TERKINI :

Monday, April 1, 2013

DAP tampil blogger Melayu SakmongkolAK47 sebagai calon Parlimen Raub. .!


Cmk Cucumatkilau shared Loke Siew Fook's photo.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebentar tadi baru saja mengumumkan Dato' Mohd Ariff Sabri atau lebih popular sebagai blogger Sakmongkol AK47 sebagai calon DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Raub pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Dato Ariff ialah bekas ADUN Pulau Manis, Pahang dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan. Dengan pengumuman ini ia melenyapkan spekulasi Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang awalnya dikatakan akan bertanding di situ. Apapun, pengumuman ini pasti mengejutkan kerana sebelum ini Sakmongkol menafikan akan bertanding pada PRU-13 dan ingin memperhambakan diri kepada perjuangan rakyat bersama parti DAP. Kini, ia jauh tersasar dari matlamat awal perjuangannya. Apapun, beruntunglah beliau kerana baru saja menyertai DAP dia sudah diangkat sebagai calon daripada orang lain yang telah sekian lama berjuang bersama parti itu. Apapun, berita ini pasti merimaskan pemimpin UMNO BN di Pahang, malah Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri sebenarnya.

Surat Habaq Umno pon pening nak buat cerita...!

Tu dia sama sama deoa pon dah cempera buat berita..!

5 tahun hangpa belasah kami di TV, mai hari nie nak bagi 10 minit.... pieeraahh..!!


Setelah 5 tahun asak Pakatan, sekarang nak bagi slot 5 minit?
Oleh AZIZ MUDA

KUALA LUMPUR: PAS tetap menolak tawaran Kerajaan Umno-BN untuk menggunakan slot Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan manifesto parti Islam itu selama 10 minit dalam PRU13 kali ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tawaran tersebut bukan melambangkan kebebasan media, tetapi disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan daripada pihak Umno-BN kepada rakyat dan parti-parti pembangkang di negara ini.

Menurut beliau, sekarang bukan masanya lagi untuk pihak Kerajaan Umno-BN mahu menunjukkan mereka mengamalkan kebebasan media, memandangkan tuntutan itu telah dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat sejak sekian lama.

Malah katanya, semakin diasak ke arah itu, Umno-BN semakin ketara mengongkong kebebasan media, sehingga graf kebebasan media di negara ini berada pada tahap makin rendah dari setahun ke setahun.

"Jadi setelah lima tahun mereka menyerang PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa sekarang setelah hampir dengan PRU13 barulah nak beri peluang kepada kita untuk menjelaskan manifesto selama 10 minit?" katanya ketika dihubungi 29 Mac lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim pada 22 Mac lalu mengumumkan Kerajaan Umno-BN bersetuju memberikan setiap parti masa selama 10 minit untuk mewar-warkan intipati manifesto mereka, menjelang PRU13 kali ini, sebagai menghormati sistem demokrasi di dalam negara ini.

Kedatangan PM PENCEN ke Johor nampaknya sia sia saja...


Seruan Mahathir Untuk Rakyat Johor Sia-Sia Saja

oleh MSO

ULASAN PETANG

Kesian marilah berdoa untuk Mahathir Mohamad, dia masih bercakap dalam luruh lama tanpa melihat kepada realiti semasa. Beliau telah terlupa era politik hari ini bukan lagi di zaman kerajaan 2M selepas kerajaan 1M1G atau kerajaan 1M1A atau 1M1A (sekali lagi). Era sekarang ini ialah era Umno dibawa 1N1M.

Kerana keterlupaan itu mungkin disebabkan nyanyuk, semasa di Johor beliau menasihat rakyat negeri itu agar tidak menyerahkan Johor kepada Pakatan Rakyat. Dia mahukan Johor kekal sebagai negeri fixed deposit kepada UBN. Mungkin Ahmad Maslan memberi gambaran silap kepada Mahathir Mohamad. Dan kejadian memberi gambaran silap atau disengajakan ini juga biasa dalam dunia politik.

