TERKINI :

Thursday, March 28, 2013

UMNO HARAM @ HARAM UMNO.. Umno hidup semula setahun saja?

Oleh Subky Latif

SETELAH UMNO diharamkan oleh mahkamah tahun 1988, maka Dr. Mahathir Mohamad telah mendaftarkan semula parti itu atas nama UMNO (Baru) dan ia diluluskan.

Maka semua UMNO bahagian yang ada sebelum diharamkan ditaja dan masing-masing menaja cawangan. Perti hidup semua dan bergerakan. Lepas itu kalimah Baru dalam kurungan disetuju dipadamkan, jadilah ia seperti UMNO sedia kala.

Lama kelamaan seorang ahli UMNO yang jujur dan mematuhi undang-undang membuat carian dalam ROS mendapati tiada satu pun cawangan UMNO di bahagaian itu wujud dalam pendaftaran. Padahal UMNO Bahagian itu sudah menaja 126 cawangan dan setiap cawangan bergerak mengikut keupayaannya.

ROS ada membuat tanyaan pada UMNO tetapi merasa ia kebal, tanyaan itu tidak diindahkan. Lalu ahli UMNO yang membuat carian itu mengemukakan kepada mahkamah, bertanya kesahihan UMNO Bahagian itu.

Assalamualaikum Suhaimi Baba.. Jika nak bohong pun dengan orang UMNO boleh laa..!!!

 Shuhaimi Baba bentang maklumat palsu tentang Kelantan

KOTA BHARU: Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Shuhaimi Baba diminta merujuk kepada data sebenar sebelum menghebahkan sesuatu statistik tanpa ada asas tentang Kelantan.

Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof (gambar) berkata, amat malang sekali seorang penerbit filem tersohor melemparkan tuduhan tanpa ada asas terhadap negeri ini.

“Ada setengah pihak mempunyai sikap amat prejudis kepada rakyat, kerajaan dan negeri Kelantan sehingga setiap yang buruk, mundur dan hina itu ada di Kelantan.

“Akibat sikap itu telah mendorong untuk menabur maklumat yang kononnya berasas fakta dengan harapan memberi keyakinan palsu kepada orang ramai,” katanya di sini.

Ketika menyertai forum Sinar Harian di Shah Alam Selasa lalu, Shuhaimi mendakwa Kelantan memiliki statistik tertinggi di Malaysia berkaitan perceraian, pelacuran dan penagihan dadah.

Malah beliau yang juga pengarah filem dikatakan mempertikai amalan Islam di negeri ini.

[GEMPAR] Sebenarnya Kita tidak perlu bayar $5,000 kepada Kerajaan SULU..!!


DR. NORDI ACHIE
Sejarah Malaysia
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Universiti Malaysia Sabah

APABILA tercetusnya pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 9 Februari 2013 (Tragedi 923), timbul semula persoalan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sebenarnya, isu ini dibangkitkan sejak awal 1960-an. Beberapa ulasan popular telah disiarkan menerusi media arus perdana mengenainya, namun isu tentang sejarah ini tidaklah begitu mudah dirungkai.

Dari sudut sejarah, hubungan antara Kesultanan Sulu dengan Sabah (sejak abad ke-17 sehingga abad ke-20) sangat rencam lantaran membabitkan rangkaian rumit hubungan antara Sulu-Sabah dengan Brunei, Mindanao, Sepanyol, Belanda, Amerika dan British. Kerumitan ini melibatkan begitu banyak perjanjian dan protokol (antaranya):

‘It’s now or never’....akhirnya terbukti BN menyerah diri

Terbubarnya Dewan Legislatif bukti BN menyerah diri
oleh Aspan Alias

Sesungguhnya tindakan UMNO/BN membiarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendirinya kali ini memberikan hikmah kepada pihak Pakatan Rakyat. Jika pilihanraya dilaksanakan secara adil, tidak mungkin BN akan bertahan. Menanti sampai Dewan terbubar itu bermaksud untuk menangguhkan pilihanraya sehingga ke penghujung waktu kerana UMNO dan BN sudah mengetahui yang pihak mereka tidak lagi disokong dan dimandatkan rakyat dalam pilihanraya kali ini.

