TERKINI :

Wednesday, March 27, 2013

Ini dia RAHSIA pasai apa AZIZAN & PHAHROL bergaduh..!!!

'Perbezaan dalam PAS Kedah bagi perbaiki pentadbiran'

NONEKewujudan kem berbeza dalam PAS Kedah tidak menjejaskan persediaan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, perbezaan tersebut berlaku kerana kedua-dua kem mahu kerajaan negeri memperbaiki perkhidmatan mereka kepada rakyat.

"Semua perbezaan yang berlaku dalam parti itu lebih kepada untuk berlumba-lumba bagi memastikan pentadbiran yang lebih baik.

"Mereka yang terlibat dalam perbezaan itu semuanya bersih daripada amalan rasuah," katanya kepada Malaysiakini petang tadi.

Dakwaan pergeseran antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi kini dianggap 'rahsia umum'.

Apabila PROF LONGKANG menjilat sang penguasa....

 
tengkorak chee hang PROF LONGKANG..

Buat LIVE JUARA LAGU - 3 Jam
Buat LIVE BOLA LIGA M - 2 Jam
Buat LIVE KONSERT JOM HEBOH - 2 Jam
Buat LIVE BICARA RAKYAT RTM - 1 Jam
Buat LIVE UCAPAN NAJIB - 1 Jam
Buat LIVE ROSMAH SENAMROBIK - 30 minit
Buat Siri UPIN IPIN - 30 minit
Buat Siri CEREKARAMA - 2 Jam

Tapi mai nak BUAT LIVE cerita bab untuk perjalanan pemerintahan dan urus tadbir suatu negara yang akan di nikmati hasilnya oleh semua rakyat jelata hangpa nak bagi 10 minit tak gila babi kaa semua nie..!!!

Dr Mahathir bagi signal pada Najib supaya angkat anaknya jadi MB Kedah..!!!

Dr M ugut Najib lepas jawatan PM demi anaknya?

Tun Dr Mahathir Mohamad terus menggandakan tekanan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak supaya anaknya, Datuk Mukhriz dijanji menjadi Menteri Besar Kedah jika Pas tumbang dalam pilihan raya umum nanti.

Isyarat Dr Mahathir itu antara lain, Najib perlu melepaskan jawatan Perdana Menteri jika prestasi Umno Barisan Nasional  dalam pilihan raya umum teruk sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu.

"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," ujar Dr Mahathir hari ini.

Adalah ini isyarat sabotaj dalaman Umno?
 Dr M: Najib mesti turun kalau prestasi PRU buruk
Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa akan jadi jika cerita PORT DICKSON didedahkan..???

oleh DepaKataV2



Apa akan jadi sekiranya DS Anwar Ibrahim dan sahabat2 PKR yang lain mendedahkan kelakuan buruk PIMPINAN-PIMPINAN UMNO sewaktu mereka tidur sebantal dahulu... seperti apa yang dinyatakan oleh YB Saifudin Nasution berkenaan tunggang ayaq setan nie...

Mana tahu jika diceritakan bab PORT DICKSON kaa... bab TUNGGANG ARAK kaa.. bab LAYAN JUDI... bab BAWA LARI ISTERI ORANG kaa.. mana tau boleh sensasi macam VIDEO SEX tuuu...

Rahsia ISU KENAPA KERAJAAN PR PERAK serah tanah kepada cina terjawab dari MP BN Sendiri..!!


Sila siasat orang nak 'bunuh bekas PM' - S/U Agung PAS..!!

SU Agung: Dakwaan ahli Pas pernah cuba bunuh Mahathir mengarut
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
27 Mac 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali 
 
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.

"Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini.

Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988.

UMNO Oh UMNO - "Jangan takut! Kalau kau takut, aku lagi takut!" kata AR Tompel

oleh Aspan Alias

Apa yang berlaku sekarang adalah pengajaran sangat berharga untuk rakyat terutamanya dalam menilai prestasi kerajaan yang memerintah. UMNO itu sifatnya adalah sebuah parti yang angkuh dan MCA serta MIC juga dihinggapi oleh keangkuhan UMNO itu. Penyakit UMNO itu adalah penyakit yang sangat ‘contagious’ dan mudah merebak kepada sesiapa yang mendekati dan bersekongkol dengannya.

