TERKINI :

Sunday, March 31, 2013

UMNO sudah hilang punca dan tidak mungkin dapat mengenali perjuangannya lagi

Wujudkan 'facet' politik baru untuk perpaduan nasional yang kekal

Sejak lama dulu saya tidak pernah gagal untuk mengingatkan semua dalam tulisan saya yang UMNO sudah hilang punca dan tidak mungkin dapat mengenali perjuangannya lagi. Puluhan kali saya nyatakan yang UMNO sudah hilang segala-galanya, dari rupanya, ‘form’nya dan perjuangannya. Justeru parti itu tidak akan lagi relevan untuk dijadikan sandaran rakyat untuk masa depan semua. Yang lebih dari itu UMNO sudah hilang identitinya, maka sekaligus UMNO sudah tidak ada lagi ‘legitimacy’ untuk memimpin apa-apa pun.

Semasa saya mula-mula menulis tentang isu ini berbagai ancaman yang saya terima dari entah siapa dalam blog saya ini membidas dan melemparkan berbagai bagai tuduhan peribadi terhadap saya. Tetapi keyakinan diri saya terhadap kebenaran apa yang saya katakan membuatkan saya bertambah kuat untuk bertahan kerana saya percaya apa yang saya katakan semasa itu akan sampai bukti kebenarannya. Saya hanya mendengar nasihat dari beberapa orang sahabat yang rapat secara peribadi dan kesemuanya meminta saya melihat ke dalam dan lakukan introspeksi diri secara intensif.

Gambar Individu dikehendaki bantu siasatan pencerobohan #LahadDatu didedah..!!

LINK FACEBOOK
Individu dikenali Datuk Seri Ridzwan Sulaiman dikehendaki bantu siasatan pencerobohan Lahad Datu
LAHAD DATU: Polis kini mencari seorang individu dikenali sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, baru-baru ini.
Individu terbabit yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai mempunyai maklumat penting mengenai percerobohan itu.

Justeru, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta individu terbabit menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ridzwan supaya tampil membantu polis di mana-mana balai polis berhampiran.

Insya'Allah..Jika kena dengan perancangannya..lagi 12 kerusi parlimen milik PR..

PANAS! 12 Lagi Kerusi Bakal Milik Pakatan Rakyat?

Di sebalik kemungkinan pembubaran Parlimen tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, peluang bagi Pakatan Rakyat untuk menguasai 12 lagi kerusi Parlimen "kelihatan cerah."

Perikatan itu mahu menggunakan ruang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan menjelang tarikh pilihanraya umum ke-13.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Kit Siang berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk memperoleh kemenangan di 12 kawasan untuk menang selesa dalam pilihanraya umum ke-13.

"Dua belas kerusi marginal yang secara realistik Pakatan boleh menang termasuklah Arau di Perlis; Alor Setar di Kedah; Kuala Nerus di Terengganu; Larut, Kuala Kangsar, Kampar dan Lumut di Perak, Bentong, Raub dan Jerantut di Pahang, Sabak Bernam dan Pandan di Selangor, Rembau di Negeri Sembilan dan Bukit Katil di Melaka," katanya.

Kerusi-kerusi lain termasuklah Dungun di Terengganu; Jerlun di Kedah; Padang Rengas, Tambun, Parit, Tapah, Pasir Salak dan Bagan Datoh di Perak; Temerloh di Pahang; Sepang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.

Sapa nak tengok live...BEROK-BEROK MAT YEAH jom kita ke Ceramah ANWAR di MERGONG malam nie..!!!

Sapa nak tengok live... samseng Perkasam mengganas kat ceramah Anwar malam ni jom pi ramai-ramai, mesti brutal punyalah! 

 

ADA KAMI KESAH HANGPA NAK BUAT KELAKU BEROK!!

