapangan untuk menyertai program menyambut Tun Mahathir. Setiap peserta dijanjikan akan dibayar token sebanyak RM30.00.

Masih ada lagi PIMPINAN PAKATAN RAKYAT yang BODOH dan GILA MEDIA nak suarakan bantahan..!!

Sory laa kami rakyat di bawah naik semak kepala tengok kelaku hangpa.. kami dah bersemangat dah nak perang pasang bendera sampai pagi...pulon nak pertahankan kemenangan tetapi malang hangpa yang kat atas masih bangang dengan kelaku yang BODOH...

Jika tak suka dan tak setuju apa sekali pun jangan la tunjuk kat orang luaq... lepaskan masalah dalam mesyuarat.. yang dok guna media perdana apa kejadahnya... hangpa nak cerita kat sapa kata hangpa tak suka...jadi sudah-sudahlaaa buat kerja bangang nie....

Apabila TOK AYAH dah nyatakan sokongan pada PR...sekoq pun dah tak berani sua kepala...!!!

Bila Tok Tok Ayah dah nyatakan sokongan terbuka pada Pakatan Rakyat, tanda UMNO Kedah boleh 'tempah batu nisan'


Laporan dan foto: MTK

Pelbagai cara diguna oleh UMNO Be End untuk menghalang orang ramai menghadiri ceramah DS Anwar di Taman Wira Mergong. Antaranya ialah dengan membuat laporan polis supaya pihak polis membatalkan ceramah tersebut, malangnya pihak polis tidak termakan 'arahan' UMNO itu... kalau dulu bolehlah UMNO berkuasa penuh, sekarang ni polis pun nak naik menyampah dengan perangai UMNO yang cuba jadikan polis sebagai budak suruhan mereka.

Antara cara yang digunakan lagi ialah dengan menyebarkan foto di alam maya kononnya bas Jelajah Merdeka yang membawa DS Anwar terbakar jadi Anwar tak dapat datang... adoihaii lawaknya propaganda UMNO, mokalu betoi bas terbakag pun takkan DS Anwar tak mai datang cara lain.

PEMUDA UMNO KEDAH penin...!

Pemuda Umno Kedah Keliru Dan Buat - Buat Keliru
Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Pemuda PAS Kedah menyifatkan Pemuda Umno Kedah sebagai keliru dan buat-buat keliru berikutan Umno itu sendiri adalah parti yang keliru.Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, isu 12 masjid sebagaimana yang terdapat dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera itu dipolitikkan Umno berikutan keberkesanannya selain memaparkan kejayaan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dalam tempoh sepenggal ini.

“Isu 12 masjid ini saya sedia berdebat dengan Badrol. Beliau keliru dan debat kita akan menjawab kekeliruannya. Ada perkara yang jelas, tidak keliru, tetapi Pemuda Umno Kedah buat diam sahaja.

“Isu RM403 juta ‘biawak hidup’ tinggalan pemerintahan BN, ini isu yang jelas, tiada kekeliruan, tetapi didiamkan sahaja oleh Pemuda Umno Kedah.

5 tahun rakyat Kedah tanggung dosa Umno



Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak berkata, selama ini rakyat Kedah terpaksa menanggung dosa dan kegagalan Umno-BN semasa mereka memerintah kerajaan negeri selama puluhan tahun.

Tegasnya, Umno sering mendabik dada kononnya mereka bijak mentadbir berbanding dengan pemimpin PAS yang dianggap tidak tahu memerintah, dengan hanya bersandarkan alasan orang PAS berpakaian ketayap dan serban semata-mata.

Tegasnya, dari sudut rekod yang diakui Ketua Audit Negara, selama lima tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah membuktikan ia jauh lebih baik berbanding dengan pemerintahan Kerajaan Umno-BN.

Kegagalan Umno-BN yang meninggal bebanan hutang negeri yang besar jelas Ustaz Azizan, termasuk dengan salahlaku semasa mengurus tadbir negeri, menyebabkan rakyat Kedah terpaksa menanggung sengsara akibat tatakelola yang merugikan kerajaan negeri.

Ustaz Azizan yang ditemui Harakah di Pejabatnya di Wisma Darul Aman 28 Mac lalu, memberitahu, sejak PAS mengambil alih kerajaan negeri, pihaknya berjaya mengurangkan hutang kerajaan dan menghidupkan semula beberapa projek yang gagal disiapkan di zaman Umno-BN memerintah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...