Saya tiak dapat pasti sudah berapa lama beliau tidak jejak kaki ke Johor Baharu? Yang pastinya sebaik Abdullah BAdawi jadi Perdana Menteri setahun selepas itu dia keluar dri Umno. Sebagai bukan ahli

Mahathir: Seruan yang sia-sia.

Umno Mahathir tidak berhak untuk berada atau menghadiri majlis Umno di Johor kecualilah untuk pekena rojok Singapura di Johor Baharu.

Atau apakah sebaik saja meninggalkan Putrajaya kerana terpaksa, apabila ditekan arus reformasi ekoran tindakan mernyingkirkan Anwar Ibrahim, beliau terus menyepikan diri untuk melihat perkembangan politik mutakhir di Johor. Lantaran itu Mahathir masih beranggapan Johor masih kubu kuat Umno. Johor masih seperti Johor di era Umno dibawah pimpinan 2M; Mahathir - Musa.

Elok kalau Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan yang sudah tentu beliau meyimpan banyak klik video mengenai kegiatan parti politik di Johor dalam setahun dua ini. Sudah pasti ada rakaman gambar majlis politik anjuran Pakatan Rakyat; mengenai kunjungan Niik Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang atau Anwar Ibrahim ke Johor.

Depa nie dok nak beli jet berapa pulak komisen nak rembat nie?


| Print | Dedah syarikat terlibat perjanjian RM4.27b di LIMA

Hazayani Zakaria, 01 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan menyenaraikan syarikat dan agensi yang terlibat dalam perjanjian berjumlah RM4.27 bilion di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini.

Mahfuz mengesyaki tindakan Perdana Menteri melengah-lengahkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ada kaitan dengan usaha untuk mendapatkan komisyen daripada pembelian-pembelian yang dilakukan di LIMA.

"Ini tindakan yang tak wajar (kerana) walaupun saya mengatakan kita perlukan peningkatan persiapan pertahanan secara yang lebih lengkap tapi kerajaan tidak boleh membuat keputusan dalam keadaan kerajaan telah kehabisan mandat.

"Jadi oleh sebab itu saya minta kerajaan dedahkan secara terperinci perjanjian-perjanjian yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat seperti mana yang telah dibuat di LIMA.

"Ini penting kerana rakyat perlu tahu sejauh mana ketelusan pembelian tersebut. Saya daripada awal mengesyaki bahawa bila perdana menteri tangguhkan PRU sehingga selesai LIMA seolah-oleh ada agenda mendapat habuan daripada pembelian yang dilakukan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Perghh!!! Baiknya Kerajaan UMNO BN.. kristian ada berapa % je..tapi boleh bina GEREJA TERBESAR DI ASIA

Gereja terbesar Asia Tenggara dibuka di Bukit Jalil hari ini... satu lagi kejayaan Barisan Nasional

Gereja terbesar di Asia Tenggara membuka pintunya hari ini berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam.

Bangunan berkeluasan 600,000 kaki persegi dan berhargac RM200 juta digelar Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil mempunyai sebuah auditorium 5,000 kerusi, serta dewan serbaguna, bilik darjah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain terdiri daripada kedai-kedai runcit dan kafe.

Ia adalah satu mercu tanda yang menunjukkan Malaysia adalah benar-benar tanah yang pelbagai budaya, "Calvary Church bersekutu paderi David Seah memberitahu The Malaysian Insider hari ini, perkhidmatan selepas Easter pagi ini yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

"Saya tidak menjangka sebarang tindak balas yang berpotensi ," katanya.

Sesetengah orang Islam menyatakan di blog mereka dalam 2011 keresahan dengan saiz CCC, mengatakan bahawa ia adalah satu ancaman kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia boleh digunakan untuk menukar umat Islam.

Tetapi Seah menegaskan bahawa Gereja Calvary tidak mualaf Islam, berkata: "Apabila kita memberikan keluar kawasan, kita memberitahu ahli tidak meletakkan mereka di rumah-rumah Muslim"

Para paderi gereja Pentecostal berkata bahawa pembinaan CCC di atas tanah komersil bermula pada tahun 2007 dan telah siap pada tahun ini, mencatatkan bahawa ia akan dapat menampung jemaah 3,000  yang sebelum ini tersebar di Damansara Heights, Damansara Perdana dan Cheras.