 

Anwar: Pakatan tidak kejar kuasa, tapi kebajikan rakyat

JAMILAH HAMZAH dan MUHAMMAD SHAMSUL GHANI
31 Mac 2013
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan, matlamat perikatan untuk membentuk kerajaan pusat menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tiba, bukan bertujuan "mengejar kuasa", sebaliknya memfokus usaha mensejahterakan rakyat menerusi pelbagai bidang pembangunan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap keangkuhan kuasa adalah salah satu faktor yang mengkongkong percambahan ilmu daripada berkembang.

Sehubungan itu kata beliau, PR yang menyasarkan matlamat menumbangkan Barisan Nasional (BN) kali ini, akan membawa perubahan baru dalam sistem pendidikan, sekali gus menghapuskan sikap konservatif yang menular di kalangan masyarakat di bawah pimpinan kerajaan BN.

Beliau juga berkata, matlamat PR bukan berfokus pada kuasa sebaliknya perkara yang mencakupi kehidupan rakyat termasuk isu pendidikan selain ekonomi.

Anwar Musa & KAFA tak mau sewa STD. BARU yang kerajaan negeri bina bila siap nanti..???

Sila komen... 
APA KATA HANGPA...??
ADAKAH INI TAK DINAMAKAN BERPOLITIK DALAM SUKAN..??

Peguan Negara pun telah didapati hina mahkamah.. !!

SPRM dan Peguam Negara Hina Mahkamah

MB ahmad said mohon maaf mac 19 01
SHAH ALAM, 30 MAC : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia didakwa menghina keputusan mahkamah apabila gagal menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam akhbar bahasa Inggeris.

Ini selepas bekas Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan gagal menyiarkan permohonan maaf beliau sejajar dengan persetujuan yang dicapai di dalam mahkamah tinggi Kuala Lumpur 19 Mac lalu.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan hakim, Datuk Lau Bee Lian di dalam kes saman Abdul Khalid terhadap Ahmad Said. Kes itu berkenaan kenyataan bekas pesuruhjaya itu empat tahun lalu tentang sumbangan lembu korban di kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Antara terma persetujuan itu ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan akhbar The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari 19 Mac.

Guan Eng setuju syarat lawan dengan bakal KM BN jika menang.. apa laa alasan cina BN nie pulak lepas nie..???

KM Pulau Pinang bersetuju dengan syarat Teng jika bertembung di Padang Kota

Oleh Opalyn Mok

GEORGE TOWN, 31 Mac — Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng bersetuju dengan salah satu syarat yang diletak oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow untuk bertanding hanya satu kerusi tetapi hanya jika perlawanan itu berlaku di Padang Kota.

Ketua menteri Pulau Pinang tersebut berkata beliau bersetuju untuk bertanding hanya satu kerusi bukan sebaliknya satu kerusi dun dan satu parlimen dalam pilihan raya nanti tetapi pertandingan tersebut mestilah berlaku di kawasan Teng.

"Saya tidak melihat bagaimana bertanding di kedua-dua kerusi parlimen dan negeri akan memberikan kesan kepada kedua-dua kita yang bertanding di Padang Kota,"kata beliau (gambar) selepas merasmikan pusat Pusat Umum Operasi Pilihan Raya DAP Air Putih.

Adakah BEROK MAT YEAH akan ada di ceramah ANWAR di MERGONG malam ini.. tunggu..!!!

Sembilan NGO buat laporan polis berhubung ceramah Anwar di Mergong
31 Mac 2013
ALOR SETAR - Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mengenai program ceramah yang dijadual  disampaikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Wira, Mergong di sini malam ini yang didakwa akan menggangu ketenteraman penduduk.
Wakil UMNO BN dah mula buat kelaku dah... sebelum nie dah banyak kali ceramah dilakukan di Padang Bola dan kawasan Mergong tu tak ada siapa pun nak buat laporan tetapi bila mai malam nie kelaku huduh tu dah nampak...

TAKUT HABAQ TAKUT BRO... INILAH TANDA-TANDA MALAM NIE AKAN ADA BEROK MAT YEAH TERLEPAS...AWAS..!!

http://2.bp.blogspot.com/_sDHQWqABwwE/S_yOrRfKccI/AAAAAAAAC18/n2KOo2M-w1Y/s1600/POSTER.jpg

Aduhai geng Filipina lah pulak..!!



