TERKINI :

Saturday, March 30, 2013

Wahai Chua Jui Meng.. Berjiwa besarlah dan malulah kamu dengan CheguBard yg mana ujiannya lagi besar dari kamu..!

Chua Jui Meng Perlu Berjiwa Besar
Oleh MSO

ULASAN

Sesuatu yang sering berlaku dan menimpa oposisi menjelang pilihan raya ialah adanya orang berkecil hati, merajuk, tidak berpuas hari ataupun lari membawa diri kerana kecewa dengan sesuatu perkara yang kecil dan bukan soal pokok dalam perjuangan.

akhirnya boleh membawa kecelaruan dalam oposisi. Dukacita lagi perkara yang boleh diselesaikan itu beterusan sehinggalah ke hari mengundi. Malang lagi ia memusnahkan jalan yang dirintis kesekian lama disebabkan sengeketa kecil yang berlangusng hanya satu hari sahaja.

Situasi dan keadaan ini sungguh mengecewakan. Sebenarnya sikap atau perangai dan kejadian-kejadian diluar jangka inilah yang melemah atau membunuh semangat rakyat untuk bersama pembangkang sehingga ke hari akhir proses pilihan raya. Sikap atau perangai tidak matang inilah menjadikan phobia kepada rakyat untuk menyokong pembangkang.

Misalnya apa yang terjadi di Johor, sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi melibatkan beliau di Johor, sesuatu yang tidak baik. Tidak seharusnya Jui Meng mengambil sikap seperti budak-budak merajuk atau menyembunyikan diri apabila sesuatu yang diingini tidak tercapai.

Khabarnya Jui Meng yang sebelum ini dilihat rajin, penuh beriltizam sedia berada di mana-mana dan kerap menghadiri program PKR, tetapi tidak lagi kekal dengan sikap itu sejak sehari dua ini. Beliau dikatakan mendiamkan diri dan tidak tampil di tengah orang ramai. Setengah pihak mengatakan beliau bercuti. Puncanya kecil saja iaitu apabila apabila PKR dan DAP yang enggan melepaskan kerusi Gelang Patah untuknya.

Chua Jui Meng oh Chua Jui Meng.. awat dok buat kelaku kecewakan penyokong PR nie?

APA CERITA NIE? JIKA ADA MASALAH BAWA BERBINCANG..JANGAN MAIN SEMBUNYI SEMBUNYI.... MUSUH DAH MULA MAIN JARUM... RAKYAT DAH SEMANGAT NAK PERANG DAH NIE TAPI HANGPA DOK MASAM MUKA PULA.. TAK PUAS HATI MASUK BERTEKAK DALAM MESYUARAT NAK PENERAJANG KA NAK TUMBUK KA BUATLAH! JANJI HANGPA ADA KATA PUTUS DAN TAK ADA MASAM MASAM MUKA...

JADI DIMANA KAU BERADA SILA KEMBALI KEMEJA RUNDINGAN JANGAN KECEWAKAN PENYOKONG ANDA SEMUA.....


[PANAS] TG HJ HADI buat amanat baru pulak...!


Macai UMNO BN sudah terbuang.. dulu masa ada kuasa hebatlah anda..kini nak iklan mohon ampon pun tiada yang membantu...!



MB arah prosiding hina mahkamah pada Ahmad Said

7:15PM Mac 30 2013

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibraim mengarahkan peguamnya untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap bekas ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan kerajaan Malaysia.

Beliau juga mengarahkan Sankara Nair mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan tindakan yang dilakukan defendan apabila gagal, enggan dan ingkar terhadap perintah mahkamah yang dimaterai secara persetujuan pada 19 Mac lalu.

Antara terma persetujuan yang direkodkan di hadapan hakim Datuk Lau Bee Lian: Ahmad Said (kanan) melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan dua akhbar harian berbahasa Inggeris, New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat hari dari tarikh tersebut.

Usah kamu menipu wahai Mukhriz... Jika benar pelabur sudah lama akan masuk...50thn dah BN memerintah...!