Tidak mungkin UMNO dan BN akan membiarkan Dewan terbubar jika mereka berkeyakinan untuk memenangi pilihanraya ini. Ini diketahui umum dan kenyataan yang UMNO takut menghadapi rakyat kali ini. Ini membuatkan rakyat lagi jauh dan takut untuk mendukung parti itu lagi. Tindakan untuk lari dan pengadilan rakyat ini sahaja sudah cukup untuk rakyat tidak berani dan menghormati parti yang sudah begitu tua dan berpenyakit ini.

Berbagai-bagai ubat dan ‘supplement’ digunakan untuk menyembuhkan penyakitnya tetapi penyakit itu tidak juga sembuh malahan lebih merebak lagi. Inilah yang membuatkan pemimpin yang melakukan banyak kesalahan bercakap tidak lagi menggunakan akal fikiran tetapi sebaliknya menggunakan emosi yang berlebih-lebihan kerana asakan rakyat sekarang ini.

Rakaman video untuk SB ~ Siapa petualang sebenar skandal ic dibongkar

oleh king Jason

Hari ini,seorang bekas ketua daerah dengan beraninya mencabar SB - SB upahan umno untuk menghantar salinan video siapa sebenarnya petualang jual negara?.

Jika sekiranya pemimpin umno sibuk bertempik kesana kemari akan isu kedaulatan negara yang dicabar Sulu. Bertempik bagai nak runtuk gunung tak akan bagi seinci pun tanah kepada orang asing... dalam tak sedar. puluhan ribu warga asing yang diberi IC sebenarnya LAYAK membeli tanah dan aset2 negara sebab mereka adalah warganegara!

Inilah yang dikatakan.. mereformasikan negara.. transformasi ke arah negara JAHANAM.. kah kah kah..


dari file King Jason

Layan pie lah Macai Umno yang luput tarikh nie...!!

Di balik pujian melangit Daim Zainuddin
Tun Daim Zainuddin adalah antara segelintir pemimpin veteran Umno yang masih menyakini kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. Pujian beliau melangit tinggi dengan mendakwa perdana menteri (PM) telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Menjadi lumrah pemimpin Umno-BN, mengangkat pemimpin sendiri dengan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Jika sebaliknya beliau memuji Datuk Seri Anwar dan Pakatan dengan menghentam Najib, maka ia berita menggemparkan yang tidak akan dimuatkan dalam ruangan media utama negara.

Sebenarnya rakyat sudah cukup matang, bijak dan tahu siapakah pemimpin yang layak diberikan mandat atau ditolak dalam PRU ke-13. PM sudah diberi tempoh empat tahun untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan. Tempoh empat tahun sejak 2009 sehingga 2013 sudah cukup untuk melihat segala hasil tangan beliau. Hendak uji apa lagi?

[PANAS] Kenapa saya kata Umno hina Islam dan Melayu?

oleh Mohamad Hanipa Maidin

Yang dihormati Pengacara Majlis, Ketua Kampung Pulau Meranti, Ketua Cawangan PAS, Sahabat saya YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen PKR Kuala Langat dan para pimpinan Pakatan Rakyat dan Tuan Puan yang saya kasihi sekelian.

Alhamdulillah dapat saya bertemu dengan penduduk di sini di malam yang bertuah ini. Ini kali pertama saya sampai di sini.

Saya percaya mungkin saudara saudari yang masih belum menyokong Pakatan Rakyat  (PR) di kampung ini merasa sangsi dengan PR.

Tuan Puan mungkin sangsi adakah hak dan kepentingan Islam akan terbela jika PR berkuasa?

Tuan Puan mungkin sangsi adakah hak dan kepentingan Melayu akan terus dipelihara jika PR berkuasa di Putrajaya?

Kesangsian ini adalah suatu yang normal kerana sejak Merdeka, Kerajaan Pusat tidak pernah diperintah selain dari Barisan Nasional (BN). Manusia secara fitrinya susah nak terima benda baru.

Mana PEMUDA UMNO KEDAH..sudah 48jam dah nie.. kata nak saman MB KEDAH..!!

48 jam sudah berlalu, Pemuda Umno sila SAMAN Ustaz Azizan


Oleh: Tok Non

Pemuda UMNO Kedah desak Menteri Besar, Ustaz Azizan supaya memohon maaf kerana kununnya mengaku bahawa kerajaan negeri telah bina 12 buah masjid sepanjang tadbir Kedah. Depa bagi masa 48 jam untuk Ustaz Azizan atawa Kerajaan Negeri Kedah atawa PAS Kedah untuk mohon maaf di atas 'pengakuan' tersebut.