Kalau kita ingat-ingatkan kembali semua tindakan dan kata-kata pimpinan UMNO termasuk yang telah bersara, mereka ini adalah lambang sebenar kepada sikap dan nilai parti itu sendiri. Mereka merasakan UMNO itu sahajalah yang mampu melakukan semuanya dan menjadi penentu kepada semua manusia di dunia dan akhirat. UMNO sahajalah yang berkemampuan untuk mentadbir sedangkan Pakatan Rakyat itu tidak ada pengalaman dan berbagai-bagai lagi cemuhan yang dilakukan oleh UMNO.

UMNOlah yang terkuat dan UMNOlah yang boleh membawa tahap kemasyhuran negara di peringkat antarabangsa. Kerajaan pimpinan UMNO sahajalah yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia lebih-lebih lagi bagi negara yang sedang membangun. Sememangnya UMNO itu menjadi contoh kepada banyak negara membangun dan mundur. Itulah sebabnya di negara-negara mundur perlakuan rasuah itu menjadi-jadi kerana menjadikan negara kita ini sebagai contoh.

Umno ada 126 cawangan haram di Tanah Merah!

KUALA LUMPUR: Melalui proses mahkamah, dibuktikan ada 126 cawangan Umno di Tanah Merah tidak berdaftar dan dibatalkan pendaftarannya selaras dengan Seksyen 12(6) Akta Pertubuhan 1966 dan ini diakui Setiausaha Agung Umno dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Carian di Pejabat ROS menunjukkan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan, dipercayai berstatus haram.

Ia tidak pernah ditubuh dan didaftarkan kepada ROS selepas Umno lama diharamkan pada tahun 1988.

Bagaimanapun, terdapat kecenderungan ROS untuk menyembunyi dan melindungi perkara ini daripada pengetahuan awam.
Mahkamah pula menggunakan peraturan yang menyebut sebarang masalah dalam Umno tidak boleh di bawa ke mahkamah.

"Kerajaan Nogoghi bojalan macam biaso" kata Mohamad Hasan

oleh Aspan Alias

http://1.bp.blogspot.com/-H4s7Gr16nZs/TqWCz8Ee9RI/AAAAAAAAAGQ/kE06nOjp1qM/s1600/NegeriFlag.png

Hari ini tamat tempoh penggal DUN Negeri Sembilan. DUN Negeri Sembilan merupakan Dewan Legislatif yang pertama terbubar dengan sendirinya. Ini merupakan satu insiden besar dalam sejarah kemerdekaan negara dalam mana Dewan Legislatif terbubar dengan sendiri. Ini disebabkan pihak yang memerintah tidak membubarkannya. Sebab kenapa DUN Negeri Sembilan tidak di bubarkan kita sama-sama tahu. Berlalunya penggal Dewan Undangan Negeri, negeri beradat ini menunjukkan yang BN tidak berupaya untuk meyakinkan diri yang mereka mampu untuk memperolehi sokongan rakyat dalam PRU kali ini..

Mohammad Hasan, Menteri Besarnya berkata, “kerajaan Nogoghi bojalan macam biaso” dan beliau adalah Menteri Besar dalam kerajaan sementara sekarang ini. Beliau berkata beliau tidak payah memohon perkenan Duli Tuanku Yang diPertuan Besar untuk meneruskan tugas Menteri Besar dalam kerajaan sementara itu. Saya tidak pasti samada seorang Menteri Besar kepada kerajaan ‘care taker’ perlu mendapat perkenan Tuanku, tetapi berkata yang beliau tidak perlu mendapatkan perkenan Raja Melayu itu rasanya agak sombong dan ‘unbecoming’.

Aduhai Ketua Pemuda UMNO Kedah.. Ingatkan hang sendiri nak debatnya tetapi serah kepada orang lain la pulak...

 

TAK KESAH LAH SIAPA PUN NAK DEBAT NYA..

DAH KETUA PUN BAGI BUAH KILAS KEPADA KETUA PENERANGAN BHGN..
BAHAGIAN PUN BAHAGIAN LAA.. 

JANJI BENDA YANG TERUNGKAI DAPAT DISELESAIKAN SEBAIK MUNGKIN.. DAH KETUA PUN PENAKUT NAK BUAT CAMNA..??

Si Zaharin aka Sang Kelembai dah merajuk tak jadi calon BN...!!!

Sang Kelembai dah merajuk, Umno dalam bahaya...