Oleh AnakKedah007

Kenapa perlu BN menang untuk menerima pelaburan berbillion billion...sedangkan sekarang kamu yang memerintah negara ini sudah 50thn... Jika benar dan jujur kepada rakyat Malaysia masa inilah kamu bawa masuk pelabur pelabur itu untuk membuktikan kesungguhan kamu untuk negara dan pada rakyat Malaysia amnya...

Jika sudah selepas dan dengan umpan untuk mengundi kamu dahulu baru nak masuk pelabur tersebut maaflah dikatakan... sebenarnya pelabur itu sedang menunggu kejatuhan rejim kamu...jika mereka betul nak masuk sudah lama dah mereka akan masuk....

Jadi tak usahlah kamu cuba mengumpan kami untuk menyokong kamu sebab pelabur akan bawa masuk berbillion billion....maafkan kami BN.... undi kami untuk...ASAL BUKAN CAP DACING....


[BONGKAR] Puak huru-hara dikesan dan inilah puncanya....!

x
Golongan yang hendak lakukan huru hara seperti dalam tajuk utama Utusan hari ini telah dikesan. Mereka ini terdiri dari..

SAVE BUDGET & HEALTH : Perangkap nyamuk guna bahan terbuang..!


BELAJAR BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK AEDES DAN DENGGI.

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

Bongkar | Jika DAP boleh haram, kenapa tidak Umno

KUALA LUMPUR: Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mungkin menimbangkan untuk membatal pendaftaran DAP digesa mengkaji juga dakwaan wujudnya ribuan cawangan Umno yang tidak berdaftar di seluruh negara.

Cawangan itu dikatakan tidak didaftar selepas penubuhan Umno Baru oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988.

Demikian kata Tarmizi Mohd Jam, Koordinator Bloggers Revolusi13 dalam satu majlis baru-baru ini.

Menurut Tarmizi, selepas pengharaman Umno ekoran pertembungan antara Tun Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah, semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan Umno lama secara automatik terbatal.

Bagaimanapun terdapat kecenderungan ROS untuk menyembunyi dan melindungi perkara ini daripada pengetahuan awam.

Sebaik Umno Baru ditubuh, proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula, tetapi banyak peringkat cawangan dan bahagian tidak mendaftar semula organisasi mereka tanpa disedari, ujar beliau.

Selain itu, banyak cawangan tidak menghantar dokumen tahunan mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Mengulas isu ini, Chegu Bard atau Badrul Hisham Shahrin berkata, dalam sistem perwakilan, mana-mana cawangan Umno yang tidak sah menghantar perwakilan ke bahagian, maka bahagian itu secara automatik akan bersifat haram, dan bahagian yang menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung akan turut menyebabkan ia juga haram.

[Bongkar] Selepas internate dan permit teksi kini Najib tiru lagi...!

Aduhai.. Kak Ros nie rela kaa paksarela jadi pembonceng nie?

Akibat keceluparan mulut Zul Nordin dapat amarah 48 jam...!

Lepas 48 jam, NGO India mahu 'langgar' Zul Noordin


11:24AM Mac 30 2013

Selepas didedahkan PKR semalam, sekumpulan aktivis NGO India terus membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin atas dakwaan menghina agama Hindu.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Baradidathan membuat laporan itu di Petaling Jaya tengah hari semalam.

Baradidathan menyifatkan, kenyataan Zulkifli, yang rakaman videonya boleh ditonton di Youtube sebagai penghinaan amat besar dan hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"Kami memohon supaya siasatan dan tindakan terhadap yagn berhormat ahli parlimen bebas Kulim-Bandar Baharu dimulakan dengan segera," laporan polis yang salinannya dihantar kepada pihak media itu dipetik.

Sementara itu, Mipas juga memberikan 48 jam, bermula semalam kepada Zulkifli untuk memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atau bakal berdepan bantahan besar-besaran di seluruh negara.