Paderi Kanan Calvary Church Rev Dr Tan Sri Putera Guneratnam menangis apabila beliau mengambil podium untuk menyampaikan khutbah beliau pada Easter, hari yang paling penting pada kalendar Kristian iaitu meraikan kebangkitan Yesus Kristus.

"Kami berada di sini. Kami jadikan ia kenyataan, "kata Guneratnam dengan suara yang menggeletar, sebelum mengelap matanya.

Apa pentingnya gereja sebesar ini didirikan di Malaysia sedangkan jumlah penduduk Malaysia yang beragama Kristian adalah begitu kecil berbanding penganut kristian di Indonesia. Mengapa tidak didirikan di Indonesia?

Malaysia gah lagi kerana kini satu lagi rekod berjaya dicipta. Selepas bangunan tertinggi di dunia kini kita ada gereja terbesar di Asia Tenggara.

Gereja terbesar Asia Tenggara dibuka di Bukit Jalil hari ini... satu lagi kejayaan Barisan Nasional

Gereja terbesar di Asia Tenggara membuka pintunya hari ini berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam.

Bangunan berkeluasan 600,000 kaki persegi dan berhargac RM200 juta digelar Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil mempunyai sebuah auditorium 5,000 kerusi, serta dewan serbaguna, bilik darjah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain terdiri daripada kedai-kedai runcit dan kafe.

Ia adalah satu mercu tanda yang menunjukkan Malaysia adalah benar-benar tanah yang pelbagai budaya, "Calvary Church bersekutu paderi David Seah memberitahu The Malaysian Insider hari ini, perkhidmatan selepas Easter pagi ini yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

Tip untuk hangpa berdepan penyokong UMNO/BN..!!

Oleh Idris Ahmad

Musim Pilihanraya. Jadilah kita sebagai ahli yg baik dan produktif.

1. Cari kerja bukan tunggu kerja.
2.Jgn marah org yg hdk buat kerja.
3.Jgn byk mesyuarat. Kerja tak buat.
4.Ikut arahan kalau ada arahan.
5.Dermalah RM1, jgn tunggu ada RM10.
6.Solat hajat setiap malam.
7.Baca al-Quran wpun 3 ayat.
8.Jgn lupa doa utk kemenangan Islam.
9.Ajak org atas pagar utk sokong Pas dan PR.
10.Tel adik beradik spy balik mengundi.
11.Edar Harakah yg dah baca pd. Kawan2.
13.Jgn lupa terangkan tawaran PR.
  • Hapus PTPTN, 
  • Turun harga minyak. 
  • Turun harga kereta. 
  • Hapus tol.
14.Beritahu pengundi negara akan bankrap jika BN perintah.
15. Beritahu pengundi hutang negara RM502 bilion. Setiap rakyat tanggung hutang RM18K.
16.Beritahu pengundi banyak kelebihan yg diperolehi di negeri PR.
17.Negeri BN apa yg rakyat dapat?
18. Meyakinkan rakyat beri peluang 5 tahun pd PR utk buktikan. Jika PR pun zalim pilih semula BN, PRU 14.
19. Jgn banyak kritik. Tapi kita tdk buat  kerja.
20. Rajin datang ke Markaz. Di sana  banyak kerja yg boleh dibuat.
21. Negeri PR, wpun 5 tahun perintah lebih baik drp 55 tahun BN perintah.

Sabotaj: Bekas Pengerusi SPR dedah pengalaman

Aslani M, 01 Apr 2013

KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini mendakwa usahanya mahu menggunakan dakwat di jari pengundi pada pilihan raya umum lalu cuba dihalang pihak tertentu dalam kerajaan.

Ketika mendedahkan perkara itu pada wacana perdana di sini setahun lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu memberitahu SPR sudah menghabiskan banyak wang membeli dakwat di luar negara.

Bagaimanapun dakwa beliau di saat akhir dicipta khabar angin kononnya pembangkang cuba mensabotaj penggunaan dakwat.

Dan hari ini strategi serupa cuba diulang dengan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat kononnya terbabit dengan komplot mengganggu proses pilihan raya.