Hari ni Tok Non baca Sinar Harian tiga pemimpin utama PAS iaitu Ustaz Azizan, Ustaz Madya Ketua Pemuda dan Ustaz Ghani Exco Penerangan bagi penerangan yang amat jelas perihal kekeliruan itu. Kelmarin aku terbaca dalam blog Kedah La Pengarah Urusetia Penerangan yang buat buku 'Sayangi Kedah Sejahtera' tu tawar beri kelas tuition percuma untuk pemimpin UMNO yang tak faham ayat mudah dalam Bahasa Malaysia.

Maka... setelah 48 jam masa berlaku, ni giliark aku pulak nak cabar Pemuda UMNO Kedah supaya benar-benar menunaikan janji (Janji Ditepati) untuk saman Ustaz Azizan atau kerajaan negeri Kedah setelah Menteri Besark tu enggan berbuat demikian.

UMNO kata Demokrasi.. nak bawa treler berkempen pun dah halang sana sini..!!

Polis, JPJ periksa lori treler kempen PAS
 
Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lori treler kempen PAS yang dihalang daripada memasuki kawasan Kamunting, Taiping pada malam tadi.

NONETimbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata lori itu ditahan dan diperiksa oleh JPJ dalam satu kejadian pada tengahari ketika kenderaan itu dipandu dari Pengkalan Pegoh, dekat Gopeng ke Bandar Seri Iskandar.

Beliau mengesyaki pemeriksaan itu dilakukan untuk melengah-lengahkan perjalanan kenderaan tersebut, yang digunakan untuk program Jelajah Negara Berkebajikan di Bandar Seri Iskandar.

Asmuni berkata lagi, lori treler itu telah pun dilepaskan selepas sejam pemeriksaan dilakukan.

NONE"Saya sendiri tak tahu kenapa mereka periksa. Dia (polis dan JPJ) tak beritahu. Tapi saya rasa ini adalah tujuan untuk melambat-lambatkan kami untuk mengadakan program. Kerana sebentar nanti kami akan ada ceramah di sini (Bandar Seri Iskandar).

"Dia buat pemeriksaan biasa. Periksa tayar dan sebagainya. Tak ada apa-apa berlaku cuma dia macam nak melambat-lambatkan kami," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Asmuni lagi, kejadian hari ini merupakan kejadian kali kedua melibatkan lori treler tersebut selepas dihalang memasuki Kamunting, Taiping malam tadi.

Kenapa Kerajaan BN harus berbohong kata TAKLIMAT LAHAD DATU tetapi CERITA BURUK BAB PR..??

SIMPATI MAHASISWA TERHADAP ISU LAHAD DATU DIKHIANATI


Dalam fatrah semua rakyat Malaysia bersimpati atas apa yang terjadi di Lahad Datu akhirnya dikhianati oleh segolongan manusia yang mempunyai kepentingan politik.

Dengan berselindung atas nama ‘Taklimat Isu Keselamatan Lahad Datu’, pihak tersebut menyelinap masuk ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menyebarkan doktrin politik yang tidak matang.

Taklimat yang diadakan petang semalam (27 Mac 2013) sepatutnya menjadi medium informasi tentang Lahad Datu akhirnya bertukar wajah menjadi medium untuk memfitnah beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan juga mahasiswa.

DAP pertikai salah satu dari 7 dosa besar PR yang Najib bisingkan...!!!

Isu tanah Kelantan: DAP Perak mahu Najib minta maaf
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
28 Mac 2013
Isu tanah Kelantan: DAP Perak mahu Najib minta maaf
Koo Ham (kiri) dan Kor Ming pada sidang media, semalam.
 
IPOH - DAP Perak mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepada rakyat kerana berbohong apabila menyentuh isu pemberian tanah ketika berucap pada majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri di Tanah Merah, Kelantan pada 15 Mac lalu.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, ucapan Najib yang memperkatakan mengenai tujuh dosa besar Pakatan Rakyat (PR) terhadap rakyat Kelantan merupakan pembohongan besar.

Katanya, pembohongan paling utama adalah mengenai isu pemberian tanah (termasuk pengambilan balak di Gua Musang) daripada Kerajaan Negeri Kelantan kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan Menteri Besar Perak dilantik dalam kalangan pemimpin Pas Perak pada 2008.