Naib Presiden PKR N Surendran semalam mendesak Zulkifli yang juga naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA disiasat bawah Kanun Keseksaan ekoran kenyataannya itu.

Senarai calon BN Kedah yang Mat Bashah pilih belum muktamat kata Mukhriz

Kesian Mat Bashah w.pon dah hantaq senarai calon kat Najib... Tapi Mukhriz kata belum muktamat lagi.. PM nak yang terbaik katanya... Awat senarai yang Ketua Umno dan BN Kedah hantaq tu tak terbaik kaaa?




Adakah ustaz umno si Abdullah Semaah lari sembunyi bila dap hantaq surat cabaran debat..?


Nampaknya ulamak agung umno tidak boleh beralasan lagi...surat jemputan dah sampai kedepan tangga rumah dan di terima oleh menantu beliau....

Salahudin bedepan dengan Nur Jazlan di Pulai


PECAH BERITA! Salahuddin Ayub Lawan Nur Jazlan Di Pulai!


Sebentar tadi, saya menerima perkembagan terbaru nun di selatan tanah air yang kini diserang bertubi-tubi Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan DAP.

Setelah Isnin dua minggu lalu, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang disahkan bertanding di Gelang Patah, hari ini spekulasi di mana Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan berentap kini berakhir!

Ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan itu yang kembali ke negeri asalnya sudah sah akan bertanding di Pulai dan lawannya dijangka penyandang kerusi, Nur Jazlan Mohamaed yang juga pengerusi Penguasa Pembangunan Bandar (UDA).

Nur Jazlan merupakan anak bekas menteri penerangan, allahyarham Mohamed Rahmat yang juga pemegang kerusi tersebut semasa hayatnya.

Bagaimanapun Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan keputusan sama ada Nur Jazlan dicalonkan semula atau tidak kerana desas bin desus mengatakan dia bakal digugurkan kerana gagal mencapai prestasi petunjuk (KPI) yang dibuat perdana menteri, Najib Altantuya.

Salahuddin berpeluang merampas kerusi tersebut dari tangan Umno kerana kerusi Pulai merupakan komposis pengundi bercampur.

Parlimen Pulai mempunyai 51 peratus pengundi Melayu, 39 peratus Cina dan selebihnya kaum India yang mana pengundi Cina dijangka mengundi untuk Salahuddin hingga 80 peratus.

Jika dahulu, parlimen Pulai menyaksikan calon PAS hilang wang deposit tetapi dalam pilihanraya umum lalu, BN sendiri tidak menyangka calonnya, Abdullah Ideris mampu memperolehi 18 ribu undi atau lebih 44 peratus, satu pencapaian cemerlang menandakan rakyat Johor sudah mula menolak taboo hanya BN yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Bakal KM Penang pening.. dia cabar Guen Eng..bila orang terima dia dok buat syarat laa pulak...!

Teng sahut Guan Eng, tapi dengan syarat



Pengurusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow menyahut cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk bersemuka dalam pilian raya umum akan datang, tetapi meletakkan syarat di kerusi pilihan BN.

"Saya terima cabarannya untuk menentang saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kerana mencadangkan padang Kota. Dengan kata lain, dia terbuka untuk sebarang kerusi, yang akan saya putuskan.

"Dalam empat pilihan raya lalu, DAP meletakkan syarat. Kali ini, BN akan tetapkannya," kata Teng dalam sidang media hari ini.

"Pilihan raya juga berkaitan dasar dan bukan personaliti, dan patut berdasarkan kerusi yang mencerminkan situasi di Pulau Pinang, dan pihak yang diundi mesti menunjukkan iltizam terhadap isu dan dasar.

Azizan penyambung lidah media UMNO/BN..!!!

oleh Selangor Rampage's

LINK ARTIKAL
Aduhai MB KEDAH... anda nie kenapa...?? Sudah tidak tahu menjaga hal negeri andakah sampai sebuk hendak ambil tahu hal di Selangor... lepas itu jawab pulakberdasarkan sumber berita daripa media RTM dan surat khabar UTUSAN yang UMNO BN punya... Jika tidak faham akan isu cuba datang tanya atau telefon MB SELANGOR apa masalahnya dengan kejadian yang berlaku...