SANG Kelembai atau nama sebenarnya Zaharin Mohd. Yasin mungkin seakan mula menghantar isyarat merajuk gara-gara tidak dipilih menjadi calon Umno bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, lapor sesawang ekeleh.com.
Adakah ini isyarat ugutan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor?

Antara kata-kata SPR & MAHKAMAH kita nak ikut yang mana satu..???

Daftar Pemilih: SPR, 'mahkamah' sama-sama kotor?

"Kami ada kuasa bersihkan daftar pemilih jika dibuktikan di Mahkamah ianya kotor," kata SPR.
Mahkamah pula kata, "daftar pemilih tidak boleh dicabar di 'Mahkamah'.

Dalih...

Kelaku hodoh & busuk UMNO macam inilah yang patut kita kapankan mereka PRU13 nanti..!!


[VIDEO SEX] Kami dapat video PIMIMPIN LIWAT KAMBING... punggah..!!!



Kepada sahabat yang dok tayang VIDEO SEX tuu mintak-mintak hangpa tengok dahulu gambar UPIN-IPIN nie... bukan apa semoga hangpa fikirkan elok-elok apa hangpa sedang buat ini.. jika betul sekali pun VIDEO-VIDEO SEX tersebut ia takut jadi macam nie sahaja... Orang sudah mula tak percaya apa yang hangpa lakukan ini... sebab dah banyak kali sangat asyik dok guna kaedah ini... 

Apa kata hangpa pie selak file-file lama Anwar ka Saifuddin ka Atau jeneral-Jeneral yang masuk PR baru-baru nie dan dedahkan penyelewengan mereka...itu baru orang nak percaya sikit...itu pun sikit sahajalah... cari salah laku, cari kes rasuah, cari kes bagi projek kepada kroni... ini yang rakyat nak lihat.. namun jika dok keluar edisi VIDEO SEX akhirnya hangpa akan jadi pengembala kambing tuu laaa..... nasib nasib....

[Video] Samseng BN Kecut Telur (Nak buat kacau akhirnya terkucil)



Samseng BN Kecut Telur (Nak buat kacau akhirnya terkucil)

EXCLUSIVE...cubaan remaja2 mat rempit yang di upah oleh BN untuk menyerang Bas Jelajah PKR..tetapi BN cuba memutar belitkan cerita yang kononnya ahli PKR yang ada pada ketika itu menyerang remaja-remaja tersebut menggunakan Parang & Besi..Lihat aksi remaja-remaja yang datang dengan besi dan parang yang dibungkus dengan surat khabar & etc....-Jahar

Rujuk link jika ada yg terlepas mengikuti kes ini :



PKR SABAH POWER!!!!

Sudah 12 kali pilihanraya negara kita tak ada garis panduan untuk "Sebuah Kerajaan Sementara"

Dah 12 kali PRU baru Umno BN terfikir nak buat?

Paling kurang pun kalau garis panduan tu nampak mengarut, tentu boleh jadi peluru ampuh untuk Pakatan Rakyat guna menghasut rakyat.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara.

"Apabila tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta AG's Chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara," katanya. - TMI.
Rupa-rupanya sampai hari ni masih takdak lagi garis panduan untuk 'kerajaan sementara' atau mungkin lebih mudah nak faham kalau disebut 'Caretaker Government'.

Maknanya selama ni dah 12 kali pilihanraya Umum, 'Caretaker Government' yang uruskan kerajaan selepas parlimen dibubarkan buat kerja takdak garis panduan.

[Video] Wacana Sinar Harian - Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi




Awat 'DAIM TAK MEROYAN'.... inilah sebabnya...!!

Rupanya Sebab Ni Daim Meroyan.. 


Daim Zainuddin didakwa takut dengan kemungkinan Pakatan Rakyat akan mentadbir Putrajaya selepas pilihanraya ke-13 kerana bekas Menteri Kewangan itu adalah antara kroni terbesar Umno yang akan hilang kekayaan yang mereka. 
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Daim telah menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri apabila mengaut keuntungan dan kekayaan saham Bumiputera bernilai ratusan juta ringgit untuk diagihkan kepada kroni dan keluarganya.

Anwar mendakwa, beliau mempunyai rekod yang membuktikan salah guna kuasa Daim semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991.

“Daim itu bimbang dengan kekayaan yang diambil secara haram daripada negara. Apa yang saya tidak setuju ialah ekonomi negara itu digunakan untuk memperkayakan keluarga dan kroni. “Daim sendiri tahu ratusan juta wang Bumiputera miskin diagihkan kepada kroni beliau.