Ini VIDEO SEX FILEM MALAYSIA...jadi tak jadi isulah kot bukan VIDEO SEX ORANG POLITIK...!!!

Oleh AnakKedah007



Mana PERKASA, HASAN JATI, UMNO, PAS.. Suhaimi BABA.. dan sewaktu dengannya... FILEM MACAM HARAM JADAH nie pun hangpa nak bagi RAKYAT MALAYSIA TONTON Kaaaa....

Pie la DEMO, REPORT POLIS kata pertahankan ISLAM, KALIMAH ALLAH sangat... nie PELAKON yang ngaku ISLAM dok buat gambaq macam HARAM JADAH nie pun nak bagi rakyat MALAYSIA tengok jugak kaa...

OOooooo ini bukan VIDEO SEX UNTUK ORANG POLITIK jadi hangpa tak ambik port laa....

SPR oh SPR : Jika dah nama PENCACAI tuuu maka dia tetap PENCACAI...

MP tunjuk bukti makluman pada SPR
 
MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyelar kenyatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mendakwa PKR tidak pernah memaklumkan kepada suruhanjaya itu sebelum memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan.

Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Nurul Izzah mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang membuktikan bahawa suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.

Nasib hang la jadi orang No 2 Muhyiddin oi.. yang tau tarikh tu NAJIB & ROSMAH saja..!!

Kesian, Muhyiddin pun rimas tunggu PRU13


(Muhyidin pun sudah rimas dengan tarikh pembubaran Parlimen)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang timbalan perdana menteri setakat ini pun masih meneka-neka bila bosnya Datuk Seri Najib Razak nak membubarkan parlimen.

Mengikut laporan The Malaysian Insider, Muhyiddin mengakui rakyat telah resah menunggu tarikh pilihanraya umum ke 13.

Beliau sendiri turut menunjukkan keresahan dan kebimbangannya tatkala Najib mengambil keputusan untuk membiarkan parlimen terbubar sendiri.

Muhyiddin ‘menolak’ kemungkinan Najib akan membenarkan pembubaran automatik parlimen sebelum PRU13.

Isu Hina Nabi - Khairul Fahmi jawab serangan media BN

Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan......jahanam UMNO” telah menarik perhatian banyak pihak termasuk media cetak dan elektronik. Saya didakwa telah menghina Junjungan Nabi SAW.

Budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik. Perkara ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Isteri Baginda yang suci pernah difitnah berzina menyebabkan Baginda sekeluarga telah menanggung kesusahan dan aib sehingga Allah membersihkannya semula.

Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri hatta terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik porno adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik.

Tiada bezanya perangai munafik dahulu dan kini. Senjata mereka adalah sama. Fitnah yang MELAMPAU.

Lembu KAK JAT oder dah sampai..bapok punya besaq...!!!

 
http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/563928_4273429468276_672995197_n.jpg 
 

MB Kelantan menjawab persoalan mengenai Masalah Sosial di Kelantan

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Straits Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark. Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama UMNO Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.

Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini. Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?

Sesuatu yang wujud secara haram perlu dibanteras, bukannya diberikan lesen, ini pendirian kami. Kami tidak sama dengan sesetengah pihak yang ingin memberikan lesen kepada kegiatan yang wujud secara haram. Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin UMNO Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram.

Wahai UTUSAN...Jika tak takut pada ALLAH.. takutlah sama MALAIKAT SURUHAN ALLAH yang sedang mencatit kiri kanan tuu..!!

Utusan kini cipta skrip fitnah terlampau 

Utusan Melayu, syarikat penerbit akhbar milik Umno yang menjadi kilang menjana fitnah dan kelucahan, telah betul-betul ketandusan skrip apabila dengan bangangnya menerbitkan fitnah terbaru yang mendakwa seorang pemuda telah mengaku diliwat oleh DS Anwar Ibrahim ketika berada di Penjara Sungai Buloh.

Pemuda yang didakwa berusia 20-an berkenaan mengaku telah dimasukkan ke penjara pada ketika DS Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara, kira-kira lebih sepuluh tahun yang lalu. 