Ini tidak kain sedap mulut sahaja mengata orang tak pandai buat manifesto... kami pun yang di Selangor ini..jika nak dengar maklumat dari media UMNO BN macam persoalan kami boleh tanya...
  1. Apa jadi dengan PROJEK IKAN KELI
  2. Apa jadi dengan PROJEK MENGETIN NENAS
  3. Apa jadi dengan BANTAHAN BERSIH KUIN
  4. Apa jadi dengan BIL AIR YANG NAIK 100%
  5. Apa jadi dengan BANTUAN SEK AGAMA RAKYAT
  6. Apa jadi dengan BUKIT-BUKIT YANG GONDOL
  7. Apa jadi dengan BANTAHAN PENYOKONG BAWAHAN
  8. Apa jadi dengan PERGADUHAN ANDA DENGAN ADUN PENGKALAN KUNDUR
  9. Apa jadi dengan PERUNTUKAN JALAN RAYA 
  10. Apa jadi dengan MASJID YANG DIBINA
  11. Apa jadi dengan SURAU YANG ANDA ROBOHKAN
Ini semua antara isu-isu yang berlegar dinegeri kami yang mana kami juga terpaksa jawab untuk pertahankan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat... semua ini kami terpaksa mencari jawapannya..namun jika di cari dalam media UMNO BN sudah tentu jawapan yang berbeza dan buruk sahaja kami perolehi...

Kerajaan Rakyat pilihan ku... anda bagaimana..???


Kerajaan Rakyat pilihan ku — Anuar Mohd Nor

March 30, 2013

30 MAC — Semakin berderau dalam saat-saat terakhir menjelang PRU 13 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Masa spesifik masih belum ada tetapi putaran pemerintahan kerajaan BN semakin tamat dan mandat baru diperlukan untuk memerintah.

Bahang dalam sirkulasi politik sudah terasa. Semua sedang menanti — menyediakan serangan terakhir dalam memastikan rakyat menyokong mereka — parti yang bertanding.

Calon-calon sepatutnya sudah siap — sudah sedia untuk memakai jersi bagi memulakan pertandingan.

Semua sedang menyimpan peluru terakhir dalam berdepan dengan pesta demokrasi yang tidak lagi semudah dulu bagi Umno.

Adakah pertempuran kali ini akan menyaksikan satu pertempuran yang sengit — lebih sengit dari PRU 12 malah akan menyaksikan – reputasi BN tercalar habis?

Jagoan UMNO si KAMAL SAIDIN & ABDULLAH SAMAAH lari menyembunyikan diri takut nak berdebat dengan DAP dalam bahasa arab..!!

Dua orang tokoh utama UMNO yang selalu menjatuh hukum kepada DAP kini nampaknya sudah lari bersembunyi tak tahu dimana berada...

Itu laaa sembang kemas sangat last bila orang sahut terus kamcing gigi...jadi kejang otot....

UMNO UMNO......

Majlis Bandaraya Alor Star turunkan bendera PAS sedangkan KEDAH itu diperintah oleh PAS?

Oleh: amkns
 

"Majlis Bandaraya Alor Star telah melakukan tugas mereka dengan cukup professional dengan menurunkan bendera-bendera parti politik di negeri ini yang menghalang pandangan lalulintas.

Walaupun Menteri Besar di Kedah adalah dari parti PAS, bendera PAS yang menghalang pandangan lalulintas telah diturunkan. Bolehkah Majlis Pebandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Daerah Rembau, Majlis Daerah Kuala Pilah mencontohi Majlis Bandaraya Alor Star?

Alor Star puts safety first
28 March 2013

ALOR STAR: The Alor Star City Council (MBAS) is coming down hard on political parties which put up their flags indiscriminately in the city. To date, it has removed 700 flags, belonging to both sides of the political divide, which had caused inconvenience to the public. MBAS enforcement division chief Saifullizam Othman said most of the flags were taken down for causing traffic obstruction or blocking the view of road users.