“Saya tahu dan faham rekod yang ada kerana saya menggantikan tempatnya sebagai Menteri Kewangan selepas itu,” katanya dalam satu sesi temuramah bersama radio dalam talian yang dipancarkan dari London, Radio Free Malaysia (RFM) malam tadi.

DAP jemput KAMAL SAIDIN & ABDULLAH SAMAAH berdebat dalam Bahasa Arab bab HARAM SOKONG DAP..!!

'DAP Islam' bernama Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus mencabar dua agamawan mesra Umno berdebat mengenai status umat Islam dihukum berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Mereka berdua, Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan).

"Syed Araniri melalui satu surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 dipetik berkata, insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.

Analogi Pinggan Kotor - Bob Lokman bertazkirah dalam Wacana Sinar semalam..!!

Wacana Sinar: Bob Lokman dengan analogi pinggan kotor
Wartawan Sinar Harian
27 Mac 2013
Wacana 18
Bob Lokman (dua, kanan) ketika menjawab pertanyaan moderator, 
A Razak semasa Wacana Sinar, semalam.
 
SHAH ALAM - Bob Lokman menarik perhatian audien dengan analogi 'pinggan kotor' yang mengaitkan dengan penghijrahannya menyertai parti pembangkang.

Beliau ditanya moderator Wacana Sinar Siri ke-18, Profesor Madya A Razak Mohideen, adakah pendapatan sebagai seorang artis itu haram di sisi Islam.

Bob Lokman berkata, umpama makan dalam sebuah pinggan, makanan yang disuap ke dalam mulut itu tidak haram tetapi pinggannya yang kotor.

“Bukan saya kata mengambil duit daripada lakonan itu berdosa, saya kata, pinggan yang buat kita makan itu 'kotor’, bukan perbuatan makan itu yang kotor. Pinggan itu yang kotor,” katanya pada wacana yang diadakan semalam.

Ketika ditanya mengapa beliau 'tidak membersihkan pinggan yang kotor' itu, Bob Lokman menjawab, kerajaan yang memerintah bertanggungjawab untuk memastikan ‘pinggan yang dimakan’ oleh rakyatnya itu bersih.

Lawatan Ketua Pemuda PAS ke #LahadDatu yang tak ada di TV3 & Utusan

Mendengar taklimat keperluan perkhidmatan dan sumbangan serta gerakkerja bantuan amal kepada 4 pusat penempatan sementara di Lahad Datu daripada Kol PA Abdul Wahab di Kem Pertahanan Awam Desa Kencana Felda Sahabat.
Mendengar taklimat gerakan bantuan amal oleh Sdr Lahirul Latigu Ketua DPPN Sabah di Masjid Cenderawasih Felda Sahabat Lahad Datu Sabah.

Dimananya amanat hj Hadi dikatakan Mahathir boleh di bunuh..???

Gambar: Pembongkar Rahsia.
Pasir Puteh: Dua bekas ahli PAS mendedahkan komplot untuk menculik, mencederakan dan membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketaksuban mereka terhadap Amanat Haji Hadi yang menghalalkan pemimpin UMNO dibunuh. 

Kumpulan pertama merancang perkara itu pada 1988 untuk menculik dan membunuh Dr Mahathir manakala kumpulan kedua pula pada 1994, yang mahu melempar bom petrol ketika beliau melakukan lawatan di Semarak.
Perkara itu didedahkan bekas EXCO Pemuda PAS Kedah, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani, 57, dan bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS Kelantan, Shaidi Hussin, 45, kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Selamat Tinggal PAS di Gaal, di sini, malam kelmarin. [nak baca lagi pie baca di berita harian laa..]
 
 cuma nak tanya sekarang nie...
1) Di mana dalam amanat ini Mahathir boleh di bunuh?
2) Di mana dalam amanat ini mengatakan orang UMNO kafir
3) UMNO hanya untuk orang BODOH - Amanat Mahathir.

MB Kedah tak kelapaq mohon maaf terhadap Pemuda UMNO Kedah..!!!

MB Kedah: 'Tiada sebab untuk saya mohon maaf'
ROSLINDA HASHIM
27 Mac 2013
Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 
ALOR SETAR - “Tiada sebab untuk saya mohon maaf.” Itu reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, terhadap gesaan Pemuda Umno Kedah berhubung isu pembinaan 12 masjid di negeri ini seperti tertera dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.