DS Anwar telah dibebaskan daripada penjara pada bulan September 2004. Agak-agak, berapakah usia pemuda berkenaan, lebih sembilan atau sepuluh tahun yang lalu? Pastinya pemuda berkenaan berusia di bawah 18 tahun! Mana mungkin seorang remaja yang berusia bawah 18 tahun dimasukkan ke penjara?

Anwar umum calon PKR bagi Parlimen Kuala Kedah, Alor Star

Calon Kuala Kedah

Calon Alor Setar

ALOR STAR, 1 April —  Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kuala Kedah Dr Azman Ismail dan ketua Biro Perundangan PKR Kedah Gooi Hsiao Leung diumumkan sebagai calon parti itu masing-masing untuk bertanding kerusi Parlimen Kuala Kedah dan Alor Star pada pilihan raya umum ke-13.

Pengumuman mengenai pencalonan Dr Azman, 51, dan Gooi, 41, dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Kedah dan di Taman Berjaya di sini, semalam.

Anwar ketika berucap di Kuala Kedah berkata anggota Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim ditugaskan untuk misi lain.

Orang UMNO hina NABI..OK.. Tapi jika orang PR nasib badan laa...mampos la hangpa...!!

oleh AnakKedah007

Kenyataan Khairul Fahmi Matsom

Cuba hangpa tengok 2 kenyataan ini..Satu puak BODEK UMNO dan satu lagi puak BODEK PAS... ok sekarang dua-dua menyentuh NABI MUHAMMAD.. Gua bukan USTAZ Gua bukan ULAMAK Gua bukan MAJLIS FATWA tetapi apa pandangan dua-dua kenyataan diatas ada menyentuh tentang NABI SAW....

Yang gua nak tanya sekarang KENAPA kenyataan di BAWAH kita BOLEH BISING 1MALAYSIA sehingga mengulasnya di MUKA DEPA UTUSAN tetapi yang diatas tu tak ada apa yang keluarnya..

Adakah ini dinamakan pendakwaan terpilih... atau orang sokong UMNO BN hangpa nak hina siapa pun boleh tetapi orang yang sokong PR jika salah maka tindakan keatas kami..

Politik apa jenis ini.. ISLAM tak ajar macam nie.. yang gua tahu JIKA SALAH maka SALAHLAH ia...tak kira hang sokong siapa...

Apabila penyanyi dikir barat popular menegur Suhaimi Baba..!!

Jangan salahkan orang Kelantan: Halim

Jangan salahkan orang Kelantan: Halim
Antara belia Kelantan yang membuat persembahan di Expo Kulim anjuran Arowana 6767 di Padang Kulim, kelmarin.
 
KULIM - Pengiat seni dikir barat tanah air, Halim Yazid menyifatkan tuduhan masalah sosial sering dilibatkan dengan remaja Kelantan merupakan satu tuduhan tidak wajar.

Menurutnya, gejala sosial termasuk jenayah dilakukan semua tanpa mengira bangsa dan agama.

"Masalah ini berlaku apabila komuniti rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri lain berada dalam kelompok kecil dan ini membuatkan mereka sering di pandang sinis sehingga ada dalam kalangan masyarakat sengaja memburukkan imej remaja dari negeri itu.

“Walaupun bilangan kita tidak ramai dalam mana-mana komuniti, tetapi semangat kekitaan antara anak Kelantan itu melebihi segalanya," katanya.

MB Kedah: Calon Pas biar jadi kejutan

AZIZAN

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak berhasrat membuat pengumuman awal calon-calon Pas yang akan bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, beliau mahu membuat kejutan pada hari pengumuman kelak.

“Kenapa harus saya umumkan lebih awal. Biar ia jadi kejutan,” kata beliau pada sidang media selepas majlis penyampaian watikah pelantikan ahli-ahli Lembaga Rayuan Negeri Kedah (2013), hari ini.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, perkara itu tidak perlu dibuat tergesa-gesa, selagi pihaknya belum mendapat arahan pusat.

“Selepas senarai calon Kedah sudah dimuktamadkan di peringkat pusat, baru saya akan umumkan. Selagi belum mendapat perkenan pusat, saya tak akan umum,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...