Saifullizam said besides obstructing traffic, the flags were also an eyesore in some places. "They are not allowed to put up the flags at the traffic lights or roadsigns," he said. "We have reminded all political parties on the matter. We have yet to throw the book at them but we will do so if they continue to flout the guidelines on the putting up of party flags and banners," he said when asked about the council's operation to remove these flags.

Azizan kata Selangor kena belajar dari Kedah cara buat manifesto..!!!

‘Selangor janji banyak sangat, sebab tu tak larat nak bayar’, kata MB Kedah

ALOR SETAR, 30 Mac — Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengatakan antara kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan.

Selangor seperti juga Kedah buat pertama kali dimenangi oleh gabungan longgar PAS, PKR dan DAP daripada Barisan Nasional (BN) yang memerintah kedua-dua negeri tersebut semenjak pilihan raya pertama berlangsung di negara ini.

“Selangor tu sebab mereka dulu tiada pengalaman. Bukan … mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar,” kata menteri besar Kedah itu dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.

Aduhai UMNO BN..hangpa buat kerja nie Macamlah Tuhan tak tahu..!!!??

Macamlah Tuhan tak tahu

Saya pernah terbaca dalam sebuah buku lama yang menceritakan bagaimana seorang yang cuba mengelirukan Tuhan.

Ia menceritakan bagaimana seorang yang telah menghidapi satu penyakit yang tidak terubat sejak beberapa tahun. Oleh kerana merasa tertekan dengan penyakitnya yang tidak kunjung sembuh, si kedekut dan tamak sanggup berbohong termasuk memungkiri nazar nya kepada Tuhan.

Si pesakit ini telah bernazar jika sakitnya baik maka dia akan menjual sebuah rumah besarnya dan memberikan hasil jualan rumah besarnya itu kepada rumah anak yatim.

Setelah penyakitnya baik dia merasa keliru samada penyakitnya itu sembuh disebabkan ubat yang di makannya selama ini atau pun oleh kerana nazarnya kepada Tuhan yang dia telah pasang itu.

Tetapi dia mengakui janji terhadap Tuhan wajib dibayar dan tidak boleh melarikan diri.Dia pun terus mengiklankan dan memberitahu orang ramai yang dia hendak menjual rumahnya yang bernilai lebih kurang lima puluh ribu dirham (50,000) itu dalam masa yang singkat.

Jika kita semua masing dok buat camnie insya'allah maklumat akan sampai kesasarannya..!!

Edaran 1000 Risalah “Kenapa Saya Mesti Tolak UMNO/BN” di Masjid Negara


Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN (TOLAK) hari ini telah melakukan Speaker Corner penerangan kepada rakyat Malaysia khususnya di kawasan Kuala Lumpur tentang kesedaran mengundi dan menolak UMNO/BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.

“Speaker Corner pada hari ini sengaja kita pilih untuk buat di Masjid Negara untuk mendekati masyarakat dan rakyat menerusi kempen-kempen penerangan demi suatu perubahan dalam pilihanraya umum yang akan datang, ujar Ahmad Afif B. Zulkipli, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS.

Gelombang TOLAK ini telah dilancarkan pada 15 Mac di Bangunan UMNO PWTC dan turut mendapat sokongan moral daripada beberapa NGO besar dan sasterawan negara termasuk Royalti Kelantan, ANAK Felda, Himpunan Hijau Lynas dan A. Samad Said dalam sidang media yang kedua di KLSCAH pada 27 Mac yang lepas.

Sikit-sikit HURU HARA... selalunya yang nak buat kelaku nie yang KALAH ka atau MENANG..????