Betulkah MUKHRIZ sudah merampas kuasa MAT BASHAH...!!!

Hoi Mukhriz, sapa Ketua BN Kedah? Hang ka Datuk Bashah?

(Semua program besar anjuran BN Negeri hanya mengundang Datuk Mukhriz dan memulaukan Datuk Ahmad Bashah)

Sepatutnya yang buat kenyataan macam ni ialah Pengerusi Perhubungan BN Kedah tapi pelik pula tiba-tiba Mukhriz yang cuma Timbalan Pengerusi UMNO boleh bercakap bagi pihak BN Kedah. Ni yang Tok Mat Bashah marah ni... belum apa-apa dah naik tocang.

Itulah senario perpecahan dalaman UMNO Kedah antara kem Mukhriz dan Mat Bashah, masing2 nak tunjuk kuasa dan pengaruh. Akibatnya... ehemmm, insyaAllah BN Kedah akan kojol lagi untuk PRU 13 ni sebab belum masuk gelanggang dah bertokak hang aku.[KedahLa]

Jika Lahad Datu di Jepun..dah lama dah PM dia kena terajang keluar PUTRAJAYA..!!

Jika Lahad Datu di Jepun
Oleh Subky Latif

APA yang dapat kita bayangkan kalau pencerohonan di Lahad Datu itu berlaku di Jepun atau di India atau di Perancis?

Nescaya kejadian itu tidak sekadar polis dan tentera mengambil tindakan sewajar mengepung, menawan dan menumpaskan penceroboh dan penyusup, tetapi rakyat akan bangkit meminta pertangggungjawapan kerajaan.

Rakyat tidak akan biar Perdana Menteri dan kerajaan bersenang lenang membuat kenyataan itu dan ini bagi menyalahkan penceroboh saja, tetapi akan diminta beri tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan.

Jepun atau Korea Selatan tidak senang melihat Perdana Menterinya bercakap politik atas kejadian itu tetapi dia akan ditanya bagaimana boleh di bawah pentadbirannya nagara boleh dimasuki orang-orang bersenjata menuntut wilayah sebahagian dari wilayah kita secara kekerasan atau apa cara jua?

Menteri jaga RTM pun ngaku kata mereka Media Pemfitnah..!!!

PR Tidak Mahu Media Pemfitnah
Oleh Idris Hj Ahmad

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya, menuduh PR berjanji untuk menghapuskan semua undang-undang berkaitan media massa satu kenyataan yang karut. Pengampu media Umno cuba mengalih isu. Nanti mereka boleh tuduh pula PR tidak perlu mahkamah dan polis serta SPRM, kononnya atas alasan kebebasan.

Bilakah pemimpin PR yang mendakwa tidak perlu langsung kepada undang-undang untuk kawal media?. Apa yang ditentang ialah terlalu mengawal maklumat, walau pun untuk kepentingan awam. Misalnya penyelewingan di dalam pemberian kontrak sehingga merugikan rakyat seperti amalan kerajaan BN pada hari ini yang sudah menjadi rahsia umum, yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.

Selepas NAJIB tahu TG Hadi mengunjungi sahabat tabligh di Sri Petaling lalu semalam dia pun pergi sama...!!!

Najib ciplak Pakatan Rakyat satu persatu


(Najib bersimpuh di Masjid Sri Petaling)

KUALA LUMPUR: Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.

Sebelum ini, Najib berjanji memberikan permit teksi kepada individu pemandu teksi selepas buku Jingga Pakatan Rakyat jelas menjanjikan permit teksi individu bukannya syarikat kroni.

[RISALAH] Senjata untuk berhujah dengan UMNO BN di Kedah

D/LOAD BUKU
KEDAH SEJAHTERA
D/LOAD BUKU
SAYANGI KEDAH 
SEJAHTERA

D/LOAD RISALAH
BEZA ANTARA 2 KERAJAAN NEGERI
 
KLIK GAMBAR

[Video] Jika bukan SEX apa lagi...????