Menurutnya, tiada asas untuk beliau berbuat demikian selain menyifatkan Pemuda Umno keliru berkaitan fakta pembinaan masjid yang didakwa mengelirukan rakyat.

“Kenapa perlu minta maaf. Kerajaan negeri hanya umum sahaja jumlah masjid yang dibina di Kedah sepanjang lima tahun lalu.

“Kita tidak sebut pun kerajaan negeri bina, bermakna yang keliru adalah mereka,” katanya.

Azizan berkata, ayat ‘sebanyak 12 masjid dibina sejak 2008’, langsung tidak menyebut masjid yang dibina menggunakan sumber kewangan kerajaan negeri, dan urus setia penerangan tidak berhasrat menimbulkan kekeliruan.

“Kerajaan negeri, termasuk Pas menggalakkan pembinaan masjid di Kedah tanpa mengira siapa yang salurkan peruntukan, sama ada pusat atau persendirian.

BONGKAR - Benarkah KEDAH tidak di bina masjid..!!





Ketua Pemuda UMNO Kedah (tengah) mendakwa 
kerajaan negeri Kedah 'mengaku' membina masjid



Kenyataan media Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Haji Zulkifli Yahaya berhubung isu kononnya PAS dakwa membina 12 masjid di negeri Kedah.
 

1. Saya bersedia untuk mengajar tusyen Bahasa Melayu secara percuma kepada Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim serta serta para pemimpin BN negeri ini yang tidak memahami maksud ayat: “Sebanyak 12 buah masjid telah dibina sejak 2008 sebagaimana senarai berikut: ... (senarai 12 buah masjid tersebut)” yang terkandung dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera yang dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.





2. Ayat tersebut langsung tidak menyebut bahawa, ia telah dibina menggunakan sumber kewangan kerajaan negeri semata-mata. Lebih teruk lagi jika mereka memahami maksud ayat tersebut sebagai ‘PAS mengaku membina masjid’.

3. Untuk maklumat pihak yang keliru dengan isu pembinaan masjid, perkara paling penting yang perlu mereka fahami ialah urusan masjid atau segala perkara yang berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang dinaungi terus oleh KDYMM Sultan negeri Kedah.


Isu video seks: Anwar nasihat Umno istighfar

RUZY ADILA IDRIS
26 Mac 2013
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan ALLAH SWT susulan laporan media bahawa akan muncul video seks dan foto melibatkan Ketua Pembangkang itu sendiri dan anaknya, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR.

"Toksahlah.. saya nak nasihat Umno, ni waktu Maghrib, pi lah amik wuduk dan tau apa itu fitnah.

"Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung Umno ini kerjanya itu sahaja," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan PR, di sini, lewat petang ini.

Pagi tadi, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks beberapa hari lalu dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen Umno dan Barisan Nasional (BN).

Janji Najib selepas PRU13 untuk rakyat Malaysia terbongkar..!!

Taktik kotor Umno kerana rakyat semakin memilih Pakatan Rakyat


Menjelang pilihanraya umum ke 13 ini, PKR ingin memaklumkan rakyat bahawa mereka hendaklah bersedia menghadapi pilihanraya umum yang paling kotor dalam sejarah negara. Di sebalik keyakinan yang cuba ditonjolkan pemimpin UMNO melalui media arus perdana, wujud kekhuatiran yang ketara di kalangan pemimpin tertinggi BN.

Selain dari manipulasi dan pengawalan maklumat melalui media arus perdana, jentera kerajaan disalahgunakan untuk memenangkan BN. Duit cukai rakyat digunakan untuk melalikan rakyat dari hakikat bahawa daya saing negara semakin merosot dan pencapaian ekonomi negara tidak seimbang. Kepimpinan tertinggi UMNO tahu masa depan mereka telah pudar. Walau pun kepimpinan UMNO cuba memberi gambaran mereka yakin akan menang, kita sedia maklum berbagai maklumat perisikan yang mereka terima telah memberi penilaian bahawa BN akan tewas pada pilihanraya umum ke 13 yang menjelang tiba. Inilah sebabnya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak terpaksa berterusan menangguh pembubaran Parlimen. UMNO sebenarnya sedang mengalami kegusaran dan krisis keyakinan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...