TERKINI :

Friday, March 29, 2013

[TERJAH] Apa akan jadi jika Anwar dedah kes PD & PM?

Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Pemangku Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, kata Anwar, beliau juga mengetahui banyak rekod dan masalah ramai pemimpin Umno BN termasuk Datuk Seri Najib Razak.

“Banyak saya tahu. Saya kenal, saya tahu masalah Najib. Apakah saya sanggup bongkar cerita dia? Tidak (sebab) saya tahu asas akhlak, etika. Saya tak mahu berdosa depan Allah swt.

“Adakah kita mahu menang? Ya, tapi apakah kita hendak menang dengan cara mencarut, telanjangkan orang, aibkan orang. Mahu menang dengan itu? Saya kata, tak ada barakah menang cara itu,”

-Datu Seri Anwar Ibrahim

[GEMPAR] Agent UMNO dedah bagaimana DAP kuasai Malaysia..!

Berfikirlah dengan akal yang Allah beri.. jangan jadi orang BN... tak mau guna akal untuk berfikir..!


Dalam Pakatan Rakyat, rakyat berfikir...


Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz, 29 Mac 2013

Dia tanya, "Ustaz, lepas PRU13 nanti, jika kita diberi kemenangan bersama dalam PR, apa yang kita harus lakukan?"

Saya jawab, pecahkan liur, "Kita memerintahlah."

Dia kata, "Tapi, rasanya payah untuk kita jadi PM. DAP dah setuju untuk Anwar jadi PM."

Saya jawab, "Kita pergi kepada yang mudah dulu. Kita jadi TPM. Bila yang payah tu jadi mudah, kita jadi PM."

Dia sinis, "Bilalah DAP nak setuju PAS jadi PM?!"

Saya jawab, "Bila PAS berjaya yakinkan DAP. Kita dah pun berjaya yakinkan mereka untuk bersama. Mereka pun dah yakinkan kita."

Dia tambah, "Nampaknya PAS akan bertarung terus dengan PKR berebut PM."

Saya jawab, "Tidak. Rakyat akan marah jika begitu. PM PR bukan seumur hidup macam PM BN. Rakyat akan pilih PM terbaik dari parti terbaik. Jika PM pertama dari PKR, mungkin PM kedua dari PAS."

Dia sinis, "Nampak saja mudah ustaz, tapi payah."

Saya jawab, "Kita fikir yang mudah-mudah dulu. Kalau fikir yang payah, nanti umno BN tak tumbang nanti. Nak?

Dia jawab, ketawa, "Haha, ngeri!"

Radio Klasik RTM buat lawak perli Kjaan Najib petang tadi..!


Tak tau nak kata apa dah...
nak perintah negara pon dah jd perkara
main-main dah.. najib oh najib..

Inilah masalahnya bila boleh PM penakut..


Negara Persekutuan tetapi ditadbir ala Malayan Union


Aspan Alias, 29 Mac 2013

Apabila Negeri Sembilan terpaksa membiarkan Dewan Legislatifnya terbubar dengan sendiri itu, maka saya hendak menyebut semula isu Persekutuan sekali lagi. Membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendiri itu merupakan petanda jelas yang negara kita seolah-olah sedang ditadbir seperti Malayan Union yang ingin dibentuk oleh British dahulu.

Ramai yang keliru tentang isu ini termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah ditadbir oleh kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan Malayan Union dalam mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara ‘unitary’.

(PANAS) DAP Pasang bendera dalam masjid....!!

Perintah negara sekadar transformarsi 10 minit...!

Transformasi "10 Minit.

a] Kerajaan UMNO dan BN kelihatan makin tertekan malah kian terdesak apabila hanya "mampu" memperuntukkan 10 minit, pula dalam bentuk rakaman kepada parti politik untuk menjelaskan manifesto.

b] DPPM melihat ini sebagai klimaks sandiwara yang menyingkap realiti sebenar kedudukan UMNO dan BN mendepani PRU 13. Sungguh melucukan. Iklan dan hiburan sahaja lebih separuh dari waktu siaran televisyen, tiba - tiba manifesto sebuah parti yang berjuang untuk membentuk polisi dan dasar sebuah kerajaan hanya diberi masa 10 minit dan hanya dalam format rakaman.

c] Kebebasan media makin merosot, keyakinan diri UMNO dan BN makin luntur, keberanian berhujjah makin merudum. Sewajar mendepani pilihanraya umum, pembentangan dan perbahasan manifesto menjadi topik utama untuk dinilai oleh rakyat secara telua dan adil.

d] 10 minit masa yang diperuntukan oleh Kerajaan UMNO dan BN untuk pembentangan manifesto di RTM adalah satu langkah merendahkan nilai dan menafikan tahap intelektual rakyat

Nasrudin Hassan

Azizan & Phahrol - Baguih laa jika macam nie..!

Alhamdulillah jika tak ada apa baguih laaa pakat buat kerja elok elok... Jangan dok bercakaq sanhat diwaktu tenngah nak perang nie.... Lepas nie bila habih perang kita pakat pakat bagi elok balik yg mana sikit tak kena tuuuu...