Sikit-sikit huru hara.sikit sikit huru hara..
sekarang nia yg selalu dok buat kacau siapa...
orang yg tau dia menang ka orang yang kalah....
dan skrg nie dilihat siapa yg baling batu, baling telur,
pukul orang, sekat ceramah orang, sekat bas orang..??
siapa..siapa..siapa.... dan yang utama orang yang tau..
dia nak menang apasal dia nak buat huru hara...??
jadi yang nak buat huru hara nie orang yg nak kalah jaa??

dengang satu salinan kepala surat ada lambang PKR hang terus buat justifikasi
buatlah laporan POLIS suruh mereka siasat adakah semua nie benar atau fitnah
sekadar sekeping surat tu siapa-siapa pun boleh buat dan tuduh..
nak buat cerita pon kenalah pandai-pandai dan bijak..
gambaq rosmah pakai tudung pun orang boleh buat...
gambaq rosmah rambut botak pun orang boleh buat...
inikan pula nak taip surap sekeping macam tuuu....
JADI KEPADA PIMPINAN PR SILA
AMBIK TINDAKAN MAHKAMAH KEPADA WAKIL UMNO
TOK GURU SILAT NIE..!!

[GEMPAR] Benarkah MCA ugut NAJIB..menyebabkan tak jadi BUBAR sampai kini..???

BERITA GEMPAR ! NAJIB TANGGUH BUBAR HARI INI KERANA DIUGUT MCA...!!!



Mengapa Najib Tidak Jadi Bubar Parlimen Hari Ini

Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri Najib Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.

Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.

Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu gurauan? Gurau beruk?

Kepada PAS KEDAH jangan yakin sangat memperolehi kemenangan..??

Untuk menang, kena berani andaikan kekalahan
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Saat tumbangnya BN semakin hampir. Buktinya tampak jelas apabila di mana sahaja himpunan anjuran Pakatan Rakyat, walaupun tanpa upah, rakyat jelata hadir berpusu-pusu. Kehadiran untuk program BN ramai juga tetapi semuanya hadir kerana kerahan tenaga dan paksaan.

Setiap program yang melibatkan kehadiran Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri maka semua kakitangan kerajaan dipaksa hadir, sekalipun ia program politik. Inilah kelebihan dan keaslian sokongan untuk Pakatan berbanding BN.

Selepas Parlimen dibubarkan nanti, keghairahan akan lebih terserlah di kalangan para penyokong Pakatan. Semua markaz pilihanraya Pakatan akan dihurung siang dan malam. Kehadiran rakyat dalam apa jua himpunan akan berlipat ganda berbanding sebelumnya. Kekuatan yang paling meyakinkan Pakatan untuk menang ialah sokongan bukan Melayu, khususnya kaum Cina. Mereka jadi undi penentu terhadap kemenangan Pakatan di banyak lokasi. Waktu itu amat sukar untuk setiap benak sanubari aktivis pembangkang yang telah terdera separuh abad oleh kerajaan memerintah untuk tidak meyakini bahawa 'ini kalilah' Pakatan akan menerajui Putrajaya.

Mai pakat tolong cari OKU nie sat..!!

Usaha cari anak OKU hilang masih belum berhasil
Wartawan Sinar Harian
29 Mac 2013
Usaha cari anak OKU hilang masih belum berhasil
Sum menunjukkan laporan polis yang dibuat bersama gambar anaknya.
 
KUBANG PASU - “Senyuman yang dilemparkan olehnya masih tergambar di fikiran saya.” Itulah luahan seorang ibu, Sum Ali, 61, dari di Kampung Tok Pendik selepas bermimpi anaknya yang hilang sejak Disember lalu pulang.

Menurut Sum, sejak kehilangan anaknya, Yazli Ramli, 42, orang kurang upaya (OKU), dia menjadi buntu dan kebingungan apabila usaha untuk mencari anaknya sehingga kini belum ditemui.

"Sejak kehilangannya, sudah dua kali laporan polis dibuat namun sehingga kini makcik masih belum menerima apa-apa berita.

“Sehinggakan mak cik pernah bermimpi Yazli pulang ke rumah dengan tersenyum namun kegembiraan ini hanya sementara apabila makcik terjaga dari tidur," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...