[PANAS] Najib sebenarnya sedang hadapi masalah dengan "pelakon porno"....!!!

BN masih berpeluang memperbaiki diri: jadi pembangkang sepenggal dua
oleh Aspan Alias

BN masih dalam kegelisahan. Hari Jumaat yang lepas, saya telah mendengar apa yang dikatakan oleh juruhebah radio yang mereka sedang menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja semasa itu. Dalam hati saya “at last, Najib is brave enough to dissolve the Parliament”. Saya terus sahaja berhenti di tempat makan untuk makan tengah hari. Jam semasa itu sudah 3 petang kerana agak teruk juga keadaan di jalan raya selepas solat Jumaat itu.

Saya pun tertunggu-tunggu untuk mendengar pengumuman itu dan saya tidak berhenti-henti menerima sms dari rakan-rakan memberitahu saya yang PM akan membuat ‘press conference’ untuk pembubaran Parlimen tetapi sampai ke malam hari tiada juga pembubaran itu. Pada malamnya dalam perjalanan ke Sekinchan untuk berceramah, saya telah mendapat berita apa yang dikatakan oleh juruhebah radio itu tidak berlaku dan pihak berwajib telah menafikan berita pembubaran itu.

Pagi tadi saya telah difahamkan yang BN masih mempunyai masalah besar yang belum dapat diselesaikan. Masalah ‘inter-party’ dan ‘intra-party’ masih menyelubungi BN dan pengumuman itu terpaksa ditunda lagi. Seorang sahabat saya dari UMNO memberitahu saya, “jangan susah, pilihanraya akan diadakan juga, percayalah...selewat-lewatnya sebelum dunia kiamat, Najib akan umumkan tarikh pilihanraya itu,” dalam mood menyindir.

Kesian UMNO BN..perang saraf berpolitik dengan PR dah sampai tahap permainan budak-budak menjelang PRU13

Rafizi: Notis huru-hara PRU fitnah Umno mahu burukkan PKR
Wartawan Sinar Harian
31 Mac 2013
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - PKR menyifatkan penyebaran notis kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi sebagai hanya "permainan budak-budak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis itu adalah muslihat Umno untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti itu menaja kekecohan.

"Ini satu lagi perang psikologi yang dimainkan Umno terhadap PKR dengan menyebarkan fitnah seperti ini. Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

[DEDAH] Isu 10 minit : Ucapan RAIS YATIM mengaku betapa buruknya kelaku RTM & TV3..!!

Anda nilaikanlah sendiri kenyataan menteri RAIS si pembakar jambatan nie...cuba tuan-tuan dengar ucapan beliau sewaktu dalam Semangat 46 dahulu dan lihatlah ALLAH SWT telah bayar cash apa yang beliau katakan itu... 


Sebab kami masih ingat lagilah apa yang anda katakan itu yang membuatkan kami berhati-hati....

Rais: Pakatan angkuh tolak siaran manifesto
30 Mac 2013
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim 
SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) angkuh apabila menolak tawaran kerajaan untuk mereka membentang manifesto pilihan raya umum di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Rakyat dah lama dok mintak supaya tarikh pilihanraya ini ditetapkan secara Automatik...!!!

BN, PR mahu bubar automatik jadi amalan pasca-PRU13
JAMILAH HAMZAH
saifuddin & salahuddin
Salahuddin (kiri) dan Saifuddin (kanan)
SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berpendapat sudah tiba masa untuk meminda peruntukan undang-undang bagi membolehkan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) secara automatik dijadikan amalan mandatori selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Perlembagaan Persekutuan wajar dipinda untuk menetapkan lima tahun sebagai tempoh pembubaran Parlimen secara automatik.

Menurutnya, pembubaran secara automatik tidak menjadi kesalahan, tetapi kini menjadi perbualan masyarakat kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau juga berkata, pindaan diperlukan untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen secara automatik selepas lima tahun  dan ia perlu dibahaskan meliputi semua aspek.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...