Nie pasaipa pulak KETUA POLIS NEGARA bergambaq dengan PAPAGOMO?


Beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar...

1: Apakah Tuan kenal individu yang bergambar dengan Tuan dalam gambar ini..?

2: Apakah Tuan tahu individu yang bergambar dengan Tuan ini ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?

3: Adakah Tuan tahu bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo ialah Bekas Anggota Polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan Rasuah..?

4: Benarkah gambar ini diambil di Kediaman Tuan..?

5: Apakah hubungan Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?

6: Adakah hubungan istimewa Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo menjadi sebab utama mengapa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo tidak pernah dikenakan sebarang Tindakan atau Pertuduhan walaupun berkali2 mengeluarkan artikel lucah dalam blog beliau..?

7: Adakah Tuan pernah menerima Arahan dari mana2 Pihak Pimpinan Tertinggi Negara supaya mengabaikan semua Laporan yang dibuat oleh pelbagai Pihak keatas Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo atas Pelbagai pertuduhan..?

Mohon jawapan Brooo...!!!

Tektik Najib tak bubar DUN/PARLIMEN sudah dapat dibaca pakatan....!

Bubar Dun: Pakatan sudah 'faham' taktik pusat, kata MB Selangor

JANATUL FIRDAUS YAACOB 29 Mac 2013 SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akhirnya menamatkan teka teki mengenai tarikh pembubaran Dun apabila memilih 22 April iaitu tarikh pembubaran secara automatik sekiranya Parlimen masih tidak dibubarkan lagi.

"Keputusan Selangor menetapkan tarikh 22 April untuk pembubaran Dun adalah tempoh yang tepat dan menghampiri pembubaran automatik Parlimen 28 April.

“Bagaimanapun, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh yang kita jangkakan, kerajaan negeri tidak ada masalah untuk menyertainya,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Sistem Aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor, semalam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah mengadakan perbincangan dan memutuskan akan mengadakan pilihan raya serentak antara kerajaan negeri dan pusat.

“Kita telah melihat 'permainan' Kerajaan Negeri Sembilan iaitu dengan membiarkan Dun terbubar sendiri dan bukannya dibubarkan. Keputusan ini telah menimbulkan beberapa persoalan.

“Oleh sebab itu, PR berpendapat kita akan lakukan serentak setelah memahami taktik dan strategi yang dilakukan oleh kerajaan pusat. Kita akan jalankan pilihan raya serentak dengan pusat,” katanya.

Kedah - Kaum cina masih 50/50 : Jika Azizan kekal undi berkemungkinan parlimen PR.. adun BN..!

Sudah la SPR & RTM.. hangpa 2 memang 'haram jadah'


SPR kesal Pakatan tolak tawaran RTM siar manifesto

NIZAM ZAIN 28 Mac 2013 PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kesal apabila tawaran siar manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditolak oleh Pakatan Rakyat bulat-bulat.

Sebaliknya kata beliau, tawaran yang diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim itu, yang membenarkan semua parti politik membentangkan manifesto menerusi siaran RTM selama 10 minit, perlu diteliti terlebih dahulu.

“Mereka (Pakatan Rakyat) tuduh kita tak beri ruang, SPR usahakan bersungguh-sungguh kepada semua parti politik supaya dasar politik mereka dapat didengar dan dilihat rakyat.

Najib nie penakut punya pasai sampai perlekeh kuasa Yang Dipertuan Besar N.Sembilan

Najib perlekeh Yang Najib perlekeh Yang Dipertuan Besar N Sembilan


KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan MenteriBesar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan yangmembiarkan Dun negeri itu terbubar dengan sendiri pada 28 Mac lalu, seolaholeh sengaja memperlekeh peranan dan bidang kuasa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Tuanku Munawir.

Kuasa membubarkan Dun Negeri Sembilan terletak di tangan Yang Dipertuan Besar selaku ketua negeri, tetapi tindakan Najib dan Mohamad yang membiarkan Dun negeri itu terbubar secara automatik menyebabkan peranan Yang Dipertuan Besar tidak diendahkan untuk pembubaran Dun negeri itu.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, Najib dan Mohamad tidak sepatutnya membiarkan Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri. Sebaliknya, ujar beliau, mereka perlu mengadap Yang Dipertuan Besar pada waktu yang sewajarnya bagi mendapatkan perkenan baginda membubarkan Dun.

Menurut beliau, ini sejajar dengan fungsi dan peranan Yang Dipertuan Besar yang mempunyai kuasa untuk membubarkan Dun jika dicadangkan oleh Menteri Besar seandainya Dun tidak terbubar dengan sendirinya.

Dr Hatta berkata, apabila Dun terbubar dengan sendiri, Mohamad selaku Menteri Besar negeri itu tidaklagi perlu mengadap Yang Dipertuan Besar untuk memaklumkan tentang cadangannya membubar Dun dan tidak perlu mendapatkan perkenan baginda bagi tujuan itu.

Video Sex Ahli Majlis - Pie la report polis..yang dok suruh MB KEDAH siasat tu dia sapa?



Laa pie la report polis... Dok suruh mb siasat buat apanya...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...