"PR turut dituduh mencemari Sungai Relai di Gua Musang dengan aktiviti pembalakan berkenaan yang sekali gus menyukarkan kehidupan harian masyarakat di situ.

Tukar atau tidak kerajaan itu, ia urusan pengundi, bukan Umno-BN

Wacana PRU13: Mengundi itu wajib, pilihan hak pengundi
NIZAM ZAIN
28 Mac 2013
PRU13
PRU13
 
KAJANG - Mengundi itu wajib hukumnya, namun ia bukan satu kefarduan bagi setiap umat Islam kerana langkah itu bagaikan satu kesaksian syahadah, demikian menurut Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mohammad Kamil Abdul Majid.

Sehubungan itu kata beliau, bukan setakat mengundi bahkan menyertai pilihan raya dan bertanding untuk membentuk kerajaan juga adalah wajib.

"... mencari pemimpin berkualiti itu mestilah seseorang amanah dan mempunyai rohani dan jasmani yang kuat," kata beliau pada Wacana PRU13: Aplikasinya Menurut Fiqh Politik Islam di Kolej Dar Al-Hikmah, di sini, malam tadi.

Kamil juga menggariskan 20 ciri utama yang perlu diberi perhatian oleh pengundi Islam bagi memilih bakal pemimpin yang akan membentuk kerajaan baru nanti.

Sanusi Junid Bapa Babi Negara

Sekitar tahun 2007, berlaku kebangkitan kecil di Melaka terutamanya di kawasan sekitar Kuala Sungai Baru. Kemarahan penduduk di situ berpunca dari penternakan babi yang telah hilang kawalan sama sekali.

Maka, untuk mengendurkan kemarahan orang kampung yang rata2 Melayu Islam, sekumpulan penembak telah dihantar untuk menembak babi2 yg dikatakan dibela secara haram.

Namun, beberapa jam sebelum upacara menembak bermula, tiba2 datang arahan baru membatalkan arahan awal. Penembak2 tersebut pulang tanpa melepaskan walau satu das tembakan.

Ramai yang marah, tapi amarah mereka cuma setakat dlm hati. Datang PRU 2008, DUN Kuala Sungai Baru tetap kekal di tangan Barisan Nasional.

Kalau ditakdirkan pengusaha2 babi itu meletakkan daging-daging babi dalam rumah orang Islam di Kuala Sungai Baru itu, mereka tetap akan mengundi Barisan Nasional

BABI LEBIH PENTING DARI ORANG MELAYU?

Tahukah anda mengapa Kerajaan BN lebih mengutamakan babi dari orang2 Islam di Melaka itu?

Satunya, kerajaan BN tak perlu takut dengan orang Melayu Melaka. Kalau dihantar babi2 masuk rumah mereka pun, tetap orang2 Melayu Melaka ini akan terus mengundi BN.

Keduanya, tanpa pengetahuan ramai orang, daging babi itu adalah salah satu bahan ekspot Malaysia. Semenjak tahun 1988 lagi Malaysia telah menjadi pengeksport daging babi.

Najib buat sejarah.. DUN Negeri 9 terbubar dengan sendiri..!!

Dun Negeri Sembilan terbubar, lembaran baru sejarah
Wartawan Sinar Harian
28 Mac 2013
Dun Negeri Sembilan terbubar, lembaran baru sejarah
Suasana di luar bangunan Dewan Undangan Negeri kira-kira 10 minit selepas
 ia terbubar dengan sendiri tengah malam tadi. - Foto ihsan tweet Philip Golingai
 
PRU13
Tarikh pembubaran automatik
 
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini.

Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.

Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.

Azizan pun sembang bab bubar DUN Kedah..!!

Bubar DUN: Azizan tunggu isyarat PAS pusat

Kerajaan PAS Kedah akan menunggu isyarat PAS Pusat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang isyarat mengenai tarikh membubarkan DUN.

"Saya tak dapat isyarat apa lagi daripada Kuala Lumpur. Saya tunggu isyarat daripada PAS Pusat," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa kerajaan negeri pimpinan pembangkang perlu dibubar serentak dengan Parlimen.

DUN Kedah akan bubar secara automatik pada 5 Mei ini.

- Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...